Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E

)
Pengembangan potensi ini akan menentukan corak manusia yang dihasilkan dan
penerapan nilai pula dapat menentukan jenis manusia tersebut.
Di samping itu nilai-nilai murni disisipkan melalui semua mata pelajaran dan
diperkukuhkan pula melalui kegiatan kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah
yang positif.
Nilai-nilai tersebut dikenali sebagai nilai murni meliputi nilai baik hati,
berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan,
keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama,
kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat.

Salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan sistem
pendidikan
bertaraf dunia. Sistem tersebut menumpukan kepada pembangunan modal
insan yang
bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi (Abdullah
Ahmad Badawi,
2006). Pembangunan modal insan memerlukan keseimbangan dari segi
jasmani, emosi,
rohani dan intelek serta mampu menjadi tenaga kerja terlatih dan berdaya
saing di dalam
negara dan di peringkat antarabangsa selaras dengan Wawasan 2020.
Namun
kejayaannya bergantung kepada kemampuan menghadapi salah satu
cabaran Wawasan
2020, iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral
dan etikanya
dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang
utuh dan
ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur (Mahathir Mohamad, 1991).
Wawasan negara ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang
menyatakan citra dan intipati manusia yang hendak dibentuk melalui corak
pendidikan
yang sesuai, serasi dan berkemampuan (Wan Mohd Zahid Mohd Noordin,
1993).
Kesepaduan tiga corak pendidikan itu mengarah kepada hala tuju untuk
pembinaan insan
sepadu dan menyeluruh. Keberkesanan pengajaran pula memerlukan
pelbagai kaedah
pengajaran sesuatu mata pelajaran untuk mencapai matlamat pembelajaran.
Oleh itu, guru perlu memiliki kualiti tertentu seperti pengetahuan dalam
sesuatu mata
DK.RATNAZURAINIE PG. MASRI
TESL GROUP 1, 2011 JUNE INTAKE

Page 1

Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E)

pelajaran yang diajar serta pelbagai kemahiran dalam kaedah pengajaran
dengan memberi
fokus kepada kemahiran berfikir, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
koperatif dan
pembelajaran kontekstual (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001; Abdul
Rafie Mahat,
2001).

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral
Pengajaran merupakan seni yang kompleks dan memerlukan perhatian
serius daripada
guru (Phenix, 1958; Cullingford, 1995). Antara perkara yang paling penting
ialah
mengenai kualiti guru yang sering dikaitkan dengan sifat-sifat diri, sikap dan
kelakuan
untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan. Selain itu, ciri-ciri umum guru
efektif yang
ditegaskan oleh Anderson (1989) ialah, apabila mereka berusaha untuk
mencapai tujuan
pengajarannya, berhati-hati terhadap kesan kelakuan mereka terhadap
pelajar, berusaha
ke arah kejayaan pelajar dan diri sendiri, berpengetahuan tentang mata
pelajaran yang
diajar secara mendalam, memberikan perhatian dan menghormati pelajar
serta mampu
membuat keputusan secara bijak dan cermat.
36

Guru berkualiti adalah, guru-guru yang bersifat positif seperti mempunyai
arah tuju yang
jelas, pandai menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi, kreatif, panjang akal,
bermotivasi,
berminat mengajar, mempunyai kecekapan dan kemahiran dalam mata
pelajaran,
berempati, bermoral dan sebagainya (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1996: hlm. 7).
Guru-guru mestilah mempunyai sifat-sifat tertentu kerana:
Guru adalah model yang sangat hampir dengan pelajar, selain ibu
bapanya. Oleh itu, wajib bagi guru untuk menjadi teladan yang baik
kepada pelajar. Ini dimanifestasikan pada budi bahasa, penguasaan bahasa
yang betul, kehalusan dan kesempurnaan kerja, rupa diri dan kesesuaian
pakaian, amanah mengenai hal-hal yang rahsia bagi pelajarnya, rajin dan
cekap. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990: hlm. 167)

DK.RATNAZURAINIE PG. MASRI
TESL GROUP 1, 2011 JUNE INTAKE

Page 2

MASRI TESL GROUP 1.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) Guru dianggap sebagai agen moral yang bertanggungjawab membantu para pelajar dengan nilai kasih sayang dan menjalin hubungan sosial yang akrab. ia akan mempengaruhi perkembangan moral para pelajar (Ab. kanak-kanak memerlukan hubungan sosial yang rapat dengan orang dewasa yang merupakan role-model dan membantu mereka bertindak.RATNAZURAINIE PG. masalah penilaian moral pelajar. Ini kerana mereka kadang-kadang membesar dalam suasana keluarga dan masyarakat yang berkecamuk dan mengelirukan terutama dari segi perkembangan moral. kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk meninggikan tahap kecekapan guru seperti mempertingkatkan semangat berpasukan dan pencapaian guru dengan menyemak semula skim perkhidmatan dan memberikan insentif yang sesuai serta mengenalpasti ganjaran dan pengiktirafan sebagai dedikasi kepada guru-guru untuk meningkatkan kebajikan mereka keseluruhannya (Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika seseorang guru mempunyai sikap yang negatif. Oleh itu. Misalnya dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT) 1996-2000. iaitu masalah incompatibilities of values di sekolah dan luar sekolah (Abdul Rafie Mahat. belajar dan bermain. DK. Halim Tamuri. pelbagai cara telah dan akan diambil untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru. Kajian Martin (2007) tentang hubungan antara sikap kanak-kanak (umur 9 hingga 11 tahun) terhadap diri mereka dan supermodel mendapati. 2007). kekurangan minat dan komitmen guru. Ini selaras dengan apa yang ditegaskan oleh Bergem (1990) iaitu. 3). 2001). 1996: hlm. terdapat kadar yang tinggi dalam peningkatan tingkah laku kanak-kanak yang dipengaruhi oleh model. 37 Kelemahan pengajaran guru pula dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti tahap kecekapan. masalah ketidakserasian nilai. 2011 JUNE INTAKE Page 3 .

