You are on page 1of 24

P e r l a n s k a p a n | 69

UNIT 4
TANAMAN HIASAN UNTUK LANSKAP

HASILPEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda dapat:
1. Mengetahui jenis dan contoh pokok naungan, renek, penutup bumi, turf dan palma.
2. Mengenalpasti ciri fizikal pokok naungan, renek, penutup bumi, turf dan palma.
3. Membezakan fungsi dan kegunaan pokok naungan, renek, penutup bumi, turf dan palma
dalam lanskap.
KANDUNGAN MODUL
Untuk membolehkan pelajar mencapai objektif di atas dan mengikuti modul ini dengan mudah, kandungan modul
ini dibahagikan kepada:
Unit 4.0 Pengenalan
Unit 4.1 Pokok Naungan
Unit 4.2 Pokok Renek
Unit 4.3 Tanaman Penutup Bumi
Unit 4.4 Rumput Turf
Unit 4.5 Pokok Palma
Unit 4.6 Rumusan
Unit 4.7 Rujukan

4.0 PENGENALAN

T

anaman hiasan merupakan elemen lanskap lembut (softscape) yang penting bagi mewujudkan
pemandangan yang indah. Biasanya tanaman hiasan digabungkan dengan elemen bukan hidupan atau
lanskap kejur (hardscape) seperti batu, bangunan, serta struktur keras yang lain. Terdapat beberapa
kumpulan tanaman hiasan yang digunakan di dalam lanskap. Tanaman hiasan terbahagi kepada beberapa jenis
mengikut kegunaan, fungsi, tekstur, skala, warna, bentuk dan ciri pertumbuhannya.
Tanaman hiasan boleh dibahagikan kepada 12 jenis tumbuhan iaitu pokok naungan atau saka, pokok palma,
pokok renek, kaktus dan lendair (sukulen), pokok orkid, rumput turf, tumbuhan memanjat dan menjalar, tanaman
hiasan dalaman, tanaman penutup bumi dan tanaman semusim, tumbuhan herba serta tumbuhan air (akuatik).

P e r l a n s k a p a n | 70
Bagi mendapatkan lanskap yang menarik dan kreatif, pemilihan dan gabungan tanaman hiasan perlu
diberi perhatian.
Terdapat pelbagai jenis tanaman yang dijadikan sebagai tanaman hiasan. Tiap-tiap jenis tumbuhan ini sukar
dikenali. Walaubagaimanapun, tumbuh-tumbuhan ini dapat dikenal pasti dengan lebih tepat dengan
menggunakan sistem tatanaman yang diterima seluruh dunia yang dipanggil sebagai Sistem Tatanama Binomial.
Ia diperkenalkan oleh Carolus Linneeus, seorang ahli Biologi. Dalam sistem ini, nama saintifik bagi tumbuhan
dinyatakan dalam dua nama iaitu nama genus dan nama spesies. Contohnya pokok kemuning, diberi nama
Murraya exotica.
Cara penulisan nama saintifik adalah samada:
1. Murraya exotica (italik pada kedua-dua nama genus dan spesies)
2. Murraya exotica (nama genus dan spesies digariskan berasingan)
Berikan nama saintifik bagi tanaman hiasan lanskap di bawah dengan cara penulisan yang betul.
1.
2.
3.
4.
5.

Pokok kenanga: _________________________
Pokok beringin: _________________________
Pokok pinang merah: _______________________
Pokok serunai laut: __________________________
Pokok kemunting cina: _______________________

4.1 POKOK NAUNGAN
Pokok naungan ditanam untuk mendapatkan teduhan di kawasan tertentu. Ia juga boleh juga digunakan sebagai
penahan angin. Biasanya terdiri dari jenis saka dan berbatang tunggal. Juga dikenali sebagai pokok pinggiran
jalan.Tumbuh rendang dan mempunyai kanopi yang padat, boleh mencapai 10 meter tinggi dan boleh hidup
melebihi 50 tahun. Contohnya pokok semarak api (Delonix regia), tembusu (Fragea fragrans), bungur
(Lagerstroemia speciosa), bunga tanjung (Mimusop elengi) dan hujan-hujan (Enterolobium saman).
4.1.1 CIRI-CIRI POKOK NAUNGAN
1. Bentuk
Pokok naungan mempunyai bentuk silara yang berbeza-beza. Secara umumnya, terdapat lapan jenis
bentuk silara:
a. bujur telur (ovoid/oval)
- Bentuk silaranya lebar di bahagian bawah.
- Nisbah lebar silara dan ketinggian ialah 1:2.
Contoh: Pokok merawan siput jantan (Hopea odorata), dikenali sebagai cengal pasir.

