You are on page 1of 16

1-PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN GURU BESAR (GB)

Tugas GB bolehlah dibahagikan kepada 10 bahagian besar dan penting:


1- Pengurusan Organisasi
2- Pengurusan Akademik / Kurikulum.
3- Pengurusan Hal Ehwal Murid.
4- Pengurusan Kokurikulum / Sukan.
5- Pengurusan Kewangan dan Aset.
6- Pengurusan Pejabat.
7- Pengurusan Fizikal dan Infrastuktur ( Prasarana ).
8- Pengurusan Sumber Manusia ( Guru / Staf ).
9- Pengurusan Perhubungan Komuniti.
10-Pengurusan Am Sekolah.

2-PENGURUSAN GPK.1 ( AKADEMIK ).

1- BIDANG TUGAS :-

1.1 : Menjalankan tugas GB bila ketiadaan GB.


1.2 : Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan
ketetapan GB.
1.3 : Bertanggungjawab kpd GBdlm hal akademik,
pengurusan/pentadbiran guru/staf.
1.4 : Membantu GB dlm semua aspek perancangan
dan pengurusan sekolah termsuk yang urusan
sidang petang.
1.5 : Membantu GB dalam urusan pemantauan
& pencerapan akademik dalam Pengajaran
dan Pembelajaran ( P&P )

2. SENARAI TUGAS

2.1 : Perlaksanaan akademik/kurikulum dan


takwim yg berkaitan termasuk semua
jadual khususnya P & P.
2.2 : Pentadbiran - tugasan guru dan yg
berkaitan.
2.3 : Program Sekolah Selamat -3K.
2.4 : Pengurusan PSS/ICT/Bilik Akses.
2.5 : Tugasan-tugasan lain :- Menjadi AJK organisasi yg diluluskan
oleh GB.
- Melaksanakan arah-arahan/tugasantugasan lain yg diberikn oleh GB dari
semasa ke semasa.

3-PENGURUSAN HAL EHWAL MURID ( HEM ).

1- BIDANG TUGAS :-

1.1 : Menjlnkan tugas GB semasa tiada GB dan GPK.1.


1.2 : Mengajar sebil.waktu mengikut rahan GB.
1.3 : Bertgjawab kpd GB dlm pengurusan/pentadbiran
Hal Ehwal Muird.
1.4 : Membantu GB menyelia/menilai/mencerap xtvt HEM.
1.5 : Membantu GB dlm semua aspek perancangan dan
pengurusan sekolah.

2. SENARAI TUGAS :-

2.1 : Pengawasan DISIPLIN ( GP.Lembaga Pengawas/KD ).


2.2 : Pengawasan Program 3K
( Kebersihan / kesihatan / Kawalan Keselamatan ).
2.3 : Mengawsi Program Kebajikan Murid

SPBT, RMT, SBT,biasiswa, Kantin, cegah kebakaran


dll.......
2.4 : Menyelaraskan rekod daftar / kehadiran dan semua
urusan berehenti sekolah.
2.5 : Pengawasan Asrama ( jika ada ).
2.6 : Menganggotai JK yg diluluskan oleh GB dari semasa
ke semasa.
2.7 : Melaksanakan semua tugasan dan arahan yg diberi
oleh GB dari semasa ke semasa.

4- PENGURUSAN GPK. KOKURIKULUM

1- BIDANG TUGAS
1.1 : Mejlnkn tugas GB semasa ketiadaan GB/GPK.
Akademik dan GPK.HEM.
1.2 : Mengajar sebilangan waktu mengikut araha
dan ketetapan GB.
1.3 : Bertgjawab kpd GB dlm semua aspek urustadbir
kokurikulum termasuk sidang petang.
1.4 : Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di
sekolah.
1.5 : Membantu Gb di dlm semua aspek perancangan
dan pengurusan sekolah.

2- SENARAI TUGAS :-

2.1 : 3 kategori Kokurikulum -

1. Pasukan Badan Beruniform ( PBB )


yg menerapkan sahsiah pemimpin.
2. Kelab/Persatuan - Pemimpin organisasi.
3. Sukan/permainan.

2.2 : Pentadbiran kokurikulum sekolah/MSSD


dan yang melibatkan briged komuniti.
2.3 : Tugas-tugas lain
- Menganggotai AJK organisasi yang diluluskan
oleh GB.
- Melaksanakan semua arahan dan tugasan yg
diberi oleh GB dari semasa ke semasa

Senarai Tugas
1. Pengurusan dan Organisasi Kelas

Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Darjah, Penolong Ketua
Darjah, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan; memastikan AJK
Kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu
lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah.
memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan
maklumat dari semasa ke semasa.
Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:

Jadual waktu
Jadual tugas
Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan hitam
diinventorikan.
Moto kelas
Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.
Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang
berkenaan.
Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

2. Jadual kedatangan dan kedatangan pelajar

Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua


berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat.
Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan
pelajar ditulis.
Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggarakan
seperti yang diarahkan:
Buku diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang ditetapkan.
Menjamin keselamatan buku tersebut.

3. Laporan pelajaran, Sijil berhenti, Surat akuan dan Kad 001

Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar.


Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan
fizikal dalam kad kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal.
Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa.
Mengambil kad 001 dari Penyelaras kad 001.
Menyedia dan mengisi:
"Mark Sheet" bagi setiap peperiksaan sekolah
kad 001
sijil berhenti dan surat akuan bagi pelajar yang meneruskan persekolahan lulus.

. Masalah pembelajaran, Kesihatan dan Disiplin


4.1 Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan
minat pelajar terhadap akademik.
4.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik
dan memberikan hadiah (jika perlu).
4.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
4.4 Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling
jika terdapat kemerosotan pelajaran dikalangan pelajar.
4.5 Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar
yang menghadapi masalah kesihatan.
4.6 Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar

yang melanggar disiplin sekolah.


4.7 Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang
berikut :

(a) Mendapatkan dan mengisi dalam dua salinan borang


"Melanggar Peraturan Sekolah" yang dapat diperoleh
dari Pejabat.

(b) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu


bapa.

5. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan


5.1 Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada
pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut
dibalut dan ditulis nama pelajar.
5.2 Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
5.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan
dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak
memulangkan buku teks pada akhir tahun dan
memberikan senarai itu kepada guru SPBT.
5.4 Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang
bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru
Kebajikan.

6. Kutipan Yuran dan Derma


6.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan
menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran
sekaligus.
6.2 Mengutip derma PIBG
6.3 Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas
peperiksaan.
6.4 Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran

yang dibuat.
6.5 Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang
peperiksaan serta buku kutipan yuran kepada Penolong
Kanan 1.
6.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada
bendahari PIBG.

7. Pendaftaran Pelajar Baru


7.1 Menerima kemasukan pelajar baru dari Penyelaras kelas.

7.2 Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan


mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar
daripada Penolong Kanan HEM.

7.3 Menentukan penerimaan borang SPBT(sekiranya layak) dan sekolah yang


terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.

7.4 Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan
melapaorkan kepada guru biasiswa.

7.5 Menentukan menerima kad kemajuan belajar dan kad 001 dari sekolah yang
terdahulu.

8. Murid Keluar

8.1 Menentukan borang SPBT, kad kemajuan pelajar dan kad 001 dihantar ke
pajabat.

8.2 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar Darjah


Enam, Tingkatan 3 dan 5.

8.3 Menentukan kelulusan unutk bertukar telah diterima.

8.4 Menentukan buku teks telah dipulangkan.

8.5 Menentukan penerima biasuswa dilaporkan kepada pejabat.

9. Pendaftaran Sukan, Pematuan dan lain-lain.

9.1 Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.

9.2 Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan


senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang
dipilih kepada Penyelaras kokurikulum.

9.3 Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti
kokurikulum.

10. Guru Kaunselor dan Guru Disiplin.

10.1 Menjalankan tugas sebagai seorang guru kaunselor.

10.2 Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin.

JAWATANKUASA KELAB STAF SEKOLAH

Tugas;

1. Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program- program tahunan dan


menetapkan yuran/ sumbangan guru.

2. Menjadi orang perantaraan antara staf dengan Guru Besar.

3. Merancang program untuk meningkatkan kebajikan staf.

4. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik- bilik staf.

5. Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staf yang akan


bertukar/ pencen dan menyambut staf baru.

6. Bertanggungjawab mengeluarkan saguhati kerana kemalangan atau


melangsungkan perkahwinan dan waris staf meninggal dunia.

7. Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama Guru- guru,


Penolong Kanan dan Lembaga Pengawas.

8. Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan/ kegiatan sukan atau riadah


untuk ahli.

9. Memastikan semua guru dan staf sokongan menjadi ahli PSKPP.

10. Membantu pihak sekolah menguruskan Lawatan Terancang/ Lawatan sambil


belajar untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan kesejawatan.

11. Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun untuk semua staf.

12. Mengadakan perlawanan permainan antara staf sekolah atau badan luar.
2.3.3 GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN

Senarai Tugas
Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah
berakhir.
Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta
lampu dan kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu
sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil
tindakan yang segera dan munasabah; jika perlu.
Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan
kawasan sekolah.
Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.

Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital /


ke rumah.
Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang
memohon.
Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat
dan masa pertukaran guru.
Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta
mengawasi harta benda sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan,
unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku
sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara
perkara-perkara yang dicatat ialah:
12.1

kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan

12.2

pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit

12.3

lawatan-lawatan /pelawat

12.4

ucapan /pengumuman-pengumuman dalam

12.5

laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan.

perhimpunan

13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan
kalau perlu laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat
diambil.
14. Perhimpunan
14.1

Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan.

14.2
Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk
guru telah disediakan.
14.3

Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.

2.2.6 GURU KANAN MATAPELAJARAN

Bidang Tugas
Bidang Tugas Bertanggungjawab dalam hal Kurikulum dan Pentadbiran yang
berkaitan dengan bidangnya.
Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam perancangan dan pengurusan
kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya.
Membantu Guru Besar menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.

Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan


sahsiah pelajar.
Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya.
Membantu Guru Besar menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan
bidangnya, dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir
Sekolah,latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/Maktab/universiti dan
seumpamanya.
Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

Senarai Tugas

Kurikulum
1 Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran
Penggal/Mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
2 Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah
kawalanya.
3 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4 Membimbing guru terlatih,guru yang baru dan guru sandaran dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.
5 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara
dengan berkesan.
6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta
mengambil tindakan sewajarnya
7 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan,pemulihan
dan pengkayaan.
8 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum)
yang dijalankan oleh sekolah,Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan
9 Membantu dalampemilihan buku teks,bahan pusatsumber,alat pandang dengar
dan bahan-bahan pendidikan lain.
10 Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain-lain
yang diarahkan oleh Guru Besar.
11 Membantu menjalankan kursus,taklimat,penerangan dan perjumpaan di
sekolah dalam konteks perkembangan staf.
12 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan
pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada
guru.

13 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan a,alanamalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum.
14 Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah
untuk mengatasinya.
2. Kokurikulum
2.1 Merancang,menyelaras dan melaksanakan segala
kegiatan
kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan
kecemerlangan akademik pelajar.
2.2 Merancang,mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah
bidangnya

3. Pengurusan
3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru
matapelajaran di bawah bidang kawalanya.
3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan,kursus dan latihan untuk
guru.
3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat
dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
3.4 Membantu merancang takwim sekolah.
3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.
3.6 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal
perbelanjaan.
3.7 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan
audit tahunan.
3.8 Menjaga dan menyemakstok dan inventori segala peralatan,barang atau
bahan yang berkaitan dengan bidangnya.
3.9 Menentukan aspek-aspek penyampaiannilai-nilai murni dan amalan
berlaku di bilik darjah dan sekolah.
3.10 Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik
darjah dan menjaga keceriaanya.
3.11 Menyelia kerja-kerja kursus pelajar mempertingkatkan pelajar dan
program PenilaianKemajuan Berasaskan Sekolah(PKBS)sebagaimana yang
dirancang.

4. Tugas Lain

4.1 Berhubung dengan PKG,Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber


Pendidikan Negeri tentang apa juga maklumatdan bantuan yang boleh didapati
untuk membantu sekolah dan guru.
4.2 Berhubung dengan guru kanan matapelajaran sekolah lain yang
berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi
memantapkan keupayaan dan pengetahuan
4.3 Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengandata atau maklumat
mengenai semua matapelajaran dan menggunakanya dengan berkesan dan
berhasil.
4.4 Membantu me rancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan
sekolah.
4.5 Membantu Guru Besar menyelia dalam hal-hal peperiksaan,kegiatan
sukan,penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.
4.6 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.

3.2.3 JAWATANKUASA PUSAT SUMBER/ PERPUSTAKAAN SEKOLAH


TUGAS-TUGAS GURU PERPUSTAKAAN
Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengguna perpustakaan.
Membuat anggaran belanjawan perpustakaan.
Menyediakan sena buku-buku alat-alat bilik perpustakaan.
Melantik, melatih dan menyedia pengawas perpustakaan dalam membantu
mengurus perpustakaan.
Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan perpustakaan.
Menjamin bahawa perpustakaan diuruskan dengan teratur.
Dengan kerjasama guru-guru memilih dan memesan buku-buku, majalahmajalah dan lain-lain jenis bahan sesuai untuk murid-murid dan guru-guru.
Membuat pesanan buku dan alat-alat perpustakaan melalui guru besar.
Memeriksa buku-buku atau alat-alat perpustakaan yang dibekalkan cukup serta
akur dengan borang pesanan atau invois.
Menyimpan rekod pembelian dan perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan.
Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku tersebut ke dalam stok dan
mengelaskan buku-buku tersebut mengikut perkelasan "Perpuluhan Dewey".
Memastikan setiap buku mengandungi doket buku, kad buku, slaid tulang
belakang dan kad katalog sebelum digunakan.
Merancang dan mengadakan aktiviti tahunan seperti menganjurkan
pertandingan kuiz, mengadakan pameran, mereka buku, bercerita, perbincangan

mengenai buku, ceramah, drama ringkas, pertandingan membaca dan


seumpamanya.
Menyediakan rekod peminjam-peminjam buku dengan senarai kekerapan muridmurid meminjam buku.
Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.
Menjilid majalah-majalah.
Mempastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam perpustakaan
daripada kecurian atau kehilangan.
Mempastikan dan menentukan keselesaan dan kebersihan bilik perpustakaan.
Mengadakan fail-fail tegak.
Menyimpan guntingan atau keratan akhbar dan kertas-kertas soalan peperiksaan
untuk rujukan.
Mengadakan aktiviti-aktiviti am seperti :
-Menyusun buku-buku di rak dan para-para
bilik perpustakaan -Melengkapkan buku stok
butir-butir pada buku-buku baru

-Mengisikan jadual kedatangan


-Mengemas dan menguncikan
-Mengisikan

Menguruskan proses hapuskira.


Menyemak dan menutup stok.
Melantik pengawas PSS.
Menjadi perantara pihak sekolah dengan pustaka bergerak.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar dari semasa ke
semasa
TUGAS-TUGAS GURU MEDIA

Menyediakan peraturan dan Peraturan Khas Penggunaan Pusat Sumber.


Membuat anggaran perbelanjaan PSS.
Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan PSS.
Menyediakan senarai peralatan dan alat bantu mengajar mengikut mata
pelajaran.
Membuat pesanan keperluan PSS melalui guru besar.
Menyediakan rekod penggunaan PSS termasuk memencatat bilangan
penggunaan PSS setiap kali ia dibuka.
Menyediakan buku rekod peminjam-peminjam peralatan dan alat bantu
mengajar dan mengadakan rekod kekerapan pinjaman.
Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam PSS daripada
kecurian dan kehilangan.

Memastikan keselesaan dan kebersihan bilik media.


menyemak dan menutup stok peralatan media di akhir tahun.
Menubuhkan kelab PSS.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar dari semasa ke
semasa.

GURU BAHAN BANTU MENGAJAR BBM/APD/K (KOMPUTER)

Memastikan alat-alat BBM/APD/K yang berkuasa elektrik dan bahan software /


hardware sentiasa dalam keadaan baik.
melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau
kehilangan.
Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa
selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD/K.
Menguruskan penggunaan BBM/APD/K secara berterusan.
Menyelaras rancangan TV PEndidikan mengikut jadual waktu sekolah.
Memastikan keselamatan BBM/APD/K.
Membantu Guru Besar dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat
BBM/APD/K.
Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD/K dalam pengajaran dan direkodkan
dengan kemas.
Memastikan bilik BBM/APD/K sentiasa kemas, selamat dan ceria.
Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD/K.
3.1.8 JAWATANKUASA DATA MAKLUMAT

Tugas:
Menyediakan data enrolmen pelajar mengikut tingkatan, kelas, kaum dan
jantina.
Menyediakan data/maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen dan
lain-lain.
Menyediakan penyata bulanan pelajar dan penyata bulanan butiran guru.
Menyediakan data tentang latar belakang pelajar mengenai ekonomi, tempat
tinggal penjaga dan pendidikan penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah, agama
yang dianuti dan lain-lain.
Menyediakan carta atau graf pencapaian akademik pelajar.

Menyediakan data pelajar yang menerima biasiswa.


Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu.
Memastikan buku pendaftaran pelajar dijaga dengan rapi.
Memastikan setiap pelajar baru diberi nombor pendaftaran sekolah.
Menggalakkan penggunaan komputer untuk memproses dan menganalisis data.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke
masa.