You are on page 1of 4

SKP 2203 ISLAM : KONSEP, CIRI, SUMBER DAN KEUNIKAN

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN
Islam = Tunduk, patuh, menyerah diri dan sejahtera.
Istilah : Taat kepada Allah SWT dengan sepenuh hati tanpa ragu dan patuh kepada segala perintah Allah SWT.
Islam agama yang lengkap yang mengatur kehidupan manusia di dunia ini.
Perutusan para Rasul sebagai penyampai risalah dan utusan Allah SWT kepada manusia.
TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam sebagai manifestasi kecemerlangan masyarakat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan.
Islam sebagai dasar dan teras kepada Tamadun Islam.
Memahami dasar-dasar Islam dengan sebaik-baiknya tanpa wujud ragu-ragu atau prasangka .
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM
Kesemua ajaran Islam adalah dari Al-Quran & Al-Hadith (As Sunnah).
Islam tidak terhad kepada sesuatu bangsa, kaum, warna kulit dan sebagainya.
Islam yang mempunyai konsep, sifat dan ciri yang istimewa telah menjadikan ianya sebagai anutan semua manusia.

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM ADA 3 IAITU :


1) Konsep Keimanan :
Iman : Kepercayaan & keyakinan terhadap Allah SWT dan segala ajaranNya.
Iman juga adalah hubungan antara manusia dengan satu kuasa Maha besar, Maha hebat yang dianggap sebagai Tuhan
yang mesti disembah iaitu Allah SWT.
2) Konsep Kekuasaan :
Kekuasaan pemerintahan langit dan bumi adalah milik Allah SWT.
Manusia hanya sebagai khalifah Allah SWT yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi dengan mengikut segala
peraturan Allah SWT.
Setiap perbuatan manusia akan dibalas seadilnya oleh Allah SWT.
3) Konsep Kemanusiaan
Manusia diberi tanggungjawab dengan kedudukannya yang tertinggi berbanding makhluk lain.
Apakah tujuan manusia diciptakan oleh Allah SWT. Dari mana ke mana????
Hubungan manusia terbahagi 3 iaitu hubungan kepada Allah SWT, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan
alam semesta.
KEUTAMAAN & KELEBIHAN MANUSIA ADA 6 IAITU :
a) Manusia sebagai khalifah
Penciptaan Nabi Adam a.s. sebagai khalifah pertama.
Diperintah untuk menyeru kebaikan & mencegah kemungkaran.
Memanfaat khazanah bumi yang diciptakan untuk manusia dengan sebaik-baiknya tanpa wujud
pencemaran,penindasan& kezaliman di bumi ini.
b) Manusia dikurniakan AKAL.
Anugerah terbesar kepada manusia berbanding makhluk lain.
Dengan akal, manusia dapat membezakan sesuatu yang hak & batil (benar & salah) atau yang baik dan buruk.
Islam mengharamkan umatnya yang cuba menghilangkan kewarasan akalnya dengan cara mabuk dan sebagainya.
c) Manusia adalah sebaik kejadian.
Manusia adalah sebaik-baik kejadian ciptaan Allah SWT.
Diberikan pancaindera yang berfungsi menurut keperluan manusia dengan begitu sempurna. Contohnya : Lidah dan
tangan.
Kejadian diri manusia yang sempurna sebagai tanda kewujudan & kebesaran Allah SWT.
d) Tempat tinggal, rezeki & harta manusia.
Manusia telah memanfaatkan bumi ini dari daratan, lautan & udara untuk tinggal dan mencari rezeki.
Allah SWT telah menciptakan bumi dan seluruh alam ini untuk manfaat manusia seluruhnya.
Hanya sedikit sangat makhluk lain memanfaatkan ciptaan Allah SWT di bumi ini.
e) Kelebihan keturunan manusia
Manusia mempunyai keturunan yang sah melalui pernikahan @ perkahwinan.
Ikatan perkahwinan mempunyai tanggungjawab & hak terhadap diri manusia. Cth : Suami isteri.
Islam menentukan undang-undang kekeluargaan bagi mengatur kehidupan individu, keluarga & masyarakat.
f) Kelebihan manusia bermasyarakat
Manusia dicipta untuk hidup bermasyarakat.
Saling memerlukan, tolong menolong, bertolak ansur dan sebagainya dalam masyarakat.
Islam menekankan kehidupan masyarakat yang harmoni, aman, damai dan sentiasa berlaku adil dalam apa juga
keputusan yang dibuat.
KONSEP TAMADUN ISLAM
Ia dibina atas dasar Islam sebagai ad-Din.
Ad Din : Manusia yang berhutang diri, budi dan daya kepada Penciptanya Allah SWT.
Menyerahkan diri & mematuhi perintah Allah SWT kerana telah dipinjamkan diri, budi & daya.
Manusia yang berperikemanusiaan & meningkatkan taraf manusia dengan beradab, berbudi pekerti dan bersifat
keinsanan.
Perkataan Tamadun telah digunakan dengan beberapa perkataan lain, antaranya :
Thaqafah = Kebudayaan.
Umran = Perbandaran @ tamadun.

