Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) MBL ( UKM

)
1

Selamat datang Cliffordian 1978, 1979, 1980 & 1981

2

Bila bersendirian dan apabila teringatkan masa-masa yang telah berlalu «..aku tersentuh hati apabila mengenang kehidupan di saat senang dan susah , juga semasa bersekolah di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang ( kemudian ini disebut SMC ) «bak kata orang kenangan tetap kenangan, sememangnya sukar untuk dilupakan....... Tingkatan Enam Atas Satu 6A1«1981 Sabri Kasim

Norizan Ramli

Musbri Mohamed

3

SETIAP individu mempunyai matlamat hidup masing-masing. Jika ditanya apakah matlamat hidup kita, seorang peniaga akan mengatakan matlamatnya ialah untuk maju dalam perniagaannya. Seorang guru akan mengatakan agar ia dapat meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya dan seorang pelajar pula akan mengatakan tentang harapannya untuk beroleh kecemerlangan dalam pelajarannya. Sejauhmanakah matlamat itu akan tercapai? Semua matlamat yang dinyatakan di atas ialah matlamat jangka panjang iaitu suatu hasil daripada tindakan yang dilakukan .....Dan langkah itu telah kita mulai apabila kita keluar daripada pintu pagar Sekolah Menengah Clifford dalam tahun 1981 atau lebih awal.

Gambar SMC tahun 1965
4

Nama-nama individu seperti Zular, Sahrum, Sabri, Naim, Stone, Mohan, Lip Pin, Saminathan, Burn Bread, Londeh, Saleh, Santha Singah, Cikgu Yusof Ringo, Pakcik Osman Labu, Dawood dan Apollo masih segar dalam ingatan saya. Sabri Kasim yang mula ingatkan saya untuk mula menghubungi rakan-rakan Cliffordian. Gambar Sabri yang terbaharu ada di sebelah. Di antara rakan-rakan yang saya temui setelah meninggalkan Clifford pada 1981 adalah Johari, Hamiza, Nasir, Naim, Stone, Suhaidi, Azman dan sudah tentunya Norizan isteri saya.

Sabri Kasim 6A1

5

Kita beruntung kerana mempunyai kawan-kawan yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seseorang kawan maka begitu juga dia.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah atau bersama-sama menghadapi masalah. Walaupun agak lama telah meninggalkan Bandar Lipis namun diharap saya masih belum terlewat untuk menyambung ikatan persahabatan dengan rakan-rakan bekas SMC dan juga sedaerah Lipis. Usia saya yang menghampiri setengah abad membuka ingatan saya akan nostalgia masa lalu«khususnya tentang kawan-kawan sekolah.

Abu Bakar Hussein 6A2

6

Banjir tahun 1971
7

Masih ingat tak lagi sekolah kita ini ? Keluar di You Tube dengan lagu latar oleh Willie Nelson ± You Always On My Mind. Sedih jiwa kawan.Hampir menitiskan airmata «.sudah hampir 30 tahun meninggalkan Sekolah Menengah Clifford ««««.hingga sekarang penulis sudah pun hampir berusia 48 tahun.

8

9

Pendidikan adalah kunci kepada masa depan. Lemahnya kita dalam bidang pendidikan maka lemahlah masa depan kita. Kita akan lemah dalam bidang ekonomi, kita akan lemah dalam bidang politik dan kita akan lemah dalam mempertahankan Islam yang kita cintai. Sebenarnya kita perlu calun daripada Lipis untuk duduk di Kuantan.Kecuali Datuk Najib sebagai PM Malaysia maka yang ada sekarang «« No komen. Kawan dah merantau dan bergaul dengan pelbagai bangsa di seluruh Malaysia, serantau dan global«Di samping itu kawan sendiri di Pahang boleh dikatogeri sebagai old timer@otai di dalam ekonomi serta politik.

10

Pada 2010 kini kerangka minda orang Melayu telah maju. Dengan penekanan pembelajaran sains moden secara intensif kepada anak-anak Melayu terutamanya pada akhir 60an dan awal 70an telah berjaya melahirkan satu masyarakat saintis Melayu dan cendekiawan Melayu yang mempunyai scientific literacy atau scientific consciousness yang tinggi. Generasi kini telah didedahkan di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa dalam pelbagai disiplin serta dapat bersaing dengan mana-mana kaum di peringkat global. Sejarah Raja Melayu sebenarnya masih ada di Kuala Lipis «yang direbut di Pahang sekarang dan dahulu adalah sebenarnya hanyalah bagi jawatan Bendahara. Begitu juga Johor yangmana jawatannya hanya Temenggung«Hakikatnya Raja atau Sultan Melayu sudah lama tiada.
11

Walau tanpa raja namun kaum Melayu tidak hilang di dunia tetapi dunia Melayu yang luput dalam lipatan sejarah dan hari ini dunia Melayu itu terus lenyap atau bakal lenyap kerana satu perkara utama : persengketaan antara kita. Ini tidak mengira wadah politik tetapi halanya sama " persengketaan akhirnya membenarkan bumi dipijak milik orang " .

12

Sekolah Menengah Clifford merupakan sekolah Inggeris kerajaan yang tertua di Negeri Pahang dan dibina pada tahun 1913. Pada masa itu, ianya hanya berupa sebuah rumah kayu beratap nipah di Jalan Besar Bandar Kuala Lipis. Dan V.N. Bartlett yang berasal dari Ceylon merupakan pengasas dan pengetua pertama sekolah ini.
13

Kemudian sejarah SMC bermula pada tahun 1919 di mana sebuah bangunan telah dibina di tengah padang sekolah pada masa ini, namun telah musnah dilanda banjir besar tahun 1926. Pada tahun 1928, sebuah bangunan batu dua tingkat telah dibina dan Sir Hugh Clifford yang merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Bersekutu telah merasmikan bangunan ini dan seterusnya menamakannya Sekolah Clifford (Clifford School).

14

Semasa peperintahan Jepun, bangunan ini telah dijadikan Markas Polis Askar Jepun (Kempetai). Selepas itu persekolahan disambung semula pada tahun 1945. Di antara bekas pelajar SMC adalah Tun Abdul Razak Hussein; Tun Ghazali Shafie; Ishak Haji Muhammad @ Pak Sako .

Telah diperingatkan dan dipesan oleh Allahyarham Tun Razak apabila beliau menyatakan: Kita perlu melakukan sesuatu agar generasi akan datang tidak menyalahkan kita di atas apa yang kita lakukan hari ini, sebagaimana sebahagian dari kita menyalahkan generasi lampau di atas kesilapan mereka.

15

Dalam banyak pertemuan dengan bekas guru SMC maka pertemuan saya dengan bekas Pengetua SMC iaitu Mr. Putcherry adalah agak dramatik. Ini kerana kami mewakili klien berlainan di dalam Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada tahun 1989. Hakim yang mengendalikan kes gelak besar bila menyedari senario kami yang berkenaan. Saya dikatakan kaki buli oleh kerana Putcherry kurang fasih berbahasa Melayu.Namun Putcherry tetap berbangga kerana saya adalah produk SMC.

Panggung Paradise , Kuala Lipis; Setiap Sabtu; Cheap Matinee

Bila sahaja hujan panas maka mengalirlah darah yang merah daripada rangka kayu di tingkat atas«masih lagikah? 16

Beberapa keistimewaan yang telah memberi identiti Sekolah Menengah Clifford kini di antaranya: 1. SMC adalah merupakan sekolah premier yang telah diasaskan oleh pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada tahun 1913. 2. Kini 2 blok bangunan tertua di sekolah ini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara. 3. SMC telah diangkat menjadi Sekolah Model Khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1996. Ia meliputi pengambilan pelajar daripada Tahun 4 hingga Tingkatan 6 Atas. 4. Kewujudan Projek Sekolah Indera Shahbandar Pahang merupakan penubuhan program yang pertama dalam intipati Sekolah Model Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. Mulai tahun 2006 SMC telah terpilih sebagai sebuah sekolah Bestari dalam Projek Perluasan Sekolah Bestari Fasa I Negeri Pahang. Musbri Mohamed 6A1
17

Isteri penulis (Norizan Ramli 6A1) bersama 5 orang putera-putera kami pada tahun 2006. Dua daripada anak-anak saya sedang mengikuti jurusan undang-undang.

18

Senarai nama dan alamat bekas pelajar SMC yangmana akan saya update dari masa ke semasa melalui blog dalam masa terdekat bermula dengan senarai nama yang di bawah :-

Nama

Tahun

Telefon/E-Mail

1.Musbri Mohamed 2.Norizan Ramli 3.Sabri Kasim 4.Suhaidi 5.Shukri Ahmad 6. Abu Bakar Hussein

1978-1981 1980-1981 1978-1981 1980-1981 1978-1979 1980-1981

0193928655/musbri@gmail.com 0139378456 0133975256 0122627209 0123260464 IP Kastam Putrajaya Telecom Bukit Aman EPF

abu.bakar@shearndelamore.com

19

Di ruang power point ini kami yakni Sabri, Suhaidi , Shukri, Bakar , saya iaitu Musbri dan isteri saya Norizan dengan berbesar hati berharap kawan-kawan bekas Cliffordian khususnya pelajar tahun 1978, 1979, 1980 dan 1981 dapat berinteraksi bagi berkumpul secara blok di siber dan kemudian merangka perjumpaan di Kuala Lipis. Sehubungan itu juga diharap bekas pelajar-pelajar SMC yang lain dapat berhubung dan mengeratkan siratulrahim dengan kami sebelum kehidupan kita sampai ke titik penghujung.

20

Kita selalu melihat kawan-kawan ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu....tetapi jika kita cuba jadi sahabat , mungkin kita akan tahu...betapa indahnya persahabatan itu«.dan mungkin indah kenangan itu. Sahabat-sahabat mu di perantauan Musbri Mohamed@Aziz dan rakan-rakan

21