P. 1
PENULISAN KARANGAN SPM-ISU SLOGAN-SLOGAN KERAJAAN

PENULISAN KARANGAN SPM-ISU SLOGAN-SLOGAN KERAJAAN

4.75

|Views: 13,175|Likes:
Published by sszma

More info:

Published by: sszma on May 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

SLOGAN-SLOGAN KERAJAAN

ISU 1 Usaha dan Peranan Rakyat Merealisasikan Tema Hari Kebangsaan ‘Keranamu Malaysia’ (2000-2006)
Rakyat harus bebas bersuara dan menyokong kerajaan menyatakan pendirian terhadap dasar negara , agar dapat menangkis tekanan dan ‘penjajahan bentuk baru’ ke atas negara kita.

Rakyat mempunyai hak untuk menentukan barisan dan corak kepimpinan negara ini. dan bukannya membiarkan kuasa luar yang menentukannya. Rakyat seharusnya menjelmakan rasa kesyukuran terhadap keamanan yang dirasai dan kemakmuran yang dikecapi dengan menyokong usaha-usaha kerajaan menangani pelbagai masalah dan krisis. Huru-hara yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak luar yang cemburu akan kejayaan kita dengan tujuan melemahkan kerajaan pilihan rakyat, menjatuhkannya dan menggantikannya dengan kepimpinan lemah yang akan tunduk kepada kuasa-kuasa asing tidak dapat dijayakan. Rakyat dengan semangat ‘Keranamu Malaysia’ kembali kepada budaya yang menolak cara-cara tidak demokratik untuk merebut kuasa. Pengalaman semasa kegawatan ekonomi negara kita pada tahun 1997 dan 1998 dan seterusnya, membuatkan kita amat berhati-hati apabila globalisasi dipromosikan oleh kuasa-kuasa asing. Kita bukanlah menolak globalisasi secara total. Diakui bahawa pasaran terbuka dan penyertaan orang asing dalam ekonomi negara kita telah menyumbang kepada pembangunan pesat negara ini. Tetapi penyertaan asing yang kita terima adalah bersyarat. Mereka tidak boleh bermaharajalela di negara kita. Kepentingan negara, terutama usaha mengseimbangkan kedudukan kaum-kaum, tidak boleh disentuh oleh mereka. Dengan ini kita mendapat manfaat dan faedah daripada penyertaan orang asing dalam ekonomi kita tanpa terjejas kebebasan kita. Rakyat berperanan untuk bersama-sama dengan kerajaan untuk mengawal penglibatan mereka agar tidak keterlaluan.Jika penglibatan mereka tidak dikawal, akhirnya ekonomi kita akan dikuasai sepenuhnya oleh orang asing.Setelah menguasai ekonomi dan menjadi kuasa yang menentukan baik buruk ekonomi negara, maka mereka tetap akan campur tangan dalam urusan pentadbiran kita, akan menentukan siapa yang memerintah negara kita, akan menentukan segala dasar dalam dan luar negara kita. ‘Keranamu Malaysia’, keadaan ini perlulah dielakkan.

Rakyat harus sanggup mengorbankan sedikit kepentingan kaum masing-masing agar kita dapat menjalin hubungan baik antara kaum yang menjadi asas keselamatan dan keamanan negara, yang menyumbang kepada kemajuan negara kita.

Pengorbanan yang diperlukan daripada rakyat amat sedikit tetapi memberi impak yang besar dalam merealisaikan tema ini. Kita tidak akan hilang identiti kaum kita. Kita masih Melayu Cina, Tamil, Kadazan, Iban dan sebagainya. Kita juga akan menjadi lebih berbangsa Malaysia, yang membezakan kita daripada bangsa atau kaum negara asal kita. Pengasas negara kita terdiri daripada orang-orang yang dibesarkan dalam masyarakat berbilang kaum. Mereka dapat hidup, belajar,bekerja dan bermain dengan

rakan-rakan daripada semua kaum. Mereka sedar akan adat resam dan sensitiviti masing-masing kaum. Dan mereka secara sedar tidak menghina atau mempermainmainkan agama, budaya dan bahasa kaum masing- masing. Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia berkata, “Keamanan negara yang dinikmati hasil perpaduan rakyat merupakan kunci kepada kejayaan dan kemakmuran negara, sehingga Malaysia muncul sebagai negara membangun termaju dalam kalangan negara membangun lain yang mencapai kemerdekaan pada waktu yang sama dengannya”

Rakyat menyambut baik pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dengan menggunakan Bahasa Inggeris. ‘Keranamu Malaysia’, kita seharusnya mengetepikan kepentingan kaum sendiri demi perpaduan dan pembangunan negara. Jika kita bertanggungjawab, maka hendaklah kita hargai usaha yang diterokai oleh pengasas negara kita. Hendaklah kita sanggup berkorban sedikit kepentingan kaum kita dan mengutamakan kepentingan negara kita, kepentingan perpaduan warga berbilang kaum yang menjadi bangsa Malaysia. Jika kita ingin melihat keamanan dan keharmonian antara kaum; jika kita ingin pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara kita ini diteruskan, kita mesti berusaha ke arah matlamat ini. Jika kita membesarkan isu-isu yang kecil, jika kita sengaja menyalah tafsir dasar dan usaha kerajaan, jika kita politikkan segala-galanya untuk keuntungan yang kecil, keamanan dan kemakmuran yang telah kita nikmati sehingga kini tidak akan berterusan. Apabila keamanan sudah tidak ada, apabila ekonomi sudah hancur, pemulihannya mungkin tidak dapat dijayakan lagi.