Hadharah = Tamadun.
Madaniyyah = Bandar @ kehidupan bandar.
Tamadun telah dicapai apabilaperkara asas dan keperluan telah dicapai dan disempurnakan.

SUMBER TAMADUN ISLAM


SUMBER UTAMA ADA 2 :
1) Al-Quran :
Al Quran bermakna bacaan.
Kalam Allah SWT yang mukjizat, diturunkan kepada Rasulullah SAW mengandungi 114 surah, 30 juzuk & 6236 ayat.
Membacanya adalah ibadah.
Al Quran terpelihara kandungannya dari sebarang penyelewengan.
2) As Sunnah @ Al-Hadith
Segala yang datang dari Rasulullah SAW dalam bentuk perkataan, perbuatan, pengakuan sebelum @ selepas menjadi
Rasul.
As Sunnah sebagai perincian kepada Al Quran.
Antara koleksi As Sunnah @ Al Hadith dibukukan dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sahih Ahmad bin Hanbal, Sahih
Ibnu Majah, Sahih al Tarmizi & Sahih Abu Daud.
SUMBER SEKUNDER ADA 3 :
1) AL IJMAK :
Kesepakatan seluruh ulamak Islam dalam satu masa selepas kewafatan Rasulullah SAW terhadap sesuatu hukum
syarak.
Ianya dijadikan sebagai hujjah atau dalil dalam pembinaan hukum Islam.
2) AL IJTIHAD :
Pencurahan daya pemikiran dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu hukum syarak terhadap sesuatu
masalah yang tiada hukumnya di dalam Al Quran &As Sunnnah.
Melalui ijtihad, beberapa hukum baru telah terbentuk dan ianya telah memberi ruang & peluang kepada umat Islam
untuk menghadapi kes @ isu terkini.
3) TAMADUN & BUDAYA LAIN :
Islam tidak menolak hasil & unsur yang baik dari tamadun lain asalkan ianya tidak bercanggah dengan Islam untuk
dijadikan panduan dalam membangunkan tamadun Islam.
Islam bersifat terbuka dalam memajukan tamadun, menjaga kebajikan manusia dan memperjuangkan keadilan untuk
manusia.
ASAS TAMADUN ISLAM ADA 3 IAITU :
1) Akidah : Kepercayaan @ keimanan terhadap Allah SWT.
2) Syariah : Perundangan @ peraturan @ ketetapan Allah SWT.
3) Akhlak : Sikap rohaniah yang memuliakan tingkahlaku manusia terhadap Allah SWT, diri sendiri dan makhluk .
1) AKIDAH
Aspek Kepercayaan Islam
RUKUN IMAN 6 PERKARA
Beriman kepada Allah SWT.
Beriman kepada Malaikat.
Beriman kepada Rasul.
Beriman kepada Kitab.
Beriman kepada hari Akhirat.
Beriman kepada Qadak & Qadar.
PRINSIP ASAS AKIDAH ISLAM
i) Kesatuan
Akidah telah menyatukan manusia tanpa mengira warna kulit, rupa paras, keturunan dan sebagainya.
Akidah meletakkan kepercayaan hanya kepada Allah SWT dan bersandarkan sumber al-Quran serta asSunnah @ al-Hadith.
Kesemua umat Islam mencari keredhaan Allah SWT sahaja.
ii) Rasional
a) Menolak semua yang tidak bersesuaian dengan realiti atau yang nyata. Cth : Perkara tahyul & khurafat.
b) Menolak segala yang bertentangan antara akal dengan turunnya wahyu. Cth : Syurga & neraka.
c) Bersifat terbuka kepada penemuan-penemuan baru.
Cth : Penemuan dalam sains & teknologi.
Penemuan baru hendaklah :
Tidak bertentangan dengan Al-Quran, As Sunnah & aqal manusia.
Tidak memudharatkan kepada makhluk di alam ini.
Tidak menggalakkan manusia kepada kemaksiatan & kebinasaan.
Menjadi bukti keagungan Allah SWT & meningkatkan iman kita.
iii) Toleransi
Sikap toleransi amat digalakkan dalam Islam selagi mana ianya tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip akidah dan
syariah.
Cth : Toleransi beragama, toleransi hidup berjiran, toleransi dalam perbincangan dan sebagainya.
2) SYARIAH
Keistimewaan Syariah
Bersifat sempurna bagi memenuhi keperluan manusia.
Lengkap dalam mengatur kehidupan manusia dari sekecil perkara hingga sebesar perkara.
Bersepadu antara dunia dan akhirat @ agama.
Bersifat universal (Tiada batasan kaum, iklim atau sempadan geografi).
Untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Bersifat tetap & tidak berubah hingga hari kiamat.Cth : Haramnya zina.
Manifestasi Syariah Dalam Tamadun Islam
Memelihara Agama.

