You are on page 1of 1

Yang berusaha, Pn Siti Habsah binti Ahmad, PK Kurikulum, Pn Jamilah binti Arifin, PK Hal Ehwal Murid,

Encik Ahmaf Fuadi bin Sarham, PK Kokurikulum, rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi
sekalian. Assalamualaikum wbt dan Salam Selamat 1 Malaysia.
Sebelum cikgu teruskan dengan ucapan, cikgu ingin memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini
iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Cikgu Ahmad Musrizuan bin Daud


Cikgu Saifullah bin Mat Saupi
Teacher Rosmizawati binti Yusub
Cikgu Juli binti Mahbah
Cikgu Halimatun Saadiah binti Hassan
Ustazah Nor Fairuzah binti Ahmad Ramli
Ustazah Norshakila binti Rusly
dan cikgu sendiri, Cikgu Khaironnajmi binti Haron

sekiranya terdapat sebarang masalah, sila berjumpa dengan guru-guru yang telah cikgu perkenalkan tadi.
Tema pada minggu ini ialah Tanggungjawab Sebagai Seorang Pelajar.
Merujuk kepada Kamus Dewan, tanggungjawab membawa erti sesuatu kerja atau tugas yg MESTI
dilakukan; kewajipan. Oleh itu, tema kali ini merujuk kepada kewajipan kamu sebagai seorang murid.
Tanggungjawab murid sebenarnya sangat meluas merangkumi tanggungjawab kepada Tuhan, ibubapa,
guru,rakan, masyarakat dan negara. Oleh kerana kita berada di sekolah, cikgu ingin menekankan tentang
sebahagian daripada tanggungjawab kamu terhadap guru.
1.
2.

Sentiasa mempunyai perwatakan diri yang berdisiplin, bersopan, jujur dan baik.
Menghormati guru-guru.

3.

Sedia membantu guru-guru dalam menjalankan tugas-tugas yang berhubung dengan akiviti-aktiviti
sekolah.

4.

Memberi ucapan salam apabila berjumpa guru.

5.

Sentiasa berpakaian kemas, rapi, bersih dan lengkap.

6.

Rajin belajar dan membuat tugasan sekolah.

Semua murid diminta mengeluarkan buku info/buku catatan dan bersedia untuk LAWAD hari ini,
BM
:
BI
:
BA
:
Pengumuman untuk hari ini:
Program PEP TALK ditangguhkan

You might also like