You are on page 1of 5

KANEMO: MENINGKATKAN PENGUASAAN HUKUM IDGHAM MAAL GHUNNAH MURID

TAHUN 5 KREATIF
Fatin Dianah Binti Mohd Aminuddin
dianahamin@gmail.com

Zamri Bin Rajab


zamri@ipgm.edu.my
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
Besut, Terengganu

ABSTRAK
Kajian ini telah dijalankan bagi mencari penyelesaian kepada masalah mengingat huruf Idgham Maal
Ghunnah. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong, Besut. Seramai lima orang murid
daripada tahun 5 Kreatif telah dijadikan subjek kajian dengan seorang murid lelaki dan empat orang murid
perempuan. Kajian yang dijalankan berfokus kepada penggunaan teknik mnemonik dalam mengingat huruf
hukum Idgham Maal Ghunnah. Objektif yang ingin dicapai ialah meningkatkan kemahiran mengingat huruf
Idgham Maal Ghunnah. Tinjauan awal telah dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen.
Pemerhatian terhadap sikap dan respons subjek kajian juga menunjukkan mereka menggemari sesi pengajaran
menggunakan KaNemo. Oleh yang demikian, kaedah ini jelas berjaya membantu subjek kajian mengatasi
masalah mengingat huruf Idgham Maal Ghunnah. Cadangan kajian seterusnya ialah menggunakan kaedah
intervensi ini ke atas pengajaran hukum tajwid yang lain.
Kata kunci :KaNemo, Idgham Maal Ghunnah, kemahiran mengingat
1.0 PENGENALAN
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 anjakan yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang
menghayati nilai. Salah satu elemen ialah mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral
dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid. Berdasarkan
anjakan ini saya menyahut seruan kerajaan untuk mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dengan
menambahbaik pengajaran saya.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
Dapat dilihat bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan mementingkan keseimbangan rohani. Oleh itu,
kemahiran dan penghayatan Islam itu berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pembentukan akhlak dan
peribadi muslim juga diasaskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan.

"Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar
kamu mendapat rahmat". (Surah Al A'raaf ayat 204)
Menurut Ahmad Qamaruddin (2002) beliau memetik kata-kata sarjana bahawa membaca al-Quran dengan betul
merupakan ibadah, mengamalkannya akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Mempelajari ilmu
tajwid merupakan fardhu kifayah dan membaca al-Quran dengan tajwid adalah fardhu ain bagi setiap muslimin.
Zuraidah Bt Adam (2012) dalam kajiannya memetik kata-kata sarjana menyatakan bahawa antara kelemahan
dalam hukum tajwid berpunca daripada sikap pelajar yang lemah dalam mengingat dan menguasai fakta penting
serta tidak dapat mengenal pasti huruf-huruf selepas nun mati dan tanwin bagi menentukan hukum tajwid yang
dikehendaki.

2.0 FOKUS KAJIAN


Melalui kajian ini, saya memfokuskan kepada kemahiran mengingat huruf Idgham Maal Ghunnah. Segelintir
daripada murid Tahun 5 Kreatif menghadapi kesukaran untuk mengingat huruf Idgham Maal Ghunnah.
Kelemahan murid dalam mengingat huruf Idgham Maal Ghunnah akan menyebabkan murid lemah dalam
tajwid semasa membaca Al-Quran. Penguasaan ilmu tajwid penting kepada setiap individu bergelar muslim.
Oleh itu, bagi menangani masalah ini daripada menjadi lebih kritikal, saya akan memperkenalkan satu kaedah
bagi mengatasi masalah ini. Menurut Ahmad Mohd Salleh (2011), seseorang guru perlu merancang dengan baik
tentang satu-satu kaedah yang hendak digunakan bagi satu pengajaran. Pemilihan kaedah yang sesuai akan
membawa pengajaran yang berkesan serta pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Jadi saya
memfokuskan kajian saya kepada kaedah mengingat huruf Idgham Maal Ghunnah dengan menggunakan bahan
intervensi yang saya namakan KaNemo bagi membantu murid mengingat huruf Idgham Maal Ghunnah dengan
lebih berkesan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
3.1 OBJEKTIF UMUM
Meningkatkan kemahiran murid Tahun Lima Kreatif dalam mengingat huruf Idgham Maal Ghunnah.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Meningkatkan kemahiran mengingat huruf Idgham Maal Ghunnah murid Tahun 5 Kreatif dengan
menggunakan KaNemo.
Meningkatkan amalan pedagogi guru dalam pengajaran al-Quran dengan menggunakan KaNemo.

