You are on page 1of 33

Tajuk Kajian

KAJIAN DAN ANALISIS TERHADAP CAMPURAN PEMASARAN


YANG DIAMALKAN OLEH SONY CORPORATION
Pengajian Perniagaan 946/4

Oleh:
NUR FARHANA BINTI ZAILAN
NO. KP: 96226 66 5012
SM1108 / 1021
4 OGOS 2015

Sekolah Menengah Teknik Melaka


Bukit Piatu
75150 MELAKA

ISI KANDUNGAN :

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.

Abstrak

2.

Pengenalan

3.

Objektif kajian

4.

Latar belakang kajian

5.

Lokasi kajian

6.

Kaedah kajian

7.

Dapatan kajian dan Perbincangan

8.

Penutup

22

9.

Rujukan

23

10.

Lampiran

24 - 32

8 22

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji bentuk campuran pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat
SONY Corporation . Syarikat ini mengeluarkan produk yang berasaskan elektronik seperti telefone bimbit ,
computer riba , televisyen , radio dan sebagainya . Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen
pemasaran yang boleh dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan
maklumbalas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran . Dengan menggunakan elemen - elemen di dalam
campuran pemasaran , firma boleh melakukan aktiviti - aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan
terhadap produknya . Empat tersebut ialah produk , penetapan harga , pengedaran atau pengagihan dan
promosi atau lebih dikenali sebagai 4 P ( product , price , place and promotion ) .
Sony Corporation adalah sebuah syarikat multinasional yang berkeupaya untuk mengembangkan
syarikat mereka seluruh negara . Pengkaji telah mengkaji syarikat ini berpandukan kepada objektif ini ,
pertama untuk mengetahui kelebaran , kedalaman dan juga attribute produk SONY . Kedua mengakaji
bentuk pemasaran yang digunakan oleh syarikat SONY Corporation dan ketiga untuk mengkaji kadah
promosi yang digunakan oleh syarikat tersebut dalam melangsungkan produk mereka keserata dunia .
Sony Corporation telah menggunakan teknologi semasa dan juga kaedah sains yang terkini dalam
mengeluarkan produk mereka agar dapat menyaingi produk keluaran elektronik lain seperti APPLE . CO ,
SAMSUNG , LG , NOKIA , MOTOROLA dan sebagainya. Syarikat ini telah mengeluarkan pelbagai produk
elektronik dari televisyen, pemain dvd , komputer riba , telefon bimbit , pemain audio , perakam audio dan
sebagainya . Sebagai contoh televisyen keluaran SONY BRAVIA berupaya untuk menjadi televisyen internet
dengan menyambungkan cable internet kepada televisyen tersebut dan terus menjadi internet tv .
Pengedaran dan pengagihan SONY adalah amat sistematik dan berfokus . SONY telah
mengfokuskan kepada ibu pejabat mereka di Tokyo , Jepun dan mengembangkan syarikat mereka melalui
ibu pejabat mereka . Sebelum mereka mula bertapak dengan membuka sebuah syarikat caawangan mereka di
Malaysia mereka telah datang ke Malaysia dan memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan dan juga
bakal pelanggan syarikat mereka disini. Selepas beberapa tahun perdana menteri kita iaitu Tun Mahathir
telah bersetuju dan mengadakan perjanjian dengan syarikat SONY untuk membuka syarikat cawangan
mereka disini . Selepas cawangan dibuka mereka melihat bahawa Malaysia berpontensi untuk membawa
nama syarikat SONY dan bersetuju untuk membuka kilang pemasangan mereka disini .
Promosi SONY Corporation adalah lebih kepada promosi jualan, publisiti dan pengiklanan dari
bentuk media, akhbar, papan kenyataan dan sebagainya . Namun dalam proses promosi ini SONY amat
menitik beratkan soal bentuk geografidan sosiobuday sesebuah negara bagi mengelakkan segala perselisihan
faham diantara iklan yang ingin disampaikan kepada pelanggan mereka dan juga bakal pelanggan . Agar
mereka lebih memelih produk eletronik mereka berbanding produk elektronik lain .

1.0 PENGENALAN :
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji bentuk campuran pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat
SONY Corporation . Syarikat ini mengeluarkan produk yang berasaskan elektronik seperti telefone bimbit,
computer riba, televisyen, radio dan sebagainya . Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen
pemasaran yang boleh dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan
maklum balas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran . Dengan menggunakan elemen - elemen di dalam
campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan
terhadap produknya . Empat tersebut ialah produk , penetapan harga , pengedaran atau pengagihan dan
promosi atau lebih dikenali sebagai 4 P ( product , price , place and promotion ) .
Produk merupakan apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian , pemilikan dan
penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan, samada barangan atau perkhidmatan
( Menurut Stark , John , 2015 ) . Syarikat SONY Corporation merupakan sebuah syarikat yang
mengeluarkan produk yang berasaskan elektronik bagi memudahkan pengguna mereka untuk menggunakan
produk mereka sebagai memudahkan tugas mereka , berhubung dengan orang dan juga sebagai salah satu
alat untuk melegakan stress dengan menonton televisyen keluaran mereka dan sebagainya . Syarikat SONY
Corporation mengeluarkan produk berpandukan kepada aspek berikut iaitu untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna . SONY Mobile Communication , SONY Computer Entertainment , SONY Pictures
Entertainment dan SONY Music Entertainment berikut merupakan kelebaran produk yang paling banyak
menyumbang dalam membentuk dan juga mengembangkan SyARIKAT SONY Corporation dengan lebih
meluas lagi .
Pengedaran atau pengagihan merupakan satu set organisasi yang saling bergantungan dan terlibat di
dalam proses pembuatan produk untuk kegunaan pengguna akhir atau pengguna perniagaan ( Menurut
Kotler , Philip ; Gary Armstrong , 1989 ) . Syarikat SONY Corporation mempunyai sebuah institusi yang
sangat teguh di Tokyo , Japan . Namun pasaran mereka bertumpu kepada peringkat antarabangsa . Oleh itu ,
pengusaha Syarikat SONY Corporation telah mengambil keputusan dengan melancarkan produk produk
mereka keserata dunia bagi melariskan produk mereka justeru telah membuahkan hasil dan mereka telah
berjaya membina cawangan - cawangan kecil Syarikat SONY Corporation. Ini telah memudakan lagi proses
pengagihan dan pengedaran produk kepada setiap pengguna diserata dunia .
Harga adalah sejumlah wang , kuantiti atau pampasan yang dikenakan atau diberikan untuk
membayar atau mendapatkan sesuatu produk atau perkhidmatan ( Menurut Milton Friedman , 1976 ) .
Seperti Syarikat SONY Corporation oleh kerana terdapat banyak pesaingnya dalam industri elektronik ini .
Mereka bersikap focus dengan setiap keluaran produk mereka dan menawarkan harga yang patut . Harga
produknya tidak terlalu rendah atau tinggi bagi mengekalkan imej keluaran produk mereka dan juga
bertujuan untuk memudahkan pengguna mentafsir harga dan membeli barang sesuai dengan kehendak
mereka atau keperluan mereka sendiri .
Promosi merupakan bentuk - bentuk atau kaedah - kaedah komunikasi yang digunakan untuk
memberitahu , mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu produk yang dikeluarkan
ataupun dijual oleh sesebuah syarikat ( Menurut MacCarthy , JeromeE . 1964 ) . Kaedah-kaedah promosi ini
terdiri daripada pengiklanan , promosi jualan , publisiti dan jualan persendirian . Syarikat SONY
Corporation melancarkan pelbagai promosi bagi menarik perhatian pengguna dengan adanya pesaing lain
yang mengeluarkan produk yang juga berasaskan elektornik sama seperti SONY iaitu SAMSUNG ,
MOTOROLA , NOKIA , APPLE dan sebagainya . Oleh itu , SONY telah mengeluarkan produk yang sama
4

namun mempunyai spesifikasi yang agak berbeza dan memberikan lebih banyak manfaat kepada pengguna
produk SONY dan juga bakal penggunanya .

2.0 OBJEKTIF KAJIAN :

Kajian pengkaji adalah untuk mengenalpasti bentuk campuran pasaran produk berdasarkan
kelebaran , kedalaman dan atribut produk keluaran Syarikat SONY Corporation

Pengkaji juga ingin mengkaji bentuk campuran pengedaran atau pengagihan produk yang
dikeluarkan oleh SONY Coporation

Mengenalpasti bentuk promosi yang dilakukan oleh SONY Corporation bagi


mempromosikan produk mereka agar mendapat tempat didalam pemasaran justeru menjual
produk mereka kepada pelanggan atau bakal pelanggan

3.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT


Pada awal , SONY Corporation ditubuhkan dengan gelaran nama Tokyo Comunication Research
Institute atau dengan nama Totsuka . Syarikat ini telah ditubuhkan oleh seorang rakyat Jepun sendiri yang
bernama MASARU IBUKA . Beliau telah menubuhkan syarikat Totsuka pada masa kejatuhan Jepun dalam
perang dunia kedua iaitu lapan belas hari selepas pengunduran tentera Jepun dari perang dunia kedua pada
tahun 1946 . AKIO MORITA yang mana sebelum ini , berkerja secara sambilan dengan Totsuka akhirnya
mengambil keputusan untuk menyertai Totsuka dengan sepenuh masa setelah beliau berhenti menjadi
pensyarah disebuah University di Tokyo , iaitu Tokyo Tecnical University ( Tokyo Kodai ) . Pada masa ini
beliau telah memegang jawatan sebagai pengarah urusan ( Managing Director ) .
Memandangkan barangan keluaran Totsuka mendapat tempat di pasaran U . S . A , MASARU
IBUKA dan AKIO MORITA berhasrat menggunakan satu nama baru bagi mengantikan nama lama iaitu
Totsuka. Pada tahun 1958 nama SONNY diambil dari satu perkataan SONUS yang mempunyai maksud
tersendiri dalam bahasa Jepun . Namun begitu di dalam Romanisma bahasa Jepun , perkataan SONNY
disebut sebagai SOHN NEE . Perkataan ini membawa maksud kerugian . Sehubungan dengan itu ianya
menjadi satu masalah kepada mereka dan pada akhirnya mereka terus mengambil keputusan untuk
menggugurkan satu daripada huruf N di dalam perkataan tersebut . Ianya lebih bermaksud kepada bunyi
atau audio . Sehubungan dengan itu , terhasillah satu perkataan yang begitu terkenal sehingga kini iaitu
SONY .
SONY merupakan salah sebuah syarikat pengeluaran barangan elektronik yang terkemuka didunia
selain daripada pesaing mereka SAMSUNG , LG , dan sebagainya . Produk pertama yang telah dikeluarkan
oleh SONY adalah pada tahun 1950 mereka telah memperkenalkan perakam kaset magknetik pertama bagi
keluaran Jepun. Ini merupakan suatu perkara yang membanggakan dan telah menjadi permulaan kepada
pelbagai lagi produk yang berasaskan elektronik baru keluaran mereka . Di Jepun juga Sony telah
memperkenalkan radio transistor pertama dan telah dipasarkan keseluruh dunia pada tahun 1957 . Akibat
daripada kejayaan Jepun yang berjaya menguasai sains dan teknologi dengan begitu baik telah
mengakitbatkan mereka berjaya mengeluarkan produk berasaskan elektronik demi memenuhi keperluan dan
kehendak mereka . Tahun berikutnya selepas pengeluaran ini mereka telah berkembang dan mengeluarkan
produk elektornik lain seperti televisyen , komputer riba , telefone bimbit , dan sebagainya .
SONY CORPORATION mempunyai lebih kurang 110 , 000 orang pekerja di seluruh dunia . Ia
berpusat di Sony Headquater yang berlokasi di Jepun . Anak-anak syarikat termasuk di USA , Indonesia ,
Eropah dan banyak tempat lagi . Setelah mengharungi berbagai rintangan , SONY Coperation telah
mengembangkan sayapnya selaku peneraju bidang elektronik audio ke beberapa buah negara . Antara
cawangan yang telah ditubuhkan di bawah SONY Coperation . Contoh syarikat sony diserantau dunia adalah
Sony Europe G . M . B . H , Sony ( U . K ) Ltd . TV Europe , Sony Corporation of Amerika , Sony Saudi
Arabian Company Ltd , Sony Singapore Pte Ltd , Sony (Malaysia) Sales and Service Sdn . Bhd .

4.0 LOKASI KAJIAN


6

Syarikat SONY Corporation HQ atau ibu pejabat SONY terletak di Sony City Minato , Tokyo Japan .
Bangunan tersebut telah didirikan oleh Masaru Ibuka dan Akio Morita pada Mei 1 1946 , 69 tahun yang
lepas sewaktu syarikat tersebut telah dilancarkan pembukaanya. Syarikat tersebut telah mempnyai
sebanyak 131 ,700 orang pekerja yang berkerja didalam syarikat SONY Corporation tersebut . Kordinasi
syarikat SONY Corporation terletak pada 35.631175N 139.743759E berdasarkan google maps (rujuk
lampiran 1 )

( Rajah 1 )
www.sony/images.com

5.0 KAEDAH KAJIAN

Data Sekunder
5.1

Kaedah Internet

Pengkaji membuat kajian di laman internet bagi mencari maklumat yang berkaitan
Syarikat SONY Corporation yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti di blog , laman web
rasmi syarikat dan lain lain .

