You are on page 1of 27

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN KEPADA MASYARAKAT

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan
berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat
bak sirih, serumpun bak serai. Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota
masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan
mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun
terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang
menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia
pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu.
Banyak kempen dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan
kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting
dalam kehidupan bermasyarakat.
Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan
anggota masyarakat di sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui
penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di
kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,
majlis sambutan perayaan
atau perjumpaan bulanan komuniti dapat
mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan .
Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa
membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa
semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan
anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat
kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali
Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu
dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat
tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua
anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang
kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain
seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama
dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk
masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan
negara ke arah kegemilangan.
Di
samping
itu,
semangat
kejiranan
juga
penting
kepada
negara
kerana memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan
membawa
kemajuan
kepada
rakyat.
SloganNegara
Maju
Rakyat
Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka
pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan
secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama
dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan
oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama
secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina
pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan
seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun

pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan
oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah
semangat kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu
kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh
pihak kerajaan.
Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup
bersatu padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling
mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan
gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan
vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai
jati diri dan semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai
aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan.
Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena
ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah
pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan
rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia
sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas
menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka
melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melonjakkan Malaysia di
persada antarabangsa.
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya,
kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan
masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik
dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan
masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika
musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan,
Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan
masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong
asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program
Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan
semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan
membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.
Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan
menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada
pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya,
Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni
dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar
terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya
saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi
melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara
tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.

susu dan pakaian juga perlu diderma untuk membantu mangsa bencana yang hidup sehelai sepinggang dan tengah kelaparan.Bantuan kemanusian kepada bencana alam Bencana alam merupakan fitrah alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah. Makanan. Ketika tertimbus dalam gempa bumi. letupan gunung berapi. terutamanya Persatuan Bulan Sabit Merah dan pihak berkenaan supaya dapat meringankan beban mangsa seperti peribahasa berat mata memandang. Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia sering terlepas daripada pelbagai bencana alam seperti gempa bumi. paha kananya pun sakit juga agar mangsa bencana dapat pulih seperti sedia kala. malang tidak berbau. apakah bantuan yang dapat kita hulurkan kepada negara yang terlibat dalam malapetaka? Tidak dapat dipertikaikan lagi. sumbangan kewangan merupakan bantuan yang afdal untuk membantu mangsa bencana. pelbagai peringkat kutipan derma sering dijalankan oleh badan NGO. saintifik dan efektif. Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan . ribut taufan dan sebagainya. Persoalan yang terus melanda ruang legar fikiran kita. Negara kita boleh menghantar pasukan sukarela dan pasukan penyelamat yang profesional untuk mencari mangsa-mangsa yang tertimbus dan hilang. Untuk mencapai hasrat murni ini. kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan ibarat hulurkan tangan. tsunami. tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011 telah menggemparkan seluruh dunia. Pasukan . geruh tak berbunyi. Khalayak ramai boleh menyalurkan bantuan dengan kutipan derma.Tamsilnya. Tambahan pula. Proses penyelamatan mangsa memerlukan perancangan yang sistematik. berat lagi bahu memikul. Mangsa bencana alam memerlukan wang kerana segala harta mereka telah dimusnahkan. setliap mangsa hanya mempunyai “72 jam” untuk diselamatkan sebelum menemui maut. Semua umat tidak harus lokek atau kedekut dalam menghulurkan sumbangan kerana cubit paha kiri. kita perlu menghulurkan sumbangan dalam bentuk tenga dan kepakaran kepada negara yang menghadapi bencana untuk menyelamatkan mangsa. Badan-badan NGO dan media perlu menyeru orang ramai supaya memberikan sedekah dan derma kerana mangsa bencana yang amat memerlukan dan mendambakan bantuan kewangan bagi meneruskan kehidupan di alam fana ini. ringankan beban.

Hal ini demikian kerana mayat yang bergelimpangan tidak dikebumikan dengan baik. bantuan perubatan dan rawatan kesihatan harus disumbangkan kepada negara yang dilanda musibah. . Oleh itu. Sumbangan tenaga penyelamatan boleh menjadi platform untuk menyalurkan bantuan dalam melaksanakan usaha murni dengan menyedari pepatah. Sumatera Indonesia selepas dilanda tsunami pada tahun 2004. jalan raya. Setelah ditimpa malapetaka. Dalam konteks ini. Mereka hidup dalam penderitaan dan kesedihan akibat kehilangan ahli keluarga yang disayangi. Lazimnya mangsa bencana akan cirit-birit. bantuan membina prasranan dan infrastrutur yang rosak patut dihulurkan oleh negara kita terhadap mangsa bencana alam. bimbingan dan kaunseling perlu disalurkan kepada mangsa bencana alam. kesiangan dan fikiran sentisa bercelaru. Selain keperluan fizikal. segala infrastrutur di negara kita akan binasa. doktor dan jururawat harus dihantar ke negara yang dilanda malapetaka untuk memberikan rawatan kecemasan . Sokongan moral daripada negara kita amat penting untuk merawati hati mereka yang telah remuk-redam. keperluan rohani tidak kurang pentingnya kepada mangsa bencana alam. Negara kita perlu memberikan bantuan ubat-ubatan. Oleh itu .Gerakan Cepat dan Pasukan SMART di negara kita telah mempunyai segala kelengkapan yang canggih dan kemahiran yang cekap untuk memberikan bantuan pada bla-bila dan di mana-mana sahaja. bagai padang jarak. ekonomi negara berkenaan telah lumpuh. Lazimnya mangsa bencana alam akan menjadi trauma. kepialu dan batuk kering akan menular di tapak bencana alam. hari tidak selamanya panas. klinik. Penyakit taun. takut. iaitu sentisasa cemas. negara kita telah berjaya mendirikan lebih daripada 3 ribu buah rumah kos rendah yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana di Aceh . Sebagai contoh. rumah dan sebagai telah musnah. Sehubungan dengan itu. vaksin dan sebagai. pasukan perubatan kita perlu mendirikan pusat rawatan atau hospital sementara untuk menjalankan pembedahan dan memberikan rawatan kepada mangsa yang sakit atau cedera memandangkan kebanyakan hospital dan klinik tempatan telah musnah atau sarat dengan pesakit. Pakar psikologi dan ahli kaunseling negara kita juga perlu dihantar ke negara yang dilanda bencana alam. Pemimpin dan artis yang terkemuka boleh menziarahi mangsa untuk memberikan semangat kepada mereka supaya mereka memperoleh nur harapan selepas menempuhi dugaan Tuhan. demam dan muntah malah sistem imuniti mereka turut terjejas. Bekalan air bersih turut tercemar. Bukan itu sahaja. mangsa dapat menghadapi masa depan yang lebih berprestij dan penuh keyakinan. hospital . Lebih-lebih lagi. Pasukan perubatan yang terdiri daripada pegawai Jabatan Kesihatan. kerajaan negara kita patut menghantar pegawai-pegawai perancang ekonomi bersama-sama dengan ahli korporat tempatan untuk menghidupkan aktiviti ekonomi yang telah lumpuh di kawasan bencana itu. Saranan tentang pelan induk pembinaan dan pembangunan sosioekonomi boleh dicadangkan agar ekonomi dan masyarakat terbabit dapat pulih dengan secepat mungkin. sekolah. Lantas. padang terkukur. terutama ubat pelali. Tidak dapat dinafikan bahawa nasib mangsa bagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana pelbagai penyakit berjangkit akan merebak selepas bencana alam. Walhasilnya.

Misalnya. bagai enau dalam belukar. sebagai makhluk ciptaan Tuhan . “ berat sama dipikul. Oleh itu. Bak kata peribahasa Melayu. kita akan dihormati dan kehidupan kita akan lebih diberkati kerana tidak bersikap kedekut dalam menyumbangkan harta yang dimiliki. ringan sama dijinjing “. tempat tinggal. kita haruslah menunjukkan perasaan simpati dan belas kasihan terhadap golongan yang hidup dalam serba kekurangan seperti golongan kurang upaya. melepaskan pucuk masingmasing. bangsa dan agama. Masyarakat penyayang merupakan masyarakat yang salingmemerlukan antara satu sama lain tidak kira umur. Antaranya. sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. terdapat beberapa usaha yang telah dilaksanakan bagi melahirkan masyarakat penyayang di negara kita. Kita tidak harus bersikap ego. kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. kita membantu golongan kurang upaya ini dengan memberikan sumbangan dari segi kewangan. Hal ini demikian kerana mereka tidak akan berasa tersisih oleh masyarakat bahkan mereka akan berasa lebih dihargai. . Amat wajarnya kita membudayakan sikap tolongmenolong sesama manusia tanpa mengira bangsa. semua umat bagai saudara yang tidah harus dibezakan atas batasan geografi untuk bantu-membantu. buat jahat jangan sekali. iaitu seluruh dunia memperlihatkan perikemanusiaan dengan menghulurkan bantuan kepada negara yang ditimpa musibah.Secara tuntasnya. Dengan berbuat demikian. Masyarakat penyayang Dasawarsa ini. di sebalik malapetaka ada hikmatnhya. sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. agama dan negeri lantaran buat baik berpada-pada. Justeru. Namun di sebalik itu. atau pendidikan. Kata orang tua-tua. masalah sosial yang kian meruncing kini dapat dicegah jika kita berusaha membentuk sebuah masyarakat penyayang. Seluruh dunia akan bermuafakat sehingga melahirkan dunia utopia yang aman sentosa.

. Selain itu. usaha kerajaan pasti tidak sia-sia malahan dapat melahirkan kelompok masyarakat penyayang dalam kuantiti yang sangat membanggakan. Misalnya.“ kalau tidak dipecahkan ruyung. Lagipun. menganjurkan ‘Kempen Masyarakat Penyayang’ di tempat-tempat yang sesuai agar ramai yang menyertai kempen tersebut. Hal ini bertepatan dengan peribahasa. Ini menggambarkan bahawa pihak kerajaan perlu peka akan situasi ini dan mengambil tindakan bagi melahirkan masyarakat penyayang. Dengan ini. Jelaslah bahawa sikap ibu bapa yang sebegini mampu mencegah anak-anak mereka terlibat dalam gejala yang tidak sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah juga merupakan salah satu ejen yang penting dalam membentuk masyarakat yang penyayang. (P) Jadi. Contohnya. Pendedahan nilai-nilai murni harus didedahkan dan seterusnya disemai ke dalam jiwa setiap pelajar. Oleh itu. marilah kita bersama-sama membimbing golongan masyarakat yang sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menerajui pemerintahan negara. peranan masyarakat pendidik untuk melahirkan masyarakat penyayang tidak dapat dipertikaikan lagi. Seterusnya. ibu bapa haruslah bersikap terbuka dan bersedia mendengar segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak. sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab pihak sekolah juga haruslah memikul obligasi untuk melahirkan masyarakt yang penyayang. manakan dapat sagunya “. memang tidak dapat dinafikan bahawa keluarga bahagia juga dapat membentuk masyarakat penyayang. ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Dengan itu. para pelajar dapat membesar dengan persekitaran yang penyayang dan harmoni sekali gus impian untuk melahirkan masyarakat penyayang dapat direalisasikan. Ini disebabkan sikapahli keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama lain. semua pihak haruslah berganding bahu melahirkan masyarakat penyayang agar Wawasan 1 Malaysia dapat direalisasikan seperti yang dijanjikan. Hal ini sama dengan peribahasa. menjadi tenaga untuk memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara. “ melentur buluh biarlah dari rebungya “. Guru-guru pula mesti menyemai sifat penyayang kepada para pelajar sejak mereka kecil lagi seperti kata peribahasa Melayu.Pada realitinya. pihak kerajaan juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Oleh itu. Seyogia diharapkan golongan masyarakat akan memandang serius akan segala perubahan yang berlaku dalam usaha melahirkan masyarakat penyayang. Bukan itu sahaja. Seterusnya pendekatan-pendekatan yang bersifat penyayang semasa proses pembelajaran dan pengajaran seharusnya dikreatifkan. golongan kanak-kanak dan remaja banyak menghabiskan masa mereka di sekolah selain rumah dan sekolah dianggap sebagai rumah kedua mereka. impian negara untuk melahirkan modal insan bermentaliti kelas pertama dapat dilahirkan. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020. pihak sekolah tidak seharusnya hanya mendedahkan nilai-nilai murni kepada para pelajar dalam subjek Pendidikan Moral dan Agama Islam sahaja tetapi nilainilai ini perlu diterapkan pada setiap masa walaupun di luar waktu dua subjek tersebut. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi.

Faedah belajar scara kumpulan Dalam zaman yang penuh persaingan ini. Contohnya. Menetapkan matlamat. Namun. Belajar secara kumpulan memberikan suasana belajar yang menyeronokkan. menyediakan jadual waktu yang praktikal. menghadiri kelas tuisyen dan mengulang kaji pelajaran setiap hari merupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh pelajar demi mencapai kejayaan. Seseorang pelajar akan dapat belajar atau membuat ulang kaji dengan perasaan yang ceria tanpa tekanan daripada guru-guru. seseorang yang pemalu tidak berani bertanya kepada guru apabila dia . para pelajar sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu demi mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik. belajar secara berkumpulan boleh dikatakan sebagai batu loncatan ke arah kejayaan kerana usaha ini boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar-pelajar. Hal ini demikian kerana rakan-rakan merupakan orang yang paling dekat dengan pelajar selain ahli keluarga.

Mereka berpeluang untuk bertukat-tukar pendapat dan pandangan tentang kaedah menjawab soalan. muafakat membawa berkat. faedah belajar secara berkumpulan ialah dapat mewujudkan persaingan yang sihat dan menguntungkan. Seseorang pelajar yang menghadiri kelas tuisyen akan lebih menguasai sesuatu ilmu berbanding dengan pelajar yang tidak berpeluang menghadiri kelas tuisyen. belajar secara berkumpulan bukan saja dapat memupuk semangat bersatu padu. Justeru. Pelajar tersebut akan berusaha mengukuhkan kemahiran menjawabnya dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran.menghadapi masalah dalam pelajaran. Natijahnya. malah dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan meningkatkan prestasi mereka dalam akademik. para pelajar dapat berkongsi ilmu sesama mereka melalui kaedah belajar secara berkumpulan. belajar secara berkumpulan memang banyak manfaatnya kerana mampu mewujudkan persaingan yang sihat dan menguntungkan. seseorang pelajar dapat menghasilkan karangan yang lebih baik dengan adanya maklumat dan idea yang lebih relevan daripada rakan-rakan. . Mereka boleh berkongsi ilmu tentang sesuatu mata pelajaran dan bekerjasma menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Seterusnya. kita seyogianya melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan memanfaatkan kaedah belajar secara berkumpulan untuk menjadi seorang yang cemerlang dan seterusnya memberikan sumbangan bermakna kepada negara pada suatu masa nanti. bertanya dan belajar secara belajar yang memajukan diri Selain itu. seorang pelajar berasa tercabar dengan rakannya yang menguasai kemahiran menjawab dengan lebih baik. pelajar-pelajar dapat mengukuhkan kemahiran dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki kelak. Perkara ini merupakan satu persaingan yang sihat kerana setiap pelajar berusaha untuk meningkatkan prestasi masing-masing dengan bersaing antara satu sama lain dalam bidang akademik. Sebaliknya dia akan mengeluarkan buah fikirannya di depan rakan-rakan. belajar secara berkumpulan merupakan langkah yang bijak bagi pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan. Bak kata pepatah. Hal ini demikian kerana belajar secara berkumpulan mampu membuka langkah kepada pelajar untuk memajukan diri dalam pelajaran. Contohnya. belajar secara berkumpulan dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri pelajar di samping dapat menerapkan nilai toleransi. Kesimpulannya. bertukar nota pelajaran dan lain-lain. Melalui perbincangan secara berkumpulan. Para pelajar dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan cepat dan berkesan melalui semangat kerjasama yang diamalkan. Sebagai tamsilnya. sudah terang lagi bersuluh. Sebagai bakal pemimpin negara. berkumpulan bukan sahaja dapat memberikan suasana menyeronokkan malahan membuka peluang kepada pelajar untuk dalam pelajaran dengan acuan sendiri. Berdasarkan mauduk yang dinyatakan.

Selaku warga yang bertanggungjawab.Usaha-usaha memartabatkan bahasa Melayu Mutakhir. semua pihak seharusnya terpanggil untuk memperkasakan bahasa kebangsaan di negara ini kerana hendak seribu daya. Persoalannya apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan? . isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia. tak hendak seribu dalih.

Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan. menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah yang bolehdilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. kempen ini juga mestilah diadakan sepanjang tahun di seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Antara usaha yang boleh diambil dan dilakukan oleh semua pihak adalah seperti mempertahankan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua mata pelajaran di sekolah rendah. cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan adalah dengan mengadakan kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’. iklan. pidato. Selain itu pihak yang terlibat boleh menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada semua guru untuk membolehkan mereka mencapai tahap penguasaan bahasa Melayu yang tinggi. komik. aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah pertandingan bahas. dan menolak sebarang tuntutan untuk kembali kepada dasar PPSMI. aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim kelab dan persatuan di sekolah khususnya persatuan bahasa Melayu. novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat. Lagipun. Dalam konteks ini. sekolah rendah dan menengah sebagai pengalaman yang menarik. Misalnya. serta penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan. Di samping itu. Sebagai contoh. .Pada pendapat saya. Jelaslah. antologi. pesta pantun. Tegasnya. berkesan dan memikat dengan menggunakan pelbagai bahan kreatif dan inovatif. kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’ merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan. menengah. bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi majalah. Tambahan pula. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum. Sebagai tamsilan. deklamasi sajak dan lain-lain. bahan bacaan yang diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa menjejaskan kualitinya. penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan. salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan. Selain itu. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Saya optimis. penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita. Mengambil tindakan segera untuk menjadikan pembelajaran bahasa Melayu pada peringkat prasekolah. aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari.

Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita kerana ’Bahasa Jiwa Bangsa’! . Kesimpulannya. semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.Sistem pendidikan kebangsaan juga boleh menyusun strategi bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat di Malaysia.

Kemudian. setiap guru diberikan sebiji buah epal dan sebilah pisau dan aktiviti membuang kulit epal tersebut tanpa henti dan tidak terputus. Ramai pelajar membantu para guru untuk cepat sampai di dalam dewan . para guru dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan untuk melakukan aktiviti teka silang kata yang disediakan oleh pelajar Tingkatan Lima. Para guru perempuan dan lelaki memakai pakaian yang sungguh menawan dan segak belaka.Sambutan Hari Guru 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang amat bermakna bagi pendidik bangsa. Aktiviti ini berlangsung selama empat puluh minit dan markah diambil untuk memenangi hadiah yang disediakan. Dewan sekolah kami juga telah dihias cantik dengan kad-kad ucapan Hari Guru kepada semua guru dan belon-belon yang diikat cantik bergantungan pada setiap pintu dewan. Setelah selesai melakukan aktiviti menyanyikan lagu Guru Malaysia. Tepat pada jam 8. Tanpa paksaan. Aktiviti Hari Guru berkenaan diteruskan dengan eksplorasi yang dimainkan oleh para guru secara berkumpulan berdasarkan petunjuk yang diberikan. Para pengawas yang menjadi jawatankuasa kerja kelihatan berbaris di sepanjang dewan dengan memegang sekuntum bunga mawar merah untuk dihadiahkan kepada setiap guru. Kami terpegun melihat kek besar berbentuk angka sepuluh sebagai tanda ulang tahun sekolah yang berusia sepuluh tahhun. masing-masing membawa hadiah yang pelbagai saiz untuk dihadiahkan kepada guru-guru mereka. Aktiviti tersebut dilakukan di dalam kawasan sekolah yang jaraknya tidak jauh dari bangunan dewan supaya tidak memenatkan para guru untuk mencari barang dikendaki. Selepas acara tersebut. Acara yang pertama diadakan ialah memotong kek sempena hari guru secara beramai-ramai dan acara ini dibantu oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima. Para pelajar bersorak gembira mendengar nyanyian yang dipersembahkan oleh para guru. agama dan negara. Acara di dalam dewan bermula pada pukul 9. Para pelajar juga tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Guru.00 pagi. Kami dapat menyaksikan wajah-wajah keceriaan yang tergambar pada setiap pendidik kami. sekolah saya telah menyambut Hari Guru dengan begitu meriah. Pada 16 Mei yang lalu. semua guru dan pelajar diarahkan masuk ke dewan untuk bersama-sama menyaksikan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan oleh para guru di sekolah kami.30 pagi. Sekolah saya juga tidak ketinggalan untuk menyambut perayaan Hari Guru yang penuh bermakna walaupun serba sederhana. para guru diminta untuk menyanyikan lagu sempena Hari Guru secara beramai-ramai tanpa menggunakan mikrofon. Pada setiap tahun Hari Guru pasti akan diraikan setiap sekolah di Malaysia. Tujuan menyambut Hari Guru adalah untuk meraikan mereka yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk mendidik para pelajar agar menjadi seorang insan yang berjaya dan berguna kepada bangsa.

Kemudian. Kemudian. lakonan yang disampaikan oleh wakil pelajar tingkatan empat telahberjaya mencuit hati guru dan para pelajar. Aktiviti ini hampir menelan masa satu jam untuk semua guru melepasi cabaran yang diberikan. Selepas babak lakonan dipersembahkan. Setelah selesai. pelajar memberi hadiah kepada guru. Setelah 1 jam 30 minit aktiviti di luar dewan dijalankan. aktiviti membalas pantun yang diwakili pelajar Tingkatan Tiga juga mendapat sorakan yang begitu gemuruh. Sekitar jam 12. pengerusi majlis membenarkan pelajar untuk menyerahkan hadiah yang ingin dihadiahkan kepada guru masing-masing.00 petang. semua pelajar dibenarkan pulang.30 tengah hari. pengerusi majlis mengumumkan pemenang yang memenangi aktiviti yang telah disediahkan. . pengerusi majlis menyuruh pelajar yang terlibat dalam aktiviti persembahan lakonan dan sajak tampil ke atas pentas untuk melakukan persembahan mereka. puan Pengetua mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pelajar dan guru yang berjaya melaksanakan Hari Guru pada kali ini.dan kira sebagai pemenang aktiviti tersebut. Kami semua pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Setelah para pelajar dan guru duduk di kerusi masingmasing. Menjelang jam 2.30 tengah hari. Para pelajar juga telah membawa hadiah yang hendak diberikan kepada guru-guru mereka. Tepat pada pukul 12. para guru dan murid dibenarkan untuk keluar rehat. semua pelajar dan guru dikehendaki masuk ke dalam dewan semula untuk melaksanakan aktiviti yang seterusnya.

pihak kerajaan juga boleh menganjurkan aktiviti – aktiviti sukan yang melibatkan perlawanan antara daerah . pihak kerajaan jaga memainkan peranan yang penting mengalakkan minat bersuka dalam kalangan remaja . Hal ini secara tidak langsung . Hal ini demikian kerana. Prakarsa yang dapat diambil oleh pihak kerajaan ialah memberikan galakan kepada para remaja dan menyediakan pelbagai infrastruktur . para remaja hari ini kurang berminat dalam aktiviti bersukan . Memetik wasitah nirmala seterusnya . Amsalnya . dapat menarik minat remaja untuk melakukan aktiviti yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat. Sebagai tamsilnya dengan mengadakan pertandingan bola sepak antara daerah di sekolah menengah. Contohnya. Kerajaan boleh menyediakan hadiah kepada pemenang untul menarik minat . Sekiranya anak-anak memilih peralatan sukan yang lengkap an sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. kasut. Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakkan seperti membelikan peralatan sukan. Walau bagaimanapun. ada sehelintir ibu bapa yang tidak memberi galakkan kepada anak-anak dalam aktiviti kokurikulum dan hanya menumpukan sepenuh perhatian dalam pencapaian akademik sahaja. Natijahnya .Usaha-usaha memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Tambahan pula . gelanggang badminton dan gelanggang sepak takraw di setiap komuniti dalam negeri . sekolah. Hal ini kerana .Anggapan sebegini adalah salah kerana aktiviti kokurikulum banyak memberikan impak positif kepada pelajar untuk cemerlang dibidang akademik dan kokurikulum. para remaja akan semakin bersemangat dan berasa lebih selesa untuk menceburkan diri dalam bidang sukan . Dengan hal demikian. negeri dan juga negara. aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Janganlah disediakan dengan peralatan yang ala kadar sahaja seperti melepaskan batuk di tangga. pihak kerajaan boleh membina gelanggang futsal . minat anak-anak dalam bidang sukan dapat dikembangkan seterusnya mereka akan berlatih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestai serta melakar kemenangan yang boleh mengharumkan nama ibu bapa. ibu bapa perlulah membelikan baju. peralatan sukan seperti raket atau kayu hoki dan sebagainya yang diperlukan oleh anak mereka.

Naib juara marathon Olimpik yang mempunyai keperluan pemakanan yang sangat berbeza dari seorang pekerja pejabat dengan gaya hidup sedentari. anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam sukan. Mereka boleh memilih diet yang boleh membantu seseorang atlet yang berat. olahragawan atau ahli sukan ialah seseorang yang menyertai acara bersukan. remaja akan lebih berminat dalam bidang sukan Selain itu. menjadi lebih ramping atau lebih muscled bergantung kepada atlet apa memerlukan. Selain itu. Sebagai kesimpulannya. Bak kata peribahasa. ketangkasan dan ketahanan. Kebanyakan atlet profesional khususnya mempunyai susuk badan yang sihat dikembangkan hasil daripada latihan fizikal berpanjangan dan senaman badan ketat serta disiplin pemakanan yang tegas. ringan sama dijinjing. Setiap orang mempunyai keperluan pemakanan yang berbeza bergantung kepada jenis gaya hidup mereka. Mereka juga boleh menemani dan menyaksikan sendiri anak-anak mereka berlatih atau bertanding. tetapi ianya harus diseimbangkan dengan kejayaan dibidang kokurikulum juga terutamanya sukan. Dengan itu. Peluang kerjaya dalam bidang sukan Seorang atlet. ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan dijalankan. berat sama dipikul. semua pihak perlu menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk memupukminat bersukan dalam kalangan remaja. Contoh atlet yang Berjaya dalam bidang sukan di negara kita ialah Datuk Lee Chong Wei. Pakar diet dan pemakanan boleh membantu merancang diet harian bagi setiap individu yang memenuhi kedua-dua keperluan kalori serta pemakanan seseorang bergantung kepada keperluan mereka. Malah. Atlet yang hebat mempunyai kemahiran fizikal yang baik dari segi kekuatan. Datuk Nicol Ann David dan sebagainya. Dengan cara itu. mereka turut bertanggungjawab merawat keceraan atau . menurunkan berat badan. Peranan utama doktor sukan adalah mengelakkan atlet daripada mengalami kecederaan. Tidak dinafikan kejayaan di bidang akademik amat penting. orang atlet dan sukan profesional memerlukan nasihat pakar pemakanan. jadi kawasan ini adalah laluan kerjaya yang baik bagi mereka.remaja untuk melibatkan diri dalam pertandingan. Dengan adanya dorongan dan sokongandari ibu bapa sudah tentulah akan mendatangkan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak mereka dalam usaha untuk mencipta kejayaan.

Pemulihan segera amat perlu terutama dalam pertandingan liga di mana turutan perlawanan hanya selang beberapa hari. Seorang jurulatih yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan dihormati oleh atlet. jurulatih bermaksud orang yang melatih orang lain seperti ahli sukan supaya mahir. Menurut Kamus Dewan. 1 Murid 1 Sukan . Kejurulatihan berkaitan dengan jurulatih dalam segala aspek. Selain itu.memulih kecergasan badan atlet setelah pertandingan secepat mungkin. jurulatih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk melatih atlet sehingga menjadi pakar dalam sesuatu bidang sukan. Jurulatih perlu menetapkan prestasi pencapaian yang realistik supaya atlet tidak mudah putus asa apabila tidak mencapai sesuatu matlamat. Peningkatan prestasi atlet dicapai dengan perlahan dan mungkin kurang konsisten. Hal ini memudahkan jurulatih untuk memberi arahan.

Seperti yang kita sedia maklum. sekolah dan juga masyarakat agar minda cerdas badan sihat. Kesungguhan tersebut akan mencetuskan komitmen terhadap latihan bagi mencapai keputusan yang terbaik. Malahan. dasar ini telah memberi pelbagai faedah kepada setiap pelajar. bangsa dan agama seperti yang berat sama dipikul. yang ringan sama dijinjing. pemahaman mereka terhadap sesuatu bangsa atau agama akan lebih meningkat. ketika menghadiri latihan sukan bola sepak. pemikiran kita dalam pembelajaran dalam kelas akan menjadi lebih mudah. Keadaan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan sensitiviti mereka dan juga menambah pengetahuan masing-masing akan budaya pelbagai kaum. jati diri. Dasar ini mewajibkan setiap murid yang sihat tubuh badan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan. semakin tinggilah martabatnya di mata masyarakat. dasar ini dapat memupuk perpaduan antara kaum. badan akan menjadi lebih sihat. dan disiplin diri. Dasar ini juga dilihat mampu menjadi landasan ke arah kecemerlangan sukan di sesebuah sekolah dan juga negara. Apabila badan menjadi sihat.Tahun 2011 merupakan tahun yang penting bagi Kementerian Pelajaran kerana pada tahun ini adalah tahun perlaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan di semua sekolah seluruh Malaysia. Badan yang sihat diperoleh melalui rembesan peluh dari badan apabila kita melakukan senaman. Sekiranya murid tersebut menang dalam pertandingan yang disertai. Penglibatan dalam satu-satu jenis sukan akan melibatkan ramai pelajar lain yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Selain itu. Minat yang mendalam terhadap sesuatu sukan akan mendorong untuk berlatih bersungguh-sungguh. Semakin tinggi tahap penglibatan pelajar tersebut. Begitu juga sekiranya pelajar . Tidak dapat dinafikan lagi. Sebagai contoh. Semakin banyak peluh yang keluar. “tak kenal. nama sekolah dan negeri akan naik. Penglibatan pelajar dilihat mampu menaikkan nama sekolah. Antara faedahnya adalah. Mereka boleh mengambil lebih daripada satu sekiranya mereka mahu dan pada masa yang sama. Dasar 1 Murid 1 Sukan juga mampu membentuk sahsiah. maka tak cinta”. Pendek kata. aktiviti sukan mampu menjana kepada badan yang sihat dan otak yang cerdas. misalnya pertandingan memanah peringkat kebangsaan. sekolah tersebut mempunyai kemudahan untuk menganjurkan sukan berkenaan. dasar ini mampu memberikan peluang kepada setiap pelajar untuk meningkatkan keupayaan jasmani kendiri. pelajar tersebut perlu menepati masa latihan supaya jurulatih dan kawan-kawan yang lain tidak akan tertunggu-tunggu dan juga pembaziran masa tidak akan berlaku keranaorang yang membazir masa selalu rugi.

nama negara turut harum dalam persada sukan yang disertainya. kira-kira 2000 spesies telah didokumentasikan sebagai tumbuhan ubat-ubatan. memandangkan Malaysia merupakan antara negara terkaya di dunia dengan memiliki hutan yang mengandungi lebih daripada 20 ribu spesies tumbuhan. tidak dapat dinafikan lagi. Guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan setiap pelajar menyeimbangkan kedua-dua perkara ini. pasaran produk berasaskan herba tidak perlu dikhuatiri kerana wujudnya arah aliran dalam kalangan masyarakat berpendidikan tinggi yang sudah mula mengutamakan produk berasaskan alam semula jadi berbanding dengan produk yang mengandungi bahan kimia. sekali gus . Sementara itu. industri herba dan aromatik juga berpotensi untuk menjadi sumber komoditi baharu negara selain kelapa sawit.tersebut menang di peringkat antarabangsa. Kesimpulannya. bijih timah. Namun. Sekali gus sektor ini mampu memberikan pulangan yang lumayan sehingga berbilion-bilion ringgit setahun sekiranya usaha dan kaedah tanaman secara komersial dilakukan dengan betul. koko. kedua-duanya mampu mendorong kepada pelajar tersebut untuk membentuk jati diri keranajika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana. Lebih membanggakan kita daripada jumlah tersebut. Tumbuhan herba yang tumbuh subur di hutan Khatulistiwa di Malaysia sememangnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana pendapatan negara. Usaha untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai dimensi baharu komoditi negara bukanlah suatu hal yang mustahil untuk dicapai. Dasar 1 Murid 1Sukan memberikan banyak faedah kepada individu pelajar itu sendiri dan juga masyarakat. dan minyak mentah. data menunjukkan bahawa nilai pasaran hasil produk tumbuhan herba tempatan mencatatkan jumlah RM9 bilion setahun. setiap pelajar harus diingatkan bahawa keseimbangan antara akademik dan kokurikulum adalah sangat penting. Hutan di negara ini menyimpan segala jenis herba. iaitu tumbuh-tumbuhan yang kini khasiatnya dikaji untuk manfaat manusia sebagai makanan dan ubat-ubatan. Pada tahun 2009. Sehubungan dengan hal itu. Industri herba Berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap hasil produk tumbuhan herba pada peringkat domestik dan global. getah. industri herba dan aromatik di Malaysia dilihat mempunyai potensi untuk merangsang ekonomi negara.

dan ekstrak yang mengandungi bahan aktif. terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.2% peluang pekerjaan daripada jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan. pengguna yang semakin peka dengan aspek kesihatan dan kecantikan. . hasil tumbuhan herba juga digunakan dalam industri makanan. seperti perubatan tradisional. Selain itu. kerajaan telah mengatur beberapa banyak langkah yang konstruktif dan pragmatik. sudah tentu memberikan jaminan yang lebih kukuh kepada peserta dalam industri ini untuk lebih berdaya saing bagi memenuhi permintaan pengguna. 48. Langkah-langkah memajukan Industri Kecil dan Sederhana Dewasa ini. IKS ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Pasaran bagi produk herba yang meningkat berkali-kali ganda. Saintis Barat yang lebih pantas mengorak langkah untuk mengaut keuntungan daripada sektor ini menyedari bahawa penggunaan tumbuhan herba sebagai ubatubatan kurang memberikan kesan sampingan berbanding dengan penggunaan ubat moden. perisa. penghasilan bahan kimia tulen dalam ubat-ubatan.9% dan 31. Nilai import produk herba dan aromatik serta pasaran makanan kesihatan turut menunjukkan peningkatan. kosmetik. minuman. Di Malaysia. Sektor ini menjanjikan pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan penghasilan sesetengah tanaman tradisi lain yang banyak diusahakan oleh petani atau pekebun kecil di luar bandar. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. Malaysia juga tidak terkecuali daripada dilanda arus perkembangan perubatan tradisional dunia. di samping aspek keberkesanannya yang lebih terjamin. perusahaan tumbuhan herba berupaya untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada peladang dan petani. bahan pencuci. Peningkatan permintaan tersebut sangat berkait rapat dengan faktor tumbuhan herba yang digunakan secara meluas dalam produk.7% masingmasing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap.berfungsi sebagai stor simpanan yang mengandungi bahan herba bernilai untuk diproses menjadi produk penjagaan kesihatan. kemasan diri. Demi merancakkan IKS. IKS menyediakan sebanyak 44. Oleh sebab itu. penambahan diet serta wangi-wangian. lebih cenderung untuk memilih produk yang berasaskan herba dan aromatik kerana faktor risiko yang rendah. Selari dengan perubahan gaya hidup masyarakat dunia dan keperluan industri makanan.

Antaranya termasuklah program rantaian industri. UKM Pakar Runding Sdn. program pembekal global. Bantuan ini dapat mendorong para pengusaha yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian. skim geran penyelidikan dan pembangunan. Para pengusaha memang memerlukan khidmat nasihat dan sokongan teknikal dalam usaha melicinkan operasi IKS agar lebih produktif. Tanpa khidmat nasihat dan perundingan kepakaran. Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) merupakan agensi kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan IKS.. serta syarikat kewangan. dan kos efektif. di samping meningkatkan daya pengeluaran dan kualiti produk. khidmat nasihat dan perundingan kepakaran turut disediakan oleh pihak kerajaan. agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS. kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang cenderung mengusahakan aktiviti IKS. berdaya maju. Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan. IKS nescaya dapat berkembang maju. Tidak ketinggalan juga. pinjaman dan insentif kepada para pengusaha IKS. geran. supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. Bhd. dinamik. Dalam konteks ini. perikanan. Antara agensi yang terlibat dalam khidmat nasihat dan bantuan teknikal termasuklah MARA (skim khidmat pakar perunding MARA). Pendek kata. program peningkatan kemahiran. Antara program yang ditawarkan ialah latihan . pihak kerajaan berprakarsa dan beriltizam membantu para usahawan untuk membangunkan IKS dan melipatgandakan perolehan. Melalui Skim Khas Bank Negara. dan sebagainya. Bahkan. membimbing dan melatih penduduk Bumiputera.Salah satu langkah perdana yang diambil oleh kerajaan ialah penawaran pembiayaan. perternakan. Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan dengan pembangunan industri. dan sebagainya. pengusaha-pengusaha yang mentah dalam selok-belok pengurusan IKS ataupun baru menceburi bidang ini akan menghadapi pelbagai rintangan. Usahawan dan pelabur yang ingin akan maklumat atau pendedahan lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi kerajaan dan beberapa badan yang lain. dan sebagainya. serta pemasaran global. Dalam pada itu. pemprosesan makanan. dan Persatuan IKS Malaysia. Antara geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS termasuklah skim kewangan. Kemudahan pinjaman yang disediakan pula melalui institusi kewangan kerajaan. bank komersial seperti Bank Rakyat dan Bank CIMB. Dengan adanya bantuan dan sokongan kerajaan. khususnya di luar bandar. Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperoleh pembiayaan. seperti Bank Pertanian dan Bank Simpanan Nasional.

IKS berdaya maju dan menyumbang kepada iktisad negara. dan program promosi pemasaran. Kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam melahirkan usahawan yang berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta pekerja mahir adalah tinggi. . pihak-pihak yang terbabit dalam sektor ini haruslah meneroka dan merintis bidang-bidang IKS baru dengan menghadiri ekspo-ekspo perindustrian di luar negara. IKS bukan sahaja berdaya maju bahkan menyumbang kepada ekonomi negara sekali gus merealisasikan Wawasan 2020. Melalui agensi-agensi kerajaan. kerajaan memainkan peranan yang mustahak dalam memajukan dan merancakkan IKS.keusahawanan. skim latihan perintisan. Secara tuntasnya. Selaras dengan ini. Dengan wujudnya inisiatif dan iltizam. Penglibatan IKS dalam pelbagai jenis aktiviti perkilangan menjadi penggerak dan tulang belakang kepada pertumbuhan sektor perkilangan amnya. Jadi. Hal ini demikian kerana pertumbuhan pesat sektor perkilangan memperlihatkan kepentingan dan peranan IKS yang kian ketara. pelbagai pihak telah mula menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini adalah melalui bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS.

Hasil pengelolaan industri penternakan secara optimal dan maju dapat meningkatkan kapasiti serta kualiti pengeluaran. pembanggunan ekonomi negara secara menyuluruh juga adalah salah satu kepentingan industri penternakan.Kepentingan industri penternakan Antaranya ialah menjana pendapatan penduduk setempat. Malaysia terpelihara dari virus-virus yang boleh membahayakan haiwan penternakan. Oleh yang demikian tahap pengeluaran produk ternakan sepanjang tahun boleh di kekalkan pada tahap yang optimum. Dengan kegiatan ekonomi industri penternakan yang semakin rancak. kita dapat menyaksikan pengurusan sumber yang lebih teratur dan optimum. Akhirnya ialah perancangan sumber teratur. sudah pasti negara dapat mengurangkan kebergantungannya terhadap produk yang diimport dari luar negara. Dalam persaingan perniagaan. Disamping cuaca yang kosisten sepanjang tahun serta akses pengairan yang baik. pelbagai peluang pekerjaan yang boleh dinikmati oleh masyarakat luar bandar dan sekitar kawasan penternakan. keperluan bagi industri untuk menghasilkan produk yang semakin berkualiti meningkat. Ia sekali gus dapat menjamin kelangsungan sumber dan memaksimakan perkembangan ekonomi. dalam banyak kes. Secara tidak langsung mengurangkan pengaliran mata wang tempatan ke mata wang asing. Selain itu. Seterusnya. Dengan peningkatan standard penternakan. Dengan memperkasakan industri penternakan. kita dapat menyaksikan pengembala lebih teratur dalam prosedur penternakan. Malaysia antara negara yang mempunnyai kawasan tanah subur yang sesuai untuk kegiatan penternakan. industri penternakan membuka ruang kajian saintifik secara mendalam. . Dengan menggalakkan penglibatan dalam industri sebegini. Kajian yang lebih mendalam terhadap baka ternakan yang sihat dapat di taja oleh syarikat korporat bagi tujuan optimisasi produk. Kegiatan mengurus ladang ternakan. logistik produk dan juga pengurusan bisnes dapat menjadi sumber pendapatan pelbagai pihak. Usaha sebegini dapat memberi daya saing bagi produk tempatan di peringkat global.