You are on page 1of 9

Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

Pengenalan
Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892
kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith
menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan
persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam
laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan
negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil
inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895,
Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negerinegeri Selat.
Faktor-faktor penubuhan
1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak pada
November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada tahun 1888 dan Negeri
Sembilan pada tahun 1895. Residen dihantar sebagai penasihat untuk menasihati Sultan
dalam semua hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat
orang Melayu. Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam
melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung
kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan kegagalan
menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman dalam
pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Kemajuan di antara
negeri ini juga tidak seimbang kerana kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbezabeza.
Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-uhndang Tanah, keadilan
dan sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut. Kemajuan juga tidak seimbang di mana
negeri yang kaya iaitu Perak dn Selangor lebih maju dari negeri yang miskin seperti
Pahang. Kerjasama antara negeri sukar dijalankan sebab negeri ini mempunyai unit
politik yang berasingan. Frank Swettenham berpendapat penubuhan persekutuan akan
mewujudkan keamanan dan kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan
mengikut arahan pusat. Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undangundang tanah dan keadilan akan disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan menjimatkan
kos pentadbiran. Usaha memajukan sistem perhubungan juga dapat dilaksanakan dengan
menghubungkan jalan raya dan keretapi di negeri tersebut. Pada dasarnya, penubuhan
persekutuan akan mewujudkan kerjasama ekonomi, politik dan sosial.
2. Menghadkan kuasa Residen

Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di Perak, Selangor,


Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka
muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas
arahan Residen. Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah
Sultan dan pembesar Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan
pentadbiran negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi
pentadbiran kerana Residen mempunyai kuasa mutlak.
Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah mesti
ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat juga
tidak dapat mengawal kuasa Residen kerana beliau berada di Singapura dan sibuk dengan
urusan-urusan Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan mengurangkan kuasa
Residen kerana mereka terpaksa tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran
negeri.
3. Masalah kewangan Pahang
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning berpendapat
bahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British menubuhkan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada tahun 1886 di mana J.P. Rodgers
menjadi Residen pertama. British mengambil Pahang dengan harapan Pahang
mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang merupakan
negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang.
Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan
pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir
tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun
1892, hutang meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin runcing
apabila berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895. Jadi beberapa cadangan dikemukakan
oleh British untuk mengatasi masalah ini.
Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan pentadbiran
kepada Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia menjatuhkan maruah
British. Tindakan ini juga membuka peluang kepada kuasa lain untuk bertapak di Pahang
yang sudah tentu akan menjejaskan kepentingan British.
Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri Selat. Ia tidak
dapat dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri Selat juga menghadapi
masalah kewangan. Hutang yang berjumlah $800 ribu pada tahun 1892 masih belum
diselesaikan.
Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri yang kaya seperti
Perak dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perak dan Selangor
enggan membantu sebab ianya satu unit politik berasingan.
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak dan Selangor
dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang jika negeri-negeri
ini digabungkan sebagai satu unit politik. Frank Swettenham dan C.D. Cowan (Pegawai

Tanah Jajahan) menegaskan British tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya
memajukan Pahang daripada hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung.
4. Keselamatan
A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan seperti Perang Perak
pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku lagi. Penubuhan
persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai
kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam menjaga keamanan
persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar. C.P. Lucan dalam laporannya menegaskan
penubuhan persekutuan perlu dilihat dari segi aspek keselamatan negeri Melayu dan
Negeri-negeri Selat.
5. Dasar British
Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk menggabungkan negeri kecil
di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan. Penubuhan persekutuan
akan memberi kebaikan politik, ekonomi dan sosial kepada British dan Negeri Melayu.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan selepas kejayaan British dalam penubuhan
persekutuan di Amerika Utara, India, Afrika, Australia dan New Zealand. Pendapat ini
disokong oleh ahli sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya Federation Decision of
1895 dan Jagjit Singh dalam bukunya Administration of the Federation Malay States
1896-1920.
Kesan-kesan
1. Politik
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan
kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan
menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan
persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat
disatu dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan
pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan
pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal
orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen
Jeneral pertama pada 1 Julai 1896.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan dalam erti kata
sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas
arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa penuh dalam semua halehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti eksport) juga dibawah kawalan
kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan
negeri hanya mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran. Penubuhan Jabatan

Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan negeri


mengikut arahan jabatan pusat.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul
sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran
dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat
mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam
menjalankan pentadbiran negeri.
Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga
tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk
mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral
menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat
Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga
tahun 1909.
Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri
kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan
pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu.
Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di
bawah arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai
institusi pentadbiran.
Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undang-undang
digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.
Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-undang
yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai
Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British.
Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam
Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris
(Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah
melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi mengembalikan kuasa Sultan,
Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih ramai orang
Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan
Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan
berbincang bersama-sama kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak
tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.
2. Ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan
politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan,
keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil
dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya.

Keadaan politik dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari


Negeri-negeri Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan
ekonomi, khususnya bijih timah dan getah.
Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896
berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem
jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah memajukan
lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat
jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903,
terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada
tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah
dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan
Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan
ialah 70000 tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil
alih penguasaan ke atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh
orang-orang Cina. Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang
selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat
345 ekar, 1905 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami
getah.
3. Sosial
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan
peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah
menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam
perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah
menyebabkan pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina
dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri
dalam masyarakat Melayu. Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan
perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran
dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan
ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada
tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan
diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi).
Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah
sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang
didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar
dibina khas untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina

maktab teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja
Raya dan keretapi.
Pada hari ini dalam tahun 1896, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor telah
bergabung menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Kuala Lumpur sebagai pusat
pentadbirannya.
Usaha untuk menubuhkan Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini bermula
menjelang tahun 1892 apabila didapati bahawa Sistem Residen telah tidak sesuai lagi dan
tidak dapat memenuhi kehendak pentadbiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu.
Cadangan rasmi yang pertama bagi mengadakan suatu bentuk persekutuan datangnya dari
Sir Charles Lucas, seorang Pegawai Tetap di Pejabat Jajahan London dalam bulan Mac
1892 yang telah diasaskan dari perbincangan dengan Frank Swettenham. Penjajah British
mendapati bahawa sistem yang paling sesuai bagi negeri-negeri Melayu ialah satu sistem
di mana pentadbirannya diseragamkan supaya negeri-negeri yang lebih kuat dan kaya
akan dapat membantu negeri-negeri yang lemah dan kurang mewah.
Untuk melaksanakan rancangan ini, pada tahun 1895, Frank Swettenham telah diutus ke
negeri-negeri yang berkenaan untuk menerangkan rancangan tersebut kepada Raja-Raja
Melayu serta mendapatkan persetujuan mereka. Frank Swettenham telah berjaya
mendapatkan persetujuan daripada Raja-Raja berkenaan. Berikutannya satu perjanjian
yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani di antara
Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith bagi pihak Kerajaan British
dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris, Perak; Sultan Suleiman, Selangor;
Sultan Mahmud, Pahang; dan Yam Tuan Besar Sri Menanti, Dato Bandar Sungai Ujong,
Undang Johol, Undang Rembau dan Tengku Dewa Tampin. Menurut Perjanjian ini, RajaRaja yang berkenaan bersetuju menempatkan diri mereka dan negeri-negeri mereka di
bawah lindungan Kerajaan British dan menjadikan negeri-negeri mereka satu
persekutuan yang akan dikenali sebagai Protected Malay States yang akan ditadbirkan
dengan nasihat dari Kerajaan British.
1. Arahan kepada calon

Tugasan wajib dilaksanakan


Calon kena datang sekolah pada masa penulisan ini berlangsung. Jangan tak sekolah.
Masa - 8 waktu Sejarah di dalam kelas ( mungkin cikgu akan membuat jadual khas
kepada anda. Biasanya cikgu akan memberikan taklimat kepada semua calon bagaimana
tugasan ini dijalankan dari mula hingga akhir )
Tugasan / penulisan esei ini hanya dilakukan di sekolah dengan bimbingan guru
Mintalah bantuan guru sebelum anda menulis laporan seperti cara mendapatkan bahan
yang sepatutnya anda dapatkan sama ada internet, buku, majalah , akhbar, akhbar online
atau risalah/ makalah
Hasil tugasan dibuat dengan menulis esei di sekolah semasa anda di dalam kelas.
Tarikh menyiapkan tugasan ialah pada -28 JUN- 10 JULAI 2015 ( sebelum raya dan
bertindih dengan penulisan geografi pada minggu depan. kena atur masa betul betul )
2. Tugasan adalah berdasarkan dokumen Persetiaan Persekutuan 1895