1993). Tanggungjawab guru Pendidikan Moral bukan sahaja untuk meningkatkan keupayaan berfikir tetapi meliputi semua potensi pelajar seperti yang telah dihuraikan dalam rangka konsep. guru Moral dalam konteks ini tidak semestinya merujuk kepada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral kerana menurut Wan Hasmah Wan Mamat (1993). Namun. Dapatannya menunjukkan DK. 2011 JUNE INTAKE Page 4 .RATNAZURAINIE PG. kesemua guru sepatutnya mempunyai tahap moral dan sahsiah yang unggul. Chong Yee Pei (2000) telah membuat kajian tentang pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral di beberapa sekolah rendah negeri Pahang. Malah untuk melaksanakan polisi mata pelajaran Pendidikan Moral pula memerlukan komitmen masa dan tenaga yang banyak (Wangaard. Lee Pau Wing. 2001). iaitu asas dalam sistem pendidikan tradisional mengatakan bahawa setiap orang guru adalah guru Moral. faktor yang paling penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan program nilai atau moral ialah kualiti guru yang menyampaikan pelajaran (Abdul Rafie Mahat. tetapi tidak semua guru berupaya untuk menjadi guru Pendidikan Moral yang berwibawa serta berkemampuan untuk menimbulkan minat di kalangan pelajar. Oleh itu. MASRI TESL GROUP 1. Program nilai atau moral mempunyai kaitan secara langsung dengan guru Pendidikan Moral. Nodding (1997) telah menegaskan. 2001.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) Dalam konteks Pendidikan Moral pula. Downey dan Kelly (1982) pula menegaskan tentang kepentingan guru untuk bertanggungjawab dan memberikan 38 perhatian terhadap apa yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. guru Pendidikan Moral yang efektif perlu memiliki kualiti tertentu seperti pengetahuan tentang mata pelajaran dan kepelbagaian penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk menangani kedinamikan subjek itu.

2001). Ini berpunca daripada ramai guru yang mengajar Pendidikan Moral terdiri daripada mereka yang tidak membuat pengkhususan dalam mata pelajaran itu kurang berminat untuk mengajar atau tidak tahu kaedah pengajaran sebenar. kes disiplin dan keruntuhan akhlak didapati masih terus berlaku. mencuri. Senario di atas memberi kesan kepada sistem pendidikan kita yang berusaha mencapai dua objektif. 2011 JUNE INTAKE Page 5 . Pelbagai kes disiplin yang melibatkan pelajar sering dilaporkan termasuklah vandalisme. menyamun. merogol. jumlah DK. Statistik Polis Diraja Malaysia mencatatkan penglibatan juvana dalam kes jenayah bagi tiga bulan pertama 2003 ialah sebanyak 778 kes berbanding 2735 kes pada tahun 2001 dan 2955 kes pada tahun 2002. Kejayaan dalam mendidik generasi bangsa Malaysia akan datang bergantung pada sejauh mana kita dapat mencapai kedua-dua objektif ini (Abdul Rafie Mahat. 1996). membunuh dan lain-lain lagi ( Abdul Rafie Mahat. selepas 17 tahun pelaksanaan Pendidikan Moral di sekolah. 2001). menipu. iaitu untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran yang perlu 39 untuk menghadapi cabaran masa depan dan mengembangkan nilai-nilai yang diingini untuk menjadikan mereka warganegara yang bertanggungjawab. Hasilnya.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) 50% guru sekolah rendah yang dikaji menggunakan waktu Pendidikan Moral sama ada untuk mengajar mata pelajaran lain atau melaksanakan aktiviti lain yang bukan akademik. Bagi jenayah melibatkan keganasan pula. Kes-kes disiplin bukan sahaja berlaku di sekolah malah sering didapati berlaku di luar sekolah. Salah satu cabaran masa depan dalam menangani masalah sosial yang semakin meningkat berikutan daripada pertumbuhan yang pesat bagi memastikannya tidak melemahkan moral dan etika masyarakat terutamanya di kalangan golongan muda dan generasi masa depan (Rancangan Malaysia Ketujuh. MASRI TESL GROUP 1.RATNAZURAINIE PG.

2003). 40 Pembabitan pelajar dalam kes-kes juvana dan jenayah secara tidak langsung memberi impak kepada sistem pendidikan khususnya pengajaran oleh guru-guru Pendidikan Moral di sekolah. Walaupun statistik menunjukkan penurunan tetapi jumlah pelajar sekolah yang terlibat dalam kes jenayah agak tinggi. 2001). 2002). daripada 305 orang guru yang mengajar Pendidikan Moral di 93 buah sekolah menengah seluruh negeri Pahang. MASRI TESL GROUP 1. khususnya pengetahuan pedagogikal kandungan di samping pelbagai aspek profesional yang lain (Abdul Rafie Mahat.RATNAZURAINIE PG. Kekurangan bilangan guru pengkhususan mata pelajaran dan bilangan DK. Isu Apabila kurikulum Pendidikan Moral semakan semula dilaksanakan di tingkatan satu dan empat KBSM mulai tahun 2003 tidak ramai guru yang diberi pendedahan mengenai perubahan itu. Oleh itu. hanya 98 orang sahaja yang dipanggil untuk menghadiri kursus orientasi mata pelajaran tersebut (Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Guru Pendidikan Moral KBSM khasnya adalah bertanggungjawab secara langsung dalam pembinaan perwatakan individu pelajar yang baik. saranan pelbagai pihak seperti yang dibincangkan di atas seharusnya menjadi satu elemen yang diberi perhatian dalam keutamaan profesion. Contohnya. 2011 JUNE INTAKE Page 6 . Isu-isu di atas telah menunjukkan bahawa betapa perlunya guruguru melengkapkan diri dengan asas pengetahuan.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) sehingga Mac 2003 ialah 115 kes berbanding 487 kes pada tahun 2001 dan 489 kes sepanjang tahun 2002 (ABIM.

Malah.RATNAZURAINIE PG. Penekanan kepada keperluan pengetahuan guru untuk mengajar Pendidikan Moral telah dinyatakan dengan jelas dalam HSP Pendidikan Moral Tingkatan Empat semakan semula. Zarin Ismail. Kajian lampau telah menunjukkan ramai guru khususnya yang mengajar Pendidikan Moral tidak terlatih secukupnya (Mukherjee. Gudmundsdottir. Di samping itu guru-guru baru yang tidak terlatih dalam mata pelajaran Pendidikan Moral diminta mengajar untuk memenuhi keperluan sekolah. sains tulen dan teknologi. 1993. 42 Guru-guru tersebut terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang. 1990). 2000). 1993. 1988. tidak berminat untuk mengajar mata pelajaran ini (Isahak Haron. Sebahagian guru pula hanya mempunyai pengalaman belajar mata pelajaran tersebut semasa di sekolah. 1990. MASRI TESL GROUP 1. Misalnya dalam rangka konsepnya telah menjelaskan betapa perlunya guru Pendidikan Moral memberi fokus pengajaran mereka kepada pembinaan Model Insan Menyeluruh (Kementerian Pendidikan Malaysia. pengkhususan dan pengalaman. sekadar mencukupkan bilangan waktu mengajar atau mengisi tempat guru lain (Chong Yee Pei. 1990) dengan memberi tumpuan dan penekanan kepada fakta dan hafalan nilai (Laud. 2000) untuk tujuan peperiksaan (Wan Hasmah Wan Mamat. Malah Nodding (1998) menjelaskan bahawa sesetengah guru yang membuat pengkhususan sesuatu mata pelajaran juga kadang-kadang mempunyai pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang masih cetek. 43 DK. ramai guru yang mengajar Pendidikan Moral adalah guru pengkhususan pelbagai disiplin sains sosial. Zarin Ismail. Gudmundsdottir. 2000a). 2011 JUNE INTAKE Page 7 . 2000).Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) guru yang mendapat pendedahan perubahan kurikulum semakan itu untuk mengajar di tingkatan satu dan empat terpaksa ditampung oleh guru lain. 1990) dan mengajar mengikut kehendak mereka sendiri (Isahak Haron.

belum tentu guru yang terlatih ini pula akan mengajar Pendidikan Moral semasa di sekolah (Wan Hasmah Wan Mamat. Kejayaan pembelajaran pelajar amat bergantung kepada pengetahuan dan kefahaman guru. Oleh itu. Untuk menampung kekurangan guru terlatih. 2000). Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Kursus Dalam Perkhidmatan kepada guru di samping institusi pendidikan menawarkan kursus-kursus di peringkat universiti dan Institut Pendidikan Guru (maktab perguruan) tetapi jumlah mereka masih tidak mencukupi. 2000).(Chong Yee Pei. Malah. Namun. 44 Berdasarkan masalah yang dihadapi ini. Ianya berlaku di peringkat sekolah rendah dan menengah kerana pelaksanaan Pendidikan Moral tidak diimbangi oleh penyediaan guru mata pelajaran yang terlatih. DK. Inilah cabaran dan halangan yang boleh membantut Wawasan 2020 dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. kebanyakan sekolah telah meminta guru daripada pelbagai bidang pengkhususan untuk mengajar Pendidikan Moral (Chong Yee Pei. 2000).RATNAZURAINIE PG. pengetahuan pedagogikal kandungan dianggap paling penting kerana ia menekankan konteks amalan spesifik pengajaran dan pembelajaran serta dianggap sebagai intipati kepada pengetahuan guru.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) Sesetengah sekolah telah mengguna khidmat guru mata pelajaran lain atau guru baru untuk mengajar Pendidikan Moral kerana kekurangan guru pengkhususan atau terlatih atau bertujuan melengkapkan jadual waktu mengajar seseorang guru. maka timbullah persoalan tentang bagaimana mata pelajaran Pendidikan Moral dilaksanakan di sekolah. 2011 JUNE INTAKE Page 8 . isu pengetahuan pedagogikal kandungan guru Pendidikan Moral di negara ini sebenarnya telah dipersoalkan sejak pelaksanaan mata pelajaran tersebut pada tahun 1983. MASRI TESL GROUP 1.

contoh. 1. Ia melibatkan penggunaan analogi. 2011 JUNE INTAKE Page 9 .Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) Guru Moral Pengetahuan Pedagogikal Kandungan Pengetahuan pedagogikal kandungan dalam kajian ini adalah merujuk pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dalam konsepsi. 2004. Kementerian Pendidikan Malaysia. pengetahuan kandungan merujuk kepada nilai. 2000a). Semua aspek di atas yang dikategorikan sebagai pengetahuan kandungan dalam kajian ini adalah berdasarkan HSP Pendidikan Moral Tingkatan Empat semakan semula dan penerangan tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran semasa Kursus Orientasi untuk Jurulatih Utama (Kementerian Pendidikan Malaysia. isi pelajaran dan hasil pembelajaran. MASRI TESL GROUP 1. catatan DK. penerangan dan demonstrasi. 2000a). Aspek-aspek tersebut diteliti daripada temu bual.RATNAZURAINIE PG.2 Pengetahuan Kandungan Dalam kajian ini.7. perancangan dan penyampaian isi pelajaran agar mudah difahami dan dapat menggalakkan kefahaman konseptual pelajar. Pengetahuan pedagogikal kandungan dalam kajian ini merujuk kepada pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi guru Pendidikan Moral Tingkatan Empat di sebuah sekolah dengan merujuk kepada HSP Pendidikan Moral Tingkatan Empat semakan semula (Kementerian Pendidikan Malaysia.

