You are on page 1of 2

Memperkasakan budaya pemikiran keusahawanan di kalangan pentadbir

pendidikan
Pengenalan
Pendidikan merupakan aspek penting kepada pembangunan negara. Kecemerlangan
pendidikan menjamin kecemerlangan sesebuah negara. Sekolah merupakan satu unit asas
di mana berlakunaya pemberian dan penerimaan pendidikan secara formal. Sekolah
dibentuk berasaskan interaksi antara warga sekolah iaitu, pihak pentadbir sekolah, guruguru, staf sokongan, ibu bapa, dan pelajar. (Yaakob, 2007) Sekolah juga merupakan satu
organisasi sosial yang terdiri daripada sekumpulan manusia yang menjalankan tugas
secara berstruktur untuk mencapai suatu matlamat bersama. (Hariyaty, 2008)
Pencapaian matlamat sebuah sekolah adalah berkait rapat dengan komitmen,
kepimpinan dan budaya pemikiran pentadbir sekolah. Golongan pentadbir sekolah terdiri
kepada pengetua, penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia. Golongan pentadbir
merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan sebuah sekolah. Maju dan
mundur sesebuah sekolah adalah bergantung kepada pentadbir yang dinamis dan
berpandangan jauh. Menurut Yaakob (2007), kecemerlangan sesebuah sekolah banyak
dipengaruhi oleh kepemimpinan guru besar yang berkesan. Ciri-ciri keusahawanan yang
ada pada diri seseorang pentadbir berupaya membangunkan diri sendiri, organisasi yang
ditadbir dan juga masyarakat setempat seterusnya menyumbang kepada pembangunan
negara.
Seorang pentabir yang mempunyai ciri- ciri keusahawanan merupakan seoranag yang
berorientasikan maklumat, pemikiran kretif dan inovatif, bermotvasi serta sanggup
mengambil dan menanggung risiko dalam mengusahakan sesuatu organisasi. (Zulfaka,
Nor Aishah, Lilia, 2014) Dalam kajian Hariyaty (2008) mendapati bahawa gaya
pemikiran keusahawanan pihak pentadbir adalah penting bagi mewujudkan sekolah yang
efektif. Namun, kebanyakan sekolah di Malaysia masih kekurangan pentadbir yang
berpemikiran keusahawanan dalam mengurus sekolah. Ini menyebabkan sesetengah
sekolah mempunyai tahap pengurusan dan pentadbiran yang kurang memuaskan.
Pentadbiran yang kurang efektif ini dapat dilihat dari segi pencapaian dan disiplin pelajar

yang kurang memuaskan. Keadaan sedemikian adalah disebabkan oleh guru yang dilantik
untuk memegang jawatan pentadbir di sekolah mempunyai pengetahuan yang kurang
mengenai tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran. Secara umumnya, Pentadbir
pendidikan di Malaysia hanya diberi latihan yang bercorak kursus pendek dan
berorientasikan keperluan semasa dan bukanya latihan formal sebelum dilantik ke
jawatan pentadbiran. (Hariyaty, 2008)
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memperkenalkan Dasar Pembangunan
Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi pada 13 April 2010 telah membuktikan betapa
pentingnya ciri keusahawanan dalam pelbagai aspek. (Kementerian Pengajian Tinggi,
2010) Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya kepentingan ciri keusahawanan
dengan pihak pentadbir di sekolah. Pemikiran seseorang pentadbir sekolah begitu
mempengaruhi keputusan dan tindakan yang diambil. Justeru itu, kepimpinan pihak
pentadbir yang mempunyai ciri-ciri keusahanwan akan mewujudkan kedaan sekolah yang
efektif. (Ayub & Norasmah, 2013)

Rujukan:
Yaakob Bin Daud (2007) Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya Dengan Kepimpinan,
Komitmen Organisasi Dan Pencapaian Akademik. Tesis ijazah doktor falsafah
Hariyaty Ab Wahid (2008) Tinjauan awal pemikiran keusahawanan di kalangan
pentadbir sekolah rendah. Tesis sarjana muda, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kementerian Pengajian Tinggi. (2010). Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi
Pengajian Tinggi. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.
Ayub dan Norasmah (2013) Entrepreneurship Management Pratices in Creating Effective
Schools. Asian Social Science; Vol. 9, No. 12; Canadian Center of Science and Education
Zulfaka Ishak, Nor Aishah Bujang, Lilia Halim (2014) Ciri-ciri dan tahap Pemikiran
Sains Keusahawanan: Kesediaan integrasi pemikiran keusahawanan dalam proses
pengajaran guru-guru sains di MRSM. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.