You are on page 1of 23

P e r l a n s k a p a n | 46

UNIT 3
PEMILIHAN DAN ATURAN TANAMAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda dapat:



Menerangkan maksud landskap dan perlandskapan.
Mengetahui kepentingan landskap dan senibina landskap.
Membincangkan isu-isu semasa dan teknologi terkini yang berkaitan dengan bidang
perlandskapan.
Menyedari kepentingan senibina landskap terhadap persekitaran dan kehidupan.

KANDUNGAN MODUL
Untuk membolehkan pelajar mencapai objektif di atas dan mengikuti modul ini dengan mudah, kandungan modul ini
dibahagikan kepada:
Unit 3.0 Pengenalan
Unit 3.1 Pelaksanaan Landskap lembut
Unit 3.2 Aturan Tanaman
Unit 3.3 Tumbuhan Landskap dan Nurseri
Unit 3.4 Rumusan
Unit 3.5 Rujukan

3.0 PENGENALAN
Ciri-ciri pemilihan tanaman landskap:

Memilih tanaman yang tahan terhadap serangan penyakit atau serangga.

Mempunyai bentuk yang tersendiri dan ukurannya sesuai.

Tumbuhan di kawasan rata – bentuk bulat dan mengembang.

Tumbuhan di kawasan gunung / bukit – bentuk piramid dan bujur.

P e r l a n s k a p a n | 47

3.1 PELAKSANAAN LANDSKAP LEMBUT

Landskap lembut merujuk kepada unsur tumbuhan atau tanaman di dalam landskap iaitu pokok
naungan, renek, penutup bumi dan rumput turf, memanjat, menjalar dan herba.

Pelaksanaan landskap lembut adalah penanaman tumbuhan landskap di kawasan pelandskapan.

Kaedah penanaman memainkan peranan yang penting dalam menentukan tumbuhan landskap
dapat tumbuh dengan subur.

Beberapa perkara perlu diberi perhatian sebelum dan semasa penanaman dilakukan.

Penanaman yang sempurna dapat menjamin tumbuhan landskap hidup dan membesar dengan
baik.

Panduan Untuk Memilih Pokok Hiasan:i.

Pilih pokok yang sesuai dengan tanah, bentuk, ukuran dan luas kawasan.

ii.

Pilih pokok yang tidak mengeluarkan buah yang mudah gugur atau lembik atau mempunyai akar
yang boleh merosakkan permukaan turapan, tembok dan konkrit.

iii.

Pilih pokok yang lambat pertumbuhan kerana pokok jenis cepat membesar rapuh dan cepat mati.

iv.

Pilih pokok yang sihat dan mempunyai bentuk tersendiri.

 POKOK MENJALAR

Digunakan untuk memberi warna dan teduhan jika kawasan rumah sempit.

Boleh digunakan untuk memberi warna dan teduhan jika ditanam atas pergola atau gazebo.

Melembutkan struktur keras

Untuk daya tarikan dan tumpuan.

 POKOK PENUTUP BUMI
Tujuan:

untuk kawal rumpai, elak hakisan serta mencantikkan kawasan.

 Apabila menanam pokok bunga.   POKOK BUNGA  Sejenis tanaman yang mempunyai kitaran hayat kurang daripada setahun  Lokasinya mesti mendapat cahaya matahari sepenuhnya  Tidak dijadikan tumpuan lebih daripada elemen lain  Ditanam sebagai elemen untuk mencantikkan bangunan rumah.  Ditanam dalam satu kumpulan satu warna supaya kelihatan lebih berkesan. Fikirkan bagaimana aturan tanaman di bahagian depan boleh menambahkan nilai estetik dan bagaimana hadangan boleh diadakan untuk mengurangkan tumpuan kepada rekaan seni yang kurang menarik. Pemandangan keseluruhan depan rumah ii. tentukan lebar batas tidak lebih drpd 1. • • Beri perhatian pada: i. 3. Jika kawasan rumah mempunyai ruang yang besar:a.P e r l a n s k a p a n | 48  Boleh ditanam bersama pokok renek untuk mereka bentuk kawasan yang menarik. Ikut kedudukan pintu rumah.5m untuk memudahkan kerja penjagaan  Tidak digalakkan ditanam terlalu dekat dengan rumah – boleh sesakkan keadaan rumah.2 ATURAN TANAMAN • Sebelum menanam pokok:garisan senibina dan bentuk rumah keseluruhannya perlu dianalisiskan. . tingkap dan struktur lain. Pokok hiasan boleh ditanam untuk membingkai pemandangan bahagian depan rumah b. Landskap boleh dijadikan lebih harmoni dan menarik jika bentuk struktur seni bina diulangi dengan memilih tanaman yang sama.

• Untuk menambahkan pemandangan yang menarik dari arah jalan:.tanaman ditanam dengan sudut 30-45 darjah untuk membingkai rumah.Elak tanam pokok kecil – rumah kelihatan tinggi dan tidak seimbang dengan landskap.Jarak dan sudut ini selalu dilihat oleh orang yang lalu lalang. . Rumah mendatar – pokok yg berdahan lebar atau pokok yang berbentuk mendatar atau bulat. Rumah kelihatan tinggi – pokok yg mempunyai ciri-ciri menegak b.P e r l a n s k a p a n | 49 • Bagi rumah dua tingkat:. • Bagi rumah yang terdedah kepada kepanasan petang atau pagi:. . .Pilih pokok yang mempunyai bentuk dan tekstur yang boleh memberi perlindungan daripada kepanasan cahaya matahari. Aturan tanaman untuk membingkai pemandangan rumah • Pemilihan tanaman berdasarkan kpd bentuk rumah: a.pilih pokok yang tinggi berdahan dan tentukan dahan-dahan tidak melindungi rumah.

P e r l a n s k a p a n | 50 1. . 2. Pengendalian bahan tanaman. Persediaan Sebelum Menanam • Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum penanaman: 1. 3. Pemilihan bahan penanaman. Penyediaan tanah campuran 6. 2. Pemilihan bahan tanaman a. Bahan tanaman dalam beg politena – Anak pokok yang digunakan di kawasan pelandskapan biasanya didapati dalam beg politena dari nurseri. Penyediaan lubang dan batas penanaman 5. Penanaman tumbuhan landskap. Pembersihan dan Penyediaan tapak 4.

• Antara jenis rumput yang biasa ditanam dengan menggunakan biji benih adalah seperti Axonupus compressus. Pengendalian bahan tanaman a. tanaman yang ditanam dengan mengunakan bahan akar terdedah perlu diberi penjagaan rapi sebelum ia mengeluarkan akar yang banyak. Biji benih • Biji benih selalunya digunakan untuk tanaman rumput bagi kawasan yang luas. Bambusa sp. • la boleh cipisahkan menjadi bahagian yang lebih kecil daripada induk untuk ditanam terus ke batas penanaman. Helicornia psittacorum dan sebagainya. b. • Jenis tanaman yang boleh disediakan dalam bentuk akar terdedah biasanya terciri daripada tanaman jenis penutup bumi dan herba seperti Alternanthera amoena. – Tumbuhan renek dalam beg politena bersaiz sederhana besar – Tanaman penutup bumi dalam beg politena yang lebih kecil. • Pokok yang bahagian akarnya dibungkus dengan guni boleh ditanam terus ke dalam lubang penanaman kerana guni cepat reput di dalam tanah. • Penanaman terus juga dapat mengurangkan kejutan akar semasa menanam di tempat baru. Zoysia matrella dan Digitaria didactyla. Tanaman akar terdedah • Tanaman akar terdedah boleh digunakan untuk tanaman yang mudah mengeluarkan akar. . • Kebanyakan pokok segera terdiri daripada jenis pokok naungan dan pokok palma yang mempunyai akar yang besar dan banyak. • Bagaimanapun. c. d. Bungkusan guni • Bungkusan guni selalunya digunakan untuk pokok segera (instant tree) yang dipindahkan dari satu kawasan ke tapak landskap yang baru. 3. Pandanus pygmeus..P e r l a n s k a p a n | 51 – Pokok naungan dan palma dalam beg politena yang lebih besar. Pengerasan Tanaman • Pengerasan adalah mendedahkan tanaman ke persekitaran terbuka dan cahaya matahari penuh secara beransur-ansur sebelum ditanam di tapak landskap.

Mengangkut pada waktu yang sesuai seperti pagi atau lewat petang untuk mengelakkan kekeringan semasa cuaca panas. Memberi sokongan kepada pokok besar dan tinggi. iv. Pengangkutan Bahan Tanaman • Pengangkutan bahan tanaman daripada nurseri ke tapak landskap untuk penanaman perlu diberi perhatian. haiwan seperti lembu dan kambing. akar atau bebola akar terkeluar dan sebagainya. v. Membuat siraman dari semasa ke semasa. Memberi perlindungan semasa pengangkutan. b. iii. perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi: i. • Perlindungan di tapak adalah untuk mengelakkan daripada cuaca keterlaluan seperti panas terik dan angin kuat. Menggunakan kenderaan yang sesuai dengan saiz dan kuantiti bahan tanaman. • Antara kerosakan fizikal yang mudah berlaku semasa pengangkutan adalah seperti patah dahan atau ranting. • Bagi mengelakkan kerosakan ini. . Berhati-hati ketika mengangkat bahan tanaman. Perlindungan Semasa di Tapak • Selepas pengangkutan. • Semasa mengangkut. pengawasan perlu untuk mengelakkan bahan tanaman mengalami kerosakan sebelum menanam di tapak landskap. Menyusun secara tegak dan rapat. calar kulit dan daun. ii. • Bagi tujuan perlindungan. ii. Letakkan di tempat yang teduh seperti di bawah pokok besar atau tempat berbumbung. iv. Bahan tanaman hendaklah diletakkan di atas tanah yang rata dan bersaliran baik. perlindungan bahan tanaman perlu diberikan sebaik sahaja tiba di tapak landskap. c. air bertakung dan sebagainya. iii.P e r l a n s k a p a n | 52 • Pengerasan adalah perlu untuk mengurangkan kejutan tanaman apabila ditanam terus di tapak landskap. • Tanaman yang dibuat pengerasan akan lebih bersedia mengalami perubahan terhadap persekitaran yang baru selepas menanam. • Ini adalah kerana tanaman landskap biasanya berada di nurseri dalam keadaan yang lebih sempurna dengan perlindungan dan penjagaan yang rapi. beberapa langkah perlu diberi perhatian: i.

• Kawasan yang akan dirata dan digemburkan untuk penanaman penutup bumi atau rumput turf ditandakan dengan tali dan kayu penanda sepanjang 45-60 cm panjang. • Pembersihan juga untuk menampakkan kawasan lebih kemas dan cantik. Penyediaan Lubang Penanaman • Lubang penanaman merupakan ruang yang penting untuk pertumbuhan akar. Penyediaan lubang dan batas penanaman a. • Persaingan adalah seperti mendapatkan nutrien dan ruang di antara tanaman yang dikehendaki dengan tumbuhan yang tidak dikehendaki. . • Tunggul kayu. Membuat penanaman dengan segera. • Digali di tempat yang telah ditandakan mengikut pelan penanaman. • Tempat yang akan dibuat lubang penanaman bagi pokok naungan. • Kawasan yang akan dirata dan digembur untuk penanaman penutup bumi dan rumput turf juga ditandakan mengikut keluasannya.P e r l a n s k a p a n | 53 vi. • Penandaan adalah menanda tempat atau lokasi rnenanam berdasarkan daripada pelan penanaman. kerja penandaan dilakukan. 5. Jangan biarkan bahan tanaman di tapak landskap tanpa ditanam lebih daripada 2 hari. pokok palma dan pokok renek ditandakan. • Kayu penanda akan diwarnakan atau dicat mengikut spesis tanaman yang akan ditanam. • Membuang sampah dan rumpai bertujuan untuk memudahkan kerja penanaman serta mengelakkan persaingan di antara rumpai dan tanaman. batu dan sisa buangan hendaklah dibuang supaya tidak menghalang pertumbuhan akar yang sempurna. • Tempat yang akan digali untuk lubang penanaman akan ditandakan dengan kayu penanda berukuran 45-60 cm panjang. 6. • Tali diikat mengelilingi kawasan bagi menentukan sempadan kawasan yang akan ditanam. Pembersihan dan Penyediaan tapak • Pembersihan tapak adalah membuang sampah dan rumpai yang tidak dikehendaki di kawasan yang akan dibuat penanaman. 4. Penandaan • Selepas kawasan dibersihkan.

Penyediaan batas penanaman • Batas penanaman perlu disediakan untuk tanaman jenis renek bersaiz kecil. . • Seterusnya pecah dan gemburkan tanah sedalam 15 cm di dalam kawasan bertanda untuk memudahkan pembiakan dan pengeluaran akar tanaman di dalam tanah yang gembur. penutup bumi dan rumput turf. barulah penanaman dibuat.P e r l a n s k a p a n | 54 • Kerja penggalian boleh dibuat dengan menggunakan cangkul atau jentera penggali terutamanya untuk lubang yang besar. • Tanah yang digembur akan didedahkan kepada cahaya matahari untuk pengudaraan dan memusnahkan kulat serta parasit dalam tanah. Penyediaan Lubang Penanaman b. • Kawasan dibersihkan dan ditandakan dengan tali dan kayu penanda untuk menunjukkan sempadan kawasan yang akan ditanam. • Selepas seminggu. • Lubang yang digali sebaik-baiknya didedahkan kepada matahari selama seminggu untuk memusnahkan kulat dan parasit yang terdapat dalam tanah atau lubang tersebut.

20cm daripada permukaan tanah asal disekelilingnya. • Tanah loam dapat memberikan saliran yang baik serta banyak ruang-ruang rongga untuk pengudaraan dan pernafasan akar. Penyediaan tanah campuran • Tanaman memerlukan tanah yang gembur dan subur supaya sistem akar tanaman dapat berkembang dengan baik dan sempurna. • Gembur dan ratakan permukaan batas tersebut untuk penanaman 8. Penyediaan batas penanaman • Selepas seminggu. • Perkembangan akar adalah penting bagi menyerap air dan nutrien dari dalam tanah untuk tumbesaran tanaman. • Penanaman tumbuhan landskap merupakan kerja menanam di tapak landskap. • Baja asas seperti baja fosforus boleh taburkan untuk menambah kesuburan tanah. 9. . • Baja fosforus dapat mempercepatkan perkembangan akar manakala kapur dapat meninggikan pH tanah yang masam. • Baja asas seperti baja Fosforus dan Kapur boleh dicampurkan dalam kuantiti yang disyorkan. Penanaman tumbuhan landskap. taburkan campuran tanah 3:1 (3 bahagian bahan tanah loam dan 1 bahagian bahan organik) yang telah disediakan sehingga ia membentuk batas setinggi 15 .P e r l a n s k a p a n | 55 Rajah keratan rentas batas penanaman 7. • Nisbah campuran tanah yang biasa digunakan untuk tanaman landskap di tapak landskap adalah 3 bahagian tanah loam dan I bahagian bahan organik (3:1). • Campuran tanah yang telah disediakan akan digunakan semasa penanaman di tapak landskap. • Penggunaan bahan organik dapat menambahkan kandungan nutrien dalam tanah serta dapat mengekalkan kelembapan tanah.

• Bebola yang pecah boleh merosakkan sistem akar tanaman. la biasa dibuat terhadap tanaman penutup bumi dan rumput turf. cantaskan sebahagian akar serabut sebelum menanam untuk menggalakkan pengeluaran akar baru yang lebih aktif. bungkusan guni tidak perlu dibuka untuk mengurangkan kejutan akar. Bagaimanapun. Menanam • Bahan tanaman bersama bebola akar diletakkan di dalam lubang penanaman yang telah disediakan. Bahan tanaman di kerat atau dipisahkan daripada induk ke bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contoh penanaman di atas batas .P e r l a n s k a p a n | 56 • a. Guni adalah bahan yang mudah reput di dalam tanah. • Penanaman menggunakan bahan tanaman akar terdedah lebih mudah dilakukan. Bahagian ini boleh ditanam terus ke atas batas tanaman yang telah disediakan sebelumnya. • Pastikan tanaman tegak dan lurus semasa meletakkannya. Pereputan guni boleh menambahkan bahan organik dalam tanah. • Jika akar terlalu padat. • Bagi bahan tanaman daripada bungkusan guni. • Perlu dibuat dengan berhati-hati untuk mengelakkan bebola akar pecah. Tanaman yang dibawa dari nurseri ke tapak landskap akan ditanam di dalam lubang penanaman atau kawasan penanaman yang telah disediakan sebelum ini. kaedah penanaman yang sama diamalkan. • Masukkan campuran tanah 3:1 yang telah disediakan ke dalam lubang penanaman sehingga penuh. Padatkan disekeliling pangkal tanaman untuk melindungi akar.

d. tanah gambut dan cebisan sabut kelapa. – Dapat mengelakkan tanaman daripada tumbang serta membantu tanaman tumbuh tegak. – Tali pengikat hendaklah mempunyai ketahanan cuaca dan tidak mudah merosakan batang tanaman. – Bahan sungkupan yang baik adalah daripada bahan organik kerana mudah reput dan boleh menambahkan kandungan organik dalam tanah.P e r l a n s k a p a n | 57 b. Penyiraman c. – Diikat longgar untuk memberi ruang kepada tumbesaran tanaman serta pergerakan kecil. Sungkupan – Sungkupan adalah meletakkan bahan-bahan tertentu di sekeliling pangkal tanaman setebal 10-15 cm supaya menutup permukaan tanah yang terdedah. . Pemancangan – Adalah meletakkan kayu pancang di tepi tanaman yang baru ditanam dan diikat kepada batang tanaman tersebut. – Sungkupan bertujuan untuk mengekalkan kelembapan tanah dengan mengurangkan pemeruwapan selepas hujan atau siraman serta dapat mengurangkan pertumbuhan rumpai yang tidak dikehendaki. – Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik sahaja selepas menanam. – Penyiraman dapat membekalkan air dengan segera kepada akar-akar tanaman yang mula hidup di tempat baru. – Bahan-sungkupan yang boleh digunakan adalah seperti rumput. – Semua tanaman yang ditanam mestilah disiram dengan air secukupnya. daun kering.

– Ikatkan pokok kepada kayu pancang dengan menggunakan tali rafia. JENIS NURSERI i. ii. Nurseri ini biasanya memasarkan tanaman hiasan secara besar-besaran atau pukal kepada nurseri runcit dan kepada kontraktor landskap. Nurseri Borong Nurseri jenis ini memerlukan kawasan yang luas bagi mengeluarkan bahan tanaman hiasan dalam kuantiti yang banyak. .3 TUMBUHAN LANDSKAP DAN NURSERI Definisi Nurseri : Tempat di mana anak benih pokok dihasilkan dan ditempatkan sebelum ditanam di tempat yang kekal atau dipasarkan. Terdapat juga nurseri borong yang memberi subkontrak kepada beberapa buah nurseri kecil untuk menampung pengeluaran bahan tanaman hiasan. 3.P e r l a n s k a p a n | 58 – Kayu diletakkan sekurang-kurangnya 20 cm daripada pokok untuk mengelakkan pergeseran di antara batang tanaman dan kayu pancang dan mengelakkan kerosakan akar pokok. - Pemilihan pokok Penjagaan rapi dilakukan di nurseri. Nurseri Runcit -Merupakan tempat menghasilkan dan memasarkan tanaman hiasan. baja dan racun kadang kala anak pokok buah-buahan turut dijual. Biasanya nurseri runcit dilakukan secara kecil-kecilan. Di samping itu. bahan lain seperti pasu.

Ruang ini juga digunakan untuk menyediakan medium. Rumah tumbuhan Rumah tumbuhan ialah tempat untuk menyimpan tumbuh-tumbuhan yang tidak tahan dengan pancaran cahaya matahari terik. Tempat pembiakan Tempat pembiakan ialah ruang yang digunakan untuk menjalankan proses pembiakan dan tempat sementara bagi bahan yang telah disemai sebelum diubah ke tempat pengerasan. Rumah tumbuhan boleh dibina daripada kayu atau keluli. Di samping itu tempat jualan juga disediakan untuk urusan jual beli. Nurseri ini lebih memberikan perkhidmatan kepada pelanggan seperti menyediakan pelan landskap. Setor bahan kimia seperti racun dan baja dibina jauh dari kawasan orang ramai atau pelanggan kerana ianya berbahaya. 5.Ruang ini memerlukan lantai konkrit atau lantai berturap untuk memudahkan kerja pembersihan.P e r l a n s k a p a n | 59 iii. Setor peralatan atau kelengkapan dibina untuk menyimpan peralatan seperti cangkul. mengisi bekas semaian atau pasu. STRUKTUR DALAM NURSERI 1. pasir dan bahan organik. Bahan tersebut diletakkan dalam sekatan atau blok khas yang dibuat daripada konkrit atau kayu. air pancut. 4. beg politena.Ia adalah struktur untuk menyimpan pokok yang memerlukan teduhan 25% . 2.75% mengikut keperluan jenis tumbuhan dan spesies pokok hiasan. Pejabat dan tempat jualan Pejabat dan tempat juaian ialah tempat pentadbiran serta tempat kawalan aktiviti dalam dan luar kawasan nurseri. sabit. menjalankan kerja pelandskapan termasuk pembinaan kolam. 3. Tempat ini berbumbungkan jaring hitam atau hijau yang . Nurseri Landskap Kebanyakan nurseri ini tidak mengeluarkan tanaman hiasan sendiri tetapi mendapat bekalan daripada nurseri borong atau nurseri runcit. Peralatan dalam setor perlu disusun rapi untuk mengelakkan kemalangan dan memudahkan mendapat alatan dan bahan. Setor Setor ialah tempat menyimpan peralatan dan bahan kimia pertanian. Biasanya setor bahan kimia diasingkan dengan setor peralatan. air terjun dan kerja penyenggaraan kawasan. Kelengkapan asas seperti perabot adalah perlu untuk mengendalikan urus niaga. Peralatan yang telah digunakan perlu dibersihkan sebelum disimpan. tajak. kereta sorong dan pasu. Tanaman hiasan dalaman juga ditempatkan di sini. Tempat penyediaan medium dan pemasuan (Potting Shed) Tempat penyediaan medium dan pemasuan ialah ruang berbumbung bagi menempatkabahan medium seperti tanah.

Memudahkan pergerakan kerana lorong telah diatur dengan baik v.Ruang ini menempatkan tanaman hiasan untuk proses pengerasan bagi menyesuaikan tanaman hiasan dengan keadaan persekitaran yang baru. Bagi kawasan yang besar. Lantai tempat pengerasan diperbuat daripada konkrit. Bahan binaan 4. Tujuan susunan tumbuhan yang baik: i. biasanya penyiraman dilakukan secara manual iaitu dengan menggunakan tong penyiraman atau hos getah yang disambung kepada paip air.P e r l a n s k a p a n | 60 boleh memberikan sehingga 80% naungan. Menggunakan kawasan yang ada dengan bilangan pokok yang maksimum. Penggunaan sistem siraman jenis renjisan kabus sangat sesuai di kawasan ini. 6. Susunan tumbuhan Susunan tumbuhan bergantung kepada saiz dan bentuk rumah tumbuhan. Mengasingkan tanaman mengikut jenis. 2. Orientasi Rumah tumbuhan yang baik dibina pada kedudukan utara selatan. saiz dan harga iii. Memudahkan pengiraan stok atau sistem rekod ii. Sistem penyiraman Bagi kawasan yang kecil. . Kedudukan ini bagi membolehkan cahaya matahari sampai kepada tumbuh-tumbuhan dengan sekata. berturap atau batu kelikir bagi memudahkan kerja penyenggaraan. sistem penyiraman seperti sistem renjisan dan sistem pengairan titis samada secara manual atau automatik lebih sesuai digunakan. Peratus dan bahan teduh 3. Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan 1. Tempat Pengerasan Tempat pengerasan ialah ruang terbuka supaya mudah untuk mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Tanaman boleh disusun secara bertingkat atau di dalam barisan untuk memudahkan penyenggaraan dan pergerakan. Sistem ini memudahkan penyiraman dan berkesan 5. Memudahkan kerja penyenggaraan seperti merumput dan membaja iv.

kolam atau pun telaga akan menjimatkan kos berbanding dengan penggunaan air paip. – Tidak mudah ditenggelami air . faktor ini akan meningkatkan harga pokok dan ini akan mengurangkan keuntungan. iii. Lokasi tapak Lokasi sesebuah nurseri hendaklah berdekatan dengan kawasan pasaran seperti pusat bandar dan kawasan perumahan. elektrik dan telefon telah pun sedia ada di tempat semaian. Penentuan harga pasaran pokok hiasan bergantung kepada kos input.P e r l a n s k a p a n | 61 PENUBUHAN NURSERI • Nurseri semaian bunga-bungaan adalah suatu tempat di mana benih tanaman landskap dan hiasan dibiakkan dan dibesarkan sebelum ia dijadikan sebagai tanaman landskap. Sekiranya kos kemudahan asas dan kos tanah tinggi. • Terdapat dua faktor yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan tapak:  Faktor ekonomi i. ii. Ini akan memudahkan serta mempercepatkan penghantaran pokok.  Faktor fizikal i. Kedapatan sumber air yang mudah dan murah daripada sungai. Keadaan muka bumi Keadaan tanah yang datar dan tidak ditakungi air adalah paling sesuai untuk dijadikan tapak nurser kerana keadaan ini: – Memudahkan pergerakan kerja harian – Mempunyai pengairan dan saliran yang baik – Memudahkan infrastruktur didirikan. PEMBINAAN NURSERI Pemilihan tapak • Pemilihan tapak nurseri bagi mendirikan nurseri adalah salah satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan perusahaan nurseri tersebut. Kemudahan asas Penjimatan kos boleh dibuat sekiranya kemudahan asas seperti jalan raya.

Pejabat atau tempat jualan – Pejabat ini penting untuk mengendalikan urusan perniagaan serta penyenggaraan nurseri. iii. Tempat penyediaan medium dan pemasuan – la merupakan sebuah struktur berbumbung untuk menyimpan dan menyediakan medium pemasuan. pasu dan sebagainya. ii. – Tempat ini juga perlu dilengkapi dengan sistem renjisan kabus ('mist'). la juga perlu mempunyai tempat jualan iaitu bagi urusan jual beli. Setor adalah satu bangunan khas untuk menyimpan bahan kimia seperti baja dan racun dan juga alat kelengkapan perkebunan. Bangunan ini perlu berada di satu lokasi yang strategik kerana ia merupakan tempat kawalan untuk kesemua aktiviti nurseri. . – Tempat ini perlu mempunyai ruang bagi menyimpan bahan medium tanaman seperti pasir. Terlindung daripada pukulan angin kencang – Kawasan yang sering dilanda angin kencang boleh merosakkan struktur serta pokok dalam nurseri. Setor – iii. tanah.P e r l a n s k a p a n | 62 ii. Rumah pembiakan – Rumah ini perlu ditutupi dengan jaring hitam yang dapat memberikan 80% lindungan daripada cahaya matahari. iv. Jauh daripada pencemaran Nurseri hendaklah terletak jauh daripada sumber pencemaran seperti asap pencemar terutama daripada kilang dan juga kenderaan SUSUN ATUR STRUKTUR NURSERI Struktur penting tapak nurseri • Antara struktur asas yang akan memudahkan pengendalian dan pengurusan semaian ialah: i.

P e r l a n s k a p a n | 63 – v.Pembajaan . Penyenggaraan kawasan 2. b. Perlu diselenggara dengan baik untuk mendapatkan pokok yang bermutu tinggi. – la juga adalah kawasan untuk menempatkan pokok hiasan yang gemar cahaya matahari. Penyenggaraan tumbuhan A. menggembur. c. ditabur batu kelikir ataupun mempunyai hamparan plastik hitam yang berlubang. Aktiviti yang biasa dilakukan: merumput. – Lantai kawasan pengerasan biasanya diturap dengan simen. Rumah tumbuhan – vi. Rumah ini adalah satu struktur untuk menyimpan pokok yang memerlukan teduhan 25% 75% di mana lindungan adalah mengikut keperluan jenis tumbuhan atau spesis pokok hiasan. a. membaja pembersihan kawasan sistem perparitan pembaikan struktur B.Penyiraman secara manual ii. Penyenggaraan tumbuhan i. ii.Penyiraman sistem renjisan air iii. Penyenggaraan kawasan i. Kawasan pengerasan – Tempat ini adalah untuk memantapkan pokok yang baru ditanam di dalam pasu atau beg politena supaya menjadi keras dan tahan kepada keadaan di ladang atau di tapak landskap. – PENYENGGARAAN NURSERI • Terbahagi kepada dua: 1. Kotak atau petak semaian yang diperbuat daripada kayu atau simen perlu juga diadakan di dalam rumah pembiakan.

Gunting dahan dan pagar viii. Baldi x. Jadual kerja penyenggaraan tumbuhan dan nurseri. e. Belanjawan iaitu sumber pendapatan dan perbelanjaan nurseri. - Pemilihan bekas tanaman yang sesuai amat penting dalam pertumbuhan anak pokok Ciri-ciri pemilihan bekas tanaman hendaklah: i. . d. Bilangan pekerja dan masa bekerja. Sudip tangan ii. Pemangkasan v. Pemancangan vi. c.Pengawalan penyakit dan perosak • Peralatan dan perkakasan penyenggaraan i. Parang atau pisau v. Senarai spesis tanaman yang terdapat di nurseri. Kereta sorong PENYIMPANAN REKOD NURSERI • Aktiviti yang dilakukan di nurseri hendaklah direkodkan. f. b. Penyembur ix. Serampang tangan iii. Antara rekod yang perlu disediakan dan diikuti adalah seperti berikut: a. Saiz yang bersesuaian dengan jenis tanaman. Rekod jualan tanaman dan projek landskap yang terlibat. Pungkis vi. Cangkul vii. BEKAS TANAMAN DAN MEDIUM PENANAMAN - Anak pokok tumbuhan hiasan boleh ditanam terus ke tanah atau di dalam bekas tanaman. Senarai bahan dan peralatan yang ada dan disimpan di nurseri. Sekateur iv.P e r l a n s k a p a n | 64 iv.

Mudah didapati dan harganya berpatutan PELBAGAI JENIS BEKAS TANAMAN Medium penanaman • Komponen yang terdapat dalam medium penanaman: . Mempunyai lubang saliran kecuali bekas tanaman akuatik. Mudah dibersihkan iv.P e r l a n s k a p a n | 65 ii. Ringan dan mudah dialihkan iii. Kemas dan menarik vii. Tahan lasak dan tidak mudah pecah v. vi.

tanah peroi atau tanah kebun berperanan menyerap air dan memegang akar tumbuhan. Bahan organik seperti najis haiwan. Tanah loam. kompos atau humus berperanan membekalkan nutrien kepada tumbuhan iii. ii.P e r l a n s k a p a n | 66 i. Pasir sungai berperanan memberikan ruang pengudaraan dan memudahkan pengaliran air dalam tanah Bahan organik Tanah loam Pasir Campuran untuk medium penanaman • Nisbah campuran pemasuan John Innes Potting Mixture (JIP) iaitu: .

_______________________ ii. ________________________________________________________________________ ii. LATIHAN LANJUTAN Bahagian A 1.Bagi 1 meter3 campuran. _______________________ 4. Gromeal atau CIRP serta 2. i. Nyatakan apakah medium penanaman tanaman landskap. Berikan dua (2) perbezaan antara pembiakan markot dan tut lenturan. i. v.Ketiga-tiga bahagian ini hendaklah disukat mengikut isipadu dan digaul dengan sekata . Senaraikan lima (5) faktor faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan i.P e r l a n s k a p a n | 67 i. ________________________________________________________________________ 2. _______________________ iv. ________________________________________________________________________ ii.7 kg kapur untuk memperkayakan campuran dan meneutralkan pH campuran. ________________________________________________________________________ iii. atau ii. vi. tambahkan 4.2 kg baja fosforus seperti Malameal. _______________________ ii. 7 bahagian tanah loam 3 bahagian baja organik 2 bahagian pasir 3 bahagian tanah loam 2 bahagian bahan organik 1 bahagian pasir . Nyatakan dua (3) kepentingan pemilihan tanaman landskap i. _____________________ _______________________ _______________________ . ________________________________________________________________________ 3.

D. Bryant. _______________________ 3. G. F. Kester. & Landis. Haase. Dumroese. L. R. Container Tree Nursery Manual. N. E. Kita perlulah mengetahui jenis-jenis tumbuhan yang hendak kita tanam. _______________________ i. i.A Complete Guide for Professional and Amateur Growers of Plants by Seeds. E. with Chapters on Nursery and Greenhouse Management. P. (2009).4 RUMUSAN Tumbuhan merupakan elemen yang sangat penting dalam pembinaan sebuah taman atau landskap di sesebuah kawasan. D. and Outplanting. Plant Nursery Management: How to Start and Operate a Plant Nursery.5 RUJUKAN Kain. Washington DC: Agriculture Dept. Layers. (2012). K. Senaraikan empat (4) kaedah pembiakan tumbuhan hiasan. Agrotechnology Manual: Including Nursery Management and Practices. Volume Seven: Seedling Processing. Propagation Of Plants . Grafting and Budding. G.P e r l a n s k a p a n | 68 5. Tanpa tumbuhan maka sesebuah taman itu menjadi kurang berseri dan kaku. Storage. Marcel. (2013). (2010). _______________________ ii. Jodhpur : Scientific Publishers (India). . K. T. (2011) Hartmann & Kester's Plant Propagation: Principles and Practices. D. T. Justeru itu kita perlu mengetahui jenis-jenis tumbuhan yang sesuai digunakan untuk taman kita. Sebelum kita menanam tumbuhan di taman kita . Plant Propagation A to Z: Growing Plants for Free. _______________________ iii. 3. New Jersey:Prentice Hall. United Kingdom: Wilding Press. Ray. (2010).. M. New Delhi: New India Publishing Agency. & Davies.