Tugasan mestilah mengandungi beberapa perkara seperti di bawah ( isi mesti ada yang ini
)
- Tajuk kajian
- Nama penulis
- Kandungan
o Pengenalan- menjelaskan latarbelakang perjanjian dan menggambarkan keseluruhan kajian
secara umum
o Menjelaskan faktor pemeterian persetiaan
o Menganalisis kesan setiap butiran perjanjian terhadap negeri-negeri melayu
o Menghubungkait pembentukan persekutuan dengan kedaulatan malaysia
o Rumusan
o Sumber rujukan
3. Nasihat saya kepada para pelajar
Sebelum membuat penulisan sepenuhnya tugasan anda diminta membuat rujukan awal
berkaitan dengan tajuk di atas
1. Perancangan
a. Contoh Jadual kerja/ senarai semak ( sesuaikan dengan tarikh sekolah anda )
Bil
1

Tarikh
24/6/2015

24/6/2015

3
4
5

6
7
8
9
10
11
12
13
14

10/7/15
10/7/15

Aktiviti
Menerima taklimat daripada guru
mata pelajaran Sejarah berkaitan
penulisan tugasan
Membuat rujukan awal ke laman
web yang berkaitan dengan tajuk
yang diberi sebagai persediaan awal
Mengenalpasti cara penulisan
tugasan
Menentukan tajuk penulisan
Membuat rujukan lanjut berkaitan
dengan tajuk tugasan menerusi
internet, buku, majalah, akhbar,
makalah, jurnal untuk mendapatkan
bahan penulisan
Menulis kerangka awal tugasan
Menulis draf awal tugasan dengan
bimbingan guru dengan lebih teliti
dan kemas
Menulis pengenalan
Menulis faktor
Menulis kesan
Menulis perkaitan
Membuat rumusan
Mengemas kini tugasan
Menyemak tugasan

Catatan

15

10/7/15

Menghantar tugasan

b. Objektif kajian ( sebagai contoh sahaja )


i. Mengenalpasti isu-isu berkaitan dengan Persetiaan Persekutuan 1895
ii. Mengenalpasti faktor yang menyebabkan berlakunya Persetiaan Persekutuan 1895
iii. Menghuraikan perkaitan Persetiaan Persekutuan 1895 dengan sejarah negara pada
masa kini.
c.

Kaedah kajian ( boleh dihuraikan lagi )


i. Membaca akhbar tempatan dan online
ii. Merujuk buku teks Sejarah Tingkatan 2 ( muka surat 46 ) atau buku rujukan yang
sesuai
iii. Melayari internet untuk merujuk bahan berkaitan dengan tajuk tugasan

d. Tajuk : Persetiaan Persekutuan 1895 ( mungkin boleh tambah yang lebih baik seperti
Kedaulatan Malaysia berteraskan Persetiaan Persekutuan 1895 )
2.
3.
a.
b.
4.

proses awal
menyediakan kerangka kasar penulisan
Tajuk : Persetiaan Persekutuan 1895
Nama penulis ; nama awak
Pengenalan (huraikan latar belakang bagaimana persetiaan Persekutuan boleh
ditandatangani/ siapa yang terlibat secara langsung )

5.
a.
b.
c.
d.

Faktor pemeteraian persetiaan persekutuan


Krisis kewangan Pahang ( huraikan sikit )
Perkongsian perkhidmatan pakar ( huraikan sikit )
Kemajuan sistem perhubungan ( huraikan sikit )
Faktor keselamatan ( huraikan sikit )

6.
a.
b.
c.

Kesan persetiaan persekutuan terhadap negeri melayu


Kuasa pentadbiran dipegang oleh residen ( huraikan sikit )
Penubuhan jabatan baru ( huraikan sikit )
Kemerosotan kuasa sultan dan majlis mesyuarat negeri ( huraikan sikit )

7.
a.
b.
c.

Perkaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan malaysia


Kejayaan dalam sistem pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi barat
Kejayaan dalam pembangunan ekonomi
Peningkatan kemudahan asas dan kemudahan sosial

8. Rumusan pengetahuan/ nilai/ unsur patriotisme/ harapan


9. Rujukan ( sekurang-kurangnya tiga )
Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Persekutuan_12_Jun_1895
buku teks

Masariah binti Mispari , Johara binti Abdul Wahab, Ridzuan bin Hasan , 2007, Buku teks
Sejarah Tingaktan 2, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like