P. 1
PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PERTANIAN

PENULISAN KARANGAN SPM-ISU PERTANIAN

4.9

|Views: 31,100|Likes:
Published by sszma

More info:

Published by: sszma on May 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

PERTANIAN

MUKADIMAH
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggarisi beberapa strategi dan langkah yang disifatkan oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai usaha untuk mencergaskan sektor pertanian semula. Sektor pertanian dilihat sebagai sektor yang menjanjikan pulangan lumayan di samping menjadi wahana dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar. Adalah menjadi impian kerajaan bahawa menjelang tahun 2020 , negara kita bukan sahaja maju dalam sektor industri di bandar malahan maju dalam industri pertanian di desa. Semua agensi berkaitan dengan petani, penternak dan nelayan perlu melipatgandakan usaha bagi membuktikan bahawa pertanian bukannya sektor ‘lembab’ yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kemiskinan. Sektor pertanian mampu mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada negara asing untuk mendapatkan bekalan makanan. Perbelanjaan mengimport makanan sebanyak RM 4.3 bilion setahun merupakan satu angka yang besar. Jumlah ini boleh disalurkan untuk program-program lain yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Sektor pertanian kini berpotensi meningkatkan eksport barangan makanan lantas dianggap salah satu enjin pertumbuhan ekonomi negara selain sektor pembuatan dan perkhidmatan. Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa negara mempunyai pasaran sebesar RM 18 bilion untuk produk seperti perasa, makanan dan minuman berasakan hasil tani serta herba. Kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk mengembangkan sektor pertanian dengan menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini. Jawatankuasa Peningkatan dan Mempelbagaikan Pendapatan Petani,Penternak dan Nelayan telah ditubuhkan bagi mencari jalan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyat. Hala tuju kerajaan adalah untuk mentransformasikan sektor pertanian negara. Antara langkah yang telah diambil adalah dengan mengamalkan kaedah pertanian terkini melalui aplikasi teknologi moden di samping penemuan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D).Langkah juga diambil untuk menjadikan negara sebagai pusat pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran hasil pertanian ke pasaran global. Skim penggalakan ladang juga dilaksanakan bagi menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik. Sektor pertanian menjadi semakin penting kerana mampu meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi. Sebuah makmal yang menjalankan penyelidikan bioteknologi telah ditubuhkan di Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI). Kemajuan dalam bidang pertanian juga bermakna pengurusan persatuan-persatuan nelayan kawasan (PPN) dan pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik agar lebih berkemampuan mengemudikan projek-projek pertanian komersial. Sudah sampai masanya para petani menjayakan program Amalan Pertanian Baik (APB) yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan. Sebagai sebuah negara yang tanahnya

subur dan sesuai untuk semua jenis tanaman, pengimportan makanan melebihi eksport tidak sepatutnya terus berlaku. Gagasan besar kerajaan ini hanya akan mencapai matlamat sekiranya golongan sasar sanggup mengubah sikap dan pemikiran dengan menggunakan kaedah, teknologi serta amalan pertanian yang disyorkan. Sektor pertanian, perternakan dan perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama selain perlombongan. Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan,namun majoriti populasi di Asia terutama di bahagian Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama. Prestasi sektor pertanian sejak beberapa dekad yang lalu menunjukkan pola yang berbeza-beza antara negara membangun. Output pertanian telah meningkat lebih daripada 60% sejak awal tahun 1970an, pengeluaran padi meningkat 2 kali ganda, eksport bahan dan tanaman industri juga meningkat dengan pesat. Peningkatan yang signifikan ini berlaku disebabkan oleh kepelbagaian dalam sistem pertanian. Namun demikian, di kebanyakan negara di Asia Tenggara dapat dilihat sumbangan tenaga kerja di sektor pertanian dan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semakin merosot jika dibandingkan dengan sumbangan oleh sektor pembuatan. Kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian mencerminkan perubahan struktur yang berlaku dalam ekonomi Malaysia yang ditunjukkan oleh meningkatnya sumbangan oleh sektor perindustrian dan perkhidmatan.

Sektor Pertanian di Malaysia
• • Perancangan sektor pertanian secara sistematik dan terarah telah bermula sejak Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) dan telah diperkemaskan lagi selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK menunjukkan tren yang semakin menurun daripada 31.5% pada tahun 1965 kepada hanya 12.2% pada tahun 1997 dan 10.5% pada tahun 2000. Sektor pembuatan – pertumbuhan yang memberangsangkan daripada 10.4% pada tahun 1965 kepada 35.5% pada tahun 1997 dan 37.5% tahun 2000. Sumbangan sektor utama ialah 40.5% pada tahun 1965 menurun kepada 19.0% pada tahun 1997. Sumbangan kepada peluang pekerjaan atau guna tenaga, tren yang sama iaitu daripada 52.1% pada tahun 1965 merosot kepada hanya 15.2% pada tahun 1997 dan 13.1% tahun 2000. Sebaliknya sektor pembuatan menunjukkan peningkatan daripada hanya 8.3% pada tahun 1965 kepada 27.5% pada tahun 1997 dan 28.9% pada tahun 2000. Eksport pertanian – pada tahun 1970 eksport barangan pertanian merupakan 60.2% daripada jumlah eksport kasar negara (di mana getah merupakan hasil eksport utama iaitu sebanyak 33.4%). Eksport barangan pertanian telah menurun kepada 22.3% pada tahun 1990 dan 13.1% pada tahun 1995. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-6 (1996-2000) eksport barangan pertanian dijangka tumbuh pada kadar purata tahunan 6.5% berbanding dengan 25.8% oleh sektor pembuatan. Dari segi penggunaan tanah pertanian di Malaysia, sebahagian besar diperuntukkan kepada tanaman kelapa sawit, sayur-sayuran, nenas dan buahbuahan. Penggunaan tanah pertanian meningkat daripada lebih kurang 5.5 juta hektar kepada tahun 1990 kepada 5.8 juta hektar pada tahun 1995 tetapi menurun kepada 5.4 juta hektar pada tahun 2000. Komoditi pertanian industri iaitu kelapa sawit terus menjadi komoditi pertanian utama yang melibatkan penggunaan tanah daripada 2.0 juta hektar pada tahun 1990 kepada 2.6 juta hektar pada tahun 2000. Peningkatan ini disebabkan oleh pembangunan tanah baru dan penukaran tanah tanaman getah kepada kelapa sawit. Kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian mencerminkan perubahan struktur yang berlaku kepada ekonomi Malaysia yang ditunjukkan oleh meningkatnya sumbangan dari sektor perindustrian dan perkhidmatan. Perhatian dan penekanan yang diberikan terhadap pembangunan sektor perindustrian terutamanya, menunjukkan seolah-olah sektor pertanian telah dipinggirkan. Kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 telah mengakibatkan kenaikan harga barangan makanan akibat daripada kenaikan harga barang import. Keadaan ini telah meningkatkan kos pengeluaran yang akhirnya mendesak harga makanan untuk terus meningkat.

Import Makanan dan Tahap Mampu Diri Makanan Malaysia • Import makanan di Malaysia telah meningkat daripada RM6,668.1 juta pada tahun 1994 kepada RM7,884.7 juta (atau 18.2%) pada tahun 1995, RM9,089.5 juta (atau 15.3%) pada tahun 1996 dan RM10,044 juta (10.5%) pada tahun 1997. • Sebahagian besar import makanan berupa daging lembu, tenusu, beras, sayursayuran, buah-buahan, bijirin dan gula. Import sayuran bernilai sekitar RM2 bilion setahun manakala import beras berada sekitar RM400-500 juta. Peningkatan import makanan tanpa disusuli dengan peningkatan penawaran makanan akan membawa kepada masalah kadar mampu diri (self-sufficiency) yang rendah dan kesan terhadap imbangan pembayaran. • Penggunaan makanan per kapita, keperluan makanan akan terus meningkat dengan pertumbuhan penduduk negara pada kadar sekitar 2.3% setahun. Beras misalnya, jumlah pengeluaran ialah 1,373 ribu tan metrik pada tahun 1995 tetapi jumlah penggunaan ialah 1,798 ribu tan metrik. Ini menunjukkan kadar mampu diri sebanyak 76.36% sahaja. • Kegagalan negara untuk menyediakan makanan yang mencukupi boleh mengancam "keselamatan makanan" (food security). Paling ketara ialah kegagalan negara untuk memenuhi keperluan beras. Matlamat pencapaian 80% tahap mampu diri makanan yang dimuatkan dalam Dasar Pertanian Negara (DPN) 1984, terpaksa dinilai semula pada hanya 65% dalam DPN II (1992-2000). • Matlamat pengeluaran barangan makanan penting (kecuali beras) dan kadar mampu diri tidak dinyatakan dengan jelas dalam DPN I. Sementara DPN II pula, sasaran pengeluaran dan kadar mampu-diri barangan makanan penting seperti beras, sayur-sayuran, telur, ikan, daging (lembu, kambing, ayam & khinzir), buahbuahan dan susu telah dinyatakan dengan agak lengkap kerana ianya penting dari segi keselamatan makanan. • Kegawatan ekonomi yang berlaku telah sejak pertengahan tahun 1997 telah menyedarkan berbagai pihak tentang pentingnya negara mengeluarkan makanan yang mencukupi serta dasar yang tidak terlalu bergantung kepada bahan makanan yang diimport. Kejatuhan ringgit telah menyebabkan kenaikan harga barang import. Purata nilai RM pada Januari 1998 dibandingkan dengan nilai puratanya pada tahun 1997 menunjukkan nilai ringgit telah jatuh sebanyak 43.3% bagi setiap dollar Amerika. Kejatuhan secara tidak langsung ini telah menyebabkan harga makanan ternakan (jagung dan kacang soya yang kebanyakannya diimport dari Amerika Syarikat, China dan Argentina), racun serangga, baja dan bahanbahan ubatan ternakan yang kebanyakannya diimport menjadi semakin mahal. Keadaan ini akan meningkatkan kos pengeluaran yang akhirnya mendesak harga barangan makanan untuk terus meningkat. • Walaupun negara sedang mengejar era negara perindustrian, perancangan pertanian terutamanya perancangan pengeluaran dan pemprosesan makanan tidak harus dipinggirkan. Pembangunan sektor pertanian seharusnya dianggap sebagai pelengkap kepada sektor perindustrian. Kepentingann mengurangkan import, meningkatkan kadar mampu diri seharusnya mendahului kepentingan untuk meningkatkan eksport makanan. Walaupun DPN telah berjaya mengurangkan import barangan makanan tertentu, tetapi kebanyakannya bukan merupakan

