You are on page 1of 14

Perkembangan ICT Di Malaysia

Followers

Blog Archive
2009 (3)
December (3)
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
PERKEMABNGAN ICT DI MALAYSIA
About Me
ZILA
View my complete profile
WEDNESDAY, DECEMBER 23, 2009
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN

Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan
Penyebaran menerusi teknologi maklumat dan komunikasi atau information
technology and communication (ICT). Oleh kerana kuatnya pergantungan kepada
teknologi maklumat itu, maka abad ke-21, dicirikan sebagai abad teknologi
maklumat
dan komunikasi.
Masyarakat Malaysia hari ini merupakan masyarakat yang hidup dalam era
globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Masyarakat sangat bergantung
kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan, dan
pembaharuan
dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam amalan hidup seharian.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyesuaikan diri dengan perubahan ini


dengan memperluaskan penggunaan ICT di sekolah dan di institusi pendidikan
tinggi.
Ini bermula dengan memperkenalkan subjek-subjek berkaitan seperti
Perkomputeran
dan Teknologi Maklumat untuk pelajar di peringkat menengah dan mendirikan
Sekolah
Bestari untuk mendedahkan murid-murid dari peringkat rendah lagi kepada
komputer
yang digunakan untuk proses mengajar dan belajar.
Namun usaha kerajaan ini tidak akan berjaya jika anggota masyarakat tidak
dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan ICT. Pengalaman di
negara
maju menunjukkan empat keperluan perlu ada jika kerajaan dan masyarakat ingin
meningkatkan pendedahan dan penerimaan masyarakat kepada teknologi
maklumat dan
komunikasi. Keperluan itu ialah sikap penduduk dan pelajar mestilah positif dan
bersedia untuk berubah, prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah
lengkap
dan mencukupi, tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan
teknologi
maklumat mestilah mahir dan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan
semuanya
itu.ICT itu berlaku di kalangan remaja-remaja di sekolah dan di institusi pengajian
tinggi di
Malaysia.

ICT MENINGKATKAN PEMBELAJARAN


Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa
perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan
bertambah
baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk
belajar,

di samping mempercepatkan proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan


komunikasi menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan
mengedarkan ilmu pengetahuan. Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar
bersedia
untuk bersaing secara global. Dalam konteks perkembangan yang dinyatakan di
atas,
maka timbullah soalan-soalan khusus untuk sistem pendidikan di Malaysia hari ini,
dan
untuk agensi-agensi lain yang terlibat dengan proses mendidik dan membudayakan
masyarakat golongan muda di bidang ICT. Apakah kesan tuntutan untuk
memperkembangkan ICT ini ke atas dasar dan amalan (practice) pendidikan?
Sejauhmanakah sistem pendidikan bersedia untuk memainkan peranannya? Apakah
perubahan dalam kaedah, sistem penilaian dan pengkayaan yang wajar dibuat?
Pendek
kata, bagaimana sebenarnya proses pembudayaan untuk ICT ini harus dirancang
dan
dilaksanakan?
Dalam membudayakan remaja dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi, system pendidikan Negara haruslah bersedia mempromosikan budaya
celik komputer, celik IT dan seterusnya budaya teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) di kalangan golongan muda.
Sejak 1999, sistem pendidikan telah mengalami perubahan dengan penerapan
Sekolah Bestari di beberapa sekolah yang terpilih di seluruh negara.Ia merupakan
salah satu inisiatif kerajaan bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar
pendidikan negara yang sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi
memastikan berdaya saing untuk menghadapi alaf baru yang menekankan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Di samping itu, sekolah bestari merupakan salah satu platform terbaik untuk
menjana perkembangan produktif yang dapat dicapai melalui kelahiran pakar
teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif.
Selain itu, ia juga bertujuan bagi membentuk perkembangan potensi individu secara
holistik dan bersepadu agar dapat menghasilkan individu yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pewujudan, konsep Sekolah
Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini serta kemudahan prasarana itu
secara tidak langsung berupaya untuk memperkasakan perkembangan ICT di
kalangan rakyat.