Rakyat seharusnya mengambil tahu tentang undang-undang negara dan mematuhinya bagi kepentingan negara. • Rakyat seharusnya menjauhi perbuatan-perbuatan yang melanggar undang-undang seperti menghindarkan diri daripada rasuah atau sebarang salah laku seperti menjadi anggota sindiket kemasukan pendatang asing. Hal ini disebabkan jenayah berbentuk ini boleh mengancam keselamatan negara. Dengan semangat 'Keranamu Malaysia', seseorang warganegara yang baik akan menolak segala godaan, seperti rasuah dan penyelewengan kerana mengutamakan kepentingan negara.

Rakyat seharusnya berbakti kepada negara dalam apa-apa jua bentuk. • Daripada melahirkan rasa sayang kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan turut serta dalam sambutan Hari Kebangsaan hinggalah kepada usaha-usaha membaiki diri, keluarga dan masyarakat, dalam kehidupan seharian, seseorang warganegara yang baik boleh seharusnya mengambil tahu tentang perkembangan negara dan bersikap aktif dalam menghadapi masalah-masalah yang timbul. Demi negara juga, seseorang warganegara bukan sekadar membuang undi semasa pilihan raya umum tetapi cuba memahami masalah politik negara dan menjunjung keluhuran Perlembagaan. Seseorang warganegara Malaysia akan faham tentang suasana kemajmukan masyarakat kita dan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian perhubungan kaum. Sebaliknya, sikap toleransi dan saling menghormati perlu diamalkan.Nilai-nilai murni dan budi bahasa perlu menjadi amalan sejajar dengan Kempen Berbudi Bahasa yang telah dilancarkan oleh kerajaan. Dalam kehidupan seharian, seseorang warganegara yang memikirkan kepentingan negara akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan tempat mereka bekerja. Jika syarikat-syarikat besar di Malaysia

mencapai kecemerlangan, sudah tentu kejayaan ini dapat memberi sumbangan besar kepada negara. • Dalam kehidupan berkeluarga pula, seseorang warganegara memberi sumbangan bakti yang besar kepada negara jika dapat melahirkan keluarga cemerlang. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak agar tidak terjerumus ke kancah permasalahan sosial yang amat membimbangkan kita masa kini. Warganegara Malaysia dapat menyumbangkan masa dan tenaga secara sukarela dengan memainkan peranan aktif dalam memajukan masyarakat setempat mereka. Sumbangan ini sebegini merupakan jasa yang amat membanggakan dan tidak ternilai baktinya. Sumbangan yang dilakukan akan mendatangkan hasil yang baik untuk masyarakat dan generasi masa depan lantas menjadikan hidup lebih bermakna disebabkan semuanya ‘Keranamu Malaysia’

Rakyat seharusnya memastikan bahawa Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 dengan terlibat dalam pembangunan teknologi maklumat (IT). • Rakyat terutamanya anak muda seharusnya mempunyai semangat menguasai bidang IT dan sanggup berkhidmat di negara sendiri di samping membalas jasa negara memandangkan bidang IT bukanlah bidang yang boleh dipelajari dengan mudah dan kebanyakan golongan yang mempunyai kemahiran ini mempunyai potensi kerjaya yang lebih besar di luar negara. Sumbangan anak-anak merdeka ini terhadap pembangunan IT negara merupakan suatu usaha murni yang perlu dihargai. Kemahiran dan pengetahuan IT mereka mampu melindungi rakyat dan negara ini daripada `dijajah semula' dalam era dunia tanpa sempadan sekarang. Naib Presiden (Usaha Niaga), MIMOS Berhad, Rafee Yusoff, 39, merupakan antara anak merdeka yang telah memilih bidang IT dan kemudiannya menyumbang bakti dalam pembangunan bidang itu di negara ini. Selepas menamatkan pengajian dalam bidang perakaunan dan sains komputer di Amerika Syarikat pada pertengahan 1980an, beliau memilih untuk berkhidmat di negara ini walaupun mempunyai peluang lebih baik untuk berkhidmat di negara tempat beliau belajar. Terdapat pula sebuah syarikat IT milik bumiputera yang boleh dijadikan model untuk anak-anak Melayu dan peniaga tempatan dari segi kejayaannya membawa nama Malaysia `menakluki' dunia luar. Xybase Sdn. Bhd., syarikat penyepadu sistem komputer terutama dalam sistem pengurusan lapangan terbang telah membuktikan `Keranamu Malaysia' dapat dihayati dan dijelmakan. Syarikat itu kini mampu mencapai kejayaan membanggakan. Syarikat tempatan itu kini diiktiraf sebagai syarikat penyepadu sistem lapangan terbang utama dunia. Xybase telah melibatkan diri di 13 buah lapangan terbang di seluruh dunia sama ada melalui projek besar atau kecil. Antara lapangan terbang tersebut ialah Istanbul, Turki, Korea Selatan, Sydney, Maldive, Dubai, London, Taiwan, Indonesia dan KLIA. Syarikat ini tidak pernah melupakan sumbangan negara kepada kemajuan syarikat apabila diberi peluang mengendalikan projek di KLIA yang seterusnya membuka ruang untuk meluaskan khidmat di peringkat antarabangsa. Tan Jin Ho, 25, bekas pelajar Institut Lim KokWing yang kini berkhidmat di sebuah syarikat empatan, Click Grafix Sdn. Bhd. membuktikan kesungguhan anak tempatan dalam bidang yang baru itu turut mendapat pengiktirafan dunia. Beliau telah memenangi Anugerah Emas (kategori pelajar) dalam Comgraph 2001, pertandingan animasi dan seni digital Asia Pasifik yang diadakan di Singapura. Beliau memenangi

