You are on page 1of 4

: APA ITU PENDIDIKAN INKLUSIF

Fokus:
(a) Program inklusif berbeza dengan sekolah tradisional yang memisahkan
pelajar yang kelainan upaya dari pelajar biasa.
(b) Program inklusif memerlukan guru-guru yang mempunyai latihan,
kemahiran dan pengetahuan khusus.
(c) Isu-isu yang terlibat dalam penubuhan dan penyelengaraan sekolah
inklusif sering berbeza dari isu-isu sekolah biasa. Ini juga bermakna ia sering
memerlukan penyelesaian yang tersendiri. Oleh itu, guru-guru program inklusif
memerlukan sumber yang khusus untuk menyesaikan masalah berkaitan
program inklusif.

Kandungan Asas:
(a)

Program sekolah inklusif bermula di akhir 1980an dan 1990an.

(b)

Isu-isu penting apabila membicarakan sekolah inklusif.


i.

Perlunya masa yang cukup untuk merancang.

Penyediaan program sekolah inklusif memerlukan masa, tenaga


dan sumber yang banyak terutama sekali jika ia program menyeluruh.

Perancangan perlu sebelum, semasa dan selepas program


inklusif dijalankan untuk memastikan segala isu yang timbul ditangani
dengan betul untuk memastikan prrogram itu berterusan.

ii.

Perlunya peningkatan professsional.

Bull dan Buechler (1997), mencadangkan peningkatan


professional yang berbentuk:
-

Berasaskan sekolah;

Menggunakan bimbingan (coaching) dan prosedur


berterusan;

Berbentuk kolaboratif;

Berteraskan hidupan seharian guru untuk memastikan


perkembangan berteruskan; dan

Berfokuskan pembelajaran dilalui pelajar.


Perkara lain yang perlu diambil kira:

Kenapa program inklusif diperlukan;

Bagaimana program akan dijalankan;

Kemungkinan ia berjaya;

Bentuk kolabirasi yang diperlukan;

Pasukan yang perlu dibentuk, termasuk pasukan mengajar;

Strategi berdasarkan kumpulan yang diperlukan


(pembelajaran koperatif, kumpulan pelbagai umur dan peertutoring);
-

Proses perubahan; dan

Isu-isu sekolah (disiplin, konflik dan latihan kemahiran


sosial).

iii.

Pentingnya peranan guru pendidikan khas.

Guru-guru yang terlibat dalam pendidikan khas sering datang


dari latar belakang yang berlainan, kerana itulah mereka mungkin
memerlukan latihan untuk memberi mereka keseragaman yang
membolehkan program berjalan dengan lebih lancar.

iv.
bahan yang teliti.

Perlunya perancangan penjadualan dan penggunaan

Pengalaman ramai penulis dalam bidang pendidikan inklusif


menunjukkan bahawa kakitangan sekolah yang hendak menjalankan

program inklusif sering tidak dapat menjangka keperluan bahan


dengan tepat.

v.

Isu isu penyelenggaraan sekolah inklusif.

Pada lazimnya sekolah sekolah yang memulakan program


inklusif akan jatuh dalam salah satu dari tiga kategori:
-

Program yang terus berkembang;

Program yang perkembangannya terbantut; dan

Program yang beransur-ansur kembali ke pendidikan


tradisional.

Strategi untuk menjadikan program inklusif berjaya perlu:


Mengekalkan kumpulan perancangan inklusif yang diberi
tugas mengawas perjalanan program dan mencadangkan
perubahan yang perlu.
Memastikan guru yang mengajar program itu dikekalkan
dengan keperluan yang cukup.

Terus melibatkan guru ketika merancang kolaborasi.

Pembangunan kakitangan secara berterusan.

Memastikan penilaian keatas program inklusif berterusan.

Sila rujuk bacaan asas dan tambahan.

(c) Aktiviti: Sebelum kita boleh menjalankan program inklusif atau apa-apa
program pendidikan, adalah penting untuk kita tahu pandangan dan pendapat
khalayak ramai, warga pendidik yang akan terlibat dan yang penting sekali, para
pelajar yang akan terlibat dibawah program yang akan dijalankan. Untuk
tugasan kecil ini anda perlu menjalankan dua aktiviti.

i.

Baca artikel yang diberi.

ii.
Tanya beberapa orang dari mereka yang akan
terlibat tentang pendapat dan kesedaran mereka tentang program
inklusif.
Dari bacaan dan perbualan anda, sediakan satu laporan ringkas (tidak lebih
dari tiga muka) dan muatkan ke dalam fail reflektif anda kandungan fail ini
boleh digunakan untuk melengkapkan tugasan tugasan anda..
Pautan Luar:
(a)

Pendidikan Inklusif menurut UNESCO.

(b) Menjalankan pendidikan inklusif memerlukan sumber dan pengetahuan


yang tersendiri.

Bacaan Utama:

You might also like