You are on page 1of 5

BINCANGKAN FAKTOR INTERNAL DAN FAKTOR EKSTERNAL

YANG MENYEBABKAN AKTIVITI KOKURIKULUM SUKAR


DILAKSANAKAN DI SEKOLAH SECARA BERKESAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara."
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Kokurikulum merupakan wadah paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan terutamanya dalam konteks melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial yang akhirnya dapat mewujudkan sumber manusia berkemahiran tinggi
di Malaysia.

Mendefinisikan kokurikulum dapat dijelaskan daripada Nor Azah (2007) dalam

Mohd Fazli Hassan (2013) yang menyatakan bahawa kokurikulum merupakan aktiviti dan
pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar atau di dalam bilik darjah. Aktiviti
kokurikulum adalah jelas boleh menambah pengalaman penting dan kemahiran kepada pelajar
(Reaves & et al. 2010). Oleh yang demikian, Pihak sekolah perlu mengadakan atau menjalankan
aktiviti kokurikulum untuk mengembangkan potensi individu meliputi pelbagai aspek seperti
peluasan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu, pembentukan sahsiah dan disiplin,
peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri, peningkatan kemahiran dan komunikasi.
Namun persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan aktiviti kokurikulum di sekolah
sukar untuk dilaksanakan secara berkesan?
Berdasarkan kepada kajian yang dilaksanakan oleh Abu Bakar Bin Mohd Husain (2007)
dalam tajuk kajiannya iaitu Kedudukan Kokurikulum Disekolah, menyatakan bahawa faktor
utama adalah disebabkan pentakbir sekolah, guru dan pelajar. kajian beliau mendapati kurangnya
keberkesanan adalah disebabkan oleh faktor seperti ini.
Dari sudut pentadbiran dapat dilihat daripada aspek pelantikan guru yang kurang mahir
dan kurang berpengetahuan menjadi guru kokurikulum (GPK). Hal ini menyebabkan tahap
kesediaan dalam perancangan aktiviti kokurikulum adalah lemah dan menyebabkan berlakunya

pengabaian terhadap aktiviti kokurikulum kerana kurangnya pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang kokurikulum. Peryataan ini disokong oleh kajian Mohd Nor Bin Jaafar (2010) dalam
kajiannya iaitu Pengurusan Kokurikulum Dan Hubunganya Dengan Tahap Penglibatan Pelajar
Dalam Aktiviti Kokurikulum, yang menyatakan bahawa pentadbiran memainkan peranan paling
tinggi dalam menjayakan aktiviti kokurikulum. Selain itu, terdapat sekolah yang menumpukan
sepenuhnya kepada kejayaan akedemik, dimana pihak pentadbir merasakan bahawa pencapaian
akedemik merupakan kunci kepada kejayaan, sesebuah sekolah, namun pelbagai inisiatif yang
telah dilaksanakan oleh kementerian pelajaran bagi mengubah persepsi pihak pentadbir terhadap
kunci kejayaan bagi sebuah sekolah iaitu, berjaya dari kedua-duanya iaitu kurikulum dan juga
kokurikulum.
Faktor kesukaran melaksanakan aktiviti kokurikulum secara berkesan juga dapat dilihat
dari sikap guru, penasihat dan jurulatih. Hal ini dapat dijelaskan daripada tanggujawab dan sikap
yang sewajarnya ada pada seorang guru. Seringkali menjadi perbualan dalam masyarakat bahawa
guru tidak hadir semasa aktiviti kokurikulum dilaksanakan. Guru tersebut tidak menunjukkan
minat dan sering berprasangka bahawa aktiviti kokurikulum hanyalah membebankan dan tidak
mempunyai faedah keatas dirinya. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa terdapat permainan atau
persatuan atau unit beruniform yang tidak aktif dan sekadar sebagai syarat dalam sesebuah
sekolah. Namun begitu, terdapat guru yang aktif dan sentiasa menyalurkan idea, pendapat dan
kemahiran untuk dikongsi dalam kegiatan kokurikulum.
Selain itu, faktor dalaman juga dapat dilihat daripada murid itu sendiri mengapa kegiatan
kokurikulum sukar untuk dilaksanakan secara berkesan di sekolah. Hal ini dilihat daripada
ketidakhadiran murid ke sekolah untuk mengikuti aktiviti kokurikulum. Ini kerana terdapat
murid yang berpendapat bahawa kegiatan kokurikulum hanyalah mengangu kepada pencapaian
prestasi akedemiknya. Namun begitu, kajian Aminudin Bin Abdul Rahman (2010) menyatakan
bahawa penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan
pencapaian akademik murid tersebut. Hal ini telah membuktikan bahawa kokurikulum dapat
membantu murid meningkatkan prestasi akedemik. Selain daripada masalah persepsi murid
terhadap kegiatan kokurikulum, terdapat masalah murid dalam menyertai kegiatan kokurikulum
disebabkan masalah kewangan, pengangkutan dan sebagainya. Dimana, ibu bapa tidak