barangan makanan penting, sebaliknya import barangan makanan penting terus meningkat. Kadar mampu diri barangan makanan yang belum mencapai pengeluaran 100% seharusnya ditingkatkan. Pembangunan Sistem Pertanian • Kebanyakan kegiatan pertanian di negara membangun wujud dalam skala yang kecil, dijalankan secara tradisional dengan sistem pertanian sara diri. Senario ini selalunya dibangkitkan apabila membincangakan tentang sektor pertanian di negara membangun. Dalam kes-kes tertentu telah berlaku salah penjelasan terhadap perubahan ekonomi, teknologi dan persekitaran di negara2 tersebut. • Sejak berabad-abad petani telah mengubahsuai persekitaran produksi mereka, dengan menggunakan teknik pengeluaran yang baru dan membangunkan pelbagai tanaman komersial. Komersialisasi dan meningkatnya ekonomi perdagangan telah mengubah struktur sosial masyarakat petani. Tanah bukan lagi menjadi sumber milikan umum tetapi lebih merupakan komoditi yang dimiliki, dibeli atau dijual. • Integrasi kawasan luar bandar kepada ekonomi nasional dan antarabangsa telah memberi kesan kepada kawasan kampung adan tenaga buruh yang terdapat, ketiadaan tanah dan juga meningkatnya upah buruh. Gambaran visual landskap pertanian menunjukan telah berlaku beberapa perubahan melalui masa dari segi sosial, ekonomi, malahan juga biofizikal. • Impak teknologi moden terhadap pengeluaran padi misalnya melalui peningkatan penggunaan jentera untuk pembajakan dan penanaman, pemotongan padi dan penggunaan baja kimia serta racun serangga - telah menyumbang kepada peningkatan dalam produksi terutamanya di negara/kawasan di mana terdapatnya sistem taliair atau pengairan yang membolehkan penanaman dijalankan sepanjang tahun. Pembaharuan Tanah • Kebanyakan kawasan luar bandar di negara membangun dan negara miskin, majoriti mempunyai milikan tanah yang bersaiz kecil atau penyewa kepada tanah orang lain atau hanya merupakan tenaga buruh yang tidak bertanah. Program Transmigrasi di Indonesia, FELDA di Malaysia dan pemulihan tanah di Filipina merupakan program-program yang bertujuan untuk mengagihkan semula tanah kepada petani-petani yang tidak bertanah yang miskin, mengurangkan sewa tanah dan meningkatkan jaminan hasil tanaman kepada penanam luar bandar. Teknologi dan Sektor Pertanian. • Pembangunan teknologi bagi dari segi penggunaan jentera dan teknik penanaman, maupun dari segi teknologi bioteknologi banyak menyumbang kepada peningkatan dalam produktiviti dan hasil tuaian penanaman. Namun demikian, isu teknologi bioteknologi masih menjadi satu perdebatan kerana wujudnya kesan negatif daripada teknologi tersebut terhadap pengguna. R&D dan inovasi baru dianggap sebagai pencetus penting kepada pertumbuhan ekonomi. • Perbezaan dalam tahap teknologi di antara negara juga akan menggambarkan tahap produksi dan pergantungan sesebuah negara itu kepada negara yang lain terutamanya kepada negara maju di mana aktiviti R&D adalah tinggi. Produksi

• •

kebanyakan negera Dunia ke 3 selalunya mempunyai kaitan yang kecil dengan aktiviti R&D Revolusi teknologi dalam pengeluaran padi yang dikenali sebagai Revolusi Hijau, dibangunkan pada tahun 1960an pada masa berlakunya pertumbuhan populasi dan pengeluaran pertanian yang rendah telah menimbulkan kebimbangan tentang kekurangan sumber bahan makanan. Package teknologi pengeluaran di bawah Revolusi Hijau adalah berasaskan kepada variati bijih benih padi yang boleh menghasilkan hasil tuaian yang tinggi (HYV – high yielding varieties) yang dihasilkan di International Rice Research Institute (IRRI) di Los Banos, Filipina. Sejak pertengahan tahun 1960an, penggunaan variati padi moden dan teknologi agro telah membawa kepada transformasi dalam pengeluaran padi di kebanyakan negara. Di antara tahun 1969 dan 1989, pengeluaran padi meningkat dua kali ganda di negara-negara seperti Indonesia dan Filipina, sehingga mencapai tahap ambang (threshold) self-sufficiency makanan bijirin nasional. Hal ini banyak disebabkan oleh meningkatnya hasil tuaian per hektar yang disebabkan oleh penggunaan baja kimia dan variati /biji benih yang menghasilkan tuaian yng tinggi atau biji benih moden yang diperkenalkan pada tahun 1966. Peningkatan hasil padi juga disebabkan oleh kesediaadaan sistem pengairan/taliair. Impak penggunaan teknologi. Meningkatkan penggunaan jentera, mengurangkan penggunaan buruh. Racun serangga dan penggunaan baja kimia – kesan terhadap kesihatan. Walaupun Revolusi Hijau dianggap telah berjaya untuk meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran pertanian, namun didapati penggunaan teknologi dalam sektor pertanian ini agak terhad terutamanya di kalangan negara membangun. Misalnya tidak dapat diperluaskan kepada

Persoalan sekarang :• How can agriculture sector be expected to perform in the future? • Adakah wujud keperluan kepada perancangan makanan lestari dan apakah usahausaha yang boleh dilaksanakan. • Walaupun sektor pertanian boleh berkembang tetapi perluasan dari segi ruang semakin terhad pada masa hadapan. Di kebanyakan negara kekurangan tanah yang boleh ditanami semakin diberikan perhatian dan langkah2 mengatasi mula dilaksanakan. Intensifikasi pengeluaran boleh dipertingkatkan melalui pembangunan kaedah pengeluaran yang baru bagi menggantikan amalam tradisional yang menggunakan tanah secara ekstensif. Prospek untuk ini masih menjadi tanda tanya terutamanya dalam menjayakan sistem pertanian yang lebih sustainable atau mampan. • Kekangan sumber akan semakin meningkat dan ini akan membawa kepada perlunya membentuk sistem pertanian yang lebih efisien dan sustainable pada masa hadapan. Bagaimanakah kekangan kesediaan tanah untuk pertanian dapat diatasi ? Anda boleh merujuk kepada kes-kes pertanian moden dan berteknologi tinggi di beberapa negara maju.

TRANSFORMASI SEKTOR PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT TANI LUAR BANDAR
• Masyarakat terbesar (hampir 70%) populasi miskin dunia mendiami kawasan luar dan terlibat dalam pertanian sara diri. Sekiranya pembangunan hendak dilakukan dan menjadikan masyarakat ini ‘self-sustaining’ ia perlu bermula di kawasan luar bandar umumnya dan sektor pertanian khususnya. Tradisionalnya, peranan sektor pertanian dalam pembangunan ekonomi dilihat sektor yang pasif dan hanya merupakan sektor sokongan (supportive/peripheral). Pengalaman barat – pembangunan hanya boleh dicapai melalui perubahan struktur daripada sektor pertanian keapda sektor perindustrian dan perkhidmatan yang lebih moden dan kompleks. Akibatnya – peranan utama sektor pertanian hanya sebagai penyedia sumber makanan yang mencukupi pada harga yang murah kepada populasi bandar dan juga lebihan buruh luar bandar sebagai sumber buruh kepada sektor bandar yang semakin berkembang. Sekarang – ahli perancang pembangunan mula menyedari bahawa sektor pertanian dan ekonomi bandar luar seharusnya menjadi elemen yang dinamik dan maju bagi membawa pembangunan secara keseluruhannya kepada majoriti masyarakat di Negara Dunia Ketiga Pembangunan sektor pertanian seharusnya memainkan peranan penting atau dapat memberi kesan langsung terhadap usahausaha pembasmian kemiskinan.