Langkah tersebut membantu generasi muda untuk menguasai penggunaan aplikasi


ICT selain merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan
penduduk di bandar. Pewujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh
aplikasi perdana, Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat
dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi
dan pertumbuhan pesat prasarana MSC bagi menggalakkan lagi pertumbuhan
modal insan di kalangan masyarakat tempatan.
Sehingga kini , terdapat 88 buah sekolah perintis telah dipilih untuk menjadi
platform bagi melaksanakan konsep sistem Sekolah Bestari.Ia merangkumi aspek,
kurikulum dan kokurikulum, sistem pengurusan sekolah, serta pelbagai aktiviti
berteraskan kemudahan yang disediakan dan garis panduan yang ditetapkan.
Justeru, dengan adanya staf profesional di kalangan tenaga pengajar (guru),
kemudahan prasarana (sambungan Internet, komputer, alat bantuan mengajar
digital, pusat maklumat) serta pentadbiran yang cekap secara tidak langsung
mampu melahirkan para pelajar yang celik teknologi maklumat (IT).
Di Sekolah Bestari pembelajaran bercorak kendiri diterapkan, kurikulum lebih
fleksibel dan terbuka berbanding sekolah biasa. Bagaimanapun, ramai mempunyai
persepsi yang salah apabila menyebut tentang Sekolah Bestari, pada peringkat
awal konsep Sekolah Bestari diperkenal- kan.
Sehubungan itu, bagi menyebarkan peranan sebenar dan konsep Sekolah Bestari
kepada umum, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah menganjurkan
lawatan ke beberapa Sekolah Bestari di Sarawak bagi meneliti perkembangan
sekolah-sekolah berkenaan. Kunjungan dua hari ke Sarawak itu adalah untuk
melawat tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahasa
Malaysia (BM) Saratok, Sekolah Menegah Sains Kuching dan Kolej Datu Patinggi
Abang Haji Abdullah.
Penerapan penggunaan aplikasi ICT melalui perkakas yang disediakan
memperlihatkan perlaksanaan Sekolah Bestari nyata mencapai objektif dan juga
matlamat yang disasarkan. Ini meliputi sistem pengurusan, pendidikan dan juga
aktiviti-aktiviti sekolah yang dipacu menggunakan aplikasi dan perkakas ICT. Secara
tidak langsung, budaya memperkasakan ICT dapat diterapkan di kalangan para
pelajar, guru-guru sekali gus kepada masyarakat setempat.
Dari segi pengurusan, sekolah-sekolah berkenaan menggunakan perisian khas yang
bertujuan merekodkan segala data mengenai murid dan guru dari segi kehadiran,
penggunaan kemudahan komputer ataupun makmal, kewangan, perpustakaan dan
sebagainya. Penyepaduan kemasukan data ke pangkalan data yang sedia ada
memudah- kan proses pencarian, penyimpanan dan pengurusan data yang efektif
dapat dilakukan oleh pihak sekolah.
Sementara itu, dari sudut pembelajaran dan kurikulum pula, pelajar berpeluang
untuk berinteraksi sendiri dengan sistem pembelajaran yang berbeza berbanding
sekolah biasa. Perbezaan tersebut dapat dilihat dari segi teknik pengajaran bagi
mata pelajaran tertentu yang memperlihatkan pembentangan dilakukan menerusi
perisian Power Point. Penyediaan bantuan papan putih interaktif (interactive

