You are on page 1of 3

EDU 3073

Tugasan Projek 3
Kerjaya sebagai seorang kaunselor dan guru membantu pelajar dalam memilih dan
membuat keputusan penting tentang masa depan mereka.
Ujian minat kerjaya (SDS) merupakan suatu alat ukuran yang ditadbir sendiri,
pemarkahan secara individu, serta ditafsirkan oleh individu itu sendiri. Reka bentuk
penggunaan SDS boleh digunakan sama ada dengan atau tanpa bimbingan daripada
kaunselor untuk membantu

individu

memeriksa

persekitaran

vokasional

atau

pendidikan yang boleh menjadi pelengkap kepada minat dan personaliti individu
tersebut. Selain itu, SDS juga membolehkan kaunselor meningkatkan bilangan individu
yang memerlukan bantuan dan perhatian. Ujian minat kerjaya secara umumnya boleh
mengenal pasti potensi individu daripada sudut minat. dalam sesuatu bidang
Merujuk kepada teori tingkah laku Holland, enam jenis personaliti boleh dibahagikan
seperti gambar rajah yang berikut :

Rajah 1.0
Model ini mengandaikan bahawa setiap jenis kategori personaliti mempunyai hubungan
antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, jenis personaliti individu yang lebih dekat
dengan jenis personaliti individu pada kitaran heksagon berkongsi persamaan yang
lebih besar dari segi minat dan kecekapan, manakala jenis personaliti individu yang

EDU 3073
lebih jauh daripada jenis personaliti individu yang lain mempunyai persamaan yang
kurang.
Berdasarkan dapatan skor Azlan melalui Ujian Minat Kerjaya (SDS), dapat
disimpulkan bahawa melalui padanan kod yang ideal bagi seorang pelumba motosikal
iaitu RES, Azlan hanya mendapat markah tinggi pada kategori S sahaja. Manakala
bagi kategori R dan E, Azlan hanya mendapat 6 dan 12 markah sahaja bagi kedua-dua
kategori tersebut. Walau bagaimanapun, hasil dapatan skor menunjukkan bahawa
Azlan mendapat markah tinggi dalam kategori A iaitu sebanyak 24 markah yang mana
kategori tersebut adalah merujuk kepada individu yang mempunyai kebolehan artistik
dan inovatif. Hal ini membuktikan bahawa Azlan lebih sesuai dengan kerjaya yang
mempunyai kaitan dalam bidang seni, iaitu suatu bidang dimana Azlan boleh
menunjukkan kreativiti dan idea-idea yang ada pada dirinya.
Selain itu, minat Azlan terhadap bidang seni juga dapat ditunjukkan melalui
tingkah lakunya. Azlan kerap diminta melukis mural di dinding sekolah. Malah, dia juga
selalu melakar lukisan di atas kertas. Hal ini jelas membuktikan bahawa Azlan
mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang seni. Sebagai seorang guru
bimbingan dan kaunseling, saya akan membimbing Azlan dalam memilih bidang kerjaya
yang sesuai kerana hal ini melibatkan masa depannya. Walaupun dia bercita-cita untuk
menjadi pelumba motosikal selepas tamat persekolahannya, tetapi selepas melihat
dapatan skor SDS nya, ia mungkin bukan keputusan yang tepat untuk Azlan menjadi
seorang pelumba motosikal.
Sebagai seorang guru, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi
membantu Azlan dalam memilih bidang kerjaya yang sesuai. Pertama sekali, kita perlu
mengenalpasti bidang apakah yang murid kita mahir. Dalam kes ini, kita sudah
mengetahui bahawa Azlan mahir dalam bidang seni, jadi langkah seterusnya adalah
untuk mengenalpasti bidang-bidang kerjaya yang menggunakan kemahiran ini. Antara
bidang kerjaya yang sesuai bagi Azlan termasuklah pelukis potret, pelukis kartun,
arkitek dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya akan membantu Azlan untuk
mempelajari sebanyak mungkin mengenai syarat kemasukan bagi kerjaya ini.

EDU 3073
Menurut Patton dalam ( Khan, Murtaza , & Shafa , 2012) "Tujuan temu duga
adalah untuk mengetahui apakah yang berada di dalam atau di fikiran orang lain.
Tujuan temu duga terbuka pula adalah bukan untuk meletakkan perkara dalam fikiran
seseorang tetapi untuk mengakses perspektif orang yang sedang ditemuramah " . Jadi,
dengan menemu bual , guru akan dapat untuk mengumpul data tentang diri pelajar,
perspektif, dan butiran lain yang guru seharusnya tahu .
Seterusnya, kita dapat lihat bahawa Azlan sememangnya berminat dengan
bidang seni tetapi atas sebab yang lain, dia merasakan personaliti dirinya sesuai
dengan pilihan kerjaya sebagai pelumba motosikal. Oleh itu, sebagai guru bimbingan
dan kaunseling, saya akan mengumpul data tentang personaliti Azlan dengan
mengadakan sesi temuramah bersama dia untuk menaikkan dan mencungkil semangat
Azlan ke arah bidang seni yang dia mahir. Pelajar seharusnya ditunjukkan dengan skop
yang lebih besar tentang bidang seni yang mereka mahir dan bukannya menjurus
kepada sesuatu yang mereka minati semata-mata.
Sebagai guru, sudah tentu kita perlu menyokong apa jua keputusan yang anak
murid kita pilih. Dalam masa yang sama, kita haruslah memastikan supaya mereka
memilih jalan yang betul tentang apa sahaja yang mereka lakukan. Walau
bagaimanapun,

saya

tidak

akan

menyempitkan

pandangan

Azlan

hanya pada bidang yang dia mahir sahaja tetapi saya akan membantu dia dalam
meneroka bidnag-bidnag yang lain. Dengan cara ini, Azlan akan mampu untuk melihat
kelemahan dan kelebihan bagi kedua-dua bidang tersebut yang sesuai dengan
minatnya.
Seperti yang kita sedia maklum, pemilihan kerjaya amatlah penting dalam
kehidupan kita. Terdapat ramai di antara kalangan masyarakat dalam dunia pekerjaan
yang sibuk sehingga masa untuk mereka berehat hanya pada hujung minggu sahaja.
Selain itu, kita juga dapat melihat ramai pelajar yang berhempas pulas semasa di kolej
tetapi mereka masih ragu-ragu dengan arah tuju yang ingin dicapai. Jadi, sebagai guru
atau kaunselor , atau ibu bapa, kita haruslah membantu dan memberi galakan kepada
pelajar mahupun anak kita dalam memilih jalan yang betul agar hidup mereka lebih baik
dan tidak menyesal di kemudian hari.