You are on page 1of 14

PROSEDUR PEMBUBARAN PERKAHWINAN DI MAHKAMAH SYARIAH DI

MALAYSIA
CHE MARYAM BT AHMAD, WAFAA’ BT. YUSOF , SOFIAN BINTI AHMAD & MOHD
NASRAN MOHAMAD*

1.

PENDAHULUAN

Di Malaysia perceraian di luar Mahkamah adalah suatu kesalahan di bawah undangundang. Setiap perceraian mestilah dilakukan di Mahkamah. Ini bertujuan untuk
membendung kadar perceraian dan menjamin hak-hak isteri dan anak-anak selepas
berlaku perceraian. Bagi tujuan menjaga kemaslahatan umum demi mengelakkan
berlakunya kezaliman terutamanya terhadap isteri dan anak-anak, maka undang-undang
Keluarga Islam Negeri-negeri di Malaysia telah menetapkan beberapa prosedur
pembubaran perkahwinan yang diamalkan di Mahkamah Syariah di Malaysia.
2.

PROSEDUR PEMBUBARAN PERKAHWINAN SECARA TALAK

Enakmen Keluarga Islam Selangor, 2003, s. 47 dan Akta Undang-undang Keluaraga
Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2006, s. 47 memperuntukkan (peruntukan yang
sama terdapat di dalam Enakmen Keluarga di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan,
Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak) jika kedua-dua suami
isteri atau salah satu pihak suami atau isteri ingin membubarkan perkahwinan secara
talak maka permohonan perceraian hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rendah
Syariah di tempat suami isteri tersebut tinggal. Permohonan tersebut hendaklah
mengandungi:
(a) butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur dan jantina anak-anak,
jika ada, hasil daripada perkahwinan itu ;
(b) butir-butir mengenai fakta-fakta yang memberi Mahkamah bidang kuasa;
*

Semua penulis adalah tenaga pengajar di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

1

(c) butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang dahulu mengenai hal ehwal
suami isteri antara pihak-pihak itu, termasuk tempat prosiding itu ;
(d) sebab-sebab hendak bercerai ;
(e) suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan, jika ada, apakah langkahlangkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian ;
(f) terma apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi
isteri dan anak-anak daripada perkahwinan itu, jika ada, peruntukan bagi
pemeliharaan dan penjagaan anak-anak daripada perkahwinan itu, jika ada,
dan pembahagian apa-apa aset yang diperoleh melalui usaha bersama pihakpihak itu, jika ada, atau jika tiada persetujuan tersebut telah tercapai,
cadangan pemohon mengenai perkara-perkara itu, dan
(g) butir-butir mengenai perintah yang diminta.
Jika satu pihak lagi bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah mendapati
perkahwinan tersebut telah pecah belah, maka Mahkamah akan menasihatkan suami
supaya melafazkan talak satu di hadapan Mahkamah. Mahkamah hendaklah merekodkan
perceraian tersebut dan

menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada

Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
Sebaliknya jika satu pihak lagi tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau jika
Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu
perdamaian antara pihak-pihak itu, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa
pendamai. Jawatankuasa Pendamai terdiri daripada seorang Pegawai Agama sebagai
Pengerusi, seorang wakil suami dan seorang wakil isteri Mahkamah akan memberikan
keutamaan kepada saudara mara rapat pihak-pihak itu yang mengetahui kedudukan kes
tersebut.
Jawatankuasa Pendamai hendaklah bertindak mengikut arahan yang diberikan
oleh Mahkamah. Jika Jawatankuasa tersebut tidak bersetuju terhadap arahan Mahkamah
atau jika Mahkamah tidak berpuashati usaha-usaha perdamaian yang dilakukan,

