You are on page 1of 13

KOLEJ VOKASIONAL MIRI

PENDIDIKAN ISLAM-AMT 104


TAJUK : HASSAN AL BANNA
NAMA : MOHAMMAD IZZARAT BIN ALI

KAD PENGENALAN : 980305-13-6109

KURSUS : SISTEM KOMPUTER DAN


RANGKAIAN TAHUN 2

NAMA PENSYARAH : BADRUN NAIM BIN MD


ARIFF

ISI KANDUNGAN

BI KANDUNGAN
L
1 PENGHARGAAN

MUKASUR
AT
3

PENDAHULUAN

RIWAYAT HIDUP

LATAR BELAKANG KEHIDUPAN BELIAU &


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

SIFAT PERIBADI

KEGIGIHAN BELIAU MENUNTUT ILMU

SUMBANGAN ATAS TAMADUN ISLAM

IKHTIBAR DARI SEJARAH KEHIDUPAN


BELIAU
LAMPIRAN

10

RUJUKAN

12

9
1
0

11

PENGHARGAAN
Assalamualaikum. Saya Mohammad Izzarat Bin Ali dari
kursus Sistem Komputer dan Rangkaian ingin
mengucapkan Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana
telah ember kudrat kepada saya untuk menghasilkan
folio tentang tokoh islam Hassan Al Banna.
Ribuan terima kasih kepada pensyarah pendidikan
islam Encik Badrun Naim Bin MD Ariff kerana telah
ember tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan untuk
menghasilkan folio ini.
Terima kasih kepada ibu dan bapa saya, Encik Ali dan
Puan Dayang Hartini kerana telah membantu masalah
kewangan, ember sokongan dan dorongan untuk saya
menyiapkan folio ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakanrakan yang telah ember sedikit tunjuk ajar dan
bertukar-tukar pendapat dalam menghasilan folio ini.
Terima kasih.

PENDAHULUAN

Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna


(Arab atau Jawi: ) atau ringkasnya
Hassan al-Banna adalah pendakwah, reformis sosial
dan politik Mesir dan pengasas gerakan Ikhwanul
Muslimin. Pada usia 12 tahun, beliau sudah menghafal
al-Quran. Beliau menyertai kumpulan Latihan Akhlak
dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah. Beliau rajin
menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan al-Ikhwan alHasafiyyah. Pada usia 23 tahun, beliau menubuhkan
gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Islamailiyyah pada
Mac 1928. Hasil kegigihan beliau, gerakan dakwah
beliau mendapat sambutan di Mesir dan di setiap
pelusuk negara-negara Islam. Pada tahun 12 Februari
1949 beliau meninggal dunia setelah ditembak mati
oleh seorang pembunuh upahan arahan sulit kerajaan
Mesir ketika itu.

RIWAYAT HIDUP

Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna dilahirkan pada


Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya yang terletak di
daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal
dari sebuah keluarga ulama yang dihormati dan
terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilainilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana
keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan
serba sederhana.
Hasan al-Banna merupakan anak sulung daripada lima
beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman alBanna ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang
beberapa buah kitab hadis dan fiqah perundangan
Islam yang berkelulusan Universiti al-Azhar, Mesir.
Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan
santun,pemurah,merendah diri dan tingkah laku yang
menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang
jam di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya.
Masa yang selebihnya digunakan untuk
mengkaji,menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama
seperti tafsir al-Quran dan hadis kepada penduduk
tempatan.

LATAR BELAKANG KEHIDUPAN BELIAU & LATAR


BELAKANG PENDIDIKAN

Sejak dini Hasan Al-Banna sudah ditempa oleh keluarganya


yang taat beragama untuk meraih dan memperdalam ilmu di
berbagai tempat dan majlis ilmu. Pertama kali beliau menggali
ilmu di Madrasah Ar Rasyad, kemudian melanjutkan di
Madrasah Idadiyah di kota Mahmudiyah tempat beliau
dilahirkan.
Pada usianya yang masih muda, Hasan Al-Banna sudah
memiliki perhatian yang besar terhadap persoalan dawah. Ia
pun mampu beraktifitas untuk menegakkan amar maruf nahi
mungkar. Bersama teman-temannya di sekolah, dibentuklah
perkumpulan Akhlaq Adabiyah dan Al-Manil Muharramat.
Nampaknya sejak muda ia memang menginginkan dawah
Islamiyah tegak dan kokoh.
Pada tahun 1920 Hasan Al-Banna melanjutkan pendidikannya di
Darul Muallimin Damanhur, hingga menyelesaikan hafalan
Quran diusianya yang belum genap 14 tahun. Beliaupun aktif
dalam pergerakan melawan penjajah.
Pada tahun 1923 ia melanjutkan pendidikannya di Darul Ulum
Kairo. Disinilah ia banyak mendapatkan wawasan yang luas dan
mendalam. Pendidikannya di Darul Ulum diselesaikan pada
tahun 1927 M, dengan hasil yang memuaskan, menduduki
6

