You are on page 1of 10

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA JARING

Setiap permainan mempunyai peraturan ataupun undang-undang yang perlu dipatuhi


semasa bermain. Bola jaring juga mempunyai beberapa peraturan asas yang telah
ditetapkan untuk dipatuhi oleh semua pemain.
1. Satu pasukan diwakili oleh 7 orang pemain semasa permainan.
2. Berlari dengan bola, mengelecek (memantul) bola dan menumbuk bola tidak dibenarkan.
3. Pemain hendaklah menghantar atau menjaring bola dalam masa 3 saat.
4. Jaringan hanya boleh dilakukan oleh penjaring GS dan penyerang GA sahaja.
5. Sesuatu balingan itu tidak boleh melintasi 2 garisan gelanggang.
6. Bola yang melantun dari tiang jaring boleh disambut semula dan permainan diteruskan.
7. 2 orang pengadil mengawasi permainan.
8. Jika pasukan kurang daripada 5 orang pemain, permainan tidak boleh diteruskan.
9. Pemain tengah yang akan membuat hantaran tengah untuk memulakan permainan mesti
berdiri dalam bulatan tengah sebelum wisel berbunyi.

GELANGGANG

KAWASAN PENGADILAN

Tinggi tiang 3.05m (10 kaki) dewasa.

Gegelang logam ukuran bahagian dalamnya 380mm


(15 inci).
TIANG GOL

Balutan tiang dari dasar hingga keseluruhan tiang.

Tebal balutan 50mm (2 inci)

Diameter tiang gol 65-100mm (2.5 - 4 inci)

Ukuran 690 710 ( 27-28 inci ).


BOLA

Berat 400 450 gm (14 16 auns ).


Bahan kulit / getah / bahan yang
serupa.
Kasut / kasut but tapak diperbuat daripada bahan
yang ringan spike tidak dibenarkan.
Ukuran huruf bagi bibs 150mm ( 6 inci ).

PEMAIN

Barang kemas tidak boleh dipakai kecuali cincin


perkahwinan / gelang perubatan mesti dibalut.
Subang tindik juga tidak boleh dipakai.
Kuku hendaklah pendek dan rata.
TEMPOH PERMAINAN

Bagi perlawanan 1
jam / 4 suku -15 / 3 /
15 / 5 / 15 / 3 / 15

Pasukan bertukar
kawasan gol pada
akhir setiap suku.

Kalau bermain dua /


lebih permainan
dalam satu hari /
masa permainan
terhad tempoh
permainan hendak
dipersetujui oleh
Pegawai Pasukan.

Jika tidak mencapai


persetujuan
hendaklah
dimainkan dalam 2
bahagian iaitu
20/5/20.

PEGAWAI
Pegawai Pertandingan
Pengadil
Pencatat
Penjaga Masa
Pegawai Pasukan

Pengurus Pasukan
Jurulatih
Penolong Jurulatih
Kapten
2 orang Pegawai Penjagaan Utama (Primary Care Personnel) yang berkelayakan.

PENGADIL
2 orang untuk membuat keputusan.
Mengadil mengikut Undang-undang serta membuat keputusan sebarang perkara
yang tidak diliputi oleh undang-undang.
Keputusan pengadil adalah muktamad.

SEBELUM PERMAINAN
Pengadil hendaklah memeriksa
o Gelanggang
o Sekitarnya
o Tiang gol
o Bola
DI LUAR GELANGGANG
Pengadil hendaklah memeriksa :
o Pakaian seragam
o Barang kemas
o Hiasan badan
o Kuku pendek dan rata
WISEL PENGADIL

Memula dan memberhentikan permainan.


Menandakan tamat tiap-tiap suku atau separuh masa permainan.
Memulakan semula permainan selepas separuh masa.
Menandakan kesalahan telah berlaku.
Menandakan gol telah dijaringkan.
Memberikan isyarat kepada Penjaga Masa supaya menangguh masa pemberhentian.

TUGAS PENGADIL

Mengadil di bahagian Gelanggang yang sama sepanjang permainan.


