You are on page 1of 41

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Puisi ialah karangan yang berbentuk sajak, syair, pantun dan sebagainya. Puisi juga merujuk
kepada suatu bentuk tulisan yang berirama yang dilahirkan melalui tanggapan yang penuh
imaginatif daripada penyair atau penyajak. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005a: 373) puisi
melayu moden dikenali sebagai sajak, iaitu karangan berangkap dan mengandungi susunan
bahasa yang istimewa, menarik, elok, indah, imaginatif, kreatif dan melahirkan makna yang
tersurat dan tersirat. Puisi merupakan satu bentuk pengucapan yang memiliki pemikiran dan
susunan perkataan yang istimewa berbanding pengucapan biasa.
Zaba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai,khas dipakai untuk
melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan
kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu
bertambah menarik hati orang yang mendengarnya. Seterusnya Zaba mengatakan bahawa
karangan berangkap itu ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat,
dan antara sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyi atau rentaknya atau isinya, serta
kebanyakan memakai timbangan atau sukatan yang tertentu.
Definisi puisi yang dikemukakan oleh Zaba di atas memperlihatkan dua ciri utama
puisi. Pertama, sifat abstraknya seperti kecantikan ataupun keindahan bahasa dan kemerduan
1

bunyi. Kedua, sifat konkritnya, struktur dasar yang merangkumi binaan baris dalam rangkap,
kedudukan suku kata dalam baris, kedudukan suku kata dalam baris dan susunan rima. Keduadua ciri tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan tema dan kesannya kepada pembaca.
Definisi puisi yang dikemukakan oleh Zaba lebih merupakan definisi dari sudut
pandangan seorang pengkaji. Definisi puisi yang dikemukakan oleh seorang penyair dan sekali
gus sarjana sastera pula, iaitu Muhammad Haji Salleh, puisi ialah bentuk sastera yang kental
dengan muzik bahasa serta kebijakan penyair dengan tradisinya. Dalam segala sifat
kekentalannya itu, puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana.
Menurut William J. Grace (1965: 53), patah-patah kata yang terdapat dalam puisi
bukanlah sekadar symbol idea sahaja, malahan lebih luas daripada itu. Menurut Grace lagi,
menulis puisi memberikan sesuatu yang luar biasa melalui kata-kata. Wolf (1976: 175),
berhujah mempunyai dua asas makna dalam interaksi manusia. Asas pertama ialah manusia
berkomunikasi dengan ungkapan pemikiran, dan manusia berinteraksi dengan mengungkapkan
perasaan.
Perkembangan puisi Melayu moden bermula seawal tahun 1913. Puisi Melayu moden
ini dimulai oleh Omar Mustaffa dalam sajaknya bertajuk Angan-angan dengan Gurindam
yang tersiar di Utusan Melayu pada 18 Januari 1913. Sebelum ini terdapat pendapat bahawa
perkembangan puisi Melayu moden dimulai oleh Pungguk, Kasmani Haji Arif, Muhammad
Yusuf Arsad, Chintati dan sebangainya.
Perkembangan puisi pada tahun 1930-an banyak mengisahkan zaman pendudukan
Jepun dan dekad 50-an yang dibauri unsur-unsur kemasyrakatan dan nasionalisme sesuai
dengan keadaan zaman ketika itu. Dekad 50-an diwarnai dengan suasana rakyat yang menuntut
kemerdekaan, sementara dekad 60-an dipenuhi dengan pengisian kemerdekaan. Tahun 70-an
pula diwarnai oleh kebangkitan puisi Melayu moden dengan lebih menyerlah apabila
2

penglibatan serius penyair-penyair yang terdidik di universiti seperti Baha Zain, Latif Mohidin
dan Muhammad Haji Salleh.
Dalam kajian ini, pengkaji memilih beberapa karya terpilih Baha Zain sebagai bahan
kajian. Hal ini kerana, Baha Zain merupakan Sasterawan Negara ke-12 dan puisi-puisi Baha
Zain yang dipilih ini merupakan puisi yang pernah mendapat pelbagai Hadiah Sastera. Baha
Zain pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori Eceran. Puisinya yang
berjudul Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian memenangi Hadiah Sastera Perdana
Malaysia 2002/2003 manakala puisi Apabila Menulis Puisi memenangi Hadiah Sastera
Perdana Malaysia 2008/2009. Pada tahun 2012, dua buah puisi Baha Zain memenangi Hadiah
Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, iaitu Permainan Mimpi dan Dalam Persekitaran Katakata. Baha Zain memenangi Hadiah Karya Sastera untuk puisi-puisinya yang berjudul Dalam
Lingkaran dan Topeng-topeng. . Pada tahun 1973, beliau sekali lagi memenangi Hadiah
Karya Sastera untuk genre puisi dan esei/kritik. Baha Zain telah dipilih menerima Anugerah
S.E.A. Write daripada Kerajaan Thailand pada tahun 1980.

1.2 Pernyataan Masalah


Puisi melayu moden atau lebih dikenali sebagai sajak, iaitu karangan berangkap dan
mengandungi susunan bahasa yang istimewa, menarik, elok, indah, imaginatif, kreatif dan
melahirkan makna yang tersurat dan tersirat. Puisi mempunyai dua asas makna dalam interaksi
manusia. Asas pertama ialah manusia berkomunikasi dengan ungkapan pemikiran, dan
manusia berinteraksi dengan mengungkapkan perasaan. Mohd Rosli Saludin (2007: 2)
menyatakan sebuah puisi adalah subuah dunia. Ucapan ini sekali lalu kedengaran agak
berlebihan , tetapi sebenarnya sedemikian. Ini kerana pada hakikatnya puisi mempunyai
semacam daya hikmat yang dapat memberi kepuasan, fikiran dan jiwa kepada yang membaca,
mendengar atau menyampaikan puisi tersebut. Selain itu, untuk mendapat menikmati sebuah
3

puisi, perasaan kecintaan yang tulin mestilah ada terhadap puisi, dengan ini ia dapat
menerbitkan api ingin tahu yang kuat.
Pengkaji memilih karya terpilih Baha Zain kerana tajuk ini belum dikaji lagi oleh
pengkaji lain. Kepengarangan Baha Zain sangat terserlah dalam puisi sehingga beliau banyak
memenangi Hadiah Karya Sastera dan di anugerahkan S.E.A Write. Puisi-puisi Baha Zain juga
bukan sembarangan puisi kerana penggunaan bahasa atau kata penuh dengan unsur-unsur
perlambangan dan makna yang mendalam. Sebelum Baha Zain mendapat anugerah Sasterawan
Negara, puisi-puisinya jarang dikaji oleh pengkaji kerana ramai memilih puisi-puisi yang
berkaitan situasi semasa. Oleh itu, pengkaji memilih karya beliau kerana kebanyakan puisipuisinya sukar untuk difahami oleh masyarakat umum kerana beliau banyak menggunakan
unsur perlambangan, bahasa kiasan, unsur pertentangan dan sebagainya.
Selain itu, pemilihan karya Baha Zain juga adalah untuk mengetahui tahap
kepengarangan beliau dalam sastera Melayu. Dalam konteks ini juga dapat menjelaskan
pemikiran Baha Zain dalam melahirkan proses kreatif mencipta puisi. Oleh kerana puisi-puisi
Baha Zain banyak mendapat pelbagai Hadiah Sastera, maka secara umumnya pengkaji
menganggap tahap kepengarangan Baha Zain memang tidak dapat dinafikan. Hal ini dapat
dibuktikan dengan Baha Zain telah mencipta beratus-ratus puisinya sendiri. Dengan jumlah
yang begitu banyak dapat memberi pemahaman kepada pengkaji bahawa beliau merupakan
salah seorang penulis puisi yang begitu hebat yang bermula pada tahun 1970-an lagi.

Pemilihan karya Baha Zain juga dapat memberi pendedahan makna-makna konotasi,
perlambangan, kata-kata yang tersirat dalam puisi Baha Zain. Penggunaan bahasa yang terlalu
tinggi menyukarkan pembaca untuk menjiwai atau memahami makna dalam puisi. Hal ini
menyebabkan berlakunya kekeliruan makna yang memberi pembaca mentafsir maksud lain
dan sedekiannya lain. Oleh itu, pemilihan karya terpilih Baha Zain sebagai bahan kajian dapat

memberi pendedahan awal kepada masyarakat untuk memahami makna dalam puisi.
Penggunaan unsur puitika oleh Baha Zain telah banyak mengangkat puisi-puisinya memenangi
Hadiah Sastera. Menurut Tarigan (1985), unsur puitika dalam puisi merupakan suatu cara
untuk mengungkapkan pemikiran melalui bahasa secara khas yang menunjukkan jiwa dan
keperibadian pengguna bahasa berkenan.

1.3 Persoalan Kajian

i.

Bagaimanakah puisi dapat dikaitkan dengan teori fenomenologi?

ii.

Bagaimanakah tahap kesesuaian puisi Melayu dalam menghuraikan teori


fenomenologi?

iii.

Apakah pengaruh atau kefahaman puisi Melayu dalam teori fenomenologi terhadap
masyarakat.

iv.

Sejauhmanakah peranan teori fenomenologi dapat mendidik masyarakat menerusi


puisi Melayu.

1.4 Objektif Kajian


Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti dan mengkaji tahap keberkesanan puisi dalam
mendidik masyarakat menerusi puisi terpilih Baha Zain menerusi perspektif teori
fenomenologi. Dalam konteks ini, pengkaji menganalisis puisi-puisi terpilih Baha Zain untuk
melihat sejauhmana teks puisi dapat memberi kesan atau pengaruh kepada pembaca dan
mendidik masyarakat ke arah kesejahteraan dan kemakmuran. Selain itu, dalam kajian terhadap
puisi-puisi terpilih Baha Zain adalah untuk menilai estetika dan keindahan teks puisi yang
memberi kenikmatan dan kepuasan pembaca. Secara lebih jelas lagi dapat dilihat menerusi
objektif dibawah bagi memastikan bahan kajian mencapai matlamat.

i.

Mengenalpasti tahap keberkesanan teks puisi terpilih Baha Zain

ii.

Menjelaskan pengaruh teks puisi dalam mendidik masyarakat

iii.