anugerah tersebut melalui filem animasi ringkas A Malaysian Friday yang dihasilkan ketika beliau masih menjadi pelajar.Menurutnya, beliau telah memilih untuk berkhidmat di negara ini walaupun mendapat tawaran dari beberapa syarikat di Silicon Valley dan Eropah selepas tamat pengajian.Beliau mendapat undangan daripada beberapa syarikat pembikin animasi 3D luar negara tetapi memilih untuk bekerja di negara ini sebagai menyahut seruan kerajaan menjadikan Malaysia pusat multimedia. Rumusan • Semangat 'Keranamu mengajak semua warganegara bertekad untuk meningkatkan bakti demi negara tercinta. Menabur bakti dalam pelbagai bentuk apabila dilakukan dengan ikhlas untuk negara menepati kehendak semangat 'Keranamu Malaysia' itu. • Biarlah bakti yang dicurahkan kepada negara benar-benar 'Keranamu Malaysia' dan bukannya mengharapkan balasan kebendaan secara langsung. Apabila kita memberi sumbangan kepada negara, kesan atau balasan daripada bakti itu akan hanya diperoleh secara kolektif.Malah mungkin yang memperoleh manfaatnya kelak adalah generasi akan datang. Tetapi amalan berbakti kepada negara secara ikhlas amat perlu bagi mengukuhkan Malaysia untuk terus maju dalam apa jua bidang dengan ‘Cemerlang,Gemilang dan Terbilang’ Lagu Tema ‘Keranamu Malaysia’ (Pak Ngah / Siso Kopratasa) Buruh, nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah Anak-anak terasuh mindanya Lahir generasi bijak pandai Pakar IT, pakar ekonomi Jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara Megah menyusur di jalan raya Alam siber teknologi terkini Kejayaan semakin hampiri Biar di kota ataupun desa Kita semua pasti berasa bangga Keranamu kami mendakap tuah Keranamu kami bangsa berjaya Keranamu kami hidup selesa Limpah budi kemakmuran negara Keranamu kami bebas merdeka Keranamu myawa dipertaruhkan Keranamu rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan negara

ISU 2 ‘Negara Kita Tanggungjawab Kita’
Sidang Jumaat yang dimuliakan, Tajuk khutbah pada hari ini ialah Negara Kita Tanggungjawab Kita. Tajuk ini dipilih sempena tema sambutan ulangtahun kemerdekaan negara kita kali ke-41 yang disambut baru-baru ini. Tahun ini dipilih dengan tujuan untuk mengingatkan kita kembali akan sejarah yang dilalui samada suka mahupun duka, senang atau susah, pahit atau manis; semoga dengan itu akan meningkatkan lagi kesedaran dan rasa tanggungjawab kita terhadap negara Malaysia yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dimuliakan, Sebelum kita melihat dengan lebih jauh mengenai tanggungjawab kita terhadap negara kita, maka terlebih dahulu eloklah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah melimpahkan rahmat dan nikmatnya kepada kita. Maka dengan rahmat itu kita semua berada dalam keadaan sihat wal-Afiat, aman dan sejahtera, manakala dengan nikmat Allah pula kita termasuk dalam kumpulan hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Di samping itu kita juga jangan lupa menyatakan terima kasih kita kepada pemimpin-pemimpin kita yang terus berjuang dan berkorban demi membina keamanan dan kemakmuran negara sehingga dengan itu negara kita Malaysia tetap kuat dan teguh, aman dan makmur dengan izin Allah S.W.T. Sidang Jumaat yang dimuliakan, Kita sesungguhnya amat bertuah dapat hidup dalam sebuah negara Malaysia ini dan kita berbangga menjadi warganya. Sebenarnya negara kita ini bukan sahaja cantik dan indah pada pandangannya, malah kaya dengan sumber alamnya. Di lautan kita ada mutiara, Petroleum, gas dan pelbagai khazanah kekayaan dan keindahannya. Di hutan dan belantara ada beraneka jenis pokok dan tumbuhan. Ada flora dan faunanya. Udara negara kita nyaman dan segar, hembusan bayunya sangat lembut dan mesra, malah hakikatnya negara kita memiliki lebih daripada itu semua. Ini semua adalah kurniaan Allah kepada kita dan merupakan amanahnya yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kita untuk mengurus dan menikmatinya dengan cara yang sebaik mungkin selaras dengan ajaran Allah sendiri. Sidang Jumaat yang dimuliakan, Sesungguhnya, sejak kita merdeka beberapa puluh tahun yang lalu, maka dengan berkat kepimpinan yang berwibawa serta usaha bersama di kalangan kita yang tidak jemu-jemu di samping kesedaran kita dalam bersatu, kehidupan kita berubah menjadi bertambah baik, dari masa ke semasa. Dalam tempoh itu umumnya negara kita bertambah makmur dan ekonomi kita rakyatnya bertambah baik. Tanda-tanda kemakmuran negara dan kekayaan rakyat Malaysia dapat dilihat dari cara dan gaya hidup kita sendiri. Dulu, sebelum merdeka kita orang-orang Islam umumnya miskin tidak berpelajaran dan tersisih dari pentadbiran dan pengurusan negara. Tetapi sekarang, Alhamdulillah keadaan kita telah berubah. Maka ada di kalangan kita sekarang ada golongan yang kaya-raya, berpendidikan tinggi dan berpangkat besar, malah kalangan pemimpin-pemimpin besar kita hari ini adalah dari kalangan kita orang Islam sendiri. Inilah sebahagian daripada nikmat kemerdekaan yang dapat kita rasa. Di samping kejayaan kita dalam menin! gkatkan usaha berdakwah dan menambahkan bilangan umat Islam di Malaysia ini. Sesungguhnya kemerdekaan kita telah meningkatkan imej dan kedudukan kita di dalam negara sendiri dan di kalangan antarabangsa. Sidang Jumaat yang dimuliakan, Sayangnya keadaan selesa dan baik ini tidak berterusan ibarat kata peribahasa melayu "Disangka pasang sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari". Ya! selama ini kita harapkan negara kita terus berjalan lancar dan perkembangan ekonomi negara terus meningkat baik, rupa-rupanya kini kita berada dalam keadaan sulit disebabkan kemelesetan ekonomi negara kita. Ini semua terjadi akibat adanya tangan-tangan yang ganas dan hati-hati yang tamak dan cemburu yang mahu melihat kita

