You are on page 1of 87

1

KONTRAK PERJANJIAN

KONTRAK PERJANJIAN

PAKEJ LENGKAP

KONTRAK PERJANJIAN
MENYEDIAKAN KONTRAK
SEMAKIN MUDAH

RISI YUSOFF

www.risiyusoff.com

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

2016

KONTRAK PERJANJIAN

Hak cipta Isir Enterprise Cetakan Pertama 2010, Cetakan Kedua 2016
Hak cipta terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku dalam apa jua bentuk dan dengan apa
cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis Isir Enterprise.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan
Risi Yusoff, 1981- :
Kontrak Perjanjian / Risi Yusoff
1. Motivation (Psychology). 2. Law (Contract)
3. Success. I. Judul 158.1
Penerbitan sedaya upaya memastikan buku yang diterbit ini berautoriti dari segi
topik yang dibincangkan. Penerbit dan penulis buku tidak boleh menganggap
memberikan khidmat perundangan, atau khidmat profesional yang lain kepada
pembaca. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan
nasihat bertauliah dan berkelayakan.
Diterbit / Dicetak / Isir Enterprise (002166121-K)
Diedar Oleh

Mcc- 005 Jalan Pinggiran Delima,


Taman Pinggiran Delima,
Kajang 43100, Selangor Darul Ehsan.

Pengurus

Siti Hajar Binti Awang @ Abi Sofian

Editor

Muhammad Adam Miqdad

Susun Atur

Sarah Nur Tasnim

Kulit / Grafik

Khaulah Nur Insyirah

Penulis

Risi Yusoff

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

Phone: (6013) 210-7034 (SMS / Whatsapp Sahaja)


www.risiyusoff.com

KONTRAK PERJANJIAN

PRAKATA
Jangan bimbang tentang kontrak, Jika anda berurusan dengan orang yang
tidak baik, tidak ada kontrak akan melindungi anda! Donald Trump
Kepercayaan sesama insan pada hari ini tidak lagi seperti dulu ibarat kata
pepatah hari ini kawan esok menjadi lawan ianya disebabkan oleh cara hidup
dan didikan yang sudah berubah. Rasa saling mempercayai dan syak prasangka
adalah perkara biasa pada hari ini. Ini bukan saja berlaku dibandar-bandar
besar malah sudah merebak di kampung-kampung.

Kisah benar yang berlaku pada saya perebutan harta pusaka antara adik
beradik yang menyebabkan pertelingkahan yang menyebabkan bermasam muka
dan tidak bertegur sapa. Itu adalah adik beradik yang sedarah sedaging. Inikan
pula individu yang kita kenali yang tiada langsung sebarang pertalian
bagaimana kita boleh menjamin integriti dan kepercayaan sekiranya kita
berurusan dengan mereka.

Oleh itu mesti terdapat sesuatu yang perlu dipegang untuk menuntut hak kita
sekiranya kita merasakan diri kita telah dikhianati . Maka satu-satunya tali
yang boleh kita bergantung harap adalah Kontrak Perjanjian.

Kontrak Perjanjian memainkan peranan penting dalam sesuatu urusan


perniagaan. Tiada syarikat yang berani menanggung risiko untuk ditipu dan
dikhianati apatah lagi dengan urusan perniagaan yang bernilai ratusan ribu dan
jutaan ringgit yang dilaburkan.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

KONTRAK PERJANJIAN

Silap haribulan anda boleh diistiharkan muflis oleh mahkamah pasti banyak
insan yang akan terasa kesan bahana daripada perkara ini.
Namun sebagai usahawan, kita tidak boleh menyerahkan periuk nasi kita secara
bulat-bulat kepada orang lain yang mementingkan diri sendiri.
Usahawan harus pintar merebut peluang dan memperlengkapkan diri dengan
ilmu pengetahuan untuk bersilat di gelanggang perniagaan. Bagaimana untuk
mengelakkan anda daripada dibuli dan dikhianati ? Bagaimana untuk
menyiapkan sebuah Dokumen Kontrak Perjanjian yang profesional? Semua ini
akan dikupas secara terperinci didalam buku ini.

Tips-tips di dalam buku ini, adalah melalui pengalaman saya selama empat (4)
tahun dalam menguruskan pelbagai kontrak kerajaan. Oh ya, dalam buku ini
juga contoh-contoh kontrak yang pernah disediakan oleh saya dan telah
diperakui oleh Pegawai Undang-Undang juga akan diberikan sebagi contoh bagi
memudahkan anda menyediakan Kontrak Perjanjian anda sendiri mengikut
kesesuaian urusan perniagaan anda.
Diharapkan, kita sama-sama dapat memanfaatkan panduan-panduan di dalam
buku ini untuk menyiapkan sebuah dokumen Kontrak Perjanjian bagi
memantapkan lagi perniagaan kita.
Siapa yang membuat pembayaran, dia yang mengawal perjanjian
Yang Ikhlas,
Risi Yusoff,
Penulis dan Penyemak Kontrak,
http://kontrakperjanjian.Blogspot.My

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

KONTRAK PERJANJIAN

KANDUNGAN
Kata Pengantar

BAB1 SEKILAS TENTANG KONTRAK PERJANJIAN


1.1

Hukum Perjanjian Kontrak

13

1.2

Syarat Sah Perjanjian Kontrak

13

1.3

Kepentingan Kontrak perjanjian

15

1.4

Kontrak Boleh Batal Dan terbatal

21

1.5

2 Salah Faham Umum Mengenai Kontrak Perjanjian

25

BAB2 PERSIAPAN MEMBUAT KONTRAK PERJANJIAN

27

2.1

Perundingan

28

2.2

Persetujuan

29

2.3

Penyediaan Maklumat Kontrak Perjanjian

30

BAB3 MEMBUAT KONTRAK PERJANJIAN

32

3.1

Pemilihan Tajuk Kontrak Perjanjian

32

3.2

Kalimah Pembuka

33

3.3

Pengenalan Pihak-Pihak Yang Terlibat

34

3.4

Persetujuan Kontrak Perjanjian

36

3.5

Isi Kontrak Perjanjian

37

3.6

Penutup

37

BAB4 PELAKSANAAN KONTRAK PERJANJIAN

39

4.1

Pelaksanaan Kontrak Perjanjian

39

4.2

Penafsiran Isi Kontrak Perjanjian

40

4.3

Skop Kerja

42

4.4

Harga Dan Nilai Kontrak Perjanjian

43

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

KONTRAK PERJANJIAN

4.5

Pembayaran

43

4.6

Wang Tahanan

44

4.7

Tempoh Perjanjian

45

4.8

Obligasi Bagi Pihak-Pihak

46

4.9

Permohonan Untuk Perubahan

48

4.10

Penalti/Denda

49

4.11

Set Off

50

4.12

Tanggung Rugi

50

4.13

Had Kewajipan

51

4.14

Waranti

52

4.15

Force Majeure

53

4.16

Menyelesaikan Pertelingkahan

55

4.17

Penafian

56

4.18

Pindaan Kontrak Perjanjian

57

4.19

Insurans perkhidmatan/Kerja-Kerja

57

BAB5 PENAMATAN KONTRAK PERJANJIAN

60

5.1 Pelaksanaan

61

5.2 Perjanjian

62

5.3 Kekecewaan

62

5.4 Kemungkiran Pembayar & Kontraktor

63

BAB6 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KONTRAK


PERJANJIAN
6.1 Menandatangani Kontrak Perjanjian

68
69

6.2 Tempoh Menandatangani Kontrak Perjanjian

70

6.3 Pengedaran Dan Penyimpanan Kontrak Perjanjian

70

6.4 Hakmilik Dokumen-Dokumen Perjanjian

71

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

KONTRAK PERJANJIAN

BAB7 LAMPIRAN KONTRAK PERJANJIAN

72

7.1 Jadual Pelaksanaan

72

7.2 Spesifikasi Teknikal

73

7.3 Skop Kerja

73

7.4 Senarai Kuantiti

73

7.5 Jadual Pembayaran

74

7.6 Pelan-Pelan

74

7.7 Surat Setuju Terima/ Pemberitahuan Penerimaan


Sebutharga/Tender
7.8 Bon Pelaksanaan

74

7.9 Polisi Insurans

77

75

7.10 Skim Keselamatan Sosial Pekerja

77

7.11 Borang Sebutharga/Tender

77

BAB8 KATEGORI KONTRAK PERJANJIAN

78

8.1 Kontrak Perkhidmatan

78

8.2 Kontrak Pembekalan

79

8.3 Kontrak Kerja-kerja

79

9.0

STAMPING DAN ZERO DUTI SETEM

81

10.0

KATA-KATA AKHIR

84

11.0

TENTANG PENULIS

86

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

KONTRAK PERJANJIAN

Bagaimana Membuat Kontrak Perjanjian


Yang Profesional Dan Diterima
Di Mahkamah

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

KONTRAK PERJANJIAN

BAB 1
SEKILAS TENTANG KONTRAK
PERJANJIAN
Kita pernah mendengar istilah perjanjian atau kontrak dalam kehidupan
kita seharian mahupun daripada nenek moyang kita yang terdahulu tidak akan
lari daripada istilah ini. Manusia telah lama memerlukan satu sistem
penguatkuasaan dalam kehidupan dan urusan seharian di antara mereka.
Dengan perlakukan aktiviti-aktiviti seperti jual beli, kerjasama, gotong-royong
dan sebagainya, seorang manusia perlu mendapatkan suatu kelebihan daripada
manusia lain demi kepentingan dirinya, dan begitu juga manusia lain itu
daripada manusia pertama.
Tiada manusia yang dapat hidup berdikari seorang diri dan manusia saling
perlu-memerlukan antara diri mereka. Di mana satu manusia tiada kelebihan
yang diperlukannya, tetapi mempunyai kelebihan yang dicari orang lain,
apabila orang yang dijumpainya mempunyai kelebihan yang dicari, orang
pertama itu akan menawarkan kelebihan yang ada pada dirinya sebagai tukaran
kepada kelebihan yang dicarinya itu.
Proses

ini

dinamakan

sebagai

tawar-menawar,

atau

jual

beli

pada

kemudiannya. Namun bagaimana untuk memastikan komitmen kedua-dua belah


pihak kepada persetujuan yang dicapai mereka? Satu jalan penyelesaian adalah
dengan penguatkuasaan persetujuan yang dicapai oleh undang-undang, dan ini

10

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

KONTRAK PERJANJIAN

mewujudkan Kontrak Perjanjian.


Perjanjian adalah suatu persetujuan di antara dua pihak atau lebih berkenaan
sesuatu perkara. Perlulah difahami bahawa istilah kontrak adalah lebih khusus
manakala istilah perjanjian adalah lebih umum. Hanya perjanjian yang
mempunyai ciri-ciri kontrak sahaja yang mempunyai implikasi undang-undang.
Contoh ringkas perbezaan perjanjian dengan kontrak: Seorang sahabat anda
berjanji untuk membelanja anda makan malam di Saloma Restaurant & Bistro,
Jalan Ampang pada pukul 8.30 malam esok.
Pada pukul 8.30 malam keesokan harinya anda sudah berada di tempat letak
kereta Saloma Restaurant & Bistro tetapi sahabat anda tidak muncul-muncul.
Secara umumnya anda tidak boleh menyaman sahabat anda itu tadi kerana
mungkir perjanjian untuk membelanja anda makan malam.
Contoh Kedua : Anda selaku pembekal barangan alat tulis kepada sekolahsekolah di Lembah Klang telah memberitahu pengilang bahawa anda mahu
membeli 100 unit mesin photostat daripada pengilang berkenaan. Anda berjanji
akan membayar harga 100 unit mesin photostat tersebut apabila pengilang
menghantar 100 mesin photostat ke sekolah yang telah anda persetujui
bersama.
Apabila barangan telah sampai ke sekolah-sekolah yang

dipersetujui

,anda telah bertukar fikiran dan tidak mahu membayar harga 100 unit mesin
photostat tersebut. Secara umumnya pengilang tadi boleh menyaman anda dan
kes ini boleh dibawa ke mahkamah. Maka anda bersedialah untuk mengeluarkan
wang bagi mengupah firma guaman.

11

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

KONTRAK PERJANJIAN

Kontrak di Malaysia merujuk kepada elemen-elemen serta pembentukan satu


kontrak yang sah dari sisi undang-undang di negara Malaysia. Kontrak juga
merujuk kepada satu persetujuan yang boleh dikuatkuasakan undang-undang.
Undang-undang dan pembentukan satu kontrak di Malaysia diperintah oleh satu
Akta Parlimen yang bergelar Akta Kontrak 1950 disamping beberapa provisi
dalam Akta Relief Spesifik 1950. Namun demikian, Akta ini bukanlah satu
sumber segala elemen kontrak yang menyeluruh.
Sesetengah elemen yang perlu, seperti elemen niat mewujudkan perhubungan
sah dari segi undang- undang, tidak disentuh oleh mana-mana provisi yang
terkandung dalam Akta Kontrak. Dalam keadaan ini, elemen-elemen sebegini
didatangkan daripada undang-undang common law dan ekuiti undang-undang
Inggeris, yang beraplikasi melalui peruntukan dalam seksyen 3 dan 5 Akta
Undang-Undang Sivil 1956.
Dalam pengertian yang lain Kontrak Perjanjian adalah kesepakatan antara dua
orang atau lebih mengenai sesuatu perkara. Sama ada dibuat secara lisan atau
pun secara bertulis. Pihak-pihak yang membuat Kontrak Perjanjian, masingmasing mempunyai hak dan kewajiban terhadap pihak lainnya.

12

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

KONTRAK PERJANJIAN

1.1

HUKUM PERJANJIAN KONTRAK

Hukum Kontrak Perjanjian yang diamalkan di Malaysia dan dikebanyakan negara


lain adalah bersifat terbuka dan bebas. Ianya bermaksud anda dan satu pihak
lagi adalah bebas untuk membuat Kontrak perjanjian di mana isi dan
kandungannya adalah ditentukan oleh anda dan pihak satu lagi, asalkan ianya
tidak melanggar undang-undang yang terdapat di Malaysia iaitu undang-undang
yang bertulis dan yang tidak bertulis.
Ruang lingkup asas kebebasan berkontrak meliputi hal-hal berikut :a) Kebebasan untuk membuat atau tidak perjanjian
b) Kebebasan untuk memilih dengan siapa perjanjian ingin dibuat.
c) Kebebasan untuk menentukan atau memilih klausa dari perjanjian yang
ingin dibuat.
d) Kebebasan untuk menentukan tujuan perjanjian
e) Kebebasan untuk menentukan bentuk suatu Kontrak Perjanjian.
f) Kebebasan

untuk

menerima

dan

memilih

syarat-syarat

Kontrak

Perjanjian.
1.2

SYARAT SAH KONTRAK PERJANJIAN

Perlulah difahami bahawa ciri-ciri asas sesuatu kontrak berbeza di antara


negara-negara yang mengamalkan sistem undang-undang yang berbeza.
Di dalam negara-negara yang mengamalkan sistem "Common Law" seperti
England, Malaysia dan India, ciri-ciri asas sesuatu Kontrak adalah seperti
berikut:

13

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

KONTRAK PERJANJIAN

Sekiranya ciri-ciri asas itu tidak wujud, maka di negara-negara yang


mengamalkan sistem "Common Law" suatu kontrak yang sah dianggap tidak
wujud.

Yang

mungkin

wujud

hanyalah

perjanjian

yang

tidak

boleh

dikuatkuasakan di mahkamah

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK

14

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

KONTRAK PERJANJIAN

Perjanjian
Kata sepakat dalam sesuatu perkara oleh dua pihak (pencadang dan penerima
cadangan)
Balasan
harga, nilai atau perbuatan yang diberikan oleh satu pihak utk membalas janji
pihak yang lain.
Niat
Niat untuk memasuki kontrak dan mewujudkan hubungan di sisi undangundang.
Keupayaan
Bukan dari golongan tidak sempurna akal atau kanak-kanak.
Ketentuan
Syarat dan terma kontrak tidak samar-samar.
Kerelaan bebas
Tiada unsur-unsur paksaan, khilaf, penipuan dan sebagainya .
Tujuan yang sah
Tidak menyalahi undang-undang.
1.3

KEPENTINGAN KONTRAK PERJANJIAN

Raja Kurma Malaysia iaitu Yusuf Taiyoob juga tidak lari daripada ditipu oleh
rakan-rakan niaga daripada Iran dalam urusan pengimportan Kurma, di mana
beliau beranggapan apabila berurusan sesama Islam tidak akan berlaku
sebarang penipuan. Tetapi beliau terkena juga dek kelicikan rakan-rakan niaga
dari Iran dan lain-lain dari negara Asia Barat yang kadang-kala meletakkan
prinsip bahawa segala-galanya atas nama Allah, Allah lebih tahu dan Allah
maha melihat oleh itu Kontrak Perjanjian tidak perlu ditulis sekadar mulut
sahaja dan beliau mempercayai prinsip seperti itu. Disebabkan ketiadaan
Kontrak Perjanjian yang boleh digunakan sebagai bukti urusan perniagaan
dijalankan beliau mengalami kerugian yang bukan sedikit.

Oleh itu anda

15

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

KONTRAK PERJANJIAN

hendaklah berhati-hati dengan pihak yang suka menabur janji dan bersumpah
supaya anda tidak akan menyesal dikemudian hari. Berfikirlah semasakmasaknya sebelum anda membuat urusan perniagaan tanpa Kontrak Perjanjian.
Pada satu masa dahulu kontrak membina rumah, terutama sekali di kawasan
luar bandar, dilaksanakan hanya dengan perjanjian mulut. Perjanjian lisan
mungkin berbunyi sebegini:
Awang: Roslan, awak tolong bina rumah saya. Awak carilah mana-mana
juruteknik untuk buat lukisan dan tunjuk pada saya. Saya tanggung semua
bayaran.
Setelah lukisan siap Roslan pun jumpa Awang yang ingin membina rumahnya
dan berkata:
Roslan: Awang, ini lukisan rumah Awak. Jika Awak setuju, Saya buat.
Harganya RM40,000.00.
Awang: Saya suka pelan lukisan Awak ni. Tapi boleh kurang sikit harga?
Roslan: Paling kurang Saya boleh turun RM35,000.00
Awang: Okay, Saya setuju. Awak uruskan semua. Saya akan bayar secara
ansuran
Walau pun perbualan ini menjadi asas kontrak pembinaan kebanyakan projek
ini berjaya dilaksanakan dengan memuaskan kepada kedua belah pihak.
Kontrak lisan diatas berasaskan kepercayaan kerana pihak terlibat saling
mengenali dan saling mempercayai terhadap integriti masing-masing.
Ianya sebuah kontrak yang dijamin oleh maruah serta harga diri pihak yang
terlibat serta kesedaran sebarang penipuan hanya memberi faedah jangka
pendek tetapi kerugian masa panjang.
Pada masa sekarang, projek hanya boleh dilaksanakan setelah menandatangani
Kontrak Perjanjian di antara pihak-pihak yang terlibat. Selain daripada menyata

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

18

tanggungjawab dan peranan pihak yang berinteraksi, perjanjian menentukan

KONTRAK PERJANJIAN

pengagihan serta petempatan kuasa. Ia selalunya mengandungi


berbagai-bagai syarat yang telah di tambah dari masa kesemasa berasaskan
pengalaman dengan projek yang sama.

Pada umumnya syarat perjanjian cuba mengambil pertimbangan pelbagai


kemungkinan

yang

mungkin

timbul

dan

menyatakan

respons

serta

mengenalpasti pihak bertanggungjawab demi melindung pihak yang membuat


perjanjian tersebut. Atas sebab inilah kita akan nampak kecenderongan
berbeza diantara syarat-syarat kontrak JKR ,CIDB dan jabatan-jabatan kerajaan
yang lain.
Perjanjian dengan syarat-syarat yang jelas adalah penting untuk mengenalpasti
tanggungjawab dan peranan semua pihak. Ianya dapat memberi gambaran yang
lebih jelas tentang kos yang terlibat di dalam menjalankan projek tersebut.
Malangnya, sekira pengurusan projek melalui kontrak bertulis digunapakai,
justeru mana-mana yang tersirat atau tidak tertulis tidak diberi pertimbangan
atau diambilkira sekira timbulnya pertikaian.

Ini bermakna syarat-syarat kontrak harus mempertimbang semua kemungkinan


bagi menyatakan remedi yang setimpal dan dipersetujui bersama. Jika kita
banding cara

projek dijalankan pada zaman dahulu di kawasan luar bandar,

dengan cara ianya dijalankan mengikut undang-undang jelaslah undang-undang


kontrak tidak mengharapkan sangat kepada daya integriti pihak yang terlibat
tetapi lebih menumpu kepada apa yang dinyata secara ketara.

Lebih kuat pergantungan kepada pendekatan bersifat keundangan lebih sepi lah

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

19

peranan integriti di dalam aktiviti urusniaga perniagaan.

KONTRAK PERJANJIAN

Anda hendaklah meletakkan di dalam minda anda bahawa kes pelanggaran


urusan perniagaan di Malaysia adalah wujud di mana kita boleh perhatikan
sebagai contoh statistik kes-kes di mahkamah tinggi Kuala Lumpur dari
Januari 2007 sehingga 23 April 2008 berjumlah 78 kes mahkamah, 12 kes

atau

15.4 peratus berkaitan industri pembinaan yang kebanyakan kes adalah kes di
mana kontraktor telah di aniaya dan terpaksa membuat tuntutan melalui
mahkamah.
Ianya menegaskan bahawa sesuatu urusniaga perniagaan mestilah mempunyai
Kontrak

Perjanjian

bagi

mengelakkan

berlakunya

perlanggaran

kebolehpercayaan dan mestilah diamal oleh semua pihak dan bukan sahaja
kontraktor, terutama mereka yang berada di dalam kedudukan berkuasa.
Walau pun ianya menunjuk keadaan semasa dimana kontraktor dikawal rapi
oleh pelbagai syarat kontrak dan peruntukan perundangan dapat menjaminkan
tindakan berintegriti daripada kedua-dua pihak, ianya juga menunjukkan anda
mungkin di antara peratusan yang saya nyatakan di atas sekiranya anda tidak
memperincikan urusan perniagaan di dalam Kontrak Perjanjian.
Siapa Yang Membuat Pembayaran, Dia Yang Mengawal Kontrak
Perjanjian
Siapa yang bertanggungjawab membuat pembayaran akan mengawal kandungan
Kontrak Perjanjian. Suatu ketika saya pernah dihubungi oleh seorang kontraktor
Kuala

Kangsar

bertanyakan

tentang kontrak perjanjian

melibatkan syarikat beliau dengan pihak kilang dan juga pelanggan

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

yang
yang

20

daripada

KONTRAK PERJANJIAN

syarikat beliau berurusan. Di mana beliau bertindak sebagai orang tengah untuk
mendapatkan peralatan daripada kilang untuk dihantar kepada pelanggan.
Beliau hanya memerlukan masa selama tiga (3) hari untuk menyediakan
Kontrak Perjanjian tersebut.

Kontrak Perjanjian yang perlu disediakan oleh beliau adalah kepada si


pengilang dan juga kepada si pelanggan. Di dalam situasi ini di antara beliau
adalah pelanggan dan pengilang adalah pembekal maka beliaulah yang perlu
mengawal kandungan Kontrak Perjanjian memandangkan syarikat beliau yang
membuat bayaran kepada si pengilang.

Berbalik pula hubungan antara beliau dan si pelanggan , beliau akan


berperanan sebagai pembekal dan si pelanggan berhak untuk mengawal
Kandungan Kontrak kerana si pelanggan adalah orang yang memberi bayaran
dan menerima bekalan. Oleh itu kesimpulannya siapa yang membuat bayaran
dia yang akan mengawal kontrak.

Namun pun begitu, syarat-syarat Kontrak Perjanjian haruslah dipersetujui


bersama sebelum Kontrak Perjanjian ditandatangani bagi mengelakkan rasa
tidak puas hati kedua-dua belah pihak.

1.4

KONTRAK TERBATAL DAN BOLEH BATAL

1.4.1 KONTRAK TERBATAL


Kontrak terbatal bukanlah merupakan kontrak yang sah sama sekali. Pihakpihak yang berkenaan langsung tidak terikat dan tiada tanggungjawab yang

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

21

wujud di sini. Undang-undang akan menganggap seolah-olah tiada kontrak yang

KONTRAK PERJANJIAN

wujud dan pihak-pihak akan dikembalikan kepada keadaan asal. Kontrak batal
adalah kontrak yang dibuat tanpa mengambil kira unsur-unsur atau elemenelemen penting di dalam pembentukan kontrak.

1.4.2 KONTRAK BOLEH BATAL


Sesuatu kontrak adalah sah sehinggalah salah satu pihak yang berkontrak itu
membuat pilihan untuk membatalkannya. Pihak yang berkontrak boleh
membatalkan kontrak dengan alasan terdapat sesuatu unsur yang boleh
membatalkan kontrak tersebut. Harta atau barang yang telah dipindah milik
sebelum pihak tersebut membuat pilihan untuk membatalkan kontrak tersebut
biasanya tidak boleh dituntut semula kerana ianya sah.
Perkara-perkara yang menjadikan sesuatu kontrak itu boleh batal adalah
seperti di tunjukkan rajah di bawah.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

22

Kontrak Boleh Batal

KONTRAK PERJANJIAN

PAKSAAN
Seksyen 15 AK 1950 mendefinisikan maksud paksaan secara amnya sebagai apa
saja kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan terhadap
diri
seseorang, keluarga atau harta, atas tujuan supaya seseorang itu membuat
kontrak.
Contoh Kes :
CHIN NAM BEE DEVELOPMENT SDN. BHD. LWN TAI KIM
COO & 4 ORS (1988)2 MLJ 117
Isu sah atau tidaknya kontrak yang dibuat atas paksaan di mana perayu
meminta bayaran tambahan untuk tempahan rumah tanpa kerelaan responden.
Keputusan : Kontrak terbatal disebabkan terdapat unsur paksaan perayu di
mana responden memasuki kontrak tanpa kerelaan.
PENGARUH TAK WAJAR
Seksyen 16(1) AK 1950 mentakrifkannya sebagai ,
Satu pihak berada dalam kedudukan boleh menguasai pihak yang lain dan
Menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi kelebihan yang tidak adil.
Contoh Kes:
CHAIT SINGH LWN BUDIN BIN ABDULLAH (1918) 1 FMSLR 348
Isu samada kadar faedah yang begitu tinggi yang dikenakan oleh
plaintif terhadap defendan yang buta huruf dikira sebagai suatu
pengaruh tak wajar.
Keputusan : Plaintif gagal untuk membuktikan tiada

pengaruh tak wajar

dikenakan terhadap defendan.


FRAUD (TIPUAN)
Seksyen 17 AK 1950 mendefinisikan fraud sebagai satu pihak yang
membuat kontrak dengan niat memperdayakan pihak lain untuk membuat

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

23

kontrak dengannya.

KONTRAK PERJANJIAN

Perbuatan-perbuatan itu ialah :


a.

menyarankan sesuatu fakta,

b.

menyembunyikan sesuatu fakta yang tidak benar,

c.
d.

membuat janji tanpa niat menepati janji,


melakukan mana-mana perbuatan untuk memperdaya,

e.

mana-mana perbuatan atau penyembunyian yang ditetapkan oleh undangundang sebagai penipuan.

Contoh kes: SENANANYAKE LWN ANNIE YEO (1965)


Isu samada kenyataan tidak benar yang diberikan oleh defendan terhadap
kedudukan kewangan firma defendan yang menyebabkan plaintif mengalami
kerugian setelah melabur di dalam firma defendan. Mahkamah memutuskan
defendan berniat menipu plaintif dan kontrak terbatal.
SALAHNYATAAN
Seksyen 18 AK 1950 menyatakan bahawa salah nyataan hendaklah berbentuk
satu kenyataan fakta. Kalau sekadar pendapat peribadi sahaja, ia tidak boleh
menjadi salahnyataan walaupun jika pendapat itu tidak benar. Salahnyataan
boleh jadi dalam 2 bentuk iaitu salahnyataan fraud dan salahnyataan ikhlas
yang mana ianya tidak mempunyai niat untuk menipu.
Contoh Kes: R LWN KYLSANT (1932)
Isu samada kenyataan bersifat menipu di dalam prospektus syarikat dianggap
sebagai suatu salahnyataan fraud.
Keputusan: Penipuan tentang fakta sebenar mengenai kedudukan kewangan
syarikat adalah dianggap sebagai suatu salahnyataan fraud.
KHILAF (KESILAPAN)
Seksyen 21 AK1950 menyatakan apabila terdapat kesilapan terhadap faktafakta penting yang dibuat oleh kedua-dua pihak yang berkontrak, perjanjian
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

24

adalah batal.

KONTRAK PERJANJIAN

Contoh Kes : RAFFLES LWN WICHELHAUS (1864)


Isu berkaitan dengan kesilapan mengenai 2 buah kapal yang membawa muatan
kapas iaitu perkara pokok di dalam kontrak itu dianggap sebagai kesilapan
mengenai fakta penting di dalam kontrak yang menjadikan kontrak terbatal.
Apabila khilaf berlaku disatu pihak, kontrak tidak batal. Ini diperuntukan oleh
seksyen 23 AK 1950.

1.5

2 SALAH FAHAM UMUM MENGENAI KONTRAK PERJANJIAN

Ada sebahagian orang awam berpendapat bahawa apa sahaja perjanjian yang
mereka buat boleh dikuatkuasakan di mahkamah. Pendapat ini adalah silap
kerana bukan semua perjanjian memenuhi ciri-ciri Kontrak. Jika sesuatu
perjanjian itu tidak memenuhi ciri-ciri Kontrak, maka ia tidak boleh
dikuatkuasakan melalui undang-undang.
Contohnya jika suatu perjanjian itu tidak wujud "balasan", maka perjanjian itu
bukanlah suatu kontrak yang sah

dan oleh itu tidak boleh dikuatkuasakan

melalui undang-undang.
Ada sebahagian ahli masyarakat juga berpendapat bahawa perjanjian yang
dibuat oleh seseorang dengan seseorang lain akan mengikat pihak-pihak lain
yang tidak terlibat dengan perjanjian itu (Dalam istilah undang-undang, pihakpihak yang lain itu bukan "privy to the contract").
Contohnya si A membuat perjanjian bertulis menjual keretanya (yang masih
dalam pembiayaan bank) kepada si B. Biasanya si A telah membuat perjanjian
pinjaman (atau sewa beli) lebih awal dengan suatu bank semasa dia mula
membeli keretanya. Oleh itu jika hutang dengan bank gagal dibayar, maka
bank berhak merampas kereta tersebut berdasarkan perjanjian pinjaman di

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

25

antara bank dengan si A.

KONTRAK PERJANJIAN

Manakala si B tidak boleh menghalang bank untuk tidak merampas kereta


tersebut dengan alasan kereta tersebut telah dijual kepadanya melalui suatu
perjanjian bertulis. Sebab si B tidak boleh menghalang dari sudut undangundang ialah kerana bank tersebut tidak terlibat sebagai pihak kepada
perjanjian penjualan kereta tersebut, maka dengan itu bank tidak terikat
dengan apa-apa syarat perjanjian penjualan kereta tersebut.
Ada beberapa jenis perjanjian bertulis yang mengikat pihak lain yang tidak
terlibat dengan perjanjian tersebut tetapi ia dalam situasi yang terhad.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

26

Contohnya adalah perjanjian perkongsian.

KONTRAK PERJANJIAN

BAB 2
PERSIAPAN MEMBUAT
KONTRAK PERJANJIAN
Sebelum kedua-dua pihak membuat kesepakatan di dalam sesuatu Kontrak
Perjanjian yang jelas terperinci, biasanya kedua-dua pihak akan membuat satu
dokumen kesefahaman (Memorandum of Understanding) atau dikenal dengan
istilah MoU. Di dalam hal ini akan dibuat nota, resume pembicaraan, atau
intisari dari hal yang telah disepakati. Kegunaan utama MoU adalah sebagai
panduan dalam penyusunan Kontrak Perjanjian yang bakal dibuat.
MoU ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang akan membuat Kontrak
Perjanjian sehingga dapat digunakan bagi mengikat kedua-dua pihak untuk
mengikuti semua kesepakatan yang telah dibincangkan. Hal-hal yang telah
dipersetujui dalam MoU kemudiannya akan disempurnakan dengan pembuatan
Kontrak Perjanjian yang lebih lengkap. Di dalamnya akan mencakupi
keseluruhan aspek hukum dan hal-hal yang harus dimasukkan, termasuk
menandatangani di depan saksi.
Di dalam MoU biasanya ditentukan tempoh waktu untuk Kontrak Perjanjian
disediakan. Apabila tempoh waktu tersebut telah tamat maka kesefahaman
tersebut akan terbatal dengan sendirinya.
Berlainan pula jika ia melibatkan projek yang yang dikeluarkan oleh pihak

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

setelah

27

Kerajaan. Sekiranya anda ditawarkan projek oleh pihak kerajaan

KONTRAK PERJANJIAN

menang sebutharga/tender . Anda akan diberikan surat niat terlebih dahulu


tetapi ianya bergantung kepada agensi. Surat niat merupakan surat yang
dihantar kepada anda yang mana kandungannya meliputi kenyataan hasrat/niat
untuk menerima tawaran syarikat anda, tertakluk kepada persetujuan syaratsyarat agensi yang dikehendaki dipatuhi oleh anda sama ada melalui rundingan
atau cara-cara lain. Surat niat ini tidak mengikat kedua-dua pihak kepada suatu
Kontrak Perjanjian.
Oleh itu sekiranya agensi bercadang untuk menerima sesuatu tawaran tetapi
dengan beberapa syarat yang mesti dipatuhi oleh anda terlebih dahulu, maka
Surat Niat dikeluarkan. Namun terdapat juga agensi yang terus memberikan
Surat Pelantikan tanpa memberikan surat niat sekiranya perundingan di antara
kedua-dua pihak adalah muktamad dan tiada pindaan lanjut. Berikut adalah
tahap permulaan kepada pelengkap sesebuah Kontrak perjanjian :PERUNDINGAN
Perundingan merupakan satu keperluan bagi pihak-pihak yang akan
membuat suatu perjanjian Kontrak Perjanjian untuk mengadakan
perbincangan dua hala bagi mencapai kesepakatan sebagai akibat
adanya

perbezaan-perbezaan

terhadap

sesuatu

perkara

dan

dilatarbelakangi oleh kesamaan /ketidaksamaan kepentingan di antara


pihak-pihak tersebut.
Dengan kata lain perundingan merupakan poses tawar menawar antara
kedua-dua pihak yang akan membuat sesuatu Kontrak Perjanjian agar
masing-masing

pihak

tidak

mengalami

kerugian

dan

mendapat

keuntungan dari Kontrak Perjanjian yang dibuat.


Perundingan dilakukan sebelum Kontrak Perjanjian disusun atau sebelum
melakukan suatu perhubungan bersyarat yang menimbulkan suatu
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

28

2.1

KONTRAK PERJANJIAN

hubungan mengikat kedua-dua belah pihak. Perundingan merupakan


proses permulaan sebagai usaha untuk mencapai kesepakatan antara
kedua-dua pihak. Ketika berunding, masing-masing pihak mengemukakan
penawaran terhadap yang lain. Akhirnya mencapai sesuatu persetujuan
atau kesepakatan antara kedua-dua belah pihak.
PERSETUJUAN.
Pada peringkat ini kedua-dua pihak bersetuju dengan perundingan yang
telah dilakukan maka pihak agensi akan mengeluarkan satu Surat Setuju
Terima yang mengesahkan penerimaan sesuatu tawaran berasaskan
kepada

syarat-syarat

yang

telah

ditetapkan

dalam

dokumen

sebutharga/tender, syarat yang telah dipersetujui dalam surat niat dan


apa-apa

syarat

lain

yang

telah

dipersetujui

melalui

rundingan

sebelumnya. Sehubungan dengan itu, apa-apa syarat yang telah


dipersetujui sebelumnya hendaklah dinyatakan dengan jelas dan
persetujuan

tersebut

merupakan

sebahagian

daripada

Kontrak

Perjanjian. Surat Setuju Terima ialah satu surat dokumen perundangan


yang sah dan merupakan sebahagian daripada Kontrak Perjanjian.

Apabila semua perkara telah diselesaikan dan tiada rundingan lanjut


diperlukan, Surat Setuju Terima akan dikeluarkan kepada anda oleh
agensi. Satu ikatan Kontrak Perjanjian wujud di antara kedua-dua pihak
Setelah Surat setuju Terima ditandatangani dan dikembalikan oleh anda
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

29

2.2

KONTRAK PERJANJIAN

kepada agensi. Surat Setuju terima juga perlu ditandatangani di hadapan


saksi dan saksi juga perlu menurunkan tandatangan. Surat Setuju Terima
dikenali

juga

sebagai

surat

Pemberitahuan

Penerimaan

Sebutharga/Tender ianya adalah perkara yang sama .


PENYEDIAAN MAKLUMAT KONTRAK PERJANJIAN
Terdapat beberapa item yang anda perlu kenalpasti sebelum anda
membuat Kontrak Perjanjian. Ini kerana data yang disediakan sebelum
Kontrak Perjanjian dibuat akan memudahkan ianya dilaksanakan. Itemietem tersebut adalah seperti :2.3.1 No.Kontrak
No Kontrak perlu diletakkan pada bahagian atas Kontrak Perjanjian. Jika
anda berurusan dengan kerajaan letakkan juga nombor sebutharga pada
bahagian kulit luar Kontrak Perjanjian. Tujuan anda disediakan nombor
kontrak adalah bagi memudahkan urusan pengfailan dan pencarian
apabila ia diperlukan kelak.
2.3.2 Nama Alamat Syarikat
Pastikan nama syarikat yang anda membuat Kontrak perjanjian adalah
betul dan tepat termasuklah nama syarikat anda. Nama syarikat
hendaklah mengikut nama pendaftaran syarikat yang digunakan semasa
berdaftar dengan SSM. Jika menggunakan nama seseorang di dalam
Kontrak perjanjian pastikan nama tersebut adalah seperti yang tercatat
di dalam Kad Pengenalan. Terdapat kes di mana seorang Komposer lagu
menang kes mahkamah kerana namanya yang dieja di dalam Kontrak
Perjanjian adalah tidak sama seperti yang tertera di dalam Kad
Pengenalan.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

30

2.3

KONTRAK PERJANJIAN

2.3.3 NO.PENDAFTARAN ROB/ROC/ROS


Nombor pendaftaran syarikat juga hendaklah tepat dan sama dengan
nombor pendaftaran yang terdapat pada sijil Pendaftaran di SSM.
Pastikan anda memeriksa dua kali nombor pendaftaran. Jika masih tidak
yakin minta kerani anda memeriksa untuk anda kerana kali pertama kita
tidak akan perasan mungkin orang kedua akan nampak jika terdapat
kesilapan.
2.3.4 KAEDAH PEROLEHAN
Untuk Kontrak Perjanjian dengan Kerajaan terdapat tiga jenis kaedah
perolehan iaitu rundingan terus, sebutharga dan Tender. Bagi Kontrak
Perjanjian Perkhidmatan yang di bawah RM 50,000.00 ianya adalah
Kontrak Perjanjian secara rundingan terus. Kontrak Perjanjian RM
50,000.00 hingga RM 200,000.00 ianya adalah Sebutharga dan 200,000.00
hingga ke atas adalah Tender. Itu adalah untuk Kontrak Perkhidmatan.
Saya tidak akan membincangkan secara terperinci mengenai perkara ini
anda boleh merujuk kepada Kaedah Perolehan Sebutharga/Tender yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

2.3.5 TEMPOH KONTRAK (BERTEMPOH/SEKALI GUS)


Tempoh Kontrak juga perlu dikenalpasti dalam menyediakan Kontrak
Perjanjian anda. Tempoh Kontrak akan bermula mengikut tarikh surat
setuju terima yang anda tandatangan. Bukannya tarikh Kontrak
Perjanjian ditandatangan. Kebanyakkan syarikat yang menyediakan
Kontrak Perjanjian keliru dengan Tempoh Kontrak dan Tarikh Kontrak.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

kebiasaan.

ee

Tempoh kontrak selalunya di buat selama 1 tahun mengikut

KONTRAK PERJANJIAN

Malah terdapat juga Tempoh Kontrak Perjanjian yang dibuat selama 6


bulan malah 2 tahun ianya bergantung kepada jenis perkhidmatan yang
anda laksanakan. Sebagai contoh Kontrak Perjanjian untuk Membekal
Komputer riba selalunya adalah 2 tahun . Kadang kala tempoh Kontrak
juga dikelirukan oleh Tempoh jaminan barangan. Anda perlulah jelas di
antara tempoh kontrak dan tempoh jaminan barangan. Di mana tempoh
jaminan merupakan jaminan terhadap barang yang dibekalkan oleh
pembekal

atau

pengilang.

Jaminan

boleh

diberikan

oleh

pembuat/pengilang atau syarikat.


2.3.6 TARIKH KUATKUASA KONTRAK PERJANJIAN
Anda juga perlu memastikan tarikh kuatkuasa dan tarikh tamat kontrak
sekiranya tarikh kuatkuasa kontrak adalah pada 26 Ogos 2010 makan
tarikh tamat Kontrak Perjanjian untuk tempoh 1 tahun adalah 25 Ogos
2010. Semasa di dalam tarikh kuatkuasa kontrak keseluruhan isi dan
syarat-syarat yang terdapat di dalam Kontrak Perjanjian adalah aktif dan
sekiranya terdapat sebarang pelanggaran di dalam Kontrak Perjanjian
maka ianya boleh digunakan dan boleh di bawa ke mahkamah. Selepas
tarikh tamat Kontrak Perjanjian maka Kontrak Perjanjian tersebut tidak
akan terpakai lagi dan secara automatiknya anda tidak akan terikat
kepada Kontrak Perjanjian tersebut.

2.3.7 NILAI KONTRAK PERJANJIAN


Nilai Kontrak perjanjian pertamanya anda perlu semak kepada surat
setuju terima yang diberikan untuk tandatangan anda sebagai tanda
yang anda bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan atau kerja-kerja
yang ditawarkan. Pastikan jumlah yang dinyatakan adalah betul dan

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

30

semak setiap titik perpuluhan yang tercatat pada surat setuju terima

KONTRAK PERJANJIAN

dan yang ditulis pada Kontrak Perjanjian. Terdapat satu kes di mana
kontraktor terpaksa menolak Perkhidmatan Bagi Kerja-Kerja Membekal
Kerusi Dan Meja untuk satu program yang di jalankan oleh agensi
Kerajaan kerana kesilapan pada titik perpuluhan.

2.3.8 JADUAL PEMBAYARAN


Pastikan jadual pembayaran untuk proses pembayaran telah dipersetujui
oleh kedua-dua pihak yang membuat Kontrak Perjanjian. Terdapat 2
kaedah pembayaran yang dilakukan iaitu secara berfasa mengikut
peratusan kerja yang telah siap atau dibayar sekali gus. Tetapi saya
nasihatkan anda sekiranya anda sebagai pihak pembayar, kaedah yang
paling baik adalah dengan membuat bayaran secara berfasa mengikut
peratusan kemajuan kerja yang dilaksanakan.
Ini kerana saya pernah mengalami sendiri masalah di mana syarikat yang
di

berikan

projek untuk Perkhidmatan Membina Laman Web tidak

membuat kerja dengan memuaskan. Apabila bayaran sekali gus dibuat


iaitu bayaran penuh , syarikat tersebut membuat kerja sambil lewa dan
memberi alasan sibuk dengan projek lain.
Oleh itu saya nasihatkan anda buatlah bayaran secara berfasa mengikut
peratusan kemajuan projek kerana ianya adalah kaedah yang paling baik
untuk

mengikat

dan

memaksa

pihak

yang

satu

lagi

dalam

melaksanakan sesuatu projek yang di amanahkan. Kuasa wang adalah


pendorong yang paling berkesan dalam menyuruh seseorang membuat

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

31

apa yang kita inginkan.

KONTRAK PERJANJIAN

BAB 3
MEMBUAT KONTRAK
PERJANJIAN
PEMILIHAN TAJUK
Pemilihan tajuk atau judul sesebuah Kontrak Perjanjian adalah penting
dan hendaklah bersesuaian dengan perkhimatan/kerja yang akan
dilaksanakan. Tajuk hendaklah mencerminkan isi Kontrak Perjanjian,
hendaklah

dibuat

secara

singkat,

padat

dan

jelas

serta

tidak

menimbulkan sebarang tafsiran yang mengelirukan.


Kesilapan menulis tajuk Kontrak Perjanjian akan mengundang masalah
dari segi mengkategorikan Kontrak Perjanjian, implikasi daripada tajuk
yang digunakan akan menyebabkan sesuatu projek itu menjadi Kontrak
Perjanjian Perkhidmatan, Bekalan atau pun Kerja-Kerja.
Di dalam Kontrak Perjanjian selain dinyatakan di kulit hadapan Kontrak
Perjanjian, tajuk juga hendaklah diisytiharkan pada bahagian atas
syarat-syarat Kontrak Perjanjian sebelum tarikh kontrak. Tetapi ianya
tidak menjadi suatu kesalahan jika ianya tidak diletakkan di bahagian
atas syarat-syarat Kontrak Perjanjian. Contoh tajuk Kontrak Perjanjian :-

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

32

3.1

KONTRAK PERJANJIAN

PERJANJIAN MEMBEKAL PERALATAN PEJABAT DI


INSTITUT PENERANGAN MALAYSIA

PERJANJIAN ini diperbuat pada . haribulan . 2010

KALIMAH PEMBUKA
Dalam kalimah pembuka suatu Kontrak Perjanjian biasanya digabungkan
hari, bulan dan tahun pembuatan Kontrak Perjanjian yang berkenaan. Ini
dilakukan adalah untuk memudahkan kita mengetahui waktu Kontrak
Perjanjian dibuat. Tarikh Kontrak Perjanjian boleh juga diletakkan pada
bahagian akhir dari Kontrak Perjanjian semasa proses menandatangani
Kontrak Perjanjian oleh kedua-dua pihak. Terserahlah kepada kedua-dua
pihak . Namun kaedah terbaik adalah tarikh diletakkan dibawah
No.Rujukan seperti di bawah:-

No. Ruj : KPM/PM (S) 563-9 Jld.3 (

45 )

TAHUN

2010

SATU PERJANJIAN dibuat pada..hari bulan.............2010

Fungsi bahagian ini adalah untuk menghubungkan segala sesuatu yang


tersirat di dalam tajuk dengan kedua-dua pihak yang berkepentingan di
dalam Kontrak Perjanjian tersebut.
Untuk memudahkan anda, berikut ini diberikan beberapa contoh kalimah
pembuka

sesuatu

Kontrak

Perjanjian

yang

diiktiraf

oleh

pakar

perundangan:-

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

33

3.2

KONTRAK PERJANJIAN

(No. Ruj :KPM/PM (S) 563-9 Jld.3(

45 )

TAHUN

2010

SATU PERJANJIAN dibuat pada..hari bulan.............2010


Di Antara
KERAJAAN MALAYSIA yang diwakili oleh [Nama Kementerian] yang beralamat
t..................................](kemudian daripada ini disebut sebagai Kerajaan) bagi satu
pihak,
Dan
[Syarikat Kontraktor] (No. Pendaftaran Syarikat: [.......................]) sebuah syarikat yang
diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan beralamat (atau pejabat
berdaftarnya yang terletak di) [.....................................................................................],.(
kemudian dari ini disebut Kontraktor), bagi Pihak yang satu lagi.
Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara persendirian sebagai Pihak dan
bersesama sebagai Pihak-Pihak.

PENGENALAN PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT


Pengenalan ataupun pihak yang terlibat dalam meterai kontrak
perjanjian akan digabungkan selepas Kalimah pembuka. Di bahagian ini
biasanya akan ditulis nama, pekerjaan, jabatan, alamat dan bertindak
untuk untuk dan atas nama siapa. Untuk Kerajaan akan dinyatakan nama
kementerian

dan

alamat

Kementerian.

Identiti

kedua-dua

pihak

hendaklah ditulis secara lengkap, tepat dan tiada kesilapan dari segi
ejaan. Ini kerana supaya pihak-pihak yang mengikat Kontrak Perjanjian
tidak lari daripada tanggungjawab terhadap pelaksanaan Kontrak
Perjanjian yang dibuat dan jika terdapat kesalahan pada perisytiharan
identiti kedua-dua pihak akan menyebabkan lepasnya salah satu pihak
atau pihak-pihak daripada kewajipan yang harus dipenuhi.
Jika orang perseorangan nama yang digunakan hendaklah menggunakan
nama penuh dan jika jabatan pula perlulah ditulis secara
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

penuh.

34

3.3

KONTRAK PERJANJIAN

Contohnya jika nama Muhammad jangan dipendekkan menjadi

Muhd

atau Mohd . Bagi Agensi Kerajaan untuk Kementerian atau jabatan


jangan disingkatkan Kepada Kem atau Jab. Pengenalan para pihak
hendaklah ditulis mengikut bukti diri yang dimiliki oleh para pihak sesuai
dengan ketentuan perundangan negara Malaysia. Untuk membuat
kontrak Perjanjian biasanya yang digunakan sebagai bukti pengenalan
diri adalah Kad pengenalan, pasport dan maklumat yang terdapat pada
sijil

Pendaftaran

SSM.

Bukti-bukti

tersebut

haruslah

bukti-bukti

pengenalan yang masih sah pada masa Kontrak Perjanjian dibuat.


Pengenalan

pihak-pihak

yang

meterai

Kontrak

Perjanjian

akan

dinyatakan selepas kalimah pembuka iaitu:-

UNIQRAFT WORKS ENTERPRISE (No. Pendaftaran Perniagaan:14124444-V) yang


bagi tujuan perjanjian ini sebuah perniagaan yang didaftarkan di Malaysia di bawah Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956 yang beralamat di K5-3-06, Blok K5 Nuri Court ,Jalan
Pandan Indah 6/1, Kenari Court Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur (selepas ini disebut
sebagai Kontraktor) bagi satu pihak.

ASURA MANUFACTURER (M) SDN BHD (No. Pendaftaran Perniagaan: 4562354-M)


sebuah perniagaan yang didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
1956 dan mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 6, 21, 22, 32-36, Medan Business
Centre, Bandar Baru Kepong , 50695 Kuala Lumpur (selepas ini disebut sebagai
Pembekal) di pihak yang satu lagi.
Kontraktor dan Pembekal secara individu boleh dirujuk sebagai Pihak dan secara
kolektifnya dirujuk sebagai Pihak-Pihak

Dari rumusan di atas jelas bahawa Uniqraft Woks Enterprise adalah


individu yang atau organisasi yang menawarkan projek kepada Asura
Manufacturer (M) SDN BHD. Manakala Asura Manucfacturer (M) SDN BHD
adalah pihak yang akan melaksanakan projek yang diberikan oleh
Uniqraft Works Enterprise. Contoh untuk Kontrak Kerajaan pula adalah

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

35

seperti di bawah :-

KONTRAK PERJANJIAN

KERAJAAN MALAYSIA yang diwakili oleh Kementerian Pelancongan Malaysia yang


beralamat di Tingkat 6, 21, 32-36, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC), 45, Jalan Tun Ismail, 50695 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut
sebagai Kerajaan) bagi satu pihak,
Dan
MIX NETWORK CONSULTANCY (M) SDN BHD (No. Pendaftaran Syarikat: 663074-E)
sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan
beralamat (atau pejabat berdaftarnya yang terletak di) No. 18-4, Jalan Cahaya T U7/t,
Pinggiran Subang, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor. ( kemudian dari ini disebut
Kontraktor), bagi Pihak yang satu lagi.
Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara persendirian sebagai Pihak dan
bersesama sebagai Pihak-Pihak.

PERSETUJUAN KONTRAK
Persetujuan Kontrak Perjanjian akan dinyatakan selepas Perisytiharan
kedua-kedua pihak yang memeterai Kontrak Perjanjian. Persetujuan
Kontrak Perjanjian yang melibatkan kedua-dua pihak adalah bagi
menyatakan peranan masing-masing di mana pihak yang berkehendakkan
sesuatu perkhimatan atau kerja akan menyatakan tujuan secara jelas
dibahagian ini. Manakala pihak yang akan membekal atau melaksanakan
perkhidmatan atau kerja akan dinyatakan juga secara jelas pada
bahagian ini.

A. Kontraktor berkehendakkan Pembekal membekal peralatan pejabat di Pejabat


Uniqraft Works seperti mana dinyatakan di Lampiran A Perjanjian ini.
B. Pembekal bersetuju membekal peralatan pejabat di Pejabat Uniqraft Works seperti
mana dinyatakan di Lampiran A Perjanjian ini mengikut terma-terma dan syaratsyarat di dalam Perjanjian ini.

Rumusan di atas menunjukkan persetujuan di antara kedua-dua pihak


bagi Membekal Peralatan Pejabat. Ianya dinyatakan secara jelas apakah
peranan yang akan dimainkan oleh pihak yang akan
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

membekalkan

36

3.4

KONTRAK PERJANJIAN

barangan tersebut. Contoh di bawah pula adalah untuk Kontrak


Perjanjian di antara pihak swasta dengan Kerajaan bagi Perkhidmatan
Membekal, Memasang dan Menyelenggara Peralatan ICT.
(a) Kerajaan berhasrat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Kontraktor untuk
Membekal, Memasang dan Menyelenggara Peralatan ICT di Institut Penerangan
Malaysia, Jalan Angkasapuri , Kuala Lumpur; dan
(b) Kontraktor bersetuju mengendalikan Perkhidmatan Membekal, Memasang dan
Menyelenggara Peralatan ICT di institut Penerangan Malaysia, Jalan Angkasapuri ,
Kuala Lumpur tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di
dalam Perjanjian ini.

3.5

ISI KONTRAK PERJANJIAN


Isi Kontrak Perjanjian adalah inti bagi sesebuah Kontrak Perjanjian. Pada
bahagian ini akan dihuraikan secara panjang lebar isi Kontrak Perjanjian
yang diinginkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Isi Kontrak
Perjanjian akan meliputi objektif Kontrak Perjanjian, hak, kewajipan,
kedua-dua pihak dan huraian lengkap mengenai prestasi dan syaratsyarat yang dipersetujui bersama.
Sesuai dengan sistem terbuka yang diamalkan di Malaysia. Maka keduadua pihak yang meterai Kontrak perjanjian adalah bebas untuk
memasukkan syarat-syarat yang dipersetujui sesuai mengikut kehendak
masing-masing ke dalam Kontrak Pejanjian selagi tidak melanggar
Undang-undang Kontrak Malaysia dan mengikut ciri-ciri yang perlu ada di
dalam sesebuah Kontrak Perjanjian seperti yang dinyatakan pada awal
bab.

PENUTUP
Bahagian Penutup bagi Kontrak Perjanjian merupakan bahagian akhir
dari Kontrak Perjanjian tersebut. Pada bahagian ini dikemukakan 1
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

37

3.6

KONTRAK PERJANJIAN

mukasurat terakhir yang perlu di tandatangani oleh Kedua-dua pihak


yang membuat memeterai Kontrak Perjanjian serta 2 orang saksi. Bagi
Kontrak Kerajaan untuk penjawat awam penandatangan Kontrak
Perjanjian hendaklah individu yang diberikan Kuasa oleh Menteri.
Contohnya adalah seperti di bawah:-

DENGAN DISAKSIKAN di bawah ini, pihak-pihak di sini telah menandatangani Perjanjian


ini melalui wakil-wakil yang diberi kuasa oleh mereka pada hari, bulan dan tahun yang
mula-mula ditulis di atas.
)

Tandatangan: ................................

Nama: .............................................

Jawatan: .........................................

No. K/P: ...........................................

Ditandatangani untuk dan bagi


pihak KONTRAKTOR

Disaksikan oleh :
)
)
)
)
)
Tandatangan: ..............................
)
Nama: ..........................................
)
Jawatan: ......................................
)
No. K/P: .......................................

Disaksikan oleh :

Tandatangan: ................................

Nama: .............................................

Jawatan: .........................................

No. K/P: ...........................................

)
Tandatangan: ..............................
)
Nama: ..........................................
)
Jawatan: ......................................
)
No. K/P: .......................................

Cap Syarikat: ....................................

Cap Syarikat: ...............................

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

38

Ditandatangani untuk dan bagi


pihak KERAJAAN

KONTRAK PERJANJIAN

BAB 4
PELAKSANAAN KONTRAK
PERJANJIAN
Setelah Kontrak Perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak maka terdapat
3 perkara yang perlu diberikan perhatian oleh kedua-dua pihak tersebut iaitu
pelaksanaan, penafsiran terhadap Kontrak Perjanjian dan penyelesaian
sengketa.
Pelaksanaan Kontrak Perjanjian
Setelah menandatangani suatu Kontrak Perjanjian bermakna telah
terjalin hubungan syarat-syarat antara kedua-dua pihak.

Perkara

penting yang harus diperhatikan dalam melaksanakan Kontrak Perjanjian


adalah pematuhan hak dan kewajipan masing-masing. Tujuannya supaya
tidak menimbulkan kerugian dari salah satu pihak terhadap pihak yang
lain.
Dalam amalan biasa kelambatan dalam mematuhi kewajipan dan
ketidakmampuan dalam memenuhi sebahagian atau semua kewajipan
yang terdapat di dalam kontrak Perjanjian. Sekiranya perkara ini berlaku
,sangat digalakkan supaya perkara tersebut diberitahu kepada

pihak

yang satu lagi. Dengan demikian , muncul niat baik daripada pihak yang
tidak mampu memenuhi kewajipannya.
Perkara ini akan sangat membantu dan boleh menjadi faktor yang
menguntungkan bagi individu tersebut sekiranya timbul isu yang
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

39

4.1

KONTRAK PERJANJIAN

melanggari syarat-syarat Kontrak Perjanjian.

Contohnya

kes

yang

berlaku kepada diri saya bagi projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem


Penghawa Dingin Di Bilik Server . Di mana 3 unit pengahawa dingin telah
pun dipasang tetapi pihak Kontrak memaklumkan bahawa Sistem
Pemantauan SMS untuk projek tersebut akan dipasang lewat kerana
sistem

itu

perlu

diimport

daripada

Amerika

Syarikat.

Dengan

memaklumkan lebih awal maka saya dapat bertolak ansur dengan


Kontraktor dan meminta pihak Kontarktor memberikan surat secara
bertulis tentang kelewatan pemasangan sistem tersebut.
Penafsiran Isi Kontrak Perjanjian
Didalam setiap Kontrak Perjanjian perlulah diadakan takrif bagi setiap
entiti atau badan sesuatu organisasi di mana ianya perlu untuk anda
membuat pengecaman dan perisytiharan perkataan-perkataan serta
ungkapan-ungkapan di dalam kontrak tanpa perlu mengulanginya banyak
kali. Contoh takrif yang selalu digunapakai oleh penyedia Kontrak
Perjanjian adalah :

(a) KERAJAAN ertinya Kerajaan Malaysia yang bagi tujuan ini diwakili oleh Menteri
Penerangan Malaysia dan termasuklah mana-mana pegawai awam yang diberi
kuasa secara bertulis oleh Menteri menurut Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120).
(c) KONTRAKTOR ertinya MiX NETWORK CONSULTANCY (M) SDN BHD, No. 101, Jalan Cahaya T U7/t, Pinggiran Subang, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor
dan termasuklah wasi-wasi, pentadbir-pentadbir, pengganti dan penerima pindah
milik;
(e)PERKHIDMATAN ertinya Membekal, Memasang dan Menyelenggara Peralatan
ICT di Pusat Penerangan Malaysia, Jalan Angkasapuri , Kuala Lumpur.
(f) PREMIS ertinya Pusat Penerangan Malaysia yang beralamat di 549, Jalan
Angkasapuri 50400 Kuala Lumpur;
(g) TEMPOH PERJANJIAN ertinya tempoh kuatkuasa Perjanjian ini iaitu selama satu
(1) tahun mulai 1 Disember 2009 hingga 30 November 2010.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

40

4.2

KONTRAK PERJANJIAN

4.2.1 Tafsiran
Tafsiran berbeza dengan takrif di mana tafsiran bagi setiap Kontrak Perjanjian adalah
lebih kepada penggunaan ayat atau perkataan berbanding dengan takrif yang lebih
menfokuskan kepada perkara yang disebut di atas. Tafsiran adalah standard ini
bermakna anda tidak perlu bersusah payah untuk mengantikan dengan tafsiran yang
lain yang anda rasa perlu kerana tafsiran-tafsiran seperti di bawah telah diiktiraf oleh
pakar perundangan. Ini kerana terdapat beberapa perkataan undang-undang yang anda
tidak pernah jumpa semasa di sekolah menengah. Contohnya seperti di bawah :

Pihak-pihak kepada Perjanjian bersetuju melainkan dikehendaki sebaliknya, ayat-ayat


dan ekspresi-ekspresi yang digunakan di dalam Perjanjian ini hendaklah mempunyai
tafsiran berikut:
(a)

klausa, lampiran, jadual dan mana-mana dokumen yang dirujuk di dalam


Perjanjian ini hendaklah diterima, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian
yang penting dan perlu di dalam Perjanjian ini;

(b)

rujukan kepada klausa, lampiran dan jadual hendaklah ditafsirkan sebagai


rujukan terhadap klausa, lampiran dan jadual Perjanjian ini, melainkan jika yang
lain dikehendaki;

(c)

semua rujukan kepada mana-mana peruntukan statut adalah termasuk manamana peruntukan yang telah dipinda, diubah dan digubal semula;

(d)

mana-mana perkataan yang menunjukkan genus adalah merangkumi genus


neutral;

(e)

mana-mana perkataan yang menunjukkan


perkataan jamak dan begitulah sebaliknya;

(f)

mana-mana rujukan kepada hari bekerja adalah merupakan rujukan kepada


hari selain daripada hari Sabtu dan Ahad dan hari yang telah diisytiharkan oleh
Kerajaan sebagai hari cuti umum atau hari yang tidak bekerja bagi pekerjapekerja Kerajaan dan mana-mana rujukan kepada hari, minggu, bulan atau
tahun adalah merupakan rujukan kepada hari, minggu, bulan dan minggu
tersebut menurut kalendar Gregory;

(g)

mana-mana rujukan kepada waktu bekerja yang berkait dengan Kerajaan


adalah bererti waktu-waktu:

adalah

merangkumi

di antara 7.30 pagi hingga 5.30 petang daripada hari Isnin hingga Jumaat
bagi negeri-negeri yang di mana hari minggunya jatuh pada hari Sabtu
dan Ahad; dan

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

41

(i)

mufrad

KONTRAK PERJANJIAN

(ii)

(h)

mana-mana rujukan kepada kelulusan atau persetujuan adalah bererti


kelulusan atau persetujuan bertulis;

(i)

mana-mana rujukan kepada pihak-pihak adalah bererti pihak-pihak di dalam


Perjanjian ini.

SKOP KERJA
Kontrak Perjanjian juga perlu disertakan dengan Skop Kerja. Kesilapan
yang biasa dilakukan oleh Penyemak Kontrak Perjanjian adalah dengan
menganggap Skop Kerja dan spesifikasi Teknikal adalah perkara yang
sama. Walhal ia merupakan dua dokumen yang berbeza.
Di mana Skop merujuk perihal perkhidmatan yang dilaksanakan dan
semua kerja yg terlibat dalam menyiapkan projek dan proses yang
digunakan untuk mencipta projek. Ini bermakna proses daripada serahan
tapak sudah dikira termasuk didalam Skop Kerja Sehinggalah proses
penghantaran barangan, pemasangan produk dan pengujian projek
dilakukan.
Skop Kerja akan di lampirkan di bahagian belakang Kontrak Perjanjian.
Pada bahagian ini anda perlu menyatakan Kuantiti barang-barang yang
dihantar hendaklah tepat dan anda perlu memeriksa barang-barang yang
diterima terlebih dahulu sebelum menandatangani Dokumen Pesanan.
Selain itu perlu dinyatakan juga Peralatan yang dibekalkan dan dihantar
oleh Kontraktor hendaklah baru, asli, belum digunakan( kecuali bagi
tujuan ujian mutu di kilang), dari keluaran semasa serta sesuai dan baik
untuk digunakan bagi tujuan ia diperolehi, mematuhi kehendak anda
dan mempunyai keupayaan prestasi yang baik, bebas dari kecacatan,
kerosakan dan kekurangan sama ada dari segi kualiti, prestasi, bahan
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

42

4.3

di antara 7.30 pagi hingga 5.30 petang daripada hari Ahad hingga Khamis
bagi negeri-negeri yang di mana hari minggunya jatuh pada hari Jumaat
dan Sabtu;

KONTRAK PERJANJIAN

yang digunakan dan mutu serta mematuhi semua syarat-syarat Kontrak


Perjanjian Perjanjian.

4.4

HARGA DAN NILAI PERJANJIAN


Harga dan nilai perjanjian perlu dinyatakan jelas di dalam Kontrak
Perjanjian. Anda perlu perhatian betul titik perpuluhan bagi harga
Kontrak Perjanjian dan sebutan harga yang dinyatakan di dalam bentuk
ayat. Contoh Klausa yang selalu digunakan adalah seperti:Nilai Perjanjian ini ialah RM 141,198.30 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Empat Puluh
Satu Ribu Satu Ratus Sembilan Puluh Lapan Dan Sen Tiga Puluh Sahaja) dan ia
tidak boleh ditambah atau dikurangkan kecuali dengan persetujuan bersama Pihak-Pihak
di dalam bentuk pindaan kepada Perjanjian ini dan ditandatangani oleh Pihak-Pihak.

PEMBAYARAN

Sebagai balasan kepada Perkhidmatan yang dibekalkan oleh Kontraktor,


Kerajaan akan membuat pembayaran bagi Perkhidmatan tersebut boleh
dilakukan secara berperingkat mengikut peratusan kemajuan projek atau
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

43

4.5

KONTRAK PERJANJIAN

pun secara 1 kali (lump sum) dan anda perlulah lampirkan di Jadual
Pembayaran. Tempoh maksimun pihak Kerajaan perlu membuat bayaran
adalah dalam tempoh empat belas (14) hari selepas Kontraktor
mengemukakan Inbois Perdagangan kepada Kerajaan. Sekiranya dalam
tempoh tersebut pembayaran masih tidak lagi dibuat dan dokumendokumen proses pembayaran yang lengkap telah dikemukakan , anda
boleh membuat aduan kepada Bahagian Perolehan, Kementerian
Kewangan.
Bagi memudahkan proses bayaran dibuat anda perlulah mengemukakan
dokumen-dokumen

pembayaran

yang

lengkap

kepada

Kerajaan.

Pembayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia mengikut kadar


pertukaran yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tarikh
pembayaran dibuat oleh Kerajaan sekiranya harga Perkhidmatan yang
dipersetujui di dalam Perjanjian ini dibuat dalam matawang Negara
asing. Sebarang isu yang timbul di antara Kontraktor dengan mana-mana
pihak ketiga mengenai pembayaran dalam Perjanjian ini adalah di luar
tanggungjawab Kerajaan.
WANG TAHANAN
Wang tahanan merupakan sejumlah wang yang akan ditahan oleh pihak
pembayar kepada kontraktor yang melaksanakan projek . Tujuan wang
tahanan dikenakan adalah bagi mengelakkan pihak kontraktor daripada
lari daripada mengjalankan kerja-kerja yang timbul projek selesai
dilaksanakan. Tempoh wang tahanan adalah enam (bulan) ataupun satu
(1) tahun daripada tarikh siap projek. Wang Tahanan boleh ditahan
sama ada pihak pembayar tidak membuat pembayaran penuh terhadap
jumlah keseluruhan projek . Contohnya, pihak pembayar hanya
membayar 95% daripada harga projek dan baginya akan dibayar selepas
selesai tempoh kecacatan. Kaedah yang kedua adalah pihak kontrator
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

44

4.6

KONTRAK PERJANJIAN

sendiri yang memasukkan sejumlah wang yang telah dipersetujui oleh


kedua-dua pihak ke dalam Bank dan dikemukakan bukti wang tersebut
telah di masukkan iaitu sebuah dokumen yang dinamakan Bon
Pelaksanaan. Wang Tahanan yang dimasukkan oleh kontraktor itu tadi
hanya boleh dikembalikan kepada pihak kontraktor setelah pihak bank
menerima surat pelepasan wang tahanan daripada pihak pembayar.
Contohnya, Kontraktor dikenakan sebanyak 5% daripada harga kontrak
bagi wang tahanan iaitu berjumlah Ringgit Malaysia Tujuh Ribu Enam
Puluh (RM7,060.00) sahaja bagi harga Kontrak perjanjian yang bernilai
RM 141,198.30 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Empat Puluh Satu Ribu
Satu Ratus Sembilan Puluh Lapan Dan Sen Tiga Puluh Sahaja) . Wang
tahanan ini akan dikembalikan setelah tamat tempoh liability kecacatan
dan segala kerja-kerja kecacatan telah diambil tindakan.
TEMPOH PERJANJIAN
Tempoh perjanjian adalah jangka masa Kontrak Perjanjian berkuatkuasa
dan boleh diguna pakai sekiranya terdapat sebarang isu yang timbul.
Selepas tarikh tamat tempoh perjanjian Kontrak Perjanjian tidak akan
sah dan tidak boleh digunakan untuk sebarang tuntutan. Contohnya ,
Perjanjian ini adalah berkuatkuasa untuk tempoh satu (1) tahun mulai 1
Disember 2009 hingga 30 November 2010.
Walaubagaimanapun Kontrak Perjanjian boleh dilanjutkan kepada suatu
tempoh yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak secara bertulis. Permohonan
bagi melanjutkan Perjanjian ini boleh dibuat oleh mana-mana pihak
dengan memberi notis bertulis, sebelum tamatnya tempoh Perjanjian.
Sebarang pindaan mengenai tempoh Kontrak Perjanjian hendaklah
dibuat dengan cara bertulis dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

45

4.7

KONTRAK PERJANJIAN

OBLIGASI PIHAK-PIHAK
Obligasi pihak-pihak merupakan pematuhan oleh kedua-dua pihak
terhadap syarat perjanjian. Balasan daripada pematuhan yang
dilaksanakan oleh Kontraktor pihak Kerajaan akan memberikan balasan
berupa wang ringgit dengan syarat semua obligasi telah dipatuhi. Contoh
klausa Oligasi adalah seperti di bawah:Syarikat hendaklah :(a)
menjalankan dan menyempurnakan Perkhidmatan tersebut menurut
terma dan syarat Perjanjian ini;
(b)

membekalkan Perkhidmatan tersebut mengikut peringkat-peringkat


pembangunan di Jadual Pelaksanaan dan Skop Kerja Perjanjian ini;

(c)

sentiasa mengendalikan keseluruhan Perkhidmatan tersebut dengan


tenaga pekerja yang cekap, berkelayakan dan berpengalaman
bersesuaian dengan pelaksanaan perkhidmatan tersebut;

(d)

bertanggungjawab untuk
keseluruhan kos
dan perbelanjaan
Perkhidmatan tersebut dan membuat perancangan yang wajar untuk
peruntukan-peruntukan kewangan bagi menjalankan Perkhidmatan
tersebut;

(c) mengupah dengan kos dan perbelanjaannya sendiri KontraktorKontraktor Pakar, para perunding dan/atau agen-agen yang diberi kuasa
untuk kewajaran perlaksanaan dan prestasi perkhidmatan-perkhidmatan
tersebut;
(e)

menghantar dan menyerahkan Peralatan kepada Kerajaan di Premis


yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pada Waktu Hari Bekerja;

(f)

menyediakan dengan kos dan perbelanjaannya sendiri segala peralatan


dan bahan-bahan yang diperlukan untuk perlaksanaan Perkhidmatan
tersebut;

(g)

membekal dan menghantar Peralatan yang baru, asli, belum ( kecuali


bagi tujuan ujian mutu di kilang), dari keluaran semasa serta sesuai dan
baik untuk digunakan bagi tujuan ia diperoleh, dan mempunyai
keupayaan prestasi yang dinyatakan di dalamnya, bebas dari kecacatan,
kerosakan dan kekurangan sama ada dari segi kualiti, prestasi, bahan
yang digunakan dan mutu serta mematuhi semua syarat-syarat
Perjanjian ini bagi tujuan Perkhidmatan tersebut;

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

46

4.8

KONTRAK PERJANJIAN

(h)

Memberi latihan penggunaan peralatan tersebut kepada kakitangan


Kerajaan ;

(i)

sentiasa memberi akses dan membekalkan maklumat-maklumat yang


berkaitan degan Perkhidmatan tersebut pada bila-bila masa diperlukan
Kerajaan. Apabila Kerajaan membuat permintaan ini, Kontraktor
hendaklah patuh dan mengemukakannya dalam tempoh tiga (3) jam dari
permintaan Kerajaan atau tempoh yang disetujui oleh Kerajaan sama
ada secara lisan atau bertulis diterima oleh Kontraktor dan mana-mana
pekerja, ejen, kontraktor bebas yang dilantik oleh Kontraktor atau manamana orang lain yang diberikuasa dan dilantik oleh Kontraktor bagi
maksud melaksanakan Perkhidmatan tersebut;

(j)

sentiasa melindungi dan memelihara kepentingan Kerajaan berkaitan


dengan Perkhidmatan tersebut dan mengambil semua langkah-langkah
yang wajar dan betul untuk menghalang dan/atau mengelakkan
penyalahgunaan kemudahan-kemudahan yang tidak ekonomik, jika ada
yang diwujudkan oleh Kerajaan kepada Kontraktor; dan

(k)

memberitahu Kerajaan secara bertulis dengan segera


berlakunya apa-apa faktor atau peristiwa yang dilihat boleh
kesan kepada Perkhidmatan tersebut. Pemberitahuan
hendaklah tidak ditaksirkan sebagai melepaskan apa-apa jua
obligasi Kontraktor di bawah Perjanjian ini.

tentang
memberi
tersebut
obligasi-

(b)

membayar kesemua kos dan perbelanjaan tambahan yang ditanggung


oleh Kontraktor akibat dari Variation Order dan/atau kelewatan Kerajaan;

(c)

membenarkan Kontraktor dan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh


Kontraktor pada setiap masa yang sesuai dan setelah notis bertulis yang
munasabah diberikan kepada Kerajaan, masuk ke dalam Premis Kerajaan
bagi maksud memeriksa dan menjalankan Perkhidmatan tersebut;

(d)

menyediakan segala maklumat, data dan kerjasama yang diperlukan


kepada Kontraktor dalam pelaksanaan Perkhidmatan tersebut; dan

(e)

memberitahu Kontraktor tentang sebarang perubahan alamat Kerajaan


atau sekiranya Perkhidmatan tersebut perlu diubah ke tempat yang
diarahkan oleh Kerajaan.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

47

Kerajaan hendaklah :(a)


membayar nilai Perjanjian ini sebanyak RM 141,198.30 (Ringgit
Malaysia: Satu Ratus Empat Puluh Satu Ribu Satu Ratus Sembilan
Puluh Lapan Dan Sen Tiga Puluh Sahaja) tersebut satu (1) kali secara
lump sum di Jadual Pembayaran kepada Kontraktor dalam tempoh empat
belas (14) hari dari invois Kontraktor diterima oleh Kerajaan selepas kerjakerja membekal, memasang dan mentauliah selesai dijalankan;

KONTRAK PERJANJIAN

4.9 PERMOHONAN UNTUK PERUBAHAN


Pada klausa ini kedua-dua pihak dinyatakan bagaimana perubahan ke atas Kontrak
Perjanjian boleh dilaksanakan. Semestinya perubahan sesuatu Kontrak Perjanjian
adalah berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua pihak. Maka pada klausa ini
diperincikan bagaimana perubahan terhadap Kontrak perjanjian dilaksanakan. Contoh
klausa ini adalah seperti di bawah:-

Kerajaan boleh, secara bertulis mencadangkan kepada Kontraktor untuk


mengubah Skop Kerja seperti di dalam Jadual Skop Kerja termasuk
menambah Skop Kerja pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Perjanjian.
Kontraktor hendaklah dalam masa tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh
penerimaan notis yang tersebut di dalam Perjanjian ini, menghantar secara
bertulis kepada Kerajaan masa dan kos yang diperlukan untuk mengkaji
implikasi cadangan tersebut bagi mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan.
Setelah Pihak-Pihak bersetuju dengan masa dan kos yang diperlukan oleh
Kontraktor bagi memastikan implikasi cadangan tersebut, Kontraktor
hendaklah menjalankan kajian tersebut dan menghantar kepada Kerajaan
suatu laporan bertulis bersama-sama dengan pelan pelaksanaan yang telah
disemak, kos pelaksanaan Perkhidmatan tersebut berdasarkan kepada
cadangan perubahan dan lain-lain maklumat atau dokumen yang berkenaan.
Setelah menerima laporan dan maklumat Pihak-Pihak hendaklah
merundingkan satu tambahan kepada Perjanjian sedia ada untuk
pelaksanaan Perkhidmatan tersebut selaras dengan cadangan perubahan
dan mana-mana perkara yang berkaitan.
Setelah Pihak-Pihak bersetuju, Kerajaan akan mengeluarkan notis bertulis
kepada Kontraktor supaya meneruskan pelaksanaan Perkhidmatan tersebut
menurut terma-terma dan syarat-syarat yang termaktub di dalam Perjanjian
ini.
Sementara menunggu persetujuan kedua-dua Pihak mengenai cadangan
penukaran, Kontraktor akan meneruskan pelaksanaan Perkhidmatan
tersebut sepertimana jika Kerajaan tidak membuat sebarang cadangan
perubahan.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

48

Jika Kerajaan menarik balik cadangan penukaran dalam sebelum


pengeluaran notis, Kerajaan tidak akan dipertanggungjawabkan dengan
sebarang caj berhubung dengan penarikan tersebut. Jika penarikan tersebut
dibuat oleh Kerajaan selepas empat belas (14) hari bekerja dari tarikh
pengeluaran notis, Kerajaan akan dipertanggungjawabkan dengan semua

KONTRAK PERJANJIAN

kos pemasangan dan juga semua kos berkaitan yang ditanggung oleh
Kontraktor dalam melaksanakan perubahan tersebut.
Kontraktor akan mengambil semua tindakan yang berpatutan untuk
memastikan gangguan yang minimum terhadap Peralatan tersebut yang
telah ditauliahkan pada tarikh notis dikeluarkan ketika melaksanakan
penukaran tersebut.

4.10 PENALTI
Penalti merupakan klausa yang mesti diletakkan di dalam Kontrak
Perjanjian kerajaan kerana ia akan menjamin kesempurnaan sesuatu
projek siap mengikut tempoh waktu yang dipersetujui. Sekiranya
terdapat kelewatan pada jadual yang sepatutnya telah di buat
penyerahan akhir dan kontraktor tidak dapat patuhi maka klausa

di

bawah akan aktif. Terdapat beberapa cara denda yang dikenakan kepada
kontraktor sama ada kontraktor perlu membayar sejumlah wang
mengikut formula pengiraan di bawah atau pemindahan teknologi di
mana Kontraktor memberikan sesuatu gajet yang terkini kepada
Kerajaan mengikut nilai harga denda yang dikenakan oleh Kerajaan.
Mengikut amalan biasa pihak Kerajaan dengan kata lembut tidak akan
sampai hati untuk meminta anda membayar sejumlah wang kepada
mereka. Oleh itu anda perlulah membuat rayuan dan cuba alternatif
yang kedua iaitu pemindahan teknologi masukan sekali dengan training
kepada kakitangan kerajaan dan ini akan mengurang kos mengalir keluar
daripada pihak anda.
Masa adalah intipati kepada Perjanjian ini. Kerajaan mempunyai hak-hak berikut,
sekiranya :
a) kelewatan penyiapan dan penyerahan Perkhidmatan tersebut dalam tempoh
masa yang diperincikan di dalam Pelan Pelaksanaan di dalam Jadual
Pelaksanaan, Perjanjian ini

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

49

(i) menolak penyiapan dan penyerahan Perkhidmatan tersebut dan


menamatkan Perjanjian ini; atau

KONTRAK PERJANJIAN

(ii)

(iii)

mendapatkan perolehan perkhidmatan yang dikenakan itu daripada


pihak ketiga atau sumber lain dan menolak Perkhidmatan yang
diberikan oleh Kontraktor. Sekiranya kos perolehan perkhidmatan
daripada pihak ketiga atau sumber lain ini melebihi Nilai Perjanjian,
maka Kontraktor dikehendaki membayar amaun yang lebih itu
sebagai pampasan kepada Kerajaan; atau
mengenakan denda lewat sekiranya Kerajaan bersetuju menerima
penyiapan dan penyerahan Perkhidmatan tersebut, yang mana
adalah dikira seperti berikut:
Formula Denda Lewat = [ V(T+D) x 5% ] / T
Di mana:
V

: Nilai perkhidmatan yang lewat diserahkan

: Tempoh penyiapan dan penyerahan yang ditetapkan

D : Bilangan hari lewat


b)
Sekiranya perkhidmatan yang diberikan adalah tidak diserahkan
sepenuhnya oleh Kontraktor selepas persetujuan dibuat, Kerajaan boleh
mengenakan tindakan tanpa menyentuh hak hak lain yang ada pada
Kerajaan

4.11 SET OFF


Kerajaan sentiasa berhak memotong apa-apa wang yang kena bayar oleh
Kontraktor kepada Kerajaan di bawah Perjanjian ini atau di bawah
mana-mana Perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan daripada
apa-apa wang yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Kotraktor di
bawah Perjanjian ini di mana Kontraktor telah melanggar syarat-syarat
perjanjian ini.

4.12 TANGGUNG RUGI


Klausa tanggung rugi adalah klausa yang berupa amaran kepada

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

semasa

50

Kontraktor bahawa jika terdapat sebarang kos yang timbul

KONTRAK PERJANJIAN

projek dijalankan ianya akan ditanggung oleh kontraktor. Contohnya


sekiranya Kontraktor tidak dapat melaksanakan perkhidmatan atau
kerja-kerja yang di berikan dan Kerajaan terpaksa melantik Kontraktor
lain untuk membuat kerja tersebut maka pihak kontraktor yang awal
hendaklah menanggung kos bagi perkhidmatan atau kerja-kerja yang
dilaksanakan oleh kontrator yang baru dilantik oleh Kerajaan.
Kontraktor hendaklah membayar tanggung rugi kepada Kerajaan daripada dan
terhadap segala bayaran tuntutan, belanja gantirosak, tanggungan, kerugian dan
kos perbicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas Kerajaan
sebagai akibat yang langsung atau tidak langsung dari kelonggaran syarat-syarat
Perjanjian ini oleh Kontraktor. Jika bilangan Kontraktor itu dua (2) atau lebih
daripada dua (2) orang, maka tangungan bagi mereka itu dibawah Perjanjian ini
hendaklah disifatkan sebagai bersama dan masing-masing.
Kontraktor hendaklah membayar gantirugi kepada Kerajaan ke atas apa-apa jua
tindakan terhadap pelanggaran surat jaminan hak atau rekabentuk berdaftar
kerana mengguna atau menjual mana-mana barang yang dibekalkan oleh
Kontraktor dibawah Perjanjian ini dan terhadap segala belanja dan gantirosak
yang dibayar dan/atau tanggung dahulu oleh Kerajaan. Kerajaan akan menuntut
segala belanja dan gantirosak itu dari Kontraktor dan Kontraktor hendaklah
membayar segala jumlah tersebut kepada Kerajaan, dengan syarat sentiasa
gantirugi itu tidak akan dikenakan terhadap apa-apa juga pelanggaran yang
disebabkan oleh Kontraktor kerana menurut rekabentuk atau arahan yang
diberikan oleh Kerajaan.

4.13 HAD KEWAJIPAN


Klausa had kewajipan diwujudkan bagi melindungi kontraktor daripada
keadaan yang mungkin berlaku bukan disebabkan oleh perkhidmatan
atau kerja-kerja yang sedang dijalankan oleh kontraktor. Klausa ini juga
merupakan Klausa yang standard dan anda hanya perlu letakkan ia di
dalam Kontrak Perjanjian anda. Contohnya klausa yang anda boleh
gunakan adalah seperti di bawah:-

Kontraktor tidak bertanggungjawab di atas segala kerugian yang timbul atau

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

51

berkaitan dengan gangguan, kegagalan pengendalian, interaksi atau sambungan

KONTRAK PERJANJIAN

sistem, walau apa jua sebab dan apa jua tempoh samada kerugian, gangguan,
kegagalan pengendalian, interaksi atau sambungan tersebut disebabkan oleh
aplikasi, peralatan, servis atau rangkaian yang disediakan oleh pihak lain atau
pihak ketiga atau melalui akses yang tidak dibenarkan atau kecurian dan
pindaan.

Kontraktor juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau


kemusnahan aplikasi, data, program, maklumat, rangkaian atau sistem milik
pihak Kerajaan atau pelanggan-pelanggan Kerajaan disebabkan kemalangan,
penipuan atau kaedah-kaedah lain yang diguna oleh Kerajaan atau pelangganpelanggan pihak Kerajaan.

Di dalam apa jua keadaan, Kontraktor tidak bertanggungjawab terhadap segala


kerugian samada secara tidak langsung, sampingan, akibat, balasan, tergantung
atau kerugian utama, termasuk dan tidak terhad kepada kehilangan keuntungan,
anggaran simpanan, nama baik, perniagaan, hasil, pertambahan kos operasi
dalam apa jua keadaan dan timbul.

4.14 WARANTI
Klausa untuk waranti juga perlu diletakkan didalam Kontrak Perjanjian
Bagi menjamin barangan yang diterima. Contohnya Perkhidmatan
Pengawal keselamatan Tanpa Senjata Api, perlu diletakkan klausa ini
kerana ianya memberi jaminan servis yang diberikan adalah kualiti.
Sekiranya Peralatan atau servis yang diberikan tidak memenuhi kehendak
salah satu pihak maka contoh klausa di bawah akan terpakai.
Tempoh waranti yang dijamin oleh Kontraktor bagi kerja-kerja yang dilaksanakan
oleh Kontraktor adalah untuk tempoh selama dua belas (12) bulan selepas
pentauliahan dan diakui terima oleh Kerajaan.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

52

Kontraktor menjamin bahawa Peralatan yang dibekalkan di bawah Perjanjian ini


kepada Kerajaan adalah baru, asli, belum digunakan, dari keluaran semasa serta
sesuai dan baik untuk digunakan bagi tujuan ia diperolehi, mematuhi kehendak
Jadual Spesifikasi dan mempunyai keupayaan prestasi yang dinyatakan di
dalamnya, bebas dari kecacatan, kerosakan dan kekurangan sama ada dari segi
kualiti, prestasi, bahan yang digunakan dan mutu serta mematuhi semua syaratsyarat Perjanjian ini.

KONTRAK PERJANJIAN

Sekiranya dalam tempoh waranti Kerajaan mendapati bahawa barang-barang


kerja rosak bukan disebabkan kecuaian Kerajaan, Kontraktor hendaklah
membaikinya dan jika perlu mengganti mana-mana bahan dengan memuaskan
dalam tempoh waranti tersebut tanpa apa-apa bayaran tambahan. Laporanlaporan mengenai kerosakan itu termasuk kerja-kerja pembaikan dan
penggantian hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan.
Apa-apa bahagian, komponen dan/atau pemasangan Peralatan tersebut yang
diganti atau dibaiki oleh Kontraktor hendaklah diberi jaminan yang serupa untuk
satu tempoh yang sama seperti ditetapkan , bermula dari tarikh Peralatan yang
diganti / dibaiki itu diterima oleh Kerajaan.
Kegagalan Kontraktor mengganti atau membaiki Peralatan yang tidak mematuhi
kehendak di dalam tempoh yang ditetapkan adalah disifatkan sebagai kegagalan
Kontraktor membekalkan Peralatan dan Kerajaan berhak melaksanakan haknya.
Tanpa mengambil kira tempoh tamat Perjanjian ini, peruntukan-peruntukan
mengenai jaminan ini hendaklah kekal sah dan berkuat kuasa sehingga berakhir
tempoh jaminan bagi semua Peralatan yang dibekalkan.

4.15 FORCE MAJEURE


Klausa Force Majeure adalah perlu diletakkan di dalam Kontrak
Perjanjian untuk persediaan bagi suatu keadaan yang tidak dijangka
akan berlaku contohnya seperti pemberontakan, peperangan dan
rusuhan. Apabila terjadinya perkara yang saya sebutkan di atas maka
kedua-dua pihak tidak akan terikat ke atas obligasi-obligasi yang
terdapat di dalam Kontrak Perjanjian. Namun kontraktor perlu
melaksanakan kerja-kerja yang tidak terjejas terhadap peristiwa yang
dinyatakan. Contoh standard klausa yang digunakan oleh mana-mana
penyedia Kontrak Perjanjian adalah seperti di bawah anda hanya perlu
copy dan paste ke dalam Kontrak Perjanjian anda.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

53

Pihak-Pihak adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kemungkiran


obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini sekiranya Pihak-Pihak tidak
dapat melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini atau mana-mana
bahagian daripadanya selain daripada obligasi bayaran akibat daripada

KONTRAK PERJANJIAN

berlakunya kejadian Force Majeure. Kejadian Force Majeure hendaklah


bermaksud :
(a)
(b)
(c)

(d)
(e)
(f)

peperangan (sama ada ia diisytiharkan atau tidak), pertempuran,


penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing;
pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau
tindakan pengganas;
bencana termasuk gempa bumi, banjir, kebakaran bawah tanah,yang
spontan, ombak besar (tsunami) atau apa-apa bencana alam yang
secara munasabahnya, seseorang yang berpengalaman tidak dijangka
dapat mengambil langkah berjaga-jaga;
letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan kimia atau radiasi;
tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa-apa
peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik; dan
rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam selain dihadkan kepada
pekerja, personel atau pengkhidmat atau agen Penaja.

Jika berlaku kejadian Force Majeure yang menyebabkan mana-mana Pihak tidak
dapat melaksanakan apa-apa obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau manamana bahagian daripadanya) yang terjejas akibat daripada kejadian Force
Majeure tersebut, Pihak-Pihak tersebut hendaklah dengan serta-merta
memaklumkan akan kejadian Force Majeure itu kepada Pihak yang satu lagi dan
diikuti dengan butir-butir terperinci mengenai kejadian Force Majeure tersebut
dan kesannya kepada pelaksanaan Perjanjian ini.
Jika Pihak-Pihak mendapati kejadian Force Majeure telah menjadikan Perjanjian
ini mustahil untuk dilaksanakan maka PihakPihak kepada Perjanjian ini
bolehlah bersetuju bahawa Perjanjian ini boleh ditamatkan atas persetujuan
bersama.
Jika Perjanjian ini ditamatkan di bawah subklausa 19.3 di atas, semua hak dan
obligasi Pihak-Pihak di bawah Perjanjian ini hendaklah terhenti dan mana-mana
Pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Pihak yang satu lagi dan
masing-masing tidak bertanggungan terhadap satu sama lain melainkan
berkaitan dengan apa-apa hak dan liabiliti yang terakru sebelum berlakunya
Force Majeure tersebut.
Mana-mana Pihak tidak boleh menggunakan mana-mana peruntukan dalam
Perkara ini jika Pihak-Pihak telah memutuskan secara munasabahnya bahawa
suatu kejadian Force Majeure tidak berlaku.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

54

Bagi mengelakkan apa-apa keraguan, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini


hendaklah terus melaksanakan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini
yang tidak terjejas, tertangguh atau terganggu oleh kejadian Force Majeure dan
obligasi berkenaan hendaklah terus berkuat kuasa sementara menunggu
pelaksanaan peruntukkan Fasal 19 ini.

KONTRAK PERJANJIAN

4.16 MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN


Terdapat 2 kaedah yang anda boleh gunakan untuk menyelesaikan
pertelingkahan iaitu melalui Jawatankuasa Penyelesaian pertikaian dan
juga Timbang Tara . Di mana klausa yang diberikan di bawah anda boleh
gunakan untuk menyediakan Kontrak Perjanjian anda. Klausa ini adalah
standard dan yang perlu anda lakukan adalah edit perkataan yang tidak
diingini. Untuk bahagian timbang tara pula anda perlu meyemak akta
timbang tara yang baru untuk dimuatkan ke dalam Kontrak Perjanjian.
Buat masa sekarang Akta timbang Tara 2005 merupakan akta yang
terbaru .
4.16.1 JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN
Sebarang pertikaian di antara Pihak-Pihak mengenai Perkhidmatan tersebut hendaklah
diselesaikan dengan cara rundingan atau perbincangan di antara Pihak-Pihak dengan
merujuk isu pertikaian kepada satu Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang terdiri
daripada:(a) Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Malaysia atau wakilnya yang bertindak
sebagai Pengerusi;
(b) dua (2) orang wakil yang dilantik oleh Kerajaan;
(c) dua (2) orang wakil yang dilantik oleh Kontraktor.
Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini boleh dan bebas untuk melantik mana-mana
pakar bebas yang diakui mempunyai kepakaran dalam hal yang menjadi isu atau
pertikaian untuk menasihatinya dalam perkara-perkara yang memerlukan kepakaran
pakar bebas tersebut dan apa-apa kos, fi dan perbelanjaan yang dikenakan oleh pakar
bebas tersebut hendaklah dijelaskan secara sama rata oleh Pihak-Pihak kepada
Perjanjian ini;
Walau bagaimanapun, perlantikan pakar bebas ini adalah tertakluk kepada keperluan
kepakarannya dalam menyelesaikan pertikaian yang wujud antara Pihak-Pihak sekiranya
Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian sendiri gagal untuk menyelesaikannya;

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

55

Setiap ahli di dalam Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian, termasuk Pengerusi


hendaklah mempunyai satu undi sahaja dan Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian
tersebut bolehlah membentuk dan merangka sendiri kaedah-kaedah yang terbaik untuk
menyelesaikan apa-apa pertikaian yang dirujuk kepadanya;

KONTRAK PERJANJIAN

Keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini hendaklah


dibuat berdasarkan kepada undian majoriti mudah dan apa-apa keputusan yang dibuat
oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini hendaklah mengikat Pihak-Pihak dalam
Perjanjian ini; dan
Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini adalah muktamad
dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

4.16.2 TIMBANG TARA


Jika apa-apa perkara, pertelingkahan atau tuntutan yang timbul daripada atau
bersangkutan dengan Perjanjian ini atau kemungkiran atau penamatan yang tidak boleh
dipersetujui atau tidak boleh diselesaikan secara persahabatan oleh kedua-dua Pihak,
perkara, pertelingkahan atau tuntutan itu hendaklah dirujuk kepada seorang penimbang
tara yang dipersetujui antara Pihak-Pihak dan kegagalan kepada persetujuan tersebut
akan dilantik di atas permohonan salah satu Pihak oleh Ketua Pengarah Pusat Timbang
tara Serantau di Kuala Lumpur dan apa-apa rujukan hendaklah disifatkan sebagai
tertakluk kepada timbang tara bagi maksud Akta Timbang Tara 2005. Keputusan
penimbang tara itu hendaklah muktamad dan mengikat Pihak-Pihak.
Setiap timbang tara itu hendaklah didengar di Pusat Timbang tara Serantau, Kuala
Lumpur dengan menggunakan kemudahan dan sistem yang didapati di pusat tersebut.
Apa-apa rujukan perkara, pertelingkahan atau tuntutan kepada timbang tara mengikut
Fasal ini dan/atau berterusannya prosiding ini hendaklah tidak dengan apa-apa cara
berfungsi sebagai penepian kepada kewajipan-kewajipan Pihak-Pihak untuk
melaksanakan kewajipan-kewajipan masing-masing di bawah Kontrak Perjanjian.

4.17 PENAFIAN
Kegagalan pihak Kerajaan dan/atau Kontraktor menjalankan atau
menguatkuasakan mana-mana hak, remedi atau peruntukan di bawah
Kontrak Perjanjian ini pada bila-bila masa, tidak akan terjumlah kepada
suatu penafian hak, melainkan ianya telah dibuat secara bertulis terlebih
dahulu.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

56

Sebarang penafian hak hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah


dirujuk dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

KONTRAK PERJANJIAN

4.18 PINDAAN PERJANJIAN


Sebarang pindaan kepada Kontrak Perjanjian hendaklah dibuat dalam
bentuk bertulis dipersetujui sepenuhnya serta ditandatangani bersama
oleh kedua-dua pihak. Pindaan itu hendaklah diikuti dan dibaca sebagai
sebahagian dari Kontrak Perjanjian.

4.19 INSURANS
Kadar insuarans yang dikenakan ke atas Kontraktor adalah mengikut
kadar insurans yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) seperti di
dalam jadual di bawah. Di mana Kontraktor hendaklah di atas
perbelanjaannya sendiri, mengambil satu atau lebih, polisi Insurans
Tanggungan Awam dari mana-mana syarikat insurans berdaftar dengan
suatu nilai munasabah dan dipersetujui oleh Kerajaan bagi melindungi
liabiliti Kontraktor dan Kerajaan dari semua bentuk tuntutan pampasan
dan/atau ganti rugi di bawah undang-undang yang dibuat oleh manamana pihak akibat kecederaan diri atau kematian atau bencana
kerosakan harta tanah atau harta diri yang berbangkit dari atau dalam
melaksanakan Perjanjian ini atau akibat dari apa-apa kecuaian,
peninggalan, pecah kontrak atau selainnya oleh Kontraktor atau

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

57

pengkhidmat atau ejen kepada Kontraktor.

KONTRAK PERJANJIAN

Kontraktor hendaklah di atas perbelanjaannya sendiri, mengambil satu


atau lebih polisi Insurans Tanggungan Pekerja atau Insurans Pampasan
Pekerjaan atau apa-apa insurans yang berkaitan bagi pekerja-pekerjanya
dan ejen-ejennya seperti mana yang dikehendaki oleh undang-undang
yang sedang berkuat kuasa di Malaysia.
Insurans yang tersebut hendaklah meliputi di sepanjang masa berkuat
kuasanya Perjanjian ini dan hendaklah diperbaharui jika berlaku apa-apa
perlanjutan tempoh atau pembaharuan tempoh Kontrak Perjanjian.
Kontraktor hendaklah mengemukakan polisi atau polisi-polisi insurans

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

58

tersebut berserta resit pembayaran premium kepada Kerajaan.

KONTRAK PERJANJIAN

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

59

Kadar Insurans Mengikut Harga Kontrak

KONTRAK PERJANJIAN

BAB 5
PENAMATAN KONTRAK
PERJANJIAN
Apakah

langkah-langkah

yang

perlu

diambil

oleh

kerajaan

sebelum

menamatkan sesuatu kontrak jika kontraktor/pembekal gagal memenuhi


obligasi-obligasi kontrak?
Sebelum menamatkan kontrak, peluang yang munasabah akan diberikan kepada
kontraktor yang gagal memenuhi obligasi kontrak. Ini termasuk mengadakan
perjumpaan,

memberi

peringatan

bertulis,

amaran

yang

cukup

dan

mengeluarkan surat tunjuk sebab (show cause letter). Jika kontraktor tidak
menjawab atau memberikan penjelasan yang tidak munasabah, maka tindakan
menamatkan kontrak boleh diambil. Bagi membolehkan Kerajaan menamatkan
kontrak, klausa penamatan kontrak akan dimasukkan ke dalam semua kontrak
yang melibatkan Kerajaan supaya Kerajaan tidak berada dalam situasi yang
menyulitkan bila pembekal atau kontraktor gagal memenuhi obligasi. Jika
perlu, penamatan kontrak hendaklah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang
supaya urusan penamatan teratur dan untuk mengelakkan sebarang tindakan
sivil terhadap Kerajaan. Itu adalah langkah-langkah yang akan diambil oleh
pihak kerajaan ke atas kontraktor yang tidak mematuhi syarat-syarat yang
terdapat di dalam Kontrak Perjanjian. Konsep yang diimplementasikan oleh
Kerajaan juga boleh diguna pakai bagi Kontrak Perjanjian untuk syarikatsyarikat swasta dalam membuat penamatan ke atas sesuatu kontrak Perjanjian.
Adalah tidak sempurna sesuatu Kontrak Perjanjian sekiranya Klausa untuk

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

60

penamatan tidak dimasukkan ke dalam Kontrak Perjanjian.

KONTRAK PERJANJIAN

Kewajipan kontraktual pihak-pihak dalam sesuatu kontrak dikatakan telah


dilepaskan apabila pihak-pihak berkenaan tidak lagi dikehendaki melaksanakan
obligasi tersebut. Sesuatu kontrak boleh dilepaskan apabila terdapat faktorfaktor seperti yang ditunjukkan oleh Rajah di bawah :

Faktor Penamatan Kontrak

PERLAKSANAAN
Bermaksud penyempurnaan lengkap atau sebenar sesuatu kewajipan
menurut syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam kontrak.
Contoh kes :
BOLTON LWN MAHADEWA (1972) 1 WLR 1009
Plaintif telah bersetuju memasang alat pemanas di rumah defendan.
Setelah siap dipasang defendan enggan membuat bayaran kerana alat
tersebut tidak berfungsi.
Mahkamah memutuskan plaintif tidak berhak menuntut .

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

61

5.1

KONTRAK PERJANJIAN

5.2

PERJANJIAN
Pihak-pihak yang berkontrak melepaskan kewajipan atau obligasi masingmasing melalui perjanjian baru.
Perjanjian-perjanjian baru boleh jadi dalam bentuk :
a. novasi
b. pembatalan
c. penggubahan
d. remitan
5.2.1 Novasi
Pengambilalihan tanggungan/obligasi oleh pihak lain.
5.2.3 Pembatalan
Pihak-pihak berkontrak membatalkan kontrak tersebut atas persetujuan
pihak- pihak yang terlibat sebelum sesuatu pelaksanaan dalam sesuatu
kontrak disempurnakan.
5.2.4 Penggubahan
Perjanjian dibuat untuk mengubah atau meminda terma-terma kontrak.
5.2.5 Remitan
Perjanjian untuk mengurangkan atau meringankan atau melepaskan
sama ada keseluruhan atau sebahagian dari perjanjian asal.

KEKECEWAAN
Menurut Seksyen 57 AK 1950 apabila berlaku ketidak mungkinan dalam
pelaksanaan sesuatu kontrak maka kontrak tersebut adalah mustahil
untuk dilaksanakan. Inilah yang dikatakan suatu kontrak yang kecewa.
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

62

5.3

KONTRAK PERJANJIAN

Contoh kes :
SENG DJIT HIN LWN NAGURDAS PUSHOTUMDAS & CO. (1924) 14 SSLR
181
Satu perjanjian pengangkutan laut menjadi kecewa apabila kapal
berkenaan diambil milik oleh kerajaan selepas peperangan meletus.

KEMUNGKIRAN
Apabila pihak-pihak yang berkontrak gagal untuk melaksanakan obligasi
kontraktualnya, ini memberikan hak kepada pihak yang tidak bersalah
untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuklah menamatkan
kontrak.
Contoh klausa penamatan yang boleh dinyatakan di dalam Kontrak
Perjanjian adalah seperti di bawah. Di mana saya telah membahagikan
kepada 3 bahagian iaitu penamatan Kontrak Perjanjian oleh pembayar
iaitu pihak yang membuat bayaran iaitu kerajaan, penamatan Kontrak
Perjanjian oleh Kontraktor itu pihak yang melaksanakan Perkhidmatan
atau kerja-kerja dan Penamatan Kontrak disebabkan rasuah, atau aktivti
yang menyalahi undang-uandang. Bagi Penamatan yang disebabkan
rasuah atau aktiviti yang menyalahi undang-undang klausa ini harus
dinyatakan di dalam Kontrak Perjanjian yang berurusan denga pihak
Kerajaan manakala untuk Kontrak swasta bergantung kepada anda untuk
meletakkan klausa ini atau tidak. Namun tidak rugi jika anda meletakkan
saja klausa ini di dalam Kontrak Perjanjian Cuma apa yang anda perlu
lakukan adalah menukar ganti nama Kerajaan kepada nama

syarikat

anda sekiranya anda berurusan dengan syarikat yang bukan agensi


kerajaan.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

63

5.4

KONTRAK PERJANJIAN

Penamatan Perjanjian Oleh Pihak Pembayar


Melainkan seperti yang diperuntukkan di bawah Perjanjian ini, sekiranya:
20.1

Kemungkiran oleh Kontraktor

20.1.1 Keadaan-keadaan yang membawa kepada kemungkiran Perjanjian, sekiranya


didapati bahawa:
( a ) Kontraktor telah gagal menepati, mematuhi atau melaksanakan terhadap manamana syarat dalam Perjanjian ini; atau
( b ) Kontraktor dengan sengaja mengabaikan secara berterusan daripada
menjalankan obligasi-obligasinya seperti mana yang terkandung di dalam
Perjanjian ini; atau
( c ) Kontraktor memberikan representasi yang salah atau pengaruh yang tidak wajar
kepada Kerajaan sebelum dan selepas termeterainya Perjanjian ini; atau
( d ) Kontraktor menyerahkan tugas dan tanggungjawabnya yang khusus di bawah
Perjanjian ini untuk dilaksanakan oleh pihak ketiga yang tiada kaitan dengan
Perjanjian ini tanpa persetujuan bertulis dari Kerajaan; atau
( e ) Kontraktor melakukan perbuatan yang menyebabkan Kerajaan diheret ke dalam
pertikaian yang tidak munasabah; atau
( f ) Kontraktor mengolah atau mengabaikan secara berterusan dalam mematuhi apaapa arahan bertulis daripada Kerajaan dan yang mana telah dipersetujui akan
dilakukan oleh Syarikat; atau
( g ) Kontraktor tidak jujur atau amanah atau bertanggungjawab atau cuai dalam
melaksanakan Perjanjian ini.
Maka Kerajaan berhak untuk mengemukakan atau mengeluarkan notis bertulis (selepas
ini dirujuk sebagai Notis Mungkir) kepada Kontraktor dan Kontraktor perlu meremedikan
kegagalan tersebut dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh notis tersebut.
20.1.2 Sekiranya Kontraktor gagal meremedikan kegagalan tersebut dalam tempoh
empat belas (14) hari selepas Notis Mungkir dikeluarkan, Kerajaan berhak
menamatkan Perjanjian ini dengan serta- merta dengan mengemukakan notis
bertulis (selepas ini dirujuk sebagai Notis Penamatan) kepada Kontraktor dan
Perjanjian ini hendaklah ditamatkan mulai daripada tarikh yang ditetapkan oleh
Kerajaan di dalam Notis Penamatan tersebut diberikan.
Kemungkiran Am oleh Kontraktor

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

64

20.2

KONTRAK PERJANJIAN

Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini (tanpa apa-apa pampasan) dengan memberi
notis secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh penamatan diniatkan
kepada Kontraktor jika :( a ) Kontraktor pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan
atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat sesuatu
penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang atau
membuat sesuatu pindah hak atau penyerah hak bagi faedah-faedah sipiutangsipiutang atau jika Syarikat adalah suatu syarikat, meluluskan suatu ketetapan,
atau mahkamah membuat sesuatu perintah bahawa syarikat itu digulung (bukan
suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau jika
seseorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau
jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah atau
seseorang sipiutang melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang
memberi hak kepada mahkamah membuat perintah penggulungan; atau
( b ) Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atau sesiapa
yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan
atau di luar pengetahuan Kontraktor melakukan perbuatan jenayah atau rasuah,
dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Perjanjian ini tidak menyentuh
hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik ganti rosak dan lain-lain hak yang
sedia ada;
20.3
Tanpa menjejaskan subklausa 20.1 dan 20.2, Kerajaan berhak untuk
menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa obligasi
memberikan sebarang alasan dan pampasan kepada Kontraktor.
20.4
Tanpa menjejaskan subklausa 20.1, 20.2 dan 20.3 Perjanjian ini, Kerajaan boleh
menamatkan Perjanjian ini (tanpa memberi apa-apa pampasan) dengan memberi notis
tidak kurang dari tiga puluh (30) hari dari tarikh penamatan diniatkan kepada Kontraktor
(tanpa apa-apa obligasi memberikan sebarang alasan) jika Kerajaan berpendapat
bahawa penamatan Perjanjian ini adalah perlu bagi kepentingan negara, demi
keselamatan negara atau bagi tujuan mematuhi dasar Kerajaan Malaysia atau dasar
awam.
20.5
Bagi tujuan subklausa 20.4 Perjanjian ini, apa yang dimaksudkan dengan
kepentingan negara, demi keselamatan negara atau bagi tujuan mematuhi dasar
Kerajaan Malaysia atau dasar awam hendaklah ditentukan dan ditafsirkan oleh Kerajaan
dan penentuan dan pentafsiran ini hendaklah muktamad dan konklusif dan hendaklah
tidak terbuka kepada apa-apa penentangan atau bantahan daripada Kontraktor.
20.6
Walau apa pun yang dinyatakan di subklausa di atas, Kontraktor hendaklah
melaksanakan segala obligasinya yang terakru kepada Kerajaan dalam Perjanjian ini.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

65

20.7
Dengan syarat sentiasa, Kerajaan berhak menuntut daripada Kontraktor apa-apa
ganti rugi yang mungkin timbul akibat dari Penamatan Perjanjian ini, tanpa menjejaskan
hak-hak lain Kerajaan yang terakru di bawah Perjanjian ini.

KONTRAK PERJANJIAN

20.8
(a)

Setelah penamatan Perjanjian ini:Segala kuasa dan hak yang diberikan oleh dan segala tanggungjawab di dalam
Perjanjian ini hendaklah ditamatkan secara serta merta.

(b)

Kontraktor hendaklah:Segera menamatkan segala perkhidmatannya;

(i)

(c)

(ii)

Menyerahkan kepada Kerajaan laporan-laporan terperinci mengenai segala


kos perkhidmatan dan bayaranbayaran lain yang masih tertunggak dan
terhutang oleh Kerajaan sebelum penamatan untuk pengesahan dan
kelulusan oleh Kerajaan;

(iii)

Menamatkan segala Kontrak pihak ketiga yang dimasuki oleh Kontraktor


berkenaan dengan perlaksanaan/pengendalian Perkhidmatan tersebut.

Kerajaan hendaklah:(i)
Menuntut terhadap Kontraktor atas sebarang kehilangan dan kerosakan
yang dialami akibat daripada penamatan Perjanjian ini; dan
(ii)

berhak untuk melantik Kontraktor lain untuk melaksanakan Perkhidmatan


tersebut dan Kontraktor hendaklah membayar kepada Kerajaan segala kos
dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan dalam menyempurnakan
Perkhidmatan tersebut segala perbelanjaan yang sepatutnya dibayar kepada
Kontraktor lain untuk menyempurnakan Perkhidmatan tersebut sekiranya
Perjanjian ini tidak ditamatkan.

DENGAN SYARAT BAHAWA penamatan tersebut hendaklah tidak menjejaskan atau


memprejudiskan hak-hak mana-mana pihak sebelum tarikh penamatan Perjanjian ini dan
segala tanggungjawab di bawah Perjanjian ini hendaklah berterusan walaupun selepas
penamatan Perjanjian ini mengenai apa jua tindakan, perbuatan perkara atau benda
yang berlaku sebelum penamatan Perjanjian ini.

PENAMATAN PERJANJIAN OLEH KONTRAKTOR


21.1 Kontraktor boleh memberi notis bertulis tiga puluh (30) hari daripada tarikh
penamatan diniatkan kepada Kerajaan untuk menamatkan Perjanjian ini jika
didapati:
(a)

Kerajaan telah gagal membayar nilai Perjanjian sebagaimana yang dinyatakan


dalam Klausa 3 Perjanjian ini atau bayaran lain yang telah dipersetujui oleh
Pihak-Pihak untuk dibayar oleh Kerajaan selepas tiga puluh (30) hari dari tarikh
ia perlu bayar; atau

(b)

Kerajaan telah gagal untuk mematuhi atau melaksanakan mana-mana terma


atau syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

66

21.

KONTRAK PERJANJIAN

21.2

Walau apa pun yang dinyatakan di subKlausa 21.1, Kerajaan hendaklah


melaksanakan segala obligasi Kerajaan yang masih terakru kepada Kontraktor
dalam Perjanjian ini.

21.3

Setelah penamatan Perjanjian ini di bawah subklausa 21.1, Kontraktor hendaklah


menerima aku janji Kerajaan berikut sebagai penyelesaian penuh dan sempurna
segala tuntutan bayaran di bawah atau yang timbul daripada Perjanjian ini:(a) Kerajaan hendaklah membayar segala wang yang terhutang dan kena bayar
kepada Kontraktor setakat tarikh penamatan Perjanjian ini dan manamana wang yang masih belum dibayar dengan syarat Kerajaan
hendaklah berhak untuk menolak jumlah tertentu yang terhutang kepada
Kerajaan oleh Kontraktor di bawah Perjanjian ini; dan
(b)

PENAMATAN DISEBABKAN RASUAH ATAU AKTIVITI YANG MENYALAHI UNDANGUNDANG

22.1 Tanpa prejudis kepada apa-apa hak Kerajaan, jika Kerajaan berpuas hati bahawa
Kontraktor, pengkhidmatnya, pekerjanya atau agennya terlibat dalam rasuah atau
aktiviti yang menyalahi undang-undang berhubung dengan Perjanjian ini atau manamana Perjanjian lain antara Kontraktor dan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk
menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa, dengan segera memberi notis
bertulis berkenaan penamatan Perjanjian ini kepada Kontraktor.
22.2 Akibat daripada penamatan yang dinyatakan di subklausa 22.1, Kerajaan
hendaklah berhak kepada semua kerugian, kos, kerosakan dan perbelanjaan
(termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang terbit atau
ditanggung oleh Kerajaan yang berbangkit dari penamatan tersebut.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

67

22.

Kontraktor hendaklah menamatkan Perkhidmatan tersebut dengan serta


merta.

KONTRAK PERJANJIAN

BAB 6
PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN KONTRAK
PERJANJIAN
Pentadbiran dan pengawasan Kontrak Perjanjian memainkan peranan
yang penting dalam perolehan Kerajaan bagi memastikan kontraktor
memenuhi semua obligasinya di bawah Kontrak Perjanjian yang
ditandatangani.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai untuk memastikan


kerajaan mendapat nilai dan faedah maksimum untuk bayaran yang akan
dibuat oleh kerajaan. Ia termasuk memastikan kualiti barangan yang
dibekalkan menepati spesifikasi dalam kontrak atau jika perkhidmatan
yang diberikan, perkhidmatan tersebut mengikut spesifikasi/kekerapan
dan mengikut mutu yang telah dipersetujui.

Bagi perolehan kerja, ianya hendaklah meliputi skop kerja yang


ditetapkan dan dipersetujui dalam tawaran/kontrak. Di samping itu,
bekalan hendaklah dibekalkan dalam tempoh yang telah dipersetujui
dan jika kerja, maka kerja hendaklah disiapkan dalam tempoh yang
telah ditawarkan atau ditetapkan dalam kontrak.

Jika kontraktor lewat membekal atau lewat menyiapkan kerja, maka

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

68

tindakan hendaklah diambil untuk mengenakan denda.

KONTRAK PERJANJIAN

Menandatangani Kontrak Perjanjian


Siapakah yang boleh menandatangani kontrak bagi pihak Kerajaan?.
Daripada pihak Kerajaan Kontrak Perjanjian boleh ditandatangani oleh
YB Menteri atau pegawai yang diberi kuasa oleh YB Menteri

yang

berkenaan selaras dengan peruntukan Akta Kontrak Kerajaan 1949


(Disemak 1973).

Semua Ketua Setiausaha Kementerian hendaklah mengenal pasti


pegawai-pegawai yang sesuai untuk menandatangani kontrak dan
memastikan penurunan kuasa dengan had-had kuasa secara bertulis
telah diperolehi dengan sewajarnya daripada YB Menteri Kementerian
berkaitan.

Penurunan kuasa ini hendaklah dikaji semula setiap tahun dan


dikemaskinikan. Hanya pegawai yang telah diturunkan kuasa sahaja
boleh menandatangani kontrak. Sekiranya ianya ditandatangani oleh
individu yang tidak diberi kuasa oleh YB Menteri berkenaan Kontrak
Perjanjian tersebut boleh dikatakan tidak sah kerana ditandatangani
oleh mereka yang tidak layak.
Bagi pihak kontraktor pula Kontrak Perjanjian hendaklah ditandatangani
oleh pemilik syarikat atau pun pemilik bersama syarikat yang diberi
kuasa

untuk

menandatangani

Kontrak

Perjanjian.

Seeloknya

penandatangan adalah individu yang menandatangani surat setuju


terima sebutharga/tender.
Ini

kerana

semasa

proses

penilaian

sebutharga/tender

oleh

Jawatankuasa Penilaian Teknikal terdapat satu kriteria di bawah


Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

69

6.1

KONTRAK PERJANJIAN

kesempurnaan dokumen sebutharga/tender yang mana semakan dibuat


bagi memastikan sebutharga/tender ditandatangani oleh individu yang
diberi

kuasa

untuk

menurunkan

tandatangan.

Jika

tidak

sebutharga/tender tersebut tidak akan layak untuk ke peringkat


seterusnya.
6.2

Tempoh menangani Kontrak


Kontrak Perjanjian hendaklah ditandatangani secepat mungkin selepas
semua terma dan syarat dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan selewatlewatnya empat (4) bulan dari tarikh keluarnya Surat Setuju Terima.
Tarikh kuat kuasa Kontrak Perjanjian (effective date) hendaklah
dinyatakan sebagai tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani.
Manakala tarikh Kontrak Perjanjian ialah tarikh Kontrak Perjanjian
ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Tetapi untuk mendapatkan
bayaran awal Kontrak Perjanjian hendaklah segera disiapkan kerana
proses pembayaran tidak akan lengkap jika tidak disertakan dengan
Kontrak Perjanjian. Pastinya anda tidak mahu perkara ini berlaku.
Pengedaran Dan Penyimpanan Kontrak
Mengikut Arahan Perbendaharaan Dokumen Kontrak boleh dilupuskan
selepas tujuh (7) tahun . Namun terdapat juga agensi kerajaan yang
memperuntukan selama lima (5) tahun. Tetapi yang pastinya ianya tidak
akan kurang daripada tiga (3) tahun.
Oleh itu anda hendaklah membuat pemantauan ke atas Kontrak
Perjanjian dengan teliti apabila terdapat perpindahan syarikat ke lokasi
baru pastikan Kontrak Perjanjian dibawa bersama. Semasa situasi
beginilah kebanyakan dokumen-dokumen syarikat keciciran. Ini adalah
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

70

6.3

KONTRAK PERJANJIAN

bagi menjaga kepentingan syarikat dan melicinkan urusan yang


berhubung kait dengan pelaksanaan sesuatu projek yang dijalankan oleh
syarikat anda. Selain itu bagi memastikan jika terdapat isu yang
berbangkit dikemudian hari anda ada sesuatu untuk dijadikan sebagai
rujukan.
Hakmilik Dokumen-Dokumen Perjanjian
Dokumen Kontrak Perjanjian adalah sentiasa menjadi hak milik Kerajaan
dan akan ditunjukkan apabila dan ketika diperlukan oleh Kerajaan. Anda
juga akan dibekalkan oleh kerajaan satu (1) salinan Kontrak Perjanjian
yang telah ditandatangani.
Satu (1) salinan Kontrak yang anda simpan adalah penting kerana jika
terdapat sebarang kes mahkamah yang melibatkan Kontrak Perjanjian
pihak yang satu lagi akan mengemukakan Kontrak Perjanjian yang
terdapat di tangan pihak berkenaan.
Siapa yang berani jamin Kontrak tersebut tidak diubah suai. Pada masa
itu anda

bolehlah kemukakan Kontrak Perjanjian yang terdapat di

dalam simpanan anda dan jika perlu anda harus ketahui di mana
letaknya Kontrak Perjanjian yang selebihnya.

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

71

6.4

KONTRAK PERJANJIAN

BAB 7
LAMPIRAN KONTRAK
PERJANJIAN
Apa-apa lampiran atau jadual kepada Kontrak Perjanjian akan menjadi
sebahagian daripada Kontrak Perjanjian dan dibaca bersama. Bagi memudahkan
anda, apa yang anda perlu lakukan adalah pisahkan bahagian lampiran
seperator iaitu terdapat helaian mukasurat lain yang mengasingkan antara isi
kontrak dan lampiran. Anda bolehlah merujuk kepada folder seperator yang
disertakan bersama ebook ini.
Sekiranya syarikat anda berurusan dengan Kerajaan maka dokumen-dokumen
yang disenaraikan di atas adalah perlu dilampirkan sekiranya anda mahu proses
pembayaran dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Ini kerana pihak
Kerajaan tidak akan membuat bayaran selagi Kontrak Perjanjian anda tidak
lengkap dan walaupun lengkap namun lampiran yang saya senaraikan di atas
tidak ada maka anda perlu tunggu beberapa hari lagi sebelum bayaran boleh
dibuat.
Antara perkara-perkara ataupun dokumen penting yang perlu dilampirkan
bersama Kontrak Perjanjian mengikut turutan adalah:Jadual Pelaksanaan
Jadual Pelaksanaan merupakan 1 dokumen yang boleh terdiri daripada
format microsoft Excell, Microsoft Office atau

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

Carta Gant. Namun

72

7.1

KONTRAK PERJANJIAN

untuk memudahkan anda mana-mana format adalah diterima dan ianya


tidak semestinya dibuat menggunakan carta Gant yang sudah tentu anda
tidak mempunyai kemahiran untuk membuatnya dan perlu mahir dalam
menggunakan perisian Microsoft Visio. Tujuan jadual ini adalah untuk
menunjukkan progress sesuatu projek itu dilaksanakan di mana ianya
bermula daripada tarikh milik tapak hingga kepada serahan akhir projek
kepada agensi.

7.2

Spesifikasi Teknikal
Spesifikasi teknikal merupakan dokumen yang menerangkan kerja-kerja
teknikal yang akan dilaksanakan oleh Kontraktor. Untuk proses
sebutharga atau tender Spesifikasi Teknikal akan disertakan oleh
Kerajaan untuk dipenuhi oleh Kontraktor sama ada bersetuju atau tidak
dengan spesifikasi teknikal yang akan dilaksanakan. Spesifikasi Teknikal
perlu dilampirkan ke dalam Kontrak Perjanjian dan menjadi sebahagian
daripadanya.

7.3

Skop Kerja
Skop kerja merupakan dokumen yang menerangkan kerja-kerja

yang

akan dilaksanakan. Ianya bermula daripada pemilikan tapak iaitu hari


pertama anda datang untuk melihat tapak projek atau tempat
perkhidmatan

dilakukan

hinggalah

ke

fasa

penyerahan

akhir

perkhidmatan atau kerja-kerja yang anda lakukan.


Senarai Kuantiti
Senarai Kuantiti merupakan satu dokumen senarai barangan yang terlibat
di dalam sebutharga atau tender. Di mana ianya akan menyatakan
kuantiti barang yang diperlukan untuk projek yang akan dilaksanakan. Di
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

73

7.4

KONTRAK PERJANJIAN

dokumen ini anda perlu meletakkan harga setiap barangan yang


disenaraikan.
7.5

Jadual Pembayaran
Jadual Pembayaran hendaklah dilampirkan bersama Kontrak Perjanjian.
Di dalam jadual ini anda harus nyatakan bagaimana pembayaran
terhadap perkhidmatan atau kerja-kerja yang anda laksanakan dibuat
bayaran. Sama ada bayaran di buat secara berfasa iaitu mengikut
peratusan kemajuan projek atau pun secara pukal (Lump sum)

7.6

Pelan-Pelan
Bagi kerja-kerja yang melibatkan lukisan pelan seperti pembinaan
bangunan anda perlu lampirkan bersama Kontrak Perjanjian. Selain itu
bagi perkhidmatan seperti Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Tanpa
Senjata Api juga diperlukan pelan untuk anggota berkawal dan membuat
rondaan serta lokasi post kawalan. Selain itu bagi Kontrak Perjanjian
seperti Perkhidmatan Membekal, Memasang dan Menguji Terima
Multimedia Electronic Board juga perlukan pelan memandangkan ianya
melibatkan litar-litar elektronik dan juga pendawaian elektrik di
kawasan agensi.
Surat Setuju Terima/ Pemberitahuan Penerimaan Sebutharga/Tender
Surat Setuju Terima ialah surat yang mengesahkan penerimaan sesuatu
tawaran berasaskan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam
dokumen tender, draf dokumen kontrak yang telah dikeluarkan
terdahulu, syarat-syarat yang telah dipersetujui di dalam Surat Niat dan
syarat-syarat lain yang telah dipersetujui. Surat Setuju Terima
hendaklah dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya setelah semua
rundingan selesai dan persetujuan dicapai. Apa-apa syarat
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

dan

74

7.7

KONTRAK PERJANJIAN

perubahan

yang

telah

dipersetujui

dalam

rundingan

hendaklah

dinyatakan dengan jelas dalam Surat Setuju Terima. Contoh surat setuju
terima anda boleh dapati di dalam folder lampiran yang disertakan
bersama ebook ini.
Bon Pelaksanaan
Bon Pelaksanaan ialah suatu bentuk jaminan yang perlu dikemukakan
oleh kontraktor yang mendapat kontrak daripada Kerajaan, yang boleh
dipegang oleh Kerajaan bagi melindungi kepentingannya dan memastikan
kontraktor melaksanakan semua obligasi di bawah sesuatu kontrak. Bon
pelaksanaan diperlukan untuk kontrak bernilai melebihi RM200,000.00
sahaja. Kadar bon pelaksanaan adalah 2.5% daripada nilai kontrak bagi
kontrak bekalan/perkhidmatan yang bernilai RM200,000.00 hingga
RM500,000.00. Manakala 5% daripada nilai kontrak bagi kontrak
bekalan/perkhidmatan yang melebihi RM500,000.
Bagi kontrak bekalan/perkhidmatan bermasa yang berkuatkuasa bagi
tempoh dua 2 tahun atau lebih, peratus dan amaun bon pelaksanaan
dikira

mengikut

anggaran

nilai

kontrak

setahun

sahaja.

Walau

bagaimanapun, bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh kontraktor


hendaklah meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa. 5% daripada
nilai kontrak bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM200,000.
Tempoh sah laku bon pelaksanaan bagi Perolehan Kerja adalah Dua belas
12 bulan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan. Manakala
Perolehan Bekalan adalah 12 bulan selepas penghantaran terakhir atau
tarikh tamat kontrak yang mana terkemudian.
Bon pelaksanaan boleh terdiri daripada :

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

75

7.7

KONTRAK PERJANJIAN

(i) Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah


Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia;
atau
(ii) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans
yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 yang beroperasi di
Malaysia; atau
(iii) Jaminan Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat
kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989
yang beroperasi di Malaysia; atau
(iv) Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah
Akta Bank Islam 1983 yang beroperasi di Malaysia; atau
(v) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful yang
berdaftar di bawah Akta Takaful 984 yang beroperasi di Malaysia;
atau
(vi) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan & Infrastruktur
Malaysia Berhad (BPIMB); atau
(vii)

Wang Jaminan Pelaksanaan (untuk kerja sahaja).

Contoh surat untuk dikemukan kepada pihak bank adalah seperti yang
terdapat dalam folder lampiran. Cara-cara untuk anda membuat Bon
pelaksanaan juga akan dinyatakan di dalam surat setuju terima yang

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

76

akan ditandatangani oleh anda.

KONTRAK PERJANJIAN

7.8

Polisi Insurans
Polisi insurans merupakan polisi yang dikeluarkan oleh Syarikat Insurans
yang diakui dan diambil di atas nama Kerajaan Malaysia di mana anda
perlu lampirkan 2 jenis polisi iaitu:A. Polisi Liabiliti Awam (Public Liability Policy )
B. Polisi Insurans Untuk Kerja (Insurance Policy for the Work )

7.9

Skim Keselamatan Sosial Pekerja (Social Security Scheme )


Kemukakan nombor kod majikan di bawah skim PERKESO. Tiada format
khusus untuk dokumen ini. Anda hanya perlu membuat surat rasmi
kepada agensi dan nyatakan nombor kod majikan tersebut pada surat
rasmi berkenaan.

7.10 Borang sebutharga/tender


Borang

sebutharga/tender

digunakan

oleh

pihak

Kerajaan

yang

mengandungi ciri-ciri terperinci sesuatu projek yang diiklankan. Apabila


anda terlibat dengan projek kerajaan. Borang sebutharga/tender yang
telah anda masukkan ke dalam Peti Sebutharga/tender hendaklah
dilampirkan sekali dengan Kontrak Perjanjian. Namun ianya tidak
menjadi kewajipan tetapi untuk memudahkan anda membuat semakan

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

77

pada masa depan anda perlu lampirkan sekali borang sebutharga/tender.

KONTRAK PERJANJIAN

BAB 8
KATEGORI KONTRAK
PERJANJIAN
Pada dasarnya hanya 3 jenis kontrak sahaja yang diperakui Kementerian
Kewangan iaitu Kontrak Jenis PERKHIDMATAN, BEKALAN dan KERJAKERJA.

Anda

seharusnya

dapat

membezakan

jenis-jenis

Kontrak

Perjanjian yang dinyatakan di atas .

Kontrak Perjanjian Jenis Perkhidmatan


Contoh Kontrak Perjanjian jenis perkhidmatan yang paling mudah adalah
Kontrak Perjanjian Perkhidmatan Menaiktaraf Laman Web ianya dikira
sebagai kontrak Perjanjian kategori Perkhidmatan kerana ianya lebih

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

78

8.1

KONTRAK PERJANJIAN

memberikan servis. Iaitu lebih kepada servis yang tidak boleh disentuh
secara fizikal. Namun begitu terdapat juga kerja-kerja fizikal yang
dikategorikan

sebagai

perkhidmatan

seperti

Perkhidmatan

Penyelenggaraan Bangunan Secara Komprehensif.


8.2

Kontrak Perjanjian Jenis Bekalan


Kontrak jenis ini pula adalah lebih tertumpu kepada penghantaran
barangan ke premis pejabat atau tapak bina. Anda perlu meneliti betulbetul kategori ini, kerana kadang-kadang terdapat kerja-kerja disebalik
penghantaran barangan. Namun begitu apa yang anda boleh lakukan
untuk memastikan ianya berada di dalam kategori yang betul adalah
dengan melihat peratusan projek tersebut lebih memberat ke arah yang
mana satu sama ada bekalan barangan atau pun kerja. Contoh Kontrak
Perjanjian Bekalan adalah seperti Membekal Peralatan Pejabat dan
Membekal Bunga Segar.
Kontrak Perjanjian Jenis Kerja-Kerja
Kontrak Perjanjian ini adalah yang melibatkan tenaga buruh dan
peralatan-perlatan teknikal. Kontrak Perjanjian ini adalah jelas kerana
kita boleh nampak, sentuh dan rasa. Contoh Kontrak Perjanjian jenis ini
seperti Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Penghawa Dingin Di Bilik Server.
Walaupun terdapat bekalan peralatan seperti penghawa dingin namun
ianya masih dikategorikan sebagai kerja kerana peratusan ke arah itu
adalah lebih tinggi berbanding bekalan. Contoh yang lain adalah KerjaKerja Menambak Tanah dan Kerja-Kerja Pembinaan bangunan.
Julai 2010, semasa saya dan keluarga berada di AEON Ampang (Dulu di
kenali sebagai Carefour ), Seorang wanita daripada Pasir Gudang Johor
menelefon saya, bertanyakan sama ada ebook ini dijual di di Kedai
Popular atau MPH kerana beliau ingin mendapatkan Panduan untuk
Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

79

8.3

KONTRAK PERJANJIAN

membuat

Kontrak Perjanjian bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan

Bangunan Secara Komprehensif yang meliputi 4 bidang utama iaitu


Pembersihan, M&E dan Lanskap. Saya menjawab ebook ini hanya dijual
secara atas talian kerana kerana memudahkan pembaca untuk membuat
pengeditan kerana contoh-contoh Kontrak Perjanjian boleh di muat turun
secara langsung secara atas talian dan ini akan memudahkan lagi kerja-

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

80

kerja pengeditan di lakukan.

KONTRAK PERJANJIAN

BAB 9
STAMPING & DUTI SETEM
Rahsia Yang Ditunggu!!!
Pembayaran stem hasil RM10 termaktub dalam Akta Setem 1949 yang
memerlukan apa-apa borang rasmi undang-undang perlu dikenakan setem hasil.
Apa-apa duti setem yang kena bayar dengan Perjanjian ini akan ditanggung
oleh Kontraktor. YA!! Ianya akan ditanggung oleh anda sebagai syarikat yang
dilantik untuk melaksanakan projek.

Tetapi ada caranya yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan syarikat anda
daripada dikenakan Duti Setem semasa stamping kontrak perjanjian syarikat
anda. Di mana anda boleh menyediakan satu draf surat kepada pihak LHDN
yang memaklumkan kepada pihak LHDN yang anda adalah syarikat yang dilantik
oleh kerajaan.

Memandangkan LHDN adalah sebuah badan di bawah Kementerian Dalam Negeri


oleh itu anda tidak akan dikenakan bayaran oleh pihak LHDN mengikut Akta
Setem 1949 Pengecualian Am Seksyen (35) . Sila lihat Folder Zero Duti Setem
yang disertakan bersama ebook ini sebagai contoh surat yang anda boleh

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

81

gunakan untuk mengelak daripada dikenakan Duti Setem daripada pihak LHDN.

KONTRAK PERJANJIAN

Walaupun ianya nampak mudah namun terdapat banyak syarikat yang terlepas
pandang perkara ini dan semestinya pihak kerajaan tidak akan memaklumkan
kepada anda perkara ini kerana ianya akan merugikan pihak kerajaan.

Terdapat beberapa syarikat yang pernah saya siapkan Kontrak Perjanjian


membayar sendiri cukai Duti Setem yang dikenakan oleh LHDN walhal mereka
boleh mengelak dikenakan Cukai Duti Setem .
Tarikh kontrak perjanjian hendaklah sama dengan tarikh surat setuju terima.
Jangan Isi Tarikh pada bahagian Atas Kontrak Perjanjian sekiranya anda sudah
terlewat untuk stamping Kontrak Perjanjian ini kerana semakin jauh jarak
tarikh yang diisi dengan tarikh anda stamping Kontrak Perjanjian harga
stamping juga akan meningkat mengikut tarikh yang anda tulis pada bahagian
atas.
Pengalaman saya adalah biarkan kosong tarikh tersebut dan isikan selepas
Kontrak Perjajian anda telah di stamping. Jika tidak anda akan dikenakan
denda ianya berdasarkan pengalaman saya dalam menguruskan Kontrak
Perjanjian bagi Perkhidmatan Penyewaan Multimedia Display System.
Anda boleh mematikan setem di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
dan pejabat daerah di mana setem duti boleh dimatikan. Di mana Timbalan
Pemungut Duti Setem akan menurunkan catatan pengecualian setelah
berpuashati bahawa pengecualian adalah terpakai berdasarkan surat yang
dikemukakan oleh anda.
Oh

ya!

Surat

yang

anda

perlu

kemukakan

kepada

LHDN

hendaklah

ditandatangani oleh pegawai di agensi Kerajaan tersebut dengan menggunakan


kepala surat agensi berkenaan. Apa yang anda perlu lakukan minta pegawai

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

82

berkenaan berbuat demikian untuk anda dengan memberikan draft surat yang

KONTRAK PERJANJIAN

saya sertakan. Kadang-kadang terdapat pegawai kerjaan yang tidak mengetahui


tentang pelepasan duti setem untuk Kontrak Perjanjian yang melibatkan

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

83

kerajaan dengan pihak swasta. SELAMAT BERJAYA!!!!

KONTRAK PERJANJIAN

KATA-KATA AKHIR
Akhir sekali selepas anda siap menyediakan kontrak perjanjian. Kontrak
perjanjian

hendaklah

dibinding

seelok-eloknya

hendaklah

dibinding

menggunakan stapler berbanding menggunakan comb binding.

Ini kerana apabila anda menggunakan stapler kontrak perjanjian tersebut akan
sukar untuk dibuka dan diubah isi kandungannya. Kontrak perjanjian juga
hendaklah dicetak minimun empat (4) set dimana setiap satu perlu diberikan
kepada (simpanan syarikat Anda , Simpanan Fail, Bahagian Kewangan,
simpanan pegawai incharge)
Seboleh-bolehnya anda menggunakan hard cover untuk kulit luar . Jika tidak
ada pastikan kontrak anda disaluti plastic cover pada bahagian luar. Kerana
kerajaan tidak akan melupuskan dokumen Kontrak Perjanjian selagi belum
cukup 5 tahun dan untuk memastikan Kontrak Perjanjian anda bertahan
selama 5 tahun sila lakukan apa yang saya sarankan seperti di atas.

Warna kulit luar sesebuah kontrak Perjanjian adalah terpulang kepada syarikat
anda (Saya menggunakan warna kuning) jika anda tidak tahu warna apa yang
perlu digunakan anda bolehlah bertanya bertanya kepada pihak yang satu lagi
sekiranya mereka mempunyai warna yang spesifik untuk Kontrak Perjanjian
syarikat mereka.
Akhir sekali ,Sekiranya Kontrak Perjanjian adalah di antara anda dan

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

84

Kerajaan, anda tidak perlu membuat sesempurna mungkin (zero defect)

KONTRAK PERJANJIAN

Kontrak Perjanjian anda, ini kerana pihak kerajaan mempunyai Pegawai


Undang-Undang

daripada

Bahagian

Kementerian. Di dalam carta

Penasihat

organisasi

Undang-Undang

Kementerian

Bahagian

(PUU)
ini

melaporkan terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan mereka


adalah orang yang pakar serta berkelayakan untuk memeriksa dan mengubah
semula kontrak perjanjian anda jika terdapat sebarang ralat dan terma yang
tidak berkenaan.
Mereka-mereka ini digaji oleh pihak kerajaan untuk melakukan kerja ini. Oleh
itu, usahlah anda memenatkan diri dengan membuat menyemak Kontak
Perjanjian hingga perlu merujuk kepada Majlis Peguam. Anda perlu ingat ini
hanyalah Kontrak Perjanjian yang hanya melibatkan anda dan Kerajaan.
Jika ianya melibatkan anda dan syarikat swasta situasinya adalah lebih kurang
sama. Syarikat-syarikat besar mempunyai Bahagian Undang-Undang mereka
sendiri yang membezakan dengan Kerajaan. Syarikat besar begitu cerewet
dalam menyemak sesuatu kontrak . Saya bercakap berdasarkan fakta di mana
saya pernah membuat Kontrak di antara saya dengan pihak Bank yang
terkemuka di negara kita .
Sampai sekarang Kontak Perjanjian tersebut tidak dipulangkan kepada saya.
Anda perlu tahu Kerajaan adalah satu organisasi yang tidak berdasarkan kepada
keuntungan dan lebih kepada situasi menang-menang berbanding dengan
syarikat swasta yang lebih mementingkan keuntungan. Oleh itu, mereka akan
begitu terperinci apabila menyemak sesuatu terma di dalam Kontrak
Perjanjian.
Sebolehnya jika terdapat isu yang timbul di kemudian hari mereka tidak ingin
keluar satu sen pun. Oleh itu, anda haruslah berwaspada dalam berurusan dan
membuat Kontrak Perjanjian yang bijak dan menguntungkan kedua-dua belah

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

85

pihak.

KONTRAK PERJANJIAN

TENTANG PENULIS
Biodata Penulis

Risi Yusoff Merupakan lepasan Diploma dan Sarjana


Muda

Sains

Malaysia

Komputer

serta

daripada

pemegang

Sijil

Universiti
Aptech

Putra

Certified

Computer Profesional (ACCP) Daripada Universiti Kolej


Antarabangsa Cosmopoint Kuala Lumpur.
Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah
di

sebuah

agensi

Kerajaan

di

Kuala

Lumpur.

Pengalaman beliau selama 4 tahun sebagai Penyedia


dan penyemak Kontrak Perjanjian

kini digunakan

sepenuhnya untuk membantu syarikat-syarikat kecil


yang baru mula mencari tapak di dalam bidang
keusahawanan.
Dengan

membantu

syarikat-

syarikat

berkenaan

dengan cara yang mudah, cepat dan betul dalam


penyediaan Kontrak Perjanjian terutama Kontrak
Kerajaan ini kerana beliau berpandangan untuk
memajukan diri kita tidak perlu mencipta sesuatu
yang baru cukuplah dengan mengambil ilmu dan

Hak Cipta 2016 ISIR ENTERPRISE

86

contoh daripada mereka yang telah berjaya.

87

KONTRAK PERJANJIAN

Sekian Terima Kasih, Sampai


Hak Cipta
Jumpa
2016
lagi. ISIR ENTERPRISE