You are on page 1of 25

1.

0 Kaum dan Etnik Di Negeri Sabah


Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo,
pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi.
Sabah dikenali dengan gelaran "Negeri Di Bawah Bayu", Sabah bukan sahaja terkenal
dengan keindahan semulajadi tetapi juga dengan warisan budaya penduduknya.
Negeri Sabah mempunyai tidak kurang dari tiga puluh etnik suku kaum.
Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Etnik terbesar di Sabah adalah
Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya,
Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana,
Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.
Suku kaum di negeri Sabah mempunyai perbezaan yang ketara dari segi
bahasa, agama, adat istiadat dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.
1.1. Budaya Dan Adat Kaum Kadazan-Dusun
Kaum Kadazan Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah
dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan
dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum
di dalam kaum Kadazan Dusun. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun
Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara,
Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. Kadazan
mempunyai beberapa dialek yang digunakan oleh Dusun atau Kadazan di
Malaysia.Terdapat 50 bahasa kaum asli di Sabah, kesemuanya berasal daripada
bahasa Austronesia. Pengguna bahasa-bahasa ini berbeza dari segi saiz iaitu daripada
ratusan ke ribuan. Kebanyakan daripada bahasa ini dikategorikan kepada 4 sub
kumpulan iaitu Bajau (Sama-Bajau), Dusun, Murut dan Paitan.

Walaubagaimanapun bahasa kadazan-dusun berasal daripada kumpulan Dusun.


Kadazan atau Dusun merupakan kaum bumiputra terbesar di negeri Sabah. Sebenarnya
terdapat suatu kumpulan etnik yang bersifat kolektif serta menggunakan bahasa yang
sama dengan dialek berlainan. Malah kumpulan etnik Kadazan/Dusun ini mempunyai
persamaan dari segi kebudayaan serta kepercayaan tradisional. Di dalam kumpulan
1

etnik ini sendiri pula wujud 10 jenis sub bahasa yang mempunyai 30 dialeknya. Setiap
daerah

mempunyai

dialek

bahasa

Kadazannya

sendiri.

Sesetengah

daripada

masyarakat kaum Kadazan lebih gemar menggunakan gelaran Dusun sebagai nama
kaum mereka manakala masyarakat di Penampang atau Papar pula menggunakan
nama kaum Kadazan.
Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah yang terdiri daripada
dua kaum, Kadazan dan Dusun digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa
dan budaya

yang serupa. Bagaimanapun,

bezanya

etnik Kadazan tinggal di

kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik
Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.
Kepercayaan
Kaum etnik ini merupakan antara orang-orang asli yang mengamalkan
penanaman padi bukit (huma) serta padi biasa. Mereka menghuni bahagian Utara dan
Barat Sabah serta beberapa daerah sekitar Gunung Kinabalu terutamanya di bahagian
Ranau, Keningau dan juga Beaufort. Orang Kadazan mengamalkan kepercayaan
animistik serta semangat dalam setiap hidupan alam ini. Kebanyakkan orang Kadazan
telah pun meninggalkan amalan ini kerana kedatangan agama Kristian dan Islam dalam
kehidupan mereka. Segelintir golongan tua masih lagi mengamalkannya terutamnya
mereka yang tinggal di pedalaman Sabah. Walaupun begitu, akibat arus pemodenan kini
bilangan mereka sudah kian berkurangan. Orang Kadazan kini menjadikan amalan lalu
hanya sebagai kenangan atau sebagai sebahagian daripada adat mereka sahaja dan
tidak mengamalkannya secara serius.
Di kebanyakan daerah di Sabah, bomoh atau bobohizan masih lagi memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan seharian orang Kadazan. Bobohizan adalah
seorang bomoh perempuan yang terdiri daripada golongan yang sudah berumur dan
mereka memainkan peranan dalam hal-hal kesihatan serta kerohanian sesetengah
penduduk pedalaman. Kemahiran bomoh perempuan ini adalah dalam bidang
perubatan di mana wanita yang sakit bersalin akan dibidankan mereka. Selain
itu, boboh juga berfungsi

sebagai pembimbing

masyarakat

Kadazan

dari segi

kerohanian serta mengingatkan mereka kepada adat-adat lama yang sudah menjadi
warisan turun-temurun. Dalam perkahwinan, bobohizan juga menjadi pengantara dan
juga menjadi ketua dalam memastikan majlis berjalan lancar. Walaupun begitu, peranan
2

bomoh perempuan ini juga sudah kian berkurangan dalam kehidupan orang Kadazan
sepertimana yang berlaku kepada adat-adat lama yang dahulunya dipegang mereka.
Bilangan bobohizan dalam

negeri

Sabah

juga

tidak

banyak

dan

apa

yang

membimbangkan adalah usia kebanyakkan daripada bomoh ini sudah lanjut.


Pakaian Tradisional
Pada amnya, perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi kaum Kadazan
adalah sederhana berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian kaum lelaki
menunjukkan pengaruh pakaian Cina. Terdapat tiga jenis blaus kaum wanita. Satu
daripadanya ialah blaus lengan pendek yang dipakai oleh wanita muda. Satu lagi ialah
blaus dengan lengan dipakai oleh wanita pertengahan umur untuk pakaian seharian.
Jenis yang ketiga dipakai oleh wanita tua atau pakar ritual semasa sesuatu upacara.
Bagi kaum lelaki, mereka memakai Gaung, iaitu sejenis baju lengan panjang
tanpa sulaman. Pada masa sekarang, ia dihiasi dengan perhiasan dan butang emas.
Manakala Souva, sejenis seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru
indigo. Perhiasan emas di sepanjang pinggang seluar moden.
Tarian Tradisional
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di
Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau yang ditarikan untuk
mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan
juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan
penari lelaki dan wanita menari berhadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki
dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama
lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung
terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis
jamuan. Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan
tuaian baik dan disambut oleh semua kaum lain Sabah.