5.2

Kaedah Perpustakaan

Pengkaji membuat rujukan dan penyelidikan di dalam buku-buku , jurnal-jurnal ,


majalah-majalah serta keratan akhbar yang berkaitan dengan kegiatan dan aktiviti - aktiviti
yang dilakukan oleh Syarikat SONY Corporation .
6.0 DAPATAN KAJIAN:
7

6.1 PRODUK
Sony Corporation merupakan salah sebuah syarikat elektronik yang terbesar didunia selepas
Samsung , LG , Lenovo dan Apple .co. Sony Corporation telah bersaing dengan lebih banyak produk
elektronik yang terkemuka didunia , namu mereka masih lagi bertahan dengn produk yang telah pun mereka
keluarkan dan telah dapat menarik minat pengguna untuk menggunakan produk mereka . Berikut
menerangkan kelebaran , kedalaman dan atribut produk Sony Corporation .
Sony mempunyai pelbagai produk yang terdiri daripada alat-alat elektronik , permainan dan hiburan .
Jadi , secara ringkas berikut adalah kelebaran, kedalaman dan atribut produk Sony . Ia boleh dikategorikan
dalam perkara-perkara berikut kategori produk utama :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
I.

Televisyen dan Projektor .


Pemain video .
Perakam Audio .
Sistem teater rumah .
Fotografi Digital .
Kamera tangan fotografi dan video .
Komputer .
Pemain Audio .
Permainan .
Telefon bimbit .
Penyimpanan dan Rakaman media .

Televisyen dan Projektor .

Dalam kategori televisyen dan projektor , Sony telah dibahagikan lagi yang produk dalam
model yang berbeza , gaya dan prestasi. Dalam kategori ini, kita mempunyai beberapa kategori sub lain dan
reka bentuk adalah seperti berikut :
i. Bravia LCD TV.
ii. Home theatre projector
iii. Public Display Panel.
Sony Bravia LCD Internet TV. Bravia ( best resolution audio visual integrated architecture ) Senibina
Audio Visual Resolusi Terbaik Bersepadu . LCD ( liquid crystal display ) TV telah dikeluarkan buat kali
pertamanya pada akhir tahun 2009 kemudian ia boleh digunakan bersamaan dengan pemain cd blu-ray dan
sistem teater rumah. Secara dasarnya Sony bravia internet tv telah dibina dengan menggunakan sistem Sony
XMB yang hanya boleh memaparkan media internet seperti Youtube , Yahoo ! , Netflix , Amazon video .
Namun pada tahun 2011 Syarikat Sony Coporation telah meningkatkan penggunaan teknologi mereka dalam
pembinaan Sony Internet Tv yang lebih canggih dan kini telah dinaik taraf . Kini Sony Bravia Internet TV
boleh memaparkan media seperti Skype , Facebook , Twitter dan sebagainya . Ini justeru telah meningkatkan
kadar permintaan terhadap Sony Bravia Internet TV kerana akan memudahkan syarikat-syarikat besar bagi
ingin menjalankan mesyuarat video atau video conference . Ciptaan terbaru Sony Corporation adalah
mereka telah mengeluarkan Sony Bravia Android TV dimana ia berupaya untuk memudahkan lagi tugas dan
juga menawarkan pelbagai aplikasi yang lebih meluas kepada pengguna mereka . Mereka juga boleh
memuat naik gambar, musik, dokumen, pembentangan sesuatu projek dari telefon pintar mereka yang
berjenama SONY terus ke TV mereka untuk ditonton atau dibentangkan kepada syarikat atau untuk
kegunaan sendiri dirumah .
8

Barisan produk Sony BRAVIA terdiri daripada pelbagai model televisyen definisi tinggi LCD dan
OLED mengikut saiz , resolusi paparan ( definisi tinggi (HD) tersedia atau HD sepenuhnya ) serta ciri - ciri
yang diterapkan di dalamnya . Di Malaysia , produk TV Sony BRAVIA ( setakat Januari 2010 ) boleh
didapati dalam enam siri yang mempunyai ciri - ciri yang berbeza seperti Siri X , Siri W , Siri R , Siri S20
dan Siri T . Sony internet TV juga menawarkan pelbagai bentuk dan juga inci tv yang berbeza bagi
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna . Berikut merupakan reka bentuk , jenis dan juga inci TV yang
ditawarkan oleh Sony Corporation :

85 inch X Series BRAVIA 4K LED backlight / 3D TV


KD-85X9500B ( RAJAH 2 )

65 inch X Series BRAVIA 4K LED backlight / 3D TV


KD-65X9000C ( RAJAH 3 )

60 inch W600B BRAVIA Internet LED backlight TV


KDL-60W600B ( RAJAH 4 )

32 inch R410B BRAVIA TV


KDL-32R410B ( RAJAH 5 )

Setiap TV yang dikeluarkan oleh SONY lebih cenderung kepada spesifikasi mereka yang tersendiri
membuatkan setiap keluaran TV mempunyai kelebihan yang tersendiri bagi memenuhi keperluan pengguna .
Seperti SONY BRAVIA 85 inci merupakan sebuah tv yang menawarkan gambar yang berkuasa tinggi dan
juga mampu mengeluarkan gambar yang berupaya untuk bertukar kepada 3D atau 3dimensi ini adalah untuk
pengguna yang menginginkan lebih daripada TV mereka tujuan untuk lebih membuatkan mereka lebih teruja
ketika menonton tv mereka . Selain itu , bunyi yang dikeluarkan daripada tv mereka juga seperti bunyi atau
suara yang seakan - akan mereka sedang berbicara dengan penonton tanpa sebarang ganguan atau bunyi
yang selain daripada bunyi yang dikeluarkan oleh cerita atau video yang ditonton oleh pengguna tv tersebut .
Disamping itu , dengan skrin yang besar SONY BRAVIA 85 inci juga menawarkan internet tv yang sama
seperti tv biasa akan tetapi mereka mampu dijadikan hotspot buat alat telekomunikasi lain seperti telefon
pintar SONY atau tablet SONY .
II.

Pemain video .

Dalam kategori ini , Sony telah mencuba untuk membawa masuk format baru bagi menguasai
pasaran , sebagai contoh format penyimpanan data yang baru muncul dipanggil pemain blu - ray telah
dilancarkan bersama-sama dengan alat - alat lain seperti pemain dvd , pemain dvd mudah alih ( portable dvd
player ) dan sebagainya yang boleh digunakan untuk menjalankan apa-apa simpanan terkini teknologi .
Dalam kategori ini , Sony telah memasukkan sistem video rumah dan aksesori yang membolehkan pengguna
untuk merakam pelbagai program TV kegemaran mereka . ( rujuk lampiran 2 )

Kelabaran
Pemain Blu - ray

Kedalaman
Atribut
4K Upscale Blu-ray Disc ~Gambaran tv 4K dengan
Ultra HD .
Player with super Wi-Fi
~Fungsi untuk menontot tv
dengan kaca mata 3d atau
3dimensi .
~Penggunaan
wifi pada
kelajuan yang sangat laju .
~Kawalan dari telefon pintar
anda dengan aplikasi TV
Sideview
~Pemproses Core Dual untuk
operasi yang lebih cepat
3D Blu-ray Disc Player with ~Nikmati tontonan tv yang
menyeronokkan
dengan
super Wi-Fi
keupayaan 3D
~Menghantar maklumat ke tv
melalui Wi -Fi super
~Nikmati
warna
terang
dengan TRILUMINOS
~Kawalan dari telefon pintar
anda dengan aplikasi TV
Sideview
~Penggunaan media mudah
10

USB

Pemain dvd

III.