Pembangunan Ekonomi Pertanian : Transisi dalam Sistem Pertanian 3 tahap evolusi produksi pertanian iaitu :Tahap primitif dan sara diri • dicirikan oleh produktiviti yang rendah, output untuk keperluan atau penggunaan sendiri, melibatkan tanaman yang menjadi sumber makanan utama, menggunakan kaedah dan peralatan tradisional • kekangan teknologi, institusi sosial dan fragmentasi pasaran serta network komunikasi yang terhad di antara kawasan luar bandar dengan kawasan lain tidak mendorong kepada tahap produksi yang lebih tinggi • berisiko tinggi dan terdedah kepada ketidaktentuan Tahap kepelbagaian tanaman (mixed/diversified farming) • tanaman utama bukan lagi didominasi oleh tanaman makanan asasi petani tetapi juga tanaman lain • aktiviti baru membolehkan penggunaan tanah yang lebih baik dan effisien • pengenalan alatan mekanikal mudah, penggunaan racun serangga, biji benih yang baik, baja kimia dan sistem pengairan yang bertujuan untuk meningkatkan hasil tuaian tanaman utama

kepelbagaian tanaman membolehkan impak kegagalan tanaman utama diminimumkan dan mewujudkan jaminan/kelangsungan pendapatan kepada petani

Tahap tanaman komersial moden (modern commercial farming) • tahap paling tinggi dan maju serta wujudnya pengkhususan dalam produksi pertanian, merupakan respon kepada peningkatan dalam taraf hidup, kemajuan biologikal dan teknikal serta perkembangan pasaran nasional dan antarabangsa • keuntungan komersial (untuk jualan) merupakan kriteria utama dan peningkatan hasil tanaman per hektar dipengaruhi oleh sistem pengairan yang baik, racun serangga, baja kimia, biji benih kacukan dan teknologi. Modal, kemajuan teknologi dan R&D memainkan peranan penting. • kepelbagaian dari segi saiz dan amalan – dari penanaman secara intensif buahbuahan dan sayur-sayuran sehingga kepada penanaman secara ladang yang ekstensif. Peralatan mekanikal yang sofisikated diperkenalkan, bersifat intensif modal dan mementingkan ‘economi scale’ • tanaman khusus yang bersifat ekstensif lazimnya dimiliki oleh syarikat multinasional yang besar Faktor-faktor Sosio-Ekonomi yang Mempengaruhi Pertanian Pembangunan pelbagai jenis pertanian dalam mana-mana wilyah bergantung kepada :• Persepsi petani • Peluang yang ada • Had dan Batasan • Sosial dan ekonomi • Kemungkinan untuk masa hadapan Halangan-halangan sosial :• Tahap pengetahuan dan pendidikan petani • Status sosial dan kesenangan • Cara pemilikan tanah • Budaya • Kekurangan makanan • Ketiadaan visi/wawasan Masalah Pemilikan Tanah Masalah terbesar yang dihadapi oleh masyarakat tani adalah dari segi pemilikan tanah. Petani yang tidak mempunyai tanah atau menyewa tanah – kegiatan pertanian boleh terganggu oleh tempoh pemegangan tanah kerana :• jangka masa yang ada untuk perancangan pembangunan kebun/ladang dan menghasilkan keuntungan • pembesaran/penambahan pelaburan terhad • petani yang menyewa bergantung sepenuhnya kepada sumber sendiri untuk mengendalikan kebun/ladang • jumlah pendapatan mesti diuntukkan untuk membayar sewa, hutang dan sebagainya • kemungkinan untuk menyambung kontrak atau membeli tanah tersebut

penyewa biasanya kurang inisiatif untuk menjaga dan membangunkan tanah ke tahap yang lebih baik.

Masalah Pemasaran Hasil Pertanian Ketidakstabilan harga • oleh sebab penawaran dan permintan tidak anjal maka naik turun harga sentiasa berlaku. Ketidakstabilan harga kerapkali mengugat rancangan pengeluaran dan pelaburan terutamanya di kalangan petani kecil yang kekurangan sumber. Ketidakstabilan harga juga mengakibatkan ketidakstabilan pendapatan Penawaran dan Permintaan bermusim • Ketidakstabilan harga kerapkali berkait dengan musim penawaran dan permintaan. Permintaan komoditi pertanian boleh dipengaruhi oleh acara perayaan, perubahan pendapatan dan sebagainya. Penawaran sebaliknya dipengaruhi oleh cuaca dan amalan perladangan Kekurangan Saluran Pasaran Terjamin • Selain padi dan beras, hasil petani terdedah kepada gejala pasaran domestik dan luar negara. Dalam kes buah-buahan, sayur-sayuran dan koko, FAMA menyediakan saluran untuk petani tetapi bukti menunjukkan bahawa FAMA lebih bertindak sebagai pasaran terakhir daripada menjadi agen pemasaran. Harga yang rendah dan hasil pertanian yang tidak stabil, membuat petani kurang berminat untuk melibatkan diri dalam pengeluaran yang berterusan. Kos dan Margin yang Tinggi • Disebabkan oleh harga dan saluran keluaran pertanian adalah tidak pasti, perantara pasaran lazimnya mengenakan kos perniagaan yang tinggi untuk mewajarkan pengambilan risiko. Kekurangan Maklumat Pasaran • Kos dan margin pemasaran yang tinggi boleh dikurangkan juga terdapat pengetahuan untuk mengurangkan risiko pemasaran. Malangnya, terdapat kekurangan maklumat yang komprehensif pada hampir semua peringkat pemasaran. Ramai petani tidak mendapat maklumat yang kemaskini tentang harga dan pasaran. Maklumat yang berkaitan dengan lebihan pasaran dan stok jangka pendek dan panjang juga ternyata kurang. Ketersampaian kepada maklumat ini juga dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan kesediaadaan mod untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada petani. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani tidak dapat menggunakan maklumat sedia ada sebaik mungkin dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang wujud dalam pasaran. Kekurangan Infrastruktur Pemasaran • Kekurangan infrastruktur terutama sekali di tempat-tempat terpencil juga membawa kepada ketidakcekapan pemasaran. Persaingan pemasaran boleh dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran yang berlebihan

Pembangunan Pertanian dan Kawasan Luar Bandar
Objektif utama pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar adalah peningkatan berterusan dalam tahap kehidupan masyarakat tani luar bandar melalui peningkatan pendapatan, output dan produktiviti hasil pertanian. Pembangunan sektor pertanian dan kawasan luar bandar :• perubahan teknologi dan innovasi • polisi ekonomi dan insentif yang sesuai dan menggalakkan • institusi sokongan sosial • Pemulihan tanah (land reform) • Kepentingan Pembangunan bersepadu (integrated development) Teknologi dan Innovasi • Di kebanyakan negara membangun, teknologi dan innovasi baru dalam bidang pertanian adalah penting sebagai syarat kepada peningkatkan output dan produktiviti. • Dua sumber utama teknologi dan innovasi yang boleh meningkatkan hasil tuaian ialah : • pengenalan peralatan mekanisasi • kemajuan dari segi biologikal (kacukan biji benih/baka ternakan) kawalan sumber air dan kimia (racun serangga dan baja kimia) • Peralatan mekanisasi – untuk menggantikan tenaga manusia dan meningkatkan volume output per pekerja terutamanya apabila melibatkan kawasan penanaman yang luas • Masalah – kebanyakan kawasan luar bandar di negara membangun dicirikan dengan pemilikan tanah pertanian yang kecil, kekurangan modal dan buruh yang ramai. Pengenalan atau penggunaan peralatan mekanisasi (peralatan mesin) bukan sahaja tidak sesuai dari segi persekitaran fizikal tetapi juga memberi kesan terhadap pengangguran di kawasan luar bandar. • Innovasi dan teknologi kedua – membolehkan peningkatan hasil tuaian per hektar melalui peningkatan kualiti tanah sedia ada. Biji benih yang baik, teknik pengairan dan sistem giliran tanaman yang maju, peningkatan penggunaan baja kimia, racun serangga, pembangunan dalam ubatan/rawatan dan bahan makanan ternakan menggambarkan kemajuan saintifik utama dalam pertanian moden. • Kemajuan ini bersifat ‘scale-neutral’ iaitu ia boleh diaplikasikan secara effektif pada semua skala milikan tanah. Tidak semestinya memerlukan input modal yang besar atau peralatan mesin. Polisi dan Insentif

• •

Polisi pembangunan - seharusnya tidak mendiskriminasikan sektor pertanian dalam strategi pembangunan nasional Polisi harga komoditi pertanian – kebanyakan kerajaan LDC dalam usaha menggalakkan pembangunan industri dan bandar yang pesat telah mengekalkan tahap harga komoditi pertanian pada paras yang rendah sebagai usaha untuk menyediakan sumber makanan yang murah. Harga produk pertanian yang sentiasa berubah-ubah juga boleh merugikan petani. Beberapa polisi yang bersifat sektor-spesifik yang membawa kesan buruk kepada sektor pertanian termasuklah cukai terhadap eksport pertanian, penggenaan levi kepada eksport hasil keluaran tanaman tertentu, menentukan tahap harga yang rendah kepada bahan makanan untuk faedah populasi bandar, polisi harga yang yang membawa kesan diskriminasi terhadap pengeluar pertanian oleh agen pemasaran negeri dan tahap pelaburan yang rendah dalam perluasan pertanian, infrastruktur dan teknologi Faedah pembangunan pertanian berskala kecil tidak dapat direalisasikan melainkan kerajaan menyokong sistem tersebut dengan memberi beberapa insentif yang diperlukan, peluang-peluang ekonomi dan ketersampaian kepada input yang diperlukan. Insentif berkaitan dengan komersialisasi pertanian dalam bentuk perkhidmatan sokongan, pemasaran, R&D, kredit dan subsidi, pendidikan latihan dan pengembangan.