4 Kefahaman Kefahaman adalah merujuk kepada konsepsi peserta kajian terhadap pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi dalam aspek nilai. alat.7. 1. Proses ini dapat dilihat daripada catatan yang dibuat DK. hasil pembelajaran. 2002). Ini termasuk tafsiran dan penjelasan mengenai istilah-istilah berkaitan Pendidikan Moral dan kefahaman mengenai HSP Pendidikan Moral Tingkatan Empat semakan semula (Kementerian Pendidikan Malaysia.7.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) dalam rancangan pelajaran dan hasil pemerhatian pengajaran dan pembelajaran. 2004.7. teknik pengajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia.3 Pengetahuan Pedagogi Pengetahuan pedagogi dalam kajian ini bermaksud pengetahuan guru Pendidikan Moral Tingkatan Empat di sebuah sekolah tentang pendekatan khusus pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. 2011 JUNE INTAKE Page 10 . pendekatan.5 Transformasi Transformasi bermaksud cara peserta kajian ini menterjemahkan kefahaman mereka kepada perancangan pengajaran. teknik.RATNAZURAINIE PG. MASRI TESL GROUP 1. isi kandungan. 50 1. 2000a). pemilihan alat bantu mengajar dan pengurusan bilik darjah (Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.

8 Teknik DK. 2004). 51 1. Catatan mengandungi semua aspek yang dikategorikan dalam pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi. MASRI TESL GROUP 1.RATNAZURAINIE PG. perkembangan moral kognitif. 1. membuat penilaian dan penutup. Antaranya adalah pendekatan penjelasan nilai. Terdapat juga pendekatan terkini yang dicadangkan seperti pendekatan berasaskan kemahiran. 1. pemupukan nilai. 2011 JUNE INTAKE Page 11 . Chang Lee Hoon. tugasan.7. pendekatan domain dan pendekatan caring (Chang Lee Hoon. memberi penerangan. 2002.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) dalam Buku Rekod Mengajar. Fokus pengajaran ke arah pembinaan Model Insan Menyeluruh adalah elemen penting pengajaran dalam kajian ini. membina `rapport’. perancangan serta amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan-pendekatan tersebut.7 Pendekatan Pelbagai pendekatan khusus dicadangkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Pengajaran bermula daripada guru mula memasuki kelas. Dalam kajian ini.7. 1990). tumpuan diberikan kepada pengetahuan guru dalam konsepsi. arahan.6 Pengajaran Pengajaran dalam kajian ini adalah merujuk kepada amalan guru dalam bilik darjah.7. bertimbang rasa dan analisis nilai (Kementerian Pendidikan Malaysia.

teknik pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada pelbagai aktiviti yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran. bersoal jawab.RATNAZURAINIE PG.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) Dalam kajian ini. Kajian ini meneliti pengetahuan guru tentang konsep. 2011 JUNE INTAKE Page 12 . Teknik pengajaran yang dipilih seperti perbincangan. perancangan serta amalan pengajaran dan DK. memberi penerangan dan huraian yang jelas serta memberi dan menyemak tugasan. penerimaan jawapan serta tindak balas melalui pujian atau kritikan. iaitu pemikiran. lakonan.9 Pengurusan Bilik Darjah Pengurusan bilik darjah dalam kajian ini bermaksud cara gaya guru berinteraksi dengan pelajar secara berkesan. Ini termasuklah cara guru mengemukakan soalan.7. MASRI TESL GROUP 1. 1.10 Model Insan Menyeluruh Dalam Pendidikan Moral Fokus pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral sepatutnya menekankan ketigatiga dimensi moral. 52 1. simulasi dan lain-lain lagi seharusnya melibatkan interaksi guru dan pelajar dan menekankan kepada ketiga-tiga dimensi moral. penglibatan pelajar yang aktif dan situasi yang menyeronokkan. Pengurusan bilik darjah yang baik berlaku apabila wujudnya suasana pembelajaran yang kondusif. perasaan dan tingkah laku moral. main peranan.7.

tema. Dalam konteks kajian ini. Guru juga perlu memahami tentang apa yang membuat sesuatu nilai atau tajuk yang diajar itu menjadi senang atau DK. Ball (1988) menjelaskan. guru Pendidikan Moral perlu memahami konsepkonsep asas moral sebagai satu disiplin di samping isi kandungan mata pelajaran itu sendiri seperti nilai-nilai.RATNAZURAINIE PG. mempunyai perasaan simpati dan empati serta dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian secara konsisten. seseorang guru perlulah memahami konsep-konsep matematik dan prosedur-prosedur bagi menyediakan rancangan pelajaran yang bermakna dan pelbagai aktiviti kepada para pelajar. 1987). MASRI TESL GROUP 1. guru perlu bermula dengan kefahaman tentang apa yang mereka akan ajar dengan beberapa cara dalam sesuatu mata pelajaran. tajuk dan hasil pembelajaran yang berkaitan. Perkembangan dalam ketiga-tiga dimensi moral ini akan melahirkan Model Insan Menyeluruh yang memiliki daya intelek yang tinggi. Ini bermakna guru pengkhususan Matematik perlu memahami mata pelajaran Matematik dan guru Sejarah pula perlu memahami tentang mata pelajaran Sejarah (Shulman.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) pembelajaran dengan memberi tumpuan khusus kepada ketiga-tiga dimensi tersebut. 2011 JUNE INTAKE Page 13 . Guru perlu memahami cara untuk mengaitkan Transformasi Pengajaran Penilaian Refleksi Kefahaman Baru Kefahaman 57 sesuatu idea dalam mata pelajaran yang sama atau dengan mata pelajaran lain dengan baik. Bagi mata pelajaran matematik.