3D Blu-ray Disc Player


Blu-ray Disc Player
Blu-ray Disc Player with WiFi
Smart Blu-ray Disc player
DVD
Player
with
USB ~Filem Main semula , muzik
dan foto yang tersimpan
Connectivity
dalam USB
~Main semula dari pelbagai
format(cd,dvd,jpeg,mp3,mp4
dan lain-lain)
DVD Player
Portable DVD Player with USB ~Boleh
digunakan
dan
dibawa kemana sahaja
Port
~Filem Main semula , muzik
dan foto yang tersimpan
dalam USB
~Main semula dari pelbagai
format(cd,dvd,jpeg,mp3,mp4
dan lain-lain)
~Mudah dan mesra pengguna
~Batteri yang tahan lama
untuk perjalanan yang jauh
(Jadual Produk 1)

Perakam Audio

Bergantung kepada keperluan pelanggan dan penggunaannya Sony telah menyediakan beberapa
produk rumah yang terdiri daripada pakej kecil kepada sistem audio yang besar . Mereka berbangga dengan
perakam audio mereka yang mampu menjadi perakam audio no. diseluruh dunia . Sony mempunyai sasaran
yang untuk memberikan wow factor terhadap pelanggan mereka . Perakam yang direka mempunyai
tetapan terendiri . Antara ciri - ciri lain yang Sony berbangga dengan penawaran mereka seperti , cakera
berganda dimana pelanggan boleh untuk meletakkan banyak cakera didalamnya sekaligus . Namun generasi
telah berubah dan Sony telah mengantikan cakera kepada bentuk file dimana perakam audio tersebut dapat
merekod sesuatu audio secara langsung degan mudah dikendalikan oleh pelanggan mereka dan juga bersaiz
kecil mudah dibawa kemana sahaja . Ia juga yang menempatkan ciri - ciri tambahan seperti keupayaan untuk
mengendalikan pelbagai format , mengesan pengaturcaraan , mengulangi dan dimain secara rawak . ( rujuk
lampiran 3 )
Kelabaran
Perakam
Audio
Digital

Kedalaman
Digital Voice Recorders

Atribut
~Mic
~Membenarkan main
pelbagai format audio
~Masa rakaman yang
lama (159 Jam)
~Paparan LCD
11

~Perakaman
yang
tanpa gangguan bunyi
~Mempunyai speaker
~Terbina 4gb memori
dan boleh dinaik taraf
ke 64gb
Digital Voice Recorder with 3- ~boleh dibawa kemana
~16gb memori
Way Mic
~Mic
~Terbina dengan USB
~Perakaman
yang
tanpa gangguan bunyi
~Mempunyai speaker
Slim Digital Voice Recorder
~Terbina 4gb memori
with PC Link
dan boleh dinaik taraf
ke 64gb
~Terbina dengan USB
~Pengecasan
yang
pantas (3min)
~Mempunyai speaker
Slim Digital Voice Recorder
(Jadual Produk 2)
IV.

Sistem teater rumah

Sony telah mencuba untuk menggabungkan video dan audio dengan teknologi terkini . Sony telah
membangunkan satu siri Sistem Teater Rumah yang menyediakan pelanggan dengan pengalaman teater
rumah yang telah dipertingkatkan , contohnya . Mengelilingi persekitaran rumah dengan audio yang baik
dan input audio yang berdedikasi untuk menyambung pemain muzik digital mudah alih . Setiap tontonan
video , movie , bola sepak , siaran tv dan pendengara audio yang mengelilingi setiap sudah rumah .
( rujuk lampiran 4 )
Kelabaran
Sound Bars

Kedalaman
Atribut
5.1ch
Home
Cinema ~Mengisi bilik dengan 5.1ch
System
with
Wi- bunyi sekeliling sebenar
~Nikmati suasana stadium
Fi/Bluetooth
secara langsung dengan Mod
Bola Sepak
~Sambungan mudah Bluetooth
dengan NFC satu sentuhan
~Kualiti bunyi yang tulen
2.1ch Soundbar with Wi- ~Sambungan mudah Bluetooth
dengan NFC satu sentuhan
Fi/Bluetooth
~Kualiti bunyi yang tulen
~Ringan dan mesra pengguna
12

All In One System

A/V Receiver

Home
Speakers

V.

Cinema

Blu-ray Home Cinema ~Kualiti bunyi yang tulen


~Sambungan mudah Bluetooth
System with Bluetooth
dengan NFC satu sentuhan
~Nikmati suasana stadium
secara langsung dengan Mod
Bola Sepak
DVD
Home
Cinema ~Menonton
DVD
dalam
definisi tinggi
System
~Memainkan
fail
media
menggunakan USB
~Mendengar filem hidup
~Kualiti bunyi yang tulen
7.2ch Home Cinema AV ~Sambungan mudah Bluetooth
dengan NFC satu sentuhan
Receiver
~Kualiti bunyi yang tulen
~Nikmati suasana stadium
secara langsung dengan Mod
Bola Sepak
SS-CS310CR 5ch Surround ~Refleks bass
~Bunyi
yang
seakan-akan
Sound Speaker System
menghidupkan suasana
~Mesra pengguna
~Berdiri
~5 plug penyambungan dari
tv,mp3,walkman,radio,projekter
(Jadual Produk 3)

Fotografi Digital

Dari segi fotografi digital , Sony telah menghasilkan pelbagai pengimejan peranti bergantung
kepada pengguna dan profesion mereka. Contohnya bagi pengguna kasual atau perempuan , terdapat kamera
nipis yang mudah dan boleh untuk membawa atau meletakkannya didalam dompet . Untuk penggemar
gambar sebenar dan profesional terdapat kamera yang lebih canggih dengan ciri - ciri canggih seperti kamera
digital SLR . ( rujuk lampiran 5 )
VI.

Kamera tangan fotografi dan video

Sony telah menghasilkan pelbagai kamera video untuk rumah dan pejabat . Kamera ini berguna
untuk merakam video dan mudah untuk digunakan sebagai bagi ingin menghasilkan video keluarga ,
dokumentari penggambaran dan membangunkan filem ( rujuk lampiran 6 )
VII.

