You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

TUGASAN PROJEK

PROGRAM: PPG

NAMA PELAJAR:

KOD KURSUS DAN NAMA KURSUS:


BMM3033E :
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH.

SEMESTER: 8
(AMB. FEBRUARI 2013)

TARIKH MULA

20 FEBRUARI 2016

TARIKH HANTAR

26 MAC 2016

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian.
2. Menjelaskan aras taksonomi Bloom, dan domain aras Krathwohl.
3. Membina jadual spesifikasi ujian, soalan ujian Bahasa Melayu dan analisis item.
4. Membina instrumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mata pelajaran Bahasa
Melayu.
5. Menilai keberkesanan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu.
Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 3, dan 4.
Objektif Projek:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1.

Membincangkan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian secara kritis dalam


bentuk esei dan pengurusan grafik.

2.

Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu.

3.

Membina instrumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Tugasan Projek
Pentaksiran hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran, bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia
merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi
pelajar.
Di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah pentaksiran digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.
Tugasan 1: (Tugasan Individu) 35%
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan perbezaan beserta contoh konsep pentaksiran,
penilaian, pengukuran dan pengujian dalam bentuk esei dan pengurusan grafik.
Tugasan 2: (Individu) 35%
Dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu
mana-mana tahun sekolah rendah:
a. Bina satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi peperiksaan pertengahan tahun Bahasa
Melayu yang mengandungi 30 item soalan objektif. (15%)
b. Bina soalan berdasarkan JSU tersebut. (20%)
Tugasan 3: (Kumpulan 3 orang) 20%
Dengan merujuk kepada tahap penguasaan (tahap 1 hingga 6) dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran BM, pilih satu standard pembelajaran dan bina instrumen
pentaksiran bagi mencapai setiap satu tahap tersebut.
Tugasan 4: (Kumpulan 3 orang) -10%
Membentang instrumen pentaksiran (Tugasan 3) selama 30 minit.
Panduan Pelaksanaan Projek
1.
2.
3.

4.
5.
6.

Tugasan projek ini merupakan tugasan individu.


Tugasan projek perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
3.1
Fon Arial
3.2
Saiz huruf ialah 11 poin
3.3
Langkau 1.5 baris
3.4
Rujukan mengikut APA (American Psychological Association)
Senaraikan sumber rujukan/bibliografi.
Anda hendaklah sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka
depan tugasan anda.
Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
i
Nama Pelajar
ii
Angka Giliran
iii
Nombor Kad Pengenalan
iv
Kumpulan/Unit
v
Kod dan Nama Kursus

vi
vii
viii

Tajuk Tugasan Projek


Nama Pensyarah Kursus
Tarikh Hantar

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:


1.
2.
3.
4.
5

Liputan isi kandungan yang menyeluruh dan terperinci.


Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
Penulisan akademik harus menunjukkan kegramatisan bahasa, kematangan hujah
dalam menterjemahkan maklumat kritikal dan analitikal.

Tugasan disediakan oleh:

Disahkan oleh:

Disemak oleh:
(Pakar Bidang/SME)