You are on page 1of 3

Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada awalnya diwujudkan sebagai Bahagian Alam Sekitar di

bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar pada 15 April 1975. Bahagian
Alam Sekitar kemudiannya ditempatkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan
Alam Sekitar pada Mac 1976. Berdasarkan kepada kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar, tanggal 1 September 1983, Bahagian Alam Sekitar telah
dinaikkan taraf ke sebuah Jabatan sepenuhnya dan dikenali sebagai Jabatan Alam
Sekitar Malaysia. Pada Mac 2004 JAS dipindahkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar. Penubuhan Jabatan ini adalah berasaskan kepada Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974 yang diwartakan pada Mac 1974 dan dikuatkuasakan pada 15 April
1975.
Logo JAS mempunyai reka bentuk yang terdiri daripada sepasang tangan dan bunga
kebangsaan, iaitu bunga raya. Ia juga berkonsepkan bentuk gasing beserta “wau”
(layang-layang) yang merupakan simbol kebangsaan yang menggambarkan identiti
kebangsaan. Gasing yang bverputar menggambarkan kedinamikan, kejujuran dan
pendekatan seimbang JAS dalam perlindungan alam sekitar. Layang-layang yang
meninggi menggambarkan peningkatan kesedaran nasional terhadap alam sekitar.
Sepasang tangan yang melambangkan perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan
warisan semula jadi. Ia juga merupakan keupayaan JAS untuk menjaga dan untuk
menguatkuasakan. Bunga raya adalah simbol kebangsaan yang menggambarkan
semangat patriotisme dan keberanian dalam menghadapi cabaran yang mendatang.
Seterusnya, warna hijau, biru dan merah dipilih untuk mewarnakan logo JAS
melambangkan sesuatu. Warna hijau melambangkan persekitaran hijau, perlindungan
dan pemuliharaan warisan semula jadi terutamanya tumbuh-tumbuhan semula jadi
termasuk gunung dan bukit. Warna biru melambangkan air yang bersih dan udara
bersih, perlindungan dan pemuliharaan sumber air dan udara bersih termasuk lapisan
ozon.
Warna
merah
melambangkan
bersemangat
dan
keberanian
dalam
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan mengenai perlindungan alam sekitar.
Pengurusan alam sekitar di Malaysia telah menjadi lebih sistematik apabila Akta Alam
Sekeliling ( AKAS) diwartakan pada 14 Mac 1974. Turutan dari itu sesebuah agensi
penguatkuasaan, Bahagian Alam Sekitar (mula dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar
1983) telah ditubuhkan pada tahun 1645 tenaga kerja apabila beroperasi sepenuhny)
yang ditempatkan di 15 buah Pejabat Negeri dan 25 buah Pejabat Cawangan di seluruh
Negara. Fungsi utama JAS adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran
dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
JAS juga bertanggungjawab untuk
melaksanakan resolusi yang diputuskan melalui konvensyen-konvensyen mengenai alam
sekitar peringkat antarabangsa seperti Vienna Convention for the protection of the
Ozone Layer1985, Protocol Montreal on Substances that Deplete the Ozone Layer 1987,
Basel Convention on the Transboundary Movement of Hazardous Waste and their
Disposal 1989 dan lain-lain di samping menjayakan program-program kerjasama dua
hala dan pelbagai hala di antara Indonesia, Singapura dan Negara-negara ASEAN lain

peningkatan berterusan kualiti alam. memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang. Tujuan DASN adalah untuk mewujudkan alam sekitar yang bersih. Perkhidmatan teras Jabatan dilaksanakan oleh bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat JAS Negeri. selamat. dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat. DASN bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan. JAS telah menjadi salah sebuah Agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan melaksanakan prinsip-prinsip yang tersenarai di bawah Dasar Alam Sekitar Negara (DASN). membuat keputusan bersepadu. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain. Terdapat lapan prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu pengawasan alam sekitar. Sehingga kini. sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan. dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. penggunaan mapan sumber-sumber asli. pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam. seperti dasar perhutanan dan perindustrian. komitment dan kebertanggungjawaban dan penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa. . peranan sektor swasta.mengenai pengurusan alam sekitar. Di samping itu juga.