Institusi • Peranan yang aktif institusi luar bandar yang mengawal produksi dan perkhidmatan sokongan kerajaan • Ini termasuk juga dari aspek legislation dan peraturan yang berkaitan dengan pemasaran, pemilikan tanah, pengangkutan dan tenaga buruh Pemulihan Tanah • Pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar hanya boleh mendatangkan faedah kepada masyarakat tani melalui usaha sama di antara kerajaan dengan masyarakat tani • Struktur hak milik tanah yang tidak sama rata merupakan antara faktor utama yang menentukan wujudnya pengagihan pendapatan dan kekayaan kawasan luar bandar yang tidak seimbang • Pemulihan tanah (land reform) selalunya melibatkan pengagihan semula hak milik dan penggunaan tanah. • Myrdal – ‘land reform’ merupakan kunci kepada pembangunan pertanian di Asia. Sekiranya program ‘land reform’ dapat dilaksanakan secara effektif oleh kerajaan, peningkatan tahap output dan taraf hidup masyarakat tani luar bandar dapat dibangunkan. Pembangunan Bersepadu • Pembangunan luar bandar sebahagian besarnya bergantung kepada kemajuan sektor pertanian merangkumi usaha-usaha • meningkatkan pendapatan benar masyarakat luar bandar sama ada pendapatan dari aktiviti pertanian atau bukan pertanian, industrialisasi luar bandar dan

peningkatan peruntukan pendidikan, kesihatan dan pemakanan, perumahan dan pelbagai perkhidmatan sosial dan kebajikan mengurangkan ketidaksamaan dalam pengagihan pendapatan masyakarat luar bandar dan mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan bandar-luar bandar serta meningkatkan peluang-peluang ekonomi di kawasan luar bandar keupayaan sektor luar bandar untuk terus maju dan membangun melalui masa (pembangunan mampan)

Isu-isu Penting Sektor Pertanian di Malaysia • isu tenaga buruh - masalah buruh berumur ‘ageing labour’, pendidikan dan latihan, migrasi tenaga buruh muda dan masalah pengupahan buruh asing • perbezaan produktiviti dan pendapatan dengan sektor lain • tahap pelaburan swasta yang rendah • globalisasi dan keterbukaan ekonomi • kesediaan petani menerima perubahan dari segi komersialisasi aktiviti dan bersaing di pasaran antarabangsa • persaingan antara-sektor mendapatkan sumber yang terhad • penggunaan tanah yang optimal • pembangunan teknologi dan R&D • penghakisan kelebihan bandingan dan daya boleh saing akibat meningkatnya pengeluar berkos rendah di negara-negara jiran • Food security – yang mencukupi, berkualiti dan selamat • Alam sekitar dan kelestarian sektor pertanian

HALA TUJU SEKTOR PERTANIAN KOMERSIL
Apa maksudnya "pertanian komersil" dalam pemahaman yang mudah? Pada saya pertanian komersil aktiviti pertanian yang bermotifkan perniagaan dan mendapatkan keuntungan. Dengan ini, pengerjaan aktiviti pertanian akan didorong oleh kehendak pengguna dan pasaran. Ini bermakna pengguna akan membeli produk yang mereka mahu, pada harga yang menasabah, produk berkualiti dan servis yang baik. Ke mana tujunya sektor pertanian komersil negara? Pelabur atau usahawan memerlukan maklumat ini bagi membolehkan mereka merancang strategi dan pelan perniagaan mereka. Hala tuju pertanian komersil dapat dikesan daripada Dasar Pertanian Negara dan perkembangan ekonomi semasa umpamanya kejatuhan ringgit. Dengan kejatuhan ringgit menyebabkan harga eksport menjadi murah mengikut kiraan asing; dan kepada kita, import bertambah mahal. Dasar Pertanian Negara yang baru, atau DPN3 belum dibentangkan kepada umum. Bagaimanapun, saya percaya DPN3 tetap berteraskan kepada DPN1 dan DPN2 tetapi mengambil kira perkembangan ekonomi semasa, umpamanya kesan kejatuhan ringgit terhadap keselamatan bekalan makanan negara; dan kesan liberalisasi perdagangan terhadap daya saing pengeluaran dan perdagangan pertanian. Dua pendekatan utama dijangka akan diberi tumpuan dalam DPN iaitu pendekatan perhutanan tani dan pendekatan berasaskan produk. Pendekatan Perhutanan Tani (Agroforestry Approach) Pada masa lepas, hutan kerap musnah atau "terkorban" kerana memenuhi kehendak pembangunan pertanian. Oleh kerana tanah dan sumber pertanian yang terhad, perhutanan tidak wajar "terkorban" kerana memenuhi kehendak pertanian. Pendekatan yang praktikal ialah pertanian dan perhutanan harus berjalan seiring dan menjadi pelengkap antara satu sama lain. Ini bermakna aktiviti perhutanan dan pertanian harus diintegrasikan melalui pembangunan usahasama (joint development) bagi memaksimumkan pulangan pelaburan. Pendekatan ini akan menghasilkan: (a) (b) (c) menggalakkan aktiviti perhutanan tani yang boleh meningkatkan pulangan pelaburan perhutanan tani. membenarkan pengeluaran produk pertanian dan perhutanan diatas tanah yang sama; ini dapat mengurangkan tekanan permintaan tanah pertanian baru. menyokong usahasama pertanian perhutanan, umpamanya penanaman spesis

(d)

perhutanan bersama tanaman industri (sawit, getah, koko) bagi memaksimumkan pulangan pelaburan tanah. menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penanaman hutan secara komersil; ini akan menambahkan bekalan kayu bagi pembangunan industri asas kayu.

Pendekatan Berasaskan Produk (Product-Based Approach) Pendekatan ini mengambil kira kehendak sesebuah pasaran dan pengguna. Sebelum pengeluaran, produk dan pasaran dikenal pasti terlebih dahulu yang berdasarkan kehendak pasaran, cita rasa dan potensi. Pendekatan ini menghasilkan: (a) (b) (c) (d) (e) dapat menguatkan pembangunan sesebuah industri pertanian kerana ia berasaskan kepada pengenalpastian peluang pasaran dan cita rasa pengguna. menggalakkan produk yang berkualiti tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan nilai-tambah (value added) sektor pertanian. menguatkan aktiviti hiliran dan huluan bagi industri perhutanan dan pertanian, dan juga hubungannya dengan sektor ekonomi lain. meluaskan skop pembangunan pertanian dan perhutanan, dan mengujudkan peluang perniagaan dan pelaburan. menggalakkan integrasi bagi aktiviti pengasingan (sorting), penggredan, pembungkusan, pemprosesan diperingkat ladang, yang secara tak langsung dapat meninggikan pendapatan ladang.

Teras dan Strategi Dasar Pertanian Negara Teras, strategi dan pelaksanaan DPN akan fokus kepada usaha menangani isu yang berkaitan dengan pertanian dan ekonomi secara keseluruhannya. Isu-isu adalah seperti berikut:(i) keselamatan makanan (food security) dan inflasi; (ii) produktiviti pertanian; (iii) penglibatan sektor swasta; (iv) eksport pertanian;

(i) KESELAMATAN MAKANAN (Food Security dan Inflation) Dua isu penting yang berkaitan dengan makanan adalah, pertamanya, aspek keselamatan makanan; dan keduanya, defisit akaun perdagangan bagi makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian. Import makanan negara umumnya meningkat setiap tahun kesan dari pertambahan bilangan dan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya adalah RM9.1 bilion. Kenaikan permintaan makanan membawa kepada kenaikan harga makanan. Pada 1996, kenaikan harga makanan menyumbangkan 57% daripada kenaikan Indeks Harga Pengguna. Kejatuhan ringgit sejak Julai 1997 sebanyak 40% (RM2.6 kepada RM3.6 sedolar) telah meningkatkan kos import makanan dan input pertanian. Malaysia mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk makanan binatang) dan input pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang negara bagi membiayai import. Pada tahun 1996 eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-Oktober 1997) adalah RM4.5 bilion. Ini bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan input pertanian ialah RM6.3 bilion pada 1996, dan RM4.6 bilion pada 1997. Krisis kewangan telah menyedarkan Malaysia akan perlunya ditingkatkan aspek keselamatan makanan negara melalui pengeluaran makanan sendiri dan menyusun strategi bagi mengurangkan pergantungan makanan dari negara lain. Antara strateginya adalah: (a) Meningkatkan Pengeluaran Makanan Tempatan Pengeluaran makanan tempatan akan dipertingkatkan melalui tindakan berikut: * Menumpukan kepada pengeluaran makanan utama yang mempunyai kelebihan bersaing dari segi kos; umpamanya penghasilan perikanan, buah-buahan terpilih, sayursayuran dan ternakan. Tumpuan juga diberikan kepada pengeluaran makanan tertentu yang diimport.

*

Mengujudkan zon bagi pengeluaran makanan.

* Menyediakan galakan/insentif, pinjaman dan langkah lain (infrastruktur) bagi pengeluaran makanan. (b) Sumber Bekalan Luar (Strategic Sourcing) Mendapatkan sumber makanan utama melalui langkah berikut: * Meningkatkan pelaburan keluar negara (reverse investment) dan mengadakan usahasama dengan negara asing yang kos pengeluaran makanannya rendah; umpamanya pelaburan dalam Kawasan Pertumbuhan Asean dan Lembah Mekong. * Kerjasama dua hala antara Kerajaan dengan Kerajaan dalam membekalkan makanan. © Meningkatkan Kecekapan Pemasaran Pemasaran akan dipertingkatkan dengan cara mengurangkan margin pemasaran dan halangan pasaran. Antara strateginya adalah: * Sistem pasaran akan disusun bagi mengurangkan pengantara pasaran (market intermediaries) dan mempastikan pengguna mendapat harga yang adil. Ini dicapai melalui pengujudan saluran pasaran yang menyerupai konsep pasar tani, pemasaran langsung (direct marketing), dan mengamalkan "contract farming". * Penubuhan infrastruktur pemasaran, umpamanya pusat pengumpulan hasil pertanian, rumah pembungkusan, pusat perniagaan dan pusat pemborongan. Ia bertujuan menjimatkan masa dan kos perniagaan. (ii) PRODUKTIVITI PERTANIAN