1.2. Budaya Dan Adat Kaum Murut


Kaum Murut merupakan antara suku kaum yang unik dan mencatatkan lebih
kurang 3.0% atau 50,000 orang daripada penduduk Sabah. Kaum ini terdiri daripada
banyak kumpulan yang menggunakan 15 jenis bahasa dan 21 dialek asal Murut. Namun
demikian bahasa Murut yang biasanya difahami ialah Taggal yang lebih menyerupai
bahasa Kadazan Dusun. Elemen bahasa ini boleh ditemui di Visaya (di Sarawak),
Brunei dan kaum Kelabit di Kalimantan. Bahasa Murut merupakan antara bahasa asli
pulau Borneo yang masih kekal hingga kini.
Kaum etnik Murut boleh ditemui kebanyakkannya di Keningau, Tenom,
Pensiangan, Kalabakan dan Kinabatangan. Ini menjadikan kaum Murut di antara kaum
etnik minoriti Sabah. Walaupun begitu, penduduk berketurunan Murut juga boleh
didapati di Brunei, Sarawak dan Kalimantan kesemuanya berdekatan sempadan
kawasan tersebut. Bahasa kaum ini didapati digunakan oleh pelbagai suku kaum dan
satu-satunya bahasa di Sabah yang mempunyai keistimewaan sebegitu. Kepelbagaian
jenis 'sub-kaum' Murut ini sememangnya mengelirukan pelbagai pihak kerana masih
banyak orang-orang Murut yang tinggal jauh di pedalaman.
Tempat Tinggal
Kaum Murut tinggal di rumah panjang.

Rumah panjang Murut diperbuat

daripada bambu atau buluh serta daun kering dari pokok tertentu. Rumah panjang ini
dibina dalam keadaan memanjang mengikut jumlah keluarga dalam suatu kampung
atau khas untuk ketua kampung serta orang-orang penting. Kini rumah panjang orang
Murut tidak lagi banyak dibina kerana peredaran zaman moden.
Kepercayaan
Beberapa dekad dahulu, kaum Murut mengamalkan tradisi pemburuan kepala
yang menjadikan kaum ini digeruni kaum lain. Kesemua kaum etnik pulau Borneo
mempunyai amalan pemburuan kepala kecuali kaum penan di Sarawak, persoalan
mengapa amalan ini dipraktikkan masih belum diketahui sepenuhnya lagi. Namun suatu
kemungkinan yang hampir ialah kerana adat ini merupakan suatu cara mendapatkan
penghormatan daripada bangsa sendiri. Selain itu, amalan pemburuan kepala di
kalangan kaum Murut ini berkait rapat dengan tradisi perkahwinannya yang
4

mengkehendaki pengantin lelaki mempersembahkan sekurang-kurangnya satu kepala


yang dipenggal kepada keluarga pengantin perempuan. Aktiviti pemburuan kepala
dijalankan juga bertujuan untuk upacara kerohanian, di mana kepala mangsa akan
diletakkan pada asas jambatan besar bagi memastikannya tahan lama. Hal yang hampir
serupa ialah penanaman tengkorak mangsa di sawah padi agar padi dapat tumbuh
subur. Satu fakta menarik ialah kepala ketua suku kaum Murut yang diambil oleh suku
kaum Murut yang lain adalah kurang nilainya berbanding kepala seorang tua atau
kanak-kanak yang dipenggal dalam serangan mengejut. Sehingga kini kaum Murut
masih menyimpan kepala-kepala ini dalam rumah panjang tetapi ada juga yang telah
menanamnya. Amalan ini sudah lama ditinggalkan kerana terdapat kawalan pihak
berkuasa di pedalaman.
Warga tua kaum ini masih percaya kepada perkara-perkara mistik serta
kewujudan roh. Kaum-kaum asli di pulau Borneo ini mengamalkan kepercayaan
animisme dan kaum Murut juga tidak terkecuali . Kini, dengan adanya kemasukan
agama Kristian atau Islam dalam hidup mereka, persepsi kematian serta kehidupan
telah banyak berubah malah sesetengah amalan telah ditinggalkan. Kaum Murut secara
tradisionalnya menyimpan mayat si mati dalam tajau besar. Setelah sekian lama,
amalan itu juga telah ditinggalkan dan biasanya kini, mayat dimasukkan dalam keranda.
Suatu tugu bereka bentuk seperti tugu kaum Cina didirikan di atas keranda tersebut
yang telah ditanam.
Kawasan penempatan mayat kebanyakkan keluarga kaum Murut selalunya
menjadi sempit akibat terlalu banyak keranda disimpan. Mayat yang ditempatkan dalam
tajau akan dikeluarkan kemudian dan tulang-tulang mayat pula akan dibersihkan.
Setelah itu, tulang-tulang mayat akan ditempatkan dalam tajau baru untuk diletakkan
dalam pondok penempatan mayat suatu keluarga. Tempayan lama itu pula akan
digunakan semula untuk menempatkan mayat lain yang baru.
Pondok kubur biasanya dihiasi dengan cantik oleh ahli keluarga, walaupun
begitu kaum Murut tidak mendirikan apa-apa monumen peringatan yang indah berlainan
dengan kaum-kaum yang lain. Malah rumah panjang milik kaum ini juga tidak memiliki
sebarang ukiran menarik atau perhiasan tetapi hanya sedikit kerja menghias sahaja
yang diaplikasikan. Namun demikian, pondok kubur kaum ini tetap dihiasi dengan baik,
indah dan terdapat ukiran berunsurkan keunikan pulau Borneo serta corak burung
5