rangking pertama di Darul Ulum dan rangking kelima di seluruh


Mesir dalam usianya yang baru menginjak 21 tahun.
Semenjak di Darul Ulum Kairo, Hasan Al-Banna mendapatkan
cakerawala berfikir lebih luas dan wawasan yang mendalam
dan semakin giat dalam amal islami, bersama kawan-kawannya
ia melaksanakan dakwah di berbagai tempat, baik di
perkumpulan-perkumpulan, kedai kopi ataupun di klab-klab.
Setelah menyelesaikan pendidikannya di Darul Ulum Kairo, ia
bekerja sebagai guru Ibtidaiyah di Ismailiyah meskipun
mendapatkan penawaran untuk melanjutkan pendidikan,
namun beliau lebih menyenangi menjadi guru di Ismailiyah
hingga 19 tahun beliau berkhidmat mengajar disana.

SIFAT PERIBADI

1) Seorang yang kuat beribadat.


Beliau suka bersolat dan berpuasa sejak kecil dan suka
mendampingi
Orang-orang warak dan soleh.

2)Seorang yang pemurah.


Beliau suka bersedekah walaupun dia sendiri memerlukan
wang atau barang yang disedekahkan tersebut.

3)Seorang yang berfikiran luas.


Beliau mempunyai kaedah dakwah yang tersendiri sehingga
mampu menarik minat paderi dan penganut kristian untuk
mendengarnya.

4)Seorang yang zuhud,tegas dan beriltizam


dalam dakwah.
7

Pernah menolak jawatan tinggi dan gaji besar yang ditawarkan


oleh pihak kerajaan apabila mendapati ia bertujuan
menjauhkan beliau dari usaha dakwahnya.

KEGIGIHAN BELIAU MENUNTUT ILMU

- Kegigihan beliau begitu tegas dalam mendidik


anak-anak berdasarkan ajaran islam. Hal ini
menyebabkan beliau telah menghafaz al-Quran
dalam usia begitu muda.
- Telah memasuki Pusat Latihan Perguruan dan
berjaya mendapat tempat pertama dalam
peperiksaan akhir.
- Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada
usia 16 tahun kerana kebijaksanaannya dan ilmu
pengetahuannya yang luas.
- Semasa di Kaherah, beliau terdedah dengan
pergolakkan parti politik dan aliran-aliran
8

menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan


Kamal Attartuk.

SUMBANGAN ATAS TAMADUN ISLAM


MENUBUHKAN IKHWANUL MUSLIMIN
- Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Beliau

beserta adik dan lima orang sahabatnya


berkumpul dirumahnya dan bersumpah untuk
hidup dan mati kerana Islam.
- Dirumah itu juga Jemaah Ikhwanul Muslimin
ditubuhkan.
- Pada ketika itu beliau baru mendapati ijazah dari
Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa
Arab disalah sebuah sekolah di Bandar Ismailiyah.
- Beliau meletak jawatan dalam bidang perguruan
selepas berkhidmat selama 19 tahun untuk
menyusun kegiatan dakwah dalam masyarakat
bandar.

MENGHASILKAN KARYA YANG MENJADI


PENDORONG DAN RUJUKAN KEPADA USAHA
DAKWAH
- Beliau banyak menghasilkan karya-karya dakwah
seperti Muzakirat ad-Daawah wa- Daiyiah, Rasail
Al Imamu syahid, Maqalat Hassan Al-Banna, AlMathurat dan banyak lagi.
WASIAT HASSAN AL BANNA
- Merupakan intipati dalam risalah terakhir yang
ditulis beliau untuk anggota Ikhwanul Muslimin
secara khasnya dan kepada para daie secara
umumnya.

IKHTIBAR DARI SEJARAH KEHIDUPAN BELIAU

- Berfikiran kritis dan cepat dalam memahami

permasalahan masyarakat sehingga dapat mencari


jalan penyelesaiannya.
- Istiqamah dalam perjuangan dan melakukan

pembahuruan.
- Umat Islam perlu bangkit untuk menyangkal

kesesatan barat.

10

- Menghidupkan program-program keagamaan

seperti halaqah ilmu, membaca mathurat, usrah


dan lain-lain.

LAMPIRAN

11

RUJUKAN

12

1)http://kvbw.blogspot.my/2014/10/bahagiantamadun-islam-semester-4_3.html
2) http://blog.namran.net/2011/02/11/al-imam-alsyahid-hasan-al-banna-biodata-penyusun-almathurat/
3) https://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_al_Banna
4)
http://silverheritage.blogspot.my/2013/10/biogra
fi-ringkas-al-imam-al-syahid.html
5)
http://silverheritage.blogspot.my/2013/10/biogra
fi-ringkas-al-imam-al-syahid.html#!/tcmbck

13