You are on page 1of 25

Topik X Pembangunan

Pemikiran
Siasah Syariah

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan sumber-sumber sistem politik Islam;
2. Menghuraikan situasi dan faktor yang menyebabkan perpecahan dalam
kalangan umat Islam;
3. Mengenal pasti kelompok-kelompok awal dalam politik Islam; dan
4. Mengenal tokoh-tokoh awal pemikir Siasah Shariyyah.

X PENDAHULUAN
Topik ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan pemikiran
sistem politik Islam di peringkat awal. Fokus perbincangan adalah berkisar
kepada sumber-sumber yang menyentuh tentang sistem politik seperti al-Quran,
al-Sunnah, ijtihad dan sebagainya. Ia juga akan turut membincangkan tentang
perpecahan yang berlaku dalam sejarah pemerintahan umat Islam sehingga
wujudnya puak-puak seperti Syiah dan Khawarij. Selain itu, topik ini akan turut
menyentuh tentang latar belakang dan sumbangan tokoh-tokoh pemikir Islam
kepada disiplin ilmu ini.

16 X

2.1

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

SUMBER-SUMBER SIASAH SHARIYYAH

Umat Islam berkewajipan menegakkan sebuah kerajaan yang melaksanakan


sistem politik dan pemerintahan Islam. Sungguhpun di dalam sumber-sumber
primer perundangan Islam tidak menyebut secara langsung perkataan politik
seperti al-siasah al-shariyyah, al-nizam al-siyasi dan nizam al-hukm, namun pada
hakikatnya nas-nas al-Quran dan al-Sunnah dengan jelas telah menyentuh secara
teori mahupun praktis persoalan berhubung pemerintahan. Malah, menerusi
penelitian terhadap sejarah Islam silam dan kontemporari serta karya-karya yang
dihasilkan oleh para cendekiawan Muslim dari zaman ke zaman, kita dapat
melihat keperluan menegakkan sistem pemerintahan berdasarkan syariat, bagi
memastikan kelangsungan agama Islam dan umat Islam itu sendiri.

2.1.1 Sumber Primer dan Sekunder


Antara sumber-sumber perundangan Islam yang menyentuh tentang sistem
politik Islam sama ada secara langsung atau melalui al-istidlal (pemahaman dalil)
ialah:
(a) Al-Quran al-Karim
(i)

Kewajipan memiliki pemerintah untuk melaksanakan syariat. Firman


Allah:

r 2I=[ W*XjV 0\U  S -WXT 2=% S=W%X W  \iWXT
1MV@cj 1NP CX=LX.kVXT 1I V C% | \Q bW*y \- q)]
........ 1NP _V"q t
Maksudnya:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh


dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan
menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa
pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orangorang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan
Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam)
yang telah diredhai-Nya untuk mereka.... (al-Nur 24 : 55)

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

17

(ii) Kewajipan pemerintah untuk mendaulatkan hukum Allah dan berbudi


pekerti luhur. Firman Allah S.W.T:

  \XqU R = WW ]1UW* F\U _ W* \kV X=Ws5U 5
8-k\\ W=\b L CV" YXT
Maksudnya:

Sesungguhnya
Kami
menurunkan
kepadamu
(wahai
Muhammad) kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran,
supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang
Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan
janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang
khianat. (al-Nisa 4 : 104)

(iii) Kewajipan rakyat mentaati pemerintah. Firman Allah S.W.T:

2=% p')] r
T XT W$Sym SkU XT  SkU S<W%X W SM{iU
Wc
Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah


dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada orang-orang
yang berkuasa dari kalangan kamu.... (al-Nisa 4 : 59)

18 X

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

(iv) Kewajipan pemerintah mengamalkan prinsip keadilan dan kesaksamaan


dalam mengendalikan urusan pemerintahan. Firman Allah S.W.T:

YXT  X\iSM  |%SV S5S S<W%X | SM{iU


Wc
!WmU XSF Si  SiV" YU rQ"W $4SV DWR<[ 1=W%mHWc
|ES \-V" \- nm\\  E   S "XT s
 XS * 
Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa


menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu
terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak
melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa
jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan
bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui
dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Maidah 5 : 8)

(v)

Kewajipan mewujudkan unit al-Hisbah sebagai mekanisme pemantauan


dan pencegahan. Firman Allah S.W.T:

TmW%U XT QQSs SV"XXT QQSQ  S%VU q)] r 1I<% D W


qS%:] RW W XT  mV=- CW S\IW5XT Tm\-
Maksudnya:

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka


kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat
serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan
serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang
mungkar, dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala
urusan. (al-Hajj 22 : 41)

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

19

(b) Al-Sunnah al-Nabawiyyah:


(i)

Kewajipan menerima dan mengakui pemerintahan Islam. Rasulullah


s.a.w telah mengeluarkan ancaman kepada mereka yang bersikap sambil
lewa dalam hal ini menerusi sabda Baginda :

 
   
 
   
   

  
    
Maksudnya:

Sesiapa yang mati dalam keadaan dia tiada menumpahkan taat


setia kepada pemerintah (baiah), maka matinya dengan kematian
jahiliyyah. (HR Muslim)

(ii) Kewajipan umat Islam daripada kalangan ahl al-ikhtiyar memilih


pemimpin yang benar-benar memiliki syarat-syarat seorang pemimpin
sepertimana yang digariskan oleh syarak. Ini kerana, kesilapan memilih
pemimpin boleh membawa kepada kepincangan atau kehancuran umat
dan negara.
Sabda Rasulullah s.a.w:

 . ! ',-    + '


* ) # ' (! $ %& ! "#
Maksudnya:

Sekiranya sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka


tunggulah saat kehancurannya. (HR al-Bukhari)

(iii) Ketaatan dalam hal-hal kebaikan. Rasulullah s.a.w telah memberi


panduan kepada umat Islam tentang sejauh mana ketaatan dan kesetiaan
boleh dicurahkan kepada seseorang pemimpin.