semua menjadi papa kedana dan melutut perhambakan diri kepada mereka. Walau bagaimanapun kita bersyukur kepada Allah kerana memberi hidayah-Nya kepada kita dan memberi bimbingan kepada pemimpin-pemimpin negara kita untuk mengambil langkah-langkah yang berkesan dan tegas dalam menghadapi suasana ini. Sidang Jumaat yang dimuliakan, Ada dua tanggungjawab besar yang mesti kita lakukan sekarang demi menjaga maruah dan kemuliaan negara dan bangsa kita. Pertama, kita mesti mempastikan supaya negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai. Apabila suasana aman dan damai ini dapat kita tegakkan dan pertahankan, maka sudah tentu pihak musuh tidak akan berjaya menguasai kita. Dan tentulah lebih banyak program yang dapat kita lakukan untuk meningkatkan ekonomi negara kita. Kita jangan sekali-kali biarkan negara kita terdedah kepada huru-hara dan permusuhan sesama kita. Ingatlah sekiranya negara kita tidak aman maka kita sendiri akan susah, kita akan ketakutan sepanjang masa. Mungkin kita tidak sanggup untuk keluar dari rumah atau bekerja dan tentulah juga tidak ada pelabur-pelabur luar yang sanggup datang ke mari bagi membantu dan menolong kita dan negara kita akan bertambah miskin dan menderita. Sidang Jumaat yang dimuliakan, Untuk menjamin negara kita sentiasa aman dan selamat maka kita mestilah perkuatkan perpaduan di kalangan kita. Lebih-lebih lagi di kalangan kita yang sama keturunan ini. Kita hendaklah elakkan permusuhan di kalangan kita. Jauhi perkara yang tidak bermoral yang boleh memecahbelahkan kita. Sidang Jumaat yang dimuliakan, Islam menyedari bahawa kita sebagai manusia kadangkala mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu Islam tidak melarang adanya perbezaan pendapat di kalangan kita, yang dilarangnya ialah perpecahan dan permusuhan sesama kita. Oleh itu untuk mengatasi perbezaan pendapat Islam mengadakan satu peraturan iaitu menerusi Musyawarah. Dalam hal ini, semua pihak yang berbeza pendapat boleh menggunakan pendapatnya, tetapi apabila keputusan dibuat maka semuanya mestilah patuh dan taat kepada keputusan itu. Demikianlah jalan keluar yang dianjurkan oleh Islam. Oleh itu kita umat Islam jangan jadikan perbezaan pendapat dikalangan kita sebagai punca perkelahian dan permusuhan di kalangan kita kerana permusuhan itu dilarang oleh Islam dan ianya satu keadaan yang merugikan. Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 46 yang bermaksud: " Dan janganlah kamu bermusuhan nanti kamu akan gagal dan akan hilang kewibawaaan kamu." Jadi, bersatulah kita umat Islam semuaya dalam satu barisan (saf) yang kuat dan janganlah lagi kita berselerak dalam kumpulan-kumpulan yang berpecahbelah kerana kita akan rugi akhirnya. Lebih-lebih lagi hendaklah kita elakkan diri dari perkara remeh temeh yang tidak kena mengena dengan kita dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: " sebahagian daripada keelokkan dan kesempurnaan Islam ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak perlu kepadanya." Sidang Jumaat yang dimuliakan, Selain dari perpaduan yang merupakan tanggungjawab pertama yang mesti kita lakukan sekarang , maka perkara yang kedua pula ialah mengukuhkan ekonomi kita. Hal ini boleh kita lakukan dengan pelbagai cara. Yang paling penting sekarang ialah kita menguruskan kewangan kita dengan sebijakbijaknya. Perbelanjaan kita hendaklah dilakukan dengan penuh cermat dan berhemat. Manakala wang baki atau lebihan itu kita laburkan atau simpan di bank-bank yang kelak dijadikan modal dan pinjaman kepada pengusaha-pengusaha atau peniaga-peniaga. Dengan itu akan menambah dan mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara kita. Juga ada dikalangan kita yang selama ini menyimpan wangnya diluar negara, demi kepentingan negara, bangsa dan diri sendiri. Ketahuilah bahawa setiap sen yang kita laburkan dengan niat yang suci itu bukan sahaja mendatangkan dividen dan keuntungan di dunia ini malah ianya akan menjamin pahala yang berlipatganda di akhirat nanti. Sidang Jumaat yang dimuliakan, Jangan kita gembira melihat negara kita jatuh miskin. Jangan kita senang hati melihat ahli-ahli korporat dan usahawan-usahawan kita jatuh miskin dan bankrap. Sepatutnya kita lebih insaf dan lebih simpati kepada keadaan ini semua. Lalu dengan rasa penuh tanggungjawab kita bersama membantu dan menolong mereka. Ingatlah ahli-ahli korporat dan usahawan itu sebahagiannya adalah keluarga kita, sahabat handai kita, jiran kita, malah adalah saudara-saudara kita yang seagama dengan kita.Maka tolonglah mereka hari ini, mudah-mudahan esok mereka akan menolong kita pula.

