You are on page 1of 7

1.

0 FUNGSI BAHASA MELAYU

BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa merupakan tunggak jati diri bangsa. Bak kata pepatah hilang bahasa
lenyap bangsa. Pepatah ini menggambarkan bahawa bahasa itu penting bagi
sesuatu bangsa. Sehubungan dengan itu, setiap Negara perlu mempunyai
sekurang-kurangnya satu bahasa kebangsaan untuk menjadi dasar bagi satu
identifikasi kebangsaan. Bahasa kebangsaan melambangkan identiti negara,
lambang penyatuan dan desakan semangat kebangsaan. Semasa penjajahan
British dahulu, bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pendidikan dan
pentadbiran Negara. Hal ini kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh mana-mana
pihak untuk memilih satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan.

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama


sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi
negara tersebut. Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan
sendiri. Misalnya, bahasa Melayu di Malaysia, bahasa Inggeris di United Kingdom,
bahasa Perancis di Perancis, bahasa Jepun di Jepun, dan bahasa Jerman di
Jerman. Lazimnya, terutama di negara yang baru memperoleh kemerdekaan
daripada penjajah, hakikat ini, yakni status dan kedudukan bahasa kebangsaan,
termaktub dalam Perlembangaan negara berkenaan.

Rasional bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan adalah


disebabkan tiga faktor. Faktor pertama ialah bangsa Melayu merupakan golongan
majoriti yang menduduki Malaysia. Jadi, bahasa Melayu yang merupakan bahasa
komunikasi antara masyarakat Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan. Faktor
seterusnya ialah bahasa Melayu dipilih kerana faktor sejarah. Pada masa dahulu
bahasa Melayu merupakan bahasa lingua-franca dan bahasa pentadbiran pada
abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya . Oleh itu, sejarah ini
menunjukkan kegemilangan bahasa Melayu yang mendorong kepada pemilihannya
sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa pentadbiran
kerana bahasa Melayu bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh
luar.Selain itu, bahasa Melayu tidak terikat kepada perbezaan susun lapis
masyarakat dan mempunyai sistem bahasa yang mudah dipelajari.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dibuktikan melalui kewujudan


perenggan 152 Perlembagaan Malaysia seperti berikut:.

“Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah digunakan dalam tulisan
yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain
bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa-
bahasa asing; (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan
meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam
Persekutuan”

Di samping itu juga, Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa


Kebangsaan terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu sebagai
Bahasa Rasmi dan Bahasa Pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah atau di
institusi-institusi pengajian. Usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan
penggunaan Bahasa Melayu ini telah dijalankan dengan lebih giat melalui pelbagai
aktiviti seperti minggu dan bulan bahasa, perjuangan politik bahasa, dan
melengkapkan bahasa serta buku-buku ilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu.

BAHASA RASMI

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi bagi negara Malaysia. Bahasa


rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi iaitu dalam urusan
pemerintahan dan pentadbiran, perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi,
perundangan dan kehakiman. Bahasa melayu juga dijadikan alat untuk tujuan
tertentu. Pada 1969 bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa rasmi
menggantikan bahasa Inggeris. Bahasa rasmi bagi sesebuah negara boleh terdiri
lebih daripada satu bahasa. Contoh negara Singapura yang mempunyai empat
bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Manderin dan bahasa
Tamil.
Bahasa Melayu, dan bukan bahasa lain, digunakan sebagai bahasa rasmi
kerana beberapa sebab, Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan
berupaya mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, maka layaklah Bahasa Melayu
dijadikan bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di
negara ini, maka dalam urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah
menggunakan Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi termaktub dalam undang-undang iaitu


Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu
dalam acara rasmi. Peruntukan ini sebenarnya memperkukuh ketetapan dalam
Perkara 152 (1). Butiran (6) Perkara 152 pula menyebutkan bahawa maksud rasmi
ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. Walaupun
kedudukan bahasa Melayu sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan dan juga dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 sebagai bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia, namun disebabkan ketidaktekalan
dan ketidaktegasan dalam pelaksanaannya, kita masih membicarakan usaha
pemerkasaan bahasa ini selepas hampir 50 tahun mencapai kemerdekaan.

BAHASA PERPADUAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan. Penyataan ini bererti bahasa


Melayu adalah agen penyatuan masyarakat. Bahasa Melayu juga menimbulkan
kecintaan dan semangat kebangsaan di kalangan masyarakat menerusi fungsinya
sebagai bahasa perpaduan. Selain itu, asas kebudayaan dan bahasa kebangsaan
mewujudkan bangsa Malaysia. Contoh negara lain ialah Cina menggunakan bahasa
CIna, Manchuria dan Monggolia, British menggunakan bahasa Inggeris, Scottish,
Wales dan Irish, Amerika Syarikat menggunakan berpuluh-puluh bahasa di bawa
pendatang dan Indonesia menggunakan 300 bahasa serumpun. Pada tahun 1988,
Mathiot dan Garvin menyatakan fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah
fungsi penyatuan.
BAHASA ILMU

Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu. Bahasa ilmu adalah bahasa yang
mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan moden sehingga
ke peringkat tinggi. Selain itu, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa akademik,
lengkap dengan laras-laras bahasa dan mampu memperkatakan pelbagai bidang
keilmuan. Di samping itu, bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata, istilah
dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang abstrak
dan kompleks.

Ciri-ciri bahasa ilmu terbahagi kepada dua bahagian. Pertama,


keintelektualan bahasa yang bermaksud keupayaan sesuatu bahasa itu
menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Keintelektualan
bahasa boleh dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata (kosa kata) dan
struktur kata. Contohnya perbendaharaan kata lebih banyak dan khusus, struktur
kata yang kompleks dan asing bermakna senang menerima unsur baru, dan akhir
sekali ialah pengimbuhan lebih kompleks dan ada imbuhan asing yang sudah
mempengaruhi pembentukan kata bahasa Melayu.

Ciri yang terakhir ialah kesempurnaan bahasa. Hal ini dicapai melalui
kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya. Kestabilan
merujuk kepada kepatuhan terhadap peraturan-peraturan sedia ada pada aspek
system ejaan, pengimbuhan, sebutan baku dan ayat. Kelenturan adalah
kesesuaiannya terhadap pemnaharuan-pembaharuan yang berlaku dalam
masyarakat bahasa, boleh menyesuaikan diri dengan perubahaan masa dan selera
penuturnya tanpa mengorbankan sifat-sifat aslinya. Kepelbagaian pula merujuk
kepada gaya penyampaian yang berbagai. Keberkesanan bermaksud keupayaan
menjelaskan maksud dengan tepat dan berkesan. Akhirnya, keindahan iaitu
penggunaan bahasa yang sedap didengar, bertenaga dan menarik.

Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah,


maktab, politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya
sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah
melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam bahasa Melayu.
Ratusan tesis dan disertai pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis
dalam bahasa Melayu, dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan
syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam bahasa Melayu. Semua perkara ini
tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang
menjadi warganegara Malaysia. Tidak syak lagi bahawa bahasa Melayu telah
membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana
ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Dalam konteks ini juga, kita telah melahirkan ribuan pelajar, pensyarah, dan
penyelidik yang fasih berbahasa Melayu, yang dapat mengungkap ilmu yang tinggi-
tinggi dalam bahasa Melayu, di samping petah pula berbahasa Inggeris. Kita turut
melahirkan siswazah yang menerima pendidikan melalui bahasa Melayu, yang telah
memasuki dunia pekerjaan dan memegang pelbagai jenis jawatan, daripada guru
dan pentadbir kepada eksekutif, usahawan, peguam dan ahli politik. Bahkan, begitu
berjaya sistem pendidikan kita dari segi penguasaan bahasa Melayu sehingga jika
kita mendengar seseorang bercakap tanpa melihat mukanya, kita tidak dapat
memastikan asal-usul keturunannya. Kadangkala penguasaan bahasa Melayu
pelajar bukan Melayu lebih baik daripada pelajar Melayu sendiri, yang dipengaruhi
oleh ciri dialek dan bahasa basahan.

Oleh sebab itu, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan
moden akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, bahasa
Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu. Keadaan ini tidak
bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk menghasilkan
pelajar yang dwibahasa sifatnya. Itulah sebabnya bahasa Inggeris diperkenalkan
sebagai mata pelajaran sejak tahun satu sekolah rendah. Seseorang pelajar yang
telah mengikuti sekolah rendah dan sekolah menengah melalui sistem pendidikan
kebangsaan dijangka telah menerima pendidikan bahasa Inggeris selama 11 tahun
dan sepatutnya telah menguasai bahasa tersebut dengan baik.

Tetapi, jika seseorang ketua mekanik, misalnya, ingin menyampaikan ilmu


membaiki jentera kepada pekerja di bengkelnya, ilmu itu tidak mungkin disampaikan
dalam bahasa Inggeris, melainkan dalam bahasa yang lazimnya digunakan dalam
perhubungan sehari-hari. Demikian juga, seseorang pegawai pertanian, yang ingin
menyampaikan taklimat tentang sistem perairan yang terkini yang baru dipelajarinya
melalui kursus yang dianjurkan oleh PBB di Manila, yang dikendalikan dalam bahasa
Inggeris, akan tetap menggunakan bahasa Melayu dalam taklimat itu kerana
pendengarnya, yang merupakan petani biasa, lebih selesa berbahasa Melayu.
Sesungguhnya, itulah bahasa yang paling sesuai untuk digunakan dalam konteks
ini.

Dalam konteks ini juga, kita mengandaikan bahawa pegawai pertanian yang
berkelulusan ijazah itu dapat mengikuti kursus dalam bahasa Inggeris di Manila dan
menggunakan bahasa itu dalam perbincangan dengan penyelidik atau golongan
intelek. Untuk menyampaikan taklimat kepada petani, kita mengandaikan bahawa
dia mempunyai senarai istilah yang relevan.

Jelaslah bahawa bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa


ilmu dalam dunia abad ke-21. Namun, kejayaan bahasa Melayu dalam tugas ini
amat bergantung pada kesediaan pengamal bahasa Melayu untuk menggunakan
bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu. Jika rasa megah terhadap bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu tidak ada dan jika semua pihak lebih selesa menggunakan
bahasa Inggeris, lama-kelamaan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan
berkurangan. Tetapi, kerana orang Melayu memang optimistik sifatnya, berdasarkan
kejayaan bahasa Melayu dalam 30 tahun yang lalu, potensi yang ada bagi bahasa
Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.

Contoh bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu dijadikan


bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu,
Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran
Inggeris menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Kini Bahasa
Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah ke
peringkat universiti. Penggunakan bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu
suasana kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum.
Dengan itu, sistem pendidikan nasional dapat dicapai.
BAHASA KOMUNIKASI

Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi yang juga dikenali sebagai


bahasa perhubungan. Tujuannya adalah melahirkan perasaan, menjana pemikiran
dan menjelaskan sesuatu yang tersirat dalam bentuk pertuturan. Selain itu,
penggunaan pelbagai laras bahasa mengikut situasi dan konteks (formal dan tidak
formal) mengukuhkan penyataan sebelumnya bahawa bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi.

Seterusnya, bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan antara rakyat


jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah sekian lama
menjadi lingua franca penduduk kawasan ini. Rakyat jelata yang dimaksudkan ialah
masyarakat biasa, bukan golongan elit yang, oleh sebab sifat dwibahasa mereka,
lebih selesa menggunakan bahasa campuran (Melayu-Inggeris).

Selain golongan ini, dalam perbualan sehari-hari, perhubungan antara rakyat


pelbagai kaum dan antara orang Melayu biasanya dijalankan dalam bahasa Melayu.
Oleh sebab itu, tidak mungkin Pak Abu di kampung berbahasa Inggeris dengan
isterinya, atau dengan jirannya yang sama-sama turun ke ladang, atau dengan Ah
Chong penjual ikan, atau Kandasamy penjual putu mayam. Demikian juga, ahli
politik Melayu yang berkempen dalam pilihan raya akan tetap menggunakan bahasa
Melayu, walaupun dia fasih berbahasa Inggeris.

Dengan kata lain, pada abad ke-21, bahasa Melayu kekal sebagai bahasa
perhubungan masyarakat biasa, yang jauh lebih besar jumlahnya berbanding
dengan jumlah masyarakat yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa
campuran Inggeris-Melayu dalam perhubungan harian. Akhbar dan majalah dalam
bahasa Melayu akan tetap laris. Siaran radio dan televisyen tetap ada dalam bahasa
Melayu walaupun siaran dalam bahasa Inggeris dapat juga bertahan.

You might also like