20 X

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

Baginda s.a.w telah bersabda:

6  9 '  : 7


 8 + 0
 6 .
 0 5! 4 ' 0 5! )  123 ! / 0 . !
  B A  / 0 & @
 =
> 0  '  1+ ! "?  =

 >0  ' ; <
Maksudnya:

Kewajipan untuk mendengar dan mentaati (pemimpin) wajib


kepada seorang muslim dalam semua keadaan; baik yang disukai
atau dibenci, selagi mana tidak diperintahkan untuk berbuat
maksiat. Sekiranya perintah tersebut berunsur maksiat, maka
tiadalah lagi kewajipan kepadanya untuk mendengar atau mentaati
(pemimpin tersebut). (HR al-Bukhari)

(iv) Gesaan agar melantik ketua atau pemimpin walaupun hanya melibatkan
komuniti yang kecil seperti ketika dalam permusafiran. Hal ini
menunjukkan betapa pentingnya konsep kepimpinan dalam Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda :

6$ 8 + 6 P
  !'  + 2A# M
 N (O !   K= @
1L J H -H 1I< = F @
G  DC E
 < A
Maksudnya:

Tidak seharusnya bagi tiga orang yang berada di satu kawasan


muka bumi yang luas ini melainkan mereka melantik salah seorang
di antara mereka sebagai pemimpin. (Nayl al-Autar. jld. 8 : 288)

(v) Selain daripada al-Sunnah al-Qawliyyah yang dinyatakan di atas,


terdapat banyak al-Sunnah al-Filiyyah yang boleh dijadikan sebagai
sumber kepada sistem politik Islam. Antaranya ialah tindakan Rasulullah
s.a.w menggubal Sahifah al-Madinah (Piagam Madinah) yang membawa
kepada penubuhan Negara Islam. Bagi proses pengukuhan Negara
Islam, tindakan yang hampir serupa turut dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w selepas Sulh al-Hudaibiyah, di mana utusan-utusan Baginda
telah dihantar menemui para raja dan amir (gabenor), menyeru mereka

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

21

agar beriman, seterusnya bergabung di bawah panji tauhid. Baginda juga


telah melantik beberapa orang sahabat sebagai amir atau gabenor, dan
pemungut cukai di wilayah-wilayah Islam yang jauh dari Madinah. Di
samping itu, Rasulullah s.a.w sering mengamalkan prinsip al-Syura
bersama para sahabat r.a khususnya dalam urusan pentadbiran negara.
(c) Ijma Ulama
Telah sepakat para sahabat r.a dan tabiin r.a terhadap kewajipan menegakkan
pemerintahan Islam. Persepakatan ini telah dinukilkan oleh Ibn Khaldun di
dalam kitabnya al-Muqaddimah ketika beliau membicarakan tentang
perlantikan pemerintah (nasb al-Imam).
Sebagai tambahan, Ibn Hazm al-Zahiri turut menyatakan bahawa
persepakatan ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan para sahabat dan
tabiin semata-mata, bahkan ianya bersifat menyeluruh meliputi pandangan
Ahli Sunnah wal Jamaah, Syiah, Khawarij dan Murjiah.
(d) Qiyas
Kewajipan menegakkan pemerintahan juga dapat diambil menerusi dalil
qiyas. Dalam al-Quran, Allah S.W.T telah berfirman:

p Uc Y  E  TiW*V" YXT 2W5S *V c W  #k\y r S *VXT


|iW*-
Maksudnya:

Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama


Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu
menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (al-Baqarah 2 :
190)

22 X

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

Ayat di atas menjelaskan hukum yakni kewajipan berjihad (berperang) di


mana illah kepada kewajipan itu adalah bagi tujuan menegak dan
mempertahankan agama Islam daripada pencerobohan orang-orang kafir dan
musyrik. Justeru, menegakkan sistem pemerintahan dan mengaplikasi Siasah
Syariah di muka bumi ini juga adalah wajib kerana ia merupakan wahana
bagi menegak dan mempertahankan Islam dan ummah.
Manakala dalam hadis Rasulullah s.a.w yang terdahulu, Baginda telah
menyarankan agar setiap kumpulan yang bermusafir walaupun dalam
bilangan yang sangat kecil seperti tiga orang, hendaklah memilih dalam
kalangan mereka seorang ketua. Illah (sebab) kepada pemilihan ketua
tersebut adalah bagi memastikan adanya individu yang akan
bertanggungjawab dalam mengurus tadbir urusan perjalanan tersebut.
Sehubungan dengan saranan tersebut, adalah wajar bagi sesebuah kelompok
atau masyarakat umat Islam melantik ketua atau pemerintah yang
bertanggungjawab memelihara maslahah dan melindungi mereka daripada
pelbagai perkara yang mendatang. Malah, kalau dilihat secara kasarnya,
situasi kedua ini lebih memerlukan kepada kepemimpinan berbanding situasi
pertama. Maka, berdasarkan Qiyas Awla (qiyas yang lebih berprioriti),
saranan memilih seterusnya memiliki ketua atau pemerintah merupakan satu
kewajaran dalam masyarakat Islam.