Sebenarnya usahawan-usahawan ini pada masa mereka maju dan ekonomi negara teguh dahulu, mereka sebenarnya telah banyak berjasa kepada kita. Mereka menyumbang cukai yang banyak kepada kerajaan, mengeluarkan zakat kepada Majlis-majlis Agama Islam dan menderma kepada anakanak yatim dan badan-badan kebajikan. Sayangnya sekarang mereka telah susah. Maka hendaklah kita menolongnya dengan hati yang senang dan ikhlas. Moga-moga mereka akan bangun semula dan berbakti untuk agama, bangsa dan negara. Dalam hal ini Allah berfirman pada ayat 2 surah al-Maidah yang bermaksud: " Dan hendaklah kamu bertolong-menolong dalam perkara kebajikan dan taqwa sebaliknya janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan." Sidang Jumaat yang dimuliakan, Setelah kita menyedari betapa besarnya tanggungjawab kita terhadap negara iaitu memastikan perpaduan sentiasa kuat dan meningkat dan kemakmuran sentiasa berkembang dan maju. Maka kita jangan lupa bahawa asas utama bagi menjamin cita-cita murni ini ialah ketaatan dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan negara kerana apa yang dilakukan itu diasaskan kepada prinsip-prinsip musyawarah yang dikehendaki Islam serta pertimbangan-pertimbangan yang wajar demi maslahah dan kebaikan umat dan negara seluruhnya. Mentaati pemimpin adalah salah satu tuntutan Islam ke atas kita. Maka beruntunglah sesiapa yang dapat menunaikannya dengan mendapat keredhaan Allah di dunia ini serta ganjaran pahala di akhirat nanti. 11 September 1998 Kedamaian,kesejahteraan, sikap tolak-ansur,sayang menyayangi dan kehidupan harmoni rakyat malaysia selama 40 tahun yang dikecapi semenjak mencapai kemerdekaan sememangnya satu rekod sejarah yang sukar dipadamkan. Cantuman elemen-elemen ini akhirnya mewujudkan perpaduan keramat yang menjadi kebanggaan warisan silam dan catatan sejarah yang tidak akan dilupai begitu sahaja oleh generasi muda akan datang. Semua aspek ini terkandung dalam Wawasan 2020 bahawa kita harus maju bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga rohani. Pembangunan pesat negara alaf baru, sistem maklumat tanpa sempadan dan pemimpin berwawasan semakin dicemburui oleh barat.Menara tertinggi didunia menara berkembar Petronas (KLCC),kemudahan terkini Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil,kecanggihan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, anak watannya dipilih memegang jawatan Presiden Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu, megah menakluki gunung Everest,puncak tertinggi didunia, tuan rumah sukan berprestij Sukan Komenwel sudah sepatutnya menimbulkan rasa kurang senang mereka. Justeru itu tidak hairanlah jika ada suara-suara sumbang yang cuba campur tangan dalam urusan negara semakin lantang dan kurang ajar. Hari ini kita sedar kejayaan yang kita capai sesungguhnya adalah hasil acuan kita sendiri. Kitayang mencorakkan, maka kita pula yang melaksanakannya. Hasilnya kembali kepada kita. Negara maju dan gagah perkasa kerana kita kuat dan bersatu. Sikap tolak ansur, berkasih sayang, mesra dan jujur akhirnya memberikan jasa. Sebaliknya pula mari kita merenung diluar jendela. Negara yang rakyatnya tidak sekata, gagal duduk semeja akhirnya huru hara, mudah dijajah dan menjadi hina dimata dunia. Inilah yang dikehendaki oleh mereka! Justeru itu bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan yang ada maka pihak kerajaan telah melancarkan kempen GERAKAN CINTA NEGARA. Kempen ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 29 Disember, 1998 yang lalu. Semua yang kita nikmati sekarang perlu kita kekal dan pertahangkan. Persoalan yang amat penting dan perlu kita tanya diri kita ialah apakah peranan yang harus kita lakukan bagi mencapai matlamat tersebut ?. Sudah tentu perasaan cinta kepada negara dapat mengotakan apa yang kita mahu. Ibarat sepasang kekasih yang dilamun cinta sanggup berkorban apa sahaja demi cinta mereka hatta nyawa menjadi taruhannya. Begitu juga dengan rakyat yang cintakan negara sudah tentu akan bermati matian mempertahankan negara dari sebarang ancaman anasir dalaman ataupun luar negara. Sebagai rakyat yang cintakan negara, kita sudah semestinya telah dapat mengamalkan dan menghayati apa yang tersurat dan tersirat dalam prinsip Rukun Negara. Prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan ertinya rakyat malaysia bebas menganut agama masingmasing walaupun agama Islam dijadikan agama rasmi negara. Jika semua pihak menghormati akan prinsip ini kita yakin perpaduan yang telah wujud dapat kita eratkan lagi. Pegangan agama ini sangat penting untuk melahirkan masyarakat yang bersyukur, sabar dan tabah menghadapi cabaran.