Kedua-dua pengadil mestilah menunjuk arah Hantaran Tengah.
Pengadil yang mengawal Hantaran Tengah hendaklah membuat keputusan sekiranya Pemain
Tengah melakukan apa-apa kesalahan semasa berada di dalam Bulatan Tengah.
Hendaklah bergerak di sepanjang Garisan Tepid an di belakang Garisan Gol untuk mengawasi
permainan serta membuat keputusan.
Menyebut Advantage bagi kesalahan yang dikesan dan tidak didenda.
Tidak mengkritik mana-mana pasukan.
Memastikan semua pemain berada di dalam Gelanggang semasa pemberhentian bagi sebarang
kecederaan atau sakit.
Jurulatih dibenarkan memberi tunjuk ajar.
TUGAS KAPTEN
Sebelum perlawanan mula :
Mengundi untuk memilih Gol atau Hantaran Tengah Pertama.
Memberitahu kedua-dua Pengadil dan Pencatat akan keputusannya.
Kapten berhak berjumpa dengan Pengadil semasa rehat atau selepas tamat permainan
untuk mendapatkan penjelasan sebarang undang-undang.

MEMAINKAN BOLA
PEMAIN BOLEH :
Menerima bola dengan sebelah atau dua belah tangan.
Memperoleh atau memperolehi semula bola yang melantun dari tiang gol.
Menampar atau melantun bola kepada pemain lain tanpa kawalan.
Mencuit bola dengan cara tidak terkawal sekali atau lebih kemudian :
- Menangkap atau mengarah kepada pemain lain.
Menampar sekali, kemudian menerima atau mengarahkan kepada pemain lain.
Melantun sekali, kemudian menerima atau mengarahkan kepada pemain lain.
Menggolek ke arah diri sendiri.
Jatuh ketika memegang bola tetapi mesti berdiri dan menghantar dalam masa 3 saat.
Menopang di atas bola untuk mengelak daripada keluar kawasan.
Menopang di atas bola di dalam gelanggang untuk imbangan.
Melompat dari dalam gelanggang dan memainkan bola.

PEMAIN TIDAK BOLEH :


Menumbuk bola.
Merebahkan badan dengan
sengaja.
o Cuba mendapatkan bola
semasa berbaring, duduk
atau melutut.
o Menghantar bola semasa
berbaring, duduk atau
melutut.
o Menggunakan tiang gol
Untuk mengimbang
badan
Sebagai sokongan.
o Menendang bola dengan
sengaja.
o
o

PEMAIN YANG TELAH MENERIMA BOLA


TIDAK BOLEH :
o
o
o
o
o
o

Menggolehkan bola kepada pemain


lain.
Membaling dan menangkapnya semula.
Melambung dan memainkannya
semula.
Menjatuhkan bola dan memainkannya
bola.
Melantunkan bola dan memainkannya
bola.
Memainkan semula bola selepas
jaringan yang tidak berjaya kecuali bola
menyentuh jaring / tiang gol.

PEMBERIAN PENALTI
Ada empat jenis Penalti
1) Hantaran Percuma
2) Hantaran Penalti
3) Hantaran Penalti Ke Arah Gol
4) Lambungan
Hantaran Percuma
Jika pemain melakukan kesalahan yang kecil, pihak lawan akan menerima hantaran
percuma. Antara kesalahan yang mengakibatkan hantaran percuma ialah:
a) Memegang bola
Selepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan memegang bola selama tiga
saat. Sekiranya melebihi tiga saat, wisel akan dibunyikan oleh pengadil. Ini menandakan
pemain telah melanggar peraturan memegang bola.
b) Gerak kaki

Selepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan membuat satu langkah. Jika
semasa menangkap bola kaki kanan berada di atas tanah, satu langkahan boleh dilakukan
dengan kaki kiri. Jika kedua-dua belah kaki berada di atas tanah, satu langkahan boleh
dibuat dengan mana-mana kaki yang dipilih.
c) Memainkan bola
Pemain yang memegang bola boleh melantun bola kepada orang lain, tetapi tidak
boleh mengambilnya semula. Bola tidak boleh digelecek seperti dalam permainan bola
keranjang. Bola yang telah dipegang dan terlepas daripada pegangan tidak boleh diambil
semula oleh pemain tersebut, sebelum bola disentuh oleh pemain lain.
d) Melebihi kawasan
Apabila bola yang dilontar melebihi satu pertiga dari kawasan permainan, tanpa
disentuh oleh mana-mana pemain perbuatan ini menjadi satu kesalahan. Pengadil akan
meniup wisel.