Menganalisis puisi terpilih dengan menekankan aspek teori Fenomenologi

1.5 Kepentingan Kajian


Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat dan menilai keberkesanan teks puisi terpilih
dalam memberi mendidik kepada masyarakat serta kefahaman tentang makna konotasi dalam
puisi. Kajian ini juga dapat membantu dan memberi manfaat kepada masyarakat, pengkaji,
pelajar dan sebagainya. Hal ini kerana, kebanyakan puisi-puisi penulis tanah air banyak
mencipta puisi tetapi tidak memberi manfaat kepada masyarakat. Menerusi penyelidikan yang
dijalankan terhadap puisi terpilih memberi pengetahuan yang luas dalam memahami makna
tersirat dalam puisi.
Hasil penyelidikan ini juga diharapkan dapat memberikan maklumat yang berguna
dalam menghasilkan puisi yang berkualiti dari segi aspek keindahan dan estetika karya. Melalui
kajian ini juga dapat memberi panduan tentang penggunaan bahasa dan unsur-unsur puitika
dalam melahirkan pengalaman proses kreatif mencipta puisi. Secara rumusannya, diharapkan
kajian ini juga dapat membantu pembaca, penulis, pengkritik bagi mempertingkatkan lagi
pengetahuan tentang keindahan puisi dan keberkesanan dalam menyampaikan mesej.

1.6 Batasan Kajian


Kajian ini dilakukan terhadap 10 karya puisi terpilih Baha Zain dalam antalogi kumpulan puisi
terpilih yang diterbitkan pada tahun 2013. Antalogi ini mengumpulkan 150 puisi pilihan
daripada ratusan karya Baha Zain sejak mula menulis pada 1958. Bahan kajian yang dipilih
6

menerusi puisi terpilih Baha Zain pernah memenangi pelbagai Hadiah Sastera. Kajian ini
menfokuskan keberkesanan isi teks puisi dengan melihat kepada aspek mesej dan persoalan
dalam puisi terpilih Baha Zain.
Kajian ini dilakukan bagi menganalisis mesej dan persoalan puisi terpilih dengan memberi
perkaitan dengan teori Fenomenologi. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menjelaskan
keberkesanan teks puisi melalui mesej dan persoalan yang memberi kesan kepada pembaca.

1.7 Definisi Konsep


Puisi ialah bidang kesenian yang tergolong dalam genre kesusasteraan. Pelbagai definisi puisi
telah diberikan oleh banyak peneliti, pengkritik dan penyair dari pelbagai bidang kesusasteraan
dan budaya. Secara etimologi, istilah puisi berasal daripada bahasa Yunani poeima yang
bermaksud membuat atau poesis yang bererti pembuatan. Puisi diertikan sebagai
membuatdan pembuatan kerana puisi itu pada dasarnya merupakan suatu dunia tersendiri
yang dicipta oleh pengarangnya bagi menggambarkan sesuatu pemikiran atau gagasan
penciptanya. Maka dengan gambaran yang cantik ini, perkara yang dikatakan bertambah
menarik kepada hati orang yang mendengarnya.seterusnya, beliau telah menyatakan struktur
puisi atau apa yang disebutnya sebagai karangan berangkap itu sebagai:
karangan yang disusun dengan bahagian yang berkerat-kerat, dan antara sekerat
dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyinya atau rentaknya atau isinya, serta
kebanyakannya memakai timbangan atau sukatan yang tertentu
Dalam kesusasteraan Melayu, Zainal Abidin Ahmad (1962: 218) mendifinisikan puisi atau
karangan berangkap sebagai, Khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan
bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Puisi adalah satu bentuk
pengucapan yang berirama dan dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imsginatif dari
seseorang penulis dan penyair. Menurut Hashim Awang (1987), sajak ialah puisi moden yang
7

lebih bebas, yang tidak terikat kepada sesuatu pola khusus walaupun puisi kadangkala
memerlukan ciri-ciri matra, rima dan rentak. Selain itu, puisi l;ebih mementingkan
keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan dan pemakaian kata-katanya yang
saling tumpeng-menumpang, berhubungan dan terjalin menurut erti dan irama.
Puisi dapat dianggap sebagai salah satu genre yang istimewa dalam kesusasteraan. Menurut
Dharmawijaya (1989), puisi mengandungi suatu makna keseluruhan yang merupakan kesatuan
daripada tema, perasaan, nada dan amanat. Unsur-unsur tersebut tidak dapat dipisahkan di
antarasatu dengan yang lain, iaitu sesuai dengan hakikat puisi suatu makna keseluruhan.
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, sebuah ensiklopedia bebas menyatakan bahawa puisi
merujuk kepada susunan atau aturan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk yang
indah. Puisi adalah satu cabang kesenian manusia. Puisi boleh berdiri secara sendiri, dan boleh
juga disulam dalam seni lain seperti drama puisi, him dan lirik.
Puisi merupakan satu manifestasi daripada kecintaan manusia yang tinggi terhadap hidup,
kehidupan manusia, kemanusiaan, alam dan segala isi alam yang diciptakan Tuhan. Ada
interaksi fizikal dan spiritual yang kelak dapat memperkaya pengalaman hidup kita. Oleh itu,
Lim Sweet IN (2000) menyatakan puisi dilihat sebagai mempunyai sihirnya sendiri dalam satu
jalinan yang akrab atau intim dan mesra kepada penggemar ataupun penciptanya.
Puisi sebagai salah satu ciptaan sastera terbina daripada elemen-elemen strukturnya seperti
tema dan pemikiran, unsur gaya Bahasa dan mesej yang mengiringi setiap kelahiran karya.
Puisi adalah cabang seni yang sangat penting. Sehubungan dengan itu, puisi perlu selaras
dengan ajaran agama, dan menganjurkan suatu cara yang seharusnya manusia hidup. Panduan
menjalani kehidupan yang baik dalam suatu masyarakat dan nilai-nilainya adalah moral itu
sendiri yang dapat membantu manusia dalam mengahadapi hidup.

Dalam konteks ini, puisi melayu moden memerlukan unsur puitika untuk menghasilkan
keindahan dalam puisi dengan menggunakan bahasa yang tersirat dengan simbol-simbol,
perlambangan, kiasan dan sebagainya. Menurut Tarigan (1985), unsur puitika dalam puisi
merupakan suatu cara untuk mengungkapkan pemikiran melalui bahasa secara khas yang
menunjukkan jiwa dan keperibadian pengguna bahasa berkenan. Hal ini dapat dikaitkan
dengan pendapat pengkaji barat, iaitu Enkrist (1964) yang menyatakan bahawa unsur puitika
menggunakan perkataan yang mempunyai maksud yang jelas berdasarkan pengalaman yang
ingin disampaikan oleh penulis. Pendapat ini juga mempunyai persamaan dengan pendapat
Watkins (1965) yang menyatakan bahawa unsur puitika adalah cara penulis menyampaikan
buah fikirannya dalam bentuk bahasa. Hal ini berkaitan dengan pemilihan kata, ekspresi dan
penyusunan perkataan serta ayat (dalam puisi ia merujuk kepada baris-baris dalam sesebuah
rangkap) yang bervariasi.
Kepelbagaian jenis unsur puitika yang digunakan dalam puisi, peranan dan fungsinya yang
memberi suatu kesan atau penghayatan jiwa yang timbul pembaca. Penggunaan unsur puitika
seperti metafora, hiperbola, simile, personafikasi, perulangan dan sebagainya menunjukkan
bahawa kreativiti dan daya pengolahan seni mereka menunjukkan tahap kualiti dan keindahan
bahasa. Kepelbagaian unsur puitika dalam menulis puisi, perbendaharaan kata yang luas dan
kaya dengan makna tersirat sangat diperlukan. Hal ini kerana, semakin kaya perbendaharaan
kata seseorang penulis itu, maka semakin beragam pula unsur puisi yang digunakan.

1.8 Kaedah Kajian


Kajian terhadap puisi-puisi terpilih Baha Zain merupakan kajian terhadap teks puisi dengan
melihatkan aspek keberkesanan teks terhadap pembaca. Kaedah yang dijalankan oleh
pengkaji dengan memilih kaedah kualitatif iaitu kajian yang menggunakan maklumat atau
data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual,
9

analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Pengkaji
mengambil pendekatan dengan melakukan kajian ke perpustakaan untuk menganalisis bukubuku, jurnal, latihan ilmiah dan sebagainya yang bersesuian dengan penyelidikan ini.

1.9 Kesimpulan
Pengkaji menjalankan kajian terhadap puisi terpilih Baha Zain sebagai satu penyelidikan
ilmiah. Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan teks puisi terpilih Baha Zain dalam
mempengaruhi kehidupan seseorang. Dalam konteks ini, pengkaji memilih puisi-puisi Baha
Zain kerana pengkaji meninjau menerusi kajian lepas tidak ramai yang mengkaji puisi-puisi
Baha Zain.
Kesesuaian dengan puisi terpilih Baha Zain, pengkaji melihat sejauh mana
kepengarangan Baha Zain dalam menghasilkan puisi yang mengandungi keindahan dan
estetika yang memberi pengamatan terhadap pembaca. Teks puisi yang berkualiti akan berlaku
satu proses interaksi pembaca antara teks dengan pembaca yang dapat melahirkan kesedaran
dalam diri.

10

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
Bab ini menjelaskan tentang tinjauan literatur dan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan
teks puisi yang memberi kesan kepada pembaca, yang ada hubung kait dengan tajuk kajian
yang dijalankan. Tinjauan ini dilihat dari aspek kajian yang dijalankan di dalam negarayang
meliputi beberapa peringkat iaitu Peringkat Doktor Falsafah, Peringkat Sarjana, Peringkat
Sarjana Muda dan sebagainya. Teks puisi yang memberi kesan kepada pembaca dapat dilihat
pelbagai aspek seperti keindahan karya, makna yang estetika, unsur perlambangan dan
sebagainya.