Kemajuan dan pembangunan yang kita capai ini adalah kerana adanya perpaduan diantara penduduk-penduduk dinegara ini. Perpaduan adalah faktor yang sangat penting terutama sekali dalam negara yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa. Bagi negara kita Malaysia, perpaduan adalah faktor utama dan segala usaha yang sedang dan akan dilaksanakan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan lagi perpaduan yang sedia ada. Tanpa perpaduan yang tulin dan semangat ikhlas cintakan negara,sudah pasti kita tidak dapat mencapai matlamat yang kita harap-harapkan. Perpaduan merupakan kunci kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara. Begitu pula kemakmuran dan kesejahteraan merupakan asas bagi perpaduan yang lebih kukuh. Semua dasar-dasar yang telah dirumuskan dan dilaksanakan untuk negara kita adalah dengan tujuan untuk mencapai matlamat-matlamat kemakmuran, kesejahteraan dan perpaduan. Rakyat keseluruhannya sepatutnya bersyukur dengan keadaan negara yang kita nikmati sekarang. Jika dibandingkan dengan keadaan dikebanyakkan negara-negara yang sedang membangun yang lain, keadaan negara kita adalah jauh begitu baik sekali. Kita tidak pernah mengalami kebuluran, peperangan dan tidak pernah diancam oleh bencana-bencana kecuali banjir yang hanya jarang-jarang berlaku. Oleh yang demikian rakyat negara ini perlu insaf dan sedar bahawa kesejahteraan yang dinikmati sekarang perlu diperkukuhkan dan dipertingkatkan agar cita-cita menjadikan sebuah negara yang maju akan tercapai. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Sekiranya kamu bersyukur nescaya kami tambahkan rezeki kamu berlipat ganda". Disamping itu kesetiaan dan kecintaan kepada raja dan negara amat penting untuk mewujudkan penyatuan antara rakyat pelbagai kaum dan membentuk satu rupa bangsa yang bersatu padu. Rakyat yang taat dan setia mesti sanggup berkorban untuk negara ketika negara memerlukan mereka dalam keadaan mana sekalipun. Intitusi keluarga juga memainkan peranan yang amat penting kerana ia merupakan tapak semaian bagi sesebuah masyarakat. Masyarakat yang prihatin adalah lahir dari rumah tangga yang aman damai dan seterusnya menghasilkan produktiviti yang baik. Jika rasa kecintaan wujud dalam keluarga, negara akan sejahtera kerana kecintaan kepada keluarga akan mewujudkan kecintaan kepada sanaksaudara, jiran, anggota dan pimpinan dalam masyarakat danseterusnya kepada pimpinan negara. Jika kecintaan ini wujud sudah tentu mereka hidup dalam keadaan saling percaya mempercayai antara mereka dan akan timbul persefahaman untuk mempertahankan negara yang mereka cintai. Sebagai rakyat yang cintakan negara, kita sudah semestinya menghayati dan mengamalkan apa yang tersurat dan tersirat didalam Rukun Negara. Ini adalah perkara pokok sebagai prinsip yang mesti ada pada setiap rakyat negara ini. Nilai-nilai lain yang perlu kita pupuk dalam masyarakat menghayati Cinta Negara alah kejujuran, keikhlasan, tolong menolong dan bertolk ansur. Semua sifat yang dinyatakan ini jika kita amati telah disuburkan lagi oleh Perdana Menteri melalui falsafah Wawasan 2020. Sembilan cabaran dalam wawasan seperti Membina Bangsa Malaysia Yang Bersatu Padu, Membina Masyarakat Berjiwa Bebas, Tenteram dan Berkeyakinan, Memupuk dan membina Masyarakat yang Matang, Liberal dan Toleransi, Mewujudkan Masyarakat Penyayang dan Budaya Penyayang, Memupuk dan Membina Masyarakat Makmur. Semuanya menjadi azimat bagi semua rakyat negara ini untuk sama-sama kita kukuhkan kekuatan negara melalui semangat Cinta Negara. Bak kata pepatah "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat". "Hati nyamuk sama dicicah, hati gajah sama dilapah", "Berat sama dipikul. ringan sama dijinjing". "Kebukit sama kita daki, kelurah sama kita turuni", menggambarkan juka ada perpaduan dan semangat kerjasama sudah pasti perkara yang susah dapat diatasi. Secara keseluruhanndapatlah dirumuskan bahawa negara kita telah maju setapak demi setapak adalah hasil kesedaran sebilangan besar rakyat Malaysia tentang pentingnya hakikat "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh". Ciri-ciri masyarakat dan negara kita benar-benar menunjukkan betapa pentingnya kita memupuk dan meletakkan asas-asas yang kukuh kearah mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu dan hidup dalam harmoni. Perpaduan dan keharmonian didalam sesebuah negara majmuk seperti negara kita adalah faktor utama. Tanpa perpaduan dan keharmonian, bukan sahaja sukar untuk kita mencapai kemakmuran dan kemajuan yang lebih tinggi, bahkan kita akan kehilangan segala-galanya. Walaupun negara kita merupakan sebuah negara yang mempunyai berbagai sumber kekayaan dan kita mempunyai potensi yang besar untuk menjadi sebuah negara yang maju dalam masa yang singkat., ini semua mungkin menjadi impian semata-mata jika kita tidak memberi keutamaan kepada perpaduan.

Kesimpulannay tiap-tiap individu dalam masyarakat tanpa mengira bangsa dan budaya, status dan rupa bentuk mempunyai tanggungjawab berat dalam memastikan negara tercinta aman dan sejahtera. Kata Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad "Sesebuah negara atau masyarakat hanya akan selamat dan stabil jika rakyatnya mempunyai sifat-sifat kesederhanaan, Kita harus ingat bahawa dalam mana-mana masyarakat pun tidak ada sesiapa yang akan mendapat semua kehendak hatinya. Sudah tentu ada pihak yang tidak puas hati terhadap tuntutan pihak lain. Dengan itu perselisihan faham akan berlaku, apatah lagi dalam masyarakat berbilang kaum sperti Malaysia. Jika ada sikap yang rasional serta perasaan bertanggungjawab dan bertimbang rasa, maka perbezaan pendapat tidak akan membawa rusuhan.Sebaliknya akan wujud kesanggupan bertolak ansur". (Perutusan Tahun Baru 1992). Tema hari kebangsaan yang ke 41 'Negara KIta Tanggungjawab Kita' sudah sepatutnya kita jadikan landasan dalam menanamkan lagi semangat cintakan negara. Kita yakin dan optimis kempen gerakan Cinta Negara akan dapat memberikan kesedaran kepada rakyat dan bangsa malaysia supaya perpaduandan kehidupan harmoni akan terus dipupuk dan dikekalkan sehingga kepada generasi akan datang "Ke bukit sama didaki, ke "hati kuman sama di cecah, hati gajah sama dilapah" lurah sama dituruni"