e) Ofsaid
Setiap pemain hanya boleh bergerak dalam kawasan tertentu sahaja. Pemain tidak
dibenarkan melampaui kawasan yang telah ditetapkan sama ada dengan bola ataupun
tanpa bola. Pelanggaran peraturan ini menjadikan pemain itu berkeadaan ofsaid.
Hantaran Penalti
Sekiranya pemain melakukan kesalahan-kesalahan seperti bermain secara kasar,
hantaran penalti akan diberikan kepada pihak lawan. Pemain yang melakukan kesalahan
dikehendaki berdiri ditepi. Pemain tersebut boleh bermain semula hanya selepas bola
dilontar atau dimainkaan semula.

Rajah 1: Kesalahan melebihi kawasan: bola dihantar satu pertiga kawasan permainan tanpa
disentuh oleh mana-mana pemain lain.
a) Melanggar
Pemain dilarang melanggar pemain lawan. Hantaran penalti akan diberikan kepada
pihak lawan walaupun melanggar secara tidak sengaja.
b) Menghalang
Kamu tidak dibenarkan menghalang pemain lawan membuat hantaran atau
menangkap bola. Jika pemain lawan memegang bola, kamu hanya dibenarkkan berdiri
dalam jarak 0.9 meter di hadapannya. Pada jarak ini kamu boleh mendepakan tangan.
Pemain boleh berdiri pada jarak lebih hampir daripada 0.9 meter dengan pemain lawan
tanpa bola tetapi kamu tidak boleh mendepakan tangan.

Hantaran penalti ke arah gol


Jika pasukan yang bertahan melakukan kesalahan menghalang atau melanggar
pemain lawan dalam pasukan gol, pasukan penyerang akan diberi lontaran penalti ke arah
gol. Pasukan penyerang akan diberi peluang menjaringkan bola tanpa halangan.
Hantaran lambung
Hantaran lambung akan dilakukan oleh pengadil dalam keadaan-keadaan seperti
yang berikut:
a) Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan merebut bola dan pengadil tidak dapat
menentukan pemain yang menguasai bola.

b) Dua orang pemain dari kedua-dua pasukan mengeluarkan bola serentak dari kawasan
permainan.
Permainan akan diberhentikan sekiranya kejadian ini berlaku. Dua orang pemain
yang terlibat akan berdiri dalam jarak 0.9 meter antara satu sama lain. Kedua-dua pemain
akan menghadap kawasan gol masing-masing dan kedua-dua belah tangan berada di sisi
tubuh. Pengadil akan berdiri antara kedua-dua pemain. Apabila wisel dibunyikan, bola akan
dilambung ke atas dan kedua-dua pemain melonjak untuk menangkap bola ke arah
rakannya.
ISYARAT

MASA : tangan diangkat tinggi dengan bunyi wisel.


ARAH HANTARAN : tangan didepan kea rah permainan.
MEMASUKI KAWASAN : aksi tangan dalam bentuk separuh bulatan.
LEBIH KELUAR KAWASAN : aksi tangan dalam bentuk separuh bulatan.
HANTARAN DEKAT : rapatkan kedua-dua tangan tegak di hadapan badan.
MELEBIHI 3 SAAT : tunjukkan 3 jari di atas.
GERAK KAKI : tangan digerakkan ke atas dan ke bawah
ADVANTAGE : tangan dirapat ke dada
LAMBUNGAN : tapak tangan digerakkan ke atas
SENTUHAN (LENGAN) : tangan disentuhkan pada lengan
SENTUHAN (KAKI) : tangan disentuh pada bahagian kaki
SENTUHAN (BAHU) : tangan disentuh pada bahu
HALANGAN : tunjuk cara bagaimana halangan berlaku
- dari belakang
- mengangkat tangan kurang dari 3 kaki
- halangan dekat

DISIPLIN

UNDANG-UNDANG 19
Pelanggaran undang-undang.
Sengaja melambatkan permainan.
Membantah keputusan pengadil.
UNDANG-UNDANG 20
Amaran.
Penggantungan.
Di arah keluar.
UNDANG-UNDANG 21
Kegagalan memasuki gelanggang.