2

Mahkamah boleh memecat Jawatankuasa tersebut dan melantik Jawatankuasa yang lain
bagi menggantikannya.
Jawatankuasa Pendamai diberi

tempoh selama enam bulan

dari tarikh

perlantikan atau dalam tempoh lain yang dibenarkan oleh Mahkamah untuk menjalankan
usaha-usaha perdamaian. Jawatankuasa tersebut boleh memanggil dan memberi peluang
kepada suami dan isteri serta orang lain yang berkenaan jika ada menyatakan pendapat.
Jawatankuasa tersebut juga boleh membuat apa-apa siasatan yang sesuai.
Di peringkat ini Peguam Syar’i tidak dibenarkan hadir atau bertindak bagi manamana pihak. Mana-mana pihak juga tidak boleh diwakili oleh mana-mana orang kecuali
oleh anggota keluarganya yang rapat, tanpa kebenaran jawatankuasa pendamai.
Jika jawatankuasa Pendamai melaporkan bahawa perdamaian telah dicapai dan
pihak-pihak itu telah hidup bersama semula sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah
menolak permohonan untuk perceraian itu. Sebaliknya jika jawatankuasa pendamai
gagal mendamaikan atau memujuk pihak-pihak itu supaya meneruskan kehidupan
sebagai suami isteri, maka suatu perakuan beserta dengan cadangan-cadangan yang
difikirkan patut berhubung dengan nafkah dan hadhanah anak-anak, pembahagian harta
dan

perkara-perkara lain berkaitan dengan perkahwinan tersebut hendaklah dibuat.

Setelah laporan tersebut diterima, Mahkamah hendaklah menasihatkan suami supaya
melafazkan satu talak. Sekiranya suami tidak hadir ke Mahkamah atau suami enggan
melafazkan talak, maka Mahkamah hendaklah merujuk kes tersebut kepada Hakam.
Rujukan kepada Jawatankuasa Pendamai adalah dikecualikan dalam salah satu
keadaan-keadaan berikut:
(a) Jika pemohon telah ditinggal langsung oleh pihak satu lagi dan tidak tahu di
mana dia berada;

3

(b) Satu pihak lagi telah bermastautin di luar Malaysia Barat dan dia tidak
mungkin masuk ke dalam bidang kuasa Mahkamah dalam tempoh enam
bulan dari tarikh permohonan itu;
(c) Satu pihak lagi mengidap penyakit otak yang tidak boleh sembuh atau
(d) apabila Mahkamah berpuas hati bahawa ada keadaan yang luar biasa yang
menyebabkan rujukan kepada suatu Jawatankuasa Pendamai tidak praktik.
Hakam adalah terdiri daripada dua orang yang dilantik di kalangan saudara mara
terdekat dan mengetahui kes berkenaan. Hakam dilantik apabila Mahkamah berpuas hati
bahawa rumah tangga pasangan berkenaan telah pecah belah dan Jawatan Kuasa
Pendamai gagal mendamaikan pasangan tersebut. Mahkamah boleh memberi arahanarahan kepada Hakam berkenaan hal-hal penimbangtaraan dan mereka hendaklah
menjalankannya mengikut arahan-arahan tersebut dan hukum syarak. Hakam hendaklah
mendapatkan kuasa penuh daripada prinsipalnya (Hakam bagi pihak suami daripada
suami dan Hakam bagi pihak isteri daripada isteri). Hakam suami boleh diberi kuasa
melafazkan talak bagi pihak suami.
Jika Hakam tidak bersetuju terhadap arahan-arahan Mahkamah atau Mahkamah
tidak berpuas hati cara mereka menjalankan penimbangtaraan, Mahkamah boleh
memecat mereka dan melantik Hakim lain.

Begitu juga jika kedua-dua Hakam

sependapat bahawa pihak-pihak tersebut patut bercerai tetapi tidak dapat memerintahkan
perceraian kerana sesuatu sebab, Mahkamah hendaklah melantik Hakam lain dan
memberikan kuasa kepada mereka untuk memerintahkan perceraian.
Di peringkat Hakam menjalankan penimbangtaraan, peguam syar’i tidak
dibenarkan hadir atau bertindak bagi mana-mana pihak selain daripada seorang ahli
keluarga yang karib kepada pihak tersebut, tanpa kebenaran Mahkamah (Enakmen
Keluarga Kedah, 1984 : S. 40).

