You are on page 1of 16

PENGENALAN

Politik mempunyai pengertian yang amat luas, secara mudahnya ia merujuk kepada cara manusia
memerintah dan diperintah. Ia dilihat merangkumi segala aspek kehidupan manusia dan
melibatkan konsep-konsep seperti kuasa, siapa mendapat apa bila dan bagaimana. Menurut
Michael Laver ( 1984 ), politik merujuk kepada harapan, kerisauan, matlamat serta aspirasi yang
terdapat dalam sekelompok manusia. Ia bakal melahirkan dua hasil yang berbeza, konflik
ataupun kerjasama. Ini kerana konflik tercetus apabila keinginan manusia tidak tercapai
manakala kerjasama pula didorong oleh faktor ketidak upayaan seseorang individu itu untuk
bertindak bersendirian. Kamus Dewan pula mendefinisikan politik sebagai ilmu berkaitan
dengan cara pemerintahan atau hubungan dengan negara lain1. Lantaran itu, politik dilihat
merangkumi institusi, ideologi, pilihan raya, parti, kekuasaan dan segala aspek yang bersangkut
paut dengan pentadbiran sesebuah negara.
Plato, Aristotle, Confucius, Ghandi, Ibn Khaldun, Machiavelli, Mill dan Rousseau
merupakan antara tokoh-tokoh falsafah politik yang pernah mewarnai dunia politik masa silam.
Pasa masa yang sama, peredaran zaman telah menyaksikan kelahiran pelbagai falsafah serta
sistem parti yang telah mempelbagaikan lagi rentak politik dunia. Antara falsafah politik dunia
yang masih diamalkan sehinggakan hari ini adalah seperti konservatisme, liberalisme, demokrasi
dan sosialisme. Di negara kita pula, Malaysia dilihat sinomin dengan sistem pelbagai parti yang
menyaksikan kewujudan pelbagai parti politik seperti United Malays Nation Organization
( UMNO ), Malaysian Chinese Association ( MCA ), Malaysian Indian Congress ( MIC ),
Democratic Action Party ( DAP ), Peoples Progressive Party ( PPP ), Gerakan Rakyat Malaysia (
1 Hajah Noresah bt.Baharom,Kamus Dewan, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala
Lumpur,1994,hlm1049.
1

Gerakan ), Partai Islam Se-Malaysia ( PAS ), Parti Negara, Parti Buruh, Parti Rakyat Malaysia
(PRM ), dan sebagainya.

KEMUNCULAN GAGASAN RAKYAT DAN ANGKATAN PERPADUAN UMMAH


Selepas menyepi selama 21 tahun, muncul satu lagi pakatan baru antara parti-parti pembangkang
dalam politik Malaysia. Pakatan ini dilihat mempunyai daya saing yang lebih kental berbanding
dengan pakatan awal sebelum ini. Ia melibatkan parti-parti bukan Melayu, Melayu sekular dan
parti Melayu yang berlandaskan agama. Malahan pakatan ini turut melibatkan parti
pembangkang dari Sabah, Parti Bersatu Sabah ( PBS ) yang telah menarik diri daripada Perikatan
Sabah pada saat-saat akhir sebelum pilihan raya 1990.
Keunikan pakatan kali ini terserlah dengan kewujudan dua perikatan yang berbeza tetapi
saling melengkapi dan mempunyai matlamat yang sama iaitu menewaskan Barisan Nasional dan
mengambil alih pucuk kepimpinan negara. Di mana pemuafakatan parti pembangkang kali ini
telah membawa terbentuknya Gagasan Rakyat yang terdiri daripada parti Semangat 46, DAP,
PRM, PBS dan AMIPF2. Manakala Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ) pula merupakan
gabungan parti Semangat 46, PAS, BERJASA dan HANIM dan mendapat sokongan orang
Melayu di pantai timur dan utara Semenanjung.
Kejayaan pakatan antara dua perikatan ini banyak bergantung kepada usaha Tengku
Razaleigh Hamzah yang telah berundur dari UMNO. Beliau telah menubuhkan parti Semangat

2 Zakry Abadi,Analisis Pilihan Raya Umum 1990,MYZ SendirianBerhad,Kuala


Lumpur,1990
2

46 pada 5 Jun 1989 bagi mencabar kepimpinan UMNO baru 3. Kumpulan serpihan ini tidak perlu
menunggu terlalu lama untuk mendapat rakan seperjuangannya apabila PAS telah menghulurkan
salam persahabatan dengan parti Semangat 46 dan seterusnya membentuk APU yang turut
dianggotai oleh dua parti agama, HANIM dan BERJASA. Perikatan ini dilihat mempunyai
peluang yang cerah bagi mengugat kekuasaan Barisan Nasional di negeri-negeri majoriti Melayu
seperti Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor.
Menyedari perlunya kerjasama bagi menjamin kemenangan pembangkang, Semanagat
46 telah membina jambatan penghubung antara parti pembangkang bukan Melayu dengan parti
pembangkang Melayu. Justeru itu, Gagasan Rakyat dibentuk dan mendapat sambutan baik dari
parti DAP, AMIPF, PRM dan PBS. Kewujudan gagasan ini diharap dapat memenangi pilihan
raya di kawasan majoriti bukan Melayu khususnya di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah
Persekutuan dan Melaka. Perhitungan ini dilihat mempunyai asas yang kukuh sekiranya prestasi
parti pembangkang bukan Melayu diambil kira. DAP misalnya mendapat 24 buah kerusi
parlimen dan 37 buah kerusi undangan negeri dalam pilihan raya umum 1986. Pencapaiannya
yang memberangsangkan itu didorong oleh sokongan kira-kira 968,009 pengundi Cina, yang
merangkumi separuh daripada kira-kira 2,107,000 pengundi Cina seluruh negara. Kejayaannya
ini jauh lebih baik berbanding dengan pencapaian MCA, Gerakan mahupun MIC.
Walaupun Gagasan Rakyat dan APU merupakan dua perikatan yang berbeza tetapi
wujudnya kerjasama antara kedua-duanya untuk menghadapi pilihan raya 1990. Ia terbukti pada
hari penamaan calon pada 11 Oktober 1990, di mana hampir semua kawasan pilihan raya

3 Ahmad Atory Hussain ,Dimensi politik melayu 1980-1990: Antara kepentingan dan
wawasan bangsa,Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur,1993
3

dipertandingkan secara satu lawan satu antara calon Barisan Nasional dan calon salah satu parti
yang mewakili Gagasan Rakyat ataupun APU4.
Satu persoalan yang berlegar-legar pada ketika itu ialah apakah dua perikatan politik
yang diterajui oleh Semangat 46 itu berkemungkinan menjadi bibit bagi terbentuknya sistem dua
perti dan menjadi alternatif yang wajar dalam suasana politik negara ini. Persoalan ini dan
hakikat kerjasama yang terbentuk antara parti pembangkang menjadikan pilihan raya 1990 yang
paling menarik, ghairah, dipertandingkan dan sukar diramalkan hasilnya.

Pencapaian Gagasan Rakyat Dan APU Dalam Pilihan Raya Umum 1990

Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama selepas perpecahan UMNO yang membawa
kepada kewujudan dua puak dalam UMNO dan seterusnya pengharaman parti itu. Terdapat tiga
isu utama yang dianggap relevan dan kritikal dibincangkan di dalam kempen pilihan raya yang
ke-8 ini. Pertama pertentangan antara kerajaan BN dengan institusi istana. Kedua krisis dalam
UMNO dan ketiga pertentangan kepimpinan UMNO dangan institusi kehakiman yang membawa
kepada penyingkiran Ketua Hakim Negara ketika itu.
Pembahagian kerusi telah dilakukan oleh pakatan pembangkang yang bertanding
mengikut keupayaan sendiri di samping kesepakatan berkempen telah menampakkan hasilnya.
Pakatan pembangkang berjaya memenangi 49 kerusi parlimen, di mana DAP mendapat 20
kerusi, PBS 14 kerusi, Semangat 46 pula 8 kerusi dan diikuti PAS yang menawan 7. Pakatan ini

4 Fokus Pilihan Raya Umum 1990, Dewan Masyarakat Jilid 25,Bil 11,Dewan Bahasa
Pustaka ,Kuala Lumpur,1990.
4

telah meraih 47% undi popular bagi kerusi parlimen yang dipertandingkan. Ia menampakkan
peningkatan sebanyak 20 kerusi berbanding 29 kerusi yang diperolehi oleh pembangkang dalam
pilihan raya umum 1986. Pencapaian pakatan pembangkang 1990 bagi peringkat DUN tidak
kurang hebatnya apabila gabungan APU berjaya menawan Kelantan apabila PAS mendapat 24
kerusi dan Semangat 46 pula mendapat 14 kerusi di negeri itu. Di samping itu, PAS mendapat 8
kerusi di Terengganu, satu di Kedah dan Semangat 46 pula menambah dua kerusi di Terengganu,
dan masing- masing satu di Pahang, Selangor dan Johor. Pencapaian PAS dan Semangat 46 turut
dikongsi oleh DAP yang mempunyai perwakilan yang teramai dalam DUN iaitu 45 orang. DAP
berjaya menempatkan wakilnya di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di Perlis,
Kelantan dan Terengganu yang tidak ditandingi oleh parti itu 5. Manakala di Sabah pula, PBS
pimpinan Pairin berjaya membuktikan kekuatan parti itu walaupun tidak lagi berada di dalam
Perikatan Sabah dengan memenangi 14 kerusi parlimen.
Secara keseluruhannya DAP, PAS, PBS mahupun Semangat 46 mendapat hasil yang
boleh dibanggakan menerusi pakatan pembangkang kali ini. DAP misalnya walaupun kehilangan
4 kerusi parlimen dalam pilihan raya kali ini tetapi pencapaiannya di peringkat DUN jauh lebih
baik berbanding pilihan raya 1986. Ia berjaya mendapat 45 kerusi DUN, penambahan 7 kerusi
berbanding pilihan raya 1986. Manakala PAS pula lebih cemerlang apabila berjaya mencatatkan
penambahan 6 kerusi parlimen serta 18 DUN . Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh
yang bertanding buat kali pertama turut tidak mengecewakan apabila ia mendapat 14.9% undi
daripada 152 kerusi DUN dan 15.06% daripada 61 kerusi parlimen yang ditandinginya 6.Oleh
5 Menjelang pilihan raya umum:Ukur baju di badan sendiri,Massa, Okteber,Utusan
Melayu Berhad,Kuala Lumpur,1990.
6 Hassan Mohd Noor,Menjelang pilihan raya umum:Undi BN merosot?,
Massa,Ogos,Utusan Melayu Berhad,Kuala Lumpur,1990.
5

yang demikian, walaupun pakatan ini gagal menundukkan BN tetapi ia telah menjadi titik
penolak kepada kemunculan semula pakatan parti pembangkang dalam politik Malaysia dan kata
pepatah Bersatu Teguh Bercerai Roboh.

Bibit Kehancuran Gagasan Rakyat


Kegagalan Perikatan Gagasan Rakyat dan APU mengambil alih pucuk kepimpinan negara
membawa kepada lunturnya kerjasama di kalangan parti pembangkang. Di mana kerjasama yang
wujud di kalangan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya 1995 amat terhad dan tidak
seakrab tahun 1990. Bibit kehancuran pakatan pembangkang bermula apabila DAP bertindak
meninggalkan pakatan Gagasan Rakyat lantaran daripada tindakan PAS memperkenalkan
Hukum Hudud di Kelantan41. Walaupun tidak mempunyai sebarang ikatan rasmi antara keduadua parti ini, tetapi kerjasama yang erat antara DAP dan Semangat 46 yang menyokong secara
tidak langsung Hukum Hudud di Kelantan jelas menimbulkan kerisauan di kalangan pemimpin
serta penyokong DAP. Pada masa yang sama, krisis dalaman turut melanda DAP sepanjang tahun
1994 dan ia jelas di Perak dan Negeri Sembilan. Di Perak misalnya, percakaran di dalam parti
telah menyaksikan pengunduran Lau Dak Kee, ahli Parlimen Ipoh dan perletakkan jawatan P.
Patoo selaku Pengerusi negeri Perak.
Manakala di Negeri Sembilan pula, Hu Sepang, seorang pemimpin yang disegani dan
bekas ahli parlimen telah meletakan jawatan dari parti. Masalah dalaman DAP semakin jelas,
selepas penamaan calonnya dibuat pada 1995 dan telah menyaksikan perletakkan jawatan 30
ahlinya. Pada masa yang sama, AMIPF pula telah memohon untuk menyertai Barisan Nasional

manakala PBS pula telah mencuba nasibnya di Semenanjung dengan bertanding di sembilan
kerusi iaitu tujuh di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Johor dan Kedah.
Masalah juga tercetus di dalam APU di mana segelintir pemimpin Semangat 46
berpendapat, wakil-wakil mereka tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan bebas kerana
terpaksa

mengikut

jari

telunjuk

PAS.

Fenomena

ini

membawa

kepada

wujudnya

ketidaksefahaman antara Semangat 46 dan PAS dalam soal membuat keputusan dan perundingan
menjalankan pentadbiran di Kelantan7.
Keadaan parti-parti pembangkang yang berada dalam keadaan yang huru-hara dan tidak
sepakat mengakibatkan pakatan yang wujud tidak semantap 1990. Ia jelas apabila parti-parti
pembangkang telah menyediakan manifesto secara berasingan. PAS misalnya bertemakan
Membangun Bersama Islam telah menjanjikan empat belas perkara yang meliputi isu
kepimpinan Islam, pendidikan, dasar ekonomi, suasana politk yang sihat, dasar kebudayaan,
berakhlak mulia, sihat, lasak dan berdisiplin8. Sebaliknya Manifesto 20 perkara Semangat 46
pula merangkumi bidang politik, sosial, ekonomi, Islam dan dasar luar. Parti Rakyat Malaysia
turut mengemukakan Manifesto 12 perkara yang menyentuh aspek hak asasi manusia,
perlindungan alam sekitar, Sistem Saran Baru dan pampasan kepada para peneroka. DAP pula
lebih agresif dengan temanya Kuatkan DAP demi Kebebasan Sejati dan Cegah Pemerintahan
Satu Parti di Malaysia. Kegagalan dalam mencapai kesepakatan dan manifesto perjuangan
antara parti- parti pembangkang jelas mengecewakan para pengundi yang berharapkan satu

7 Utusan Malaysia, 26 Mac, 1994.


8 Ahmad Fawzi Mohd Basri,Pilihan Raya Umum 1995:Mandatbaru menjelang
2000,Dewan Masyarakat,Dewan Bahasa Pustaka,Kuala Lumpur.
7

pakatan yang mampu menyaingi Barisan Nasional dan memberi tekanan kepada kerajaan
Barisan Nasional agar menjadi lebih telus dan bertanggungjawab.

BARISAN ALTERNATIF
Barisan Alternatif (BA) merupakan gabungan parti politik yang terdiri daripada parti-parti
pembangkang utama di Malaysia demi mengurangkan majoriti kerajaan Barisan Nasional (BN).
BA ditubuhkan pada 1999 dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 19999, Pilihan
Raya Umum Malaysia 2004 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Ianya terdiri daripada Parti
Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Rakyat (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan)
dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) BA tidak pernah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan. Tidak
ada mana-mana pihak sama ada DAP, PKR mahupun PAS yang mahu mengusahakan
pendaftaran Barisan Alternatif kerana merasakan pertubuhan politik secara rasmi tidak
diperlukan.
Barisan Alternatif pernah ditubuhkan secara komitmen bagi menghadapi Pilihan Raya
Umum Malaysia 1999 setelah Anwar Ibrahim disingkirkan secara tidak beretika pada 20
September 1998. Seterusnya pada 24 Oktober, empat parti pembangkang terbesar -- Parti Islam
Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Rakyat (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan

9 Abd.Jalil Ali,Iktibar di sebalik kejayaan Barisan Nasional pada pilihan raya


1999,Dewan Masyarakat,Januari,Dewan Bahasa Pustaka,Kuala Lumpur,2000.
8

Parti Rakyat Malaysia (PRM) -- mengumumkan perikatan pilihan raya dan mengeluarkan
manifesto bersama10.
Ketika itu ahli-ahli BA bersetuju untuk cuma satu satu parti bertanding bagi setiap kerusi.
Hasilnya banyak kerusi yang dimenangi oleh pembangkang seperti Terengganu dirampas oleh
PAS dan peningkatan kerusi Parlimen. Kerusi Parlimen DAP turut bertambah namun dua
pemimpinnya, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kawasan mereka.
Bibit-bibit perpecahan telah berlaku sejak dari mula lagi, perikatan ini agak regang
kerana keengganan PAS menarik matlamatnya secara umum iaitu menjadikan Malaysia sebuah
negara Islam, sesuatu yang tidak disetujui DAP, walaupun kompromi sementara diperolehi
dengan PAS bersetuju tidak memasukkannya dalam manifesto bersama. Namun selepas pilihan
raya, dengan kemenangan besar PAS dan keputusan tidak seberapa parti lain, ketegangan ini
meningkat. Lantas pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA.
Dalam pilihan raya 2004, semua calon PRM bersetuju untuk bertanding dengan tiket
PKN, kerana kedua-dua buah parti ini ketika itu sedang dalam perundingan untuk bergabung.
DAP yang telah keluar daripada BA pun bersaing dengan PAS atau PKN di beberapa buah
kawasan, selain daripada bersaing dengan BN. Akhirnya, Abdullah Ahmad Badawi yang baru
menjadi Perdana Menteri Malaysia dan terkenal dengan Islam Hadhari berjaya merampas semula
Terengganu dan BN mencapai kemenangan besar di tempat lain. PAS memenangi 7 kerusi
Parlimen manakala PKN hanya memenangi 1 kerusi (Wan Azizah Wan Ismail), jumlahnya 8
kerusi. Ini masih kurang daripada DAP yang memenangi 12 kerusi.

10 Ke Arah Malaysia Yang Adil, Fail PDF Manifesto Barisan Alternatif,Oktober 1999.
9

Pergabungan Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia sebagai Parti
Keadilan Rakyat (PKR). Oleh itu BA cuma mempunyai 2 buah parti komponen sahaja. Namun
sesetengah ahli PRM enggan menyertai PKR, oleh itu apabila pendaftaran mereka hampir
ditamatkan, mereka lekas menghantar laporan mesyuarat mereka, supaya mereka dapat
mengekalkan daftar mereka. Mereka tidak menyertai semula ke dalam BA.
Kebangkitan semula telah berlaku dalam pilihan raya 2008, BA bersama dengan DAP
berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN. Hasilnya, mereka berjaya menawan negeri Perak,
Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, di samping mengekalkan Kelantan di tangan PAS. Di negeri
Kedah, BA bersama dengan seorang calon bebas membentuk kerajaan. Ustaz Azizan Abdul
Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah dipilih sebagai Menteri Besar Kedah. Calon bebas itu pula
dijemput menyertai PKR, dan beliau menerima jemputan itu. Di Pulau Pinang pula, DAP dapat
menubuhkan kerajaan kerana mendapat majoriti mudah hasil kerjasama dengan PKR. Lim Guan
Eng, Setiausaha Agung DAP dilantik sebagai Ketua Menteri. Sementara di negeri Perak dan
Selangor pula, gabungan DAP, PAS dan PKR berjaya membentuk kerajaan, dengan Mohammad
Nizar Jamaluddin (PAS) dan Abdul Khalid Ibrahim (PKR) menjadi Menteri Besar.

PAKATAN RAKYAT
Pakatan Rakyat merupakan satu perikatan baru parti-parti politik Malaysia. Perikatan ini terdiri
daripada Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia serta Parti Tindakan Demokratik (PKRPAS-DAP)11 yang merupakan pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia. Presiden PKR,

11 Lim Kit Siang,Pakatan Rakyat-logical next step of march8 political tsunami.


10

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan Ketua Pembangkang sebelum ini, namun
kemudiannya digantikan oleh suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memenangi pilihan
raya Permatang Pauh 2008. Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan lima buah negeri Malaysia.
Pakatan Rakyat akan menggantikan Barisan Rakyat dan Barisan Alternatif yang digunakan
sebelum ini.
Pembentukan Pakatan Rakyat diumumkan pada 1 April 2008 berikutan mesyuarat antara
pihak ketiga-tiga parti di Petaling Jaya12. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, gabungan
tidak formal PKR-PAS-DAP yang membentuk Barisan Rakyat berjaya memenangi 82 daripada
222 kerusi dalam Parlimen, dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerusi yang dipegang
Barisan Nasional sejak kemerdekaan. Pakatan ini juga berjaya membentuk kerajaan negeri di
Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak (sehingga Januari 2009) dan Selangor. Proses membuat
keputusan serta menetapkan dasar perikatan Pakatan Rakyat dikendalikan oleh satu Majlis
Pimpinan dan Sekretariat Bersama. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pengerusi Majlis
Pimpinan.
Pakatan Rakyat berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa
mengira kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara. Pakatan Rakyat akan
mewujudkan Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua ketiga-tiga parti, satu Sekretariat
Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini
telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis

12 PKR,DAP,dan Pas mahu dikenali sebagai Pakatan Rakyat Berita Harian.


11

Pimpinan nanti. Pada bulan April 2010, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)13 telah menyertai
gabungan ini menjelang pilihan raya kecil kawasan parlimen Sibu pada 16 Mei 2010.

Cabaran Dari Ideologi Yang Berbeza


Ketiga-tiga parti politik utama - PKR, PAS dan DAP - yang bergabung dalam Pakatan Rakyat
mempunyai ideologi politik yang berbeza dengan DAP yang lebih ke arah sekularisme kepada
PAS dengan konsep Negara Islam. PKR pula dilihat sebagai penghubung kepada kedua-dua parti
PAS dan DAP. Bagaimanapun, pemerhati berpendapat, berbeza dengan PAS dan DAP yang
mempunyai ideologi yang jelas dan ahli parti yang memahami perjuangan parti masing-masing,
PKR menghadapi masalah dalam menentukan ideologi teras. Ini berdasarkan kepada latar
belakang pemimpin dan ahli PKR yang terdiri dari pelbagai pandangan politik daripada mereka
yang berfahaman pro-pasaran bebas (kapitalisme) kepada golongan sosialis.
Contohnya, Agenda Ekonomi Malaysia yang dimahu diperjuangkan oleh PKR nampak
seperti menyokong perjanjian perdagangan bebas termasuk liberalisasi industri kewangan dan
telekomunikasi negara. Tetapi di dalam PKR sendiri terdapat pemimpin dan ahli yang datang
dari organisasi bukan kerajaan yang bersifat anti-kapitalis. Ahli Parlimen PKR seperti Charles
Anthony Santiago (Klang dan bertanding atas tiket DAP) adalah aktivis kritikal terhadap
globalisasi dan pasaran bebas sementara Dr Jeyakumar Devaraj adalah seorang sosialis (Sungai
Siput)

13 Sarawak HUT ke-45, oleh lovebell, 28 Julai 2008, Kuching Catcity


12

Polemik Negara Islam


Kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai negara Islam dalam media sama ada
media arus perdana atau media alternatif lain menampakkan pandangan yang bercanggah.
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh misalnya amat menentang negara Islam yang
diperjuangkan oleh PAS14. PAS pula tidak boleh berkompromi dalam hal negara Islam kerana
pengikutnya mendakwa objektif untuk menegakkan negara Islam terkandung dalam Fasal 5
Perlembagaan PAS. Satu komentar dalam laman web berkaitan dengan PAS Johor dilaporkan
menulis amaran untuk membunuh Karpal.15 Sebelum ini, Presiden PKR Wan Azizah berkata,
untuk menubuhkan negara Islam dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah satu yang
tidak praktikal

Mendaftarkan Pakatan Rakyat


Tidak seperti BN yang telah didaftarkan sebagai sebuah parti dengan pelbagai parti komponen di
dalamnya, Pakatan Rakyat masih belum didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan. Hal ini telah
menjadi buah mulut di kalangan penyokong BN yang melabelkan Pakatan Rakyat sebagai
"Pakatan Haram". Di antara cabaran utama mendaftarkan Pakatan Rakyat ialah menetapkan satu
matlamat yang dapat dipersetujui oleh semua pihak. DAP tidak mahu dilihat Islamik, manakala
PAS pula tidak mahu dilihat sebagai sekular. Maka gesaan untuk mendaftar Pakatan Rakyat telah
diabaikan oleh pemimpin-pemimpin utama parti-parti tersebut. Di antara cabaran yang lain pula
14 DAP desak PAS gugur Negara islam ,Malaysiakini,22 April 2008
15 Karpal :Ididnt insult Islam, Malaysiakini, 28 April 2008.
13

ialah untuk menentukan pembentukan jawatan kuasa Pakatan Rakyat. Kesemua parti tidak mahu
dilihat berada pada kedudukan yang kurang dari lain. Hal ini akan memberikan persepsi 16 yang
tidak menyenangkan dikalangan penyokong parti-parti komponen17. Sama ada Pakatan Rakyat
akan terus menjadi pertubuhan tidak berdaftar terus menjadi tanda tanya. Pakatan Rakyat telah
mengemuka permohonan pendaftarannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2010 namun
menghadapi halangan ROS yang mengkehendaki ianya didaftar sebagai Pakatan Rakyat
Malaysia.

Ahli Pakatan Rakyat Bagi Parlimen Malaysia ke-12

16 Gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran ,pandangan,tanggapan.


17 Bahagian yang menjadikan sesuatulengkap atau sempurna bahagian daripada
sesuatu yang lebih besar.
14

Carta pai yang mewakili bilangan perolehan kerusi parlimen yang dimenangi oleh setiap parti
yang bertanding.

PENUTUP
Kewujudan sebuah negara majmuk di Malaysia telah membawa kepada konsep perkongsian
kuasa di kalangan parti-parti politik. Di mana di dalam senario politik negara, tidak ada
wujudnya rakan mahupun musuh selama-lamanya. Sebarang kemungkinan bakal menjadi realiti
sekiranya kehendak serta tuntutan masing-masing dapat dicapai.
Pembentukan parti Perikatan yang bermula dengan 3 komponen sebelum menjadi 9
komponen menjelang pilihan raya 1974 dan kini utuh dengan 13 komponen yang mewakili
pelbagai kaum di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak merupakan contoh terbaik dalam
perkongsian kuasa yang muhibah di Malaysia. Menyedari bahawa, perlunya kerjasama antara
pembangkang bagi menyaingi Barisan Nasional telah membawa kepada pembentukan pajkatanpakatan pembangkang dalam pilihan raya 1959, 1969, 1990 dan 1999. Namun begitu, pakatanpakatan ini yang dilihat berbentukcat ch- all gagal berfungsi dengan berkesan. Walaupun dilihat

15

mempunyai kekuatan untuk bersaing seperti dalam pilihan raya 1969, 1990 dan 1999 tetapi ia
gagal bertahan lama. Pelbagai krisis dalaman yang tercetus dalam pakatan-pakatan itu akhirnya
menyaksikan parti-parti pakatan membawa arah tuju masing-masing. Selepas itu, wujudnya pula
satu pakatan baru menjelang pilihan raya yang akan tiba. Fenomena ini jelas menunjukkan
ketidak matangan pakatan pembangkang dan mencerminkan satu situasi yang dilihat kurang
bersedia untuk mengambil alih pucuk kepimpinan negara.
Bahang pilihan raya umum ke-13 semakin terasa, dan ia sekali lagi akan menjadi
penentu kepada survival dan kerjasama pembangkang samaada secara langsung atau tidak
langsung. Pelbagai strategi telah diatur oleh parti pembangkang. Barisan pembangkang
khususnya PAS akan menguji sejauhmanakah resipinya negara Islam dapat diterima oleh para
pengundi Islam manakala parti keADILan pula bertaut pada penyatuannya dengan PRM yang
dijangka mampu mendapat sokongan daripada golongan pengundi fahaman sekular. DAP pula
yang seolah-olah telah kehabisan modal politiknya akan terus memainkan sentimen perkauman.
Justeru itu, plihan raya ke-13 ini bakal menjadi kayu pengukur kepada sejauh manakah
parti-parti pembangkang mampu berkompromi demi untuk memberi saingan yang lebih
bermakna kepada Barisan Nasional yang telah sekian lama memegang pucuk kepimpinan negara.
Walaupun gabungan pakatan pembangkang pada ketika ini berada dalam keadaan yang lesu
tetapi ia bukanlah faktor penghalang kepada terbentuknya satu gabungan yang lebih mantap
menjelang pilihan raya yang bakal tiba nanti.

16

You might also like