contoh. Tindakan berikutnya ialah pengajaran di dalam bilik darjah yang merupakan aspek pedagogi terpenting. Rancangan pelajaran guru dapat dilihat dengan merujuk Buku Rekod Mengajar. 1987). Tegasnya. berdasarkan umur dan latar belakang pelajarnya. iaitu pemikiran moral. Proses transformasi dalam kajian ini dapat dilihat berdasarkan rancangan pelajaran harian yang disediakan oleh guru.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) susah. Dengan kata lain kefahaman pelajar di dalam kelas amat bergantung kepada kefahaman guru tentang mata pelajaran yang diajar. proses transformasi ini adalah satu pelan atau satu set strategi untuk mengajar satu pelajaran. Proses seterusnya ialah pemilihan kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai dengan mengambil kira latar belakang pelajar. transformasi memerlukan kombinasi proses-proses seperti memilih bahan pengajaran yang sesuai dan kemudiannya memilih 58 alternatif untuk memudahkan pemahaman pelajar seperti menggunakan analogi. 2011 JUNE INTAKE Page 14 . Proses ini merujuk kepada transformasi yang memerlukan pemahaman guru tentang hasil pembelajaran dan tindak balas pelajar terhadap apa yang mereka telah pelajari. simulasi dan lain-lain lagi. Ia kemudiannya digubah dan dimantapkan mengikut keperluan pengajaran dan pembelajaran umpama menyesuaikan pakaian dalam pelbagai gaya. unit atau kursus. Pengajaran melibatkan organisasi dan pengurusan bilik darjah. Menurut Shulman (1987). Kemudiannya kefahaman guru perlu ditukar dan diubah ke dalam bentuk yang boleh diajar serta difahami oleh pelajar (Shulman. DK. MASRI TESL GROUP 1. warna dan saiz (Shulman.RATNAZURAINIE PG. tunjuk cara. Merujuk kepada proses tansformasi dalam pengajaran Pendidikan Moral. 1987). guru mestilah memberi fokus kepada ketiga-tiga dimensi untuk pembinaan insan menyeluruh. perasaan moral dan tingkah laku moral. metafora.

cara gaya pengajaran seseorang guru sangat berkaitan dengan pemahaman mereka. memberi dan menyemak tugasan. serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. 2000) Pendidikan Moral ialah salah sebuah program Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral. berperibadi mulia.RATNAZURAINIE PG.KBSR. penerimaan jawapan serta tindak balas melalui pujian atau kritikan. Menurut Shulman (1987). MASRI TESL GROUP 1. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan. PENGENALAN Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di peringkat sekolah rendah. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka hidup dalam satu rumpun dan menjadi individu yang DK. masyarakat. perasaan moral dan tingkah laku moral. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi aspek diri. penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan. berinteraksi dengan pelajar secara berkesan melalui penyoalan. 2011 JUNE INTAKE Page 15 .Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) penerangan dan huraian yang jelas. (sukatan pelajaran Pendidikan Moral . Pendidikan moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan memoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam pelbagai agama. Hubungan dan interaksi antara guru dengan pelajar terhad jika guru tidak memahami sesuatu tajuk yang diajarnya. alam sekitar dan Negara. keluarga. Untuk meneliti tiga daripada enam komponen dalam model di atas memerlukan kepada pengetahuan seseorang guru seperti perbincangan seterusnya. tradisi dan adat resam kaum.

CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN MORAL Dalam memenuhi tugasan yang diberi iaitu membincangkan situasi di sekolah tempat saya mengajar.RATNAZURAINIE PG. MASRI TESL GROUP 1. guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan murid-murid yang bakal menjadi rakyat Malaysia mempunyai moral yang tinggi dan sekaligus dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Guru Pendidikan Moral juga perlu seiring dengan pembangunana sains dan teknologi serantau dan harus menekankan pembangunan akhlak. mempunyai daya tarikan yang dapat mendorong pelajar untuk bermotivasi mendengar dan melaksana ilmu yang dibina olehnya. moral dan jati diri di kalangan modal insan agar ilmu yang disampaikan terus mekar dengan keperibadaian mulia bagi menjamin kesejahteraan Negara kita. Para guru Pendidikan moral haruslah sentiasa segar dengan cirri-ciri guru yang cemerlang agar dapat menjayakan matlamat ini dengan cemerlang dan gemilang. 2011 JUNE INTAKE Page 16 .Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. saya ingin mengambil contoh salah seorang guru yang mengajar DK. GURU PENDIDIKAN MORAL Bagi merealisikan matlamat ini. Guru haruslah berketrampilan.

Sebagai contohnya. pemikiran dan emosi seseorang individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara semsa inidvidu lain amat mempengaruhi. Cara pembelajaran guru tersebut juga sentiasa mempengaruhi pelajar yang diajar di dalam kelas. personaliti dari aspek psikologi bermaksud corak tingkah laku. emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. 2011 JUNE INTAKE Page 17 . Personaliti yang baik wajiblah diterapkan di dalam diri sesorang guru itu sebagai seorang pendidik. Guru tersebut adalah seorang yang peramah. Personaliti boleh dikaji melalui tingkah laku. Nasihat dan teguran beliau amat berkesan bagi sebilangan pelajar-pelajar yang bermasalah di sekolah. Et. Murugian (1996) menghurakan bahawa personaliti sebagai perwatakan yang lahir daripada diri seseorang tanpa mengira pengaruh oleh factor persekitran.RATNAZURAINIE PG. saya pernah memerhati sesi pembelajaran beliau dimana cara pendekatan beliau mengajar amat menarik.2007. Menurut Prof. Personaliti yang ada para seorang guru menjamin kecermelangan pencapaian akademik secara meneluruh kerana personaliti yang baik dapat meningkatkan motivasi pelajar.all. senang didekati dan sentiasa mendengar keluahan pelajar dan memberikan respon yang positif kepada mereka. Guru tersebut mempunyai ciri-ciri personality yang amat menarik perhatian pelajar-pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran tersebut. Dr khadijah Rohani Mohd. DK. percakapan dan cara menyelesaikan masalah. MASRI TESL GROUP 1. Personaliti ini akan mengambarkan sifat keperibadian seseorang dan dikaitkan dengan perwatakan.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) matapelajaran Pendidikan Moral disekolah saya. Yunus. Cara beliau mendekati pelajar-pelajar adalah dengan mengurangkan jurang diantara murid dengan guru. Aspek psikologi digunakan untuk mencungkil minda pelajar untuk memberikan jalan penyelesaian untuk menangani masalah moral di kalangan pelajar amat dititikberatkan. Beliau memberikan contohcontoh aktiviti yang kurang bermoral dengan tayangan slide dan memberi contohcontoh yang perlu diperbaiki dengan cara mengatasinya diolah sendiri oleh pelajar. Personaliti seorang guru Pendidikan moral hendaklah ada perkaitan antara pemikiran.

Salah satu cabaran yang sekolah saya hadapi adalah sebilangan guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Moral ini terdiri daripada guru-guru yang tidak teras. Sepanjang penglibatan saya di sekolah ini. Walaupun guru diberikan kesediaan untuk mengajar murid dari segi pedagoginya. sukatan matapelajaran dan bimbingan-bimbingan tidak rasmi dari rakan sekeliling. kemantapan cara pendekatan dan strategi pengajaran akan ada kekangannya. pengkhususan mereka semasa di Maktab atau Institusi Perguruan adalah bukan dalam major atau minor guru yang dilantik mengajar matapelajaran tersebut. namun saya percaya untuk mengajar murid kearah nilai moral yang lebih tinggi hendaklah perlu diperincikan lagi dengan pengkhususan yang tepat iaitu guru-guru yang sememangnya mempunyai opsyen Pendidikan Moral semasa keberadaan mereka di institusi pendidikan. saya juga dapati di sekolah saya. Selain dari itu. Dalam kata erti lainnya. murid dan juga masyarakat sekeliling.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) CABARAN GURU PENDIDIKAN MORAL Bagi merealisikan impian Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pengajaran Pendidikan Moral disekolah.RATNAZURAINIE PG. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai cabaran yang tidak dapat dielakan dalam memastikan guru-guru Pendidikan Moral menyampaikan pendekatan pengajaran dan pengajaran di sekolah. MASRI TESL GROUP 1. Tidak dapat dinafikan kekurang sumber pengajaran pembelajaran ini berlaku dimanamana sekolah. Guru-guru ini hanya mempelajari cara pendekatan dengan membaca panduan guru. pelbagai usaha telah dijalankan bagi memantapkan lagi sokongan dan dorongan kepada guru-guru dalam memberikan contoh yang baik dikalangan guru. Buku teks juga banyak membantu guru-guru ini dalam memantapkan pengetahuan mereka dalam mengajar matapelajaran tersebut. kursus atau latihan kearah memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral amat kurang. 2011 JUNE INTAKE Page 18 . Dengan kekurangan sumber tenaga mengajar khusus untuk matapelajaran Pendidikan Moral ini. pendekatan kearah pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Moral kurang kemantapannya kerana mereka kurang faham cara pendekatan yang sebenar. guru-guru Pendidikan Moral hanya dihantar DK. Secara tidak langsung.

pada golongan mereka yang begitu taksub dengan informasi yang dikongsi. Setelah disoal siasat. Selain daripada isu ini. hasutan telah dihambur kepada semua guru dan ini amat menyakitkan pandangan mata saya. kes kononnya murid di tampar oleh guru sehingga menyebabkan muka pelajar tersebut lebam telah tersebar luas di dalam facebook dengan menyalahkan guru yang tidak ada dasar belas kasihan. Katakata makian. aplikasi-aplikasi smart phone seperti Whatsapp. Saya ambil sebagai contoh. Telegram. rupanya kejadian tidak lah seperti yang dijangka yang mana pelajar tersebut sebenarnya mempunyai arlegi kulit. Penggunaan jaringan internet. CADANGAN MENGATASI MASALAH/PENAMBAHBAIKAN DK. Selain dari itu. We Chat. 2011 JUNE INTAKE Page 19 . anakanak muda dengan mudah mendapat informasi dengan cepat dengan hanya menekan jari. Saya dapati ramai yang memberi tangkapan negatif terhadap isu yang disebarkan sehinggakan integriti guru diragukan diseluruh Sabah khasnya. kes buli dan juga peras ugut.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) sekali sahaja untuk berkursus secara berpusat kerana perubahan pengajaran KBSR ke KSSR.RATNAZURAINIE PG. Di zaman teknologi yang berkembang pesat ini. Isu-isu moral dewasa ini amat merisaukan setiap ibubapa terutamanya dalam penjagaan anak-anak mereka. MASRI TESL GROUP 1. Line dan sebagainya memudahkan lagi informasi sampai dengan pantas tanpa dapat ditapis. ada banyak lagi isu-isu yang tidak bermoral berlaku di sekolah saya seperti peras ugut. tidak ada khusus yang khas dalam pengendalian atau pemantapan pengajaran guru terutama di era yang serba mencabar ini dimana banyak kes kes tidak bermoral berluas-luasan ketika ini. banyak informasiinformasi yang dikongsi bersama rakan diragui kesahihnya. Di sini kita boleh lihat tanggapan tidak bermoral di kalangan masyarakat yang sentiasa menyalahkan guru tanpa soal siasat. Aplikasi Facebook sebagai contohnya. Bagi mereka yang pandai terfikir logiknya dan bagi mereka yang tidak mudah dipergaruhi mungkin akan berfikir berkali-kali adakah maklumat yang disebar dan dikongsi itu ada kebenarnya. pasti akan mendatangkan masalah dan secara tidak langsung akan melibatkan kemoralan yang tidak menentu atau yang tidak baik. Namun kes ini amat kecil kuantitinya berlaku di sekolah saya. Namun begitu.

