PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Faridah kerana sudi memberi bimbingan dalam menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan ini. Seterusnya , ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan untuk menjalankan kajian ini. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada Penduduk Taman Danau Kota saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi bekerjasama untuk menjadi responden saya dalam kerja kursus ini.

PENDAHULUAN
Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Geografi, murid Tingkatan 2 diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan. Hal ini dilaksanakan melalui tema Kajian Geografi Tempatan. Kajian ini adalah berdasarkan tematema yang di Tingkatan 2. Saya telah memilih kajian “Komposisi penduduk di Taman Danau Kota, Setapak serta kaitannya dengan jenis pekerjaan penduduk”. Masa yang diberi adalah 4 minggu . Kerja kursus ini akan saya siapkan secepat mungkin dengan bantuan semua pihak.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut :

• Memerhatikan dan mengkaji komposisi penduduk di kawasan kajian

• Mengkaji jenis-jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian .

• Nyatakan kaitan antara komposisi dengan jenis pekerjaan di kawasan kajian.

KAWASAN KAJIAN

Taman Danau Kota terletak di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kawasan seluas 34598 meterpersegi ini terletak dibawah pentadbiran DBKL. Penempatan ini dahulunya adalah tapak perlombongan, tetapi kini telah dimajukan dan menjadi kawasan yang semakin rata dan padat dengan penempatan. Kawasan ini menggambil masa 30 minit untuk sampai ke pusat bandar Kuala Lumpur jika tiada kesesakan lalu lintas. Kebanyakan rumah di sini jenis dua tingkat dan berhampiran dengan sekolah, kedai runcit ,klinik dan pelbagai lagi kemudahan lain. Kawasan ini juga berhampiran dengan Taman Setapak Indah dan Taman Ibu Kota. Saya menyediakan peta untuk panduan semua.

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan keadah kajian yang berikut:

1.

PEMERHATIAN : Saya membuat pemerhatian terhadap pemerhatian terhadap taburan dan kompeisi penduduk di Taman Danau Kota. TEMU BUAL : Saya mengumpul maklumat tentang Taman Danau Kota daripada penduduk tempatan secara lisan dengan menemu bual 20 orang penduduk.

2.

3. RUJUKAN

: Dengan membuat rujukan di laman web Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengenai penduduk kawasan kajian buku teks Tingkatan 1 dan 2.

HASIL KAJIAN

Taman Danau Kota merupakan kawasan perumahan yang agak padat penduduknya. Penduduk disini berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India. Antara 20 orang yang saya temubual 6 daripadanya adalah kaum Melayu , 10 kaum Cina dan 4 kaum India.Secara pemerhatian , saya mendapati taburan penduduk mengikut kaum sekata di seluruh kawasan ini. Saya telah menemu bual 20 orang penduduk. Kesemuanya sudah bekerja , 3 daripadanya belum berumah tangga dan selebihnya sudah berumah tangga. Terdapat 7 orang yang mengusahakan perniagaannya sendiri, 4 daripadanya kakitangan kerajaan dan selebihnya swasta. Terdapat perkaitan antara sesuatu kaum dengan sesuatu kaum dengan jenis pekerjaan yang di lakukan oleh penduduk Taman Danau Kota. Kebanyakan 5 daripada 8 orang penduduk Cina menceburi bidang swasta dan selebihnya kaum Melayu yang mempunyai 2 orang sama seperti kaum India.

Kebanyakan penduduk yang di temu bual ini bekerja di Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan seperti Petaling Jaya dan Shah Alam. Mereka ini sudah lama tinggal Taman Danau Kota iaitu diantara 5 hingga 12 tahun.

RUMUSAN
Penduduk di Taman Danau Kota terdiri daripada pelbagai kaum. Dari segi kaum, mejoritinya adalah Melayu dan Cina yang tinggal di kawasan ini. Mereka hidup aman dan damai . Mereka hidup berjiran dan saling hormatmenghormati. Kaum Cina juga adalah mejoriti bagi pekerjaan swasta dan perniagaan. Walau bagaimanapun kaum lain pun menjalankan pelbagai pekerjaan untuk mencari rezeki. Pelbagai kemudahan iaitu kedai runcit, klinik, kedai buku , bengkel kereta dan pelbagai lagi. Sebagai kesimpulannya, melalui kajian ini saya dapat mamahami komposisi dan jenis pekerjaan di Taman Danau Kota dengan lebih jelas lagi saya berbangga kerana dapat hidup di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dalam aman damai yang mencari rezeki untuk menyara keluarga yang tercinta.

Jenis pekerjaan di Taman Danau Kota
10 9 8 bilangan orang 7 6 5 4 3 2 1 0 swasta sendiri jenis pekerjaan kerajaan

peratusan penduduk mengikut kaum

Melayu Cina India

KAUM

BILANGAN PERATUS

SUDUT

MELAYU CINA INDIA 9 4

7

35% 45% 20%

126 162 72

PERNIAGAAN KAUM

SENDIRI SWASTA KERAJAAN JUMLAH 2 4 1 2 4 3 3 1 0 7 9 4

MELAYU CINA INDIA JUMLAH 20

PEKERJAAN KAKITANGAN KERAJAAN SWASTA

KEKERAPAN IIII

BILANGAN 4

IIII II 7 IIII IIII SENDIRI JUMLAH 9 20

\

TAFSIRAN GRAF
Mengikut graf ini, pekerjaan swasta adalah lebih tinggi dari pekerjaan lain kerana gajinya lebih tinggi dan mejoritinya adalah kaum Cina. Manakala pekarjaan sendiri pula adalah kedua banyak dari pekerjaan lain di Taman Danau Kota kerana untuk membuat pekerjaan sendiri memerlukan modal yang besar dan mejoriti kaum disini yang berkerja sendiri adalah kaum Cina. Kakitangan kerajaan pula adalah pekerjaan yang paling sikit kerana ianya hanya dimejoriti oleh kaum Melayu. Akhir sekali, saya dapat melihat penduduk disini mejoritinya kaum Cina.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful