You are on page 1of 23

Kementerian Pendidikan Malaysia

Manual Single-Sign-On
(SSO)
Untuk Pengguna Peringkat Sekolah
Versi 1.0

Ogos 2015

Kandungan:
Bil

Tajuk

1.0

Pengenalan

2.0

No. muka
surat

1.1Definisi SSO

1.2 Objektif

1.3 Kumpulan Pengguna

1.4 URL SSO

1.5 Maklumat Penting bagi Penggunaan SSO

Prosedur
2.1 Pendaftaran Kali Pertama

2.2 Cara Mengakses Sistem

10

2.3 Pertukaran Kata Laluan

17

2.4 Tindakan sekiranya Lupa Kata Laluan (Cara Reset Kata Laluan)

18

2.5 Permohonan Mendapatkan Akses ke Sistem Diperlukan

20

2.6 Helpdesk SSO

21

3.0

FAQ

21

4.0

Lampiran

22

1.0 Pengenalan
1.1 Definisi SSO
Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang
berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang
pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang
dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem.

1.2 Objektif
Objektif SSO adalah untuk:
membolehkan pengguna mengakses semua sistem KPM yang telah diberi kebenaran
akses kepadanya dengan hanya menggunakan satu login ID dan password.

1.3 Kumpulan pengguna


Pengguna yang diberi kebenaran untuk menggunakan kemudahan SSO adalah
pengguna KPM. Senarai sistem yang terlibat adalah seperti di Lampiran 1. Senarai ini
akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.
Sebagai langkah keselamatan, hanya pengguna yang berdaftar menggunakan nombor
kad pengenalan (no KP) sahaja akan dapat menggunakan kemudahan ini. Semua ID
yang menggunakan kod sekolah, kod PPD atau kod JPN tidak akan dapat
menggunakan kemudahan ini.
KPM akan terus mengemaskini senarai sistem yang dibangunkan SSO dan
memaklumkan pihak sekolah dari semasa ke semasa.

1.4 URL SSO


URL untuk SSO KPM ialah: https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php

1.5 Maklumat penting bagi penggunaan SSO


a) Pengguna boleh mendaftar masuk melalui eOperasi, eMIS dan APDM.
b) SSO sesuai digunakan menggunakan browser Google Chrome, Mozilla Firefox
atau Internet Explorer versi 10 dan resolusi skrin 1024 x 768 pixels
c) Mohon pastikan pengguna log out (log keluar) dari modul-modul setelah
masuk ke modul-modul tersebut (terutama menggunakan PC atau komputer
yang dikongsi dengan orang lain)
d) Mohon juga log out (log keluar) dari laman utama sps (sso) setelah
menggunakan perkhidmatan ini. (terutama menggunakan PC atau komputer
yang dikongsi dengan orang lain)

Prosedur
2.1 Pendaftaran kali pertama
Sistem eMIS.
1. Log masuk ke dalam sistem eMIS menggunakan LoginID dan Katalaluan.
2. Untuk pendaftaran SSO kali pertama, klik Daftar SSO.

3. Klik Daftar SSO sekarang.

4. Masukkan kata laluan dan e-mail anda. Kemudian Klik Daftar.

Sistem APDM
1. Log masuk ke dalam sistem APDM menggunakan ID Pengguna dan Katalaluan.
2. Untuk pendaftaran SSO kali pertama, klik Daftar SSO.

3. Klik Daftar SSO sekarang.

4. Masukkan kata laluan dan e-mail anda. Kemudian Klik Daftar.

Sistem eOperasi.
1. Log masuk ke dalam sistem eOperasi menggunakan LoginID, Katalalaun dan
No. KP.
2. Untuk pendaftaran SSO kali pertama, klik Daftar SSO.

3. Klik Daftar SSO sekarang.

4. Masukkan kata laluan dan e-mail anda. Kemudian Klik Daftar.

5. Seterusnya, pergi ke link https://sps1.moe.gov.my .Klik Log Masuk.

6. Masukkan No.KP dan kata laluan yang telah didaftarkan.


Klik LOG MASUK.

2.2Cara Mengakses Sistem


1. Klik MENU untuk paparan senarai sistem.

2. Klik Pengurusan Sekolah untuk akses ke sistem berkaitan dengan sekolah.

10

.
3. Senarai Pengurusan Sekolah akan dipaparkan.

11

.
4. Klik Pengurusan Guru untuk akses ke sistem berkaitan dengan guru.

12

.
5. Senarai sistem akan dipaparkan.

13

.
6. Klik Pengurusan Murid untuk akses ke sistem berkaitan dengan murid.