enggang. Orang yang telah meninggal akan dikebumikan bersama - sama barang
kepunyaan mereka seperti sarung, pakaian, pinggan, sudu serta berus gigi.
Upacara Keramaian
Upacara keramaian merupakan sebahagian daripada kehidupan kaum Murut yang
masih kekal hingga kini. Kaum Murut mengadakan upacara keramaian atau pesta yang
unik iaitu dengan berpesta dari pagi ke malam selama seminggu biasanya. Amalan
berpesta ini tidak kira untuk apa sahaja selalunya mempunyai keadaan seperti ini.
Upacara keramaian yang paling unik bagi kaum Murut ialah semasa perkahwinan
atau Tina'uh dijalankan. Perkahwinan orang Murut merupakan suatu upacara yang
penting dan bahagian paling penting dalam upacara ini ialah semasa penyerahan
hantaran perkahwinan yang terakhir. Pada kebiasaannya, hantaran perkahwinan(harta)
yang perlu diberikan pihak lelaki cuma dapat dilangsaikan 20 tahun kemudiannya
selepas berkahwin atau selepas pihak lelaki itu memiliki isteri kedua. Perancangan hal
perkahwinan memerlukan banyak proses perlu dilalui dan banyak perkara seperti jumlah
hantaran, tarikh perkahwinan dan jenis upacaranya. Orang-orang Murut juga
mempunyai masalah mereka yang tersendiri dalam seperti ini, iaitu untuk memujuk
generasi muda berkahwin. Generasi muda kaum Murut agak sukar menerima
perkahwinan dalam usia muda kerana untuk berkahwin banyak harta serta wang perlu
dikeluarkan malah mereka terpaksa menanggung beban kewangan yang tinggi seumur
hidup mereka. Kini tradisi ini sudah semakin pudar tetapi tetap berlaku di sesetengah
tempat
Tradisi perkahwinan kaum Murut pada masa kini sudah berubah, iaitu tajau,
pakaian, kain, emas, manik-manik atau harta lain kepunyaan pengantin lelaki
dipersembahkan bukannya kepala manusia yang sudah terpenggal lagi. Pakaian tradisi
kedua-dua pengantin masih lagi dihiasi dengan biji manik yang cantik Pakaian tradisi ini
biasanya diwarisi atau dipindahkan semasa perkahwinan.
Upacara perkahwinan ini diadakan di rumah panjang pengantin perempuan
atau rumah biasa. Sekiranya perkahwinan diadakan di rumah biasa dan bukannya
rumah panjang, maka rumah tersebut perlu diubahsuai sedikit untuk menampung
sekurang-kurangnya 150 orang. Ada di kalangan saudara-mara atau rakan-rakan keduadua pengantin yang akan bermalam selama seminggu bagi merayakan perkahwinan ini.
6

Selain ruangan rumah, dapur perlu diperbesarkan malah halaman rumah juga.
Komponen terpenting dalam majlis perkahwinan kaum Murut iaitu Tapai juga perlu
disediakan, daging perlu dikukus dan dicincang malah ahli-ahli keluarga juga perlu
dikumpul. Para jemputan yang datang akan disambut dengan pukulan gong yang
meriah dan dengan tangan terbuka.
Tarian Tradisional
Tarian Magunatip dan Tarian Lansaran merupakan tarian tradisional bagi suku kaum
Murut. Tarian Magunatip merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut
dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan apit' yang bermakna jepit.
Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang
kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan
iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang
kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk
memeriahkan lagi sesuatu upacara yang diadakan.
Tarian Lansaran pula hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki
persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan
kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun
seperti "spring.
Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali
silaturahim . Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para
pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.
1.3. Budaya Dan Adat Kaum Bajau
Kaum Bajau merupakan kaum bumiputera kedua terbesar di negeri Sabah.
Kaum Bajau kebanyakannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang
tidak jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka ini
merupakan antara pelaut yang terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan
penjajah di Sabah. Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau
kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah.
Kaum Bajau pada masa dahulu juga adalah pelaut yang mahir di mana kegiatan
utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan. Orang-orang Bajau mempunyai
kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling
7

berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah
dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah". Semasa dalam majlis tertentu
seperti pesta dan hari perayaan, penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan
dalam pakaian berwarna-warni, malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti
penunggang.
Kegiatan Harian
Orang Bajau yang berada di sebelah pantai Barat Sabah kebanyakannya
menetap dari bahagian Kota Kinabalu sehingga ke Kota Belud. Bagi kaum Bajau yang
berada di bahagian pantai Timur Sabah, mereka masih mengamalkan kehidupan
tradisional seperti kegiatan menangkap ikan dan kaum Bajau di sini digelar Bajau Laut.
Walaubagaimanapun orang-orang Bajau di bahagian Timur Sabah ini kebanyakannya
telah menetap di darat atau di perkampungan tepian pantai. Segelintir daripada mereka
masih lagi tinggal dalam perahu yang merantau ke sana-sini, antaranya ialah Lepa.
Kaum wanita Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang
disulam dengan kain berwarna merah, kuning, hijau, oren, emas dan putih.
Pertuturan Bahasa
Di Sabah, 6 bahasa Bajau di gunakan dan semuanya berasal daripada keluarga
Sama-Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara
jiran. Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka dipinjam
daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai Barat Sabah
pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Kaum Bajau bahagian
ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazandusun dari segi akitviti ekonomi,
perdagangan, perhubungan sosial serta kebudayaan. Orang Bajau dikatakan telah
menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi mereka iaitu menukar ganti hasil
tangkapan ikan mereka dengan beras orang Kadazan. Bukan itu sahaja, pengaruh
kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga dapat dilhat dari segi kesenian material,
muzik dan juga reka bentuk bangunan.
Tarian Tradisional
Tarian Brunsai merupakan salah satu jenis tarian tradisional suku kaum Bajau. Tarian
Brunsai tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada
"kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki.
8

Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan,
merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah
bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar
hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.
Selain itu, Tarian Limbai juga merupakan sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau.
Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke
rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan
dihentikan sementara, lalu Tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia
merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk
melakukan istiadat pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota
rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang
mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Kisah-kisah Kaum Bajau
Menurut Fidelis Insing, Pengetua SM St. Michael, Penampang pada tahun 2003 hingga
2006, pada suatu masa dahulu tinggal seorang manusia yang sangat tinggi orangnya di
Kampung Solibog,Tambunan. Orang ini dinamakan Bajau kerana dia berasal daripada
kaum Bajau.
Cerita ini menyatakan bahawa Bajau memiliki saiz badan yang sangat besar. Isterinya
juga mempunyai ketinggian yang sama dengan Bajau. Walaubagaimanapun tiada
sesiapa pun yang dapat memberitahu setinggi mana Bajau hingga kini. Tapak kaki Bajau
juga sangat besar sehinggakan apabila dia menyeberangi sungai ramai orang kampung
yang akan mengekorinya. Ini kerana mereka ingin mengambil ikan-ikan yang mati
dipijak Bajau. Oleh itu, orang-orang kampung mendapat faedah daripada Bajau
terutamanya dari segi makanan. Apabila orang-orang kampung hendak menangkap
ikan, maka Bajau akan diminta untuk berbaring di dasar sungai Pegalan. Orang-orang
kampung akan mengumpul ikan-ikan yang mati itu pada bahagian kering tempat Bajau
berbaring.
Pada masa itu, permusuhan antara kumpulan-kumpulan kaum etnik juga berlaku.
Orang-orang kampung Solibog sangat dibenci oleh orang-orang Tapasang yang tinggal
di bukit. Permusuhan ini berlaku kerana orang-orang Tapasang cemburu dengan
kehadiran Bajau yang memberikan banyak faedah kepada orang-orang kampung
9

Solibog. Oleh itu, orang-orang Tapasang mencuba untuk membunuh Bajau agar orangorang Solibog tidak mendapat faedah lagi. Mereka telah bersedia untuk membunuh
Bajau menggunakan penyumpit yang telah dimasukkan sumpit beracun. Namun
demikian usaha yang mereka lakukan semasa menyerang Bajau cumalah sia-sia sahaja
kerana dia hanya terasa seperti digigit nyamuk sahaja.
Penghormatan yang diberikan kepada Bajau bukan sahaja kerana sumbangannya dari
segi penangkapan ikan tetapi juga kerana suatu peristiwa. Peristiwa ini seperti yang
dinyatakan ialah Bajau telah mengangkat satu batu besar ke tempat di mana dia hendak
dikebumikan. Ramai orang telah mencuba untuk mengangkat batu besar tersebut yang
dibawa Bajau di bawah ketiaknya ke suatu tempat yang dipanggil Batu Bajau. Sehingga
ke hari ini, batu besar itu masih dapat dilihat dan dinamakan Batu Bajau.
Batu Bajau adalah setinggi dua kaki dan juga dua kaki lebar. Batu ini secara
semulajadinya mempunyai makna tersendiri kepada orang ramai. Batu ini dikatakan
dijaga atau dihuni oleh roh-roh jahat yang akan mendatangkan penyakit kepada orangorang yang datang mengganggu. Tidak lama dahulu, roh-roh jahat ini dikatakan menjadi
sangat ganas di mana orang yang melaluinya akan sakit serta-merta atau menemui ajal.
Sesiapa sahaja yang melalui kawasan batu ini yang memakai baju lama akan jatuh
sakit. Terdapat orang ramai yang sangat mempercayai mitos ini sehinggakan mereka
sanggup memakai baju baru atau mengelak daripada melalui kawasan tersebut bagi
memastikan roh-roh itu tidak diganggu.
1.4. Adat Dan Budaya Suku Momogun Rungus
Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Suku kaum
Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat,
Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat. Kebanyakan
suku kaum Momogun Rungus adalah penganut agama Kristian.
Tarian Sumundai Monggigol merupakan tarian suku kaum Momogun Rungus
yang ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang perempuan. Tarian yang
dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong. Alatan muzik yang
digunakan terdiri daripada 4 buah gong dan gendang yang dinamakan 'Tontog'. Penari
perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakkan
pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut. Apabila lelaki
10

dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus.


Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, upacara pemujaan
semangat, majlis perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu
yang istimewa.
1.5. Suku Iranun
Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai
penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Ini bagi mewujudnya
sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat
intim, yang berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.
Mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun
banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian
dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud seperti di
Kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Paya-Payas, Marampayan,
Kota Bongan, dan lain-lain.
1.6. Suku Idaaan
Idaan adalah suatu etnik yang menetap terutamanya di sekitar daerah Lahad
Datu di persisiran timur Sabah. Populasi semasa dianggarkan sekitar 6,000 , etnik ini
memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua
batu kapur di kawasan penempatan mereka. Sebahagian besarnya adalah muslim,
tetapi sebahagian kecil suku kaum yang dikenali sebagai Begaak adalah animist.
Selama beberapa abad, etnik Idaan telah memiliki mekanisme sosial berasaskan
sejarah. Sebagai etnik minoriti, Idaan beroperasi sebagai kumpulan korporat berkait
rapat berkaitan dengan aktiviti menuai sarang burung layang-layang.
1.7. Suku Bisaya
Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke13. Kedatangan Islam dalam kaum Bisaya adalah melalui hubungan dagang dengan
pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak
pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian.
Bangsa Bisaya adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di
Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Kemahiran suku kaum ini dalah dalam
11

bidang pertanian. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan.
Selain itu mereka juga menternak ayam, itik, angsa, lembu dan lain-lain binatang
sebagai makanan.
Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan
kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka selain mahir menangkap ikan.
Tarian Bubu merupakan kaum Bisaya yang biasanya mempersembahkan
semasa upacara perkahwinan, pertunangan dan jamuan masuk rumah baru. Mereka
percaya kepada kuasa ghaib, oleh itu dukun atau pawang menjadi perantara komunikasi
bagi mereka dengan dunia lain.
1.8. Suku Suluk
Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman
Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa
pertuturan. Agama yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai
budayanya yang unik dan tersendiri. . Pusat petempatan bagi orang Suluk adalah
terletak di daerah Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu,
Menggatal,T uaran dan Telipok. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk
melainkan menggelar diri mereka Tausug yang membawa maksud "Orang dari Sulu".
Tarian Bolak-Bolak adalah tarian suku kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan
"gabbang" yang sering diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis
keramaian yang lain. Tarian ini dilakukan oleh kaum wanita dan lelaki yang memakai
pakaian tradisional berwarna warni. Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis
keras yang digenggam dengan tangan, dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk
sehingga mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan.
1.9. Suku Tidung
Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di
bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum
Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung
Membalua, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum
Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran.

12

Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk


berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masyarakat Bolongan
( Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin ), masyarakat Kutai dan masyarakat
Berau yang merupakan penghuni.
Tarian Zapin merupakan tarian dalam budaya masyarakat Melayu Tidung. Tarian
Zapin atau Zipin serta alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari
budaya Arab sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat
masyarakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah
Islam terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masyarakat
tempatan.
2.0 Etnik Di Negeri Sarawak
Sarawak mempunyai 27 etnik besar setakat ini yang dikemukakan. Kesemua kumpulan
etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di
Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah
sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat
dengan penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching,
dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.
Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan
mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorong setiap
kelompok

etnik

membentuk

identiti

kebudayaan

masing-masing

mengikut

persekitarannya.
Secara kolektifnya kumpulan etnik utama di Sarawak dikenali sebagai Dayak, Iban,
Bidayuh dan Orang Ulu. Dayak, yang bermaksud hulu sungai atau kawasan pedalaman,
adalah satu istilah menyeluruh yang digunakan oleh penduduk Islam persisiran pantai
kepada lebih daripada 200 kumpulan suku kaum. Secara lazimnya, mereka tinggal di
rumah panjang, rumah komuniti tradisional yang boleh menempatkan 20 hingga 100
keluarga.

13

Contoh etnik-etnik lain di negeri Sarawak adalah seperti:

Bidayuh

Sekapan

Kejaman

Sihan

Tagal

Tabun

Saban

Lisum
Sekapan

Longkiput
Kejaman

Sihan

Tagal

Tabun

Saban

Melanau
Kenyah

Kayan
Lun Bawang

Penan

Kelabit

Kedayan

Bisaya
Berawan

Lahanan
Punan

Baketan
Ukit

2.1. Suku Iban


Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah
sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban
merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Kadangkala secara salah faham
mereka dirujukkan sebagai orang Dayak Laut kerana kemahiran mereka menggunakan
bot, sedangkan mereka sebenarnya adalah suku kaum hulu sungai daripada kawasan di
tengah-tengah Kalimantan. Pada masa dahulu, mereka merupakan pahlawan
perlawanan yang digeruni dan terkenal dengan pemburuan kepala dan pelanunan.
Secara tradisi, mereka menyembah tuhan perintahan bertiga di bawah kuasa
Singalang Burung, tuhan burung bagi peperangan. Walaupun pada masa sekarang,
kebanyakan daripada mereka telah beragama Kristian, mereka masih lagi mengamalkan
kebanyakan daripada budaya tradisi mereka.
Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang,
Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu,
gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai,
dianggap suci, dan dihomati.
14

Kegiatan Ekonomi
Orang Iban pada zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan
rimba (berimba) atau (berumpang kampong) bagi tujuan penanaman padi bukit. Aktiviti
penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk
mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Orang Iban yang tinggal di
rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumber-sumber
hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Penghijrahan orang Iban
ke kawasan-kawasan baru adalah bertujuan untuk mencari tanah bagi tujuan bercucuk
tanam dan mencari sumber makanan daripada hutang serta sekaligus mewarisi tanahtanah ini sebagai tanah pusaka mereka dari turun-temurun. Selain menanam padi,
orang Iban juga menanam getah, kopi, lada, koko dan sekarang ini kelapa sawit.
Pantang Larang Kaum Iban
Kaum Iban amat menekankan pantang larang sewaktu mengandung dan selepas
bersalin. Pantang larang sewaktu mengandung bukan sahaja dikenakan kepada wanita
yang sedang mengandung malah si suami turut dikenakan pantang larang. Contohnya,
mereka tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana dikhuatiri
berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu melahirkan. Mereka juga dilarang
memecahkan telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi cacat. Selain itu
mereka juga dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi tersangkut
semasa dilahirkan. Bakal ibu juga dilarang menuang minyak di tapak tangan untuk
disapu ke rambut kerana dikhuatiri bayi yang akan lahir daripada menanah
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, ahli keluarga akan memalu buluh yang dikenali sebagai
potong oleh masyarakat Iban sebagai tanda bayi telah dilahirkan dan untuk memanggil
jiran tetangga. Namun selaras arus kemodenan, ada juga keluarga yang menggunakan
senapang untuk menggantikan potong.
Sebaik sahaja bayi dibersihkan bayi akan dibalut atau dibedung menggunakan kain
khas yang dipanggil sebagai kain pua kumbu atau kain yang disulam. Si ibu akan diurut
oleh bidan, bertujuan menghilangkan kesakitan selepas bersalin. Seterusnya ubat yang
diperbuat daripada halia dan entemu dibalut dengan kekalung iaitu sejenis kain yang
diperbuat daripada kulit kayu akan di sapu pada badan si ibu.

15

Sepanjang tempoh berpantang si ibu perlu menjaga pemakanan selama 30 hari dan
berdiang selama 40 hari. Semasa berpantang makanan, si ibu hanya dibenarkan
memakan nasi bersama ikan kering atau ikan salai dan pucuk paku atau buah pulur.
Makanan tersebut pula perlu dicampur dengan air rebusan halia bagi memanaskan
badan si ibu.
Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun api. Unggun api perlu
menggunakan kayu api yang dikhaskan, iaitu kayu malam dan kayu langsat. Hal ini
demikian kerana kayu tersebut mempunyai khasiat tersendiri. Sepanjang tempoh 40 hari
ini, si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah sebagai penanda hari. Tujuan
bersalai adalah menghilangkan penyakit ibu yang baru bersalin.
Pemilihan nama amat penting bagi kaum Iban. Hal ini kerana mereka berpendapat
nama yang baik akan memberi kesan yang baik kepada masa depan bayi tersebut.
Nama timbangan terlebih dahulu di berikan sebelum nama rasmi. Nama rasmi diberikan
berdasarkan nama orang terdahulu yang hebat dan berjasa agar kelak bayi tersebut
akan menjadi orang yang berguna. Cara pemilihan nama bagi kaum Iban merupakan
adat yang sangat unik. Dua nama terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping
papan yang berlainan. Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut.
Seekor ayam jantan akan dilepaskan supaya memagut salah satu gumpalan nasi. Hal
ini bermakna nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagut oleh ayam akan
menjadi pilihan untuk nama bayi.
Perayaan yang diraikan
Kaum iban menyambut perayaan yang dikenali sebagai perayaan hari Gawai. Perayaan
ini disambut setiap tahun iaitu pada 1 dan 2 Bulan Jun. Perayaan ini disambut sebagai
tanda berakhirnya musim menuai padi. Perayaan ini dianggap bermula apabila
masyarakat Iban berkumpul di serambi umum rumah panjang di mana terletaknya ranyai
iaitu pokok istiadat. Pada hari perayaan, kaum Iban akan mengenakan pakaian
tradisional yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun-temurun. Hari
gawai disambut dengan meriah di kampung-kampung mahupun bandar-bandar. Pada
hari tersebut mereka akan berkumpul dan bersukaria di samping pelbagai makanan
tradisional. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perayaan, contohnya, persembahan
tari-menari, meminum arak beras atau dikenali sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang
menghiburkan. Pada perayaan tersebut juga kaum Iban akan menyembahkan makanan
16

dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas hasil
tuaian yang baik. Upacara penyembahan ini perlu mengikut adat iaitu wakil masyarakat
Iban akan membacakan mantera dan seterusnya darah ayam akan direnjiskan pada
persembahan tersebut.

Tarian Ngajat
Tarian Ngajat adalah merupakan identiti utama masyarakat Iban yang menjadi
kebanggaan kebudayaan di Sarawak. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam
sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam hasil menuai padi sepanjang
tahun ini. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku
kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam
masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban
yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari sukusuku kaum pribumi lain di Sarawak.
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai sebelum
berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan
selepas mereka kembali dari berperang. Ngajat dengan kata lain adalah sejenis tarian
pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak.
Tarian biasanya dipersembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut
kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga
meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi.
Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian iaitu Ngajat Lesong, Ngajat
Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai (menyambut tetamu), Ngajat Pua Kumbu
dan Ngajat Kuta (persembahan ngajat Tradisional).

Ngajat Berbunuh
Dipersembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan, tarian ini
merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka
sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-

musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu.


Ngajat Induk
Merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang
memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat
17

masyarakat pribumi itu sendiri. Gerak tari yang dipersembahkan mempunyai

maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti seharian masyarakat Iban.


Tarian Ngajat Lesong
Tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Persembahan ngajat
jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana ianya
memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan
dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini

hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.


Ngajat Ngalu Temuai (menyambut tetamu)
Dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang.
Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan
sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan

orang ramai.
Ngajat Kuta
Merupakan sejenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari
lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti

perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya.