Pada masa ini produktiviti buruh dalam sektor pertanian masih rendah, iaitu setakat 60% daripada produktiviti buruh disektor perindustrian. Strategi meningkatkan produktiviti dalam sektor pertanian adalah: (a) Pembangunan Produk Baru dan Industri Masa Depan

Fokus adalah kepada pembangunan produk bioteknologi, penggunaan "oilpalm biomass", pembangunan produk florikultur dan ikan akuarium. (b) Pengurangan Penggunaan Buruh di Sektor Pertanian

Tenaga buruh dalam sektor pertanian akan dikurangkan daripada 1.4 juta dalam tahun 1995 kepada 0.8 juta pada 2010. Ini dapat dicapai melalui: * Pengurangan buruh intensif dalam sektor pertanian, khususnya getah, kelapa, koko dan lada hitam. * Menggalakkan tanaman baru yang kurang menggunakan buruh, umpamanya tanaman spesis kayu, buluh dan rotan. * Menggalakkan sistem pengeluaran tanaman yang bernilai tinggi yang berunsurkan penjagaan alam sekitar yang baik, umpamanya aeroponik dan hidroponik; * Meningkatkan R & D dan usaha pemindahan teknologi terutama teknologi penjimatan buruh, umpamanya dalam bidang penuaian kelapa sawit, buah-buahan, bunga, sayuran dan torehan getah. © Memaksimumkan * * (d) Strategi * Menggalakkan Menggabungkan Memaksimumkan penggunaan perniagaan aktiviti Penggunaan tanah perhutanan penternak dicapai tani dengan Tanah melalui: (agroforestry). penanaman. Ladang difokuskan berskala kepada: besar

Meningkatkan meningkatkan Pengerjaan pendapatan

Pendapatan ladang akan

ladang

* Memaksimumkan penggunaan sisa pertanian dan produk sampingan seperti pelepah sawit, batang pokok, batang padi dan sebagainya.

(iii)

PENGLIBATAN

SEKTOR

SWASTA

Mekanisma akan diwujudkan bagi menggalakkan penyertaan aktif sektor swasta, antaranya:

(a)

Bank

Tanah

Data yang komprehensif mengenai tanah yang tersedia akan diwujudkan bagi memudahkan sektor swasta menceburi pengeluaran pertanian. (b) Menggalakkan Pelaburan Pertanian oleh Sektor Swasta

Ini termasuklah penyediaan garis panduan pelaburan asing dalam pertanian. Senarai aktiviti yang digalakkan akan disemak dari masa kemasa selari dengan fokus pembangunan pertanian semasa. Peraturan dan prosedur yang menghalang pelaburan swasta akan dikaji. Pusat maklumat setempat di Kementeirn Pertanian akan ditubuhkan bagi membantu swasta. (iv) (a) Malaysia Sebagai EKSPORT Pusat Makanan Halal PERTANIAN Antarabangsa

Malaysia berpotensi menjadi pusat makanan halal antarabangsa. Oleh itu strategi akan digubal bagi mengenengahkan kelebihan Malaysia. Aspek "halal" termasuklah pemeriksaan, pengesanan, piawaian dan pengeluaran sijil halal. Kerajaan dan swasta akan mempromosikan produk halal diperingkat antarabangsa. (b) Laluan Pasaran (Market Access)

Perjanjian Dua Hala akan dipertingkatkan bagi membolehkan barangan Malaysia meneroka pasaran antarabangsa. Perjanjian Pembayaran Kredit Minyak Sawait akan digunakan bagi meneroka pasaran baru minyak sawit khusus ke negara membangun yang memerlukan kredit. © Pemasaran Langsung (Direct Marketing)

Pemasaran dan pengeksportan langsung produk Malaysia tanpa melalui negara ketiga.

4. PERANAN USAHAWAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI BERASASKAN PERTANIAN Sebagai usahawan sama ada wanita dan lelaki, peranan mereka adalah sama dalam semua perniagaan yang diceburi termasuklah industri berasaskan pertanian. Sebagai pemilik perniagaan, usahawan wanita mempunyai peranan yang sama seperti lelaki. Ini termasuklah aspek merancang, menguruskan perniagaan dan memasarkan produk. Bagi perniagaan yang dimiliki secara bersama dengan suami, biasanya peranan usahawan wanita lebih membantu suaminya. Sungguhpun sebagai isteri, beliau boleh

memainkan peranan yang lebih berkesan, umpamanya sebagai penasihat dalam membuat keputusan perniagaan yang penting. Dalam konteks ini, beliau harus memiliki sifat dan kebolehan yang boleh mempengaruhi sesuatu keputusan. 4.2 (a) Industri Anyaman dan Kraftangan

Dari sudut pemilihan perniagaan tanai komsersil, usahawan wanita harus melihat kelebihan dan kebolehan mereka berbanding dengan lelaki. Umpamanya, dalam industri mengkuang dan pandan, wanita mempunyai kebolehan menghasilkan produk anyaman (tikar), dan produk kraftangan. Secara tak langsung peranan usahawan wanita adalah mengekalkan warisan budaya dalam seni anyaman dan penghasilan kraftangan. (b) Tanaman Hidroponik Komersil

Kebanyakan usahawan wanita adalah ibu dan mempunyai tanggungjawab menjaga anak dirumah. Penanaman sayuran melalui kaedah hidroponik boleh dilakukan secara komersil tanpa menjejaskan sangat fungsi ibu sekiranya mempunyai kawasan tanah yang cukup berdekatan rumah. Secara tak langsung, usahawan wanita berperanan membantu negara dalam meredakan tekanan kenaikan harga sayuran khasnya, dan makanan amnya. © Industri Kuih Tradisional

Kuih tradisional dianggap komponen dalam industri berasaskan pertanian. Umumnya, kuih diusahakan secara sambilan oleh kaum wanita. Usahawan wanita boleh menjadikan industri kuih secara komersil memandangkan MARDI telah menghasilkan teknologi pakej dimana kuih dapat dihasilkan dengan cepat, mudah secara mekanisasi, mempunyai mutu yang tinggi dan berseragam.

5.

KEWANGAN

Dalam menggalakkan pertumbuhan sektor pertanian, kerajaan sedang menyediakan beberapa tabung iaitu Tabung Untuk Makanan yang dikenali juga sebagai Kemudahan 3F (Fund for Food) dan Tabung Industri Kecil dan Sederhana (TIKS). Kemudahan 3F khusus untuk membiayai aktiviti pengeluaran makanan dan makanan diproses; manakala Kemudahan TIKS boleh membiayai industri berasaskan pertanian. Bagi mempastikan objektif penubuhan tabung mencapai matlamatnya kerajaan akan mengkaji dari masa kesemasa syarat-syarat kemudahan tersebut. Contohnya baru-baru ini kerajaan telah menurunkan pinjaman minima Tabung TIKS dari RM250,000 kepada RM50,000 bertujuan supaya lebih ramai usahawan berpeluang mendapat faedah dari kemudahan ini. Selain dari Tabung yang disediakan oleh kerajaan, Bank Pertanian Malaysia (BPM) iaitu agensi yang dipertanggungjawabkan membiayai sektor pertanian turut menyediakan berbagai kemudahan daripada dananya sendiri. Dalam keadaan kegawatan sekarang, BPM turut merasa bahangnya. Oleh yang demikian sementara waktu ini, dalam keadaan

dana yang terhad, BPM akan hanya pada projek-projek yang berdayamaju tinggi sahaja.

6.

KESIMPULAN

Dalam suasana kemelesatan ekonomi sekarang ada usahawan melihatnya sebagai peluang. Aktiviti ekonomi dan perniagaan masa ini tidaklah serancak berbanding dengan 2-3 tahun lepas. Oleh itu, masa ini sangat sesuai bagi usahawan mengenal pasti peluang perniagaan dalam sektor pertanian atau dilain sektor, disamping menyediakan strategi dan pelan perniagaan. Sejarah ekonomi menunjukkan iaitu ekonomi dunia berkembang dan meleset satu fenomena ekonomi yang biasa. Adalah diharapkan dengan insentif dan kemudahan kewangan sektor pertanian akan terus menjadi sektor yang penting dan menjadi penyumbang kepada pemulihan ekonomi negara.

