You are on page 1of 25

Topik X

Negara dan
Kenegaraan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan negara dan ciri-ciri negara Islam;
2. Menghuraikan institusi yang wujud dalam sebuah negara Islam; dan
3. Menjelaskan
sistem
perkembangannya.

pentadbiran

Rasulullah

s.a.w

serta

X PENDAHULUAN
Topik ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan negara dan ciriciri negara Islam. Sejarah membuktikan Rasulullah s.a.w adalah model pentadbir
unggul dalam sistem pemerintahan Negara Islam Madinah. Corak dan sistem
pemerintahan Baginda mesti dikaji dan diteliti untuk dilaksanakan dalam negara
yang terdiri daripada pelbagai etnik khususnya di Malaysia.

3.1

PENGENALAN NEGARA

Perkataan Negara atau state diertikan sebagai bangsa, masyarakat dan kerajaan.
Dalam ilmu sains politik, istilah negara bermaksud sekumpulan manusia yang
menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan kerajaan
dan tidak tertakluk kepada kuasa luar. Oleh demikian, tajuk ini menjelaskan
definisi negara menurut bahasa dan istilah berdasarkan pandangan Barat dan
para sarjana Islam serta ciri-ciri negara Islam.

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

41

Beberapa definisi negara dikemukakan oleh para sarjana Barat. Antaranya ialah:
Negara sebagai kumpulan yang tinggal di sesebuah wilayah yang
berdaulat
H.D.Lasswell
Negara merupakan satu persatuan di mana seluruh tindakan berdasarkan
undang-undang.
M. Mc Iver

"Negara merupakan suatu sistem politik yang terdiri daripada pendudukpenduduk dalam satu kawasan atau wilayah yang ditetapkan dan
mempunyai organisasi.
Pennock & Smith
Negara sebagai satu sistem politik yang didirikan oleh orang yang
bermastautin di dalam sesebuah wilayah dan mempunyai kerajaan yang
memerintah wilayah tersebut.
Robert A. Dahl

Definisi yang mudah diberikan dengan menekankan "ciri-ciri wilayah,


penduduk dan pemerintah sebagai unsur asas negara. Negara juga
mempunyai pemerinthan yang akan memonopolikan segala kuasa yang
sah, dan dengan itu negara berhak memaksa rakyatnya tunduk kepada
undang-undang serta arahannya,
Geoffrey K. Roberts

Negara sebagai "sebahagian daripada masyarakat yang disempadankan di


dalam sesuatu kawasan dan dipersatukan oleh kesetiaan kepada satu
badan yang berdaulat. Ciri utama yang membezakan antara negara dengan
institusi lain ialah terdapat satu lembaga yang berwibawa dan muktamad
yang memutuskan peraturan-peraturan bagi masyarakat tersebut.
Frederick M. Watkins
Kesimpulannya negara harus merangkumi sebuah wilayah yang terdapat
penduduk atau rakyat. Penduduk ini diperintah oleh satu badan politik
(pemerintah) yang berdaulat dan berkuasa mutlak dalam menjalankan
kewajipan terhadap negara.

42 X

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

3.1.1 Pengertian Negara Islam


Beberapa definisi negara Islam dikemukakan oleh para intelektual Islam.
Antaranya ialah:
Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan mereka dapat
menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.
Muhammad Bin Hasan al-Syaibani

Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan Islam.
Kekuatan dan pertahanannya dikuasai oleh umat Islam. Negara seperti ini wajib
dipertahankan oleh setiap individu Islam.
Muhammad Abu Zuhrah

Negara yang mengamalkan hukum-hukum Islam dengan jelas sekalipun


kebanyakan penduduknya terdiri daripada bukan Islam.
Al-Qadi Abu Yusuf

Negara yang diperintah oleh orang Islam atau orang Islam yang memegang
kekuasaan tertinggi negara.
Abdul Karim Zaidan

Negara Islam sebagaimana yang disepakati oleh imam-imam mazhab yang


empat: Negeri atau bumi yang berada di bawah kekuasaan umat Islam dan
kedaulatan mereka, dengannya umat Islam dapat mengamal Islam secara
terbuka dan mampu mempertahankan diri dari serangan musuh.
Muhammad Said Ramadan al-Buti

Daripada beberapa definisi tersebut, dapat dirumuskan sesebuah negara diiktiraf


sebagai negara Islam sekiranya ketua pemerintah adalah seorang Muslim dan
melaksanakan sistem pemerintahan mengikut undang-undang Islam walaupun
terdapat di kalangan rakyat yang bukan Islam. Kuasa pemerintahan amat
penting untuk melaksanakan tanggungjawab Maqasid Shariyyah. Di samping
itu, kriteria penting yang perlu wujud termasuklah negara yang aman dan bebas
mengembangkan syiar Islam di dalamnya.

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

43

AKTIVITI 3.1
Jelaskan dengan ringkas maksud negara menurut etimologi dan istilah.

3.1.2 Ciri-ciri Negara Islam


Ciri-ciri negara Islam adalah seperti berikut:
(a)

Negara yang mendaulatkan Islam di mana urusan pemerintahan mesti


berdasarkan syariat Allah S.W.T. Seluruh urusan pemerintahan
terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi sumber primer.
Firman Allah S.W.T:

YXT   \XqU R = WW ]1UW* F\U _ W* \kV X=Ws5U 5
8-k\\ W=\b L CV"
Maksudnya:

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)


kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau
menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah
tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau
menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat. (al-Nisa': 105)

44 X

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

Firman-Nya lagi:

Y W XXSFU .V" YXT \I"V m%)] ]CK% R\cn rQ"W \R< \\B 22
WDS-Q Wc
Maksudnya:

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan


engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukumhukum ugama; maka turutlah syariat itu, dan janganlah engkau
menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang
benar). (al-Jatsiyah:18)
Cuba anda perhatikan mengapa urusan pemerintahan dan rakyat mesti
berasaskan syariat Allah S.W.T. Antara faktornya ialah;
(i)

Semua manusia tanpa mengira bangsa, bahasa, warna kulit dan


status adalah hamba Allah.

(ii)

Semua manusia yang tinggal di bumi Allah rasionalnya mesti


mengikut undang-undang Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui lagi
Bijaksana.

Firman Allah:

#WVXT >S 1R< \\BXT V?5 XT m[Vl CK% R< Q \\ 5 = SM{iU
Wc
nm\\ / W  D  1V "U  \i< W%WmU D  SXq\W*
Maksudnya:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu


daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat;13)

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

45

FirmanNya juga:

 5XSU XT 1*R<U Q *\XT q)]XT 1XS\-  \\ O*WcX C%XT


W- \ L 0Wc8[ \Vl r D
Maksudnya:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan


kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan
bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang
berpengetahuan. (al-Rum; 22)

(iii)

Setiap individu mempunyai tanggungjawab sebagai makhluk dan


hamba yang dipertanggungjawabkan sebagai khalifah sama ada
sebagai pemerintah dan rakyat.
Sabda Rasulullah s.a.w:

 

 
   
    
 !"# $ %&  '   
 ( # 
   )*+,
 - &    ./0 ( " ) 1  

 $ %&2 3  /  
   3 40 ) 1
 8 9 &:;  
 
   9<6 " ) 1 - 
7  8 9   16 2 5
 &2
.$ %&  '   

) *+, 
   ) *+*# / $  


Maksudnya:
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya

mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin


dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami (bapa) adalah
pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita
pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai
kepimpinannya. Orang gaji adalah pemimpin kepada harta benda
yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai
kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan
ditanya mengenai kepimpinan kamu. (Riwayat al-Bukhari)

46 X

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

(iv)

Melalui syariat dapat memandu manusia menyelesaikan perkaraperkara yang tidak dapat dicapai oleh kemampuan akal, pancaindera
dan ilmu yang ada pada mereka di samping memberi kaedahkaedah tertentu supaya tidak tergolong dalam golongan orang yang
jahil.

(v)

Membebaskan manusia daripada mengabdikan diri selain Allah


S.W.T, melahirkan keadilan sejagat dan berusaha menyelesikan
masalah berdasarkan kemampuan dan kepakaran masing-masing
berlandaskan syariat yang diturunkan Allah S.W.T.

Rabaie bin Amir menegaskan kepada panglima tentera Parsi bernama


Rustam seperti berikut;

Allah S.W.T yang membangkitkan kami untuk


menyelamatkan sesiapa yang mahu daripada mengabdikan
diri kepada sesama hamba (makhluk) kepada mengabdikan
diri kepada Allah, daripada kezaliman berbagai-bagai
ajaran kepada keadilan Islam, daripada dunia yang sempit
kepada yang luas terbentang di dunia dan akhirat.
Oleh yang demikian, syariat Islam itu mampu memenuhi keperluan
manusia seluruhnya di sepanjang zaman dan tempat, dalam semua
realiti dan situasi kerana ia mempunyai keistimewaan yang tidak ada
pada yang lain.
(b)

Umat/penduduk/rakyat yang mendukungnya


Penduduk ialah orang yang tinggal dalam sesebuah wilayah atau negara
dan secara sosiologi disebut sebagai rakyat. Rakyat pula diertikan sebagai
sekumpulan manusia yang dipersatukan oleh satu rasa persamaan dan
bersama-sama mendiami suatu wilayah. Rakyat merupakan warganegara
yang didiaminya dan terikat dengan undang-undang negara. Dalam
sebuah negara Islam, rakyat dikategorikan kepada dua:

TOPIK 3

(i)

NEGARA DAN KENEGARAAN

47

Golongan Muslim
Berdasarkan ayat al-Quran, firman Allah:

 #k\y r 1M5U XT 2IXS%U


 Ti\I\BXT Tm\B\FXT S=W%X ]Cc D
1VXT S=W%X WXT  W XkTU 1MW \V
T Tn_W5T TXTX WXT
r 1Tn_=R.y D XT  TmBSMi /\O [ CK% 1M-XkVXT CK% V W% TmBSMi
\- XT  V9jK% 1JX=oWXT 1R<oW 4SV rQ"W Y n= 1kQ \V Fi
nmW WDS \-V"
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta

berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang
yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orangorang Muhajirin) mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan
(terhadap) orang-orang yang beriman tetapi belum berhijrah, maka
tidak ada kewajipan sedikit pun atasmu melindungi mereka, sebelum
mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu
dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka
wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada
perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. dan (ingatlah) Allah
Maha melihat akan apa yang kamu lakukan.. (Al-Anfal:72)

(ii)

Golongan bukan Islam (ahli zimmi)


Golongan bukan Islam yang mengaku untuk taat setia dan patuh
kepada negara Islam yang akan didiaminya tanpa mengira tempat di
mana ia dilahirkan. Bagi warganegara ini, mereka diberikan jaminan
perlindungan
keselamatan
kehidupan,
harta,
kebudayaan,
kepercayaan (agama) dan kehormatan.

48 X

(c)

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

Kerajaan berdasarkan syura


Allah berfirman:

Sr[5@Y V  [k [ iV _0< SVXT 1IV _0=  ]CK% R\-OXq \-V
_0%]uW Vl V p')] r 1FqT[XT 1NP mW*yXT 1M@W V \S\O C%
WLXSW*- p Vf  D   rQ"W #XSW*V
Maksudnya:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah

(kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut


kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah
engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari
kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang
mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka,
dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan
dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam
(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu), maka
bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orangorang yang bertawakal kepada-Nya. (Ali Imran: 159)

Syura merupakan suatu sistem permesyuaratan dalam pengurusan pentadbiran


negara yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w serta para sahabat dengan
berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Perlaksanaan syura dilaksanakan
melalui Majlis Syura. Melalui sistem syura ini, kestabilan politik, keamanan
hidup rakyat dan negara akan terjamin seperti yang dilaksanakan oleh
Rasulullah s.a.w.
(d)

Kerajaan berbentuk khalifah


Pemilihan pemimpin tertinggi negara perlu menepati ciri-ciri atau syarat
syarat yang ditetapkan oleh syarak. Jawatan ini penting bagi memastikan
perlaksanaan undang-undang Islam dapat ditegakkan dalam negara. Oleh
itu, perlantikan ketua negara boleh dilakukan melalui majlis syura seperti
perlantikan Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib di Masjid Madinah. Ia
juga boleh dibuat melalui wasiat atau cadangan khalifah sendiri seperti
perlantikan Sayyidina Umar yang dicadangkan oleh Saidina Abu Bakar. Ahli
Sunnah wa al-Jamaah berpendapat ketua negara hendaklah dipilih melalui
syura kerana ia merupakan ikatan kontrak antara khalifah dan rakyat yang

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

49

dikenali sebagai baiah. Walau bagaimanapun semua bentuk pemilihan


pemimpin mestilah mempunyai syarat-syarat yang diterima oleh syarak
kerana seorang khalifah bertanggungjawab dalam aspek keagamaan dan
kenegaraan.

SEMAK KENDIRI 3.1


1.

Huraikan ciri-ciri negara Islam.

2.

Huraikan kepentingan melaksanakan ciri-ciri tersebut dalam


sesebuah negara.

3.1.3 Kedudukan Negara Islam


Menjadi kewajipan umat Islam menegakkan sebuah negara yang dapat
melaksanakan ajaran Islam yang syumul serta merangkumi perkara-perkara yang
berkaitan pengurusan diri (fardu ain) dan pengurusan sistem (fardu kifayah).
Kewajipan ini berdasarkan Allah S.W.T mewajibkan melaksanakan hukum seperti
hudud, qisas, takzir dan lain-lain. Kesemua hukum tersebut mustahil dapat
dilaksanakan tanpa adanya sebuah negara Islam. Ini juga berdasarkan kaedah
fiqh:

>4 1# ?$2 @A >4 )%B @ 

Maksudnya;

Sesuatu yang tidak sempurna wajib kecuali dengannya maka ia adalah


wajib.
Berdasarkan kaedah fiqh di atas, negara Islam tidak dapat ditegakkan tanpa
penglibatan orang Islam dalam politik. Begitu juga pelaksanaan dasar Islam yang
syumul tidak dapat disempurnakan tanpa ada kuasa yang dapat diperolehi
melalui wujudnya sebuah negara Islam. Oleh itu negara Islam adalah negara yang
sejahtera yang menghimpunkan pelbagai bangsa di bawah payung rahmat Islam.
Cuba anda perhatikan pandangan al-Baghdadi mengenai negara Islam. Beliau
menyatakan kerajaan Islam adalah negara di mana masyarakatnya dapat
mengamalkan Islam tanpa rasa takut dan bimbang, dilaksanakan syariat Islam
ke atas orang-orang bukan Islam zimmi (kafir zimmi) yang rela sahaja, manakala
golongan bidah tidak bermaharajalela menentang ahli sunnah tanpa diberi
penjelasan dan peluang berbincang.

50 X

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

Al-Asyari pula menyatakan, Dar Islam (Negara Islam) ialah negara yang berada
di bawah penguasaan Islam dan dilaksanakan setiap hukum hakam dan syiar
Islam.
Begitu juga pandangan Said Hawa, kerajaan Islam ialah kerajaan yang komited
dengan Islam dalam dirinya. Segala peraturan dan sistem pentadbiran
dijalankan berlandaskan prinsip Islam. Negara ini juga bekerja untuk
kepentingan Islam sama ada dalam dan luar negara. Ia juga menjadikan Allah
sebagai tempat tunduk umat Islam. Syiarnya pula ialah menegak kalimah Allah.
Di samping bekerja untuk menyara keluarga, niat juga dibulatkan sebagai amal
jihad untuk menegakkan kalimah yang tinggi ini.

AKTIVITI 3.2
1.

Jelaskan kepentingan menegakkan negara Islam.

2.

Bincangkan bersama rakan anda tentang cabaran yang dihadapai


dalam sesebuah negara yang menegakkan syariat Allah S.W.T.

3.2 ORGANISASI NEGARA PIMPINAN


RASULULLAH DAN PERKEMBANGANNYA
Tajuk ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan organisasi di
bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. Antara perkara yang akan dibincangkan adalah
institusi kewangan, institusi pengawalan, institusi kehakiman dan institusi
pentadbiran. Perkara yang akan dibincang juga adalah yang berkaitan dengan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap organisasi tersebut, antaranya
mengawal syariat dan melaksana keadilan.

3.2.1 Baitulmal
Baitulmal adalah institusi perbendaharaan tertinggi dalam negara yang
mengimplimentasi sistem ekonomi Islam. Ia merupakan institusi harta dan
kewangan induk dalam negara Islam di mana terkumpul aset negara yang
dimiliki oleh semua rakyat yang tinggal dan menetap di bawah naungan kerajaan
Islam termasuk warga bukan Islam. Al-Quran menjelaskan institusi baitulmal
telah wujud sekian lama sebelum Rasulullah s.a.w diutuskan lagi. Misalnya,
sewaktu zaman Nabi Yusuf a.s baitulmalnya dikenali sebagai Khazain al-Ard
(Surah Yusuf; 55). Berkemungkinan ini adalah contoh model baitulmal tertua di
dunia. Semasa zaman jahiliah, konsep baitulmal masih diguna pakai di bawah
kepimpinan Arab Quraisy melalui badan bernama Darul Nadwah yang

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

51

mempunyai beberapa portfolio antaranya Majlis al-Siqayah, Majlis al-Rifadah dan


Majlis al-Khizanah yang antara lain bertujuan menyediakan makanan dan
minuman kepada pengunjung Tanah Suci pada musim Haji.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, institusi baitulmal dengan prinsip keadilan dan
kebajikan mula diterapkan khususnya sejak terbina kerajaan Islam pertama di
Madinah serta turunnya perintah kewajipan berzakat dengan kadar serta tempoh
yang khusus.
Penubuhan perbendaharaan negara oleh Baginda s.a.w merupakan titik tolak ke
arah kemunculan sebuah institusi kewangan dan sosioekonomi bersistematik.
Institusi baitulmal berperanan mengurus hasil pendapatan negara seterusnya
membiayai perbelanjaan negara mengikut sumber pendapatan hasil.
Sumber Harta Baitulmal
Berdasarkan pelaksanaan konsep baitulmal oleh Rasulullah s.a.w yang memegang
teraju pemerintahan negara Islam, sumber-sumber harta yang diperolehi adalah
seperti Jadual 3.1 berikut:
Jadual 3.1: Sumber-sumber Harta Baitulmal
Sumber-sumber

Penjelasan

Zakat fitrah dan


zakat harta

Zakat fitrah adalah zakat yang dikenakan kepada setiap individu


Islam pada bulan Ramadan. Sementara zakat harta adalah setiap
harta yang bernilai apabila cukup haul (tempoh pusingan
minimum) dan nisab (kadar minimum), wajib dikeluarkan zakat
seperti zakat emas dan perak, zakat wang simpanan dan zakat
perniagaan.

Derma dalam
bentuk
kewangan dan
hartanah

Derma adalah sedekah yang diberikan oleh orang Islam kepada


institusi atau orang perseorangan untuk keperluan mereka.
Termasuk juga dalam aspek sedekah adalah wakaf iaitu
pemberian seseorang kepada individu atau institusi untuk
diuruskan seperti tanah atau sebagainya.

Harta Fai

Fai iaitu harta yang diperolehi daripada orang bukan Islam


dengan jalan damai tanpa peperangan

Harta Ghanimah

Ghanimah ialah harta rampasan perang seperti alat-alat peperangan,


tanah dan bangunan (hartanah), binatang ternakan dan harta
perniagaan.

Jizyah

Iaitu cukai yang dikenakan ke atas orang bukan Islam (kafir zimmi)
sebagai perlindungan yang diberikan oleh negara Islam atas dasar
keselamatan jiwa dan dan harta benda mereka. Ia boleh dibayar dalam
bentuk tunai atau barangan atau kedua-duanya sekali.

52 X

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

Rasulullah s.a.w melantik pegawai pemungut cukai pusat yang


berada di ibu pejabat wilayah (di Madinah). Baginda s.a.w juga
melantik pemungut cukai tempatan unuk memungut cukai di
kawasan-kawasan tertentu dan menyerahkan kepada Rasulullah
s.a.w secara langsung atau kepada pegawai-pegawai pemungut
cukai pusat.

3.2.2 Hisbah
Pengertian
Berasal daripada perkataan hasiba bererti membilang atau menghitung. Menurut alMawardi, hisbah ialah tindakan menyuruh kebaikan apabila berlaku pengabaian dan
melarang melakukan kemungkaran. Dengan kata lain, penghapusan kemungkaran
yang sedang berlaku dan arahan supaya melakukan kebaikan yang diabaikan.
Matlamat hisbah ialah untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T, menegakkan yang
makruf dan mencegah yang mungkar. Di samping itu, tujuan institusi hisbah yang
ditubuhkan oleh Rasulullah s.a.w adalah untuk membasmi penyelewengan dalam
negara dalam semua bentuk seperti rasuah, riba, monopoli dan dakwaan palsu.
Perlaksanaan hisbah di zaman Rasulullah s.a.w dapat dilihat apabila Baginda
melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi perjalanan pasar dan urusan
perdagangan. Mereka adalah penyelia pasar (Sahib al-Suq) atau Petugas Pasar (alAmil fi al-Suq). Bidang tugas mereka memastikan tidak berlaku penindasan dan
penipuan dalam urusan perniagaan. Begitu juga bagi menjamin berlaku keadilan
dalam urusniaga. Dalam konteks sekarang, bidang kuasa ini boleh disamakan dengan
bidang kuasa dalam kawalan harga dan pasar yang ditadbir oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pengwujudan institusi seperti
hisbah untuk mengatur dan mentadbir segala urusan kemanusiaan ini adalah selaras
dengan ajaran Islam.

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

53

Dalil Hadis:

89 B 3 D E !# $ <F  C $ 
 F 9 G H  6I 2 ) ; $ & $ C
$   ; 0

 RS ' ( # . 9 F   . 9 F   Q 2  N# PO E HJ  6K LM# $ &#
!
T
&#
Maksudnya:
Rasulullah s.a.w melewati sebuah gerai makanan yang didakwa penjualnya

elok. Lalu Baginda masuk ke dalam gerai tersebut, lantas didapati ada makanan
yang elok dan ada yang busuk. Baginda lantas bersabda: Juallah kedua-duanya
secara berasingan. Sesiapa yang menipu kita bukanlah dia daripada kalangan
kita! (Riwayat Ahmad).

Jelasnya, hisbah adalah instrumen khusus untuk membetulkan kepincangan bagi


memastikan makruf (kebaikan) ditegakkan dan kemungkaran dapat dicegah.

3.2.3

Institusi Keselamatan

Institusi keselamatan yang dikenali sebagai organisasi ketenteraan ditubuhkan


bagi menjamin negara Islam Madinah berada dalam keadaan aman daripada
ancaman musuh. Kelengkapan peralatan peperangan disediakan di samping
latihan kecekapan ketenteraan tidak dipandang ringan oleh Rasulullah s.a.w.
Jawatan-jawatan pegawai tentera dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya
diwujudkan mengikut keperluan keadaan dan masa. Jawatan dan perlantikan
pegawai adalah seperti Rajah 3.1 berikut:

54 X

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

Rajah 3.1: Jawatan-jawatan pegawai tentera dan perkhidmatan

Kecekapan dan kekuatan pertahanan ketenteraan menyebabkan seluruh pelosok


tanah Arab tunduk kepada kekuasaan politik Madinah. Setelah berjaya
meletakkan seluruh Tanah Arab di bawah satu kerajaan pusat, organisasi
ketenteraan yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w berkembang secara
berperingkat-peringkat sehingga digeruni oleh musuh. Tindakan Rasulullah s.a.w
ini menunjukkan kekuatan pertahanan penting bagi menjamin keselamatan dalam
sebuah negara Islam.

3.2.4

Institusi Pentadbiran

Rasulullah s.a.w sebagai khalifah merupakan pemimpin yang berkuasa dalam


seluruh pentadbiran negara. Bagi mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap
dan sistematik, beberapa jawatan telah diwujudkan. Sistem pentadbiran awam

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

55

dibahagikan kepada pentadbiran pihak berkuasa peringkat pusat yang terdiri


daripada:
(a)

Timbalan-timbalan Rasulullah s.a.w


Jawatan ini bertaraf tetap dan silih berganti disebabkan kematian atau
berhenti. Rasulullah s.a.w akan melantik seorang timbalan yang akan
menguruskan hal ehwal masyarakat Islam sewaktu ketiadaan Rasulullah
s.a.w di Madinah atas urusan dakwah dan ketenteraan.

(b)

Penasihat (Musyir)
Rasulullah s.a.w melantik penasihat terutama dalam urusan politik dan
ketenteraan termasuk dalam hal keagamaan walaupun Baginda dipimpin
oleh Allah S.W.T. Sebagai contoh, anda boleh perhatikan dalam peperangan
Badar, Rasulullah s.a.w mengemukakan masalah kemaraan tentera Makkah
kepada majlis penasihat Baginda. Anggota majlis terdiri daripada puak
Muhajirin (Abu Bakar, Umar dan Miqdad bin Amr al-Khuzai) yang
menyatakan sokongan terhadap rancangan Rasulullah s.a.w. Begitu juga
kalangan Ansar memberi jaminan untuk menyokong sepenuhnya kepada
Baginda. Selepas peperangan berakhir, Rasulullah s.a.w berunding dengan
mereka untuk menyelesaikan masalah tawanan perang. Rasulullah s.a.w
menerima pandangan Abu Bakar di mana mereka harus dilepaskan dengan
bayaran pampasan dan menolak cadangan Umar supaya mereka dibunuh.

(c)

Setiausaha (Katib)
Baginda melantik Shurahbil bin Hasanah al-Kindi sebagai setiausaha
pertama bertugas dengan Baginda di Makkah. Katib-katib Rasulullah s.a.w
yang lain ialah Abdullah b. Saad, Abi Sarh, Abu Bakar,Umar, Usman, Ali
dan lain-lain.

(d)

Pesuruhjaya
Pesuruhjaya ditugaskan untuk menyelesaikan masalah masyarakat setelah
diarahkan oleh Rasulullah s.a.w. Anda boleh lihat dalam kes kegiatan
golongan munafik seperti pembinaan masjid dhirar oleh Malik bin AlDukhshum dan Maan bin Adi daripada kabilah Aus diminta meruntuhkan
masjid tersebut kerana menjadi pusat kegiatan pengkhianat negara.

(e)

Penyair dan Pemidato


Syair adalah antara medium utama bangsa Arab untuk menjatuhkan
keturunan, agama dan status seseorang dan juga sebaliknya. Untuk
membalas serangan saraf tersebut, Rasulullah s.a.w melantik penyair dan
pemidato terbaik antaranya Hassan bin Thabit, Kaab bin Malik dan

56 X

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

Abdullah bin Rawahah yang mempertahankan pemimpin dan orang-orang


Islam dengan syair-syair mereka.
(f)

Pegawai-Pegawai Tugasan Am
Pelbagai nama diberikan kepada mereka seperti pemanggil (azin), penjaga
pintu (bawwab) dan penjaga pagar (hajib) untuk mengawasi kedatangan
pelawat dan tetamu Rasulullah s.a.w seperti yang disandang oleh Abdullah
bin Zamah al-Asadi sepanjang hayatnya.

Selain itu, sistem pentadbiran wilayah dibentuk dengan mewujudkan jawatan


wali (gabenor), pentadbir tempatan, naqib, qudat (hakim), pentadbir pasar yang
mengawal harga barangan dan lain-lain.

3.2.5 Pentadbiran Agama


Rasulullah s.a.w menunjukkan agama dan negara saling bergandingan. Tugas
sebagai utusan Allah untuk menyebarkan Islam dilaksanakan kepada seluruh
manusia. Rasulullah s.a.w juga mengutuskan robongan para pendakwah untuk
mengajak mereka menerima Islam dalam seluruh dimensi kehidupan. Untuk
menyebarkan Islam, beberapa jawatan diwujudkan seperti di dalam Jadual 3.2 di
bawah:
Jadual 3.2: Jawatan-jawatan Serta Tugasannya dalam Pentadbiran Agama
Jawatan

Tugas

Pendakwah

Individu yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w ke sesuatu


kawasan untuk menyebarkan agama Islam.

Muqri dan Muallim


(Guru)

Pendidik untuk mengajarkan al-Quran atau menjadi pengajar


di madrasah-madrah yang diwujudkan oleh Rasulullah di
kawasan yang ditakluki.

Mufti

Individu yang dilantik di sesuatu kawasan untuk mengetuai


hal ehwal keagamaan, dan membuat sesuatu pandangan yang
sesuai dengan kehendak agama.

Imam

Individu yang dilantik oleh Rasulullah s.a.w mengetuai


sesuatu peribadatan solat khusus dan solat Jumaat di kawasan
yang jauh dari Rasulullah s.a.w

Muazzin

Individu yang dilantik untuk mengazankan ketika masuknya


waktu solat fardu.

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

57

Pengurusan Hal Ehwal Haji adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan


ibadat Haji semasa pemerintahan Rasulullah s.a.w.

AKTIVITI 3.3
Huraikan institusi baitulmal dan peranannya dalam menjana kekuatan dan
keseimbangan ekonomi.

3.3 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


NEGARA
Untuk melihat apakah peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
oleh sesebuah kerajaan Islam, perlulah kita mengambil pandangan seperti yang
diterangkan oleh para ulama dalam kitab-kitab fiqh. Untuk tujuan ini, kita
berpandukan kepada penulisan al-Mawardi seorang ulama terkemuka dalam
mazhab Syafie dalam buku al-Ahkam al-Sultaniyyah. Menurut beliau, secara
umumnya antara tanggungjawab utama kerajaan Islam ialah menjaga
kepentingan agama dan mentadbir urusan negara dan umat.
Al-Mawardi menyebut secara umum pada awalnya dan kemudian
menghuraikan secara terperinci tanggungjawab tersebut yang dapat dirumuskan
seperti subtopik-subtopik berikut.