Bentuk silaranya lebar di bahagian atas.P e r l a n s k a p a n | 71 Bentuk bujur Hopea odorata Biji Hopea odorata b.Contoh: Pokok jelutong (Dyera costulata) Bentuk memanjang Dyera costulata c. piramid terbalik/terbuka (obovoid/vase) . . .Contohnya : Pokok tuja (Thuja orientalis) Bentuk kun Thuja orientalis d.Bentuk silaranya adalah bujur memanjang. memanjang (columnar) .Bentuk silaranya adalah segi tiga yang melebar di bahagian bawah dan menirus di bahagian atas. kun (cone/pyramidal) . .

Bentuk silara tidak sekata. mengurai (droopy/weeping) . mendatar/pepayung (horizontal) . Salix babylonica Daun Salix babylonica bulat (globular) .P e r l a n s k a p a n | 72 - Nisbah ketinggian dan lebar silaranya ialah 2:1. .Bentuk silaranya bulat. .Dahan akan membesar atau membuka secara mendatar.Bentuk silaranya tidak menentu tetapi ranting dan daunnya akan tumbuh ke arah tanah. Contoh: Pokok mahogany (Swietenia macrophylla) Bentuk piramid terbalik e. .Contoh: Pokok tulang daing atau pokok kedang belum (Milletia atropurpurea) Bentuk bulat Milletia atropurpurea g. .Contoh: Pokok janda merana (Salix babylonica) Bentuk mengurai f.

Bentuk silaranya tidak menentu .Contoh: Pokok batai laut (Peltophorum pterocarpum) Bentuk rampak Peltophorum pterocarpum 2. Cepat membesar (2. rampak (irregular) . dan rangka keseluruhan rekabentuk.P e r l a n s k a p a n | 73 - Contoh: Pokok semarak api (Delonix regia) Bentuk mendatar Delonix regia h.5 – 2.5 m setahun) .Contoh: tembusu (Fagraea fragrans) . Ukuran Saiz pokok naungan akan mempengaruhi skala ruang. keindahan komposisi.Contoh: angsana (Pterocarpus indicus) b. Pokok naungan mempunyai saiz dan kadar tumbesaran yang berbeza: a.Contoh: mahagony (Swietenia macrophylla) a.5 m setahun) . Lambat membesar (kurang 1.5 m setahun) . Sederhana membesar (1.

. a. silara tegak dan batang lurus juga merupakan faktor utama mengapa pokok Bucida ini sangat sesuai ditanam untuk lanskap protokol selain dapat mewujudkan imej formal jalan protokol. pokok mempisang (Polyalthia longifolia) c. Pokok sederhana tinggi (10 – 15 m) .kayu manis (Cinnamomum iners). Pokok rendah (4 – 10 m) .jati (Tectona grandis) Bauhinia purpurea Cinnamomum iners Polyalthia longifolia Pokok Bucida molineti atau dikenali sebagai pokok doa atau Black olive tree ini dapat memberikan imej yang cantik dan teratur menyebabkan pokok Bucida Molineti ini sangat sesuai ditanam di jalan-jalan utama. Pokok tinggi ( > 15 m) .tapak kuda (Bauhinia purpurea) b. Memiliki saiz yang sederhana besar.P e r l a n s k a p a n | 74 Pterocarpus indicus Swietenia macrophylla Fagraea fragrans Ketinggian pokok naungan dirujuk pada ketinggian semasa matang.

.pokok semarak api (Delonic regia) c.pokok bunga tanjung (Mimusop elengi) d. Contoh: dedap batik (Erythrina variegata).pokok ketapang (Terminalia catappa) b. Daun berwarna hijau muda – tekstur halus . a.pokok rhu (Casuarina nobilis) Mimusop elengi Casuarina nobilis 4. daunnya padat dan akan gugur apabila berbunga. Daun berwarna hijau gelap – tekstur kasar . Tekstur Tekstur merujuk pada saiz dan warna daun. Warna Kebanyakan pokok naungan berwarna hijau tetapi ada juga yang daunnya berwarna-warni atau mengalami perubahan warna pada masa-masa tertentu.P e r l a n s k a p a n | 75 Bucida Molineti 3. Pokok berdaun kecil – tekstur halus . Pokok berdaun besar bertekstur kasar. penaga lilin (Mesua ferrea) merupakan pokok kebangsaan Sri Lanka. .

contoh: pala (Myristica fragrans) c. Kos penyenggaraannya rendah. mempunyai bau . Ketinggian melebihi 5 m b.contoh: kemboja (Plumeria obtusa) dan cempaka kuning (Michelia champaca) b. Pokoknya tegap dan kuat e. mempunyai khasiat perubatan . Boleh menjadi perasa atau rempah . f. g. c.contoh: kayu manis (Cinnamomun iners) d.contoh: kemboja merah (Plumeria rubra) dan dedap batik (Erythrina variegate) Plumeria rubra . Ciri-ciri pemilihan Ciri-ciri pemilihan sebagai pokok naungan atau pinggiran jalan: a. Ciri-ciri lain: a. Tidak mempunyai buah yang beracun serta daun yang besar dan mudah gugur. Dahannya tidak mudah sekah.P e r l a n s k a p a n | 76 Erythrina variegate Mesua ferrea 5. Mempunyai bahagian yang beracun . Kanopinya padat d. Tidak mempunyai akar banir yang boleh merosakkan jalanraya.

).). Contoh tumbuhan renek ialah: ekor kucing (Acalypha sp.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN POKOK NAUNGAN         Sebagai pokok naungan di kawasan tertentu Sebagai penahan dan penapis angin Sebagai latar belakang pemandangan Sebagai sempadan Untuk mengawal hakisan Untuk menceriakan landskap Untuk memberikan bauan Untuk mengawal iklim mikro dan makro. tanaman di kawasan cerun.P e r l a n s k a p a n | 77 4.youtube.1 CIRI-CIRI POKOK RENEK 1. Mengurai Kasia (Cassia biflora) Pokok kasia juga sesuai dijadikan pokok penghadang. 4.com/watch?v=H-NEbi4keYQ http://www.com/watch?v=Fn5EFsogsbk 4.youtube.) dan bunga siantan (Ixora sp. Selain itu. Bagi mendapatkan maklumat ringkas mengenai jenis tanaman hiasan. Bulat Siantan (Ixora javanica) b. Pokok-pokok ini amat sesuai digunakan sebagai pokok hiasan dalam pasu atau secara berkumpulan di dalam satu kawasan. contohnya: a.1. bunga kertas (Bougainvillea sp.) . Ia mempunyai ketinggian kurang daripada lima meter.2 POKOK RENEK Pokok renek adalah pokok berbatang kayu yang mengeluarkan banyak dahan serta ranting dari bahagian pangkal. puding (Codiaeum sp. bunga raya (Hibiscus rosa sinensis). tanaman di tepi jalan dan sebagai pembahagi jalan. pokok drasina. Rampak tekomaria (Tecomaria sp.). jenjuang dan puding. ada juga pokok renek yang mempunyai daun yang cantik dijadikan daun keratan untuk gubahan bunga seperti buluh jepun (Dracaena godseffiana). sila layari http://www. c.2. Sesetengah daripada tumbuhan renek mengeluarkan bunga yang menarik atau mempunyai daun yang pelbagai warna dan bentuk. Bentuk Pokok renek mempunyai berbagai bentuk.