Menjayakan pertanian negara oleh NIK YAHYA ABDUL RAHMAN UTUSAN 25 Julai 2000 Sektor pertanian dijangka mencapai kadar pertumbuhan 2.1 peratus setahun sepanjang Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dari 1998 hingga 2010 dengan peningkatan sumbangan nilai ditambah pertanian daripada 1.6 peratus (1995) kepada 7.8 peratus (2010). Selain itu, pertumbuhan kukuh yang dijangka diperoleh daripada sektor kecil makanan dengan sumbangannya kepada nilai ditambah pertanian meningkat daripada RM 4.3 bilion (1995) kepada RM 7.3 bilion (2010). Dalam usaha itu, Kementerian Pertanian sedang menubuhkan Pusat Maklumat Setempat dan Bank Tanah bertujuan membekalkan semua maklumat berkaitan industri pertanian dalam usaha memajukan sektor itu, khususnya di kalangan sektor swasta. Bagi melengkapkan maklumat itu, kementerian kini mendapatkan maklumat daripada kerajaan negeri mengenai kawasan yang dibangunkan untuk pertanian di negeri masingmasing. Sehingga tahun lalu, seluas 195,000 hektar tanah di Johor, Perak, Pahang, Terengganu dan Selangor diperuntukkan untuk pertanian. Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) mempunyai asalusul daripada usaha menghargai jasa peladang terhadap pembangunan negara. Pada 1972, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah meminta kerajaan mengadakan suatu hari memperingati mereka. Kemudiannya, sempena pelancaran penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), 6 Ogos 1973, Perdana Menteri Kedua Allhyarham Tun Abdul Razak Hussein telah mengisytiharkan tarikh berkenaan sebagai Hari Peladang di Dungun, Terengganu. Dan tarikh berkenaan dijadikan tarikh tetap sambutan sehinggalah ke hari ini. Perayaan Hari Peladang Kebangsaan kali pertama di adakan di perkarangan Bangunan Parlimen pada 6 ogos 1975 dan dirasmikan oleh Allhyarham Tun Abdul Razak. Nama perayaan Hari Peladang kekal sehingga 1982 sebelum bertukar menjadi Hari Peladang dan Nelayan Kebangsaan (1983 hingga 1987). Pada 1988, nama itu ditukar menjadi perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan kebangsaan (HPPNK) dan kekal hingga sekarang. HPPNK mempunyai tema dan slogan yang tersendiri semenjak mula diadakan. Tematema berkenaan digubah sebegitu rupa berdasarkan penumpuan, dasar-dasar dan keadaan semasa di dalam negara kita. Bermula dengan temanya ' Kaum Peladang Adalah Nadi Kepada Negara' pada tahun 1976 ia menjurus kepada ' Ke arah Industri Yang Berdaya Saing ' pada tahun ini. Perayaan HPPNK telah diadakan di seluruh negara, daripada negeri Perlis sehinggalah ke Sabah. Dan betapa prestijnya perayaan berkenaan, ia dirasmikan oleh Perdana Menteri atau pun Timbalan Perdana Menteri untuk sambutan di peringkat kebangsaan pada setiap tahun. Bagi memeriahkan sambutan HPPNK, suatu pertandingan diadakan di kalangan peladang, penternak dan nelayan mengikut kategori masing-masing di seluruh negara.Pertandingan berkenaan diadakan sebagai usaha mempergiatkan minat masyarakat

tani untuk berusaha bersungguh-sungguh ke arah mempertingkatkan hasil-hasil pertanian dan makanan negara yang boleh dijadikan contoh. Satu Jawantankuasa bersama bagi pemilihan mengikut kategori akan diakakan setiap tahun yang terdiri daripada wakil LPP, Lembaga Kemajuan Ikan malaysia (LKIM), Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) diadakan. Pelbagai hadiah dan sijil bagi setiap kategori diadakan termasuklah: Peladang Jaya Lelaki Kebangsaan, Peladang Jaya Wanita Kebangsaan, Pertubuhan Peladang Kawasan Jaya Kebangsaan, Nelayan Kebangsaan, Persatuan Nelayan Jaya Kebangsaan, Penternak Ikan Jaya Kebangsaan,Penternak Jaya Kebangsaan dan banyak lagi. Bagi pertandingan peringkat kebangsaan mereka akan menerima hadiah dan sijil masingmasing sempena sambutan berkenaan daripada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.Tahun ini, sambutan perayaan HPPNK di sambut bersama Pameran Pertanian, Hotikultur dan Agropelancongan, MAHA 2000 (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2000). Mengimbas kembali MAHA, ia mula diadakan pada tahun 1920-an di Padang Lumba Kuda, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (dimana Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur atau KLCC didirikan sekarang). Pameran itu diilhamkan oleh Persatuan Pengusaha Bunga (Poultry Society) yang telah berjaya menganjurkan Pertunjukan Pengusaha Bunga (Poultry Society Show) pada 1920 yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah (D.O) Kelang F.W Douglas bersama-sama beberapa pengusaha tanaman bunga. Bermula pada 1920, MAHA diadakan sehinggalah meletusnya Perang Dunia Kedua. Namun, tapak perayaan telah berpindah ke tapak yang telah ditetapkan oleh persatuan itu di antara Jalan Ampang dan Jalan Pekeliling (Jalan Tun Razak), di mana Plaza Yow Chuan tersergam sekarang. Pada 1968, MAHA terakhir diadakan di Kampung Medan, Jalan Kelang Lama. Nafas Baru Kini MAHA dihidupkan kembali , hasil ideal unggul Dr. Mahathir dengan memberi nafas baru dari segi format apabila unsur pelancongan tani dipakejkan bersama-sama teknologi pertanian. Setelah 31 tahun menghilang, MAHA kembali dengan suasana yang lebih ceria. apabila ia diadakan di Stadium Putra, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang dianjurkan bersama di antara Kementerian Pertanian dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada 26 hingga 31 Ogos 1999. MAHA 2000 mula diadakan pada Sabtu lalu hingga 30 Julai ini, meliputi pesta buahbuahan, pertunjukan haiwan dan ternakan kesayangan, pameran teknologi pertanian moden, gerai negeri-negeri, pesta sate, pertunjukan kuda serta persembahan artis popular. Perayaan tahun 2000 yang berlangsung sekarang lebih bererti kepada masyarakat peladang kerana diadakan bersempena ulang tahun penubuhan LPP yang ke -27. Di sepanjang tempoh berkenaan, pelbagai program, pendekatan, projek dan pembangunan infrastruktur dan peningkatan kemahiran sumber tenaga manusia telah dilakukan LPP dengan jayanya.

Di dalam buku Mengimbas Kembali Peladang Jaya (1999), pihak LPP menekankan agar masyarakat peladang mengambil iktibar daripada kejayaan yang telah dicapai oleh Peladang Jaya. Katanya, dengan cara itu, masyarakat peladang boleh meningkatkan pengeluaran dan mengadaptasikan teknologi baru untuk dipraktikkan secara lebih serius dan mapan. Setelah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang 26 tahun yang lalu, kita yakin LPP akan memainkan peranan penting untuk kemajuan para peladang pada masa yang akan datang. Justeru kita berharap kepada para peladang muda untuk terus berusaha mempercepatkan tranformasi sektor pertanian semasa kepada yang lebih komprehensif, moden dan komersil. Ini penting bagi meningkatkan produktiviti, kualiti dan keselamatan makanan negara dan di masa yang sama membantu menangani kegawatan ekonomi. Begitu juga dengan LKIM yang ditubuhkan pada 1 November 1971 telah terbukti berjaya mengurangkan peratus kemiskinan nelayan di Semenanjung Malaysia iaitu; 73.2 peratus (1970); 62.7 peratus (1976); 27.7 peratus (1984)1 24.5 peratus (1987); 26.0 peratus (1989) dan untuk seluruh negara 17.9 peratus (1992) dan 11.8 peratus (1995). Penurunan berkenaan, jelas menunjukkan yang dasar dan pendekatan yang dilakukan kerajaan terbukti berjaya. Dan apa lagi, apabila kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 1.05 billion daripada peruntukan tahun 2000 untuk pembangunan sektor pertanian Perayaan HPPNK dan kesinambungan MAHA tahun lalu akan menjadi saluran untuk bertukar pendapat dan pengalaman serta memberi pendedahan dan peluang perniagaan.Dengan demikian, produktiviti hasil pertanian, industri berasaskan perhutanan serta pertanian dan pelancongan tani dapat dipromasikan bukan sahaja di dalam negara tetapi di peringkat antaranbangsa. MAHA 2000 juga akan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri pelancongan tani. Di samping itu, ia dijangka memberi peluang kepada pihak kerajaan, swasta, usahawan tani, petani, penternak dan nelayan untuk menyaksikan peralatan dan teknologi canggih serta inovasi terkini dalam pembangunan pertanian di dalam dan di luar negara. MAHA 2000 juga akan berupaya membentuk hubungan dan sinergi kepada sektor pertanian yang diharapkan dapat memberi faedah kepada bidang pertanian dan industri berasaskan pertanian serta memberi imej dan semangat baru kepada sektor pertanian keseluruhannya. Saya merasa amat gembira berada di kawasan MADA kerana MADA merupakan satu kejayaan besar kepada projek Bank Dunia di negara kita. Disebabkan kejayaan ini, Bank Dunia begitu mudah memberikan sokongan pembiayaan projek-projek kepada Malaysia. MADA juga merupakan kawasan Jelapang Padi yang utama di Malaysia. 40% pengeluaran padi negara datangnya dari kawasan MADA. Sekiranya purata hasil padi di kawasan MADA dapat ditingkatkan, ia secara langsung akan menambahkan purata pengeluaran padi negara. Saya yakin kita boleh

dan dapat mengurangkan import beras dengan keluasan kawasan yang ada sekarang. Pengenalan varieti padi baru ini adalah bertepatan dengan masanya memandangkan pengeluaran padi beras negara tidak dapat memenuhi permintaan yang terus meningkat. Industri padi dan beras negara sentiasa diberikan pertimbangan khas memandangkan kepentingan strategik beras sebagai makanan ruji atau utama kita. Kerajaan telah membuat pelaburan yang besar dalam bentuk infrastruktur dan pelbagai perkhidmatan sokongan bagi meningkatkan produktiviti pendapatan petani untuk memastikan pengeluaran padi berterusan di negara ini. 5. Dasar Pertanian Negara ke 3 telah menggariskan dasar dan arah serta sasaran pengeluaran padi dan beras di negara ini untuk masa hadapan dasar dan sasaran ini penting diwujudkan untuk menentukan bekalan beras kepada penduduk Malaysia tidak tergugat. 6. Malaysia mengimport 30% beras daripada keperluan kita daripada negara Thailand, Vietnam dan Myanmar. Beras Basmati diimport dari India dan Pakistan. Walaupun kecil sekiranya berlaku masalah pengeluaran di negara-negara pengeksport bekalan beras negara ini akan terjejas dan ia boleh menimbulkan masalah sosial dan inflasi. 7. Pengeluaran beras di Malaysia meningkat dengan kadar perlahan iaitu dari 1.2 juta tan pada tahun 1990 kepada 1.3 juta tan pada tahun 1998 berbanding dengan pertumbuhan penduduk 25% setahun. Negara akan memerlukan sejumlah 2.3 juta tan beras setahun untuk 27 juta penduduk (pada tahun 2010). Jika pengeluaran beras negara tidak dapat ditingkatkan negara akan mengimport lebih kurang 1.0 juta tan setahun. 8. Faktor utama yang menyebabkan hasil padi yang rendah di negara ini ialah kurang penggunaan teknologi moden oleh pesawah. Ianya termasuk penyediaan ladang, pengurusan air, kawalan rumpai, makhluk perosak dan penyakit, penggunaan baja dan pematuhan jadual penanaman dan kehilangan hasil lepas tuai. Kita mungkin tidak boleh mengelakkan daripada mengimport beras, khususnya beras berkualiti tinggi atau gred super seperti Basmati dan beras wangi tetapi kita boleh 4.

berusaha mengurangkan jumlah yang kita perlu meningkatkan pengeluaran berkeyakinan kita boleh.

diimport. Untuk itu tempatan dan saya Malaysia boleh.

9. Untuk makluman kita semua, hasil purata pengeluaran padi negara masih lagi rendah iaitu 4.5 tan sehektar. Dengan teknologi dan varieti yang lebih baik, hasil ini boleh ditingkatkan. Kita boleh mempertingkatkan hasil padi terutama di kawasan Jelapang Padi utama seperti di MADA, Projek Barat Laut Selangor dan lain-lain dengan mudah dan kerana sudah lengkap infrastruktur khasnya sistem pengairan. Sekarang ini sudah ada petani-petani di kawasan tersebut mencapai hasil lebih daripada 10 tan sehektar dan saya difahamkan dengan varieti baru ini pula pengeluaran hasil yang tinggi dan stabil boleh dicapai banyak kawasan sehingga melebihi 10 tan sehektar. Pesawah-pesawah di kawasan lain selain daripada MADA atau Projek Barat Laut Selangor sepatutnya berupaya juga mendapatkan hasil yang sedemikian menggunakan benih yang disyorkan dan melakukan amalan kultur tanaman yang terbaik seperti yang disarankan oleh MARDI, Jabatan Pertanian dan MADA. Kita semua tahu bahawa keupayaan pengeluaran bagi semua kawasan utama Jelapang Padi di negara ini mampu mengeluarkan hasil yang jauh lebih tinggi daripada pengeluaran sekarang. Matlamat inilah yang diharapkan oleh pihak kerajaan kepada petani-petani agar meningkatkan pengeluaran hasil padi mereka dan membantu kerajaan dalam mengurangkan import beras negara dan pada masa yang sama petani sendiri dapat meningkatkan pula pendapatan mereka serta memperbaiki taraf hidup mereka. Pihak kerajaan akan terus membantu rakyat khususnya yang berpendapatan rendah seperti pesawah-pesawah untuk hidup lebih senang. 10. Industri padi di negara ini telah mengalami banyak perubahan-perubahan dan ini bertambah lagi penting di alaf baru ini kerana pengeluaran pertanian perlu dibentuk kompetitif / berdaya saing dan berubah kepada sistem pengeluaran yang lebih moden dan produktif. Untuk ini penggunaan jentera perlu diperluaskan, penggunaan racun serangga dikurangkan untuk lebih sihat dan mesra alam dengan alam sekitar dan pelbagai produk berasaskan padi dan beras dihasilkan untuk meningkatkan nilai ditambah. Perkara ini penting untuk menjadikan

pengeluaran di negara kita dapat bersaing dengan negaranegara lain. Saya gembira dengan pencapaian penyelidikan dan pembangunan yang dibuat oleh MARDI selama ini untuk menghadapi segala keperluan oleh industri padi. Saya berharap MARDI dapat memindahkan teknologi tersebut dengan segera kepada petani, bersama dengan agensi / jabatan lain seperti Jabatan Pertanian dan MADA dan juga kepada usahawan-usahawan. 11. Kita perlu tingkatkan pengeluaran beras negara untuk memenuhi permintaan negara. Negara juga perlu mengurangkan kos import yang pada tahun 1998 berjumlah hampir RM 1 Bilion. Saya nampak kita ada tiga cara perlu dilakukan untuk meningkatkan hasil pengeluaran beras iaitu dengan meningkatkan intensiti tanaman; memperbaiki pengurusan tanaman; dan mengeluarkan dan menggunakan varieti berpotensi hasil tinggi. 12. Memandangkan kawasan sawah padi di negara kita terhad dan mungkin berkurangan, menambahkan penanaman amatlah perlu melalui peningkatan intensiti tanaman. Melalui laporan penyiasat hasil pengeluaran padi didapati hanya MADA dan Projek Barat Laut Selangor yang mencapai intensiti tanaman hampir 200% yang mana

mencatatkan hasil pengeluaran padi tertinggi di Malaysia. Di lain-lain kawasan Jelapang Padi intensiti tanaman masih rendah dan masih banyak kawasan yang terbiar. Ini adalah suatu pembaziran yang mengakibatkan kerugian besar bukan sahaja kepada pesawah-pesawah tetapi juga kepada negara. Tanah adalah amanah Allah kepada pemiliknya. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda yang menerangkan sesiapa yang mempunyai tanah, hendaklah ia mengusahakannya atau meminjamkan kepada saudara-saudaranya. Dengan ini saya minta semua jabatan, agensi serta petani-petani supaya menguruskan kawasan padi dengan baik dan mencari jalan untuk meningkatkan intensiti tanaman dan seterusnya meningkatkan hasil. Punca-punca masalah perlu dikenalpasti dan diatasi. 13. Sementara itu, bagi meningkatkan pengeluaran tanah terbiar, pihak swasta digalakkan mengusahakan tanah tersebut. kawasan adalah Dengan

menyediakan infrastruktur seperti sistem pengairan yang sesuai, amalan teknologi pengeluaran yang optimum, saya percaya pihak swasta dapat membangun dan mengusahakan pengeluaran padi secara estet yang lebih berdaya maju. Beberapa contoh boleh dilihat dalam kes ini seperti oleh FELCRA di Seberang Perak dan syarikat lain di Rompin, Pahang. Projek seumpama ini juga diperhatikan lebih berdaya maju seperti projek-projek mini estet Jabatan Pertanian. 14. Peningkatan hasil padi juga boleh direalisasikan melalui penggunaan varieti. Dengan menggunakan varieti-varieti baru yang berupaya memberi hasil tinggi dan disertai dengan amalan pengurusan yang optimum, ia boleh meningkatkan pengeluaran padi kita dengan mudah. 15. MARDI seharusnya mengeluarkan lebih banyak baka padi yang baru, berhasil tinggi dan berkualiti tinggi dan yang penting sekali, menyediakan benih bersama-sama Jabatan Pertanian dan juga pihak swasta secukupnya untuk membolehkan hasrat kerajaan meningkatkan keluaran padi berjaya. MARDI pula perlu menggunakan segala kaedah-kaedah tercanggih seperti bioteknologi untuk memecahkan benteng ketinggian hasil sekarang supaya baka padi baru mampu memberikan hasil jauh melebihi 10 tan sehektar setanding dengan negara-negara pengeluar beras yang maju. Saya yakin MARDI sebagai sebuah agensi R&D yang berwibawa dapat menghasilkan berbagai bidang teknologi yang diperlukan bagi mencapai sasaran tersebut. Ini terbukti di tahun-tahun yang lepas mereka telah memenangi beberapa anugerah seperti anugerah Perdana Menteri peringkat negara dan anugerah Asia Terbaik Di Peringkat Asia dan awal tahun 2000 ianya dapat pengiktirafan ISO 9001. 16. Varieti baru padi yang akan dilancarkan hari ini adalah satu varieti padi ciptaan MARDI yang berpotensi tinggi. Varieti MR 219 ini telah melalui pelbagai peringkat ujian dan hingga kita ia jelas menunjukkan keupayaan peningkatan hasil berbanding dengan varieti MR 84 iaitu varieti utama padi ketika ini yang digunakan lebih 80% di kawasan padi di Malaysia. Pada keseluruhannya varieti MR 219 berupaya memberi hasil 1015.0% lebih tinggi daripada varieti MR 84. Varieti MR 219 disyorkan kerana prestasi hasil yang baik dan yang lebih penting lagi ialah untuk menjadi pemampan kepada

varieti MR 84 yang mula menunjukkan penurunan hasil dan ketahanan daripada perosak dan penyakit. Varieti MR 84 sekarang ini telah menunjukkan rentan kepada penyakit hawar bakteria, hawar seludang dan perosak bena perang. Dengan memperkenalkan varieti MR 219 ini, masalah kerosakan tanaman Insya-Allah akan dapat diatasi. Ia juga adalah sebagai satu lagi varieti pilihan diberi kepada petani dalam meningkatkan hasil tanaman mereka. varieti MR 219 juga mempunyai kualiti nasi yang lembut dan menunjukkan kesesuaian di banyak kawasan untuk ditanam. 17. Akhir sekali saya ucapkan tahniah kepada MARDI dalam usaha membangunkan industri padi negara. dan dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya dengan rasminya mengisytiharkan padi baru varieti MARDI MR 219.

