APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PROTOKOL?

Perkataan ³protokol´ sebenarnya berasal daripada perkataan Yunani, iaitu Protos bermaksud µyang pertama¶ dan kola bermaksud µpelekat¶. Keadaan ini merujuk sehelai kertas yang ditampalkan kepada satu dokumen undang -undang untuk memperlihatkan kesahihannya. Mengikut Kamus Dewan, protokol bermaksud µsurat-surat rasmi berkenaan keputusan perundingan (persetujuan) dan seba gainya¶. Istilah ini juga dirujuk kepada peraturan -peraturan dalam istiadat rasmi seperti sambutan tetamu dan sebagainya. Protokol juga dirujuk ketika etika sosial yang merangkumi peraturan tingkahlaku yang betul pada tempat dan masanya. Secara umumnya, istilah protokol bermaksud µperaturan -peraturan yang diterima oleh semua pihak sama ada dalam perhubungan seharian dalam masyarakat atau dalam pelbagai istiadat atau majlis rasmi dan tidak rasmi¶. Protokol mempunyai tiga komponen penting iaitu : 1. Susunan keutamaan 2. Anugerah darjah kebesaran 3. Susunan tempat duduk

SUSUNAN KEUTAMAAN
Senarai yang disusun mengikut kedudukan kekananan antara pelbagai golongan masyarakat termasuk pegawai kerajaan, bukan pegawai kerajaan dan orang awam.

Kepentingan Susunan Keutamaan

Menyusun tempat duduk Menyusun atur cara majlis Tertib ketibaan tetamu kenamaan Tertib kepulangan tetamu Penyampaian ucapan Pengacaraan majlis Susunan bendera

Asas Menentukan Susunan Keutamaan

Pegawai Kerajaan Jenis jawatan yang disandang Gred jawatan Anugerah kebesaran Bukan Pegawai Kerajaan Anugerah kebesaran Kedudukan dalam masyarakat

Dari segi protokol, keutamaan yang perlu diikuti dalam majlis rasmi dan formal ialah keutamaan yang diwartakan sebagai Susunan Keutamaan Persekutuan dengan pindaan -pindaan yang telah diluluskan dari semasa ke semasa. Di peringkat negeri pula hendaklah mematuhi Susunan Keutamaan Negeri yang berkenaan. Susunan ini hendaklah diamalkan di semua majlis formal seperti aturan ketibaan da n balik, tempat duduk, teks juruacara, teks ucapan clan lain lainnya. 1. Yang di-Pertuan Agong. 2. Raja Permaisuri Agong. 3. Raja-raja dan Pemangku-Pemangku Raja. 4. Yang di-Pertua Negeri-Negeri. 5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan DiRaja daripada Kerajaan Persekutuan. 6. Perdana Menteri. 7. Timbalan Perdana Menteri Kehormat- 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota atau Raja Muda) 8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.). 9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.). 10 .Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.). Kehormat-10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan. 11. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. 12. Yang di-Pertua Dewan Negara. 13. Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

14. Bekas-bekas Perdana Menteri. 15. Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri. 16. Ahli-ahli Jemaah Menteri. 17. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara. Kehormat-17 A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri. 18. Peguam Negara. 19. Panglima Angkatan Tentera. 20. Ketua Polis Negara. 21. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 22. Timbalan- Timbalan Menteri. 23. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di -Pertua Dewan Rakyat. 24. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang Mutlak, Pemangku-Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha. 25. Presiden Mahkamah Rayuan. 26. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya. 27. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak . 28. Ketua Pembangkang di Parlimen. 29. Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan. 30. Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan. 31. Setiausaha-Setiausaha Parlimen. 32. Bekas Ketua Setiausaha Negara. 33. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus I, II den III. 34. Bekas Peguam Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera den Bekas Ketua Polis Negara. 35. Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. 36. Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi. 37. Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam. 38. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman. 39. Ketua Audit Negara. 40. Gabenor Bank Negara.