2.2 Sorotan Literatur Peringkat Doktor Falsafah


Satu satu kajian sastera peringkat Doktor Falsafah yang mempunyai kaitan dengan kajian ini
adalah kajian Ani binti Omar dalam tesis Ph.D di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun
2005. Tajuk tesis tersebut ialah Citra Manusia dan Kemanusiaan Dalam Puisi Melayu Moden
di Malaysia. Ani Omar mengkaji Kumpulan Puisi Jasa Ibu (JI) oleh Zainal Abdul Kadir
dengan mengutarakan nilai-nilai luhur yang terdapat dalam puisi. Ani Omar juga mengupas
puisi-puisi dalam Jasa Ibu dengan mengutarakan hubungan manusia dengan Tuhan serta
hubungan manusia sesame manusia dalam konteks horizontal dan vertical. Ani mengutarakan
11

pemikiran keagamaan yang berkaitan dengan manusia dengan Allah SWT tergambar dala,m
beberapa puisi yang dikaji seperti puisi Pulang Adik Pulang, Nasihat Insani dan Gurindam
Umur.
Pengkaji mendapati Ani juga menerangkan keindahan gaya bahasa dalam puisi yang
dikaji. Selain itu, Ani juga turut mengkategorikan Keluarga Bahagia, Sekuntum Bunga
Raya, langkah Beruntung, mak Masak Nasi, Komputer, Jasa Ibu dan Citacitamembuktikan dunia kepengarangan berupaya menjadi pemangkin dalam membentuk
disiplin dan jati diri insan yang bermula pada tahap kanak-kanak. Dalam konteks kajian ini,
pengkaji melihat bahawa puisi-puisi memberi itu memberi satu interaksi dengan pembaca dan
memberi satu perubahan jiwa dalam membentuk jati diri yang sempurna. Pemikiran pengarang
merupakan satu wadah penting dalam mencipta puisi.
Abdul Halim bin Ali turut mengkaji puisi dalam tesis untuk Ijazah Kedoktoran
Persuratan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tajuk tesis Abdul Halim ialah
Konsep Estetika Bersepadu: Terapan dan Analisis Terhadap Karya-karya Puisi Ahmad Kamal
Abdullah. Kajian yang dijalankan beliau dengan mengaplikasikan pendekatan Estetika
Bersepadu dalam analisis puisi Ahmad Kamal Abdullah bagi memahami konsep keindahan
bermakna dalam puisi Melayu Moden. Abdul Halim menjelaskan bahawa pengarang muslim
haruslah berteraskan pemikiran keislamannya dan mencipta dalam estetik teks perutusan yang
mengesankan nilai agama. Menurut Abdul Halim, adalah penting meletakkan karya sastera
dihasilkan pengarang muslim berada atas nilai faedah di sisi agama.
Kerangka konseptual Estetika Bersepadu yang dianalisis oleh Abdul Halim
menyarankan metod perkaitan sebagai satu asas memahami sikap kebergantungan sesuatu
unsur dengan unsur yang lain bagi mewujudkan suatu sifat unsur yang lebih menarik. Kekuatan
unsur gaya bahasa dan pemikiran yang bersepadu dalam satu sintaksis bahasa dapat

12

diperkukuhkan dengan sokongan unsur-unsur kontekstual seperti sejarah, pengalaman diri, isuisu persekitaran dan sebagainya. Abdul Halim menyatakan dalam kajiannya bahawa banyak
memaparkan tokoh-tokoh cendekiawan, penyair-penyair besar dan tokoh-tokoh wanita Islam
digunakan sebagai lambang kiasan yang berguna dalam menyampaikan perutusan tenntang
keilmuan, keteguhan iman, hijrah, akhlak mulia dan sebagainya. Tokoh-tokoh ini dijadikan
lambang kiasan dalam menyampaikan perutusan agama yang sejajar dengan kehendak alQuran.

2.3 Sorotan Literatur Peringkat Peringkat Sarjana


Ghazali Din (2010) dalam tesis sarjana UPSI 2010 yang bertajuk Proses Kreatif dan Pemikiran
: Kajian Puisi A.Wahab Ali dan Kemala. Beliau menyatakan pengarang seperti A.Wahab Ali
dan Kemala mempunyai proses kreatif dan pemikiran yang tersendiri dalam genre
kesusasteraan Melayu. Kepengarangan dan pemikiran dapat dilihat beberapa aspek perlu
mengambil berat tentang waktu berkarya, pencarian idea, memilih idea, pengeraman, sensitiviti
persekitaran serta matlamat dalam berkarya. Latar belakang pengarang mempunyai kaitan
dengan kematangan idea untuk berkarya. Dapatan kajian yang diperoleh mendapati proses
kreatif memerlukan pengekalan keaslian idea awal yang dianggap sarat dengan emosi, fikiran,
falsafah dan gaya. Kematangan dalam berkarya mendorong pindaan-pindaan dilakukan demi
mencari kepuasan diri. Ketajaman sensitiviti membuka jalan kreativiti dalam menghasilkan
karya yang bermutu. Segala tragedi dan kisah-kisah yang berlaku kepada masyarakat diangkat
menjadi bait-bait puisi yang berbaur dengan emosi pengarang. Hidup berkembang dari dunia
lahir hingga kematian yang antaranya berlaku kesan-kesan sensetiviti. Pengarang juga perlu
menguatkan daya imaginasi, reality dan segala sumber alam. Selain itu, melalui pengalaman
proses kreatif menjadi titik tolak dengan alam realiti pengarang kerana dapat memberi

13

pengalaman dan kematangan pemikiran membantu proses kreatif dirinya. Kepengarangan


dipengaruhi sensetiviti terhadap isu semasa serta pengalaman rohaniah peribadi mengasak
dirinya berkarya.
Hal ini disokong oleh pendapat Othman Puteh (2000: 2), yang menjelaskan bahawa
pengarang sewajarnya memiliki kepekaan, persepsi dan berupaya mentafsir atau menganggapi
kehidupan ini. pengarang harus tampil sebagai pemikir yang mendahului zaman dan berupaya
membuat jangkaan-jangkaan dalam kehidupan mendatang. Proses kreatif amat dipengaruhi
oleh latar belakang kehidupan yang mempengaruhi pemikiran seseorang penulis.
Baharudin Mohd Mohaidin menjelaskan dalam tesis sarjana (UPM 2000) bertajuk
puisi-puisi Dharmawijaya 1960-1990: satu pendekatan stilistik mengupas tentang aspek
stilistik seperti diksi, rima, gaya bahasa, pengulangan, gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa
perpautan serta suara dalam puisi-puisi Dharmawijaya. Baharudin (2000) berpendapat penulis
yang berjiwa besar begitu berhati-hati dalam pemilihan diksi dan pembentukan frasa, ungkapan
dan perlambangan dalam keseluruhan puisinya. Bahasa dan perlambangan adalah kayu
pengukur kepada bakat penulis dan kekuatan berkomunikasi yang dipengaruhi oleh fakta
sosial, psikologi, pendidikan serta dimensi-dimensi budaya lain.
Naffi Mat dalam sarjananya (UPM 1999) yang mengkaji Pemikiran Dalam Puisi-Puisi
Penyair Lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris Selepas Merdeka yang memberi penekanan
kepada penyair Suhaimi Hj. Muhammad melalui kumpulan puisi Tulisan di Kamar Tidur
1960myang berjumlah 39 buah, A. Wahab Ali dalam kumpulan puisi Penemuan (1975)
sebanyak 49 buah, Dharmawijaya dalam kumpulan puisi Warna Maya (1974) yang berjumlah
69 buah serta sebanyak 90 puisi dalam kumpulan puisi Kesan Kunjungan (1982) karya Rahman
Shaari.

14

Menurut Naffi Mat (1999),


sastera merupakan cerminan masyarakat. Sebagai salah seorang anggota masyarakat,
penyair mencerminkan masyarakat pada zaman berkenaan dalam karya puisinya
melalui proses penyaringan. Selain itu, penyair menganggap bahawa puisi yang tebaik
adalah puisi yang memihak, kerana kedudukan penyair yang dihidupi oleh masyaraka.

Hal ini kerana, dunia penyair berperanan dalam mendidik manusia dan dalam
disertasinya. Naffi Mat memetik pandangan beberapa sarjana Barat dan tempatan tentang
pemikiran dalam konteks perpuisian. Rahman Hj Bujang (1995: 274-275) menjelaskan tentang
pemikiran yang terkandung lewat puisi-puisi hasilan Amir Hamzah yang memancarkan dua
arus pemikiran. Pertama, pengutaraan dirinya sebagai insan sungguh daif di sisi Tuhan. Kedua,
pengutaraan kenikmatan yang syahdu yang menjadi milik penyair dalam pengisian ketuhanan.
Terdapat kajian penting tentang beberapa penyair moden Malaysia sama ada pengkaji
atau sarjana tempatan malah dari luar negara tentang pemikiran yang diserlahkan oleh penyair
Malaysia melalui puisi-puisi mereka. Namun pemikiran pengarang wujud selepas adanya karya
dari proses kreatifnya yang panjang. Oleh kerana kajian terdahulu iaitu Naffi Mat (1999) hanya
mengkaji aspek pemikiran melalui pendekatan sosiologi terhadap puisi-puisi penyair Suhaimi
Hj Muhammad, A. Wahab Ali, Dharmawijaya dan Rahman Shaari, maka kajian ini pula
memberi tumpuan terhadap keupayaan keberkesanan sesebuah teks terhadap pembaca dalam
puisi terpilih Baha Zain. Walau bagaimanapun mempunyai kaitan antara teks karya dengan
pemikiran yang mencetuskan kesan karya-karya yang bermakna dan bermanfaat untuk
masyarakat.

15

2.4 Sorotan Literatur Peringkat Peringkat Sarjana Muda


Menurut Roziha Razali (2003) dalam kajiannya yang bertajuk Sikap Estetik dan Pengalaman
Estetik Pelajar Dalam Pembacaan Novel Putera Gunung Tahan Karya Ishak Haji Muhammad
: kajian aspek estetik dalam kalangan pelajar. Nilai estetik dapat melahirkan perasaan cintakan
keindahan dalam karya dan memupuk minat membaca untuk menghayati karya-karya sastera.
Pengalaman estetik bukan sahaja dapat menarik menarik minat pelajar tetapi memberi motivasi
dan kesan yang mendalam kepada mereka. Hal ini bertepatan dengan pendapat Mana Sikana
(1998: 214) yang menyatakan karya sastera akan menimbulkan kesan tertentu kepada
pembacanya. Dalam proses pembacaan akan mengalami interaksi antara karya dengan
pembaca yang akan memberi nilai yang berbeza yang memungkinkan membawa kepada suatu
pengalaman yang baru. Pengalaman ini menjadi lebih ketara apabila pembaca lebih
menggunakan daya imaginasinya.
Sikap pembaca dengan teks akan memberi kesan penghayatan yang diperoleh. Ini
kerana tujuan membaca hanya untuk menikmati struktur karya dan mendapat keseronokan
melalui jalinan peristiwa sahaja yang dapat memberi suatu kepuasan dalam pembacaan..
pembaca akan mengalami perubahan perasaan berdasarkan retetan peristiwa yang dibaca
dalam karya. Tambahan pula, apabila pembaca dapat memahami situasi dalam karya yang akan
menghubungkan situasi dirinya dengan teks tersebut.
Menurut Asiah Meon (2000: 5) buku sastera yang mempunyai nilai menebalkan
keinginan membaca, menajamkan pemahaman dan meransang minda membentuk imaginasi,
melalui perkataan pembaca yang membayangkan sesuatu keadaan. Estetika dalam sastera akan
memberi kesan emosi seperti berasa marah, seram, sedih dan sebagainya. Pengalaman emosi
ini menjadikan kita insan yang peka.

16

Azman Ismail (2000: 3) menjelaskan tentang aspek penerapan estetik dalam


kesusasteraan mengarahkan kepada pemahaman bahawa sesebuah karya sastera merupakan
salah satu unsur seni yang menekankan kesempurnaan serta keindahan (estetik). Estetik dalam
sastera melibatkan semua aspek yang merangkumi penghasilan sesebuah karya. Dalam konteks
ini, ia termasuklah bentuk, isi, tema, nilai, mesej dan sebagainya.
Menurut Othman Puteh (2000: 9) menikmati karya sastera perlu meneliti keseluruhan
karya terlebih dahulu untuk mencapai keindahannya. Nilai estetik itu bersifat subjektif dan ia
amat bergantung kepada cita rasa atau emosi dan pengalaman pembaca. Lantas, apabila
pembaca menghayati sesebuah karya, tidak mustahil akan wujud nilai keindahan yang berbeza
daripada pembaca yang lain. Hal ini tidak perlu dipertikaikan, kerana yang penting pembaca
itu memberi bukti yang konkrit dan rasional.
Menurut beliau, untuk memperjelaskan nilai-nilai keindahan atau estetik dalam
sesebuah karya perlu menekankan kepada tiga perkara. Pertama, kesan estetik emosi,
pengalaman, imaginasi dan wawasan. Kedua, memahami dan menghayati keindahan
penggunaan gaya bahasa pengarang dalam menghasilkan karya sasteranya. Ketiga, nilai estetik
dan keistimewaan pengarang dalam pemgolahan karya.
Sohaimi Abdul Aziz (1998) pula mengemukan dalam Teori Rasa- Fenomenologi yang
menerangkan tentang pengalaman estetik ataupun pengalaman menikmati keindahan karya
seni sastera. Proses pra-estetik dibina berasaskan dimensi lebih luas kerana sosiologi pengarang
dan pembaca diterima sebagai

bahan kajian untuk

mendapatkan bahan kajian

untukmendapatkan kefahaman yang objektif. Proses pengkonkritan estetik melibatkan


tumpuan bukan sahaja pada psikologi pembaca tetapi terhadap karya sastera.

17

2.5 Sorotan Literatur Melalui Buku Ilmiah


Wan Akmal Wan Semara (2005) bukunya yang bertajuk Unsur Puitika dalam Puisi Melayu
Tradisional dalam bab 3 membincangkan tentang unsur bahasa dalam puisi Melayu
Tradisional. Beliau menjelaskan bahawa puisi Melayu tradisional ialah ekspresi pengalaman
imaginatif manusia yang terjelma dalam susunan kata yang berkait rapat dengan bunyi dan
makna sesuatu bahasa. Makna puisi pula berkait rapat dengan konteks, satu perkataan tidak
hanya mengandungi makna seperti yang terdapat dalam kamus, malah membawa satu
bayangan erti satu perkataan yang berkaitan. Ia termasuklah dari segi bunyi, perasaan ataupun
pembentukan kata serta perkataanyang berlawanan. Unsur bahasa sangat penting dalam
sesebuah puisi untuk menarik dan memberi nilai estetika kepada pembaca.
Di samping itu, terdapat perbezaan antara perhubungan bahasa puisi dengan bentuk
perhubungan dalam bahasa seharian. Dalam menyampaikan maksud, bahasa dalam puisi
berperanan membangkitkan emosi dan imaginasi secara wajar. Dengan itu, bahasa dalam puisi
mempunyai ciri-ciri atau sifat uyang khusus, yang harus dipandang dari segi struktur dan
sebagai satu system perlambangan. Bahasa dalam puisi juga menjelaskan ciri konotasi yang
bermaksud bahawa bahasa dalam puisi mempunyai makna lebih lebih daripada satu.
Penggunaan bahasa konotasi menjadikan sesebuah puisi itu berupaya membangkitkan emosi
dan imaginatif pendengar atau pembaca.
Bahasa dalam puisi Melayu tradisional dikatakan sebagai bahasa berangkap dan
berirama yang terdiri daripada susunan kata-kata yang berupa ciptaan seni yang indah hasil
daripada pemikiran manusia yang kreatif. Bahasa yang padat dan kental, serta mengandungi
unsur-unsur perlambangan, imejan, kiasan dan perbandingan lain yang tepat dengan maksud
dan fungsinya. Dalam konteks ini, pemilihan kata yang padat, ringkas dan luas maknanya dapat

18

digunakan dalam pelbagai situasi kerana ia dibina daripada kata-kata yang pendek, ringkas dan
tepat dalam bentuk peribahasa, pepatah, kiasan dengan maksud yang dalam dan luas.
Dalam bahasa kiasan dapat menjelaskan sesuatu gambaran, sama ada tentang
pengalaman ataupun perasaan yang hendak disampaikan. Bahasa kiasan mengalami perubahan
dari segi makna perkataan yang literal. Dalam konteks ini, bahasa memainkan peranan untuk
menerangkan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara yang lain, sama ada
dengan menyebutkan bandingan atau dengan tidak menyebutkan bandingannya. Kiasan yang
dapat memperkuatkan makna seperti perulangan, penghimpunan, hiperbola dan klimaks.
Kesemuanya digunakan supaya pelukisan menjadi semakin jelas dan berkesan.
Bahasa memainkan peranan dalam puisi Melayu tradisional, pelbagai bentuk bahasa
dapat ditemui, antaranya bahasa biasa, bahasa konotatif, bahasa istimewa dan bahasa ekonomis
serta bahasa yang indah dan berunsur seni. Penggunaan pelbagai unsur bahasa dalam puisi
menjadikan bahasa yang digunakan menarik dan bertenaga. Unsur bahasa yang dimaksudkan
ialah bahasa kiasan, metafora, personafikasi, simbolik, perulangan, hiperbola, asosiasi,
euphismisme, simile dan sebagainya. Unsur puitika dapat dibahagikan kepada empat bahagian
iaitu perbandingan, sindiran, penegasan dan pertentangan.
Kewujudan unsur puitika dalam puisi akan menjadikan sesebuah puisi itu bertambah
indah, halus dan tinggi kesannya serta memberi kefahaman dan kesan rasa yang tinggi. Unsur
bahasa perbandingan menjelaskan sesuatu gambaran dan juga maksud yang ingin disampaikan
menimbulkan suasana emosi dan gerak yang khusus bertepatan dengan gambaran dan maksud
sehingga menimbulkan kesan rasa yang mendalam serta indah, padat dan segar
pengucapannya. Bahasa penegasan pula dapat menimbulkan keindahan atau nilai estetika yang
tinggi hasil daripada irama terutamanya dalam penggunaan perulangan sama kata atau bunyi.
Bahasa pertentangan pula merujuk kepada penyusunan atau kata-kata yang memberi kesan

19

gambaran yang bertentangan dengan kenyataan.Bahasa dalam puisi wujud kerana kata, tiada
kata tiadalah bahasa. Pertalian antara penyampai dengan penerima pemikiran dan gagasan
adalah melalui bahasa. Dalam konteks kajian, pengkaji dapat memperlihatkan bahawa unsur
puitika ini sangat berkait rapat dengan kajian puisi terpilih Baha Zain yang kaya dengan unsur
bahasanya tersendiri.

2.6 Kesimpulan
Bahagian ini telah menghuraikan pendapat, pandangan, teori dan model oleh pengkaji-pengkaji
yang terdahulu, sebagai bahan rujukan pengkaji. Pengkaji mendapati kajian-kajian yang berupa
tesis yang berkaitan dengan tajuk kajian yang hendak dikaji ini telah dijalankan oleh beberapa
orang pengkaji yang terdiri daripada pelbagai peringkat pengajian di university termasuklah
Ijazah Kedoktoran (Ph.D), Ijazah Sarjana (Master), Ijazah sarjana Muda dan sebagainya.
Dalam konteks tinjauan literature buku-buku ilmiah yang mempunyai perkaitan dengan
tajuk dan isu yang ingin dikaji banyak memberi panduan dalam menghasilkan kajian. Melalui
analisis tesis-tesis dan buku ilmiah memberi banyak ilham kepada pengkaji dalam melakukan
penyelidikan puisi terpilih. Kajian lepas atau tinjauan literatur sangat penting kepada pengkaji
sebagai gambaran awal atau panduan untuk mencapai objektif kajian.