Warna Pokok renek paling banyak warna berbanding kumpulan tumbuhan lain. Cassia biflora Tecomaria sp. mengkudu siam (Pisonia alba). Sebab itu pokok renek banyak digunakan untuk mewarnai landskap. Pokok renek tinggi (1. pokok ini mengandungi racun pada bahagian mata tunas. Tekstur kasar Jejarum (Ixora javanica) b. pokok renek juga mempunyai warna bunga yang menarik seperti seperti pokok akalifa kuning (Acalypha wilkesiana). 3. Contohnya seperti pokok puding (Cadiaeum variegatum). a. Pokok melati sangat digemari oleh kaum India untuk upacara keagamaan. jenjuang (Cordyline terminalis). Tekstur halus Rubia (Pentas coccinea) 4.5 – 4 m) Callistemon viminalis (bottle brush) b. Namun. Ukuran Merujuk kepada ketinggian yang dicapai pada peringkat matang. Tekstur Mempunyai pelbagai tekstur a.) dan duranta (duranta repens).5 m) Ixora sunkist (siantan) Kadar tumbesaran pokok renek boleh dikategorikan kepada cepat (6 – 12 bulan). bunga kertas (Bougainvillea spectabilis variegata).5 m) Hibiscus rosa sinensis (bunga raya) c. bunga tiga bulan atau hydrangea (Hydrangea macrophylla) dan bunga melati (Jasminum sambac). daun dan dahannya. drasina (Dracaena spp. Selain itu. Kebanyakan mempunyai daun berwarna hijau tetapi terdapat juga yang berwarna hijau putih dan pelbagai warna. sederhana (1 -2 tahun) dan lambat (> 2 tahun). Perkataan hydrangea bermaksud bekas air kerana bunganya menyerupai bekas air. . Pokok renek sederhana tinggi (1 – 1. 2.P e r l a n s k a p a n | 78 Ixora sp. Pokok renek rendah (< 0.

Pokok D. Pokok kamunting cina dikatakan mengandungi viblastin yang boleh mengubati penyakit tumor. terseliuh dan sakit telinga menggunakan daunnya.). sakit pada sendi. Bunga yang tahan lama dan menarik juga antara ciri pemilihan pokok renek. Contohnya: bunga raya (Hibiscus rosa sinensis). Pokok ini boleh dijadikan tanaman spesimen. Di samping itu juga ia boleh menarik rama-rama untuk menghampirinya. Di India dan Filipina. 6.P e r l a n s k a p a n | 79 Cordyline terminalis Dracaena spp. Contohnya seperti pokok kemunting cina (Catharanthus roseus) dan pokok kecubung kampong (Datura alba). Alba boleh mengubatai sengal tulang.) dan naga buana (Phyllanthus myrtifolius). ciri memanjat dan menjalar juga antara faktor pemilihannya seperti pokok bunga kertas (Bougainvillea sp. Bunga Bunga pokok renek mempunyai pelbagai warna dan keunikannya. Contohnya seperti pokok pepanggil atau bunga pagoda (Clerodendrum paniculatum). Hydrangea macrophylla 5. Bougainvillea sp. Bunga pada pokok ini boleh bertahan selama beberapa minggu. bunga kertas (Bougainvillea sp. Namun. Faktor aroma juga turut menjadi pilihan seperti pokok bunga cina (Gardenia jasminoides) dan pokok . tanaman tunggal di tepi jalan atau tanaman campuran dengan tanaman lain. mengandungi racun yang berbahaya pada manusia terutama yang terdapat pada bahagian daun. cecair pokok dan biji benih. terdapat juga spesis lain seperti Datura suaveolens. Mussaenda philippica Celosia argentea Ciri-ciri lain Mempunyai banyak khasiat perubatan atau terapeutik. Selain itu. ia dijadikan sebagai ubat kencing manis kerana pada daunnya mengandungi vindolin yang boleh mengurangkan gula di dalam darah. balung ayam (Celosia argentea) dan janda kaya (Mussaenda philippica).

Ia boleh ditanam sebagi pokok pagaran. Clerodendrum paniculatum Gardenia jasminoides Phyllanthus myrtifolius Jasminum sambac Kelopak bunga raya digunakan untuk mengilatkan kasut di negara India. teh pagar (Acalypha siamensis). Pemisah kawasan Pokok siantan (Ixora javanica) . eritia (Ehretia microphylla) dan kuku geroda (Polyscias filicifolia). tanaman berkelompok atau tanaman tunggal.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN POKOK RENEK Pokok renek mempunyai pelbagai kegunaan dan fungsi antaranya ialah sebagai: a. Pokok pagaran boleh dibiarkan tumbuh secara semulajadi atau dipangkas kepada bentuk tertentu. Contohnya seperti pokok melur (Jasminum sambac). 4.P e r l a n s k a p a n | 80 melati (Jasminum sambac). Pagaran. b. Pokok pagaran biasanya ditanam rapat-rapat di dalam barisan.2. Catharanthus roseus Bougainvillea sp.

P e r l a n s k a p a n | 81 c. Penanda dan penunjuk arah jalan Pokok janda kaya (Mussaenda philippica) d. Tanaman latar hadapan Pokok bunga tahi ayam (Lantana camara) Pokok bunga tahi ayam sebagai latar hadapan e. Penutup bumi Pokok wedelia (Wedelia triloba) .

limau melambangkan kesejahteraan dan kemewahan. Tanaman bonsai Pokok bunga kertas (Bougainvillea sp. Selain itu.) h. Pintu gerbang Pokok bunga kertas (Bougainvillea sp. . Titik tumpuan Pokok berus botol (Callistemon viminalis) g.P e r l a n s k a p a n | 82 f. Pokok renek boleh dibentuk menggantikan pokok saka contohnya pokok bottle brush (Callistemom viminalis).) dan Pokok bunga loceng (Allamanda catharica) Pokok renek sering digunakan sebagai tulang belakang atau teras kerana kegunaannya yang fleksibel. Permintaan terhadap pokok limau kasturi (pokok renek) pasti akan meningkat sempena tahuan baru Cina sebagai tanaman hiasasan kerana menurut kepercayaan mereka. ia juga boleh juga dipangkas pendek menjadi penutup bumi seperti Ixora sunkist.

_____________________ ____________________ _____________________ 4. Contohnya ros Jepun (Portulaca grandiflora).) b. Kenalpasti dan tuliskan nama saintifik bagi tanaman penutup bumi di bawah dengan cara penulisan yang betul. Kebanyakannya terdiri daripada tumbuhan yang tumbuh secara melata atau menjalar di permukaan tanah. Bulat Contoh: honey suckle (Lonicera sp. Kaktus B.).3.P e r l a n s k a p a n | 83 Yang manakah antara berikut tumbuhan renek? A. Pokok lidah jin 4.) dan pokok sambang darah (Hemigraphis sp.1 CIRI-CIRI POKOK PENUTUP BUMI i. Fungsinya untuk menutup permukaan bumi. Rampak Contoh: ophiopogon (Ophiopogon sp. Berjuntai Contoh: pandan (Pandanus pygmaeus) c.3 TANAMAN PENUTUP BUMI Tanaman penutup bumi ialah tumbuhan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 30 cm dari permukaan tanah. Bentuk Mempunyai pelbagai bentuk.) . a. Pokok resam batu D. pokok jejari hantu (Alternanthera sp. Pokok ekor kucing C.

Tumbesaran cepat Contoh: wedelia (Wedelia trilobata) b. iii.P e r l a n s k a p a n | 84 Pandanus pygmaeus ii. Tumbesaran lambat Contoh: zyphyranthes (Zyphyranthes sp. Tekstur halus Contoh: bambu halus (Bambusa ventricosa) Bambusa ventricosa . Ukuran a.) Zyphyranthes sp. Tekstur kasar Contoh: hemigrafis (Hemigraphis colorata) b. Tekstur a.

pokok kacang kuning (Arachis pintoi) Arachis pintoi Ciri-ciri Pemilihan sebagai Tumbuhan Penutup Bumi a. Berwarna hijau putih (variegated) Contoh: pilea perak (Pilea cadierei) Bunga a. Warna Daun a. Memberi warna landskap Menggabungkan tumbuhan dalam rekabentuk landskap. Berwarna hijau Contoh: creeping charlie (Pilea nummulariifolia) b. Berwarna kuning Contoh: wedelia (Wedelia trilobata). Berwarna hijau merah Contoh: alternantera (Alternanthera sp. . Cepat melata b.2      FUNGSI DAN KEGUNAAN TUMBUHAN PENUTUP BUMI Menghalang hakisan Menutup permukaan bumi di kawasan cerun Menarik kehadiran serangga dan unggas kecil.) dan hemigrafis (Hemigraphis alternata) c. Berdaun padat c. Berwarna merah/putih/merah jambu Contoh: rose jepun (Portulaca grandiflora) b.P e r l a n s k a p a n | 85 iv.3. Tahan daripada serangan perosak 4.

P e r l a n s k a p a n | 86 4. Ia merupakan rumput yang paling terkenal ditanam di Malaysia samada di kawasan halaman rumah. rumput Serangoon (Digitaria didactyla). St. Axonopus compressus b. Cynodon dactylon Rumput ini dikenali sebagai rumput bermuda dan kebanyakannya ditanam di kawasan padang golf. a. Namun. Contoh rumput turf yang biasa ditanam ialah Broadleaf carpet grass (Axonopus compressus). rumput bermuda (Cynodon dactylon). ia memerlukan penyelenggaraan yang rapi.Augustine Grass (Stenotaphrum secundatum) dan rumput zoysia (Zoysia matrella). padang permainan dan cerun. Rumput ini memerlukan cahaya matahari yang banyak dan tidak tahan kepada naungan. Axonopus affinis adalah sejenis rumput yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan rumput jenis ini. Namun. Tifdwarf dan Tiflawn. Selain itu. pinggir jalan. rumput ini sesuai ditanam di atas pelbagai jenis tanah dan tahan lasak. Antara kacukan lain rumput ini adalah Tifgreen. padang lumba kuda. . Japanese Lawn Grass (Zoysia japonica).4 RUMPUT TURF Rumput turf ialah sekumpulan rumput daripada keluarga Poaceae yang ditanam dan dijaga dengan rapi di padang permainan. Penyelenggaraannya juga lebih mudah berbanding jenis rumput yang lain. halaman rumah. Rumput ini mempunyai daun yang halus dan permukaan yang cantik. Rumput ini perlu dipotong secara berkala kerana pertumbuhannya agak agresif dan boleh mendatangkan persaingan pada tanaman hiasan berdekatan. Axonopus compressus Rumput ini dikenali sebagai rumput tikar. padang golf dan pinggiran jalan. bentuknya lebih tirus dan kurang lasak berbanding rumput tikar. rumput parit atau Broadleaf crapet grass.

4.4. Ia mempunyai daun yang kasar serta mempunyai pertumbuhan yang agak lambat. Rumput jenis ini mempunyai pertumbuhan yang agresif dan boleh hidup pada pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik. Pemilihan tekstur daun adalah mengikut kegunaannya di sesuatu kawasan. Ia mempunyai tekstur yang kasar dan berwarna hijau muda serta tahan pada naungan dan semburan air laut. Stenotaphrum secundatum Rumput ini juga dikenali sebagai rumput St.1 CIRI-CIRI POKOK PENUTUP BUMI i. Eremochloa ophiuroides Rumput ini juga dikenali sebagai rumput lipan. Digitaria didactyla Rumput ini dikenali sebagai rumput Serangoon dan kebanyakannya juga ditanam di kawasan padang golf. boleh ditanam pada tanah berasid dan sesuai untuk rumput hiasan halaman rumah. Biasanya ia mempunyai samada tekstur kasar dan halus. . f. Augustine. Rumput lipan ini sesuai untuk menstabilkan tanah. Rumput jenis ini agak keras dan liat serta lebih mudah dipotong menggunakan mesin jenis ril. Pertumbuhanya agak lambat namun padat jika dipotong secara berkala. Rumput ini mempuyai daun yang tirus dan berwarna hijau kebiruan. Zoysia matrella Rumput zoysia juga dikenali sebagai rumput Taiwan. d. Bentuk Rumput turf tumbuh secara melata dan menjalar di permukaan tanah. Rumput ini tahan pada naungan. Namun. e. Rumput ini mempunyai daun yang tirus dan mencucuk sedikit apabila dipijak. Ia tidak sesuai ditanam di kawasan naungan. Rumput jenis ini mampu hidup dengan baik pada kawasan tanah yang kurang subur dan tahan pada naungan. Pertumbuhan rumput jenis ini lebih cepat di kawasan tanah yang subur dan saliran yang baik.P e r l a n s k a p a n | 87 Cynodon dactylon c. ia tidak begitu sesuai ditanam di padang permainan kerana tidak tahan pijakan.

Tahan kemarau Teknik yang digunakan untuk menghasilkan manilagrass (Zoysia matrella) di Bangkok yang mengambil masa selama 30-40 hari selepas ditanam. . iii.P e r l a n s k a p a n | 88 ii.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN RUMPUT TURF      Melindungi dan menahan tanah daripada hakisan. Mengurangkan suhu persekitaran Menyerap debu dan asap kenderaan.youtube. Berdaun padat d. Tumbesarannya berbeza antara satu sama lain. Cepat melata b. Penyambung susunan gabungan pokok dalam landskap. Latar depan rekabentuk landskap. v. Tekstur sederhana Contoh: Rumput zoysia (Zoysia matrella) c. Tekstur Rumput turf mempunyai pelbagai tekstur mengikut saiz dan bentuk lai daun. a.4. Tekstur kasar dan berdaun lebar Contoh: Broadleaf carpet grass (Axonopus compressus) b.com/watch?v=frUkAmBSKyg 4. Warnanya juga dipengaruhi oleh cara pemotongan. Ciri-ciri pemilihan sebagai rumput turf a. Ukuran Mempunyai ketinggian kurang daripada 15 cm dari permukaan tanah. hijau muda atau hijau kebiruan. Warna Berwarna hijau. jenis mesin pemotongan dan kekerapan pemotongan. Tahan penyakit c. Tahan dipijak e. Sila layari: http://www. Tekstur halus Contoh: Rumput bermuda (Cynodon dactylon) iv.

Ada yang cepat tumbesarannya. tidak bercabang dan diakhiri dengan sejambak daun.5. Contoh: Veitchia merillii . Contoh: Veitchia merillii.5 POKOK PALMA Pokok Palma merupakan sekumpulan tumbuhan dalam famili Palmae. Palma mempunyai batang yang tunggal. Keunikan pokok-pokok palma terletak pada bentuk batang dan daunnya. Contoh: Raphis excelsa (Lady’s palm). Ia terbahagi kepada 2 kumpulan: a. Cyrtostachys lakka (Pinang merah/raja). Chrysalidocarpus lutescens (pinang kuning). Buahnya yang masak berwarna merah dan ini memberikan warna yang menarik. Palma berbatang tunggal – mempunyai satu batang yang tumbuh tegak dan lurus dalam pelbagai saiz dan ketinggian. Bentuk Tumbuhan ini tumbuh tegak dan mempunyai bentuk yang pelbagai. Antara yang lambat tumbesarannya ialah Hyophorbe lagenicaulis (palma botol) Biasanya tumbesaran palma berbatang tunggal setinggi 30 cm setahun. Ukuran Boleh membesar dan meninggi dari 10 cm hingga 25 m. Tekstur Mempunyai tekstur yang berbeza-beza mengikut saiz batang dan silara pokok. iv.  Sebagai pelapik. 4. Rhapis humilis (rapis kecil) dan Chamaedorea erumpens (palma buluh). Ia merupakan tumbuhan monokotiledon yang terbesar saiznya. Warna Sesetengahnya mempunyai pelepah yang berwarna seperti palma merah dan palma kuning. b. iii. Caryota mitis (tukas) Contoh: Palma bertekstur halus. Contoh: Veitchia merillii (pinang manila).1 CIRI-CIRI POKOK PALMA i. Contoh: Palma bertekstur kasar. 4. Borassus flabellifer (lontar). Palma berumpun – mempunyai beberapa batang yang tumbuh daripada pangkalnya. Contoh: palma kubis (Roystonea oleareaceae) ii.P e r l a n s k a p a n | 89  Penghubung antara landskap lembut dengan landskap kejur. Areca catechu (pinang makan).

dan Malvaviscus arboreus. D. Jatropha pandurifolia. Volume Seven: Seedling Processing. Storage. Container Tree Nursery Manual. N. New Jersey:Prentice Hall.5. Grafting and Budding. Jodhpur : Scientific Publishers (India). New Delhi: New India Publishing Agency. L. (2013)..2 FUNGSI DAN KEGUNAAN POKOK PALMA       Tanaman pinggiran jalan Pagaran atau sempadan Tanaman kelompok atau tunggal Tanaman hiasan dalam pasu Penapis angin Taman tema formal cth: landskap bercirikan Islam dan taman tropika. Di samping pemilihan estetika sesuatu pokok serta memberi fungsi berguna dalam persekitaran. Ray. K. (2012). . (2010). D. Agrotechnology Manual: Including Nursery Management and Practices. Washington DC: Agriculture Dept. E.P e r l a n s k a p a n | 90 4. Propagation Of Plants . with Chapters on Nursery and Greenhouse Management. Layers. United Kingdom: Wilding Press. and Outplanting. 4. G. Pokok ini mungkin mengandungi racun iaitu sebatian alkaloid yang dikeluarkan daripada daun. Kester. Kopsia fruiticosa. Dumroese. (2009). & Landis. 4. Bryant.. Marcel. (2010). R. T. & Davies. Ia dipilih berdasarkan fungsi dan kegunaan khusus bagi mengharmonikan sesebuah taman landskap. F. Haase.7 RUJUKAN Kain.A Complete Guide for Professional and Amateur Growers of Plants by Seeds. M.6 RUMUSAN Pokok tanaman hiasan landskap mempunyai pelbagai jenis dan kategori. G. K. bunga. E. (2011) Hartmann & Kester's Plant Propagation: Principles and Practices. buah. Plant Nursery Management: How to Start and Operate a Plant Nursery. namun ada juga yang jenis beracun dan memudaratkan kepada orang ramai. batang dan bahagian lain pokok. Plant Propagation A to Z: Growing Plants for Free. P. Antara pokok yang jenis beracun dalah Manihot spp. D. Biasanya ia ditanamn jauh dari aktiviti orang ramai dan tidak terdedah kepada orang ramai. T.

P e r l a n s k a p a n | 91 LATIHAN LANJUTAN Bahagian A 1. ________________________________________________________________________ ii. Namakan lima (5) spesies tanaman landskap beracun dan nyatakan kesan keracunan yang disebabkan oleh spesies-spesies tersebut. Senaraikann dua (2) contoh tumbuhan hiasan jenis memanjat. Berikan tiga (2) jenis tanaman hiasan yang berfungsi sebagai pokok pagaran. ________________________________________________________________________ 2. _______________________ ii. ________________________________________________________________________ ii. ________________________________________________________________________ 3. Nyatakan perbezaan pokok penutup bumi dan rumput turf. __________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________ . i. _______________________ 4. i. ___________________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________________ 5. _______________________ iii. Nyatakan dua (2) perbezaan antara rumput turf dan rumput hiasan i.

Nyatakan enam (6) kategori tanaman hiasan landskap dan berikan tiga (3) contoh bagi kategori tersebut. Pada pendapat anda.P e r l a n s k a p a n | 92 ________________________________________________________________________________________ Bahagian B 1. Bincangkan ciri-ciri pokok hiasan dalam bangunan dan berikan lima (5) nama saintifik bagi pokok tersebut. Bincangkan. 4. mengapakah pokok Bucida menjadi pilihan di kawasan sekolah. Terangkan fungsi pokok naungan dan pokok renek. Pokok palma berfungsi sebagai landskap bercirikan Islam. 2. 5. 3. pusat pengajian dan bangunan pentadbiran? Bincangkan. .