PENGENALAN

Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani
Penilaian merupakan suatu proses yang digunakan untuk mengukur pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran termasuk pendidikan jasmani. Penilaian dalam pendidikan jasmani tidak popular kerana saiz kelas yang besar (40-50) menyebabkan penilaian sukar untuk dilakukan. Faktor masa juga merupakan halangan kepada seseorang guru untuk menjalankan penilaian tersebut. Pendidikan jasmani di sekolah rendah diperuntukkan dua waktu setiap minggu. Dengan kemasukkan komponen kesihatan dalam pendidikan jasmani, waktu untuk Tahap I ( Tahun I, II dan III) telah ditambahkan kepada tiga waktu. Dalam masa yang terhad itu, sesorang guru menghadapi masalah untuk menjalankan penilaian ke atas pelajar-pelajarnya. Walau bagaimanapun, alasanalasan itu tidak seharusnya menjadi batu penghalang untuk menjalankan usaha penilaian memandangkan penilaian memberi banyak kelebihan. Mungkin apa yang diperlukan oleh seseorang guru ialah format penilaian yang ringkas tetapi memenuhi objektif penilaian yang dihasratkan.

Konsep-Konsep Asas
Ujian
Ujian ialah suatu instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumatmaklumat berkenaan prestasi individu. Ia boleh mengambil beberapa bentuk soalan yang dicetak, soalan dalam bentuk temu duga, pemerhatian berkenaan prestasi fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semaka atau rekon anekdot.

Pengukuran
Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat. Melaksanakan ujian kepada pelajar ialah sebahagian daripada proses pengukuran.

Penilaian
Penilaian ialah suatu proses menentukan nilai maklumat atau data yang dikutip. Ia meliputi ujian dan pengukuran.

Pengklasifikasi individu mengikut kumpulan Tujuan pemilihan

Penentuan Status

TUJUAN PENGUKURAN & PENILAIAN
Mengendalikan kajian Motivasi

Membekalkan maklumat -maklumat

Pengekalan mutu

Tujuan Pengukuran Dan Penilaian

Penentuan status
Mengikut Kirkendall, Gruber & Johnson (1987), penentuan status meliputi pemberian gred, mengecualikan pelajar dari sesuatu aktiviti, memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi pelajar, menetap sesorang individu di dalam kumpulan tertentu atau menentukan aktiviti tertentu.

Pengklasifikasian individu mengikut kumpulan
Pelajar-pelajar yang menghadirkan diri di dalam kelas pendidikan jasmani memiliki pelbagai kebolehan. Demi memenuhi tujuan pengajaran yang lebih berkesan, mereka perlu diasingkan mengikut kebolehan masing-masing. Penilaian membolehkan mereka dikumpulkan ke dalam kumpulan yang sesuai dengan kebolehan mereka.

Tujuan pemilihan
Penilaian digunakan untuk tujuan membuat pilihan wakil daripada kumpulan pelajar yang besar.

Motivasi
Penilaian boleh memberi maklum balas prestasi kepada sesorang individujika penilaian dilaksanakan dengan baik dan diinterpretasikan dengan betul, maka ia memberi kesan positif kepada pelajar berkenaan. Sebaliknya, jika keputusan penilaian disalahgunakan, maka kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan sesorang itu menjadi hampa dan putus asa.

Pengekalan mutu
Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani. Penilaian memberi maklum balas samaada program tertentu

berkesan atau tidak berkesan untuk memberi faedah kepada pelajar. Sekiranya program tersebut tidak memberi manfaat, ia boleh diubah untuk memastikan objektif yang dirancang dapat dicapai.

Membekalkan maklumat
Penilaian membolehkan sesorang itu mengetahui diri sendiri, misalnya tahap kecergasannya. Ia membolehkan sesorang itu mengetahui kelemahan dan kelebihan masing-masing. Bagi pihak guru pula, penilaian digunakan untuk mengetahui sama ada kaedah pengajarannya berkesan atau sebaliknya. Guru boleh mengetahui kelebihan dan kekurangan dalam penyampaian pengajarannya.

Mengendalikan kajian
kajian memerlukan maklumat yang tepat dan penilaian yang dilaksanakan dengan prosedur yang betul boleh memberi maklumat untuk tujuan tersebut.

Prinsip-Prinsip Penilaian
Penilaian yang selaras dengan falsafah institusi

Dalam keadaan sekolah, jika polisi sekolah berkehendakkan seseorang guru memberi gred kepada pelajar, maka sesorang guru itu seharusnya menjalankan tugasnya untuk memberi gred seperti yang dikehendaki. Sebaliknya jika seorang guru tidak bersetuju dengan piolisi sekolah, maka bererti guru itu perlu berubah mencari jalan utnuk mengatasi masalah yang timbul ataupun tukar pekerjaan.

Penilaian berdasarkan objektif yang ditetapkan
Objektif sesuatu program perlu dinyatakan secara eksplisit supaya ia boleh diukur. Objektif yang dinyatakan pula seharusnya boleh dinilai.

Penilai mestilah dinilai
Selepas penilaian dilaksanakan, maklumat-maklumat itu mesti dianalisakan untuk mendapat nilai penilaian tersebut. Maklumat yang dikutip seharusnya digunakan sama ada untuk memperbaiki program atau memberi maklumat kepada individu. Penilaian tanpa interpretasi tidak memberi erti dan hanya membuang masa sahaja.

Penilaian diawasi oleh pakar yang dilatih
Guru bukan sahaja mesti berkemampuan melaksanakan penilaian tetapi juga mesti mahir dalam menginterpretasikan maklumat yang dikutip melalui penilaian yang dijalankan. Pengetahuan yang mendalam adalah penting supaya maklumat boleh digunakan dengan sebaik-baiknya.

Penilaian membantu membuat keputusan
Walaupun penilaian boleh dilakukan secara subjektif, namun begitu keputusan itu sentiasa menimbulkan tanda tanya. Untuk membuat keputusan secara

professional, penilaian perlu digunakan untuk menjelaskan keputusan yang dibuat.

Penilaian Subjektif

Dalam keadaan tertentu, penilaian subjektif atau teknik kualitatif adalah perlu kerana banyak ciri tidak boleh diukur dengan teknik-teknik kuantitatif yang bersifat objektif. Kualiti penilaian subjektif bergantung kepada latihan dan pengalaman seseorang guru. untuk meningkatkan kualiti penilaian subjektif, Frank & Deutch (1973) mencadangkan beberapa soalan dijawab sebelum penilaian tersebut dibuat. 1. Apakah komponen –komponen yang perlu dinilai? 2. komponen yang manakah perlu dinailai secara subjektif? 3. Skala kadar manakah yang akan digunakan? 4. Bagaimanakah setiap poin dalam skala kadar itu ditakrifkan? 5. Berapa ramaikah pelajar yang akan dinilai pada satu masa? 6. Di dalam keadaan apakah skala itu dilakukan? 7. Apakah jenis borang skala yang digunakan? 8. Berapa ramai penilai akan digunakan?

Jenis-jenis penilaian
Penilaian sumatif dan formatif

Penilaian jenis sumatif adalah penilaian yang dijalankan selepas selesainya satu unit, satu kursus, satu semester atau setahun. Penilaian ini berdasarkan pengumpulan maklumat dalam jangka masa yang agak panjang.

Penilaian jenis formatif adalah penilaian yang memberi maklumat untuk setiap hari atau setiap sub-unit yang diajar. Penilaian ini dianggap lebih penting berbanding dengan penilaian sumatif kerana ia memberi maklum balas serta-merta. Ini membolehkan pembetulan dilakukan di peringkat individu atau peringkat program dalam jangka masa yang pendek.

Penilaian secara hasil (product) dan proses • Penilaian secara hasil menitikberatkan hasil terakhir yang ditunjukkan. Apa yang berlaku sebelum itu tidak diambil kira atau tidak dititikberatkan. Sebagai contoh, kita melihat acara merejam lembing; penilaian secara hasil di sini ialah mengambil kira jarak rejaman yang dilakukan. Bagaimana cara sesuatu lembing direjam ( tidak salah dari segi peraturan) tidak dipentingkan. • Penilaian secara proses pula memberi penekanan kepada keseluruhan proses yang terlibat. Hasil terakhir merupakan sebahagian sahaja daripada penilaian tersebut. Sebagai contoh, kita rujuk kepada acara merejam lembing; kesemua fasa yang terlibat dalam acara ini iaitu fasa lakuan sedia, larian landas, menghulur tangan ke belakang, mengilaskan badan, merejam dan pulihan akan diambil kira dalam penilaian secara proses.

Penilaian rujukan criterion dan rujukan norma • Penilaian rujukan criterion berasaskan satu piawaian yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, seseorang guru menetapkan 50% sebagai markah lulus dan mengharapkan seseorang pelajar markah itu untuk lulus.

Penilaian rujukan norma pula berasaskan norma yang telah ditetapkan iaitu pencapaian seseorang individu itu dibandingkan dengan individu yang lain.

Aspek–Aspek Yang Dinilai
Psikomotor

Penilaian psikomotor boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian kecergasan fizikal dan penilaian kemahiran motor. a) Penilaian Kecergasan Fizikal Pada lazimnya beberapa ujian diadakan untuk pelajar sekolah rendahiaitu larian 1600m, pengukuran kelembutan, kekuatan atas badan dan perut. Komponen kecergasan Daya tahan kadiovaskular/ aerob Kelembutan Kekuatan bahagian atas Kekuatan perut/ abdomen Item ujian Larian 1600m Duduk jangkau Mendagu atau mendagu ubahsuaian Bangkit tubi

b) Penilaian Kemahiran Motor Penilaian kemahiran motor boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif. Pada amnya penilaian kemahiran motor memberi skor kuantitatif seperti bilangan bola yang menyentuh sasaran. Mengikut Graham (1992) terdapat trend baru yang mengalakkan cara memukul bola seperti di atas tidak kira sama ada perlakuan itu betul dari segi biomekanikal atau tidak. Pada amnya, penilaian kemahiran motor secara kuantitatif agak sukar untuk dijalankan tetapi untuk melaksanakan penilaian kuantitatif pula, ia lebih rumit lagi kerana ia memakan masa yang panjang.

Graham (1992) mencadangkan penilaian dilakukan dalam beberapa cara untuk menjimatkan masa. Cadangan-cadangan itu adalah seperti yang berikut: a) Penilaian kendiri iaitu menilai diri sendiri. b) Penilaian berpasangan iaitu mendapatkan pertolongan kawan.

Untuk memastikan penilaian ini berjalan dengan baik, seseorang guru perlu memberi penerangan pelakuan ujian dengan tepat dan ringkas. Borang tertentu atau kad tertentu boleh digunakan.

Penilaian kognitif
Penilaian ini boleh dalam bentuk: 1. Ujian di Dalam Kelas atau Ujian Kertas dan Pensil. Cara yang berkesan ialah mengunakan ujian itu dalam beberapa minit sahaja. 2. Ujian Kilat di Dalam Gimnasium Ini boleh dilakukan secara bergilir-gilir dari sudut yang ditetapkan. Contoh soalan: Untuk menangkap sebiji bola dengan betul, anda harus; a) b) c) d) 3. Bengkokkan siku. Luruskan tangan dan kekal. Pusingkan kepala ke kiri. Saya tidak tahu.

Penilaian Kefahaman cara ini adalah cepat kerana guru hanya mengemukakan soaan seperti “Tunjuk kepada cikgu kedudukan tangan sebagai persiapan untuk menangkap bola”.

Penilaian afektif
Domain afektif menitikberatkan perhubungan sosial dengan murid, sikap dan minat murid terhadap pendidikan jasmani dan sukan serta peribadi, keyakinan

dan lain-lain lagi.penilaian ini boleh dijalankan melalui dua cara biasa seperti berikut: 1. Penilaian Kertas dan Pencil Contoh soalan: a) Di sekolah, saya memang suka menghadiri kelas pendidikan jasmani. Ya Tidak

b) Saya lebih suka bersenam daripada menonton televisyen. Ya 2. Mengunakan Muka Kartun Berperasaan A. B. C. Muka gembira } Dibekalkan dan dibuat Muka neutral } daripada kertas keras Muka masam Tidak

Arahan: Pilih A, B atau C dan masukkanya ke dalam kotak yang disediakan mengikut perasaan. Contoh soalan: “bagaimanakah perasaan anda terhadap pelajaran hari ini”

Contoh Borang Penilaian

BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN NAMA MURID : TARIKH :

KEMAHIRAN :

1.1 Melakukan pergerakan motor kasar 1.1.1 Lokomotor dan bukan lokomotor 1.1.1.1 Murid boleh berjalan

Arahan Guru : Guru mengarahkan murid berjalan di atas permukaan yang rata. Aktiviti Murid : Murid boleh berjalan di atas permukaan rata. Aktiviti a. Murid boleh berjalan di atas garis lurus sejauh 5 Meter. b. Murid boleh berjalan di atas tali sejauh 5 meter. c. Murid boleh berjalan sisi ke hadapan dan belakang dalam jarak 5 meter. d. Murid boleh berjalan undur belakang sejauh 5. e. Murid boleh berjalan sambil mendepangkan tangan sejauh 5 meter. Ya Tidak

Ulasan Guru : _____________________________________________________ _______________________________________________________

BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

NAMA MURID : KEMAHIRAN : 1.1.1.2 Murid boleh berlari

TARIKH :

Arahan Guru : Guru mengarahkan murid berlari di atas permukaan rata sejauh 10 meter. Arahan Murid : Murid dapat berlari di atas permukaan rata sejauh 10 meter. Aktiviti a. Murid boleh berlari di kawasan lingkungan 10 meter. b. Murid boleh lari pecut dalam jarak 10 meter. c. Murid boleh lari ulang-alik dalam jarak 10 meter. d. Murid boleh berlari skip dalam jarak 10 meter. e. Murid boleh lari laju dan perlahan mengikut tiupan wisel guru dalam jarak 10 meter. Ya Tidak

Ulasan Guru : _________________________________________________ __________________________________________________

BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN NAMA MURID : TARIKH :

KEMAHIRAN : 1.1.1.5 Murid boleh mengimbang Arahan Guru : Guru mengarahkan murid melakukan imbangan badan. Arahan Murid : Murid boleh mengimbangkan badan mengikut arahan guru. Aktiviti a. Murid boleh mengimbang badan dengan berdiri sebelah kaki kanan atau kaki kiri. b. Murid boleh mengimbang badan secara bermain ketingting. c. Murid boleh mengimbang badan dengan berjalan di atas bangku. d. Murid boleh mengimbang badan dengan mengayuh basikal. e. Murid boleh berjalan dengan mengimbang bola di atas kepala. Ya Tidak

Ulasan Guru : _______________________________________________ ________________________________________________

RUJUKAN
1. Wee Eng Hoe. (2005) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma Publication Sdn, Bhd.

2. Majlis Belia Dan Sukan. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (1996) Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan : Panduan Penilaian. Kuala Lumpur : Kementerian Belia dan Sukan 3. Buku Panduan Pendidikan Pergerakan : Pendidikan Pergerakan. Kuala Lumpur. DBP

4.

http.www.penilaian dalam pj.edu

KANDUNGAN
Pengenalan…………………………………………...1 Konsep-Konsep Asas………………………………..2 Tujuan Pengukuran dan Penilaian………………….3 Prinsip-Prinsip Penilaian……………………………..6 Jenis-Jenis Penilaian…………………………………9 Aspek-Aspek Yang Dinilai…………………………..11 Contoh Borang Penilaian……………………………14 Rujukan……………………………………………….18