AKTIVITI 2.1
1.

Fahami dua sumber primer di atas, kemudian nyatakan peranan


kedua-duanya dalam pembinaan Siasah Shariyyah.

2.

Bincangkan kepentingan sumber sekunder Sadd al-Zarai dan


al-Masalih al-Mursalah kepada pemerintah.

2.1.2 Sumber daripada Logik Akal, Sejarah Islam dan


Karya Cendekiawan Muslim
(a) Logik Akal
Manusia adalah makhluk Allah S.W.T yang dikurniakan akal dan nafsu.
Penciptaan manusia adalah dalam sebaik-baik keadaan sepertimana firman
Allah S.W.T:

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

23

2cS V" C_OU r ]C_60_ X= Q \] iV V


Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang


sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (alTin 95 : 4)

Walaupun begitu, terdapat dalam kalangan mereka yang akhirnya tunduk


dengan hasutan hawa nafsu. Apabila hal ini berlaku, tidak mustahil dalam
menjalani kehidupan di muka bumi ini dan memenuhi keperluan serta
kehendak harian, manusia boleh terjebak dalam konflik seperti salah faham,
perbalahan, hatta peperangan yang akhirnya boleh mendatangkan kerosakan
dan kemusnahan kepada mereka. Inilah juga antara persoalan yang pernah
diutarakan oleh malaikat, sebagaimana firman Allah S.W.T:

[i-SV ZO_5 CVZ8XT XW%G RdXT SMn ic CW% SMn #\IU%U SV
\V FiV 5XT
Maksudnya:

...mereka (malaikat) bertanya (tentang hikmat ketetapan Allah itu


dengan berkata): "Adakah Engkau (ya Tuhan kami) hendak menjadikan
di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih memujiMu dan mensucikan-Mu?. (al-Baqarah 2 : 30)

Sehubungan dengan itu, rasionaliti pemikiran tidak dapat menolak keperluan


mewujudkan suatu sistem untuk mengawal serta mentadbir manusia dan
alam. Sudah pasti hanya sistem politik Islam yang dapat merealisasikan
perlaksanaan undang-undang dan syariat, seterusnya mendaulatkan agama
Islam.

24 X

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

(b) Sejarah Islam


Sejarah berkaitan sistem politik dan pemerintahan Islam bermula sejurus
selepas peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Tindakantindakan segera dan drastik tetapi penuh teliti yang dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w iaitu menggubal Sahifah al-Madinah jelas menjadi bukti, betapa
pentingnya memiliki satu set undang-undang dan dogma untuk mengurus
tadbir kehidupan manusia. Bermula dari detik tersebut, sistem ini terus
mengalami proses pengembangan dan pengukuhan selama hampir 14 abad,
sehingga tercatat dalam lipatan sejarah bahawa umat Islam pada suatu ketika
dahulu pernah menguasai sebahagian besar dunia ini.
Sistem yang bermula pada zaman Nubuwwah ini telah diadaptasi oleh para
pemerintah Islam selepas kewafatan baginda s.a.w. Contohnya, pada zaman
pemerintahan Khulafa al-Rasyidin selama hampir 30 tahun (11H  40H),
pelbagai peristiwa penting telah berlaku yang melibatkan urusan pentadbiran
negara. Daripada cara pemilihan Khalifah al-Rasul, pentadbiran ketenteraan,
pengurusan kewangan dan pos, pembukaan kota-kota di Semenanjung Tanah
Arab sehinggalah kepada cara-cara mengekalkan keamanan dan kestabilan
serta menangani fitnah musuh-musuh Islam telah banyak menjadi sumber
ilmu dan inspirasi kepada para pemerintah dalam pemerintahan mereka.
Pendek kata, dua zaman terawal ini telah menjadi sumber utama yang begitu
banyak mencorakkan idealisme kepimpinan dan pemerintahan berlandaskan
syariat Islam sepenuhnya, untuk diikuti oleh para pemerintah Islam selepas
mereka.
Sungguhpun selepas itu tampuk utama pemerintahan Islam telah bertukar
tangan bermula dari Kerajaan Umayyah (40H  132H), diikuti dengan
Kerajaan Abbasiyyah (132H  926H) dan diakhiri dengan Kerajaan
Uthmaniyyah (926H  1342H), banyak peristiwa yang berlaku ke atas
kerajaan-kerajaan ini boleh dijadikan sebagai sempadan dan pedoman. Malah,
hal ini tidak berhenti di situ sahaja. Sebaliknya, peristiwa demi peristiwa yang
telah dan sedang melanda negara-negara Islam pada masa kini, turut boleh
diangkat menjadi sumber penyelidikan tentang kehebatan atau kepincangan
yang melanda sistem pemerintahan di negara-negara tersebut. Pastinya
penelitian terhadap sejarah Islam silam dan kontemporari telah banyak
membantu dalam melestarikan sistem politik dan pemerintahan Islam yang
benar-benar ampuh lagi disegani.
(c) Karya-karya Penulisan Cendekiawan Muslim
Semenjak penulisan berkaitan Siasah Syariah mula berkembang iaitu selepas
kurun ke- 4 Hijrah, terdapat banyak nukilan dan komentar yang telah dicatat
oleh para cendekiawan dan pengkaji Islam di dalam pelbagai genre kitabkitab karangan mereka. Di samping itu, terdapat sebahagian daripada mereka
yang mula memperincikan disiplin ilmu Siasah Syariah, sehingga ia menjadi
sumber rujukan awal kepada sistem politik dan pemerintahan Islam, baik

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

25

buat masa itu mahupun masa kini. Antara karya-karya agung yang
menyentuh tentang sistem ini secara khusus ialah:
(i)

Al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayah al-Diniyyah karangan Imam


Abu al-HasanAliy ibn Muhammad al-Mawardi.

