You are on page 1of 3

MOHAMAD ALIFF HAZIQ BIN NASRUDIN

JEC140004

MUHAMMAD FAHMIE NUAIMAN BIN NOR AZMI

JEC140006

TUTORIAL : RUMUSKAN PEMAHAMAN ANDA TENTANG STRUKTURALISME


BERDASARKAN

TULISAN

ZAINAL

KLING

DAN

HOOD

SALLEH

SEBAGAIMANA DILAMPIRKAN

Teori strukturalisme merupakan satu teori yang menganggap bentuk-bentuk budaya


adalah berlandaskan kepada common properties minda manusia atau kesamaan bentuk
dalam minda manusia. Objektif teori ini adalah untuk mencari prinsip-prinsip sejagat tentang
minda manusia yang mendasari setiap tret budaya masyarakat-masyarakat yang ada di dunia
ini. Teori strukturalisme terbentuk melalui satu asas iaitu linguistik. Mengikut ilmu linguistik,
seseorang itu boleh bertutur dalam bahasanya dengan baik, tetapi kemungkinan besar beliau
tidak memahami atau tidak sedar tentang tatabahasa dan segala peraturan fonetik bahasa
tersebut.

Teori strukturalisme ini telah diasaskan oleh Claude Levi-Strauss. Menurut beliau,
bentuk budaya berlandaskan common properties minda manusia. Minda manusia
mempunyai sifat-sifat tertentu yang bermula dari otak. Struktur mental seperti ini
menyebabkan manusia berfikir dengan cara yang sama walaupun mereka mempunyai latar
belakang masyarakat dan budaya yang berbeza. Oleh sebab budaya itu dibentuk oleh minda
manusia yang mengikut pola fungsi yang sama, maka semua budaya dikatakan berlandaskan
peraturan umum yang sama.

Dalam dunia Pengajian Melayu terdapat juga ramai sarjana yang mendukung teori
strukturalisme ini antaranya Zainal Kling dan juga Hood Salleh. Rumusan yang saya dapat
melalui pembacaan dari tulisan Zainal Kling yang bertajuk Strukturalisme dan Pengajian
Melayu adalah Zainal Kling memfokuskan terhadap empat perkara dalam teori
strukturalisme. Yang pertamanya adalah beliau mempersoalkan tentang perbezaan antara
pengertian kaedah dan teori. Seterusnya, beliau mengemukakan tinjauan umum mengenai
perkembangan kegunaan aliran teori di Jabatan Pengajian Melayu, erti dan takrif kaedah
strukturalisme dan yang terakhir beliau mengemukakan beberapa pandangan kritis terhadap
strukturalisme.

Zainal Kling menyatakan bahawa dalam ilmu sosial, terdapat dua peringkat terbesar
proses pemikiran ilmiah yang membezakan antara dua kegiatan berbeza tetapi amat berkaitan
antara satu sama lain iaitu kegiatan memikirkan sesuatu melalui suatu cara dan juga kegiatan
memikirkan sesuatu dalam suatu rangka pengertian. Dalam makna ringkasnya, proses yang
pertama itu sering kali dimaksudkan sebagai berfikir dengan menggunakan suatu kaedah.
Proses yang keduanya pula adalah dalam rangka suatu fahaman atau pengertian bererti
menggunakan suatu rangka teori dalam mana proses pemikiran berlaku menurut suatu alam
nyata atau realiti sama ada alam nyata itu benar atau tidak benar. Dua proses ini sangat
berbeza ini kerana satunya dikenali sebagai teori dan satu lagi adalah kaedah. Beliau juga
menekankan bahawa pengertian terhadap makna teori dan kaedah adalah sangat penting
untuk segala penelitian ke atas pelbagai fenomena budaya dan jika kedua konsep ini
disalahertikan maka akan wujud kekeliruan yang nyata.