3.3 SOALAN KAJIAN

Apakah penggunaan KaNemo dapat meningkatkan kemahiran murid Tahun 5 Kreatif mengingat huruf
Idgham Maal Ghunnah?
Apakah penggunaan KaNemo dapat meningkatkan amalan pedagogi guru dalam pengajaran al-Quran?

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran pengkaji adalah seramai lima orang murid Tahun 5 Kreatif Sekolah Kebangsaan Bukit
Tempurong, Besut, Terengganu. Saya memilih murid Tahun 5 Kreatif kerana saya telah mengajar subtopik
Hukum Idgham Maal Ghunnah semasa praktikum fasa ketiga.
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Langkah 1 : Dilaksanakan sebagai tinjauan awal untuk mengenal pasti permasalahan yang wujud dalam
kalangan murid Tahun 5 Kreatif. Saya mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi 10 soalan untuk
menguji tahap penguasaan murid dalam hukum Idgham Maal Ghunnah.
Langkah 2 :Saya memperkenalkan huruf yang terdapat dalam hukum Idgham Maal Ghunnah dengan
menggunakan KaNemo sebagai intervensi dalam membantu meningkatkan kebolehan mengingat murid. Saya
memperkenalkan cara penggunaan KaNemo kepada murid.
Langkah 3 : Saya telah merekodkan gambar foto sepanjang intervensi dijalankan. Gambar foto akan digunakan
sebagai data yang akan dianalisis untuk memperolehi dapatan kajian.
Langkah 4 : Selesai intervensi, saya mengedarkan lembaran kerja kepada murid bagi melihat peningkatan
pencapaian murid setelah menggunakan KaNemo.
Langkah 5 : Setelah itu, saya menjalankan temubual berstruktur. Hasil temubual direkodkan untuk dianalisis.

6.0 DAPATAN KAJIAN


6.1 Analisis Dokumen
Seterusnya, Saya menggunakan instrumen dokumentasi. Hasil daripada analisis dokumen saya dapati berlaku
perbezaan markah lembaran kerja sebelum intervensi dan selepas intervensi dilaksanakan. Lembaran kerja 1 dan
lembaran kerja 2 menunjukkan hasil kerja murid setelah intervensi dilaksanakan. Hasil analisis data dimasukkan
ke dalam graf untuk menunjukkan perbandingan markah antara lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2.

Pencapaian Markah Murid Sebelum dan Selepas Intervensi

10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0

M1

M2

M3

Lembaran Kerja 1

M4

M5

Lembaran kerja 2

Rajah 2: Markah lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2.


Berdasarkan rajah 2 yang ditunjukkan, murid yang mendapat markah yang rendah dalam lembaran kerja 1 telah
menunjukkan peningkatan dalam markah lembaran kerja 2. Ini bermakna murid telah berjaya menguasai
kemahiran mengingat Huruf Idgham Maal Ghunnah. Penggunaan KaNemo juga secara tidak langsung dapat
meningkatkan amalan pedagogi guru dalam pengajaran al-Quran.
6.2 Temubual Berstruktur
Temubual telah dijalankan bagi menilai penguasaan murid dalam hukum Idgham Maal Ghunnah. Melalui
keputusan analisis data temubual, saya dapati telah menjawab soalan kajian saya. Keputusan analisis data
mendapati murid telah berjaya mengingat huruf Idgham Maal Ghunnah dengan baik.
Analisis temubual menunjukkan murid-murid ingat huruf Idgham Maal Ghunnah. Ini dibuktikan dengan
temubual berikut:
Guru: Adakah anda ingat huruf Idgham Maal Ghunnah selepas guna KaNemo? Cuba sebutkan.
M1, M2 : Ingat, Ya, Wau, Mim, Nun. M3: (Angguk) Ingat. Ya, Wau, Mim, Nun
M4, M5 : (Angguk). Yaya (ya), Wonderpet (wa), Mail (ma), Ninja (Na).
Selain itu, murid-murid juga menyatakan bahawa pembelajaran menggunakan KaNemo
berdasarkan analisis temubual yang dijalankan. Buktinya seperti temubual berikut:
Guru: Adakah anda seronok pembelajaran menggunakan KaNemo?
M1, M3, M5 : Seronok
M2: Seronok sangat
M4: Seronok ustazah.

menyeronokkan

Murid turut menyatakan KaNemo adalah menarik berdasarkan tembual berikut:


Guru: KaNemo ni menarik atau tidak?
M2, M3, M4, M5: Menarik
M1: Hor. Menarik
Kesimpulannya berdasarkan rekod temubual, dapatlah dibuktikan bahawa penggunaan KaNemo membantu
murid mengingat huruf Idgham Maal Ghunnah dengan baik.
6.3 Pemerhatian Berstruktur
Pemerhatian berstruktur direkodkan melalui senarai semak pemerhatian. Berdasarkan pemerhatian awal, dapat
disimpulkan bahawa wujud masalah semasa pengajaran tajuk ini. Pertama, murid tidak dapat mengingat huruf
Idgham Maal Ghunnah dengan baik. Kedua, murid kurang memberi tumpuan semasa pengajaran saya sekaligus
menyebabkan mereka tidak memahami dan mengingati huruf Idgham Maal Ghunnah.
Perbandingan tingkah laku murid sebelum penggunaan KaNemo dan selepas penggunaan KaNemo.

Jadual 2: Perbandingan skor pemerhatian tingkahlaku sebelum dan selepas penggunaan KaNemo
Berpandukan jadual di atas, terdapat empat item yang diperhatikan sebelum dan semasa guru mengajar dengan
menggunakan KaNemo dalam hukum Idgham Maal Ghunnah.
Sebelum

Melalui pemerhatian, sebelum intervensi dilaksanakan saya mendapat murid tidak tahu menjawab
pertanyaan guru. (M1, M2)
Murid hanya boleh menyebut beberapa huruf Idgham Maal Ghunnah apabila ditanya oleh guru. (M3,
M5)
Murid bertanya kepada rakan jawapan kepada persoalan guru. (M1, M2, M3, M4)
Murid melihat nota untuk menjawab soalan guru (M3, M4, M5)

Selepas

Melalui pemerhatian, selepas intervensi dilaksanakan terdapat peningkatan apabila mendapati kesemua
murid tahu menjawab pertanyaan guru. (M1, M2, M3, M4, M5)
Murid hanya boleh menyebut beberapa huruf Idgham Maal Ghunnah apabila ditanya oleh guru. (M3,
M5)
Intervensi juga berkesan apabila tiada murid bertanya kepada rakan jawapan kepada persoalan guru.
(M1, M2, M3, M4,M5)
Murid tidak melihat nota untuk menjawab soalan guru (M1,M2, M3, M4, M5)

Berdasarkan jadual dan data di atas, pemerhatian sebelum dan selepas telah dianalisis untuk kaedah KaNemo
dalam mengingat hukum Idgham Maal Ghunnah. Bilangan skor untuk item 1 hingga 4 menunjukkan jumlah
skor yang tinggi. Namun begitu selepas pengajaran hukum Idgham Maal Ghunnah menggunakan KaNemo
menunujukkan jumlah skor yang rendah. Ini membuktikan bahawa pengajaran menggunakan KaNemo berjaya
mengubah tingkah laku murid.

7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Secara konklusinya, dapat saya simpulkan di sini bahawa penggunaan KaNemo yang menggunakan kaedah
mnemonik berserta gambar berwarna dapat meningkatkan kemahiran murid mengingat huruf Idgham maal
ghunnah dengan mudah. Selain itu, penggunaan KaNemo dapat menarik minat murid terhadap pengajaran guru.
Justeru, saya berharap penggunaan KaNemo ini juga dapat dimanfaatkan secara lebih meluas serta dapat
membantu gruru lain dalam meningkatkan kemahiran mengingat huruf Idgham Maal Ghunnah.
Walaupun begitu, beberapa cadangan untuk menambahbaik boleh dilakukan. Antaranya ialah guru boleh
menggunakan hukum lain dan membina mnemonik baru di dalam pengajaran tajwid.

RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim.
Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metodologi Dan Pedagogi Pengajian Islam. Selangor:
Sdn. Bhd.

Oxford Fajar

Ahmad Qamaruddin Ibrahim (2002). Kertas Kerja Kursus Peningkatan Kemahiran Tilawah Al- Quran dan
Kaedah Iqra Dharur Pendidikan Islam. Rasm Uthmani, Antara Kefahaman
dan Bantuannya. Istilah AdDibtu dalam Rasm Uthmani.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan
Prasekolah hingga Lepas Menengah). Kementerian Pendidikan Malaysia: Putrajaya.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Pendidikan Islam Tahun Dua.
Zuraidah Bt Adam (2012). Meningkatkan Kemahiran Bacaan Dengung Dalam Al-Quran Berpandukan Tanda
Baris Tanwin. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.