41. Datuk Bandar Kuala Lumpur. 42. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan. 43. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 44. Penyimpan Mohar Besar Raja-Raja. 45. Datuk Paduka Maharaja Lela. 46. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.). 47. Ahli-ahliPanglima Setia Mahkota (P.S.M.). 48. Profesor-Profesor Diraja. 49. Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.). 50. Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.). Kehormat-50A. Timbalan- Timbalan Menteri Besar/Timbalan - Timbalan Ketua Menteri. Kehormat-50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri. 51. Ahli-ahli Dewan Negara. 52. Ahli-ahli Dewan Rakyat. 53. Pegawai-pegawai Gred Utama 'A' dan pegawai -pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya. 54. Panglima Tentera Darat. 55. Panglima Tentera Laut. 56. Panglima Tentera Udara. 57. Timbalan Ketua Polis Negara. 58. Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian. 59. Naib-Naib Canselor Universiti. Kehormat-59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri danMenteri Negeri di Sabah/Sarawak. 60. Pegawai-pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai -pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya. 61. Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua Ketua BadanBerkanun Persekutuan yang setaraf de ngan Gred Utama 'B' dan ke atas Kehormat-61 A. Penerima Anugerah 'Fellow' Negara. 62. Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu. 63. Pegawai-pegawai Gred Utama 'C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya. Kehormat-63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

64. Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.). 65. Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.). 66. Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.). 67. Pegawai-pegawai Gred I, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya. 68. Setiausaha-Setiausaha Politik. 69. Pegawai-pegawai Gred II den Pegawai -pegawai Tentera den Polis yang setaraf dengannya. 70. Konsul-Konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia.

ANUGERAH DARJAH KEBESARAN
A) Susunan Keutamaan Darjah -Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang Dan PingatPingat Persekutuan

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa Darjah Kerabat Di Raja Malaysia

Huruf Ringkas S.P. D.K.M. D.M.N. S.M.N. S.S.M. D.B. P.M.N. P.S.M. P.J.N. P.S.D. J.M.N. J.S.M. J.S.D. K.M.N. K.S.D. A.M.N.

Tarikh Zahir 29.07.1960 14.04.1966 16.08.1958 16.08.1958 15.04.1966 26.06.1975 16.08.1958 15.04.1966 01.06.1995 03.09.1965 16.08.1958 05.04.1966 03.09.1965 16.08.1958 07.01.1993 16.08.1958

Darjah Utama Seri Mahkota Negara Seri Maharaja Mangku Negara Seri Setia Mahkota Malaysia Darjah Bakti Panglima Mangku Negara Panglima Setia Mahkota Panglima Jasa Negara Panglima Setia Di Raja Johan Mangku Negara Johan Setia Mahkota Johan Setia Di Raja Kesateria Mangku Negara Kesatria Setia Di Raja Ahli Mangku Negara

17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28.

Pingat Pangkuan Negara Bentara Setia Di Raja Panglima Gagah Berani Jasa Perkasa Persekutuan Pingat Tentera Udara Pingat Kebaktian Pingat Khidmat Berbakti Pingat Perkhidmatan Am Kepujian Perutusan Keberanian Pingat Perkhidmatan Setia Pingat Peringatan Malaysia Pingat-Pingat Pertabalan

P.P.N. B.S.D. P.G.B. J.P.P. P.T.U. P.K. P.K.B. P.P.A. K.P.K. P.P.S. P.P.M.