20

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan
Metodologi adalah satu set prosedur kerja yang lengkap serta terancang untuk memperoleh
keberkesanan segala usaha untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan persoalan
kajian. Kesesuaian metodologi dapat membantu penyelidik mengumpulkan maklumat dan
seterusnya dijadikan sumber yang mengukuhkan hipotesis penyelidik terhadap keseluruhan
kajian yang dijalankan. Dalam konteks ini, pengkaji perlu melihat hubung kait semua aspek
kajian dengan teori yang digunakan.
Kajian dalam bidang sastera terutama yang bersifat penelitian tekstual seperti penulisan
esei, kritikan, latihan ilmiah dan tesis sarjana dituntut menggunakan teori. Hal ini bagi
memudahkan pengkaji memfokuskan penelitian dan kajian mengikut landasannya. Pengkaji
teori boleh memberi makna sebagai suatu cara untuk menghuraikan, menganalisis, mengkaji
atau membuat kritikan sesuatu kajian yang bersifat ilmiah dan akademik. Ramli Isin (1997)
pula menyatakan bahawa teori adalah gagasan tentang definisi, konsep, prinsip, kriteria dan
saranan yang memperjelaskan sesuatu objek. Berdasarkan beberapa definisi teori, maka
bolehlah ditafsirkan teori kesusasteraan adalah cetusan idea atau konsep yang membentuk
sesuatu gagasan bagi memperjelaskan sesuatu huraian dalalm kesusasteraan berdasarkan
sesuatu landasan yang sistematik, terarah dan tersusun. Mana Sikana (1997) menjelaskan teori

21

sastera ialah satu bidang yang berkaitan dengan pemahaman, tentang difinisi, hakikat, prinsip,
konsep, genrelogi, hipogram dan sebagainya..
Dalam bidang sastera khususnya, teori dapat digunakan untuk menganalisis teks
kesusasteraan Melayu sama ada puisi mahupun prosa. Dalam sastera Melayu terdapat dua
aspek penting iaitu hal-hal instrinsik atau dalaman dan ekstrinsik atau luaran. Ciri-ciri instrinsik
ialah seperti tema atau persoalan, latar atau suasana masa dan ruang, perwatakan atau manusia
dengan sifat dan sikapnya, teknik atau cara stail dan pengolahannya dan plot atau jalinan dan
struktur pembinaan ceritanya.
Kajian ini menggunakan Teori Fenomenologi sebagai sandaran melakukan
penyelidikan dalam puisi. Teori ini diperkenalkan oleh Edmund Husserl seorang filsuf Jerman.
Teori Fenomenologi ini bukan hanya boleh digunakan untuk tujuan mengkritik sesebuah teks
kesusasteraan tersebut malah teori ini boleh digunapakai dalam bidang politik, bidang sains
dan lain-lain.

3.2 Kerangka Teori


Teori Fenomenologi merangkumi antara objek (teks) dengan pengamatan pembaca yang akan
menghasilkan satu kesedaran dan keindahan dalam karya. Teori Fenomenologi adalah ilmu
berorientasi untuk dapat mendapatkan penjelasan tentang realiti yang tampak. Fenomena yang
tampak adalah refleksi daripada realiti yang tidak berdiri sendiri kerana ia memiliki makna
yang memerlukan penafsiran lebih lanjut. Fenomenologi menerusi aspek fenomena untuk
dapat mengetahui makna (hakikat) terdalam dari fenomena-fenomena yang terjadi dalam
kehidupan sehari-hari. Gambar rajah 1 dibawah menunjukkan ciri-ciri kerangka teori
Fenomenologi yang diperkenalkan oleh Edmund Husserl.

22

PEMERHATIAN
OBJEK
(TEKS PUISI)

KESAN
(PENILAIAN)

KESEDARAN
(KEINDAHAN DAN
ESTETIKA)

Rajah 1: Kerangka Teori Fenomenologi


Ciri-ciri Teori Fenomenologi Sebagai Metodologi
i.

Fenomenologi cenderung meragukan atau menentang apa-apa yang diterima tanpa


melalui telaah dan pengamatan terlebih dahulu.

ii.

Fenomenologi cenderung menentang naturalism

iii.

Fenomenologi cenderung membenarkan pandangan atau persepsi pada pengertian


Evidenz iaitu kesedaran tentang kebenaran sebagaimana yang diperlihatkan secara
terbuka dan jelas.

iv.

Fenomenologi cenderung untuk tidak hanya mempercayai objek dalam natural,


tetapi objek yang ideal.

v.

Fenomenologi cenderung untuk memegang teguh prinsip bahawa peneliti harus


memfokuskan diri pada apa yang disebut sebagai menemukan permasalahan
sebagaimana yang diarahkan oleh objek.

Cabang Metodologi Teori Fenomenologi


i.

Realistic Fenomenologi menekankan kepada pencarian secara universal mengenai


persoalan pelbagai objek yang meliputi tindakan manusia, motif tindakan dan nilai
keperibadiannya.

23

ii.

Constitutive Fenomenologi menjelaskan bahawa masyarakat membentuk dunianya


sendiri melalui kesedaran Constitutive dan re-constitutive. Pandangan ini juga
menyebut bahawa masyarakat memiliki peringkat pengetahuan, tetapi terbukti tidak
sempurna dalam interpretasi, maka harus menemukan kategori dimana dunia social
masyarakat tersebut.

iii.

Hermeneutical
metodologi,

Fenomenologi
namun

yang

sebenarnya
membezakan

mengembangkan
pada

kecenderungan

metodologi

interpretasi.

Hermeneutical dalam melakukan interpretasi dalam objek penelitian selalu


menaruh perhatian pada aspek estetika dan filasat manusia.

3.3 Teori Fenomenologi


Konsep teori
Teori

fenomenologi merupakan sebuah kaedah pembacaan karya sastera dengan

menyandarkan bacaannya dan menghuraikan sebuah hasil kesusasteraan itu daripada dua
aspek. Pertama, seorang pengkaji yang dilengkapi dengan kaedah pembacaan ini akan
menumpukan perhatian sepenuhnya kepada teks. Kedua, selain menumpu perhatian kepada
teks, pengkaji juga harus memperincikan kajian mereka kepada keseluruhan aksi dan perlakuan
yang terlibat sewaktu berinteraksi dengan teks berkenaan dengan pertimbangan yang saksama
dan penuh kesedaran.
Roman Ingarden (1973) pernah mengatakan bahawa daripada tindakan yang
sedemikian rupalah, segala struktur sesebuah teks sastera, sama ada yang bersifat ekstrinsik
atau intrinsik dapat disedari atau disedarkan oleh pembaca. Roman Ingarden mengeluarkan
hujahnya yang sedemikian rupa adalah berdasarkan kepercayaan bahawa sesebuah karya
sastera itu amat kaya dengan pandangan dan arahan penulisnya. Walau bagaimanapun, arahan
24

dan pandangan penulis ini adalah dalam keadaan terselindung. Dengan maksud yang lain,
sesebuah karya sastera yang unggul dan tersendiri berkeupayaan menemukan pembaca dengan
perbezaan-perbezaan

pandangan

terhadap

muslihat-muslihat

yang

dibawakannya.

Kemampuan dan keupayaan memahami segala muslihat ini akan memperjelaskan apa yang
sebenarnya isi pokok sesebuah karya sastera.
Mengikut pembacaan fenomenologi, setiap hasil karya kesusasteraan mempunyai dua
tujahan yang saling berbeza di antara satu sama lain tetapi bersifat berkait rapat. Kedua-dua
tanjap tersebut ialah estetika dan aristik. Kedua-duanya juga mempunyai kaitan dengan
pengarang dan pembaca sendiri. Estetika di sini membawa maksud unsur-unsur keindahan
sesebuah karya sastera adalah ditentukan oleh tindak balas sama ada daripada pembaca,
pengkritik atau orang-orang berminat terhadap karya sastera.
Manakala artistic biasa merujuk kepada teks sastera yang dihasilkan oleh pengarangnya
itu sendiri. Bahagian ini akan melihat bagaimanakah seseorang pengarang itu mengolah
sesebuah cerita, meraih tema, menentukan teknik dan keupayaan beliau menarik minat
pembaca. Ini melibatkan keupayaan seseorang pengarang dalam menghasilkan sebuah karya
yang indah. Keberkesanan keupayaan pengarang ini biasanya melibatkan kemampuan
seseorang menguasai bahasa, kepekaan seseorang pengarang terhadap peristiwa-peristiwa
yang berlaku di persekitarannyadan juga kekayaan idea serta daya imaginasi seseorang
pengarang. Selain daripada itu, proses penciptaan sesebuah karya merupakan satu proses
pematangan yang menyeluruh yang melibatkan kebijaksanaan atau keupayaan akal budi.
Berdasarkan dua kepincangan ini, maka dapatlah ditentukan prestasi setiap karya
setelah mengalami proses analisis, interpretasi dan kritikan. Akibat daripada proses ini,
sesebuah teks tadi akan mengalami perubahan. Ini membawa maksud teks dan kefahaman tidak
lagi serupa atau identikal, lantas apa yang diharapkan oleh penulis tidak sepenuhnya dapat

25

difahami oleh pembaca, pengkritik atau peminat teks itu, walaupun kita membaca dengan
berhati-hati dan menggunakan proses penyedaran terus-menerus. Para fenomenologis khuatir
bahawa apa yang terakam dan terkandung di dalam teks dan hasil daripada apreasi itu cumalah
sekadar separuh ke separuh antara keduanya atau daripada teks.

Definisi Teori
Fenomenogis menganggap keupayaan memperkesankan sesebuah teks terletak di bahu
pembaca. Lantaran itu, sebagai pengamat kepada bacaan tadi, wujud beberapa reaksi yang
berlainan terhadap teks yang sama. Ini termasuklah menyanjung, menolak dan mungkin ada
yang berdiri di atas pagar sahaja. Walau bagaimanapun, pengarang dan pembaca akan bertemu
dalam sesebuah teks. Pertemuan kedua-dua pihak penulisan dan pembaca merupakan bibit
hasil yang dilahirkan bersifat seni. Pertemuan ini tidak dapat ditentukan ketika dan tempatnya
secara tepat. Fenomenologis mengharapkan agar proses itu dibiarkan begitu sahaja supaya ia
tidak mudah dikenal pasti atau disamakan antara realiti sesebuah teks dengan realiti dan
kedudukan individu pembacanya.
Dengan menganggap teks sebagai sesuatu yang suci dan sah, maka pada hakikatnya
adalah menjadi tugas sesebuah teks untuk melahirkan atau menerbitkan sifat-sifat semula
jadinya yang dinamik secara automatik. Inilah prasyarat yang dituntut oleh sesebuah teks
sebarang kesan kefahaman yang hendak dihadapkan kepada teks sastera. Teks sastera adalah
sebuah takungan khazanah yang menawarkan berbagai-bagai pandangan kepada pembaca agar
dapat dikaitkan dengan bentuk-bentuk pandangan yang diperskimkan di dalamnya. Tujuannya
adalah untuk mencapai kesepaduan di antara teks dan pembaca.
Membaca merupakan satu proses menyesuai dan mengenal teks. Melaluinyalah
keindahan dan kesenian yang bersifat warisan dapat dibongkar dan dimengertikan. Jika
26

demikian kehendak setiap bacaan ara fenomenologis, dapatlah kita simpulkan bahawa proses
bacaan begini tidaklah merupakan sesuatu yang baru. Ia telah pernah diperkatakan olehorang
dan tindakan, sikap kita membaca sebuah fiksi adalah untuk memahami isinya. Penulis,
sebagai manusia yang biasa, tetap akan mempunyai kelemahan dalam bidang yang diceburinya
itu, walau searif mana sekalipun penulis dengan bahan-bahannya, dia pasti akan ada
kekurangannya yang dapat kita perincikan dari beberapa segi olahannya. Di sinilah letaknya
peranan pembaca, peminat dan pengkritik. Penulis hanya sekadar mampu berharap agar
kefahaman yang paling wajar terletak di tangan pembaca atau pengkritik. Ertinya, pembaca
bertanggungjawab untuk menafsirkan erti teks dengan proses pemesraan antara penulis dengan
pembaca lewat apa yang disebut gabungan imaginasi penulis dan pembaca. Teks adalah sesuatu
arena yang memberi dan menerima kefahaman (Miller, J.Hillis 1991).
Pengkaedahan sedemikian telah Berjaya mengklasifikasikan cipta sastera sebagai arena
di mata penulis dan pembaca terlibat dalam sebuah kancah penyelarian imaginasi. Tindakan
ini diharapkan berupaya mendorong pembaca berfikir untuk menguasai karya tadi. Serentak
dengan itu juga, akan berlaku proses pengujian kewibawaan penulis sama ada sebagai
karyawan yang Berjaya atau sebaliknya. Di samping itu, sesebuah karya sastera itu tidak
haruslah menghidangkan segala isi kepada pembaca. Sekiranya sesebuah karya sastera itu
mencurahkan segala-gala rahsianya kepada pembaca, maka keupayaan imaginasi pembaca
akan menjadi terbantut dan tersekat. Maka, pembaca akan berasa bosan kerana segala-galanya
telah tersaji oleh pengarang. Proses imaginasi pembaca yang kritikal dan kreatif akan terbantut.
Begitulah fenomenologis mahukan teks sastera ditulis sebegitu rupa hingga
berkeupayaan melibatkan pengujian pengetahuan dan imaginasi pembaca. Perkongsian ini
mestilah dipertanggungjawabkan atau harus sengaja dilakukan oleh penulis. Proses
pengkreatifan sedemikian rupa akhirnya akan menentukan dua kemungkinan yang saling
mencabar. Yang pertama ialah teks itu barangkali tidak begitu pengolahannya,atau ia terlalu
27

berat atau dalam menyebabkan wujud sebagai karya yang serius dan melibatkan keterbatasan
projeksi bahagian-bahagian yang tidak tertulis. Kekuatan dan kelemahan ini setidak-tidaknya
akan membentuk beberapa anggapan dalam diri seseorang pembaca. Mungkin seseorang
pembaca itu akan merasa jemu yang menyebabkannya meninggalkan teks sastera dengan
begitu sahaja. Atau pembaca sebagai pengkaji akan terus bertungkus-lumus menghayatinya.
Sekiranya seorang pembaca itu tergolong dalam kategori kedua, maka kenikmatan dan
kepuasan membaca itu telah menjadi sesuatu yang aktif dan kreatif. Bahagian-bahagian yang
tidak tertulis dalam sesebuah teks inilah juga yang menjadi pendorong atau stimulasi unsure
keaktifan dan kreativiti aksi membaca. Lantas, mengikat minat pembaca terhadapnya.
Mungkin di sinilah akan terdapat kepuasan yang dicari-cari itu dan mulanya asas pembacaan
yang dinamik.
Andainya bacaan kita sudah menjangkau ke tahap ini, kita tidak perlu bimbang atau
was-was terhadap keseluruhan bacaan itu. Atau terpaksa berpatah balik dengan memulakan
bacaan baru sekiranya jangkauan imaginasi kita agak terpesong dengan kefahaman yang telah
tersedia ada iaitu pengukuhan yang datangnya daripada bacaan sebelumnya. Kita tidak perlu
memaksa diri untuk meraih yang bukan-bukan. Biarkan sahaja, kerana kesahihannya akan
diterangkan oleh teks itu sendiri tanpa sebarang desakan dari luar. Ini juga merupakan hasilan
akhir bagi setiap bacaan yang melibatkan kerjasama sepenuhnya akibat daripada proses
interaksi di antara teks yang terlibat dengan pembaca yang tekun. Kedua-duanya bertembung
di dalam sebuah arena fakta yang telah diolah oleh imaginasi penulis dan dihuraikan oleh
imaginasi pembaca mengikut lunas-lunas kepancaran isi kandungan novel yang sedang
pembaca tekuni.

28

Kritikan Fenomenologi
Bagaimanakah bacaan yang ideal ini dapat dipenuhi dengan sebaik-baiknya? Di sini,
fenomenologis menawarkan khidmat mereka bagi membongkarkan permasalahan bacaan yang
teralun di dalam acuan mainan ilmu psikologi tanpa kita sedari. Perincian terhadap bacaan ini
melibatkan peleraian akal bawah sedar. Alasannya ialah betapa penyekatan kebebasan setiap
imaginasi yang ada kena-mengena dengan perkembangan ilustrasi idea tadi terpaksa
dibebaskan daripada sebarang belenggu luar, merupakan pengekangan kepada kebebasan. Dan
kebebasan ini pula terpaksa digunakan sebagai alat yang paling wajar dan perlu bagi
pengkaedahan ini dalam usaha memperoleh erti bagi setiap bacaan yang aktif dan produktif,
serta psikoanalisis dan hubungannya dalam konteks ini.
Bagi seseorang pengkritik yang menggunakan kaedah fenomenologi untuk membaca
sesebuah karya sastera, hal yang penting yang perlu diambil berat dalam bacaannya itupada
peringkat awalnya ialah pembinaan ayat-ayat dalam teks sastera itu tadi. Ayat-ayat adalah
elemen penting dalam setiap konstruksi idea, lantas untuk mengetahui idea dalam teks perlu
diteliti terlebih dahulu setiap ayat yang terbina hingga menjadikannya sama ada sebuah cerita
pendek, novel atau karya kreatif lain. Pada tahap ini, perhatian khusus akan dijuruskan kepada
pembinaan ayat-ayat, khasnya memeriksa bagaimanakah sepotong ayat tadi dicantumkan
hingga menjadi ayat atau ayat-ayat yang lengkap dan bererti. Dengan kata lain, urutan setiap
ayat atau reaksi ayat atau ayat-ayat terhadap ayat-ayat lain adalah bahan yang dikaji dengan
halus.
Teks terbina daripada susunan perkataan yang membentuk ayat atau ayat-ayat
melibatkan keupayaan

akal budi seseorang. Ayat mempunyai berbagai-bagai fungsi.

Antaranya ia boleh menjelaskan beberapa perspektif dalam sesebuah teks. Ayat atau ayat-ayat
adalah sebuah tajungan rencah bahagian-bahagian yang di dalamnyaboleh dipungut kenyataan,

29

tuntutan, pemerhatian dan tindakan. Membaca adalah suatu perlakuan mental yang aktif. Ia
melibatkan proses pemindahan maklumat melalui deria mata terus ke akal. Bacaan secara
fenomenologi berkehendakkan kita bertindak lebih daripada itu. Membaca suatu proses
memungut segala butir sebagai asas untuk menguasai yang dihadapkan kepadanya. Dengan ini,
bermulalah proses interaksi penyebatian diri di antara pembaca dengan teks. Asas ini
kesudahannya akan mendorong pembaca menerima beberapa perspektif yang diberikan oleh
teks itu tadi.
Pada dasarnya, sesebuah teks itu boleh diibaratkan sebagai sentiasa berkeupayaan
bergerak ke arah melahirkan isi kandungan yang sebenar, tetapi pergerakan ini selalunya
diperapatkan oleh pengaktifan mental pembaca. Bantuan untuk mempercepatkannya pula
dipikul oleh tanggungjawab akal seseorang pembaca sama ada sedar atau tidak atas pengaruh
unsur-unsur tertentu. Edmund Husserl pernah menegaskan bahawa setiap proses konstruksi
yang membina adalah diinspirasikan oleh prahajat atau pramaksud, yang membina atau
mengutip apa-apa butir yang akan datang. Dengan ini, jelas betapa eratnya kerjasama di antara
sesebuah teks itu dengan pembaca.
Bagi fenomenologis, pembaca yang menghubungkan isi sesuatu bacaan dengan realiti,
atau cuba merungkai jalinan yang menyatukan isi teks hingga menjadi kepngan yang amat
sukar dicantumkan kembali tidak digalakkan kerana bacaan yang sedemikian bukan sahaja
akan merosakkan isi kandungan sesebuah teks, tetapi juga akan mengelirukan pembaca.
Fahaman masing-masing pembaca terhadap isi bacaan adalah berbeza antara satu sama lain.
Lalu, di manakah letaknya horizon of expectation bacaan itu? Kewajaran membaca boleh
disimpulkan sebagai keupayaan membuka peluang yang luas terhadap sesuatu horizon,
selalunya berbagai-bagai horizon yang telah dimodifikasikan mengikut fahaman masingmasing. Atau berpunca daripada kesengajaan korelatif ayat

yang tersedia ada, lantas

menyuburkan beberapa andaian tertentu tentang apakah yang hendak diterangkan atau apakah
30

matlamat cerita teks itu. Jangkaan yang timbul semasa proses membaca sedang berlaku akan
mengubah jangkaan kita lalu akan memberikan kesan kepada pengetahuan yang tersedia ada
di dalam ingatan kita. Informasi asal di dalam kepala kita akan menjadi signifikan. Ia mungkin
menyimpang langsung sewaktu proses membaca sedang aktif. Hal ini ketara sekali bila mana
tema atau persoalan pokok sesuatu cerita sama sahaja. Ini adalah hasil daripada bacaan
berulang-ulang kali pada masa dan situasi yang berlainan (Hawthorn, Jeremy, 1994: 149).
Apa yang tidak dapat kita perentangkan ialah kesan daripada sesuatu bacaan itu juga
penting. Apa sahaja yang kita baca sama ada yang serius ataupun tidak, akan melibatkan akal
fikiran sedar kita. Penglibatan akal amat penting, menjadi kotak simpanan kepada segala
bentuk bacaan yang telah kita baca. Lantas, apa sahaja yang kita peroleh daripada sebarang
bacaan akan ditelan oleh akal dan disimpan di situ sehingga pada suatu ketika. Pandangan ini
ada persamaan dengan konsep psikoanalisis Freud (Wright, Elizabeth, 1998) iaitu pergerakan
akal kita daripada proses sedar (membaca) kepada bawah sedar (simpanan) dan sedar kembali
(mengingat atau terkelma pada ketika-ketika tertentu) dalam ingatan dan terpendam kembali.
Di sinilah bermulanya satu daripada pengalaman kita muncul kembali dalam suatu lingkungan
persekitaran tertentu sama ada persekitaran yang sama atau berbeza. Lalu, pembaca tadi akan
mencari-cari punca yang boleh dipertalikan bagi menemukan pengalaman sebenar itu.
Dalam usaha untuk menentukan punca inilah pembaca selalunya akan terkeliru.
Walaupun ingatan pembaca sudah tiba, tetapi bukanlah dalam bentuk asalnya. Selalunya,
ingatan itu akan berselang-seli dengan persepsi. Di sini,bermula pula kesulitan kedua, ini
terjadi kerana ingatan dan persepsi itu hampir serupa walaupun pada hakikatnya tidak dan
pembaca selalunya akan terperangkap. Latar belakang yang baru ini akan membawa bersama
aspek-aspek baru yang lebih rencam atau sulit. Pada peringkat ini, bacaan kita telah pun
menggunakan pengetahuan akal untk menghubungkan hal-hal lepas, kini dan segala

31

kemungkinannya yang akan dating. Jika perkara ini benar-benar terjadi, maka teks telah
berfungsi sebagai kemungkinan yang berpotensi untuk berlaku.
Dilhat dari satu segi, talian dahulu, sekarang dan masa depan ini adalah proses
penghasilan akal pembaca itu sendiri semasa memahami bahan bacaan dalam teks itu. Bahanbahan ini sebenarnya tidak lagi layak digelar sebagai teks kerana teks sekadar mengandungi
perkataan ayat, informasi, kenyataan atau pandangan penulis. Teks bukanlah teks sebenarnya
tetapi merupakan susunan kata-kata yang dijadikan panduan untuk memahami teks itu kembali.
Penglibatan dan penerimaan pembaca terhadap pandangan ini akan menyebabkan pembaca
merasakan mereka betul-betul terlibat dengan peristiwa itu sebagai benar, walaupun pada
hakikatnya peristiwa-peristiwa dalam teks tadi sangat jauh daripada realiti pembaca yang
sebenar.
Walau bagaimanapun, darjah penglibatan pembaca dengan teks yang ditekuni
bergantung kepada jenis-jenis teks yang digunakan. Pembaca lain akan merasakan kesan-kesan
realiti sama ada daripada teks atau pengalaman sendiri yang berbeza-beza semasa menghadapi
teks. Perbezaan ini disebabkan oleh faktor yang dominan seperti keupayaan sesebuah teks tadi
melencongkan dan memindahkan bentuk-bentuk bacaan agar menjadi satu proses kreativiti
yang aktif dan mampu melewati batas-batas persepsi isi kandungan teks berkenaan. Membaca
adalah proses gabungan imaginatif dan kreatif kerana hasilan daripada sesuatu bacaan akan
membentuk sebuah pendaerahan kefahaman yang tersendiri. Penghasilan sedemikian rupa
disebut oleh para fenomenologis sebagai dimensi mutlak sebuah teks. Walaupun dimensi
mutlak ini, berjaya menghasilkan pendaerah yang tersendiri tetapi ia masih bukan teks sebenar,
apatah lagi untuk menyebutnya sebagai imaginatif pembaca. Ia adalah hasilan yang datang
bersama-sama teks dan pembaca sewaktu proses membaca dan berfikir sedang aktif berlaku
(1973).

32

Membaca teks adalah perbuatan menikmati serta memilih bahan-bahan tertentu. Teks
memang kaya dengan beberapa potensi tertentu yang dapat mengatasi jangkaan atau sebarang
hermatan realisasi seseorang. Lalu, boleh dikatakan bacaan pertama dan bacaan kedua bagi
sesebuah teks yang sama akan melahirkan impresi yang berbeza-beza. Berkemungkinan
perbezaan ini didatangkan oleh keadaan pembacaan yang berbeza seperti tujuan atau matlamat
dan darjah ketekunan itu sendiri. Di samping itu, peranan teks juga boleh dijadikan ukuran.
Teks itu sendiri akan melahirkan beberapa variasi terhadap kandungan dan kefahaman yang
dihidangkannya. Perkara ini berlaku kerana bacaan kedua itu lazimnya akan terjadi dalam
bentuk baru yang berbeza pula, lalu melibatkan proses pembetulan atau penyingkapan yang
lebih ketara dan berfungsi kepada isi kandungan teks tadi.
Dalam sesuatu bacaan, waktu juga perlu diambil kira kerana adalah tidak munasabah
dan diluar kemampuan umum atau pembaca untuk menyerap masuk isi kandungan sesebuah
teks dalam waktu yang begitu singkat. Kekuatan akal akan mengalami kesulitan walaupun teks
yang sedang dibaca itu pendek. Jika demikian, pembaca adalah suatu perbuatan aktif yang
melibatkan perbuatan melihat dan menentukan sesebuah teks melalui suatu perspektif yang
sentiasa bergerak dalam usaha mempertalikan berbagai-bagai hal dalam pelbagai fasa.
Daripada kegiatan ini, sebagai pembaca,b bacaan kita pada akhirnya akan membina
pengalaman sebenar pembaca.
Penglibatan pengalaman membaca oleh pembaca dengan teks akan melahirkan satu
bentuk realiti tertentu di dalam kepala pembaca dengan teks akan melahirkan satu bentuk realiti
tertentu di dalam kepala pembaca kerana pada peringkat ini peranan teks akan menyerupai
cermin membiaskan makna melalui gaungan realiti dan imaginasi masing-masing (teks dan
pembaca). Pada waktu yang sama juga, realiti yang terbentuk adalah sesuatu yang berbeza
dengan realitinya yang sebenar. Ini terjadi barangkali kerana perasaan muak kita terhadap isi
teks yang telah kita ketahui dengan mendalam. Lantas, pembaca seolah-olah dipaksa untuk
33

mengetahui hal atau perkara tentang dirinya dalam usaha memperoleh pengalaman realiti
berbeza dengan dirinya. Diri pembaca telah dijadikan batas pengukuran.
Akibat daripada tekanan ini jugalah ada segelintir para pembaca yang melarikan diri
daripada isi kandungan sesebuah teks dan menerawang ke daerah-daerah di luar gapaian
sesebuah teks yakni bahagian-bahagian yang tidak bertulis. Sebaliknya, sebagai tindakan akhir,
mereka akan mengisikan tempat-tempat kosong atau bahagian-bahagian yang tiada atau
terputus dengan bentuk-bentuk pengalaman yang sama sekali berbeza dengan pengalaman
dalam teks itu sendiri. Setelah meneliti beberapa perbuatan membaca, umpamanya dalam
setiap bacaan kali pertama, terdapat tindakan penyebatian atau penyatuan dua proses utama
iaitu antisipasi dan retrospeksi. Sedangkan dalam proses bacaan kedua, hasil dari proses
pengulangan bacaan penyebatian tadi dikira

lebih maju kerana mengalami proses

pengemaskinian yang terjadi dari dua kemungkinan, samaada disengajakan ataupun tidak. Di
samping itu, tanggapan umum terhadap hasilan dari proses tadi juga akan membuahkan
implikasi yang berbeza-beza daripada pembaca kepada pembaca. Namun, seperkara yang jelas
ialah perbezaanperbezaan ini masih dikawal oleh jidaran teks itu sendiri. Yakni, pembatasan
yang disempurnakan samaada oleh ayat atau ayat-ayat yang terdapat di dalam naskhah itu.
Realiti dan imaginasi adalah dua unsur atau sumber pokokdalam setiap proses
penciptaan. Dalam usaha menampilkan ciri-ciri keindahan persembahan ini juga kita lihat
mengapa pengarang A misalnya, berbeza dengan pengarang B walaupun persoalan yang
dibincangkan sering kali sama sahaja. Di pihak penulis, seperkara yang jelas tentangpenulis
ialah semacam ada kefahaman yang tidak termaktub dan termeterai di antara mereka dengan
sepenuhnya (keseluruhan dalam konteks separuh ke separuh penggunaan bahan-bahan). Jika
hal ini tidak dihiraukan oleh para penulis tadi, maka penulis itu akan kehilangan pembaca
akhirnya. Kenyataan yang lebih mengutamakan imaginasi daripada realiti dalam sesebuah teks

34

akan mengelirukan pembaca. Imaginasi selalunya dipandang remeh oleh kebanyakan kaedah
membaca, tetapi fenomenologi telah meletakkannya sebagai sumber utama pembinaan teks.
Fungsi imaginasi amat penting bagi penulis dan pembaca, kerana imaginasi itu sendiri
berasaskan kepada realiti. Imaginasi adalah realiti yang tidak wujud atau mewujudkan.
Mengikut teori psikoanalisis Freud (Wright, Elizabeth, 1998:42-44), imaginasi merupakan
realiti yang telah mendap dan tersimpan dalam takungan fikiran bawah sedardan akan terkeluar
pada bila-bila masa. Keluar kembali ini pula akan berbentuk samaada dalam sifat personaliti
atau karya yang didasarkan pula kepada sebab akibat yang yang berbeza-beza di antara individu
penulis dan pembaca. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa imaginasi pembaca dan
penulis yang bertemu di dalam teks akan mengarah kepada satu realiti yang sama. Proses
gambaran yang membabitkan imaginasi dengan persepsi itu sangat-sangat berbeza, walau pada
asasnya kedua-dua pengaktifan itu menyerat penggunaan akal. Dari satu gambaran yang
dilakukan oleh imaginasi merpakan aktiviti pembentukan gestalt tentang sesebuah teks
kesusasteraan. Ini ditegaskan kerana proses antisipasi dan retrospeksi dalam sesuatu
pembacaan akan menemukan pembaca berbagai-bagai kelainan di dalam teks yang
memerlukan pengumpulan semula bagi memperoleh kesejajaran pencarian setiap pembaca.
Fenomenologis mempercayai, melalu gerakan penyelarasan dan pengasosasian
terhadap kumpulan-kumpulan yang berbeza di dalam teks seperti itu atau ayat dengan
penglibatan dalaman pembaca dan pemerhatian penuh pembaca terhadap ilusi, akhirnya
pembaca akan berkeupayaan menyempurnakan operasi bacaan yang seimbang dalam diri
mereka. Keupayaan ini akhirnya membentuk pengalaman-penagalaman estetik dalam diri
pembaca melalui nilai-nilai keindahan yang dihidangkan oleh teks dengan kekuatan dan
kemampuan penulisnya sendiri. Bagi menjayakan tindakan ini, pembaca sepatutnya lebih
berhati-hati agar tidak akan kecewa dengan matlamat akhir sesebuah bacaan.