3.3.1 Melaksanakan Syariat


Tanggungjawab utama ialah menegakkan dan melaksanakan syariat Allah S.W.T
di muka bumi dan menghapuskan segala bentuk kemungkaran. Bagi
melaksanakan perkara ini, agama mesti dipelihara daripada sebarang
pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh merosakkan akidah umat Islam.
Syariat Islam diturunkan oleh Allah S.W.T di mana prinsip dan hukumhukumnya bersih daripada sebarang kekurangan, kezaliman, hawa nafsu dan
lain-lain. Antara contoh yang jelas dapat anda perhatikan ialah syariat Islam
telah melahirkan konsep persamaan antara manusia tanpa mengira bangsa,
warna kulit atau bahasa dan menjadikan amal soleh serta kadar kebaikan yang
dilakukan oleh seseorang sebagai asas.

58 X

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

Firman Allah S.W.T:

 SXq\W* #WVXT >S 1R< \\BXT V?5 XT m[Vl CK% R< Q \\ 5 = SM{iU
Wc
nm\\ / W  D  1V "U  \i< W%WmU D
Maksudnya:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu

daripada sesuatu (pasangan) lelaki dan wanita, dan Kami telah menjadikan
kamu daripada pelbagai bangsa dan puak supaya kamu dapat berkenalkenalan. Sesungguhnya orang-orang yang paling mulia di sisi Allah ialah
orang yang lebih takwa di kalangan kamu.(al-Hujurat: 13)

Konsep ini muncul pada waktu masyarakat fanatik (taksub) kepada kebangsaan
dan suku bangsa sebagai asas atau ukuran perbezaan di kalangan manusia.
Islam menolak fahaman fanatik ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

0 ( F Z
Y  @ 7W 20   7W ( X
6  @ 7W ( X
 /  7W 20 6  3 V
 # @ @
[ "N%2 @ A 0 ( F /  E  ; / @ E  ; / 
Maksudnya:
Ketahuilah tidak ada kelebihan orang Arab ke atas orang bukan Arab dan

tidak ada kelebihan orang yang berwarna merah ke atas orang yang hitam
dan orang hitam ke atas orang yang berwarna mereka melainkan dengan
takwa. (Riwayat Ahmad).

Kesemua manusia sama sahaja di hadapan undang-undang. Rasulullah s.a.w


pernah bersabda kepada mereka yang meminta syafaat untuk seorang wanita
daripada Bani Makhzum yang mencuri:

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

59

! 9 B 56I N  _
L 5
 6 # - ( K # ^/   8 9 & 2 7\" ] 
Maksudnya:

Demi Allah, kalau Fatimah mencuri, nescaya aku potong


t
!

3.3.2 Mengawal Syariat


Untuk mengawal syariat agar dapat dilaksanakan secara menyeluruh, alMawardi menyatakan keperluan perkara-perkara berikut;
(a)

Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugastugas pemerintahan.

(b)

Mewujudkan sistem kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan


menegakkan keadilan.

(c)

Membina masjid dan melantik imam-imam bagi membolehkan rakyat


mendirikan solat lima waktu, solat Jumaat, solat Hari Raya dan
melaksanakan aktiviti mengimarahkan masjid.

(d)

Mengendalikan urusan mengerjakan ibadat Haji.

(e)

Mengendalikan urusan pemungutan dan pembahagian zakat seperti


perlantikan amil dan lain-lain.

(f)

Memungut hasil daripada sumber-sumber yang ada dalam negara (kharaj).

(g)

Menguruskan hal-hal
pembangunan tanah.

(h)

Membenteras jenayah dan mengenakan hukuman terhadap penjenayah


dengan hukuman yang sesuai, sama ada hukuman had (jenayah yang
ditetapkan hukuman oleh syarak dengan syarat-syarat tertentu seperti
zina, mencuri, minum arak dan sebagainya) atau takzir (jenayah-jenayah
lain yang diberi kuasa kepada pemerintah menentukan bentuk
hukumannya).

(i)

Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap bagi mengendalikan urusan


kewangan, harta benda kerajaan, pekerja dan pasukan bersenjata.

(j)

Menyediakan tentera yang mampu mempertahankan negara dan agama


daripada pencerobohan dan menjamin keamanan dalam negeri.

(k)

Melaksanakan tugas hisbah dalam konteks negara kini dikenali sebagai


bahagian penguatkuasaan. Ia bertujuan memastikan supaya akhlak, etika

yang

berkaitan

dengan

pengurusan

dan

60 X

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

dan syiar Islam serta peraturan-peraturan yang diwujudkan untuk


kesejahteraan masyarakat dapat ditegakkan.

3.3.3 Melaksanakan Keadilan


Melaksanakan keadilan bererti meletakkan sesuatu perkara bertepatan pada
tempatnya. Keadilan merangkumi semua aspek kehidupan manusia, antaranya:
(a)

Adil dalam hukuman


Firman Allah S.W.T:

DU = WW 2)-V\O Vl XT \I FU rQ 0X=W%)] Twj[U" DU 1m%


Wc  D
<nmW ,k[| WD[  D  O Wc .5  D  $i\ S-VU%
Maksudnya:

Sesungguhnya Allah S.W.T menyuruh kamu menyampaikan amanah


kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila
menetapkan hukum di antara manusia supaya berlaku adil. Dan
sesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaik-baiknya kepadamu,
sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.(Al-Nisa: 58)

Allah mengarahkan manusia beragama Islam dan bukan Islam berlaku adil
dalam menyelesaikan perselisihan, persengketaan seterusnya menjatuhkan
hukuman tanpa mengira warna kulit, kedudukan dan sebagainya.
Pelaksanaan keadilan ini penting bagi menjamin keamanan dalam negara.

TOPIK 3

(b)

NEGARA DAN KENEGARAAN

61

Adil dalam urusan keluarga dan peribadi


Firman Allah S.W.T:

CW qV6=WcXT cQm  sl {W*c XT C_O0_XT $i\ m%


Wc  D
|ETm[kV" 1 \V 1Wc  WXT m[<-XT WU[
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan

kepada kaum kerabat, melarang (kamu) daripada perbuatan keji,


kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar
kamu dapat mengambil pengajaran. (al-Nahl; 90)

Dalam sistem pemerintahan Islam, seluruh rakyat adalah sama di sisi undangundang tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan, sahabat atau musuh. Satu
kes berlaku di zaman Rasulullah s.a.w seorang Muslim bernama Tumah yang
mencuri baju besi dan menyimpannya di rumah seorang Yahudi. Setelah
penyiasatan dilakukan, orang Yahudi itu memberi penerangan dan membawa
saksi menjelaskan kedudukan sebenar. Didapati Tumah bersalah dan
dijatuhkan hukuman. Peristiwa ini menyebabkan keluarga Tumah mengadakan
tuduhan palsu dan mendakwa Tumah mangsa korban politik orang Yahudi.
Mereka menuntut Tumah dibebaskan dan orang Yahudi tersebut ditangkap.
Rasulullah s.a.w tetap melaksanakan hukuman yang ditetapkan iaitu Tumah
yang bersalah dalam kes ini, berdasarkan firman Allah:

62 X

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

CV" YXT   \XqU R = WW ]1UW* F\U _ W* \kV X=Ws5U 5
8-k\\ W=\b L
Maksudnya:

Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab kepada engkau dengan


sebenarnya supaya engkau mengadili manusia menurut yang telah
diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau. Janganlah engkau menjadi
pembela orang-orang khianat. (al-Nisa; 105)

Menurut Said Hawa, kerajaan Islam yang adil adalah kerajaan yang
menjalankan segala dasar-dasarnya berteraskan Islam. Islam sebagai al-Din (cara
hidup) tidak akan dikenali dengan sempurna sekiranya aktiviti pentadbiran
negara tidak mengikut syariat Islam. Islam mempunyai sistem yang lengkap
dalam aspek pemerintahan, ekonomi, politik, ketenteraan, perundangan, budaya
dan lain-lain.
Hasan al-Banna turut menegaskan, kerajaan Islam adalah kerajaan di mana para
pemimpinnya menunaikan kewajipan Islam, tidak melakukan maksiat, dan
mereka menjadi pelaksana hukum hakam Islam dan pengajaran dalam dirinya.
Negara Islam yang adil mesti berusaha melaksana segala wawasan dan cita-cita
untuk Islam sehingga mampu menjadikan Islam sebagai agama yang unggul.

SEMAK KENDIRI 3.2


1.

Jelaskan kedudukan negara Islam dan ciri-cirinya.

2.

Selain institusi baitulmal, nyatakan institusi lain yang diperkenalkan


oleh Rasulullah s.a.w dalam sistem pemerintahannya.

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

63

Penjelasan mengenai konsep negara dan negara Islam dapat merumuskan


asas-asas utama bagi sesebuah negara diiktiraf sebagai sebuah negara
Islam.

Ciri-ciri negara Islam yang lengkap merangkumi sistem pemerintahan


berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, pemerintah, rakyat, sistem syura dan
kerajaan berbentuk khalifah.

Kepimpinan Rasulullah s.a.w menjadi contoh dan tauladan untuk


dilaksanakan dalam sebuah negara Islam.

Peranan dan tanggungjawab negara adalah melaksanakan syariat dalam


sistem pemerintahan, mengawal syariat supaya seluruh perancangan dan
strategi negara berjaya dilaksanakan dengan penuh keadilan.

Negara
Negara Islam
Baitulmal
Institusi hisbah
Harta fai
Harta ghanimah
Jizyah

Zakat fitrah
Zakat harta
Institusi ketenteraan
Keadilan
Pentadbiran
Syariat
Orang bukan Islam

Abu Ala al-Maududi, (1986). Khilafah dan kerajaan. Kuala Lumpur; Dewan
Pustaka Fajar.
Mustafa haji Daud, (1994), Pengantar politik Islam. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Mohammad Hashim Kamali (Prof, Dr.), Criteria and Characteristics of an Islamic
State, Malaysia Sebuah Negara Islam, IKIM.
Abul Hasan Ali al-Mawardiy, (1993). al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayah al
Diniyyah, terjemahan Uthman Khalid, Kuala Lumpur.

64 X

TOPIK 3

NEGARA DAN KENEGARAAN

Abdul Munir Yaacob, (2003). Kriteria negara berteraskan prinsip Islam. Kuala
Lumpur; IKIM.
Muhammad Yasin Mazhar, (1993). Organisasi kerajaan pimpinan Rasulullah
s.a.w, Terj. Khalil Mohd Zain, Md Yunus Md. Said, Kuala Lumpur Dewan
Bahasa Dan Pustaka.