Ngajat Pua Kumbu
Merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian
ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan
wanita. Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu sudah pasti penari
akan menari sambil membawa kain pua kumbu sebagai alat dalam persembahan
mereka.

Gagung ( Baju Burung)


Penari ngajat akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung.
Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan
sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit
beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Penari-penari akan memakai kain merah
yang yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai
topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis baju yang
dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya
Rentak tarian
Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari
akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian
dengan upacaranya. Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu
18

di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh
dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Muzik/ Lagu Iringan
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak,
bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
2.2. Suku Kaum Bidayuh
Kaum Bidayuh di Sarawak lebih kepada kehidupan yang mendamaikan dan suka
mengambil jalan mudah. Orang Bidayuh di Sarawak terkenal dengan layanan baik dan
tuak atau wain beras mereka. Mereka membina rumah mereka di kawasan
pergunungan Sarawak dan kebanyakannya terdiri daripada petani dan pemburu. Pada
waktu pemburuan kepala pada zaman mereka dahulu, tengkorak sebagai hadiah buruan
mereka disimpankan di dalam 'baruk' rumah bulat yang berdiri setinggi kira-kira 1.5
meter dari atas tanah. Mereka pada asalnya adalah penganut animisme, sekarang
kebanyakan dari mereka telah menganut agama Kristian.
Bahasa Pertuturan
Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa-bahasa yang lain yang terdapat
di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan
alunan yang dipertuturkan. Lazimnya, bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan
bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Sebagai contoh, suku Bidayuh dari
kawasan Serian menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan
Padawan pula menyebut "makan" sebagai "man".
Pakaian Tradisional
Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi
Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan
pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang
dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna
utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak
anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna-warni dengan
sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh.
Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan
19

berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak
berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan
putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.
Perkahwinan
Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan adalah satu cara untuk menjadi anggota
dan

menikmati

hak

sebagai

anggota bilik atau ramin itu.

Masyarakat

Bidayuh

mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas


penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses,
perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat
tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu. Kumpulan
seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota kaum yang
pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan sumpah namun
kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara nenek datuk rnereka dengan
keturunan bekas musuh rnereka, maka larangan tersebut mansuh. Di kalangan
kumpulan Dayak Bukar-Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar. lelaki
dan perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain sebelum
mereka berkahwin.
2.3. Suku Kaum Melanau
Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik di Sarawak. Masyarakat Melanau
mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan,
kebudayaan dan adat resam.Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai
budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Masyarakat Melanau merupakan suku
yang

beragama

Islam dan

Kristian.

Orang

Melanau

yang

bukan

beragama

Islam pula percaya makhluk ghaib yang dipanggil ipok. Suku etnik Melanau berkumpul
di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat,
Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di Sarawak menetap di Mukah.
Asal Usul Melanau
Kira-kira setengah abad yang lalu, semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan
Kerajaan Kesultanan Brunei, kerap kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihat
keadaan daerah ini serta memungut hasil daripada penduduknya. Pada suatu hari,
apabila sebuah perahu kerajaan Brunei sedang belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba20

tiba bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasi
yang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya, "Perahu siapakah yang
banyak di hadapan kita?" Jawab kelasi itu, "Perahu orang memanau, Datuk." Sari sehari
ke sehari perkataan 'memanau' ini dengan tidak disedari oleh sesiapa bertukar menjadi
'Melanau'.
'Panau', begitulah asal perkataan yang sebenar dalam dialek Bintulu yang mana bererti
salah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu pada masa ini.
Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya. Pekerjaan ini
dilakukan oleh enam hingga sepuluh orang serta lengkap dengan perkarangan yang
dinamakan "Idus" dalam dialek Bintulu serta perahu yang besar sebab orang yang
bekerja 'panau' harus pergi ke tengah laut sejauh enam atau tujuh batu. Daun-daun
'mulong' dijadikan umpan. Di tengah-tengah laut inilah kadang-kadang terjadi ribut yang
kencang dan gelombang besar yang datang dengan tiba-tiba. Sekiranya mereka
memakai perahu yang kecil sudah tentu mereka karam dan boleh jadi nyawa mereka
juga mungkin terancam.
Andaian lain tentang asal nama Melanau ialah kaitannya dengan nama 'Meranau'
(Maranao) atau 'Mindanau' (Mindanao). 'Maranau' atau 'Marinau' ialah nama suku kaum
di Mindanao Tengah (lanun) yang sering menyerang kawasan persisiran Sarawak yang
didiami orang Melanau sekarang.
Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi utama mereka adalah menangkap hasil laut dan menjadi petani padi
sawah bagi sebahagian kecil daripada mereka yang tinggl di kawasan pendalaman.
Selain itu, perusahaan sagu juga diusahakan oleh kaum ini. Pokok sagu tumbuh di
kawasan yang berpaya. Pokok Sagu hanya boleh ditebang selepas sepuluh tahun.
Tepung sagu atau lemantak diperoleh daripada isi pokok sagu yang dipanggil ripo. Ripo
dijemur sehingga kering dan diproses sebelum dijadikan lemantak, iaitu tepung sagu.
Teknik pembuatan sagu juga diselitkan di dalam tarian Melanau seperti Mengarang.
Sarawak merupakan pengeksport sagu yang terbesar di Malaysia.
Pakaian Tradisional
Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket
bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. Lelaki menggayakan baju
21

potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon
berkopiah Jawa.
Pakaian wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei
tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan
kepala kepih sanggul. Wanita Melanau juga menggayakan Baju Baban asal pakaian
pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket.
Mereka memakai 2 helai selendang merah di dada dan perhiasan diri kepih dada dan
kepih sanggul.
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, etnik di Sabah dan Sarawak biasanya tinggal di persisiran laut dan
kegiatan

ekonomi

mereka

juga

berasaskan

laut.