35

Namun, sekiranya seseorang pembaca itu sedang menuju ke arah keseimbangan di


antara penyelarasan dan pengasosasian bagi kumpulan-kumpulan yang berbeza di sebelah
pihak dengan penglibatan dan pemerhatian terhadap ilusi, maka secara tidak langsung disedari
sesungguhnya pembaca tidak lagi terlibat secara langsung dalam proses memperkenal dan
merosakkan ilusi. Inilah di antara proses yang memuncakkan operasi pengembangan bacaan
ini. Jika demikian kedudukannya, maka dapat kita katakan bahawa kewujudan atau sifat-sifat
semula jadi keseimbangan yang tidak tercapai itu sebagai keperluan sesebuah operasi yang
dianggap dinamik. Bagi melihat serta memperoleh keseimbangan ini, selalunya pembaca
membinanya melalui beberapa andaian dengan harapan-harapan tertentu yang selalunya
berserakan tetapi sangat penting kepada pengalaman-pengalaman estetik individu.

Kaedah Analisis
Bagi pembacaan secara fenomenologi, pembaca seharusnya meninggalkan langsung sejarah
atau riwayat hidup pengarang yang dibawa ke dalam teks yang sedang diaktifkan itu.
Pembacaan fenomenologi amat berbeza dengan pembacaan lain yang mementingkan sejarah
penulisan dan penulisnya sendiri atau yang ghairah mengubahsuaikan bentuk-bentuk
pengstrkturan idea-idea di dalam sesebuah teks. Bagi pembacaan fenomenologi, penyisihan
yang melibatkan sejarah pengarang dan penulisan dengan pengstrukturan semula pembaca ini
diistilahkan oleh fenomenologis sebagai penolakan pembahagian subjek dan objek iaitu
pengasingan penulis dengan pembaca atau sebaliknya.
Fenomenologis begitu yakin berdaya mempertahankan keaslian sesebuah karya dengan
membawa masuk kemampuan akal untuk menusuk ke dalamnya tanpa menggugat strukturstruktur asal kepengarangan seseorang penulis. Dengan perlakuan yang dicadabgkan itu sahaja,
para pembaca atau pengkritik boleh mendapatkan fikiran-fikiran pengarang secara mutlak.
36

Melihat kepada situasi ini, secara kesimpulannya, pembaca akan menerima teks sebagai sebuah
ciptaan tentang kebenaran mutlak dalam suatu kesedaran.
Penerimaan pembaca terhadap teks dikatakan sebagai dasar menjalin keakraban
perhubungan di antara penulis dan pembaca. Keakraban yang terjadi setelah teks itu disisihkan
dari sejarah atau kehidupan penulis dan sikap ingin mengubahsuai serta memperstrukturkan
semula samaada dalam bentuk fikiran mahupun perbuatan akal dan tindakan terhadap teks oleh
pembaca. Dengan kejayaan mengetepikan pembahagian subjek atau objek yang di dalamnya
mengandungi persepsi, dikatakan pembaca akan mudah dikuasai oleh pemikiran-pemikiran
penulis. Akhirnya akan menyebabkan pembaca membentuk sebuah daerah atau pembatasan
khas di dalam fikiran mereka. Pembaca dan teks telah begitu mesra dan di dalam proses
menjadi satu. Ini berlaku apabila teks dan pembaca tidak lagi bertelagah di persekitaran
subjek atau objek. Penglibatan berfikir serta bertindak menggunakan fikiran di dalam
teksmenyebabkan pembaca mengikut rentak-rentak fikiran yang diterapkan.
Dalam sesuatu bacaan, memikirkan pengalaman atau gagasan yang belum pernah kita
rasai atau alami adalah kenikmatan membaca itu sendiri. Tugas pembaca bukanlah sekadar
untuk memerhati dan memahami isi teks, membaca juga memperhitungkan perbuatan
memerhati dan memahaminya sebagai sama penting dengan pemerhatian dan pemahama itu.
Dalam proses membaca dan pengaktifan mental kita, matlamat membaca iaitu boleh dikatakan
amat berbeza sekali di antara individu. Membaca dan penglahiran atau pembentukan maknamakna teks kesusasteraan yang telah dikaitkan sebagai gestalt itu tidaklah semata-mata
mencari hal-hal yang tidak dijelaskan oleh teks yang kemudiannya terpaksa diaktifkan
pengimaginasian kita, tetapi membaca juga adalah proses memperkembangkan idea-idea
sendiri. Di mana memperkembang dan memperdedahkan diri pembaca bagi menemui hal-hal
yang selama ini tersisih langsung dari simpanan lipatan akal ataupun hal-hal yang selama ini
tersisih langsung dari simpanan lipatan akal ataupun hal-hal yang selama ini juga terselindung
37

di sebalik kelupaan dan di bawah kawalan akal bawah sedar kita. Justeu itu, dapat kita
katakana bahawa membaca teks sastera adalah proses rumit yang memerlukan tenaga
pengaktifan mental sepenuhnya. Inilah antara beberapa tugas pembaca fenomenologis.

3.3.1 Edmund Husserl


Edmund Gustav Aibercht Husserl, lahir di Prestejov (dahulu Prossnitz) di Czechoslovakia 8
April 1859 dari keluarga yahudi, golongan menengah. Pada usia ke 27 tahun, dia dibaptis di
dalam Gereja Kristen Protestan, karena terpengaruh oleh sahabatnya, G Albrecht.[2] Semasa
hidupnya ia bekerja sebagai dosen di Unversitas Halle dari tahun 1886-1901, kemudian di
Gottingen sampai tahun 1916. Husserl terkenal dengan metode yang diciptakannya, yakni
Fenomenologi. Husserl meninggal tahun 1938 di Freiburg. Beberapa karya utamanya:
Logical, Investigation, Ideas, Lectures on Internal Time-Consciousness, Transcendental
Phenomenology, dan Cartesian Meditations. Husserl adalah seorang filsuf Jerman sekaligus
pendiri gerakan fenomenologi. Gerakan ini memang awalnya adalah sebagai kritik atas
positivisme. Hal ini kerana dalam positivisme seakan-akan dibezakan secara jelas antara
subjek-objek. Kebenaran mutlak ada di tangan subjek. Objek tidak mendapatkan ruang untuk
turut mengungkapkan kebenaran atas dirinya sendiri.

3.4 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pengkaji mendapati metodologi adalah satu prosedur yang sistematik
yang disesuaikan dengan teori kajian bagi mendapatkan kajian yang baik dan sempurna. Bagi
pengkaji, teori Fenomenologi begitu luas ruangnya dan mempunyai kekuatan yang luar biasa
untuk dikaji. Oleh itu, teori ini bersesuaian dengan kajian yang berkaitan dengan sastera
Melayu sama ada karya puisi mahupun prosa.
38

Oleh yang demikian, pengkaji merumuskan bahawa Teori fenomenologi menumpukan


keseluruhan pengkajian menuju kepada suatu pembacaan teks secara batiniah, intrinsik, iaitu
menumpukan pembacaan kepada sifat-sifat yang telah sedia ada di dalam sesebuah karya.
Dengan erti kata lain, karya sendiri diturunkan sebagai suatu wadah tulen atau penjelmaan asli
kesedaran seseorang pengarang keseluruhan gaya penulisan dan aspek-aspek semantik
dianggap sebagai sebahagian organik daripada keseluruhan bahagian yang kompleks dan yang
menjadi kuasa untuk menyatukannya.

39

BIBLIOGRAFI

Tesis

Abdul Halim Ali (2010). Konsep Estetika Bersepadu: Terapan dan Analisis Terhadap Karya-karya
Puisi Ahmad Kamal Abdullah. Universiti Pendidikan Sultan Idris
Ani Hj Omar (2005). Kumpulan Puisi Jasa Ibu: Citra Manusia dan Kemanusiaan Dalam Puisi Melayu
Moden di Malaysia:. Universiti Putra Malaysia.
Ghazali Din (2010). Proses Kreatif dan Pemikiran: Kajian Puisi A.Wahab Ali dan Kemala. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Siti Murni Mohd. Abdul Hamid (2011). Imej Manusia Dalam Kumpulan Puisi Salasilah Zarinah
Hassan. Universiti pendidikan Sultan Idris.

Buku Ilmiah

Abdul Halim Ali (2011). Pengantar Teori & Kritikan Sastera: Barat dan Malaysia. Persatuan Penulis
Budiman Malaysia.
Abdul Halim Ali, Mana Sikana dan Azhar Wahid (2012). Seminar Teori dan Kritikan Sastera
Malaysia. Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Ani Hj Omar (2011). Apresiasi Teori Kesusasteraan Melayu. Perak: Emeritus Publications.
Mana Sikana (2013). Berdiri di Akar Diri: Kritikan Sastera Melayu Pascamoden. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Mana Sikana (2013). Koleksi Teori Sastera Klasik, Tradisional, Moden, Pascamoden dan Tempatan.
Selangor: Pustaka Karya.
Mohd Rosli Saludin (2014). Estetika Se9*ni Pengucapan Melayu. Negeri Sembilan: Persatuan Aura
Anak Seni.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007). Komsas Pegangan: Teras Keterampilan. Kuala Lumpur: Icon
Region Sdn Bhd.

Norsaliza Mohd shuhaini, Ghazali Din dan Nurol Haida Reduzan (2013). Sastera dan Kekuasaan:
Prosiding Konferensi Himpunan Ilmuan Sastera Melayu Malaysia Kedua. Persatuan Penulis
Budiman Malaysia.
40

Rahman Shaari (2000). Esei & Puisi Baha Zain: Tentang Penulis dan Persekitarannya. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sohaimi Abdul Aziz (2003). Teori dan Kritikan Sastera: Modenisme. Pascamodenisme.
Pascakolonialisme. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sohaimi Abdul Aziz (1998). Rasa-Fenomenologi: Penerapan Terhadap Karya A.Samad Said. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Akmal Wan Semara (2005). Unsur Puitika dalam Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

41