09.08.1960 03.09.1965 29.07.1960 29.07.1960 17.07.1968 29.07.1960 29.07.1960 08.06.1967 29.07.1960 29.07.1960 19.09.1965

B) Gelaran Kehormat BIL 1. ANUGERAH Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) GELARAN Lelaki: Tun Perempuan: Tun Isteri: Toh Puan Suami: Tiada 2. Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M.) Lelaki: Tun Perempuan: Tun Isteri: Toh Puan Suami: Tiada 3. Panglima Mangku Negera (P.M.N.) Lelaki: Tan Sri Tan Sri

Perempuan: Isteri: Suami: 4. Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) Lelaki:

Puan Sri Tiada Tan Sri Tan Sri

Perempuan: Isteri: Suami: Tiada

Puan Sri

5.

Panglima Jasa Negara (P.J.N.)

Lelaki: Datuk Perempuan: Datuk Isteri: Datin Suami: Tiada

6.

Panglima Setia Di Raja (P.S.D.)

Lelaki: Datuk Perempuan: Datuk Isteri: Datin Suami: Tiada

SUSUNAN TEMPAT DUDUK

Dalam majlis rasmi dan formal susunan tempat duduk mesti mematuhi susunan keutamaan yang diwartakan. Jika majlis diadakan di negeri dan tetamunya pula terdiri daripada tetamu persekutuan dan negeri maka satu persetujuan hendaklah dicapai antara Protokol Pe rsekutuan dan Protokol Negeri mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan. Dalam apa jua majlis kecuali Majlis Konvokesyen Universiti dan jamuan makan tetamu yang duduk di pentas atau meja khas hendaklah dihadkan.

Penentuan Susunan Tempat Duduk

1. 2. 3.

Bentuk-bentuk susunan tempat duduk. Susunan Keutamaan Dif-dif paling hampir sekali dengan Tetamu Khas ialah dif terkanan. Kekananan bermula dari kanan Tetamu Khas.

4. 5. 6. 7.

Susunan tempat duduk di pentas dan dif -dif hendaklah mengikut kekananan. Pentas utama ± acara perasmian dsb. Majlis jamuan rasmi Jumlah ganjil atau genap

8. 9. 10.

Hadkan 3 , 5 , 7 | 4 , 6 , 8 Perhatian berpusat ke Tetamu Kehormat Dif yang paling hampir dengan Tetamu Khas ialah dif yang paling utama sekali.

11.

Keutamaan bermula dari kanan tetam u kehormat.

Prinsip Susunan

Prinsip 1

SUSUNAN HENDAKLAH MENGIKUT KEUTAMAAN

1. 2.

Susunan tempat duduk sama ada di pentas khas atau di tempat para jemputan ianya hendaklah mengikut Susunan Keutamaan. Jika jemputan tanpa isteri, keutamaan di pentas khas bermula dari kanan Tetamu Khas diikuti dengan kiri, balik ke kanan, ke kiri dan seterusnya berselang seli.

3.

Bagi jemputan bersama isteri, kekananan bermula dari kanan Tetamu Khas membawa ke tepi (suami/lelaki) dari kiri isteri Tetamu Khas membawa ke tepi (isteri/perempuan)

Prinsip 2

JUMLAH DIF DI PENTAS KHAS HENDAKLAH TERHAD 1. 2. Jemputan seorang ± jumlahnya angka ganjil 5, 7 dan 9. Jemputan dengan isteri ± jumlahnya angka genap 6, 8, 10 dan 12

Perinsip ini diwujudkan bertujuan untuk memberi penghormatan dan tumpuan kepada mereka yang berkenaan/berkaitan sahaja

Prinsip 3

TUAN RUMAH ATAU µHOST¶ DUDUK DI SEBELAH KANAN TETAMU KEHORMAT

Tuan

Rumah

biasanya

dikenali

sebagai

orang

yang

menjemput

atau

bertanggungjawab menganjurkan sesuatu majlis atau upacara.

Prinsip 4

ISTERI DUDUK DI SEBELAH KIRI SUAMI

1.

Prinsip ini adalah amalan biasa dalam apa jua majlis apabila para jemputan dijemput bersama isteri.

2.

Kedudukan isteri sama ada majlis siang atau malam ialah isteri duduk di sebelah kiri suami kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.

