You are on page 1of 21

P e r l a n s k a p a n | 93

UNIT 5
PENYELENGGARAAN TUMBUHAN LANDSKAP

HASILPEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda dapat:
1.
2.
3.
4.

Menerangkan jenis-jenis penyelenggaraan yang dilakukan ke atas tanaman hiasan lanskap.
Membezakan kaedah pengawalan rumpai dan teknik penyiraman.
Mengetahui kaedah pembajaan ke atas tanaman hiasan.
Mengenalpasti tanda serangan perosak dan penyakit serta kaedah kawalan.

KANDUNGAN MODUL
Untuk membolehkan pelajar mencapai objektif di atas dan mengikuti modul ini dengan mudah, kandungan
modul ini dibahagikan kepada:
Unit 5.0 Pengenalan
Unit 5.1 Pengawalan Rumpai
Unit 5.2 Pengurusan Rumpai
Unit 5.3 Penyiraman
Unit 5.4 Pembajaan
Unit 5.5 Pemangkasan
Unit 5.6 Perlindungan Tanaman
Unit 5.7 Rumusan
Unit 5.8 Rujukan

5.0 PENGENALAN

T

umbuhan adalah satu benda hidup yang memerlukan penjagaan dan keperluan yang mencukupi. Ini
adalah termasuk air, nutrien, dan keadaan persekitaraan yang sesuai. Ia juga perlu bebas daripada
perosak, penyakit serta rumpai untuk hidup dengan baik. Amalan pengurusan ini perlulah bermula
sejak ia ditanam. Tumbuhan hortikultur hiasan dan lanskap juga digunakan untuk tujuan hiasan di dalam
bangunan samada di dalam pasu atau bekas-bekas khas. Penanaman dalam pasu atau bekas khas ini
lebih memudahkan kita menyelenggara tanaman tersebut. Antaranya:
i.
ii.

Mudah untuk diubah kedudukan atau dialihkan
Sebagai alternatif bagi tanah yang kurang subur atau tiada tanah. Contohnya kawasan
yang berturap, bersimen atau bertail

P e r l a n s k a p a n | 94
iii.
iv.

Memudahkan penggantian pokok bagi pokok bunga semusim
Memudahkan pengawalan rumpai

Penggunaan pasu juga mempunyai kelemahan dalam proses penyelenggaraan tanaman hiasan.
Senaraikan tiga (3) kelemahan tersebut.
1.____________________________________________________________________________
2.____________________________________________________________________________
3.____________________________________________________________________________

5.1 PENGAWALAN RUMPAI
Rumpai ialah tumbuh-tumbuhan tidak dikehendaki yang boleh merencatkan pertumbuhan pokok,
membantut pengeluaran bunga, serta menenggelamkan keindahan pokok hiasan jika ianya terlampau
tinggi dan banyak. Rumpai bersaing dengan pokok hiasan bagi mendapat cahaya, nutrien, air dan ruang.
Ia terdiri daripada beberapa jenis. Ada yang mempunyai rizom dan ubi. Rumpai jenis ini boleh dikawal
dengan cara manual seperti merumput. Namun, pembuangan rumpai daripada jenis ini boleh menjejaskan
akar bagi pokok hiasan yang menjejaskan pertumbuhan tanaman. Selain itu, ada juga rumpai yang
menjadi perumah kepada kulat, virus, dan bakteria yang boleh menjangkiti pokok hiasan.
Contoh rumpai yang biasa menyerang tanaman hiasan adalah lalang (Imperata cylindrica), rumput halia
hitam (Cyperus rotundus) dan rumput kerbau (Paspalum conjugatum).

Berikut adalah rumpai yang menyerang pokok hiasan samada pokok yang ditanam di dalam
pasu atau di kawasan lapang. Kenalpasti dan labelkan rumpai di bawah menggunakan nama
biasa dan nama saintifik dengan tepat.

Nama biasa:

Nama biasa:

Nama saintifik:

Nama saintifik:

Rumpai berbatang lembut dan banyak.P e r l a n s k a p a n | 95 Nama biasa: Nama biasa: Nama saintifik: Nama saintifik: Ada beberapa kategori bagi amalan yang boleh digunakan bagi mengurangkan pertumbuhan dan mengawal rumpai.  Penghapusan Pembuangan semua rumpai dari sesuatu kawasan dan rumpai tersebut tidak akan dibiarkan tumbuh semula ke kawasan itu. 5. serampang tangan boleh digunakan bagi membuang rumpai jenis ini serta menggemburkan tanah. Terdapat empat kaedah umum dalam pengurusan rumpai iaitu pengawalan kultur.  Pengurusan Amalan yang mengurangkan rumpai yang tumbuh. pembiakan dan penyebaran rumpai di dalam kawasan yang belum ditumbuhi rumpai tersebut.2 PENGURUSAN RUMPAI Pengawalan secara amalan kultur Antara kaedah amalan kultur adalah mencangkul. Tahap pengurusan rumpi bergantung pada sifat rumpai yang terlibat dan keberkesanan pengawalan rumpai .  Penghalangan Amalan yang menghalang kemasukan. . secara mekanikal. biologi dan kimia. mencabut dengan tanagn dan menggunakan sungkupan. Rumpai yang biasa tumbuh di kawasan berhampiran pokok dan masih kecil selalunya dicabut dengan tangan.

sabut kelapa. Namun. sungkupan daripada bahan organic boleh juga menjadi tempat serangga berlindung dan membiak. Batu kerikil juga boleh dijadikan sebagai bahan sungkupan pada pokok hiasan mengikut kesesuaian. Sungkupan plastik bersinar adalah bahan sungkupan bukan organik yang boleh mengawal serangga seperti afid daripada menyerang pokok hiasan. bahan sungkupan organik boleh membaiki tekstur dan struktur tanah. Mesin rumput adalah kebiasaan mekanisasi yang digunakan bagi kaedah ini. daun kelapa. Sungkupan boleh mengurangkan kadar kehilangan lembapan melalui proses evaporasi daripada tanah ke permukaan udara. . jerami padi. Ia juga berfungsi bagi menambah nutrien kepada pokok. Ia turut menjimatkan tenaga manusia.P e r l a n s k a p a n | 96 Cangkul digunakan bagi mengawal rumpai dan menggembur tanah di sekeliling pokok Sungkupan adalah proses meletakkan bahan organik atau bukan organik untuk menutupi tanah di sekitar pokok. ini dapat mengurangkan pemindahan virus dari satu pokok ke pokok yang lain. Ia juga boleh menurunkan suhu tanah dan mengawal rumpai. Antara bahan sungkupan organik adalah daun lalang. Secara tidak langsung. Mesin rumput sangat efektif terutamanya bagi menghapuskan pokok kemuncup (Chrysopogon Aciculatus) yang tumbuh di antara pokok atau sekitar pokok. Pengawalan secara mekanikal Pengawalan secara mekanikal ialah kaedah yang paling cepat dan berkesan untuk mengawal rumpai bagi kawasan lanskap yang luas. Dalam jangka masa panjang.

Rumpai boleh dihapuskan tanpa mengganggu tanah 2. Keadaan ini menggunakan pemangsa. Tanaman dari jenis kaktus pula tidak memerlukan banyak air. Penyiraman perlu dilakukan setiap hari untuk menggantikan air yang hilang melalui proses transpirasi. Antara kelebihan kaedah ini adalah: 1. penyiraman perlu dilakukan dengan lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. pokok bunga kertas akan mengeluarkan daun yang banyak pada musim kemarau sehingga pokok menjadi merimbun. Pada musim hujan.3 PENYIRAMAN Penyiraman bertujuan membekalkan air kepada tanaman hiasan melalui medium. Ini kerana kebanyakan tanaman hiasan adalah mudah tercedera oleh racun rumpai. patogen dan parasit untuk menguruskan populasi rumpai pada tahap purata yang paling rendah. Pengawalan secara kimia Pengawalan secara kimia boleh menjimatkan tenaga buruh dan kos buruh bagi kawasan lanskap yang luas. Pencatuan air selama beberapa hari yang diikuti dengan penyiraman akan mendorong tumbesaran pokok. Membunuh rumpai dengan cepat selama beberapa hari selepas meracun Penggunaan racun rumpai biasanya tertumpu kepada tumbuh-tumbuhan di semaian. Tanaman tahunan memerlukan bulan kering atau musim kemarau (bulan tanpa hujan) selama 4-5 bulan bergantung kepada jenis tanaman untuk proses pembungaan. Sebelum mula menyiram. Pembungaan tanaman biasanya didahului dengan keadaan catuan air iaitu tanaman memerlukan keadaan air dalam jangka waktu tertentu untuk menggalakkan proses pembungaan berlaku. Penyiraman yang baik dan betul mesti bersesuaian dengan keperluan tanaman. Tanaman hiasan yang memerlukan air yang banyak ialah jenis sukulen seperti kalanchoe. Sebaik sahaja tiba musim . Racun rumpai khusus boleh digunakan ke atas rumpai tertentu tanpa menjejaskan pokok hiasan 3. Bagi pokok orkid pula. sangat kering atau padat. jumlah dan kekerapan penyiraman perlu ditingkatkan. Bekalan air yng mencukupi antara faktor yang penting supaya tumbuhan yang ditanam di dalam pasu dapat hidup sihat. 5. Penggunaan racun rumpai di dalam bangunan atau tempat lapang yang menjadi tumpuan orang ramai pula boleh membahayakan kesihatan. Jika keadaan tanah terlalu kering. Sebagai contoh. penyiraman boleh dilakukan sekali sehari manakala pada musim kemarau dua kali sehari.P e r l a n s k a p a n | 97 Pengawalan secara biologi Pengawalan secara biologi melibatkan penggunaan musuh semulajadi pada rumpai tertentu. media tanaman perlu diperiksa samada masih lembap.

b. Tanda-tanda Pokok Kekurangan Air Daun layu dan tiada tanda pertumbuhan Tanda-tanda Pokok Terlebih Air: Daun layu dan terdapat bahagian yang lembut dan reput Daun bawah kuning. Jika tanah terlalu basah. Letakkan baja yang berfosforus tinggi. Percikan atau renjisan Menggunakan sistem paip berdiri tegak di tempat terbuka. Penyiraman titisan . Ini akan menyebabkan pokok keguguran daun. keindahan bunga kertas lebih kerap dilihat pada musim awal hujan berbanding musim kemarau. Jika hujan.P e r l a n s k a p a n | 98 hujan. layu dan tepinya kering Daun kuning dan hujungnya kering Bunga pudar dan gugur - Daun gugur Campuran tanah lembap dan lumut tumbuh Teknik-teknik penyiraman a. siram pokok dengan teratur. pokok akan mengeluarkan bunga secara serentak dan banyak. Tips pembungaan bagi pokok bunga kertas di laman rumah! Biarkan pokok tanpa air selama 1-2 minggu. ia segera mengeluarkan bunga secara serentak dalam kuantiti yang banyak dan mula menggugurkan daunnya. kandungan oksigen didalamnya adalah sedikit. tutup permukaan tanah dengan plastik atau penutup tanah. lakukan penyiraman dengan jumlah air yang sedikit. Pada masa ini. Manual Menggunakan tong penyiram dan hos getah air. Oleh sebab itu. Bagi pembungaan yang berterusan lama. Sistem tergantung di rumah tumbuhan atau tempat berbumbung dan boleh dikawal secara automatik c. Dengan ini.

