You are on page 1of 1

Apakah TOV ( take-off value ) ?

Boleh didefinasikan sebagai nilai letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan
potensi sedia ada seperti pencapaian akademik . Pencapaian ini merujuk kepada
pencapaian dalam setiap mata pelajaran.
Bagaimana mengenal pasti TOV ?
TOV ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 1, 2, 3, 4 dan 5
bagi calon UPSR. Akhir tahun tingkatan 1 dan 2 bagi calon PMR dan tingkatan 4 bagi
calon SPM. Cadangan bagi murid tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4 boleh digunakan
ujian pertengahan tahun. Bagi ePantau, TOV ditentukan berasaskan keputusan :

Ujian Pertengahan Tahun lepas

Ujian Akhir Tahun lepas

Ujian Ramalan 1

Ujian Ramalan 2

Judgement Guru

Apakah ETR ( expected targeted result ) ?
ETR boleh didefinasikan sebagai Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk
kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir atau peperiksaan
awam.
Bagaimana menentukan ETR ?
ETR ditentukan dengan merujuk kepada keputusan terbaik peperiksaan awam sekolah.
Apakah OTI ( operational targeted increment ) ?
OTI boleh didefinasikan sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang
diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.
Bagaimana menentukan OTI ?
OTI boleh dilakukan dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada
jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.