Komputer

Sony Corporation telah mengeluarkan produk komputer riba yang mempunyai ciri yang sentiasa
up-to-date kerana ia memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan citara setiap pelanggan dan bakal
pelanggan inginkan dengan perubahan teknologi yang berlaku hampir setiap hari mereka harus mampu
untuk membentuk suatu produk yang mempunyai teknologi tersebut agar tidak kehilangan pelanggan, nama
syarikat dan dilabelkan sebagai pengeluar barangan elekttronik yang berada dizaman lampau . Sony
13

Corporation amat menitik beratkan soal bentuk , fungsi dan mempunyai penggabungkan teknologi yang
terkini , Sony menyediakan pelbagai IT dan peranti pengkomputeran . Dalam kes peranti komputer Sony
menghasilkan pelbagai komputer riba dengan julat harga yang berbeza dan prestasi yang mantap bagi
memenuhi permintaan daripada pengguna seperti pengguna di rumah , pelajar dan ahli perniagaan . ( rujuk
lampiran 7 )
Kelabaran
Komputer Riba

Kedalaman
Sony
VAIO
SVF15N17SNS

Fit

Sony
VAIO
SVF15N12SNS

Fit

Sony
VAIO
SVF14N16SNS

Fit

Atribut
15A- ~Intel Core i7-4500U
~1TB
~High Definition Audio
~NVIDIA GeForce GT735M
/ Intel HD Graphics 4400
~Windows 8 & 8.1
~wifi 802.11b/g/n
~15.5 inches
15A- ~Windows 8 & 8.1
~High Definition Audio
~wifi 802.11b/g/n
14A- ~Windows 8
~High Definition Audio
~wifi 802.11b/g/n

( Jadual Produk 4 )

VIII.

Pemain Audio

Sony telah menghasilkan pelbagai jenis audio mudah alih yang mempunyai sasaran utama iaitu
golongan belia bergenerasi baru . Muzik merupakan suatu perkara yang dititik beratkan soal Sony . Sony
mempunyai rekod sebagai pemain audio pilihan pertama diseluruh dunia , kesan daripada ini Sony sangat
menintik beratkan soal pemain audio mereka yang dikenali sebagai Walkman . ( rujuk lampiran 8 )
Kelabaran
Walkman

Kedalaman
Atribut
ZX2 High-Resolution Walkman ~High-Resolution
Audio
compatible
~128GB built-in memory
~Over 33 hours playback
A10 Series High-Resolution ~High-Resolution
Audio
compatible
Walkman
~S-Master HX and DSEE
HX features
~16GB built-in memory;
Waterproof Walkman with NFC ~4GB,
16GB
on-board
storage
& Bluetooth
~Waterproof for swimming
to 2m depth
~Up to 7 hours battery life, 3
14

min quick charge

IX.

Waterproof Walkman
Walkman with NFC & Bluetooth
Video Walkman
Wearable 3-in-1 Walkman
Web-enabled
Multimedia
Walkman
( Jadual Produk 5 )

Permainan

Sony menawarkan permainan semua genre untuk pelanggan yang keutamaannya adalah permainan
video yang berkualiti tinggi dan amat menarik . Sony telah menghasilkan konsol permainan pertama mereka
pada pada 3 Disember 1994 . Sejak itu Sony telah mencipta pelbagai lagi konsol permainan yang menarik
dan melalui kerjasama dengan sebuah syarikat permainan video di Jepun . Sony amat terkenal dengan konsol
permainan video mereka iaitu SONY PLAYSTATION 1 , 2 , 3 dan yang terbaru iaitu SONY
PLAYSTATION 4 . Sony amat menintik beratkan soal permainan video mereka dan ingin mendekati
pelanggan agar mereka membeli produk permainan video mereka . Oleh itu , syarikat Sony Corporation
telah melancarkan konsol permainan video yang kecil dan mudah alih dan dinamakan SONY PSP , SONY
PSP 3000 , SONY PSP GO , SONY PSP VITA dan sebagainya . ( rujuk lampiran 9 )
Kelabaran
PLAYSTATION

Kedalaman
PlayStation 1

PlayStation 2
PlayStation 3
PlayStation 4

PSP

PSP-2000
PSP-3000
PSP Go

PSP VITA

Atribut
~RFU adapter
~Controller with wires
~Bulky and big
~Tv Cable (white,yellow,red)

~Dualshock4
wireless
controller
~playstation camera
~HDMI cable
~Slim
~ 32 MB of internal flash
memory
~ Slim & Lite
~ 16 GB of internal flash
memory
~ 3.8" 480 272 LCD
display
~ LCD display
~ 1GB of internal storage
memory

( Jadual Produk 6 )
X.

Telefon bimbit

Sony Corporation telah bergabung dengan Ericcsson bagi menghasilkan produk telefone bimbit
mereka hanya untuk beberapa tahun sahaja . Ericsson merupakan sebuah syarikat telekomunikasi di Amerika
Syarikat , namun Sony Corporation telah berjaya membuka sebuah sub Syarikat khas telekomunikasi untuk
telefon bimbit mereka yang dipanggil Sony Mobile Communication . Sony telah menghasilkan pelbagai
15

telefon mudah alih yang berbeza , berpandukan gaya hidup, penggunaan, bajet dan profesion bagi memenuhi
keperluan pengguna mereka . Sony Xperia dimana xperia diambil dari pada bahasa inggeris experience
atau pengalaman . Mereka juga merapikan penampilan telefon bimbit mereka dengan aksesori yang mudah
alih dan juga mengikut prospek pengguna mereka . Sebagai contoh telefon bimbit SONY XPERIA Z yang
kalis air , habuk , dan juga mesra pengguna . Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan wow factor
terhadap produk mereka agar ia dapat menarik minat pelanggan dan bakal pelanggan . ( rujuk lampiran 10 )
Kelabaran
Sony Xperia Z

Sony Xperia M

Sony Xperia E

Sony Xperia C

Kedalaman
XPERIA Z

XPERIA Z ULTRA
XPERIA Z1
XPERIA Z1 COMPACT
XPERIA Z2
XPERIA Z3
XPERIA Z3 DUAL
XPERIA Z3 COMPACT
XPERIA Z3+
XPERIA M
XPERIA M DUAL
XPERIA M2
XPERIA M2 DUAL
XPERIA M4 AQUA DUAL
XPERIA M4 AQUA
XPERIA M5
XPERIA M5 DUAL

XPERIA E
XPERIA E DUAL
XPERIA E1 DUAL
XPERIA E3
XPERIA E4
XPERIA C

Atribut
~146 grams
~5.0 inches TFT
~Water-resistant
~Dust-resistant
~Android 5.0 (Lollipop)
~11 hours talk time
~13 megapixel Exmor RS
camera with Auto focus and
flash
~2.2 MP, Exmor R, front
facing camera (1080p)

~153 grams
~5 inches TFT
~Google Android 4.2 (Jelly
Bean)
~8 megapixel fast-capture
camera
~Talk time (up to): Up to 10
hours 3 min
~Standby time (up to): Up to
16

588 hours

Sony Xperia T

XI.

XPERIA C3
XPERIA C4
XPERIA C5
XPERIA T
XPERIA TX
XPERIA T2 ULTRA
XPERIA T3
XPERIA T
( Jadual Produk 7 )

Penyimpanan dan Rakaman media

Sony telah membangunkan pelbagai media penyimpanan dan rakaman yang boleh dipercayai oleh pelanggan
untuk bergantung kepada rakaman , memindahkan atau menyimpan maklumat mereka . Produk - produk ini
adalah di antara produk peranti yang boleh digunakan untuk menyimpan atau pemindahan jumlah data kecil
atau besar sejumlah data untuk selama - lamanya . ( rujuk lampiran 11 )
6.2 PENGEDARAN DAN PENGAGIHAN PRODUK
Berkenaan dengan tumpuan saluran pengedaran dan pengagihan produk adalah bertujuan bagi
produk SONY boleh didapati dalam kuantiti yang mencukupi di tempat - tempat di mana pelanggan biasanya
dijangka untuk membeli-belah bagi mereka untuk mendapatkan dan juga memenuhi keperluan atau
kehendak mereka . Setiap produk yang dibeli oleh mereka adalah bergantung kepada sifat produk yang
diperlukan oleh pengguna atau pelanggan tersebut . Oleh itu , ia adalah tugas pengurusan pemasaran bagi
memutuskan untuk dimasukkan atau mengedarkan produk SONY ke dalam tempat eksklusif , terpilih atau
rangkaian intensif pengedaran , sambil memilih peniaga berkenaan atau pemborong yang dipercayai untuk
menjual produk mereka secara efisien .
Sony adalah sebuah syarikat yang meletakkan dirinya sebagai pengeluar produk elektronik yang
selamat , mudah dioperasi , tahan lama dan berkonsepkan elegen t, mewah , dan berprestij . Ia mengamalkan
kaedah pengedaran dan pengagihan produknya daripada peniaga terpilih iaitu didalam kumpulan SONY
World . Selain daripada ini terdapat juga pasaran di India , Singapura , Malaysia , Brazil dan negara negara lain di mana amalan liputan pasaran yang intensif telah diamalkan , dan produk seperti jenis ini yang
terdapat dalam pasaran biasanya tidak memiliki semua ciri - ciri dan manfaat yang telah ditawarkan oleh
SONY sebagai contoh waranti dan jaminan .
Sony mengedarkan produknya di pelbagai saluran . Ia menggunakan Zero tahap saluran , satu
saluran peringkat dan saluran dua peringkat . Sebagai contoh di India , Sony telah menggunakan kaedah satu
peringkat saluran pengedaran . Ini bermakna , pelanggan membeli produk Sony mereka dari peruncit
diiktiraf oleh Sony , dan peruncit ini membeli produk terus daripada syarikat itu sendiri iaitu :

17

( RAJAH 6 )
SONY CORPORATION mempunyai lebih kurang 110 ,000 orang pekerja di seluruh dunia . Ia
berpusat di Sony Headquater yang berlokasi di Jepun. Anak-anak syarikat termasuk di USA , Indonesia ,
Eropah dan banyak tempat lagi .
Setelah mengharungi berbagai rintangan, SONY Coperation telah mengembangkan sayapnya selaku
peneraju bidang elektronik audio ke beberapa buah negara . Antara cawangan yang telah ditubuhkan di
bawah SONY Coperation ialah :-

EROPAH

Sony Europe G . M . B . H

Sony Distribution Centre ( Europe ) B.V

DADC Austria Ges . M . B . H

Sony ( U . K ) Ltd . TV Europe

Sony France S . A

AMERIKA UTARA

Sony Corporation of Amerika

Sony Magnetic Products Inc . of Amerika ( S . P . M . A )

Sony of Canada

TIMUR TENGAH
18

Sony Saudi Arabian Company Ltd

Sony Gulf Co

Sony Singapore Pte Ltd

Korea Toyo Radio Co . Ltd

Sony Thai Co . Ltd

Sony Corporation of Hong Kong Limited

Sony Video Taiwan Co . Ltd

Sony TV Industries ( M ) Sdn . Bhd

Sony ( Malaysia ) Sales and Service Sdn . Bhd

Sony Electronic ( M ) Sdn . Bhd

Sony Mechatronics Products ( M ) Sdn . Bhd

ASIA

Sony Elektronik Malaysia ( SEM ) adalah salah satu anak syarikat Sony Corporation yang
menjalankan pengeluaran bagi barang audionya di Malaysia . Pada tanggal 15 JAN 1987 , SEM telah
memulakan operasinya di Malaysia dibawah naungan Sony Coperation . Pada peringkat awal SEM
memulakan operasinya hanya pada bahagian GA sahaja dengan ukuran keluasan 27758M2 . Setelah
memulakan operasinya dalam satu jangka masa yang agak singkat SEM telah memperluaskan lagi
pengoperasiannya dengan menambahkan satu lagi bahagian utamanya yang dikenali sebagai 1B iaitu
bahagian pengeluaran set HI FI . Perluasan ini adalah disebabkan oleh salah satu faktor yang utama iaitu
kos pengoperasiannya dan tenaga kerja yang agak sederhana .
Perluasan ini telah dimulakan pada 16 MAC 1990 . Berikutan dengan perluasan ini , pada 20 julai
1991 secara rasminya SONY Malaysia telah memulakan pengoperasiannya dengan secara meyeluruh di
Malaysia dengan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir b . Mohammad selaku Perdana
Menteri Malaysia . Diantara syarikat - syarikat SONY yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut :

SONY ELEKTRONIK ( M ) SDN . BHD .

SONY MEKATRONIK ( M ) SDN . BHD .

SONY SALE AND SERVICE ( M ) SDN . BHD .

SONY LOGISTIK ( M ) SDN . BHD .

SONY TELEVISION ( M ) SDN . BHD .

SONY VIDEO ( M ) SDN . BHD .

Melalui internet, Sony telah membantu pelanggannya bagi mencari cawangan SONY yang terdekat
di mana mereka boleh membeli atau membaik pulih produk Sony . Apa yang pengguna atau pelanggan perlu
lakukan adalah untuk pergi ke contohnya laman web mereka www.sony.co.in/section/shop dan nyatakan
produk dan lokasi . Kemudian ia akan memaparkan semua cawangan SONY yang terdekat yang ada. Ini juga
19