Di antar usaha yang dijalankan oleh Ketua Panitia dan ahlinya adalah dengan perbincangan dengan Guru Besar dan juga pegawai yang bertanggungjawab dalam penempatan guru peringkat Daerah untuk menambah sumber pengajaran dan pembelajaran mengikut opsyen yang diperlukan. membuat model-model rumah ibadah. Selain itu.RATNAZURAINIE PG. membuat poster kesedaran Moral dan juga membuat persembahan powerpoint dengan mencari informasi dijaringan internet mengikut tajuk yang diajari. MASRI TESL GROUP 1.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) Dalam mengatasi masalah yang saya nyatakan di atas. Guru-guru juga perlu mempelbagaikan aktviti pertandingan di kalangan pelajar bagi menambah bahan pembelajaran seperti pertandingan membuat buku skrap. buku-buku rujukan. Latihan dalam perkhidmatan. Penempatan semula guru (redeployment) perlu menitikberatkan keseimbangan guru yang ditempatkan di setiap sekolah agar opsyen yang dipilih adalah seimbang di setiap sekolah. 2011 JUNE INTAKE Page 20 . Ketua Panitia juga mencadangkan agar latihan dan bengkel berkaitan dengan Pengajaran Pendidikan Moral perlu ditambah dari masa ke semasa memandangkan mata pelajaran Pendidikan Moral amat penting dalam menerapkan nilai-nilai moral dikalangan pelajar. Selain dari itu. Ketua Panitia Pendidikan Moral sekolah telah mencadangkan pelbagai usaha dalam memantapkan ahli panitianya untuk menaiktaraf pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral. Di antara cadangan-cadangan yang mungkin dapat dilaksanakan di sekolah adalah dengan mengadakan bilik khas untuk Pendidikan Moral. hasil kerja murid dan juga sesi perjumpaan murid dengan DK. perbincangan profesional dan bengkel-bengkel ini akan dapat membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan moral. Bilik ini akan diletakkan segala informasi. Bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral juga perlu diperbanyakkan dan dipelbagaikan. Guru-guru Pendidikan Moral perlu bersatu hati baagi menyediakan bahan penagjaran dan pembelajaran bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. sebilangan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral adalah dikalangan guru yang bukan opsyen.

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Tanggungjawab guru Pendidikan Moral merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar kearah usaha yang berterusan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek.RATNAZURAINIE PG. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan. mempelbagaikan aktviti yang menarik minat murid dan ‘portable’ untuk senang dibawa kesana sini. 2011 JUNE INTAKE Page 21 . seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan bidang masing-masing. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. berakhlak mulia. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. berketrampilan. Bagi menanggani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut. DK. khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) guru-guru Pendidikan Moral. Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini semakin lama semakin berat untuk ditanggung dengan adanya pengurusan pentadbiran yang semakin tinggi terutamanya dalam pengurusan menggunakan ‘online’. guru-guru perlu menyediakan suasana embelajaran yang selesa dan kondusif seperti menyediakan alat bantu mengajar yang menarik. Susun atur bilik tersebut perlulah di susun dengan kreatif dan selesa dan senang dikunjungi oleh semua pelajar. menambah ilmu dan kemahiran melalui epembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. membuat refleksi kendiri. rohani. KESIMPULAN Menjadi guru Pendidikan Moral dewasa kini tidaklah semudah yang disangka. perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi. MASRI TESL GROUP 1. memupuk budaya ilmu. Selain dari itu.

Pembinaan kekuatan dalaman ini akan lebih mudah DK. Perkara ini menjadi lebih kritikal dalam era globalisasi. Hal ini kerana. pendidikan dilihat sebagai satu wadah yang amat berkuasa untuk merealisasikannya. peranan yang dimainkan guru memberikan impak yang besar buat semua individu. 2011 JUNE INTAKE Page 22 . Kerohanian yang mantap dan suci akan melahirkan akal yang sihat. Bagi merealisikan matlamat ini. Prinsip pertama dalam Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan. Faktor kepercayaan kepada agama merupakan perkara utama yang harus ditekankan oleh guru Pendidikan Moral kepada murid-murid.RATNAZURAINIE PG.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) Dengan itu. MASRI TESL GROUP 1. Oleh itu. kehidupan yang begitu mementingkan materialistik. Oleh itu. reformasi pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenar Dalam usaha untuk mencapai kesepaduan antara kaum dan semangat bersatu padu tanpa berbelah bahagi. teknologi dan hiburan dapat menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian melalui pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa mengharapkan agar pihak sekolah dan juga guru dapat meningkatkan kepercayaan anak-anak mereka kepada Tuhan dan agama. jasmani yang cergas dan sahsiah yang terpuji dalam kalangan murid. peranan guru sangat penting dalam membentuk modal insan cemerlang. guru Pendidikan Moral sememangnya memainkan peranan penting kerana mereka adalah guru yang mengajar secara langsung tentang amalan murni dan nilai patriotik di sekolah.