KEPENTINGAN PERTANIAN Sumber pendapatan negara hasil eksport - RM? Peluang pekerjaan + bil Pekerjaan tradisi bagi penduduk sekitar. Sumber bahan mentah untuk industri spt membuat tayar / minyak masak + cth bahan mentah + lokasi. Makanan asasi/ruji +cth. Pembukaan bandar - mengumpul hasil pertanian +cth lokasi. Memajukan / memperbaiki mutu jalan raya, / keretapi / pelabuhan +cth jalan. Hubungan dua hala dengan negara pengimport + cth negara. FAKTOR-FAKTOR MENGGALAKAN PENGELUARAN TANAMAN. Bentuk muka bumi tanah pamah rata / beralun atau pergunungan yang beralun +cth lokasi. Tanih yang sesuai + cth tanih. Iklim yang sesuai - suhu (?) + hujan (?). Tanah yang bersaliran baik. Sistem pengairan / taliair untuk padi + cth empangan / sungai. Terdapat jalan raya / keretapi / sungai untuk membawa hasil tanaman ke pasaran / kilang +cth jalan raya / keretapi. Terdapat pelabuhan untuk mengeksport + cth pelabuhan. Penggunaan teknologi moden spt baja kimia, racun serangga. dan jentera pembajak. Penyelidikan untuk menghasilkan benih bermutu tinggi yang tahan penyakit, tahan kermrau, hasil tinggi cth benih.

Peranan agensi kerajaan - nama agensi + peranan. Modal dan syarikat swasta / pelabur asing + cth syarikat / pelabur. Pasaran yang luas dari dalam negeri - kawasan berpenduduk padat / kilang + cth lokasi. Pasaran ke luar negara + cth negara. CIRI-CIRI TANAMAN PERTANIAN PINDAH Dijalankan di kawasan pedalaman + cth lokasi. Untuk kegunaan sara diri. Diusahakan oleh puak asli + cth. Dijalankan oleh ahli keluarga. Diusahakan secara gotong royong. Peringkat penanaman Menebang, mengumpul, Membakar, Menabur benih / Menanmn benih dalam lubang Tanaman dibiarkan dan dituai apabila masak. Luas kawasan tanaman 1.2 hakter. Alat yang digunakan - tugal, parang, pisau. Tanaman - ubi kayu, padi huma/ jagung. Selepas 2 - 3 tahun petani akan berpindah ke kawasan lain.

TANAMAN KONTAN Tanaman yang ditanam untuk dijual / eksport. Antara tanaman getah, kelapa sawit, teh dll. Ditanam dalam ladang (>40 ha, atau kebun kecil <40 ha.). Menggunakan teknologi modern spt baja kimia, racun serangga dan jentera penuai / bajak. Ladang dimiliki oleh syarikat Swasta / pelabur asing yang bermodal besar +cth syarikat. Ladang menggunakan buruh yang diupah dan pengurusan yang teratur. Hasil keluaran adalah tinggi + ?kg/ha.

TANAMAN PASAR Jenis tanaman: kebun campuran - sayur, ayam, itik, ikan air tawar, babi,sayur-sayuran (spt sawi, kangkung) Dijalankan secara intensif - jagaan rapi. Menggunakan baja kimia dan racun serangga secara meluas. Dijalankan di sekitar bandar-bandar besar kerana hasil tanaman cepat rosak dan perlu cepat ke pasaran.

Dijalankan oleh ahli keluarga / sedikit buruh yang diupah.

SEBAB-SEBAB HASIL TANAMAN MEROSOT Petani mengubah kepada tanaman lain yang lebih menguntungkan + cth tanaman. Petani tidak mampu tanam semula. Tanaman telah tua- hasil rendah. Tanih hilang kesuburan akibat tanaman sejenis / penggunaan racun serangga / baja kimia yang berterusan dan meluas. Harga di pasaran tidak stabil /jatuh. Amalan sistem penimbal / lambakan menyebabkan hargajatuh. Permintaan jatuh kerana pengguna beralih kepada hasil tanaman lain + cth tanaman. Persaingan dengan guna tanah lain spt perumahan / perindustrian. Persaingan dengan bahan tiruan yang lebih murah /tahan lama. Kos pengeluaran meningkat spt upah buruh, jentera meningkat dan pulangan merosot. Masalah kekurangan buruh yang bertukar kepada sektor lain spt perindustrian. Saiz tanah kecil - tidak ekonomik diusahakan. Petani miskin tidak mampu membeli jentera.

LANGKAH MENINGKATKAN HASIL TANAMAN Menggunakan racun serangga untuk mengelakkan serangan serangga perosak +cth racun. Menggunakan baja kimia untuk menambahkan kesuburan tanih + cth baja. Menggunakan jentera spt jentera pembajak untuk mempercepatkan proses penanaman. Penyelidikan untuk mengeluarkan benih yang tahan penyakit; hasil yang tinngi + cth benih. Membuka kawasan pertanian baru memperluaskan kawasan tanaman +cth lokasi. Menebusguna tanah + cth lokasi. Membuka ladang / estet yang diushakan dengan teratur untuk meningkat mutu dan hasil pengeluaran +cth lokasi. Mengalakkan pelabur swasta / luar negara melabur dalam sektor pertanian + cth pelabur. Agensi kerajaan menjalankan usaha pemasaran, promosi dan pameran mengenai hasil dan kegunaan tanaman di peringkat antarabangsa +cth agensi + peranan. Menjalankan penyelidikan untuk menambah kegunaan hasil tanaman; alat; cara menanam +cth. Kerajaan memberi subsidi baja, racun serangga dan benih kepada petani. Bank yang memberi kemudahan kredit/pinjaman kepada petani + cth bank. Rancangan pengairan supaya tanaman 2 X setahun (padi) +cth Pengaaiaran.

KESAN ALAM SEKITAR AKIBAT AKTIVITI PERTANIAN Pada awal pembukaan menyebabkan: Kepupusan pokok-pokok berharga + cth pokok. Permukaan tanah terdedah kepada hakisan hujan dan luluhawa. Tanah terhakis dimendapkan ke sungai menyebabkan sungai cetek / keruh +cth sg. Sungai cetek menyebabkan banjir kilat + cth sg. Kepupusan binatang / hidupan liar + cth binatangn Mengganggu rantaian makanan binatang. Penyemburan racun serangga mencemarkan udara / menyebabkan sungai tercemar apabila air hujan membawa bersama-sama sisa toksik dialirkan ke sungai - hidupan akuatik mati - mengganggu rantaian makanan hidupan akuatik + cth sg. Penggunaan baja kimia berterusan mengeluarkan nitrogen dioksida yang menipiskan lapisan ozon. Perggunaan baja kimia dan racun serangga yang tidak larut akan meniggalkan bahan toksik dalam tanah. Pembakaran sisa tanaman menghasilkan matena yang boleh menipiskan lapisan ozon. Penggunaan jentera pertanian spt pembajak menyebabkan bunyi bising. Tanaman sejenis menyebabkan imbangan fauna terjejas kerana fauna tertentu akan membiak dengan banyak spt ulat bulu (kelapa sawit), ulat ratus dan tikus (padi). Tanaman sejenis akan menyebabkan fauna tertentu mninggakkan kawasan tanaman. Pembinaan parit dan tali air menjejaskan kandungan kelembapan tanih. Penternakan khinzir di tepi sungai menyebabkan najis dialirkan ke sungai ini menyebabkan kandungan oksigen air sungai berkurangan dan mengakibatkan hidupan akuatik mati; penyakit; mengeluarkan bau +cth sg.

CARA MENGATASI KESAN ALAM SEKITAR Mengawal penggunaan racun serangga dan baja kimia untuk mengelakkan kehilangan kesuburan tanah. Menjalankan tanaman berteres di kawasan beralun untuk mengelakkan hakisan. Menanam tanaman penutup bumi untuk elakkan hakisan tanah. Menjalankan tanaman bergilir untuk elakkan kehilangan kesuburan tanah. Mengadakan sistem perparitan supaya tidak berlaku banjir kilat. Mempelbagaikan jenis tanaman dalam satu kawasan tanaman untuk mengelakkan ketidakseimbangan fauna.

MASALAH PERTANIAN

Serangan penyakit / serangga perosak + cth. Kos pengeluaran meningkat spt kenaikan kos pengangkutan, upah buruh harga jentera baja kimia. Harga di pasaran tidak stabit . harga rendah. Pengeluaran berlebihan menyebabkan harga jatuh. Saingan dengan tanaman lain + cth tanaman. Saingan dengan guna tanah lain spt untuk perumahan / tanaman lain +cth tanaman. Saingan daripada negara pengeluar lain + cth negara. Saiz tanab kecil <2 ha. tidak ekonomik. Penggunaan baja kimia dn racun serangga berlebihan menjejaskan kesuburan tanih. Iklim spt kemarau, banjir, salji / fros + bulan. Kekurangan kawasan tanah pamah / terhad kerana bergunung- ganang. Untuk mengatasi masalah pengairan - tali air, empangan terpaksa dibina + cth.

PERUBAHAN LANDSKAP landskap asal adalah kawasan hutan/paya. Pada awal pembukaan mewujudkan pandangan kawasan lapang. Tanaman sejenis mewujudkan pandangan pokok yang selura. Terdapat teres di kawasan penanaman untuk mengelak hakisan. Petempatan berpusat terdapat bangunan spt rumah pekerja di ladang. Rumah petani terdapat di sekitar kawasan tanaman padi / kebun kecil + cth lokasi. Terdapat infrastruktur spt jalan raya, talian elektrik di kawasan penanaman. Sering terdapat tali air/ terusan di kawasan penanaman padi. Bentenng / ban terdapat di kawasan penanaman (padi) untuk mengelak banjir + cth lokasi. Bekas kawasan pertanian pindah ditumbuhi semak samun / belukar. Kawasan hutan belukar kepada tanaman + cth tanaman. Paya ditebusguna dan ditanam padi + cth lokasi. Sungai diluruskan untuk tujuan pengairan. Pembinaan empangan untuk pengairan mewujudkan tasik + cth lokasi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->