Memelihara nyawa.
Memelihara akal.
Memelihara kehormatan & keturunan.
Menjaga harta.

MEMELIHARA AGAMA
Islam agama teras Tamadun Islam yang merupakan nikmat terbesar dari Allah SWT.
Ianya perlu dipelihara demi mendapat keberkatan & keredhaan dari Allah SWT.
Sesiapa yang memilih Islam mesti mematuhi segala perintah & peraturan Allah SWT.
MEMELIHARA NYAWA
Hak untuk hidup bagi semua manusia.
Larangan membunuh tanpa hak termasuk membunuh diri.
Hukuman Islam terhadap pembunuh = Qisas & Diat.
Keadilan Islam dalam hukuman bagi jenayah bunuh & mencederakan tubuh manusia demi untuk menjaga nyawa
sesama manusia.
MEMELIHARA AKAL
Akal adalah anugerah dari Allah SWT kepada manusia.
Peranan & fungsi akal yang tidak ternilai.
Larangan menghilangkan kewarasan akal dengan minum arak, tuak @ dadah dan seumpamanya.
Hukuman Islam bagi yang tidak memelihara akal ialah sebatan.
MEMELIHARA KETURUNAN
Kewajipan menjaga kehormatan & keturunan melalui proses pernikahan & perkahwinan.
Larangan Islam terhadap zina, seks bebas, hubungan luar tabii @ sama jenis.
Hukuman bagi yang berzina : Bujang Sebat 100 kali sebatan atau sudah berkahwin Rejam sampai mati mandatori.
MENJAGA HARTA
Islam telah meletakkan panduan dalam mencari harta yang halal & larangan mengambil harta orang lain tanpa hak.
Tujuannya untuk semua manusia merasa selamat dengan harta yang telah dicari & takut untuk mencuri @ menyamun
harta orang lain.
Hukuman bagi pencuri yang sabit kesalahan potong tangan.
3) AKHLAK
AKHLAK
Akhlak ialah sikap rohani @ dalaman yang memuliakan tingkah laku diri seseorang terhadap Allah SWT, sesama
manusia dan makhluk lain.
Tamadun menjadi cemerlang dan runtuh disebabkan oleh akhlak.
Akhlak terbahagi 2 iaitu : Terpuji (Mahmudah).Keji @ buruk (Mazmumah).
KELAHIRAN, PERKEMBANGAN & KEMEROSOTAN TAMADUN ISLAM
Kelahiran Tamadun Islam bermula di bumi yang kontang, berbeza dengan tamadun lain yang lahir di lembah sungai.
Rasulullah SAW mengambil masa 23 tahun untuk membentuk peribadi muslim.
Pengaruh Tamadun Islam semakin meluas sehingga Afrika Utara, Eropah, China dan Asia Tenggara.
Kehidupan masyarakat menjadi semakin maju.
Hubungan antara suku kaum disatukan atas dasar akidah, prinsip kebebasan dan keadilan.
Aktiviti intelektual, penterjemahan, penulisan buku-buku rujukan terhadap bidang-bidang penting bermula dengan