Namun

demikian,

dengan

perkembangan tamadun, ada juga etnik yang tinggal di atas bukit dan kegiatan ekonomi
mereka adalah berasaskan perhutanan.
Di negeri Sabah dan Sarawak, terdapatnya pelbagai jenis etnik. Budaya dan adat
mereka adalah berbeza antara satu sama lain. Mereka mempunyai corak kehidupan
mereka yang unik dan terunggul, mahir dalam kegiatan ekonomi agar menampung
kehidupan harian mereka, dan mahir dalam mencipta peralatan yang memudahkan
kerja mereka.
Kebanyakan dariada etnik di Sabah dan Sarawak mengamalkan kepercayaan animism,
iaitu percaya terhadap kuasa ghaib alam sekeliling. Contohnya, kaum kadazan di Sabah
percaya bahawa roh nenek moyang mereka sentiasa tersemai di Gunung Kinabalu.
Dengan sumbangan etnik-etnik di Sabah dan Sarawak, tamadun manusia negara kita
dapatlah dibina dengan sempurna. Rakyat di negara ini sentiasa berhidup dalam
komuniti yang terdiri daripada pelbagai golongan dengan aman dan damai. Sosiokonomi
negara kita juga berorientasikan sumber laut dan sumber hutan pada suatu ketika
dahulu. Kini, negara kita dapat berkembang pesat sebagai satu negara yang canggih. Ini
adalah sumbangan daripada nenek moyang kita yang tekun dan pintar.

22

4.0 Refleksi
Semasa proses pelaksanaan tugasan ini, saya telah menghadapi beberapa
kekangan. Antaranya ialah tidak mengenali sesetengah suku etnik di negeri Sarawak.
saya telah membuat rujukan di internet dan telah meminta tunjuk ajar daripada kawankawan saya yang berasal dari negeri Sarawak. hal ini memang memanfaatkan saya
kerana saya telahpun memahami etnik-etnik terbesar di negeri Sabah dan Sarawak
setelah menyelesaikan tugasan ini. Bagi etnik di Sabah, saya berasa bersyukur kerana
saya adalah berasal daripada negeri Sabah dan saya sering bergaul dengan kawankawan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan ini, say telah mempunyai serba
sedikit pengetahuan tentang etnik terbesar di Sabah.
Melalui tugasan ini, saya dapat memahami budaya, adat, bahasa pertuturan dan
asal usul etnik di Sabah dan Sarawak adalah berbeza. Mereka mempunyai budaya dan
adat mereka masing-masing yang unik dan diwarisi sejak turun-temurun. Pada zaman
kini, penduduk di satu komuniti adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Saya
memahami bahawa kita perlu saling hormat-menghormati antara kaum agar
mewujudkan suasana yang harmoni dan seterusnya mencapai aspirasi negara dan
slogan Satu Malaysia. Contohnya, semasa pesta Kaamatan atau Hari Gawai, kita boleh
mengunjung ke rumah kaum ini untuk meraikan perayaan ini bersama.
Bagi saya, tugasan ini adalah menarik kerana kita boleh sambil membuat
tugasan dan memahami etnik yang wujud di negara ini terutama di Borneo. Kita patut
mengambil tahu tentang kaum atau etnik di negara ini kerana banyak etnik di Sabah dan
Sarawak tidak mempunyai populasi yang tinggi dan kemungkinan besar akan pupus
dalam masa yang akan datang.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menghasilkan tugasan ini dalam
tempoh masa yang ditentukan. Selain itu, saya juga amat berterima kasih kepada
pensyarah pembimbing saya, Puan Sharifah Mastura Bt Ahmad atas bimbingan dan
tunjuk ajar beliau.

23

5.0 Rujukan
ETNIK SABAH DALAM KEPELBAGAIAN KEBUDAYAAN. (2008, November 14). Dilayari
pada Mac 16, 2014, dari Jabatan Penerangan Malaysia:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/7481-etnik-sabah-dalamkepelbagaian-kebudayaan.html
Insing, F. (n.d.). BATU BAJAU LEGEND . Dilayari pada Mac 18, 2014, dari
http://www.myonestopsarawak.com.my/info/BorneoLitt/customs/page16.html
Kaum Iban. (2010, September 17). Dilayari pada Mac 17, 2014, dari
http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/kaum-iban.html
Masyarakat Malanau. (2010, September 17). Dilayari pada Mac 18, 2014, dari ADAT DAN
BUDAYA ETNIK DI MALAYSIA:
http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/masyarakat-melanau.html
Melanau. (2013, November 22). Dilayari pada Mac 18 , 2014, dari wikipedia,ensiklopedia
bebas: http://ms.wikipedia.org/wiki/Melanau
Rahim, S. A. (1992). Peramal Perpaduan Antara Etnik : Implikasi Terhadap Perancangan
Komunikasi. Jurnal Komunikasi , 65-77.
TARIAN NGAJAT IDENTITI ISTIMEWA MASYARAKAT IBAN. (2008, November 14).
Dilayari pada Mac 17, 2014, dari Jabatan Penerangan Malaysia:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/6645-tarian-ngajat-identitiistimewa-masyarakat-iban-.html

24

25

You might also like