Peribahasa di atas amat sesuai untuk menggambarkan betapa agungnya perpaduan dan persefahaman yang dijalin oleh rakyat Malaysia. Peribahasa tersebut amat sinonim dengan faktor kejayaan formula kerjasama yang dipraktikkan oleh rakyat pelbagai peringkat dan golongan. Rakyat Malaysia berjiwa patriot, sanggup berkorban dan bekerja keras demi membangunkan dan mengharumkan nama negara. Sifat tersebut telah digambarkan melalui tema hari kebangsaan 1998 "Negara Kita, Tanggungjawab Kita ". Rakyat pelbagai kaum melangkah seiring , mengharungi segala kepahitan dan mengatasi segala cabaran serta senantiasa berkerjasama dengan pemimpin dalam membentuk sebuah negara yang aman dan stabil dari segi ekonomi, politik dan sosial. Andai ditanya, apakah yang menyebabkan Malaysia lebih berjaya selain daripada faktor kesedaran rakyat, maka jawapannya adalah kerana Malaysia dianugerahi empat orang Perdana Menteri yang berjiwa rakyat, bersemangat waja, prihatin, berpandangan jauh dan proaktif, mengamalkan kesederhanaan yang mempertahankan kesinambungan perjuangan memertabatkan bangsa, agama dan negara sejak detik kemerdekaan.

ISU 3 Perealisasian Slogan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ Melalui Kempen Budi Bahasa Dan Nilai-Nilai Murni 11 Januari 2005
KUALA LUMPUR ,11 Januari 2005 - Masyarakat hari ini di gesa untuk menghidupkan kembali amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Amalan nilai murni adalah perlakuan yang bersifat universal dan merupakan tuntutan agama. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap merasmikan pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni di Istana Budaya menyeru kepada kakitangan kerajaan khususnya petugas dikaunter-kaunter agar lebih mesra dan sentiasa mengamalkan nilai murni ketika menjalankan urusan. Tambah beliau, amalan seperti bergotong-royong, hormat-menghormati dan bertolak ansur perlu disuburkan semula kerana kemajuan sesuatu bangsa bukan sahaja diukur dari sudut pencapaian fizikal malah kekuatan dan keutuhan sistem sosialnya. Beliau kemudiannya menyerahkan dokumen Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni kepada ketuaketua jabatan, agensi , kementerian dan Badan Bukan Kerajaan. Hadir sama pada majlis berkenaan

ialah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan , Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim, Menteri Penerangan Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Siti Azizah Abod. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita perlu disambut dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bermula dari kempen, ia perlu dibudayakan secara berterusan dan seterusnya dijadikan sebagai warisan yang hidup kembali malah seharusnya menjadi darah daging masyarakat kita. Selanjutnya, pertuturan yang penuh budi bahasa perlu disambut dan dibalas dengan budi bahasa juga. Sebaliknya, jangan memperleceh atau menganggap orang yang berbudi bahasa itu kecil dan lemah. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berbicara dengan baik atau diam. Tidak mengendah atau memandang kecil pada mereka yang menegur dengan sopan demi menjaga air muka dan nama baik, hanya menjelaskan ketidakmatangan dan sikap yang kurang bijaksana. Dan ini berlaku lazimnya apabila keangkuhan telah menguasai diri. Rentetan itu, akan terbitlah di hati, ibarat menyiram air di daun keladi. Perlu diingat bahawa di sebalik tutur kata yang manis dan sopan serta budi bahasa yang lemah lembut, orang Melayu sangat mementingkan harga diri. Walaupun perahu sedang berlayar; Dilanda ombak karam terbalik; Walaupun Melayu terbilang sabar; Apabila diinjak, pitamnya naik. Maka, sebelum `pitam anak Melayu naik,' maka sahutlah budi bahasa dengan adab dan sopan-santun, dan bukan itu sahaja ia perlu diterima dengan akal budi yang tinggi. Meminjam puisi Usman Awang (1988), yang dirakamkan oleh Lim Swee Tin dalam kertas kerja beliau semasa seminar di Melaka lebih seminggu lalu, yang antara lain mengungkap, Melayu itu maknanya bijaksana; Jika menipu pun bersopan; Kurang ajarnya tetap santun; Dajalnya cukup selamba; Budi bahasa jangan dikira; Beraninya cukup benar; Tunduk bila bersalah; Lembutnya cukup jantan; Berkelahi cara Melayu; Menikam dengan pantun; Menyanggah dengan senyum; Marahnya dalam tertawa; Merendah bukan menyembah; Meninggi bukan melonjak. Begitu unik dan istimewa bangsa ini sekalipun ketika bertarung, mereka masih boleh berpantun walaupun dalam bentuk yang sungguh sinikal. Budi bahasa juga cerminan budaya. Budi bahasa yang indah mencerminkan kebudayaan yang indah yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Budaya diterbitkan oleh kebijaksanaan, maka budaya sesuatu bangsa melambangkan sebahagian daripada peradaban bangsa. Lantas budi bahasa orang Melayu telah mewakili peradaban orang Melayu, yang sifatnya sangat indah. Bukan sahaja untuk dilihat malah untuk kita semua menjadi sebahagian daripadanya. Budi bahasa mempunyai peranan yang sangat penting dalam memelihara tamadun bangsa yang dibina. Mungkin ada benarnya bila ada yang berpendapat bahawa kempen ini menunjukkan tanda peradaban yang mula goyah. Ribut taufan dan gempa bumi adalah faktor yang menghancurkan peradaban dari aspek fizikalnya, namun bangsa yang jiwanya penuh peradaban mampu membina semula kehancuran ini. Akan tetapi apabila satu-satu bangsa sudah tidak memiliki elemen ini, maka kehancuran sesuatu peradaban akan berlaku sehingga ke akar umbi. Dalam Musnad Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, beliau meriwayat ``Sesungguhnya aku hanya diutus untuk menyempurnakan budi pekerti yang luhur.'' Dan ini menunjukkan bahawa Islam sangat mementingkan budi bahasa sebagai antara elemen yang menyempurnakan Islam seseorang selain dari aspek akidah dan syariahnya. . Sebagai sebuah negara yang terbuka dan di dalam zaman perkembangan pesat ICT tanpa sempadan dan batasan ini, kita tidak dapat menyisihkan diri daripada terdedah kepada pengaruh dan asakan budaya dunia luar. Tetapi, apa yang penting ialah keupayaan kita untuk mengasingkan yang baik daripada yang buruk. Untuk ini, hanya dengan melengkapi diri dengan kekuatan berbudaya tinggi, dapat kita membezakan yang jernih dari yang keruh. Bahkan, ianya akan menjadi sandaran dan benteng yang teguh dalam kehidupan kita untuk menghalang diri dari tertarik dan seterusnya, terjerumus kepada gejala yang kurang sihat.