merupakan salah satu strategi SONY untuk berada dekat dengan pelanggan atau bakal pelanggan dengan
penawaran produk dan perkhidmatan yang bagus kepada mereka . Justeru meningkatkan lagi kadar
pengeluaran dan penerimaan .
6.3 PROMOSI
Promosi adalah elemen utama program pemasaran, promosi yang berkesan dan cekap berkomunikasi
dalam membuat keputusan strategi pemasaran, yang baik akan mempengaruhi persepsi pelanggan dan
sasarannya adalah untuk memudahkan pertukaran antara pemasar dan pelanggan bagi memenuhi objektif
kedua-dua pelanggan dan syarikat .
Usaha promosi Syarikat adalah satu-satunya cara yang boleh dikawal untuk mewujudkan kesedaran
di kalangan orang awam mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada mereka ini akan
mempengaruhi pelanggan dan bakal pelanggan dalam memilih produk dan perkhidmatan bagi memenuhi
keperluan atau kehendak mereka .
Sebagai contoh Sony India telah menghabiskan Rs 200 crore pada tahun ini untuk pengiklanan dan
promosi ( Bajet Promosi ) daripada keseluruhan rangkaian elektronik pengguna , daripada Rs 60 crore akan
dibelanjakan hanya pada produk pengimejan digital . Unsur - unsur utama campuran promosi merangkumi
pengiklanan , jualan peribadi , promosi jualan , pemasaran langsung , dan publisiti . Sony Corporation telah
menggunakan semua ini sebagai pemasaran unsur campuran komunikasi .
a) Pengiklanan
Pengiklanan adalah apa - apa bentuk promosi yang dibayar kepada komunikasi massa bukan peribadi
melalui pelbagai media untuk membentangkan dan mempromosikan produk , perkhidmatan dan idea - idea
dan lain-lain oleh penaja yang dikenal pasti . Setakat ini , SONY telah mengiklankan produknya melalui
pelbagai cara dan medi a. Melalui TV kita lihat iklan yang berbeza produknya seperti televisyen Bravia Sony
Internet tv atau TV . Sony juga mengiklankan produk mereka dengan mensasarkan program - program
televisyen yang menggalakkan , seperti sukan ( FIFA ) , siri dan SONY juga ia mempunyai saluran siaran
tersendiri yang dipanggil saluran siaran Sony TV . Sony menggunakan beberapa peristiwa seperti Miss India
2008 untuk mempromosikan produknya dan juga FIFA World Cup 2014 yang berlangsung pada tahun lepas
di Brazil ( rujuk lampiran 12 ) .
Selain itu , Sony telah mengiklankan permainan video mereka seperti Playstation , Playstation 2 ,
Playstation 3 , terbaru Playstation 4 dan juga PSP yang menggunakan sukan seperti bola sepak di England
liga perdana atau Barclays . Melalui akhbar - akhbar seperti Times of USA , Sony telah diiklankan secara
lebih meluas dengan pelbagai produk yang ditawarkan kepada pelanggannya . Dan juga melalui Poster mesej
telah dihantar kepada orang ramai untuk mempromosikan produk yang ditawarkan oleh Sony . Disamping
itu , Sony juga mempunyai koleksi majalah yang tersendiri yang dipanggil Sony Magazine bagi memaparkan
produk terbaru mereka dan juga menceritakan sedikit sebanyak mengenai produk mereka kepada pengguna
dan juga bakal penggunan yang akan menggunakan produk mereka secara meluas .
Sony juga menggunakan pengiklanan secara langsung bagi mendapatkan sambutan daripada
pelanggan dan bakal pelanggan . Ini adalah jenis pengiklanan yang menggalakkan pengguna untuk bertindak
balas sama ada dengan membuat pesanan secara terus terhadap pengiklan tersebut dengan membuat pesanan
hasil daripada pengiklan tersebut sama ada melalui telefon , surat atau internet . Iklan tersebut dilakukan
melalui surat secara langsung atau katalog . Sony menggabungkan pengiklanan menyeluruh . Sony syarikat
20

menyediakan peniaga ( contohnya Sony World ) dengan bahan - bahan dan garis panduan untuk
membangunkan iklan seperti iklan cetak pamphlet , televisyen atau radio . Ini adalah untuk memastikan
mesej yang ingin disampaikan adalah selari dengan apa yang ditawarkan oleh SONY Corporation kepada
pelanggan dan bakal pelanggan mereka dan ini juga merupakan salah satu bentu komunikasi dua hala dan
sehala . Syarikat dan peniaga biasanya berkongsi kos media dan dengan itu kerana mereka jual produk yang
sama iaitu produk sebagai contoh produk keluaran Sony .
b) Promosi jualan
Promosi jualan adalah satu disiplin pemasaran yang menggunakan pelbagai insentif teknik untuk
menstrukturkan program - jualan berkaitan yang disasarkan kepada pelanggan , jualan haruslah berada di
tahap yang menjana , serta tindakannya boleh diukur khusus atau tindak balas untuk sesuatu produk atau
perkhidmatan dapat diperolehi secara langsung. Contoh promosi jualan adalah termasuk sampel percuma ,
diskaun , rebat , kupon, kandungan dan cabutan bertuah , premium , kad gores , tawaran pertukaran, hadiah
burung awal early birds , dan lain-lain
Sony telah mempromosikan produknya menerusi promosi jualan yang mempunyai strategi berbeza .
Contohnya selepas pelancaran set televisyen SONY BRAVIA , SONY mempromosikan televisyen SONY
BRAVIA dengan mengatakan bahawa semua televisyen SONY BRAVIA penuh HD LCD mereka akan
memberi hadiah kepada pelanggan pertama yang awal dengan pembelian TV mereka pada bulan Julai 2008
dan didaftarkan dalam tempoh dua minggu dari tarikh pembelian tersebut layak untuk mendapat bonus
Playstation 3 selagi pelanggan pertama tersebut mengikuti syarat yang telah diwawarkan oleh SONY .
Sony juga telah membuat promosi dengan setiap telefon Sony Ericsson P1i mereka akan
memasukkan kad gores yang mengandungi kod untuk diberikan kepada pelanggan mereka untuk memuat
turun 10 aplikasi telefone bimbit secara percuma melalui telefon bimbit yang baru sahaja dibeli oleh
pelanggan tersebut. Selain itu , SONY juga memperkenalkan alat dengan Bluetooth bebas dengan satu tahun
jaminan daripada syarikat mereka sendiri melalui pembelian telefone bimbit Sony Ericsson K550i Cyber
shot .
c) Perhubungan Awam dan Publisiti
Perhubungan awam adalah satu set luas aktiviti komunikasi digunakan untuk mewujudkan dan
mengekalkan hubungan yang baik dengan pekerja , pemegang saham, pembekal, media , para pendidik ,
bakal pelabur , institusi kewangan, agensi kerajaan , pegawai - pegawai dan masyarakat amnya .
Melalui laman web , syarikat Sony mempunyai kenalan yang disediakan bagi pelanggan yang akan
memerlukan apa-apa maklumat daripada syarikat mereka . Dengan cara ini Sony boleh membuat hubungan
bersama secara tidak langsung dengan pelanggan dan memastikan bahawa ia memenuhi keperluan,
kehendak dan permintaan pelanggan mereka . Ini adalah merupakan salah satu alat komunikasi dimana
syarikat dapat sentiasa berhubung dengan pelanggan mereka dan juga menaik taraf produk keluaran mereka
untuk keselesaan pelanggan mereka .
Situasi yang tidak menyenangkan yang timbul akibat daripada peristiwa negatif boleh menimbulkan
reaksi orang ramai yang tidak menguntungkan kepada organisasi . Untuk mengurangkan kesan negatif ini
situasi itu perlu tidak dibawa kepada liputan yang menggalakkan atau meluas , syarikat itu mempunyai dasar
dan syarikat akan melaksanakan prosedur dimana peristiwa negatif ini dibawa ke tempat perhubungan awam
untuk menguruskan serta memberikan bantuan bagi menyelesaikan masalah itu .
21