14

.
7. Senarai sistem akan dipaparkan.

15

.
8. Sekiranya pengguna mempunyai akses, pengguna boleh membuat capaian ke
sistem berkenaan. Contohnya, untuk eOperasi, skrin akan tertera di bawah
apabila pengguna akses ke sistem tersebut.

9. Sekiranya pengguna tiada akses, mesej anda tiada akses/ sila hubungi
pentadbir sistem / tiada rekod dalam sistem akan dipaparkan.

16

2.3Pertukaran Kata Laluan


1. Untuk tukar kata laluan, slik klik Tukar Password.

2. Ikut arahan yang dipaparkan.

17

2.4 Tindakan sekiranya lupa kata laluan (Cara reset kata


laluan)
1. Klik tab LUPA PASSWORD pada laman utama

18

2. Masukkan alamat emel yang digunakan semasa log masuk SSO kali
pertama.

3. Klik Hantar password ke emel.


Klik OK.

19

4. Kata laluan pengguna akan diset semula dengan kata laluan sementara. Kata
laluan tersebut akan dihantar ke emel pengguna.

2.5 Permohonan mendapatkan akses ke sistem yang


diperlukan
1. Pengguna di sekolah perlu berhubung dengan admin sistem berkenaan untuk
mendapatkan akses. Senarai admin bagi sistem terlibat adalah seperti berikut.

Senarai sistem

Admin

APDM
SSDM

PK Hem

eSPBT
ePelepasan

PK Koko

eOperasi
eGTukar
eProfil

PK1

ePrestasi
ePangkat
Tatatertib
Program Transformasi Minda
EMIS
eGraduan

Guru Data
N/A
20

2.6 HelpDesk SSO


1. Pengguna boleh hantar emel kepada ssokpm@moe.gov.my atau mengisi
borang laporan isu di https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php#
2. Pihak KPM akan berusaha untuk menangani isu yang dibangkitkan.

3.0 FAQ
1. Adakah pengguna masih boleh mengakses sistem yang terlibat dengan SSO melalui
URL asal ( laman utama) mereka?
Jawapan: Ya, pengguna masih boleh mengakses sistem yang terlibat dengan
menggunakan URL asal. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat menikmati
semua kemudahan yang disediakan dalam SSO sekiranya mereka menggunakan
URL tersebut.
2. Adakah pengguna boleh mengakses lebih daripada satu sistem pada masa yang
sama tanpa melalui laman SSO KPM?
Jawapan: Ya, tetapi pengguna perlu memasukkan sekali lagi ID pengguna dan
password untuk log masuk ke sistem kedua dan seterusnya. Ciri SSO tidak boleh
digunakan sekiranya pengguna tidak menggunakan laman SSO KPM untuk
mengakses sistem berlainan pada masa yang sama.
3. Adakah SSO boleh digunakan oleh pengguna luar KPM yang mempunyai akses ke
sesuatu sistem?
Jawapan: Tidak. Pada masa kini, penggunaan SSO hanya terhad kepada
pengguna KPM yang berdaftar dengan menggunakan No KP dalam sistem dan
sistem yang terlibat sahaja.
4. Bagaimanakah pengguna luar seperti ibu bapa dan wakil badan berkanun dapat
mengakses sistem terlibat?
Jawapan: Pengguna luar KPM boleh mengakses sistem melalui laman utama atau
URL asal sistem tersebut.
5. Adakah SSO akan terus dibangunkan untuk sistem KPM lain?
21

Jawapan: Ya. KPM akan membangunkan ciri SSO untuk sistem lain yang akan
dikenalpasti dan makluman berkenaan perkara ini akan dibuat melalui laman SPS
dari semasa ke semasa.
6. Apakah pelan tindakan KPM untuk penambahbaikan SSO?
Jawapan: KPM akan memantau isu dan masalah yang dilaporkan sepanjang
tempoh pelaksanaan versi beta dan membuat penambahbaikan mengikut keperluan
dari semasa ke semasa.
7. Bagaimanakah pengguna boleh berhubung dengan KPM sekiranya pengguna ingin
membuat aduan atau pertanyaan berkenaan penggunaan SSO?
Jawapan: Sila rujuk ke bahagian Helpdesk SSO di mukasurat 13.

4.0 LAMPIRAN A
Untuk Fasa 1 Pelaksanaan SSO, sistem yang terlibat adalah seperti yang berikut:
Modul Pengurusan
Murid

Sistem terlibat
APDM SSDM
eSPBT

Guru

eOperasi eGtukar
eGraduan
eProfil ePrestasi
ePangkat
ePelepasan
Tatatertib
PTM

Sekolah

EMIS

22

You might also like