whiteboard) serta projektor melancarkan lagi proses pengajaran guru-guru di


sekolah tersebut.
Sebagai tambahan, sekolah-sekolah tersebut turut menganjurkan program khas
seperti bengkel, pertandingan, pameran dan juga minggu berkaitan ICT khusus
untuk para pelajarnya. Dalam pada itu, pengajaran yang sistematik dan
berkonsepkan modul turut menampakkan kelancaran membahagikan penggunaan
kemudahan yang sedia ada. Ini adalah kerana, bilangan komputer yang sedia ada
tidak mencukupi untuk digunakan oleh semua pelajar serentak.
Oleh demikian, pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan seperti Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) diberi keutamaan untuk menggunakan kemudahan
prasarana waktu sekolah.
Sementara pelajar lain seperti tingkatan satu dan dua bebas untuk menggunakan
kemudahan selepas tamat masa persekolahan. Selain itu, kesemua pelajar turut
diajar untuk menggunakan perisian dan aplikasi ringkas bagi membantu sistem
pembelajaran mereka. Lebih menarik, para pelajar berupaya untuk mengumpul
data dan maklumat mengenai sesuatu tugasan yang diberi melalui Internet dan
kemudiannya menghantarnya kembali kepada guru berkenaan menerusi e-mel.
Lebih membanggakan, kemahiran penggunaan aplikasi ringkas dan pengetahuan
mengenai komputer yang diperoleh di sekolah itu, turut dikongsi dengan isi rumah
masing-masing.
Selain itu, antara cabaran lain adalah sekolah tersebut kekurangan guru penyelaras
ICT yang bertanggungjawab untuk mengendalikan program dan juga kemudahan
prasarana sekolah.
Guru-guru serta juruteknik yang berkemahiran dalam bidang ICT perlu ditambahkan
bagi setiap sekolah dalam usaha memastikan kelancaran.
Secara keseluruhan, menerusi lawatan ini, boleh dikatakan Sekolah Bestari
merupakan platform terbaik untuk melahirkan generasi yang lebih berdaya maju,
kreatif dan juga inovatif.
Namun apa yang lebih penting adalah, kewujudan Sekolah Bestari adalah untuk
memupuk generasi muda supaya tidak mengadaptasi sistem pembelajaran
menghafal, sebaliknya berfikiran kritikal bagi menghadapi dunia yang kian
berkembang

SEJAUH MANAKAH KEBERKESANAN PENGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM


PENDIDIKAN DI MALAYSIA.
Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah
sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti
perkembangan ini dan cuba merealisasikannya.Di Eropah, bidang teknologi
maklumat dalam pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60 an.Dalam
konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam

pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan


pembelajaran. Di Malaysia penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan
masih di peringkat permulaan namun pengunaannya semakin pesat dan
memberangsangkan.
Saya berpendapat bahawa kerajaan telah berperanan untuk menjadikan pendidikan
di Malaysia bertaraf dunia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, kementerian
ini telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan beberapa perubahan
untuk menjana sistem pendidikan agar selari dengan pemodenan yang banyak
dipelopori oleh penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan teknologi
maklumat dalam pendidikan. Antara program yang sedang dilancarkan kementerian
pendidikan adalah pelaksanaan sekolah bestari.
Sekolah Bestari yang cuba diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
beberapa sekolah rintis bertujuan untuk mengubah budaya persekolahan yang
berdasarkan memori kepada lebih berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan kritis
serta budaya penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Ini dapat
membuka peluang yang luas kepada penggunaan teknologi maklumat yang pasti
akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
. Mulai Januari 1999 internet saluran utama teknologi maklumat, menjadi
sebahagian dari Sekolah Bestari. Pada awal tahun 2000 yang lalu, hampir semua
ksekolah menengah telah diakses ke internet secara berperingkat. Kementerian
Pendidikan dengan kerjasama dan bantuan kepakaran MIMOS telah melancarkan
Projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman,1996 ). Melalui projek ini Kementerian
Pendidikan telah menyediakan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan
pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guruguru. khususnya Bahagian Pendidikan Guru telah dan sedang menjalankan Kursus
Dalam Perkhidmatan (14 minggu) kepada guru-guru bertempat dibeberapa buah
maktab.Melalui kursus ini guru-guru didedahkan kepada pelbagai kemahiran
generik termasuk bidang teknologi maklumat yang menjadi tapak utama sebagai
sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.
Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada
keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen
pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik
contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang yang menjana
keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin ramai di
kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Jika lima tahun lalu, hampir tiada
guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini
bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet sudah semakin bertambah
malahan mereka telah menganggap teknologi maklumat merupakan sesuatu yang
perlu untuk memudahkan proses P&P mereka. Perkembangan pesat dalam
pengunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah
untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.
kesedaran ibubapa akan kepentingan penggunaan teknologi maklumat banyak
membantu anak-anak mereka menggunakan teknologi ini dengan lebih efektif.
walau bagaimana pun setiap keluarga sekurang-kurangnya memiliki sebuah

komputer di rumah mereka kerana , Teknologi maklumat berkait rapat dengan


penggunaan komputer. Menyedari hakikat ini kerajaan telah mengambil langkah
bijak dengan mengalakkan sesebuah keluarga mempunyai sekurang-kurangnya
sebuah komputer masing-masing di rumah