Sebagai contoh , Sony mengeluarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tersenyum ke arah
kamera dan memakai mahkota duri dengan simbol butang ( , O , X , ) di kepalanya . Di bahagian
bawah iklan tersebut , terdapat salinan yang tertulis dan dibaca sebagai Sepuluh Tahun Keghairahan . Ini
kononnya mengambil kesempatan daripada publisiti , dari filem The Passion Kristus oleh Mel Gibson .
Desebabkan iklan itu ia telah menimbulakan kemarahan oleh Vatican serta banyak Katolik tempatan ,
dengan memberikan komen seperti " Sony telah melebih l ebih dalam iklan tersebut " . Selepas daripada
insiden kejadian itu , kempen tersebut telah dihentikan dengan serta merta kerana tidak mahu produknya
dikutuk dan syarikat labelnya menghadapi masalah seperti kasar permintaan terhadap produknya
berkemungkinan akan menurun akibat daripada peristiwa negatif ini ( rujuk lampiran 13 ) .
Contoh lain ialah, Pada bulan Julai 2006 , Sony mengeluarkan satu pengiklanan berkempen di
Belanda yang memaparkan model putih berpakaian sepenuhnya dalam putih dan model hitam yang memakai
sepenuhnya hitam . Iklan pertama ini memaparkan model putih memegang muka model hitam dan
menyatakan perkataan " White Coming ". Iklan ini mempunyai kesan yang negatif dan dilihat sebagai
bersifat perkauman oleh para pengkritik dan juga gambar kempen iklan yang menunjukkan model hitam dan
model putih adalah suatu yang melampau . Jurucakap Sony menjawab bahawa iklan ini tidak sama sekali
mempunyai mesej yang bersifat perkauman , dengan mengatakan bahawa ia hanya cuba untuk
menggambarkan dan menunjukkan perbezaan antara model PSP hitam dan model PSP seramik putih PSP
yang baru ( rujuk lampiran 14 ) .
Oleh sebab itu , ia adalah suatu tanggungjawab oleh syarikat SONY kepada jabatan perhubungan
awam Sony untuk menyelesaikan isu-isu seperti seperti yang dinyatakan di atas bagi memastikan ia
mengekalkan hubungan yang baik dengan orang ramai .

7.0 PENUTUP
Kesimpulannya , Syarikat SONY Corporation perlu mengekalkan standard dan piawaian setiap
negara yang ingin dieksport produk mereka agar tidak kehilangan bakal pelanggan atau pelanggan tetap
mereka . Namun Syarikat SONY Corporation memepunyai pelabagai pesaing seperti APPLE.CO,
SAMSUNG, MOTOROLA, LG dan lain lain . Dengan mengekalkan standard piawaian ini syarikat Sony
Corporation dapat mengeksport barang mereka ke negara luar seperti Malaysia , Amerika Syarikat ,
England , India dan sebagainya. Bukan sahaja standard piawaian yang harus dititikberatkan , sektor
geografi , sosiobudaya juga harus dilihat . Sony perlu memantapkan lagi pengeluaran produk mereka agar
dapat menyaingi APPLE . CO . APPLE terkenal dengan sistem operasi telefone bimbit yang mudah dan
mesra pelanggan. Sony telah menggunakan sistem operasi Android dan terdapat beberapa masalah
dengan sistem operasi ini seperti mudah di godam oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab .
Kaedah promosi bagi Syarikat Sony Corporation , mereka harus mengkajinya dengan lebih
mendalam dan mengambil pendapat orang orang yang telah lama bergiat atau mempunyai pengalaman
yang lebih dalam sektor promosi ini agar tidak mengulangi kesilapan dimana berlaku persalahfahaman
mengenai mesej yang ingin disampaikan oleh syarikat kepada pelanggan mereka dan bakal pelanggan
mereka. Sebagai contoh papan kenyataan mereka mengenai pengiklanan Sony PSP yang disalah tafsir oleh
pelanggan dan dianggap sebagai suatu tindakan perkauman terhadap orang berkulit putih dan hitam .

22

8.0

RUJUKAN
Data Sekunder :
a) Kaedah perpustakaan:
Buku
Jualan Parti Demo Promosi . Sharifah Aberizah Ainon 1995 , SN Future Enterprise SDN .
BHD . Jln Landak , off Jln Pudu , 55100 Kuala Lumpur
Strategic Business Planning Tow Khee Kin , 2004 , Leeds Publications . SunwayMas
Commercial Centre , 47301 Petaling Jaya , Selangor
Kaedah Penyelidikan Perniagaan . Al Mansor Abu Said , 2012 , Dawama SDN . BHD .
Kompleks Dawama , Jalan AU3/1 , 54200 Ampang/ Hulu Kelang , Selangor Darul Ehsan
Make First Million In Network Marketing . Mary Christensen 2001 , Adams Media
Corporation . 57 Littlefield Street , Avon , MA 02322 . U . S . A .
Marketing Management Text And Cases , Kazmi SHH 2007 , Excel Books . A 45 ,
Narnia , Phase I , New Delhi - 110 028 .
Majalah
SONY Magazine , muka surat 20 , SONY PLAYSTATION , Adam Read .
PLAYSTATION
Surat Khabar
The News Straits Times 2015 ( rujuk lampiran 15 )
The Star 2013 ( rujuk lampiran 15 )

b) Kaedah Internet
http://en.wikipedia.org/wiki/Sony
http://www.sony.co.in
http://en.wikipedia.org/wiki/Sony_Pictures_Television
http://www.salespromo.co.uk/article/40
http://en.wikipedia.org/wiki/Sony_Pictures_Home_Entertainment
http://en.wikipedia.org/wiki/Sony_Entertainment_Television

23

LAMPIRAN
LAMPIRAN 1

(Peta 1)

(Peta 2)

Google.maps.com

Google.maps.com

(Peta 3)
Google.maps.com

24

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

25

LAMPIRAN 4

LAMPIRAN 5

26

LAMPIRAN 6

LAMPIRAN 7

27

LAMPIRAN 8

LAMPIRAN 9

28

LAMPIRAN 10

29

30

LAMPIRAN 11

LAMPIRAN 12

31

LAMPIRAN 13

( TEN YEARS OF PASSION )


LAMPIRAN 14

( WHITE IS COMING )
32

LAMPIRAN 15

33