(ii)

Al-Ahkam al-Sultaniyyah karangan Qadi Abu Yala Muhammad alFarra al-Hanbali.

(iii) Ghiyath al-Umam fi Iltiyath al-Dzulam karangan Imam al-Haramain alJuwayni.


(iv) Al-Siyasah al-Shariyyah fi Islah al-Raiy wa al-Raiyyah karangan Ibn
Taimiyyah.
(v)

Tahzib al-Riyasah wa Tartib al-Siyasah karangan Imam Abu Abdillah


Muhammad ibn Ali al-Qaliy

Manakala kitab-kitab karangan ulama kontemporari yang sering menjadi


rujukan dewasa ini ialah :
(i)

Al-Khilafah wa al-Mulk karangan S. Abu al-Ala al-Maududi.

(ii)

Al-Siyasah al-Shariyyah fi Dawi Nusus al-Shariah wa Maqasidiha


karangan Dr. Yusuf al-Qaradawi.

(iii) Nizam al-Hukm fi al-Islam karangan Dr. Arif Khalil Abu Eid.

SEMAK KENDIRI 2.1


1.

Nyatakan sumber-sumber Siasah Shariyyah.

2.

Huraikan peranan sejarah Islam dan karya cendekiawan Muslim


dalam memperkasakan sistem politik dan pemerintahan Islam.

2.2

PEMIKIRAN AWAL SIASAH SHARIYYAH

Kronologi pemerintahan Islam dengan skala yang besar bertitik tolak dari peranan
Madinah sebagai pusat perkembangan agama Islam selepas peristiwa Hijrah.
Semenjak itu, kota Madinah telah menjadi pusat pemerintahan bagi umat Islam
selama puluhan tahun, sehinggalah semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abi
Talib r.a, beliau telah memindahkannya ke Kota Kufah. Sejarah telah mencatatkan
bahawa ketenangan yang dinikmati semasa pemerintahan di Madinah mula
berkocak selepas fitnah demi fitnah mula melanda pada akhir pemerintahan

26 X

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

Khalifah Uthman bin Affan r.a sehingga membawa kepada tragedi pembunuhan
beliau yang amat memilukan.

2.2.1

Kewujudan Kelompok dalam Gerakan Siasah


Shariyyah

Tidak dapat dinafikan bahawa fitnah-fitnah yang menimpa kerajaan Islam semasa
pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a merupakan detik permulaan bagi
kelahiran pelbagai firqah (kelompok) dalam gerakan Siasah Syariah. Selepas
peristiwa pembunuhan beliau dan tampuk pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
disandang oleh Ali bin Abi Talib r.a secara baiah daripada majoriti sahabat,
kesatuan umat Islam mula mengalami perpecahan. Kesannya, semasa
pemerintahan Ali bin Abi Talib r.a, beliau terpaksa berhadapan dengan krisiskrisis dalaman yang agak meruncing.
Pada zaman beliau juga telah berlaku beberapa peristiwa hitam seperti
pertempuran Jamal (menentang Talhah, Zubair dan Aishah r.a) pada tahun 36H,
pertempuran Siffin (menentang Mu'awiyah bin Abi Sufyan r.a) pada tahun 37H
dan pertempuran Nahrawan. Bertitik tolak dari peristiwa ini, telah lahir beberapa
kumpulan dalam kalangan umat Islam yang mendokong prinsip perundangan
dan politik yang berbeza daripada pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka ini
dikenali sebagai Syiah, Khawarij, Murjiah dan Muktazilah.
Di bawah, disenaraikan secara ringkas kumpulan-kumpulan baru yang tercetus
hasil daripada perbezaan ideologi politik di era tersebut.
(a)

Syiah
Mereka merupakan golongan yang sentiasa membela dan menyokong Ali
bin Abi Talib r.a yang rata-ratanya daripada keturunan Bani Hashim. Mereka
ini disebut sebagai Syiah Ali. Pada peringkat awal, mereka hanyalah
individu-individu yang beranggapan bahawa Ali bin Abi Talib r.a adalah
orang yang paling berhak untuk mengisi jawatan khalifah selepas kewafatan
Rasulullah s.a.w. Walau bagaimanapun, pandangan tersebut tidak
membawa mereka kepada penentangan terhadap ketiga-tiga khalifah
terdahulu, bahkan mereka mengakui dan tunduk setia (baiah) kepada
pemerintahan khalifah-khalifah tersebut.
Namun, selepas beberapa peristiwa hitam yang menimpa Ali bin Abi Talib
r.a dan anaknya al-Husayn bin Ali bin Abi Talib r.a sehingga membawa
kepada pembunuhan kedua-dua mereka dan ditambah dengan pelbagai
ragam pemerintahan Bani Umayyah, ianya telah mendorong kepada
penyatuan individu-individu tersebut di bawah prinsip-prinsip akidah dan
pandangan politik yang agak ekstrem. Mereka yang lebih sinonim dengan

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

27

sebutan nama Syiah hinggalah ke hari ini, telah menjadikan kota Kufah
sebagai pusat gerakan firqah tersebut. Antara pandangan-pandangan
mereka adalah seperti di dalam Rajah 2.1 berikutnya.

Rajah 2.1: Pandangan-pandangan puak Syiah yang bertentangan dengan Ahli


Sunnah wal Jamaah

(b)

Khawarij
Firqah ini muncul selepas pertempuran Siffin ketika berlakunya majlis
Tahkim antara Ali bin Abi Talib r.a dan Mu'awiyah bin Abi Sufyan r.a.
Mereka ini pada mulanya terdiri daripada para penyokong Ali bin Abi Talib
r.a, tetapi telah keluar daripada kepimpinan beliau lalu membentuk firqah

28 X

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

yang menentang kedua-dua pemimpin tersebut secara kekerasan dan terangterangan.


Khawarij beranggapan tindakan melampau mereka menentang Ali bin Abi
Talib r.a. dan Mu'awiyah bin Abi Sufyan r.a adalah amat wajar kerana
kedua-dua
pemimpin
tersebut
telah
kufur
kerana
bersetuju
memperhakimkan manusia sebagai ganti memperhakimkan Allah.
Dengan menjadikan daerah Bathaih sebagai pusat gerakan, mereka telah
melancarkan pemberontakan bersenjata ke atas pemerintah. Walaupun
firqah ini pernah diperangi oleh Ali bin Abi Talib r.a dan tenteranya dalam
pertempuran Nahrawan, namun kekuatan mereka hanya dapat
dilumpuhkan ratusan tahun selepas itu, yakni pada zaman Kerajaan
Abbasiyyah.
Rajah 2.2 menghuraikan beberapa pandangan-pandangan Khawarij yang
bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

29

Rajah 2.2: Pandangan-pandangan puak Khawarij yang berbeza dengan


Ahli Sunnah wal Jamaah

(c)

Murjiah

Firqah ini terbentuk daripada kumpulan yang bersifat neutral dalam


menangani peristiwa pergeseran antara Ali bin Abi Talib r.a dan Mu'awiyah
bin Abi Sufyan r.a. Mereka beranggapan bahawa pertumpahan darah yang

30 X

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

berlaku adalah satu kejahatan besar. Namun, dalam menentukan siapa yang
bersalah, mereka menyerahkannya kepada Allah S.W.T.
Semasa kebangkitan puak ini, pelbagai prinsip dan teori anutan Syiah
mahupun Khawarij telah mula dibangunkan dan prinsip serta teori firqah
Murjiah bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Beberapa pandangan
puak Murjiah dihuraikan dalam Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Pandangan-pandangan puak Murjiah yang bercanggah dengan


Ahli Sunnah wal Jamaah

(d)

Muktazilah
Firqah keempat ini diasaskan sekitar penghujung kurun pertama Hijrah oleh
Wasil ibn Ata dan Amr ibn Ubaid. Dengan menjadikan kota Basrah
sebagai markas mereka, Muktazilah begitu aktif dalam perbahasan politik
dan iktikad yang sedang dihadapi oleh umat Islam ketika itu. Antara prinsip
dan teori pemerintahan yang mendasari firqah Muktazilah (Rajah 2.4) ialah
seperti berikut.

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

31

Rajah 2.4: Pandangan-pandangan puak Muktazilah yang berbeza dengan Ahli Sunnah
wal Jamaah

AKTIVITI 2.2
1.

Cari bersama rakan anda beberapa tindakan pihak pemerintah silam


dalam menghapuskan firqah Syiah dan Khawarij dalam masyarakat.

2.

Bincangkan langkah-langkah proaktif yang dilaksanakan oleh


kerajaan bagi mengekang pemikiran Syiah dan Khawarij daripada
berkembang di Malaysia.

32 X

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

2.2.2 Faktor-faktor Kewujudan Kelompok yang


Terhasil daripada Perbezaan Teori Siasah
Shariyyah
Setelah menyusuri sejarah terbentuknya firaq seperti Syiah, Khawarij, Murjiah
dan Muktazilah pada kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, dapatlah
disimpulkan bahawa kewujudan mereka adalah disebabkan oleh tiga faktor
sektarianisme yang tidak mungkin dapat dipisahkan antara satu sama lain. Faktorfaktor tersebut adalah seperti dalam Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Faktor-faktor Kewujudan Kelompok yang Terhasil daripada Perbezaan Teori
Siasah Shariyyah
Faktor-faktor

Penjelasan

Persoalan Politik dan


Perebutan Kuasa

Semenjak penghujung pemerintahan khalifah Uthman bin


Affan, keadaan politik umat Islam berada dalam pelbagai
kemelut yang berpanjangan. Dengan perebutan kuasa yang
berlaku, pucuk kepimpinan Islam berubah daripada satu
sistem khalifah yang ideal kepada sistem perwarisan.
Perubahan ini tidak banyak mengubah landskap politik umat
Islam kerana setiap keturunan berusaha untuk mendapatkan
tempat tertinggi dalam pemerintahan negara. Hal ini dapat
disaksikan melalui kelahiran Kerajaan Umawiyyah diikuti oleh
Kerajaan Abbasiyyah dan akhirnya Kerajaan Uthmaniyyah.
Ini belum lagi dikira dengan kewujudan kerajaan-kerajaan
kecil umat Islam di Mesir, Syria, Sepanyol dan sebagainya.

Pembelaan Terhadap
Keturunan dan
Permasalahan Warisan

Peristiwa pembunuhan khalifah Uthman bin Affan


daripada keturunan Bani Umayyah, Khalifah Ali bin Abi
Talib dan anaknya al-Husain daripada keturunan Bani
Abbas banyak mempengaruhi emosi umat Islam. Emosi
yang kemudiaannya disuntik dengan fahaman asabiyyah
hasil bisikan kaum munafik dan fasiq, telah melahirkan
bibit-bibit permusuhan yang berpanjangan antara keduadua keturunan ini. Apabila sistem pemerintahan digubal
berasaskan perwarisan ala-Kaisar pada zaman Umayyah
atau ala-Kisra pada zaman Abbasiyyah, telah wujud
beberapa pemerintah yang tiada karisma sehingga mudah
diperkotak-katikkan. Hal-hal seperti ini menyebabkan
rakyat yang berasa dizalimi dan hak mereka diabaikan,
bangkit menentang pemerintah atau menyertai firqah
pemberontak.

TOPIK 2

Perselisihan Pendapat
Tentang
Masalah
Usuluddin

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

33

Pembunuhan sesama umat Islam dalam pertempuran Jamal


dan pertempuran Siffin, serta perisitiwa al-Tahkim telah
menjadi titik pemisahan dan medan perbahasan oleh firaq
yang terbentuk selepas itu. Persoalan khilafah al-Rasul,
imamah al-afdal, dosa besar, penipuan dan kelicikan
berpolitik dan sebagainya telah menghasilkan dikotomi
dalam pemikiran mereka. Hasilnya, lahirlah pemikiran dan
pelakuan yang ekstrem dalam kalangan firaq sehingga tanpa
segan silu mempergunakan kalimah-kalimah suci untuk
menjustifikasi tindakan dan mempertahankan pandangan
mereka. Natijahnya, kesatuan umat Islam semakin terungkai,
huru-hara akibat pertempuran sesama sendiri terus berlaku
dan maksiat makin berleluasa.

SEMAK KENDIRI 2.2


1.

Huraikan dengan jelas faktor-faktor yang mempengaruhi


kewujudan firaq dalam gerakan siasah Shariyyah.

2.

Sebutkan pengajaran-pengajaran yang dapat diambil daripada


peristiwa perpecahan umat Islam sepanjang zaman.

2.3 TOKOH-TOKOH PEMIKIR SIASAH


SHARIYYAH
Dalam kegawatan yang menimpa sistem politik dan pemerintahan umat Islam
akibat percaturan para pemerintah dan penentangan oleh para pemberontak serta
musuh Islam, lahir barisan agamawan yang telah banyak berjasa dalam merungkai
kekusutan dan permasalahan politik umat Islam dari zaman ke zaman. Antara
tokoh-tokoh yang telah menyumbang buah fikiran mereka dalam Siasah
Shariyyah ialah:
(a)

Abu Yusuf;

(b)

al-Mawardi;

(c)

Ibn Khaldun; dan

(d)

Ibn Taimiyyah.

34 X

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

2.3.1 Abu Yusuf


Nama penuh beliau ialah Yaqub ibn Ibrahim al-Ansari, berketurunan Arab
daripada suku Bujailah. Abu Yusuf dilahirkan pada tahun 113H/731M. dan
membesar di kota Kufah dalam keadaan penuh kemiskinan.
Kecintaan beliau terhadap ilmu pengetahuan begitu menyerlah apabila sejak awal
usia mudanya lagi, beliau telah berguru dengan Ibn Abi Layla. Kemudian, Abu
Yusuf telah berguru dengan Imam Abu Hanifah selama sembilan tahun dan
apabila gurunya meninggal dunia, beliau telah merantau ke Madinah untuk
berguru dengan Imam Malik bin Anas.
Dengan latar belakang pendidikan yang hebat, Abu Yusuf telah diiktiraf sebagai
salah seorang anak murid utama kepada Imam Abu Hanifah. Selain memiliki
tahap ilmu pengetahuan yang tinggi dan begitu dedikasi dalam aspek penyebaran
ilmu, ketokohan beliau begitu menyerlah dalam aspek pentadbiran dan
kehakiman. Bermula sebagai kadi di kota Baghdad (bahagian timur) pada zaman
khalifah al-Mahdi dan khalifah al-Hadi, akhirnya Abu Yusuf telah diangkat
menjadi ketua hakim (qadi al-qudat) pada zaman khalifah Harun al-Rasyid.
Jawatan ini, telah membuka ruang kepada beliau untuk memberi bimbingan dan
menjelaskan hukum berkaitan urusan dalaman dan luaran negara yang
bersangkutan dengan pemerintahan.
Dengan kekuatan ilmu, ketinggian akhlak dan kelurusan sikapnya, Abu Yusuf
telah mendapat kepercayaan penuh pemerintah sehingga beliau berjaya
menjadikan Negara Islam pada zaman itu memiliki asas undang-undang yang
boleh dianggap lengkap. Justeru, beliau telah mengarang sebuah kitab yang
masyhur bertajuk al-Kharaj sebagai panduan asas kepada sistem politik dan
kewangan Islam. Sungguhpun terdapat beberapa kritikan terhadap karya beliau
ini, namun ianya dilihat sebagai satu wadah yang setidak-tidaknya dapat
mencakupi inti pati tuntutan tertegaknya Negara Islam pada masa tersebut.
Setelah menabur bakti kepada agama dan negara selama hampir 16 tahun iaitu
semenjak tahun 166H, Abu Yusuf telah meninggal dunia pada tahun 182H/798M
ketika berusia 69 tahun. Jenazah beliau telah disembahyangkan oleh khalifah
Harun al-Rasyid bersama ribuan umat Islam, bahkan khalifah sendiri turut
mengetuai upacara pengkebumian beliau di perkuburan keluarganya sendiri.

2.3.2 Al-Mawardi
Al-Mawardi atau nama sebenarnya Ali bin Muhammad ibn Habib merupakan
salah seorang ulama terulung dalam mazhab al-Syafie. Beliau dilahir pada tahun
364H/974M dan dibesarkan di kota Basrah dalam keluarga yang menitikberatkan

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

35

ilmu pengetahuan. Al-Mawardi telah menghabiskan usia mudanya dengan


berguru bersama al-Qadi Abu Qasim Abd al-Wahid al-Shaimiri, Muhammad ibn
Adi al-Munqari, Abu Hamid Ahmad ibn Abu Tahir al-Isfarayni, Hassan ibn Ali
al-Jily dan lain-lain.
Selain diiktiraf sebagai seorang fakeh dalam mazhabnya, Al-Mawardi dianggap
sebagai pemikir dan politikus yang begitu menonjol ketika pemerintahan kerajaan
Abbasiyyah. Beliau telah menjadi kadi di negeri Kurat dan Naisaburi sebelum
diangkat ke jawatan ketua hakim (qadi al-qudat) pada tahun 429H. Sepanjang
tempoh tersebut, al-Mawardi telah memainkan peranan yang besar dalam
pemerintahan kerajaan. Selain terlibat dalam aspek kehakiman dan keadilan,
beliau juga menjadi utusan raja dalam urusan baiah rakyat ke atas pemerintah.
Malah, al-Mawardi juga telah dihantar oleh khalifah bagi mewakilinya berunding
dengan Abu Kalijar sehingga terhasilnya perdamaian antara kedua-dua belah
pihak pada tahun 429H.
Dengan segala sifat mulia yang seharusnya ada pada diri seorang ulama,
ditambah dengan kelebihan dan karisma kepimpinan, al-Mawardi berjaya
mendekati golongan pemerintah dan pembesar, selain dapat memahami keadaan
semasa masyarakat. Situasi ini telah banyak membantu beliau dalam
memfatwakan hukum berkaitan permasalahan harian dan adat kebiasaan yang
timbul berpandukan syariat. Sehubungan dengan itu, beliau telah mengarang
kitab al-Hawi al-Kabir sebanyak 22 jilid sebagai panduan kepada permasalahan
Fiqh. Manakala karya beliau yang bertajuk al-Ahkam al-Sultaniyyah wa alWilayah al-Diniyyah telah memberi sumbangan besar kepada sistem politik dan
pemerintahan Islam.
Setelah puluhan tahun berkhidmat kepada ummah dan kerajaan Islam, alMawardi telah meninggal dunia pada tahun 450H/1058M ketika berusia 86 tahun.
Jenazah beliau telah disembahyangkan oleh muridnya iaitu al-Khatib al-Baghdadi
bersama-sama para ulama, umara dan umat Islam di kota Baghdad, sebelum
disemadikan di perkuburan Bab Harb.

2.3.3 Ibn Khaldun


Ibn Khaldun merupakan seorang sarjana Islam dan tokoh kenegaraan yang
disegani pada kurun kelapan Hijrah.
Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman ibn Muhammad ibn Khaldun alHadrami berketurunan arab Yaman. Beliau telah dilahirkan pada tahun
732H/1332M di Tunisia. Lahir dalam keluarga yang berpendidikan tinggi, beliau
telah didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semasa mudanya. Ibn
Khaldun telah menuntut ilmu dengan guru-guru yang terkenal seperti:

36 X

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

(a)

Ahmad ibn al-Qassar;

(b)

Lisanuddin ibn al-Khalib; dan

(c)

Muhammad ibn Ibrahim al-Abadi.

Ibn Khaldun yang dikenali dengan kehebatan akal budi, dan kemasyhuran karya
yang bertajuk al-Muqaddimah, telah dilihat sebagai pelopor kepada pemikiranpemikiran moden terutamanya dalam bidang sosiologi, politik, ekonomi dan
falsafah berasaskan keagamaan. Kesarjanaan beliau juga turut terserlah dalam
bidang sains dan teknologi seperti astronomi, numerologi dan kimia. Dengan
segala kepakaran ini, maka Ibn Khaldun telah dianggap sebagai Bapa Sejarah
Kebudayaan dan Sains Sosial Moden.
Dalam aspek pemerintahan, Ibn Khaldun telah memegang beberapa jawatan
penting dalam kerajaan Tunisia dan Maghribi. Antara jawatan tersebut ialah
Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq, Anggota Jabatan Setiausaha Sulit
Sultan Abu Salim dan Duta Raja Moor di Granada kepada Pedro The Cruel of
Castile. Dengan pengalaman-pengalaman yang diperolehi sepanjang kerjaya
beliau ini, Ibn Khaldun telah memajukan konsep politik, pemerintahan dan
ekonomi negara.
Ibn Khaldun telah merantau ke Mesir pada tahun 1382M. Di situ, beliau telah
menghabiskan sisa kehidupannya sebagai pensyarah di Universiti al-Azhar.
Dalam masa yang sama, beliau juga pernah dilantik sebagai Hakim Di-Raja oleh
Sultan Abu al-Abbas di Kaherah. Pada tahun 808H/1406M, dunia Islam
kehilangan seorang tokoh apabila Ibn Khaldun telah meninggal dunia di Kaherah
ketika berusia 87 tahun.