Bagi menyempurnakan hasrat ini, kerajaan telah memudahkan kita dengan


memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing
melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebanyak RM3500.00
bagi pembelian komputer untuk ahli-ahli KWSP. Dari sini kita sedar, maklumatmaklumat yang bakal dapat dan guna dari penggunaan komputer itu sangat
bergunaTeknologi komputer telah terbukti sebagai mesin elektronik yang anjal dan
berkeupayaan tinggi. Kepantasan dan kecekapan komputer dalam melaksanakan
tugas-tugas yang melibatkan pengiraan yang tepat serta menganalisis dan
meramal keadaan cuaca, meletakkan kedudukan komputer sebagai media yang
semakin diperlukan dalam kehidupan kita.
Peranan sektor swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi
maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat
memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan
teknologi maklumat. pada masa kini , kadar bayaran untuk mengakses internet
semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti
Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan
Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web yang
dinamakan getCyberEd.com.
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan
pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih
mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya
pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna
teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan
kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan
kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit
sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah
laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan
apabila menggunakan teknologi canggih ini
Kesan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi
kesan yang baik kepada murid-murid khususnPenggunaan ICTya yang di sekolah
rendah.Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan danjukkanripada
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat
membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-

maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat


menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT
sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti
powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan
tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses
pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan
padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan
menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa
jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana
tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses
pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik
pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan
alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta
mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat
untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia
pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar
mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta
efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam
aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan
lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana
ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai
alatan dan bahan mengenai ICT seperti
komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya.Semua
benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya
yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.Hal
ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan
pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu
dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan
merekod setiap maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam menggunakan ICT ini
mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk
menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.Di samping
itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui
pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.Ini
kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling
berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai
keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi
meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan
berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Dalam era

dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi
yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang
banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan
yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di
aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi
pemahaman murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang
sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas
tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu
yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat
memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan
ICT tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti
powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih
memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan
persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap
masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana
mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.
Kesan-kesan penggunaan Internet dan e-mel secara meluas
Dikirim pada 16 Mac, 2008 oleh admin

Dalam era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat,
Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara
meluas. Internet merupakan rangkaian komputer komunikasi yang terbesar di
dunia. Rangkaian induk ini menggabungkan ratusan ribu sistem komputer lain.
Lebuh raya maklumat antarabangsa ini tidak dimiliki sesiapa dan tidak ada pihak
yang mampu mencegahnya di bawah konsep langit terbuka. Intemetjuga
menawarkan kemudahan e-mel. Sesungguhnya, Internet ini mendatangkan pelbagai
implikasi.
Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya,
ungkapan katak di bawah tempurung tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya
perlu menggunakan hujung jari bagi menjengah maklumat terkini dalam semua
bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan sertamerta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang berilmu.
Internet banyak membantu dunia perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan
perkhidmatan atau barang dalam ruang siber dan mendapatpulangan daripadanya.
Misalnya, kini RTM-Net mendapat 90,000 pelanggan manakala Utusan Malaysia
Online memikat setengah juta pengguna. Melaluinya, pasaran global dapat dicapai
secara terus. Perbankan, urus niaga saham, penerbitan, dan pengiklanan juga
dijalankan melalui Internet. Urus niaga jual beli dapat dijalankan serentak dengan

berbekalkan nombor kad kredit yang sah. Pelaburan antarabangsa dapat


berkembang pesat. Para pelabur, baik dalam pertukaran asing, Baham mahupun
perniagaan, dapat menghubungi pihak sasarannya.
E-mel pula berkesan dalam komunikasi pelbagai hala. Kemajuan ini telah
mendekatkan hubungan sesama negara dan man usia. Penggunaan teknologi
digital optik fiber menggantikan filem dan video. E-mel ibarat pejabat pos,
manakala jaringan telekomunikasi berupa posmen. Surat-menyurat dan maklumat
dapat dihantar ke seluruh pelosok dunia dalam sekelip mata sahaja asalkan dapat
sambungan Internet. Perhubungan antara manusia telah dipermudah dan
dipercepat lagi .

Internet juga akan merevolusikan dunia pendidikan. Pendidikan jarak jauh dapat
dijalankan. Pelajar dapat memilih kursus-kursus kesukaannya bila-bila sahaja.
Pelajar juga tidak perlu menghadiri kuliah dan tinggal di kampus. Dengan
menggunakan CD-rom, pemelajaran dan perolehan ilmu tidak membosankan.
Latihtubi dapat dijalankan dan kelemahan pelajar mudah di betulkan. Hal ini
mendatangkan kesan yang berlipatganda. Para pengajar dan pelajar juga dapat
memperoleh maklumat dan dari universiti di seluruh dunia.
Internet bagaikan pisau tajam. Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga
dapat membunuh. Inilah pancaran kesannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab
boleh menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat,
dan sebagainya melalui Internet. Adalah sukar bagi kita menghalang, menyaring,
dan menyekat penggunaan dan pengaliran bahan negatif daripada meresapi minda
kita. Hal ini memang membimbangkan kita. Pemuda pemudi kita mungkin terdedah
kepada nilai yang bercanggah dengan nilai murni kita. Akibatnya, keruntuhan sosial
mungkin berlaku. Internet menjajakan seks dan menyebarkan fitnah Berta menjadi
lebuh raya sampah dan jaringan lucah berkelas dunia.
Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Orang yang mahir dalam
komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat
menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti
komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat
penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar
atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang
menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem
komputer. Terdapat pula pihak-pihak yang menganjurkan skim cepat kaya
diInternet untuk menipu orang. Mereka mempelawai pengguna Internet menyertai
skim itu dengan membayar yuran penyertaan. Sebenarnya, skim sedemikian tidak
selamat dan orang yang menyertai skim tersebut kehilangan yuran penyertaan
mereka. Sudah ada banyak kes penipuan dan jenayah komputer dilaporkan dalam
akhbar. Hal ini menunjukkan Internet amat berbahaya jika disalahgunakan.
Ketagihan Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak
perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang
yang dilanda demam Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu

dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja. Ibu bapa mengabaikan


anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri semata-mata hendak menyelami
maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok,
bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh rtu, Internet
merenggangkan hubungan sesama manusia.
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusa.
Kemajuan ini membukajendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka
baru, bergantung pada cara-cara kita memanfaatkannya atau
menyalahgunakannya. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika mereka
melayari Internet. Ketahanan diri itulah yang menjamin kita tidak diracuni unsur
negatif melalui Internet.
Kesan Ekonomi Global kepada Malaysia
Ditulis oleh misai 140 hari lalu (http://mohamadsofee.blogspot.com)
Kategori: Moneytalk
Secara relatifnya, negara berjaya melalui pelbagai ujian baik dari segi politik,
ekonomi dan sosial sejak 50 tahun lalu biarpun terpaksa melalui rencam halangan
serta dugaan semasa yang sangat mencabar. Prestasi dan kedudukan ekonomi
Malaysia tetap berada dalam keadaan memberangsangkan walaupun
perkembangan semasa perdagangan antarabangsa, domestik dan pasaran saham
agak kurang stabil sejak kebelakangan ini. Realiti ini adalah bersifat global dan
bukan Malaysia sahaja yang merasainya bahkan merangkumi negara-negara maju
dan membangun lain termasuklah Amerika Syarikat (AS) sendiri.

Sungguhpun begitu, ekonomi global diramal terus berkembang perlahan pada kadar
3.9 peratus pada 2009 berbanding 4.1 pada 2008 berikutan ketidaktentuan prospek
pertumbuhan ekonomi AS berikutan krisis gadai janji subprima dan pasaran
perumahan yang lemah di sana yang masih membelenggu dan memarahkan lagi
keadaan fundamental ekonominya. Ini diburukkan lagi dengan pengumuman
bankrap terhadap Lehman Brothers, bank pelaburan terbesar Amerika Syarikat (AS),
ketika Rizab Persekutuan dan bank utama global mengambil langkah strategik
mengukuhkan pasaran kewangan.