lumpur dan sebarang pepejal seperti batu dan sisa kayu. Bagi tumbuh-tumbuhan yang memerlukan lebih cahay untuk berbunga biasanya memerlukan lebih 500 kaki lilin. Selain itu. Tanaman hiasan sangat peka terhadap bahan kimia yang terdapat di dalam air.P e r l a n s k a p a n | 99 Penggunaan air lebih berkesan kerana setiap pokok menerima air yang dibekalkan melalui hos getah yang berlubang terus ke dalam medium tanaman. Biasanya tumbuh-tumbuhan yang ditanam di dalam bangunan sering menghadapi masalah kekurangan cahaya. Ia juga harus bebas daripada bahan-bahan kimia seperti racun dan klorin. Tumbuhan diletakkan di dalam takungan berisi air dan air meresap ke dalam rongga medium sampai ke akar. la juga boleh dikawal secara automatik dengan meletakkan suatu jangka masa yang akan memasang atau menutup bekalan elektrik ke suatu pam kecil yang mengawal saliran air.4 PENGAWALAN CAHAYA Tumbuhan memerlukan cahaya yang mencukupi untuk melakukan proses fotosintesis dengan lebih berkesan. Air yang digunakan untuk menyiram haruslah bersih daripada kekotoran seperti minyak. Melalui kapilari Teknik ini dilakukan pada tumbuhan di dalam bekas sahaja. Secara umumnya. 5. air yang dibekalkan hanya akan diambil mengikut keperluan tumbuhan sahaja. Kualiti air yang digunakan adalah penting untuk mengelakkan kerosakan pada tanaman hiasan. . tanaman hiasan yang ditanam di dalam bangunan adalah daripada kumpulan tumbuhan tropika yang boleh hidup pada keadaan cahaya di antara 75 hingga 500 kaki lilin (foot-candle). d. air yang dibekalkan tidak mengandungi garam terlarut yang terlalu tinggi sehingga boleh merosakkan tanaman. Kekurangan jumlah dan kualiti cahaya memberi kesan negatif pada pertumbuhan pokok. Dengan cara ini. Kenderaan bertangki air diperlukan bagi proses penyiraman pada pokok di tepi jalan yang jauh daripada sumber air bersih.

bahagian tumbuhan menjadi lembut 4. daun-daun menjadi kecil dan tidak sihat 5. pertumbuhan pokok menjadi lambat 4. Mentol-mentol khas seperti Grolite dan Da-lite digunakan bagi membekalkan cahaya yang menyamai kualiti cahaya matahari kepada tumbuhan. Polyscias balfouriana Sanseveira trifasciata Zebrina pendula Pilea cadieri Begonia sp.P e r l a n s k a p a n | 100 Bagi tempat yang kurang cahaya seperti di dalam bilik. Aspidistra elatior Brassaia actinophylla Heliconia humilis Chrysalidocarpus lutescens Hosta sp. pokok tidak mengeluarkan bunga 7. daun-daun sebelah bawah kering dan gugur 3. terdapat tompok-tompok perang di atas daun **** Keperluan cahaya bagi setiap pokok adalah berbeza dan boleh dikawal dengan menggunakan jaring teduhan (tildenet) samada 25%. Alocasia sp. . daun kehilangan warna 2. cahaya tambahan perlu dibekalkan dengan lampu-lampu elektrik. daun yang berwarna bertukar hijau 6. Tumbuhan yang memerlukan 75-150 kaki lilin cahaya Tumbuhan yang memerlukan lebih 200 kaki lilin cahaya Tumbuhan yang memerlukan lebih 500 kaki lilin cahaya Aglaonema commutatum Ficus lyrata Aloe vera Dracaena fragrans Cycas revoluta Coleus blumei Calathea sp. tepi daun menjadi kering 3. tepi daun kekeringan 2. 50% dan 75%. tunas bunga akan gugur Tanda-tanda pokok terlebih cahaya: 1. Mentol-mentol lampu ini dapat mengeluarkan cahaya spektrum merah dan biru seperti yang diperlukan oleh tanaman hiasan sementara mentol lampu flouresen dan merah (incandescent) hanya boleh memberikan cahaya biru atau merah sahaja dan kekurangan cahaya spektrum akan menjejaskan proses pertumbuhan dan pembungaan pada pokok. ruang dalam bangunan dan kawasan teduhan. Tanda-tanda pokok kekurangan cahaya: 1.

Baja bukan organik Ia tidak mengandungi bahan-bahan organic tetapi mengandungi unsur mineral yang tinggi dan dengan jumlah yang tertentu. molibdenum. ferum. Di dalam pembajaan tanaman hiasan.P e r l a n s k a p a n | 101 Scindapsus aureus Peperomia scandens Asparagus setaceus Dracaena godseffiana Fittonia agryneura Alocasia sp. boron. Contoh baja bukan organik adalah baja urea (45% nitrogen). la bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan memperbaiki tekstur tanah. zink dan sulfur. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput. Selain itu. daun tumbuhan menjadi kuning (klorosis) tumbuhan menjadi terbantut (kerdil) tanaman/dahan mudah patah tumbuhan mudah diserang penyakit bahagian tumbuhan terbentuk secara tidak normal  JENIS-JENIS BAJA 1. Berasaskan kandungan unsur mineral a. fosforus. 5.5 PEMBAJAAN Pembajaan bertujuan memulihkan kandungan nutrien dalam tanah. mangan. 2. 4. 3. terdapat juga unsur-unsur mikro yang diperlukan sedikit sahaja oleh tumbuhan seperti klorin. kalium. Berasaskan cara tindakannya . b. 2. Philodendron selloum Ficus benjamin Caryota mitis Monstera deliciosa Crassula argeanta Episcia cupreata 5. kalsium dan magnesium. kuprum. Biasanya ia digunakan sebagai baja permulaan. Ia juga dikenali sebagai baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. unsur makro perlu diberi perhatian. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan: 1. Tumbuhan memerlukan unsur-unsur makro seperti nitrogen. Baja organik Ia mengandungi bahan-bahan organik yang tinggi dan hanya sedikit unsur mineral. SP36 (36% fosforus) dan KCL (60% kalium).

Baja tunggal Baja tunggal juga dikenali sebagai baja terus yang mengandungi satu jenis unsur mineral. suhu dan pH medium. NPK dan KNO3. Kandungan unsur ini biasanya diberi dalam bentuk analisis baja seperti 15:15:15. KCI. dan grow more. Namun begitu. Baja lengkap kebanyakannya dalam bentuk butir. Kandungan nisbah unsur perlu diketahui dan diteliti terlebih dahulu pada beg-beg baja sebelum diaplikasi ke atas tanaman hiasan. Tanaman hiasan jenis berdaun memerlukan kandungan nitrogen yang lebih tinggi daripada tanaman hiasan jenis berbunga. c. Ia juga boleh dicampukan dengan medium bagi membantu pengambilan baja oleh pokok. ia bergantung kepada beberapa faktor lain seperti keamatan cahaya. Cara menggunakan baja jenis ini adalah dengan menabur di sekeliling tumbuhan . dan grow more. hyponex. b. Baja sebatian Baja sebatian adalah baja yang mempunyai dua unsur seperti baja monoammonium fosfat yang mengandungi unsur nitrogen dan fosforus. b.P e r l a n s k a p a n | 102 a. Baja butir Baja jenis ini adalah yang paling popular yang digunakan bagi tanaman hiasan. Contohnya seperti gandasil. Bagi tanaman hiasan jenis berbunga pula memerlukan kandungan kalium yang tinggi bagi pengeluaran bunga yang banyak. Contoh baja butir adalah NPK hijau. gandasil. . Baja campuran Baja campuran juga dikenali sebagai baja lengkap iaitu baja yang mengandungi lebih daripada satu unsur mineral iaitu seperti NPK. dan K2O yang terdapat dalam baja tersebut. Angka-angka ini adalah menunjukkan peratusan kandungan N. Berasaskan jumlah unsur mineral a. Contoh baja akar ialah urea. Baja butir dibuat dengan mencampurkan unsur-unsur baja dengan bahan pengisi seperti tanah liat dan ditambah dengan bahan pelekat. KNO3. Baja ini juga mempunyai unsur-unsur tambahan seperti magnesium (MgO) dan unsur-unsur mikro. P2O5. SP36. Adunan ini biasanya dalm bentuk yang kecil bagi memudahkan penggunaannya. Contohnya baja ammonium nitrate yang mengandungi unsur nitrogen sahaja.hyponex. 3.  BENTUK-BENTUK BAJA 1. Baja daun Cara tindakannya adalah melalui daun tanaman. NPK Biru dan CCM 22. Baja akar Cara tindakannya adalah melalui akar tanaman. 12:12:17:2 dan sebagainya.

 Kaedah pembajaan a. 5. Baja jenis ini semakin popular walaupun harganya lebih tinggi kerana ianya bersesuaian dengan tabiat pokok yang memerlukan baja secara beransur-ansur. – Selepas itu gemburkan tanah. baja debu mudah hilang dan diterbangkan angin sekiranya angin kuat sewaktu pembajaan. unsur-unsur akan dibebaskan dengan perlahanlahan. kambus semula dan disiram. 4. baja ini boleh disemburkan kepada daun tumbuhan. Contoh baja seperti ini adalah Wellgro (Ammonium nitrat). . baja ini akan diagihkan kepada anak pokok di kawasan semaian melaluui pam dan saliran pengairan yang dikawal secara automatik. Baja hablur Baja jenis ini perlu dilarutkan ke dalam air terlebih dahulu sebelum digunakan. Setelah dilarutkan. Dengan cara ini unsur nutrien akan terus diserap oleh tumbuhan melalui liang stoma pada daun.Antara contoh baja jenis ini adalah Malameal (NPK) dan Gromeal. 3. Baja debu Baja jenis debu hanya ditaburkan di atas permukaan tanah atau digaul bersama medium. Seterusnya. Cara menggunakan baja jenis ini adalah dengan mencampurkan dengan air mengikut sukatan yang betul. Namun. Baja cecair mempunyai kelebihan berbanding dengan baja-baja yang lain iaitu cepat diambil oleh tumbuhan. baja jenis ini akan dicampurkan di dalam tangki-tangki penyiraman. Unsur ini dibuat dengan mencampurkan dengan bahan-bahan yang lambat reput.P e r l a n s k a p a n | 103 2. tidak dipegang oleh tanah dan boleh digunakan bersama-sama dengan racun kulat semasa membuat penyiraman. Baja cecair disiram atau disemburkan pada daun-daun tumbuhan atau dikenali juga sebagai baja foliar. Bagi tanaman di tapak semaian. Ada juga yang tidak perlu dicampurkan dengan air. Baja cecair Baja cecair dibekalkan dalam keadaan pekat dan perlu dilarutkan di dalam air sebelum menggunakannya dengan kadar campuran yang betul. Baja yang diselaputi dengan bahan lambat reput ini memerlukan tindak balas mikroorganisma untuk mereputkan selaput tersebut. Baja ‘slow release’ Baja ini diwujudkan bagi membolehkan unsur-unsur yang dikehendaki dibebaskan secara perlahan-lahan pada pokok. Pembajaan terus – Baja ditabur di sekeliling pangkal pokok mengikut garisan silara atau kanopi. Contoh baja dari jenis ini adalah Osmocote dan Agrosoke. Apabila ia mereput. Ia dijual dalam bentuk kapsul yang dibuat daripada plastik ataupun butiran.

– Racun kulat dan racun serangga boleh dicampurkan bersama. Baja larutan ikan juga boleh digunakan sebagai baja tambahan dan diberikan 2 minggu sekali. Pembajaan melalui semburan daun (foliar) – Bahagian daun dan batang pokok disiram atau disembur dengan larutan yang mengandungi baja sehingga basah sampai ke tanah. . – Jarak antara lubang adalah 10 cm -15 cm. Pembajaan perlu dilakukan selepas kerja merumpai dijalankan. Apabila menggunakan baja butiran. Bagi pokok orkid. Pembajaan poket – Sediakan lubang-lubang kecil mengelilingi pokok mengikut silara.  Kadar pembajaan Kadar pembajaan dan jenis baja yang digunakan bergantung kepada jenis tanaman. – Letakkan baja ke dalam setiap lubang. • • • Bagi anak pokok dan keratan yang baru ditanam. Pokok orkid yang sedang berbunga perlu disembur dengan baja 13:27:27 sebanyak 2-3 kali seminggu pada kadar 2 g/L. baja yang mengandungi NPK 21:21:21 disyorkan untuk peringkat pertumbuhan orkid. kadar nitrogen hendaklah 3 hingga 6 kali ganda berbanding kadar fosforus dan kalium. Bagi pokok yang sedang membesar nisbah NPK (nitrogen. fosforus dan kalium) hendaklah sama banyak. c. – Kaedah ini sesuai digunakan di tapak semaian. pastikan ia tidak terkena pada daun atau tanaman untuk mengelakkan ia melecur atau membunuh tanaman. kambus semula dan disiram. Kurangkan kandungan nitrogen sehingga 50% bagi pokok yang akan berbunga.P e r l a n s k a p a n | 104 b. – Masa yang paling sesuai untuk melakukan penyemburan ialah pada awal pagi dan lewat petang.

ia boleh dilakukan secara memangkas atau mengutil. Mengutil atau pinching ialah mematahkan dengan ibu jari putik-putik bunga yang tidak diperlukan atau bahagian hujung tunas. mengawal saiz tumbuhan mengurangkan transpirasi mengimbangi pertumbuhan antara batang dan akar menggalakkan pengeluaran bunga dan buah . Kedua. Memangkas ialah membuang sebahagian daripada tumbuhan dengan cara teratur supaya pokok boleh tumbuh dengan cara yang dikehendaki.6 PEMANGKASAN Banyak manfaat yang diperolehi daripada kegiatan mencantas tanaman selain merangsang pengeluaran tanaman. jika tersilap mencantas. 3. untuk menghalang pokok daripada tumbuh ke atas dari ranting atau dahan tersebut. Bagi menjalankan aktiviti penyelenggaraan ini. Antara tujuan pemangkasan ialah: 1. Tujuannya yang pertama ialah bagi mengelakkan persaingan antara putik-putik bunga dan jika dibiarkan ia akan menghasilkan bunga-bunga yang kecil dan kurang menarik. 4. 2. Namun.P e r l a n s k a p a n | 105 Jenis pokok Hiasan daun Keadaan Dalam pasu Atas tanah Polibeg Hiasan bunga Dalam pasu Atas tanah Polibeg Hiasan berbunga sebelum matang Semua keadaan Jenis baja NPK Hijau (15:15:15) NPK Hijau (15:15:15) Complehumus (8:8:8:3) NPK Merah (13:13:21) atau Complehumus (8:8:8:3) NPK Merah (13:13:21) atau Complehumus (8:8:8:3) Complehumus (8:8:8:3) NPK Biru (12:12:17:2) Kuantiti (g) Kekerapan 5 2 minggu sekali 50 4 minggu sekali 5 2 minggu sekali 5 2 minggu sekali 5 2 minggu sekali 50 2 minggu sekali 50 2 minggu sekali 5 2 minggu sekali 5 2 minggu sekali 5. ia boleh membantut tumbesaran pokok.

6. Biasanya ia dibuat pada pokok yang muda. Selain itu. Pokok yang telah dilakukan pemangkasan membentuk Pemangkasan membentuk sangat penting dalam menghasilkan pokok topiari. Pemangkasan membentuk boleh dibuat pada tanaman hiasan yang bersaiz besar seperti pokok bunga kertas dan bunga raya. gunting pokok.P e r l a n s k a p a n | 106 5. dan pemotong pokok pagaran. 9. gergaji pangkasan. Tidak mudah diserang perosak dan penyakit Antara alat yang boleh digunakan untuk memangkas ialah sekateur. Kemudian barulah dahan dibiarkan tumbuh untuk mendapat bentuk yang dikehendaki. gergaji pokok. parang. Tunas-tunas sisi (susuk) dibuang dan hanya mengekalkan tunas utama tumbuh ke paras yang sesuai. Topiari adalah seni memangkas tumbuhan kepada bentuk geometri. ia juga boleh mengurangkan tempat untuk dahan baru yang bakal mengeluarkan bunga. 8. Pemangkasan membentuk Pemangkasan membentuk dilakukan untuk mendapat bentuk yang sesuai pada pokok yang tertentu. atau karekter tertentu yang menarik. Terdapat empat jenis pemangkasan : a. mengekalkan kesuburan tanaman dengan membuang bahagian yang rosak. Kerosakan pda kulit dahan semasa memotong boleh mendatangkan penyakit pada pokok. . mati dan berpenyakit meninggikan nilai estetik melatih pertumbuhan tanaman untuk mendapatkan bentuk yang dikehendaki menggalakkan pengedaran udara dan membenarkan cahaya matahari menembusi hingga ke pangkal pokok. pisau cakuk. Alat-alat yang digunakan utnuk memangkas perlulah bersih dan tajam agar dahan atau bahagian yang dipotong atau dipangkas tidak rosak. 7.

Kenapa? Jika tidak dipangkas. d. Pemangkasan ini biasanya dilakukan ke atas pokok mawar dan kekwa. Pemangkasan ini dilakukan dengan membuang tunas air. Bagi tanaman seperti Bougainvillea. Cara pemangkasan: a. dahan yang patah berpenyakit atau mati dan dahan-dahan tua yang sudah tidak produktif. Pemangkasan pemulihan Dilakukan dengan cara memotong dahan pokok sehingga ke pangkal atau batang utama. Dahan yang tua . maka cantasan ini boleh dibuat tetapi hanya ke atas dahandahan yang bunganya telah mongering. ia akan tumbuh memanjang. Ini bertujuan untuk menggalakkan batang atau dahan baru tumbuh dengan segar dan seterusnya dapat memulihkan pertumbuhan pokok tersebut. Pemangkasan ini dilakukan pada tanaman hiasan yang telah selesai berbunga dengan tujuan untuk merangsang munculnya tunas-tunas baru yang dijangka menghasilkan bunga semula. proses pembungaan akan menjadi lambat atau pokok akan berhenti berbunga.P e r l a n s k a p a n | 107 Taman Topiari Leven Hall di England b. Pemangkasan rutin atau biasa Pemangkasan rutin juga dikenali sebagai pemangkasan memelihara yang boleh dilakukan pada bilabila sahaja bersesuaian dengan tujuannya iaitu memelihara keadaan tanaman agar tumbuh dengan baik. jambul merak dan melati yang mengeluarkan bunga bersama-sama tunas daun. Pemangkasan pengeluaran Pemangkasan jenis ini dibuat bagi menjaga pengeluaran supaya berterusan. Apabila tunas-tunas baru telah tumbuh dan pokok mulai merimbun semula. Sebaik sahaja kelopak bunga berguguran yang menandakan pokok selesai berbunga. pembajaan yang kaya dengan kandungan fosforus perlu dibuat beserta dengan penggermburan tanah. pastikan tunasnya dipangkas setiap kali selepas berbunga. c. berdaun lebat dan mempunyai bentuk yang liar. Pemangkasan ini juga bertujuan memperbaiki keadaan pokok yang terlalu rimbun dan mengurangkan beban pokok yang menampung dahan-dahan dan daun yang tidak produktif dan berpenyakit. Jika cantasan jenis ini lambat dibuat atau tidak dilakukan.

8 cm dari keratan pertama. Kesuburan tanah yang diancam penyakit dan perosak juga akan mengakibatkan hasil dan kualiti tanaman menjadi kurang. Bincangkan kaedah pemancangan yang digunakan ke atas pokok hiasan lanskap dengan menggunakan gambarajah. pokok tersebut lebih mudah mendapat serangan penyakit terutamanya kulat. 5. Dahan yang besar Menggunakan kaedah 3 kali keratan. Perosak tumbuhan hiasan yang biasa adalah seperti belalang. b. Setelah melakukan pemangkasan.7 PERLINDUNGAN TANAMAN Tanaman yang sihat akan hidup dan tumbuh dengan baik. Pemangkasan dahan besar dibuat dengan tiga kali potongan iaitu pada bahagian A. ulat daun. bahagian yang luka perlu disapu dengan ubat atau cat coal tar. bahagian B dan seterusnya bahagian C dan D. Sebaik-baiknya dilakukan pada musim pertumbuhan aktif iaitu di akhir musim kemarau dan selepas musim bunga atau buah. kumbang. Pengguaan baja nitrogen yang tinggi juga menyebabkan tumbuhan menjadi lembut serta digermari serangga perosak. Salah satu faktor yang menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan pokok adalah serangan perosak dan penyakit. Dilakukan dengan memotong dahan di bahagian bawah 25 cm dari pangkal batang dilkuti dengan pemotongan kedua di bahagian atas dengan jarak 5 .P e r l a n s k a p a n | 108 Potongan dibuat hampir dengan tunas dan menyerong supaya air tidak bertakung. . Bagi tanamn hiasan yang hidup di kawasan bangunan yang berhawa dingin dan kurang cahaya. Apabila dahan jatuh lakukan keratan yang ketiga di pangkal dahan. Pemancangan adalah salah satu bentuk penyelenggaraan bagi memberi sokongan serta memastikan tanaman tumbuh secara tegak dan lurus. Santa SM atau ubat-ubat lain untuk mengelakkan serangan kulat. lintah bulan dan siput babi.

dan sistemik. buah atau dahan menjadi bengkak dan busuk 6. Tanda-tanda umum serangan perosak jenis pengunyah: 1. Kerosakan ini menggangu kecantikan dan pertumbuhan pokok serta menjadi agen penyebaran penyakit.P e r l a n s k a p a n | 109  SERANGAN PEROSAK DAN PENYAKIT Perosak jenis pengunyah Serangga merosakkan tanaman dengan cara memakan bahagian-bahagian tumbuhan. ulat-ulat perosak merayap di bahagian tanaman 4. batang. pertukaran ciri-ciri tumbuhan atau pertumbuhan terbantut. daun serta buah dipenuhi dengan teritip atau sisik 3. daun. buah atau batang Antara jenis perosak penghisap ialah kutu afid. . Tanda-tanda umum serangan perosak jenis penghisap: 1. Tanda-tanda serangan virus: 1. Serangan virus Penyakit yang dijangkiti virus adalah kurang kerana virus bergantung kepada perumah yang diserang. layu atau mati 2. lalat putih. daun kerekot atau kekuningan. bintik-bintik hitam disebabkan oleh cucukan pada daun. akar terpotong atau menjadi pendek 5. daun berlubang atau koyak 2. semua bahagian daun berkedut dan kelihatan kecut 3. pembiakan tumbuhan menggunakan biji benih atau kultur tisu. teritip. najis serangga bertaburan 3. Perosak jenis penghisap Serangga jenis ini merosakkan tanaman dengan menghisap sap tumbuhan dan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut. terdapat tompok kuning dan hijau (mozek) di permukaan daun Antara jenis virus ialah virus mosaik tembakau. bena putih. dan kutu trip. virus mosaik timun dan virus mosaik dasheen. getah atau cecair kelihatan meleleh Antara jenis perosak pengunyah ialah siput dan cacing nematoda. Kesan-kesan serangan virus boleh mencacatkan bentuk. Ia boleh dikawal melalui: a. Ia boleh dikawal menggunakan racun serangga sentuh. Ia boleh dikawal menggunakan racun dan amalan kebersihan. pertumbuhan pokok terbantut 2.

bunga. penyebab antraknos. serangga dan debu). Rhizoctonia sp. penyebab antraknos.. dan Xanthomonas spp. buah atau bunga 5. Tanda-tanda serangan kulat: 1. buah dan batang 4. alat-alat berkebun (pisau. d. keadaan persekitaran yang terlindung daripada cahaya matahari serta kawasan berhawa dingin. Serangan bakteria Bakteria cepat membiak dalam iklim yang panas dan lembap. Ia boleh dikawal menggunakan racun kulat. Serangan kulat Kebanyakan penyakit yang menyerang tanaman dalam pasu adalah disebabkan oleh kulat. penyebab reput akar. Phytoptora sp. penyebab karah daun. Alternaria sp. penyebab bintik daun dan Cercospora sp. e. Antara cara mempercepatkan pembiakan bakteria ialah melalui percikan air hujan. kulapuk menyerang daun. mengawal rumpai perumah virus. penyebab reput akar dan batang. layu di seluruh pokok 3. Tanda-tanda serangan bakteria: 1. Puccinia sp. . busuk dan reput di batang. penyebab penyakit reput serta Pseudomonas spp.P e r l a n s k a p a n | 110 b. Ini mungkin disebabkan oleh terlebih siraman. kebersihan alatan dan membuang tumbuhan berpenyakit. bahagian daun berbintik-bintik 3. Penyebab bintik-bintik daun. dan cacing nematoda. biji benih yang dijangkiti bakteria. agen-agen pembawa bakteria (seperti cacing nematod. penyebab bintik serkospora. kutu afid. menggunakan tanaman yang tahan penyakit. Fusarium sp. mengawal serangga. pokok kelihatan buruk dan reput Antara jenis bakteria ialah Erwinia sp. permukaan daun dipenuhi berbagai bentuk bintik Antara jenis kulat ialah Colletotrichum sp. karat di daun 2. c. keseluruhan pokok layu 2. gunting dan tangan manusia) yang bersentuhan pada bahagian tumbuhan yang dijangkiti bakteria. dan bahagian-bahagian yang dijangkiti penyakit daripada bakteria. Kulat cepat membiak dalam keadaan yang lembap. Ia boleh dikawal melalui amalan kebersihan.

Padatkan medium.P e r l a n s k a p a n | 111  PEMASUAN SEMULA Pemasuan semula perlu dilakukan apabila tumbuhan menunjukkan tanda-tanda ketidaksuburan seperti daun kekuningan. pemangkasan. Bagi memudahkan pengeluaran pokok dari pasu asal. 5. 3. 8. tekstur dan kandungan medium c. Pangkaskan dahan atau ranting yang tidak dikehendaki sebelum menanam semula ke dalam pasu yang baru 6.8 RUMUSAN Tumbuhan landskap mesti disenggara dengan baik agar pertumbuhannya terus segar sepanjang masa. menggantikan dengan pasu yang lebih besar e. Kerja-kerja penyenggaraan bergantung kepada luas dan jenis kawasan tanaman samada boleh dibuat secara bersendirian atau pekerja upahan dariada syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu. akar terkeluar dari lubang saliran di bawah pasu. Keluarkan serpihan pasu yang digunakan untuk menutup lubang saliran pada pasu lama dan pangkaskan 1/3 bahagian medium lama untuk menyediakan ruang yang lebih banyak pada medium baru didalam pasu 7. Pegang pangkal pokok dan tarik keatas perlahan sehingga medium asal bersama pokok terkeluar dari pasu atau terbalikkan kedudukan pasu ditepi meja sambil sebelah tangan memegang pangkal pokok dan sebelah tangan mencengkam lubang didasar pasu. ada juga jenis penyelenggaraan tanaman landskap yang lain seperti peyiraman. ketukkan perlahan-lahan dinding pasu supaya medium tidak terlekat pada dinding dalam pasu 4. menambahkan kesuburan pokok f. mengganti pasu yang rosak dan pecah b. Disamping itu. Ketuk meja perlahan-lahan sehingga medium bersama pokok terkeluar dari pasu. Siramkan medium dan letakkan ditempat teduh. Keluarkan pokok dari pasu asal.Tujuan pemasuan semula adalah: a. Sebagai contoh. merumpai dan sebagainya. 5. potongkan akar-akar yang terkeluar dari lubang saliran di dasar pasu. Terdapat penyelenggaraan lain yang perlu dilakukan secara harian untuk menjadikan . 2. Masukkan medium memasu sehingga 1/3 memenuhi ruang pasu. kurus dan daun-daun lebih kecil. memperbaiki struktur. Masukkan pokok bersama medium lama yang telah dipangkas ditengah-tengah pasu baru dan ditambahkan medium pemasuan yang telah disediakan sehingga paras 2.5 cm daripada permukaan pasu. menggantikan dengan medium baru yang lebih subur Prosedur pemasuan semula: 1. memotong akar yang berlebihan supaya tidak keluar dari pasu d. Bersihkan dan tutup saliran dibahagian dasar dengan serpihan pasu yang pecah. sebaik-baiknya kerja-kerja pembajaan dilakukan secara berkala yang menjadikan tumbuhan tersebut sentiasa menerima nutrien sepanjang masa.

T. menyulam tumbuhan landskap yang mati. F. D. Agrotechnology Manual: Including Nursery Management and Practices. E. 5. Plant Propagation A to Z: Growing Plants for Free. LATIHAN LANJUTAN Bahagian A 1. T. Grafting and Budding. membersihkan longkang dan sebagainya. _______________________ .. New Jersey:Prentice Hall. ________________________________________________________________________ 3. (2011) Hartmann & Kester's Plant Propagation: Principles and Practices. _______________________ ii. K. Storage. Propagation Of Plants . ________________________________________________________________________ 2.8 RUJUKAN Kain.P e r l a n s k a p a n | 112 kawasan landskap kelihatan bersih. G. Haase. (2010). i. Marcel. N. K. E. P. G. ________________________________________________________________________ ii. & Landis. D. Kester. & Davies. ________________________________________________________________________ ii. Washington DC: Agriculture Dept. Ray. New Delhi: New India Publishing Agency. Volume Seven: Seedling Processing. L. Dumroese. memungut sampah. Nyatakan dua (2) tanda-tanda tumbuhan mungkin kekurangan baja. (2010). (2009). Container Tree Nursery Manual. Layers. (2012). D. i. Berikan dua (2) alat memangkas yang boleh digunakan untuk memotong dahan yang tinggi. menyapu daun-daun kering yang berguguran. with Chapters on Nursery and Greenhouse Management. Bryant. cantik dan menarik. R. Plant Nursery Management: How to Start and Operate a Plant Nursery. Antara kerja-kerja berikut adalah. and Outplanting. United Kingdom: Wilding Press. i.A Complete Guide for Professional and Amateur Growers of Plants by Seeds. Jodhpur : Scientific Publishers (India). (2013). Nyatakan dua (2) kelemahan menyiram tumbuha di dalam pasu dari atas. M.

i. kalium d. kalsium e. _______________________ iv. . Nyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk pemasuan semula. _______________________ v. Senaraikan empat (4) jenis pemangkasan. nitrogen b. 2. _______________________ v. _______________________ ii. _______________________ ii. Bincangkan mengenai tanda-tanda dan cara pengawalan lima (5) jenis penyakit tumbuhan.P e r l a n s k a p a n | 113 4. i. _______________________ Bahagian B 1. _______________________ iii. fosforus c. Senaraikan lima (5) bentuk baja yang digunakan dalam penyelenggaraan tanaman hiasan. _______________________ iii. _______________________ 5. Terangkan fungsi unsur-unsur berikut kepada tumbuhan: a. magnesium 3.