2.3.4 Ibn Taimiyyah


Ibn
Taimiyyah
merupakan
tokoh
ilmuwan
Islam
yang
banyak
memperkembangkan idea-idea yang menjadi kajian pelbagai pihak, sama ada
dalam kalangan sarjana Islam mahupun orientalis.
Nama sebenar beliau ialah Taqiyuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Halim.
Dilahirkan di desa Harran pada tahun 661H/1263M dan berketurunan Kurd.
Ketika berusia 6 tahun, beliau mengikuti bapanya berhijrah ke kota Damsyik bagi
menyelamatkan diri daripada kekejaman Tartar.
Mewarisi ketokohan bapanya, Ibn Taimiyyah merupakan seorang pemuda yang
amat mencintai kebenaran dan menghargai ilmu pengetahuan. Justeru, beliau
telah menuntut ilmu dengan lebih daripada 200 orang guru, antaranya:

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

(a)

Ala Zain al-Abidin Ahmad ibn Abd al-Daim al-Maqdisi;

(b)

Najmuddin ibn Asakir;

(c)

Jamaluddin al-Sayrafi; dan

(d)

Jamaluddin al-Baghdadi.

37

Selepas kematian bapanya, Ibn Taimiyyah telah diberi kepercayaan untuk


menggantikan tempat bapanya iaitu menjadi tenaga pengajar di Dar al-Hadith
al-Sukkariyyah dan di Masjid Damsyik sungguhpun beliau baru berusia 21
tahun.
Ibn Taimiyyah amat tegas dan sensitif terhadap sebarang bentuk
penyelewengan. Kelantangan beliau mengkritik pemerintah dan masyarakat,
menyebabkan dirinya sering terdedah kepada bahaya dan fitnah. Namun, di
sebalik ketegasan itu, beliau merupakan seorang yang berbudi pekerti luhur dan
bersifat pemaaf.

Hal ini dinyatakan oleh Ibn Makhluf melalui kata-katanya:


Kami tidak pernah melihat manusia seperti Ibn Taimiyyah, kami
cuba memusnahkan beliau, tapi tidak mampu. Beliau mampu
memusnahkan kami tetapi memaafkan kami bahkan berhujah
mempertahankan kami.

Ironinya, dalam beliau mengkritik pemerintah, Ibn Taimiyyah begitu komited


menyeru umat Islam agar taat setia kepada pemerintah yang melaksanakan
syariat. Beliau juga turut berperang, malah pernah mengetuai tentera di bawah
payung kerajaan al-Mamluki mempertahankan kesucian Islam dan akidah Ahli
Sunnah wal Jamaah daripada serangan Tartar, tentera Salib dan puak Syiah.
Walaupun pelbagai tohmahan dan bermacam-macam cabaran dan kesengsaraan
terpaksa beliau hadapi, Ibn Taimiyyah tetap gigih berdakwah kepada pemerintah
dan masyarakat. Malah, karya-karya beliau telah banyak memberi sumbangan
kepada sistem kehidupan umat Islam. Berikut merupakan karya-karya Ibn
Taimiyyah.
(a)

Al-Aqidah al-Wasitiyyah ;

(b)

Al-Fatawi al-Kubra ;

(c)

Al-Siyasah al-Syariyyah fi Islah al-Rai wa al-Raiyyah ; dan

(d)

Al-Hisbah fi al-Islam.

38 X

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

Jelasnya, umat Islam telah kehilangan seorang lagi tokoh dengan kematian beliau
pada tahun 728H/1328M selepas berada di dalam penjara Damsyik selama hampir
2 bulan.

SEMAK KENDIRI 2.3


1.

Kenali tokoh-tokoh pemikir di atas, kemudian kenal pasti persamaan


dan perbezaan yang terdapat pada sahsiah dan gaya pemikiran
mereka.

2.

Huraikan sumbangan tokoh-tokoh di atas kepada pembangunan


sistem politik dan pemerintahan Islam.

Al-Quran dan al-Sunnah pada umumnya telah menjelaskan konsep asas


kepada pembinaan sistem politik dan pemerintahan Islam.

Secara logiknya, manusia tidak mampu untuk hidup dengan aman dan
harmoni tanpa terikat kepada sebarang sistem yang mengawal tindak-tanduk
mereka.

Perebutan kuasa politik dan pemerintahan merupakan punca utama kepada


perpecahan umat Islam.

Kelahiran tokoh dan pemikir Islam seperti para Imam pengasas mazhab, Abu
Yusuf, al-Mawardi dan lain-lain telah membantu dalam memperkukuhkan
sistem politik dan sosial umat Islam.

Umat Islam harus mengambil pengajaran daripada pelbagai peristiwa


perpecahan yang melanda mereka agar tidak terjerumus dalam kancah
kebinasaan dan permainan musuh-musuh Islam.

TOPIK 2

PEMBANGUNAN PEMIKIRAN SIASAH SHARIYYAH

Sumber primer Siasah Shariyyah


Sumber sekunder Siasah
Shariyyah
Khulafa al-Rasyidin
Kerajaan Bani Umayyah,
Abbasiyyah dan Uthmaniyyah
Firqah dan Firaq

39

Pertempuran Siffin, Jamal dan Nahrawan


Majlis al-Tahkim
Syiah, Khawarij, Murjiah dan Muktazilah
Tokoh dan pemikir Siasah Shariyyah

Arif Khalil Abu Eid. (1995). Nizamul-Hukm fi al-Islam. Jordan: Dar al-Nafais.
Ibn Kathir, Muhammad ibn Ismail. Al-Bidayah wa al-Nihayah. Beirut: Maktabah
al-Maarif.
S. Abul Ala Maududi. (1986). Khilafah dan Kerajaan (terj). Shah Alam: Dewan
Pustaka Fajar.
Al-Shahrastani, Abu al-Fath Muhammad. Al-Milal wa al-Nihal. Beirut : Dar alMarifah.