lahirnya tokoh sprt Ibnu Sina, Abu Nasr al Farabi, Ibnu al-Haitham, al-Ghazali dll.
Kerajaan Uthmaniyyah Turki berkembang pesat dengan melebarnya empayar pemerintahannya.
Di India, perkembangan Tamadun Islam dengan tertubuhnya kerajaan Ghaznawi sehingga ianya meluas dengan
beberapa kerajaan Islam di India.
Akhir abad ke-18, kerajaan Turki menjadi lemah apabila ideologi sekular masuk dalam sistem pemerintahan Turki yang
dipimpin oleh Mustaffa Kamal at-Tarturk.
PRINSIP TAMADUN ISLAM
Pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT.
Asas akidah yang kukuh.
Keluhuran nilai kemanusiaan.
Nilai kesucian dan keharmonian hidup.
Tugas sebagai khalifah Allah SWT di dunia ini.
Hubungan Manusia Terbahagi 3 :
Hubungan manusia dengan Allah SWT melalui iktikad, ibadah, laksanakan suruhan & tinggalkan larangan.
Hubungan manusia dengan manusia dengan melaksanakan segala hak-hak yang ditentukan.
Hubungan manusia dengan alam dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah, memelihara & memulihara
alam sebaiknya.
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM
Bersifat Rabbani.
Sesuai dengan fitrah & akal manusia.
Tidak membebankan.
Sempurna & menyeluruh.
Seimbang antara rohani & jasmani.
Sesuai sepanjang zaman.
Terbuka & toleransi.
Kesatuan dalam kepelbagaian.
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
Akidah tauhid : Islam membebaskan perhambaan sesama manusia. Pengabdian hanya kepada Allah SWT.
Sosial : Prinsip keadilan, persamaan, kehormatan & kemuliaan sesama manusia.

Ekonomi : Pengharaman riba & penindasan dalam muamalah.


Politik : Menentang kezaliman & menegakkan keadilan
Ilmu pengetahuan : Tuntutan & kewajipan mendalami ilmu.
Kesenian : Seni bahasa, tulisan, sastera, senibina, seni ukir, seni muzik dan lagu.

JIHAD DALAM ISLAM


Jihad : Setiap usaha yang memerlukan pengorbanan tenaga, pemikiran & segala keupayaan untuk menegakkan
kebenaran dalam memartabatkan Islam.
Jihad mempunyai pelbagai aspek antaranya jihad nafsu, jihad harta, jihad tenaga, jihad ilmu, jihad mempertahankan
kesucian Islam, jihad ekonomi, jihad politik dan sebagainya.
KESIMPULAN
Tamadun Islam merupakan tamadun sepanjang zaman untuk semua manusia.
Tamadun Islam adalah tamadun yang memperjuangkan keadilan & kebenaran tanpa mengira agama, bangsa dan
anutan agama.
Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan tamadun-tamadun lain di dunia ini.