raja dan pemimpin. sistem Raja Berpelembagaan dan Majlis Raja-Raja. guru boleh membuat lawatan sambil belajar ke Muzium Negara dan Perpustakaan Negara bagi mencari maklumat. Contohnya. Demi memberi kesan yang lebih baik. Justeru. kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. murid-murid akan mengenali dan menghormati institusi raja yang terdapat di Malaysia. Guru sebagai penyampai ilmu (Mu’allim). Prinsip ketiga adalah Keluhuran Perlembagaan. Justeru.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) dilaksanakan jika guru melaksanakan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan modal insan. institusi raja tidak boleh dicemari. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Di peringkat negeri pula. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan. Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. perlu mendedahkan kepentingan mengenali dan hormati institusi raja dengan memberi pendedahan tentang Sejarah Kesultanan Melayu. Guru perlu menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni tersebut dengan menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu. Dengan demikian. menimbulkan perasaan kasih sayang terhadap pemimpin. diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali. kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia. MASRI TESL GROUP 1. 2011 JUNE INTAKE Page 23 . Guru juga perlu membimbing murid membuat peta minda tentang peranan dan fungsi raja dalam sistem pemerintahan negara supaya mereka sedar besarnya peranan pemerintahan raja pada kerajaan Melayu lama. Murid-murid juga perlu memikirkan kesan terhadap dunia ini sekiranya mereka tidak menyayangi dan taat kepada negara. Prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. kerjasama. Di samping itu murid dapat merehatkan fikiran dengan menyaksikan barang-barang bersejarah agar dapat menimbulkan perasaan bangga dengan sistem pemerintahan yang terdapat di Malaysia.RATNAZURAINIE PG. DK. raja dan negara dan kesan-kesan negatif andainya perasaan tersebut diabaikan seperti berlakunya rusuhan dan negara tidak akan aman sekiranya perasaan sayang pada negara tidak wujud.

2011 JUNE INTAKE Page 24 . Guru juga haruslah sentiasa meningkatkan amalan pedagogi dalam pengajaran. sesuai dengan ragam murid yang pelbagai. Guru Mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilainilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. mereka tetap menjadi perhatian masyarakat. Apa sahaja yang dipakai. maka tidak mustahil jika ia berkembang ke arah yang lebih baik pada masa hadapan. Dalam hal ini. guru Pendidikan Moral boleh memulakannya dengan perkaran yang kecil dan mudah sahaja contohnya sentiasa menggalakkan murid-murid untuk mengikuti peraturan sekolah seperti hadir ke sekolah tepat pada masanya dan tidak membuang sampah merata-rata. Prinsip keempat ialah Kedaulatan Undang-undang. Melalui aktiviti main peranan. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling wajar digunakan oleh pelajar semasa berkomunikasi dengan bangsa lain di Malaysia tambahan pula kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Penggunaan bahasa yang sama antara kaum lain dapat memupuk semangat perpaduan kaum yang jitu selain dapat meningkatkan lagi semangat cinta akan tanah air. secara tidak langsung murid-murid sendiri dapat mengamalkan peraturan sekolah dengan lebih berintegriti. Antara perkara yang boleh dipraktikkan oleh guru ialah menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam pertuturan seharian.RATNAZURAINIE PG. Kedaulatan undangundang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum. dilakukan atau ke mana sahaja guru pergi. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya. guru bolehlah memainkan peranannya sebagai Mu’addib iaitu sebagai pendidik adab dan budi pekerti dalam aktiviti ini. diperkatakan.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) Sebagai guru Pendidikan Moral. Guru sentiasa menjadi perhatian umum dari hujung rambut ke hujung kaki. guru berusaha memastikan adab dan budi pekertinya adalah ditahap yang cemerlang. Walaupun hal ini kedengaran tidak penting. Dalam mendidik murid untuk sentiasa menjadi warganegara yang sentiasa mengamalkan peraturan dalam kehidupan seharian. Guru mewujudkan situasi perayaan Deepavali. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah akibat pengajaran guru yang tidak memberangsangkan. Prinsip kelima ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Kepelbagaian dalam cara mengajar membolehkan murid terus fokus dan tidak bosan serta objektif pembelajaran yang dirancang juga dapat dicapai. Guru mengarahkan beberapa murid DK. gender mahupun kedudukan. MASRI TESL GROUP 1. namun apabila kita menerapkan murid dengan asas yang kukuh. guru perlu menegaskan tentang kepentingan kesepaduan antara kaum yang sentiasa menjadi perkara asas dalam membina kerukunan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Guru mu’addib adalah guru yang mengajarkan adab dan budi pekerti.

Penerapan adab budi pekerti melayan tetamu dan hormat menghormati amat ditekankan dalam aktiviti main peranan.RATNAZURAINIE PG. Dalam aktiviti ini akan memainkan ramai pelajar bagi mewujudkan suasana sebenar sesuatu perayaan. MASRI TESL GROUP 1. 2011 JUNE INTAKE Page 25 . DK. Cara meminta maaf ketika hari perayaan agama juga akan ditekankan agar murid memahami pentingnya saling memaafkan antara satu sama lain.Pentaksiran dan Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah (ELM 3033E) memainkan peranan sebagai tuan rumah dan tetamu yang datang ke rumah untuk beraya bersama-sama.