5. Selain daripada pengaruh luar, di dalam keghairahan kita mengejar kemajuan dan materialisma kehidupan, kita juga mudah dipengaruhi oleh sikap mementingkan diri sendiri. Sikap sebegini akan hanya membawa kepada unsur-unsur negatif seperti tidak jujur, tidak beramanah, tidak berintegriti serta keangkuhan diri. Kita seharusnya mempastikan dalam kita meraih kejayaan, sindrom negatif seperti ini jangan dibiar menular dalam budaya masyarakat kita. 6. Kerajaan amat prihatin kepada perkembangan yang kurang sihat ini dan menyedari jika tidak dibendung akan membawa kepada kehakisan budaya berbudi bahasa dan amalan nilai-nilai murni yang telah menjadi warisan bangsa kita. Oleh itu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni ini bertujuan menerap serta menanam keperibadian yang luhur ke dalam fikiran, hati budi serta perlakuan rakyat Malaysia di semua peringkat dan lapisan masyarakat. Usaha ini bukan sahaja dapat menyuburkan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa malah mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, hormat-menghormati, saling bantu-membantu, di samping mengeratkan siratulrahim serta menyemarakkan lagi semangat muhibah di kalangan rakyat. 7. Sebagai sebuah negara majmuk yang berbilang kaum ini, amalan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa juga telah menjadi asas kukuh dalam usaha kita menikmati jalinan perpaduan negara yang begitu erat selama ini. Sikap tolong-menolong, bantu-membantu dan semangat gotong-royong yang telah memberi kekuatan dan menjadi kebanggan masyarakat kita perlu dipahatkan dalam kehidupan seharian semua rakyat. Saudara-saudari sekelian,

8. Bagi warga Kementerian Kewangan, kita juga memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menjaya dan memperkasakan Kempen memupuk budaya kerja yang berlandaskan budi bahasa dan amalan nilai-nilai murni ini di dalam pesekitaran tempat kerja. Dalam kita berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan, berikan mereka perkhidmatan terbaik, pastikan kita senantiasa bersopan santun dan beradab dengan tutur kata yang lemah lembut dan suasana yang mesra serta sikap ingin senantiasa membantu, selaras dengan slogan Perkhidmatan awam 'Budi Bahasa Budaya Kerja'. 9. Selain itu, sebagai warga Kementerian Kewangan, kita juga harus mengamalkan sikap berhati mulia, adil dan jujur. Berhati mulia akan melengkapkan kita dengan sifat bertimbang rasa dan bersedia untuk membantu. Seseorang yang bersikap adil pula tidak akan sewenang-wenang menyalah gunakan kuasa yang diberikan kepadanya. Sebaliknya, penerapan sikap adil akan menjamin seseorang dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Orang yang jujur pula sentiasa tulus dan ikhlas dalam tingkah laku dan peradabannya semasa menjalankan tugas. Sesungguhnya, kesemua nilai-nilai ini menggambarkan keluruhan peribadi warga Kementerian dan seterusnya, mencerminkan imej organisasi kita di kaca mata awam. Oleh itu, sama-samalah kita kuatkan azam untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dengan penuh kecekapan dan kecermelangan. 10. Semua amalan murni ini harus dipupuk dan disemai sejak daripada kecil lagi bagi memastikan generasi muda kenal akan warisan turun-temurun sejak zaman berzaman. Sebagai ahli dalam institusi keluarga, kita juga perlu bertanggungjawab mendidik dan membentuk setiap ahli keluarga kita supaya menjadi insan berperibadi mulia. Berbudi bahasa, beradab, bersopan santun serta bertoleransi harus sentiasa disemai bagi mempastikan kejayaan usaha Kerajaan untuk mewujudkan budaya rakyat yang berhemah tinggi. Janganlah kita hanya berjaya dalam meraih kemajuan kebendaan tetapi mundur dalam mencapai keperibadian mulia.

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Ibu bapa dan kaum keluarga Saudara terdekat jiran tetangga Sayang menyayangi bertegur sapa Ketulusan ikatan sepanjang usia Para guru rakan sekolah Turut warnai kehidupan kita Ilmu ditimba pengalaman bertambah Pergaulan sihat peribadi ceria c/o Bangsa Malaysia berhemah tinggi Ramah dan mesra elok pekerti Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi Bertimbang rasa hormat menghormati Kita berkhidmat jujur dan ikhlas Mencurah bakti tak minta dibalas Harapan rakyat satu amanah Budi bahasa budaya kita

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->