4

Dalam kes Hamizan bte Abdul Majid lwn Mohamed Selan b. Jaafar Sidik (Kes
Mal Bil. 331, 1998, Petaling Jaya) Plaintif telah memfailkan tuntutan cerai secara khuluk
menurut s. 49 Enakmen Undang-undang Keluarga Selangor, 1984. Plaintif mendakwa
rumahtangganya dengan defendan telah pecah belah dan tidak mungkin diselamatkan
lagi. Plaintif dalam tuntutannya menawakan bayaran khuluk sebanyak RM3,080.00.
Defendan tidak bersetuju terhadap tuntutan Plaintif. Mahkamah, setelah memeriksa
keadaan rumatangga pihak-pihak memutuskan kes tersebut dirujukkan kepada
Jawatankuasa Pendamai seperti yang diperuntukkan dalam s. 49 (4). Sebuah
Jawatankuasa Pendamai telah dibentuk dan Mahkamah mengarahkan Jawatankuasa
tersebut menjalakan peranannya mendamaikan pihak-pihak. Dalam kes ini Jawatankuasa
Pendamai telah menjalankan tugasnya dan keputusan yang dicapai ialah mencadangkan
perceraian antara pihak-pihak. Di peringkat ini Defenden enggan menceraikan plaintif.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan pembentukan Hakam dan mengarahkan keduadua pihak melantik wakil maring-masing. Setelah menjalankan tugas sebagaimana yang
diarahkan oleh Mahkamah, Hakam juga mencadangkan perceraian tetapi defendan
enggan memberikan kuasa kepada Hakamnya untuk menceraikan Plaintif. Justeru itu
Mahkamah telah membentuk Hakam yang lain dan memberikan kuasa kepada Hakam
menceraikan Plaintif. Setelah menjalankan penimbangtaraan, Hakam kedua juga
mencadangkan perceraian antara pihak-pihak. Berdasarkan laporan tersebut Mahkamah
mengarahkan Hakam pihak Defendan menceraikan Plaintif dengan satu talak tanpa
sebarang bayaran.
3.

PROSEDUR PEMBUBARAN PERKAHWINAN SECARA TAKLIK

Permohonan cerai taklik hanya boleh dibuat oleh pihak isteri, iaitu apabila suami
melanggar lafaz taklik yang telah dilafaz dan ditandatangani oleh suami seperti mana
yang tercatat pada surat nikah. Begitu juga permohonan yang sama boleh dibuat
sekiranya suami atau isteri melanggar taklik yang dibuat oleh suami selain daripada
taklik yang dilafazkan selepas akad nikah, seperti suami berkata: “Sekiranya kamu pergi

5

melawat orang tua kamu, tertalaklah kamu” atau suami berkata: “Jika abang berjumpa
lagi dengan bekas isteri abang, maka jatuhlah talak antara kita.”
Peruntukan mengenai cerai taklik diperuntukkan di dalam Undang-undang
keluarga Islam negeri-negeri kecuali di Perlis. Seksyen 50 Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003) memperuntukkan bahawa seseorang perempuan
yang bersuami boleh jika berhak mendapatkan perceraian menurut syarat-syarat taklik
yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa
perceraian yang demikian telah berlaku. Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan
itu dan membuat suatu penyiasatan mengenai kesahan perceraian itu, dan jika berpuas
hati bahawa perceraian itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, hendaklah mengesahkan
dan merekodkan perceraian itu dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui
kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
Seseorang isteri yang ingin memohon cerai taklik mestilah terlebih dahulu
memastikan:
(a) Suaminya memang ada melafazkan sighah taklik;
(b) Terdapat dua orang saksi yang mendengarnya atau taklik tersebut bertulisdan
ditandatangani oleh suami dan
(c) Perlanggaran taklik telah berlaku.
Permohonan cerai taklik hendaklah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah di tempat
suami atau isteri bermastautin dengan mengisi borang yang disediakan di Mahkamah.
Pemohon mestilah melampirkan bersama salinan sijil nikah, laporan polis dan laporan
perubatan jika ada serta lain-lain dokumen yang berkaitan.
Pembubaran perkahwinan melalui cerai taklik menitikberatkan kepada beban
pembuktian bagi mensabitkan berlakunya pelanggaran lafaz taklik yang telah dibuat oleh
pihak suami. Lantaran itu, setiap permohonan cerai taklik mestilah disokong dengan
bukti yang kukuh dan saksi sebagaimana yang diperuntukkan dalam hukum Syarak dan
juga Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah seperti yang diterangkan di bawah

6

Seksyen 86 (5) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang
memperuntukkan bahawa kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam
seksyen ini, keterangan hendaklah diberikan oleh dua orang saksi lelaki atau oleh
seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.
Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa kes permohonan cerai taklik yang
ditolak oleh Mahkamah disebabkan pemohon gagal mengemukakan saksi bagi
menyokong dakwaannya. Dalam kes Zabidah lawan Abdul Rahim (1993, 4 JH 235)
contohnya, dakwaan oleh pemohon bahawa beliau telah ditinggalkan oleh suaminya
selama lima bulan telah ditolak kerana kegagalannya untuk mengemukakan dua orang
saksi. Suami iaitu pihak kena tuntut dalam kes ini kemudiannya telah bersumpah syar cie
menafikan dakwaan itu dan selepas dia bersumpah Mahkamah memerintahkan supaya
dibuang kes.
3.

PROSEDUR PEMBUBARAN PERKAHWINAN SECARA KHULUK

Permohonan perceraian secara khuluk boleh dilakukan oleh pihak isteri walaupun tanpa
alasan kepecahbelahan perkahwinan (fault theory). Perceraian melalui khuluk
merupakan pilihan bagi pihak isteri sekiranya perceraian tidak dapat dilakukan melalui
lafaz talaq, fasakh atau taklik, iaitu dengan memberikan pampasan atau tebusan kepada
pihak suami. Peruntukan mengenai perceraian secara khuluk ini turut diperuntukkan di
dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri seperti yang termaktub di bawah
seksyen 49 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003), Akta
Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (2006), Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam Selangor (2003) dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka
(2002).
Seksyen 49 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (2003)
memperuntukkan bahawa jika suami tidak bersetuju untuk menjatuhkan talak dengan
kerelaannya sendiri, tetapi bersetuju bercerai dengan cara penebusan talak atau tebus
talak, Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talak dipersetujui oleh pihak-

7

pihak itu, mengarahkan suami itu untuk melafazkan cerai dengan cara penebusan, dan
perceraian itu adalah ba’in sughra atau tidak boleh dirujuk.
Mahkamah seterusnya hendaklah merekodkan cerai tebus talaq itu dengan
sewajarnya dan menghantar suatu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar
yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
Jika kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan mengenai jumlah bayaran
tebus talaq , Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut Hukum Syarak dengan
mengambil kira taraf dan sumber kewangan pihak-pihak itu.
Sebaliknya jika suami tidak bersetuju untuk bercerai dengan tebus talak atau
tidak hadir di hadapan Mahkamah dan Mahkamah berpendapat ada kemungkinan yang
munasabah bagi suatu perdamaian, Mahkamah hendaklah melantik suatu Jawatankuasa
Pendamai sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu
hendaklah terpakai sewajarnya.
Sekiranya Jawatankuasa Pendamai tersebut gagal mendamaikan kedua-dua
pihak, Jawatankuasa Pendamai kedua akan dilantik. Jika Jawatankuasa Pendamai kedua
juga gagal, Mahkamah akan melantik Hakam yang terdiri daripada seorang wakil pihak
suami dan seorang wakil pihak isteri. Jika Hakam yang dilantik juga gagal memutuskan
perceraian secara tebus talak, Mahkamah hendaklah melantik Hakam untuk kali kedua
dan memberikan kuasa kepada Hakam tersebut untuk menceraikan pihak-pihak tersebut.
Dalam kes Talib lwn Sepiah (1979, 1 JH (1): 84), pihak menuntut telah menuntut
cerai daripada suaminya. Oleh sebab pihak kena tuntut tidak bersetuju untuk bercerai
walaupun dengan tebus talak, maka Mahkamah telah memutuskan kes itu diselesaikan
dengan cara melantik Hakam. Kedua-dua pihak telah melantik Hakam, walau bagaimana
pun kes ini tidak dapat diselesaikan kerana pihak kena tuntut tidak bersetuju walaupun
dengan tebus talaq. Kadi kemudiannya melantik Hakam bagi pihak kena tuntut di bawah

8

seksyen 74(4) Enakmen Mahkamah Syariah dan Hal Ehwal Perkahwinan Islam Kelantan
1966. Kemudiannya Hakam telah bersetuju mengadakan tebus talak sebanyak RM
100.00. Pihak kena tuntut telah membuat rayuan tetapi rayuan itu ditolak.
Dalam kes yang lain, Nerat lwn Rahmat Mahkamah mendapati telah berlaku
shiqaq antara suami isteri. Oleh itu Mahkamah memutuskan supaya dilantik Hakam bagi
menyelesaikannya. Hakam pihak lelaki telah bersetuju menceraikan si isteri dengan
tebus talak sebanyak RM 150.00
Daripada kedua-dua kes yang disebutkan didapati apabila suami tidak bersetuju
untuk bercerai secara tebus talak, Mahkamah akan melantik Hakam untuk
menyelesaikan kes tersebut tanpa

merujukkannya kepada Jawatan kuasa Pendamai

terlebih dahulu.
4.

PROSEDUR PEMBUBARAN PERKAHWINAN SECARA FASAKH

Secara umumnya hak untuk memohon pembubaran perkahwinan secara fasakh boleh
dibuat oleh kedua-dua pihak sama ada suami ataupun isteri. Hak memohon fasakh
lazimnya diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk
melafazkan talaq. Namun berdasarkan perkembangan terkini, di negeri-negeri di
Malaysia permohonan fasakh boleh dibuat oleh kedua-dua pihak sama ada suami
ataupun isteri. (Enakmen Keluarga Islam Selangor, 2003, s.53. Lihat juga undangundang yang sama di Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Pulau Pinang dan
Kedah Kelantan, Johor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak).
Seseorang isteri boleh memohon fasakh setelah memastikan wujud satu atau
lebih alasan-alasan fasakh (ibid) dengan mengisi borang khusus dan menyediakan segala
keterangan yang diperlukan seperti saksi-saksi, laporan polis, laporan perubatan dan
dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Tatacara bagi tuntutan fasakh adalah sama

9

dengan kes perceraian secara talak, cuma dalam kes fasakh tiada rujukan kepada Jawatan
kuasa Pendamai dan Hakam.
Permohonan pembubaran perkahwinan secara fasakh

memerlukan beban

pembuktian yang sangat berat kepada pihak yang menuntut. Oleh yang demikian, setiap
alasan dan dakwaan yang dikemukakan perlulah disokong dengan bukti yang kukuh atau
pun keterangan saksi yang mencukupi seperti mana diperuntukkan dalam Undangundang Keterangan negeri-negeri (Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri
selangor) 2003, s. 86 ).
Dalam kes Abdul Hanif lwn Rabiah (1996, 11 JH: 47) pihak.menuntut dan pihak
kena tuntut telah berkahwin pada 1 Mei 1982 dan selepas perkahwinan mereka tinggal di
rumah keluarga suami di Kuala Lumpur bersama dengan ibu, kakak, abang, abang ipar,
dan anak saudara suami. Pada masa perkahwinan tersebut, suami telah pun mempunyai
seorang isteri lain, akan tetapi dia tidak menyebutkan perkara itu dalam permohonan
perkahwinannya atau kepada penentang atau keluarganya sendiri. Masalah telah timbul
antara perayu dan penentang dan penentang telah membuat aduan di Pejabat Kadi di
Kepong dan membuat laporan Polis. Penentang kemudiannya membuat tuntutan fasakh
di Mahkamah Syariah dan hakim telah menolak tuntutan tersebut atas alasan bahawa
penentang telah gagal membuktikan apa yang didakwa. Beliau berkata walaupun
penentang dan saksi-saksinya telah menyatakan perayu telah memukul penentang tetapi
penentang telah gagal meyakinkan kepada Mahkamah bahawa dia telah lazim disakiti
tubuh badannya. Dalam keputusannya Hakim berkata “ Yang menuntut mengatakan
seorang suami tidak berhak menyakiti isteri dan tidak harus memukul isteri dan tidak
memberi nafkah kepada isteri adalah berlawanan dengan undang-undang dan hukum
Syarac, tetapi untuk menentukan seseorang itu sah atau betul melakukan penganiayaan
dan menyakiti itu, perlu dibuktikan sama ada melalui golongan shahid (saksi) sekurangkurangnya dua orang lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan’.

10

Manakala dalam kes Hairun lwn Omar (1991, 8 JH (2) : 289) si isteri telah
memohon supaya perkahwinannya dengan suaminya dibubarkan melalui fasakh dengan
mengemukakan alasan bahawa suaminya telah menganiaya dengan memukulnya. Hakim
telah berpendapat bahawa suami telah memukul isterinya dan pukulan tersebut bukan
atas dasar agama atau mengikut kehendak Syarak. Walau bagaimana pun, beliau
berpendapat tindakan memukul itu tidak boleh diertikan sebagai ‘lazim menyakiti’ dan
beliau telah menolak tuntutan isteri tersebut. Dalam kes ini isteri telah membuat rayuan
dan rayuannya telah diterima dengan alasan Hakim telah tersilap dari segi undangundang mentafsirkan seksyen 52(1)(h) itu dan juga perkataan ‘lazim menyakiti’.
Memandangkan Prosedur permohonan perceraian secara fasakh memakan masa
yang panjang dan beban pembuktian adalah berat, isteri biasanya dinasihatkan memilih
pembubaran perkahwinan secara talak, cerai taklik atau khulu’.
5.

PROSEDUR PEMBUBARAN PERKAHWINAN SECARA LI’AN

Li’an adalah hak isteri atau dengan kata lain suami mestilah melakukan li’an apabila
diminta oleh isteri (al-Shafi’i, t,th, jil. 5: 287). Oleh itu jika terdapat tuduhan daripada
pihak suami, maka isteri hendaklah segera membuat permohonan pembubaran
perkahwinan secara li’an kepada Mahkamah.
Prosedur atau tatacara li’an tidak diperuntukkan secara jelas di dalam undangundang Keluarga Islam di negeri di Malaysia, tetapi ia disebutkan secara umum dalam
peruntukkan yang berbunyi: “Jika pihak-pihak kepada suatu perkahwinan telah
bersumpah secara li’an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim syar’ie...” (Akta
Undang-undang Keluarga Islam (wilayah-wilayah Persekutuan) 2006: s. 50A. Lihat
undang-undang yang sama di Perak, Perlis, Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan
Sarawak). Tiada peruntukan li’an di negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Menurut Hukum syarak li’an hendaklah dilakukan di hadapan Hakim dan
dihadiri oleh segolongan orang Islam (al-Nawawi, t,th. Jil. 16: 437). Sebaik-baiknya
kedua-dua pihak berdiri ketika berli’an (ibid: 429). Sekiranya li’an dibuat kerana
11

tuduhan zina dan penafian anak, maka hendaklah disebutkan pada setiap pengucapan.
Hakim hendaklah memerintahkan suami membuat pengakuan seperti berikut:
“Bahawa aku bersaksikan Allah, sesungguhnya aku adalah benar dalam
membuat tuduhan terhadap isteriku ..........binti ...........telah melakukan
zina”.
Pengakuan tersenut hendaklah diulang sebanyak empat kali dan kali kelima suami
mestilah mengaku bahawa:
“Allah akan melaknati aku jika sekiranya aku berdusta dalam membuat
tuduhan terhadap ................binti................telah melakukan zina.
Setelah itu Hakim akan meminta isteri membuat pengakuan dengan berkata:
“Aku bersaksikan Allah sesungguhnya suamiku.............bin............adalah
berdusta dengan tuduhan zina terhadapku”.
Pengakuan tersebut hendaklah diulang sebanyak empat kali dan kali kelima dia mestilah
menyebut:
“Laknat (kemurkaan Allah) akan menimpaku jika sekiranya suamiku
benar dalam tuduhannya”
Setelah kedua-dua pihak berli’an, hakim akan memerintahkan mereka berpisah
dan tinggal berasingan selama-lamanya. Mahkamah seterusnya hendaklah merekodkan
perpisahan secara li’an dan menghantar satu salinan rekod yang diperakui kepada
Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk tujuan pendaftaran
(Akta ????.
5.

PENUTUP

Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat didapati hanya terdapat lima jenis
pembubaran perkahwinan dalam peruntukan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
di semua negeri kecuali di Perlis yang tidak mempunyai peruntukan mengenai cerai
taklik. Tiada peruntukkan di semua negeri mengenai pembubaran perkahwinan secara
zihar dan ila’. Manakala peruntukan mengenai prosedur pembubaran perkahwinan secara
umumnya adalah sama di semua negeri.

12

BIBLIOGRAFI
Ahmad Ibrahim. 1999. Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Kuala Lumpur :
Malayan Law Journal Sdn. Bhd.
Dewan Undangan Negeri Sembilan. 2003. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
Negeri Sembilan (Pindaan 2003).
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. 1985. Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam Pulau Pinang (Pindaan 1985).
Dewan Undangan Negeri Pahang. 1999. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Pahang (Pindaan 1999).
Dewan Undangan Negeri Pahang. 1989. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Dan Adat
Resam Melayu Pahang (Pindaan1989).
Malaysia. 2003. Perlembagaan Persekutuan (Pindaan 2003).
Malaysia. 1997. Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan)
(Pindaan 1997).
Malaysia. 1993. Akta Pentadbiran
Persekutuan)(Pindaan 1993).

Undang-undang

Islam

(Wilayah-wilayah

Malaysia. 1984. Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)
(Pindaan 1984).
Mohd Nasran Mohamad, Mohd Naim Mokhtar. 2004. Pembubaran Perkahwinan Melalui
Medium Elektronik Menurut Fiqh dan Undang-undang Keluarga Islam. Jurnal
Hukum. 17 (2) : 127-136.
Najibah Mohd Zin. 2002. Pembubaran Perkahwinan dan Permasalahan Berbangkit.
Kertas Kerja Seminar Keperluan Manual Mengenai Undang-undang Keluarga
Islam. IKIM.
Najibah Mohd Zin. 2002. Pembubaran Perkahwinan dan Permasalahan Berbangkit.
Kertas Kerja Seminar Keperluan Manual Mengenai Undang-undang Keluarga
Islam. IKIM.
Nik Noraini Nik Badlishah.1998. Perkahwinan dan Perceraian di Bawah Undangundang Islam. Kuala Lumpur : International Law Book Services.

13

Siti Zalikhah Mohd Nor. 1999. Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Kuala
Lumpur : Malayan Law Journal Sdn. Bhd.
Zaleha Kamaruddin. 1997. Isu-isu Kekeluargaan dan Undang-undang. Kuala Lumpur :
ABIM.
Zaleha Kamaruddin. 2001. Islamic Family Law Issues 2000. Kuala Lumpur : IIUM
Press.

14