mempunyai masa atau wang lebihan untuk menghantar anak mereka ke sekolah pada masa
kegiatan kokurikulum dilaksanakan.
Faktor lain yang menyebabkan kesukaran melaksanakan aktiviti kokurikulum secara
berkesan ialah, dari sudut motivasi. Istilah motivasi dalam konteks ini lebih merujuk kepada
membaiki pergerakan atau tindakan. Kurangnya motivasi dalam menglibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum merujuk kepada motivasi murid. Dari segi psikologinya, seorang murid yang
bermotivasi, melakukan sesuatu dengan bersemangat tanpa putus asa. Namun begitu, murid pada
masa kini dapat dilihat bahawa kurangnya motivasi untuk mengikuti aktiviti kokurikulum,
diamana mereka lebih suka tidak melibatkan diri kerana perasaan bosan dengan aktiviti yang
dilaksanakan. Hal ini menyebabkan aktiviti kokurikulum tidak berlaku seperti yang dirancang
dan ini bermaksud kegiatan kokurikulum ini tidak berkesan. Oleh yang demikian, sebagai
seorang guru perlunya memberikan motivasi kepada murid seperti pujian, sokongan mahupun
ganjaran terhadap aktiviti yang mereka laksanakan.
Dari aspek luaran, kesukaran melaksanakan aktiviti kokurikum secara berkesan dikaitkan
dengan kemudahan yang diperlukan semasa pelaksanakan aktiviti kokurikulum. Perkara ini
disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Jaflus Bahari (2010) yang menyatakan faktor
luaran seperti kemudahan, stuktur menyebabkan kegiatan kokurikulum sukar dilaksanakan
secara berkesan. Sebagai contoh, aktiviti permainan bola sepak. Ketiadaan bola, padang atau
tiang gol dalam permainan ini menyebabkan murid tidak dapat pengalaman sebenar dalam
melaksanakan aktiviti ini. Hal ini turut menyebabkan murid berasa bosan dan kurang bermotivasi
untuk mengikuti aktiviti kokurikulum yang dirancang. Hal ini akan menyebabkan masa yang
diperuntukan bagi pelaksanaan aktiviti kokurikulum menjadi suatu pembaziran waktu. Oleh yang
demikian pihak kementerian, sekolah, guru dan ibu bapa haruslah mencari inisiatif bagi
melengkapkan keperluan peralatan yang diperlukan dalam kegiatan kokurikulum yang dirancang
bagi menjamin pencapaian objektif.
Secara keseluruhannya, faktor yang menyebabkan kesukaran melaksanakan kegiatan
kokurikulum secara berkesan dapat diatasi dengan kerjasama daripada semua pihak terutamanya
pihak kementerian, sekolah, guru, ibu bapa dan murid. Oleh itu, insan yang seimbang dari aspek

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dapat dilahirkan bagi menjamin kecemerlangan negara
pada masa akan datang.