Pengumuman kerugian besar syarikat kewangan terkemuka seperti Merill Lynch dan
American International Group Inc (AIG) menyebabkan pelabur hilang keyakinan
terhadap pasaran kewangan AS, sekali gus mempengaruhi sentimen di pasaran
kewangan global. Dalam perkembangan berkaitan, usaha Bank of America membeli
bank pelaburan Merril Lynch bernilai AS$50 bilion dalam satu urus niaga yang
mewujudkan syarikat perkhidmatan kewangan terbesar dunia. Susulan pembelian
itu, Bank of America akan memiliki pembrokeran terbesar di dunia dengan kira-kira
20,000 penasihat dan aset pelanggan bernilai AS$2.5 trilion. Di sini, apa yang

berlaku di AS boleh memberi kesan dan tempiasan kepada ekonomi Malaysia


memandangkan hubungan perdagangan sangat penting wujud sejak sekian lama.

Keadaan ini sudah tentu memberi tekanan kepada Malaysia biarpun secara amnya
ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan melebihi jangkaan dengan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 6.7 peratus dalam tempoh separuh pertama
2008. Pertumbuhan itu disokong kecergasan penggunaan awam dan swasta serta
permintaan luar yang kukuh. Bagaimanapun, pertumbuhan ini dijangka perlahan
bagi tempoh separuh kedua tahun ini berikutan persekitaran luar yang tidak
menentu termasuklah harga minyak mentah yang masih tidak menentu dijangka
memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan eksport, terutama bagi produk
elektrik dan elektronik (E&E).

Dari sudut ekonomi domestik, tekanan inflasi akibat kenaikan harga minyak mentah
sebelum ini dan peningkatan harga makanan dijangka memberi kesan kepada
perbelanjaan pengguna dan pelaburan dari mask e semasa. Meskipun berdepan
cabaran ini, ekonomi negara diharapkan masih mampu terus memperoleh manfaat
berikutan harga komoditi yang teguh serta pertumbuhan kukuh negara membangun
dan negara ekonomi sedang berkembang pesat, justeru dapat mengurangkan kesan
ekonomi global yang agak perlahan. Sehubungan itu, sektor perkhidmatan yang
berpotensi tinggi untuk diterokai seperti kewangan, profesional dan perniagaan,
pembinaan, pendidikan dan latihan serta pelancongan perlulah diperkemas serta
dimantapkan lagi sewajarnya. Selain itu, perkhidmatan kesihatan, logistik dan
perkhidmatan teknologi maklumat merupakan sektor yang dilihat dapat
menyediakan peluang besar kepada syarikat-syarikat tempatan.

Ini adalah kerana, pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berdaya maju membuka
peluang besar kepada keuntungan syarikat meningkat, sekali gus meningkatkan
perolehan kerajaan kerana melalui keuntungan tersebut, kerajaan mendapat hasil
cukai yang lebih tinggi. Daripada perolehan cukai yang semakin tinggi ini, kerajaan
boleh melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk rakyat, menyediakan
kemudahan awam, membasmi kemiskinan dan sebaginya. Oleh yang demikian,
sektor industri terutamanya perlulah diperkasakan lagi memandangkan ianya
menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatan dalam
usaha mengeluarkan hasil lebih tinggi dan bahan digunakan juga bertambah.

Hasil keluaran komoditi utama negara juga perlu dipertingkatkan seperti jumlah
keluaran minyak sawit mentah dan getah yang harganya kini melonjak tinggi dan
memberi pulangan lumayan kepada penanam serta penoreh sekali gus
menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Di samping itu, industri
pelancaongan negara juga wajar dipertingkatkan kerana ianya turut
menyumbangkan kepada pendapatan negara. Pada tahun 2007, menyaksikan

kedatangan lebih 20 juta pelancong asing ke Malaysia dengan meraih hasil bernilai
RM46.7 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 dan secara tidak langsung
menyumbang kepada perkembangan sektor perkhidmatan negara termasuk
perhotelan, kraftangan, seni halus, perniagaan runcit, restoran, kewangan dan
sebagainya.

Pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), koridor


ekonomi dan sistem penyampaian mestilah diperbaiki dan dipertingkatkan agar
dapat memberi kesan positif jangka panjang kepada ekonomi negara. Tahap
keyakinan pelabur asing ke negara kita hendaklah berada pada tahap yang tinggi
biarpun terpaksa berhadapan dengan tekanan politik dalaman dan dalam hal ini
pelabur tidak akan mengambil risiko kewangan untuk melabur sekiranya mereka
tidak yakin dengan kerajaan yang ada dan wujudnya ketidakstabilan politik. Oleh
itu, usaha dan tindakan pantas menarik serta meningkatkan keyakinan pelabur
perlu dipergiatkan lagi dari masa ke semasa. Setakat ini negara juga berdepan
dengan kelebihan negara membangun lain seperti China, Vietnam, India, Thailand,
Indonesia dan sebagainya yang dilihat saingan utama kepada negara.

Menurut Tan Sri G. Gnanalingam, Pengerusi Eksekutif Wesports bahawa selepas


mengalami pembangunan kira-kira 50 tahun, kita boleh menyatakan bahawa
negara ini memiliki salah satu infrastruktur yang terbaik di dunia di segi jalan raya,
lapangan terbang, pelabuhan dan malah Koridor Raya Multimedia. Kerajaan telah
melakukan banyak usaha agar setiap rakyat memiliki sebuah rumah, setiap murid
mempunyai mejanya sendiri di sekolah, setiap pesakit di hospital mempunyai
katilnya sendiri dan malah negara ini menyediakan pekerjaan bagi setiap 2.5 juta
pekerja asing di samping pendapatan negara diagihkan kepada rakyat dalam
bentuk penyediaan peluang pekerjaan, kemudahan awam yang lebih baik
termasuklah pendidikan, kesihatan, perumahan dan sebagainya.
.
Sambil ekonomi negara telah berkembang sejak 50 tahun lepas pada kadar 6.0
hingga 8.0 peratus setahun, pemberian upah di negara ini dikatakan tidak sepadan
dengan pertumbuhan sedemikian memandangkan kebanyakan syarikat sektor
swasta di sini masih lagi membayar upah kepada pekerja yang bertaraf dunia
ketiga. Sejak 50 tahun lepas, pembayaran upah di Singapura telah meningkat 7.5
kali daripada upah di Malaysia dan secara perbandingannya, pendapatan rakyat di
Hong Kong lebih tinggi dari di Singapura dan rakyat Jepun menerima pendapatan
lebih dari rakyat Hong Kong. Ini penting dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak
kerana melibatkan prestasi dan produktiviti pekerja di negara kita.

Adalah diharapkan pelan dan formula peralihan kuasa yang mungkin akan
dipercepatkan di antara Perdana Menteri dan timbalannya seperti mana yang telah
dipersetujui dan pertukaran portfolio yang melihatkan perlantikan Menteri

Kewangan 1 yang baru serta penurunan harga minyak yang dijangka bakal
dilakukan sebelum hari raya Aidilfitri ini diharapkan mampu merangsang dan
memacu ekonomi negara di landasan yang betul. Rakyat menaruh kepercayaan
yang tinggi serta berharap agar kerajaan dapat melakukan sesuatu agar kestabilan
ekonomi, politik dan sosial di dalam negara kekal berada pada tahap yang terbaik
dan kukuh pada masa hadapan.

RUJUKAN

KLCI susut bawah 1,000 mata, Berita Harian, 19 September 2008


Malaysia kurang terjejas krisis kewangan AS, 19 September 2008
Ekonomi negara tetap kukuh, 19 September 2008
Bank pelaburan Amerika bankrap, Berita Harian, 16 September 2008
'Infrastruktur kelas pertama, upah dunia ke-3', Utusan Malaysia, 15 September 2008
Kenapa masih tidak yakin?, Mingguan Malaysia, 25 Februari 2007
Tahun Melawat Malaysia raih RM46.7b, Utusan Malasyia, 18 Februari 2008