Kekananan Bagi Empat Orang

3

1

2

4

PENTAS

Kekananan Bagi Empat Orang Dengan Isteri

3

1

2

4

PENTAS

Kekananan Bagi Lima Orang

4

2

1

3

5

PENTAS

Kekananan Bagi Enam Orang Dengan Isteri

5

3

1
PENTAS

2

4

6

Bentuk Susunan Meja Majlis Jamuan

Terbahagi kepada 4: 1. Susunan Meja Panjang 2. Susunan Meja Bulat 3. Susunan Meja Gabungan Meja Panjang dan Meja Bulat 4. Susunan Meja Gabungan Meja Bulat dan Meja Panjang

Prinsip Am Meja Jamuan y

Tuan Rumah di sebelah kiri Tetamu Kehormat yang lebih tinggi dan sebaliknya sekiranya setaraf

y y y

Wanita tidak duduk di hujung meja diRaja/khas Wanita tidak duduk mengetuai meja -meja panjang Meja bulat hendaklah penuh kecuali diha diri oleh SPBYDA/Raja-raja, dua kerusi di hadapannya hendaklah dikosongkan dan meja berhampiran diubahsuai untuk elak tetamu lain membelakangi tetamu utama

PENGENDALIAN MAJLIS RASMI

Apakah itu majlis rasmi?

Suatu majlis formal yang mengandungi tatacara d an protokol yang perlu diikuti. Beberapa majlis rasmi akan diadakan dari semasa ke semasa oleh sekolah pada setiap tahun. Majlis-majlis rasmi tersebut diadakan sama ada berkaitan dengan gerak kerja kokurikulum, kurikulum dan PIBG.
Contoh-contoh majils rasmi.

Sukan Tahunan, Perkhemahan Unit Beruniform, Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, perjumpaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Motivasi Ibu Bapa, Mesyuarat Agung PIBG. Antara tetamu kehormat yang dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut ialah mente ri, wakil rakyat, pegawai kerajaan daripada Kementrian dan sebagainya.
Antara ketidaksempurnaan sering berlaku dalam Majlis Rasmi

1. Kedudukan tetamu kehormat dan tetamu tidak teratur 2. Perubahan tetamu kehormat di saat akhir. 3. Terlalu ramai tetamu yang berada di ataas pentas. 4. Juruacara atau pengerusi majlis tersasul menyebut pangkat, gelaran atau nama tetamu kehormat.

5. Juruacara tidak menyebut nama tetamu mengikut urutan kekananan yang sepatutnya. 6. Juruacara sering tersasul atau teragak -agak tentang atur cara majlis 7. Pembesar suara tidak berfungsi dengan sempurna. 8. Dulang atau alas hadian tidak disediakan. 9. Majlis penerimaan hadiah kelam -kabut seperti pemenang atau penerima hadiah tidak teratur naik ke pentas, pemenang lambat naik ke pent as dan sebagainya. 10.Petunjukan kelam-kabut dan dilaksanakan dengan tidak sempurna.

CARA-CARA MENGIBARKAN BENDERA

Bendera adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Oleh yang demikian menaikkan dan menurunkannya hendaklah dalam keadaan dan cara yang sopan. Cara-cara yang sesuai ialah:1. Sebelum menaikkan bendera ujilah tali temali bendera terlebih dahulu bagi memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau melampai tidak tentu kibarannya. 2. Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik. 3. Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas. 4. Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu perlahan lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya semula keseparuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudian menurunkannya terus. 5. Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya. 6. Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah. 7. Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya. 8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan sebagai memberi kehormatan negara seperti menutup keranda dalam Istiadat Pemakaman/Pengkebumian Negara. 9. Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai bendera yang uzur. Bendera yang uzur hendaklah dikibarkan kerana pengibarannya menunjukkan tanda tidak hormat. Ianya hendaklah

dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah dengan membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful