You are on page 1of 16

Pemprosesan Hasil Tanaman|1

UNIT 1
SENARIO DAN ISU PENGURUSAN LEPAS TUAI

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Mengetahui perkembangan teknologi moden.
2. Menyatakan definisi yang berkaitan dengan pengurusan lepas tuai.
3. Memahami kepentingan teknologi lepas tuai.

PENGENALAN

K

omoditi segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sebahagian daripada diet
makanan manusia. Lebih-lebih lagi bagi masyarakat yang mengamalkan pemakanan “vegetarian”
yang hanya bergantung pada kedua-dua jenis komoditi ini. Dengan adanya bantuan pakar
pemakanan dan kempen pemakanan yang sihat oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan kepada
masyarakat telah mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat sekaligus melonjakkan permintaan
yang tinggi terhadap hasil pertanian.
Nilai pemakanan terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran telah dikesan sejak kurun ke-17 di England.
Mereka menjumpai keupayaan buah citrus yang mampu merawat penyakit skurvi. Pada tahun 1747, Dr.
James Lind, telah membuat kajian bahawa pelaut yang diberi makan buah oren dan lemon tidak akan
mendapat penyakit skurvi ini. Hasil kajian beliau ditulis di dalam bukunya ‘The Treatise of the Scurvy’ pada
tahun 1753. Seperti biasa nasihat beliau tidak dipedulikan sehinggalah beliau meninggal dunia. Hanya
pada tahun 1795 barulah angkatan laut British mewajibkan pelaut-pelautnya memakan buah oren dan
lemon untuk mencegah skurvi sehinggakan mereka di gelar ‘limey’.
Dalam dua dekad ini, fungsi vitamin C sebagai antioksida lebih banyak dikaji dan hasil kajian menunjukkan
kehebatan vitamin C sebagai antioksidan. Selain daripada itu, vitamin C juga mempunyai lebih dari 200
fungsi-fungsi lain dalam proses biokimia tubuh manusia. Prof. Dr. Linus Pauling yang telah meninggal
dunia pada tahun 1994 di usia 93 tahun telah menulis buku bertajuk ‘Cancer and Vitamin C’ berdasarkan
kajian yang dilakukan bersama dengan Dr. Ewan Cameron, ahli perubatan dari Scotland. Di dalam
bukunya beliau menerangkan kaedah merawat pesakit kanser tahap akhir dengan mega dos vitamin C
setelah terapi yang dilakukan dengan cara lain gagal tetapi tidaklah menolak sepenuhnya kaedah rawatan
kanser yang biasa dengan kaedah kimoterapi atau radioterapi.

Dr. dan asid folik yang mampu mencegah penyakit anaemia. ia juga mampu menampung penyakit kekurangan vitamin terutamanya bagi negara yang kurang membangun.com. buah pinggang. Rusia.1 peratus. Norway dan Jepun. Belanda pula adalah pembekal dominan bunga hiasan berpasu.1 peratus pada 2011 kepada 59. kanser dan darah tinggi. Produk segar juga mampu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti jantung. Kepentingan bunga hiasan dalam budaya masyarakat juga adalah lebih terbuka terutamanya bagi hiasan untuk majlis perkahwinan dan peristiwa penting seperti Hari Ibu. bentuk dan aroma. pada 1996. Penggunaan bunga segar juga turut dijadikan hiasan dalaman bangunan seperti yang terdapat di pejabat. Hasil tanaman perlu melalui beberapa peringkat pengendalain lepas tuai sebelum sampai kepada pengguna. serta hiasan bagi perarakan penting.4 peratus namun meningkat 15. Hari Lahir. dan Valentine’s Day. bunga hiasan segar sangat berpotensi untuk diusahakan secara komersil. peningkatan ini berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam. diikuti oleh Itali dan Jerman. sila layari: http://www.my/utusan/Dalam_Negeri/20140329/dn_40/Kadar-obesiti-rakyatMalaysia-semakin-serius#ixzz366yVbCbn ISI KANDUNGAN Permintaan terhadap bunga hiasan juga tidak kurang hebatnya. Katanya. Peningkatan kuantiti hasil pengeluaran tidak bermakna meningkatnya makanan yang dapat digunakan. Subramaniam telah melaporkan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi. Apakah yang dimaksudkan dengan kehilangan lepas tuai? . Pada akhbar Utusan bertarikh 29 Mac 2014. hotel dan restoran. Pengeksport utama bunga dari Eropah adalah Belanda. Bagi mendapatkan artikel penuh. Food Agriculture Organization (FAO) dan World Health Organization (WHO) juga sangat aktif mempromosikan penggunaan sayuran yang ditanam sendiri di rumah. Melalui pelbagai warna. buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu juga merupakan sumber utama provitamin. Oleh itu.Pemprosesan Hasil Tanaman|2 Selain itu. Kehilangan tersebut dinamakan “kehilangan lepas tuai”. sebahagian daripada hasil dan kualiti hasil tanaman akan “hilang”. Sebagai contoh karotenoid. Selain dapat mengurangkan kos perbelanjaan. yang mampu mengekalkan kesihatan mata. Sepanjang proses tersebut. Beliau berkata. Destinasi eksport utama bagi bunga segar adalah Amerika Syarikat. Switzerland. ia boleh mempengaruhi organ deria manusia sekaligus dijadikan sebagai terapi. S. diabetis.utusan. kadarnya mencatat 44.

Singapura. buah-buahan dan sayur-sayuran. kira-kira 9000-11000 tahun yang lampau. 1803 1820 1834 1755 1842 . Tahun Perkembangan Lepas Tuai 1550 Garam digunakan untuk menurunkan suhu beku air. Bombay. Jadual 1. Carl Paul Gottfried Linde adalah seorang ahli sains Jerman dan jurutera yang menemui kitaran penyejukan dan mencipta pengasingan udara berskala industri dan pencairan gas proses pertama.Pemprosesan Hasil Tanaman|3 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MODEN Pengendalian lepas tuai telah diamalkan sejak zaman batu lagi. penyimpanan. Kronologi perkembangan teknologi lepas tuai. pengawalan serangga dan patogen telah dikaji dan ditingkatkan. masyarakat Asia Barat telah menggunakan lubang atau silo di dalam tanah. Senaraikan tiga (3) jenis hasil tanaman yang boleh disimpan di dalam silo. bekas yang diperbuat daripada tanah liat yang dibakar telah digunakan bagi menyimpan bijirin. Keadaan ini akan melambatkan kerosakan pada hasil._________________________________ Pemahaman tentang teknologi lepas tuai telah mula berkembang. Antara faedah penyimpanan ini adalah suhu penyimpanan lebih tinggi daripada suhu persekitaran semasa musim dingin dan lebih rendah pada musim panas. pengangkutan. Australia dan lain-lain lagi. Sementara itu. kekacang. Sekitar 6500 tahun yang lalu. Cullen dari Scotland telah mencipta mesin mendinginkan udara melalui kaedah penyejatan. West India. Kehilangan lepas tuai dapat dikurangkan dengan adanya bekas simpanan yang tertutup bagi bijirin._________________________________ 3. Namun begitu. Silo di dalam tanah telah digunakan secara meluas sejak empayar Rom. Ini dibuktikan melalui penggunaan bekas yang diperbuat daripada bahan tumbuhan dan haiwan untuk mengisi hasil tanaman. Bermula pengeksportan ais dari Amerika Syarikat ke Calcutta. Thomas Moore mencipta peti sejuk daripada kotak ais bertebat. Saiz lubang tersebut akan dibesarkan mengikut kuantiti hasil. Ais yang dikumpulkan dari bahagian Utara negara beriklim sederhana digunakan semasa menyimpan makanan.1. Penduduk Rom menggunakannya untuk mendinginkan wain dan air minuman. kelembapan relatif._________________________________ 2. penyimpanan ini masih lagi diamalkan pada masa kini terutamanya bagi negaranegara yang berhawa dingin. 1. Kepentingan suhu.

sayur-sayuran dan buah-buahan masih lagi hidup dan menjalani proses respirasi serta mengalami kemasakan dan penuaan. . mekanikal. Kaedah-kaedah ini biasanya termasuk gabungan deria. Sepanjang tempoh itu. Rajah 1. Tempoh selepas komoditi tersebut dituai sehingga sampai ke pengguna dalam keadaan kualiti yang baik dan boleh diterima ditakrifkan sebagai hayat lepas tuai. Hasil tanaman dituai Pengguna          Pemilihan Pembasuhan/pembersihan Rawatan Penggredan Pembungkusan Pengawalan mutu Penyimpanan Pengangkutan Pemprosesan Rajah 1. Kaedah yang terlibat semasa pengendalian lepas tuai. warna dan tekstur komoditi itu. banyak proses biokimia telah berlaku yang menukarkan komposisi asal sesuatu komoditi. rasa. proses fizikal luaran juga turut sama berubah.2.Pemprosesan Hasil Tanaman|4 TERMINOLOGI DALAM PENGENDALIAN LEPAS TUAI Pengendalian lepas tuai Pengendalian lepas tuai adalah kaedah yang bermula daripada hasil tanaman dituai sehingga ke peringkat penggunaannya. Dengan proses penukaran biokimia secara dalaman. dan ukuran kolorimetrik (optik). Limau yang berubah daripada warna hijau kepada kuning selepas beberapa hari disimpan.1. Hayat lepas tuai biasanya ditentukan oleh kaedah objektif yang menentukan penampilan keseluruhan. biokimia. Hayat lepas tuai (Postharvest shelf life) Apabila dituai.

bagi menghasilkan kemasakan yang seragam. dengan mengurangkan proses respirasi ke atas tisu buah. yang membawa kepada teknik penyimpanan lepas tuai seperti penyimpanan sejuk. Contohnya. Rajah 1.Pemprosesan Hasil Tanaman|5 Fisiologi lepas tuai (Postharvest physiology) Fisiologi lepas tuai adalah kajian saintifik mengenai fisiologi tisu tumbuhan hidup selepas mereka diasingkan (dituai) daripada pokok induk. . Namun begitu. Perbandingan antara limau yang dirawat menggunakan kalsium karbida dengan limau kawalan selepas 6 hari penyimpanan. TAHUKAH ANDA ? Kalsium karbida akan bertindak balas dengan kelembapan udara/air lalu menghasilkan gas asetilena yang menyerupai hormon etilena untuk merangsang kemasakan buah. komoditi tersebut boleh dirawat menggunakan gas etilena. Limau yang dirawat menggunakan karbida mengalami proses penyahhijauan (degreening) dengan cepat. ia boleh melambatkan proses kemasakan buah semasa penyimpanan. penggunaannya tidak digalakkan kerana ia juga mempunyai ciri-ciri karsinogenik yang membahayakan kepada kesihatan manusia.3. Kajian ini sangat penting bagi memanjangkan jangka hayat lepas tuai terutama semasa peringkat penyimpanan dan pengangkutan. penyimpanan gas. meletakkan “ethylene scrubber” semasa penyimpanan. dan salutan berlilin pada kulit. Namun begitu. Maklumat terperinci telah dibawa oleh ahli-ahli sains untuk berkongsi pengetahuan mereka mengenai prinsip-prinsip asas dan mekanisma respirasi.

4.Penyimpanan jagung terlalu lama akan menurunkan kualiti komoditi ini kerana bijinya menjadi kecut dan tidak segar. Antara kehilangan lepas tuai adalah termasuk:  Kehilangan kuantiti: berat bahagian yang boleh dimakan berkurang. .  Kerugian ekonomi: penurunan harga jika kehilangan berat dan kualiti bagi sesuatu komoditi menurun. pelaburan.pengupasan kulit atau “peeling” yang tebal pada potato akan menyebabkan kehilangan kandungan protein kerana kandungan tersebut berada di bawah kulitnya. input ladang. .  Kehilangan zat makanan: zat makanan berkurang setelah sesuatu komoditi mengalami penuaan atau pengendalian yang tidak sesuai.Pemprosesan Hasil Tanaman|6 Kehilangan lepas tuai (Postharvest losses) Rajah 1.kandungan Vitamin C akan berkurang semasa tempoh penyimpanan. tenaga kerja. jagung juga menukarkan kandungan gula kepada kanji semasa tempoh simpanan yang boleh mengurangkan rasa manis pada isinya. Sebagai contoh: . . Ia juga bukan setakat kehilangan lepas tuai sahaja tetapi turut membazir hasil makanan. Disamping itu.  Kehilangan mutu: penurunan mutu/kualiti mengikut kriteria dan penilaian pengguna.Berat hasil segar buah-buahan dan sayur-sayuran akan berkurangan terutama semasa tempoh simpanan. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor bermula dari peringkat penanaman sehingga peringkat jualan. Kehilangan hasil hortikultur adalah masalah utama dalam rantaian lepas tuai. . dan sebagainya. Kehilangan lepas tuai bermula daripada pengeluar sehingga sampai ke pengguna.

kultivar dan keadaan pengendalian. Namun. Di negara-negara maju. Kategori Anggaran kehilangan lepas tuai terhadap buahbuahan dan sayur-sayuran (%) Negara-negara maju 50 Negara-negara membangun 55 Industri Asia 35 Sumber: Gustavsson et al.2. Kentang dengan kulit berwarna hijau dan bertunas tersebut mengandung solanin yang termasuk dalam alkaloid (bahan kimia tumbuhan yang beracun). .youtube. Kentang paling baik disimpan di tempat gelap. yang menghasilkan rasa manis dan menghasilkan warna keperangan ketika digoreng (caramelization). dan sejuk.Pemprosesan Hasil Tanaman|7 - penyimpanan kentang terlalu lama akan menyebabkan kulitnya bertukar kepada warna hijau dan mulai tumbuh tunas. Laporan mengenai kehilangan lepas tuai yang berlaku di Ghana. tapi tidak terlalu dingin. ia turut bergantung kepada jenis komoditi. kering. Kentang juga mengubah sebahagian kanji menjadi gula. Berbagai-bagai anggaran telah dibuat terhadap kuantiti kehilangan lepas tuai bagi buah-buahan dan sayursayuran segar. kehilangan lepas tuai dijangka 5-25% manakala di negara-negara membangun dijangka 20-50%. Sila layari: http://www.com/watch?v=eHIUEd2pxkQ Jadual 1. (2011) TAHUKAH ANDA ? Iran merupakan negara Asia yang mengalami kadar kehilangan lepas tuai paling rendah iaitu sekitar 2-3%. Anggaran kehilangan lepas tuai bagi buah-buahan dan sayur-sayuran bagi negara Asia.

Jabatan Pertanian dan FAMA (The Federal Agricultural and Marketing Authority) juga turut mengadakan kursus pendek kepada petani dan masyarakat setempat mengenai pengendalian lepas tuai yang betul. Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York telah meluluskan satu resolusi tentang keutamaan dalam mengurangkan kehilangan makanan pada peringat lepas tuai. 2. Telah mewujudkan satu kumpulan kajian teknologi lepas tuai di MARDI (Malaysian Agriculture Research Development Institute) yang telah menyumbang banyak penemuan baru dalam bidang ini.Pemprosesan Hasil Tanaman|8 KEPENTINGAN TEKNOLOGI LEPAS TUAI Penggunaan sistem pengendalian yang lebih baik dan sesuai dapat mengurangkan peratusan kehilangan lepas tuai. 3. lebih banyak makanan dapat dibekalkan dengan kualiti hasil yang baik. mereka menjangkakan sebanyak 50% kehilangan lepas tuai dapat dikurangkan di negara-negara yang sedang membangun. Contohnya program Ijazah Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai) di Universiti Malaysia Terengganu. . Antara usaha-usaha kerajaan yang telah dijalankan dalam menyampaikan maklumat ini kepada masyarakat ialah: 1. Bincangkan teknologi-teknologi yang terlibat dalam bidang ini dan cadangkan bagaimana semua pihak boleh membantu mengurangkan kehilangan lepas tuai. Teknologi lepas tuai adalah satu bidang baharu yang sangat penting dalam rantai pengendalian makanan sebelum sampai kepada pengguna. Stesen televisyen juga turut memaparkan teknologi-teknologi lepas tuai yang baharu melalui rancangan Agrotek. Berikan tiga (3) peranan FAMA dalam pembangunan lepas tuai._________________________________ 2. Telah mewujudkan satu program khusus mengenai teknologi lepas tuai. Melalui resolusi ini. 4._________________________________ Pada September 1975._________________________________ 3. pengetahuan tentang faktor kehilangan kualiti dan kuantiti bagi produk hortikultur perlu diperhebatkan lagi dan disampaikan kepada semua pihak terutama yang terlibat dalam rantaian pengendalian lepas tuai. 1. Namun begitu. Dengan ini.

penuaan. pelbagai jenis buah-buahan dan sayursayuran boleh dibawa masuk ke negara-negara yang beriklim sederhana.  Pengguna: mendapat komoditi yang baik dengan harga yang berpatutan. Buah-buahan dan sayur-sayuran tropika mendapat permintaan yang tinggi. Pengendalian sistem lepas tuai yang baik memberi banyak faedah seperti:  Petani: dapat meningkatkan jumlah dan nilai hasil. pear dan buah delima. kerosakan utama adalah lebam.  Buruh: dapat meningkatkan produktiviti. tetapi tidak wujud di kawasan luar bandar. Turki dan Pakistan ke atas tanaman yang tidak mudah rosak seperti kentang. Kebanyakan kemudahan yang tidak diselenggara dengan baik adalah disebabkan kekurangan kakitangan teknikal yang pakar dan kesukaran mendapatkan alat-alat ganti yang diperlukan untuk pembaikan. hydro cooling. Penyejukan semula jadi (iaitu menggunakan udara sejuk semasa musim sejuk) digunakan di beberapa negara seperti China. Jepun. Lebam boleh dielakkan dengan pengendalian berhati-hati dan menggunakan pembungkusan yang betul. penyimpanan sejuk. Hasil daripada teknologi pengendalian yang lebih cekap dan berkesan. dan layu. Manakala penuaan boleh dilambatkan dengan pengendalian sejuk atau atmosfera diubahsuai (modified atmosphere) dan atmosfera terkawal (conrolled atmosphere). Asia Barat dan Eropah sejak tahun 1984. Antara contoh teknologi pra penyejukan yang diamalkan adalah secara room cooling.  Firma pemasaran: peningkatan dalam keuntungan. berbanding sebelum ini yang terhad di Singapura sahaja melalui jalan darat. serantau dan antarabangsa telah diatur. Majoriti pengeluaran tanaman hortikultur hilang disebabkan oleh kurangnya penggunaan sistem penyejukan. Kerosakan boleh dikawal melalui pengendalian yang baik. Dalam tanaman hortikultur segar. . force-air cooling. Antaranya kewujudan Program Kerjasama Ekonomi ASEAN-Australia dalam Pengendalian Makanan (ASEANAustralia Economic Cooperation on Food Handling Programme). bawang. Kemudahan penyimpanan sejuk pula wujud hanya di bandar-bandar yang lebih besar. Di Malaysia. Penemuan kaedah penyimpanan yang baik bagi memanjangkan hayat sesuatu komoditi yang membolehkan penghantaran jarak jauh lebih ekonomi menggunakan pengangkutan laut. Oleh itu. penyelidikan terhadap sistem pengendalian dan penyimpanan teknologi yang lebih canggih dan menggalakkan perkembangan industri pengeksportan buah-buahan dan sayur-sayuran segar tropika. Sejak itu.Pemprosesan Hasil Tanaman|9 Resolusi tersebut juga membuka mata banyak pihak tentang keutamaan pengendalian lepas tuai. banyak program di peringkat kebangsaan. penghasilan teknologi baharu membolehkan pengeksportan buah-buahan dilakukan dengan kapal laut ke Hong Kong. evaporative cooling. kerosakan. top/liquid-icing. Kelayuan pula boleh dikawal dengan membekalkan kelembapan yang tinggi terhadap komoditi dan simpanan sejuk. dan vacuum cooling. dan penggunaan bahan pengawet yang dibenarkan. Iran. Pra-penyejukan adalah teknologi yang baru diperkenalkan untuk menghilangkan “field heat”.

Mexico. kegagalan untuk mengambil juruteknik terlatih 3. pear dan buah kiwi. pemasaran. penyimpanan. kurangnya kajian tentang keperluan optimum untuk beberapa tanaman semasa eksport. Penggunaan plastik pembungkusan yang tidak sesuai menyebabkan proses anaerobik pada suhu tinggi (Clark dan De Moore. kekurangan sistem piawaian oleh perkhidmatan pembekal 2. limau. Bahan pembungkusan mestilah fleksibel dan mudah untuk digunakan. 2004). Brazil dan Jordan menggunakan CA untuk menyimpan epal. dan lain-lain). Atmosfera biasa Beg plastik biasa Beg MAP Rajah 1. Masalah yang berkaitan dengan mengekalkan ketahanan pembungkusan semasa pengendalian (pengangkutan. Perbelanjaan yang tinggi terhadap teknologi MAP. mangga. . Penyimpanan menggunakan teknologi ini dijalankan secara meluas. Uruguay.5. Ketiadaan plastik pembungkusan (film) yang sesuai untuk memberikan atmosfera yang terbaik..P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 10 Persekitaran terubahsuai (MA) dan atmosfera terkawal (CA) digunakan dalam keadaan yang berbeza seperti semasa pengangkutan laut untuk pelbagai komoditi seperti tembikai. Argentina. 1997). 3. Chile. pisang. 2. namun masih menghadapi beberapa kekangan seperti: 1. Analogi keadaan komoditi dalam tiga keadaan penyimpanan yang berbeza Penggunaan MAP juga terhad kerana beberapa sebab: 1. dan avocado (Yahia et al. anggur.

Sumber: Yahia (2008) Rajah 1. pengangkutan. 2005). pasaran dan pemasaran. diedarkan. disimpan dan dijual. Aplikasi MA untuk pengangkutan darat ke atas beberapa buah-buahan di Mexico.7.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 11 Rajah 1. kebersihan dan keselamatan makanan (Yahia et al. .. Pengguna juga berharap supaya kaedah pembungkusan yang diamalkan memenuhi fungsi untuk melindungi integriti.6. teknik pembungkusan memainkan peranan yang sangat penting. kesegaran dan keselamatan makanan. Seperti di negara-negara maju. Sumber: Yahia (2008) Suhu yang tidak stabil menjadi masalah utama yang dihadapi dalam pengendalian makanan untuk tanaman hortikultur umum dan segar khususnya di negara membangun. Masalah teknikal yang lain termasuk pembungkusan. Bagi memenuhi keperluan ini. perubahan dalam cara makanan dihasilkan. Penyimpanan CA ke atas buah epal di Mexico. kualiti. mencerminkan peningkatan permintaan pengguna dan ini memerlukan pengeluaran hasil yang berkualiti baik dan hayat lepas tuai yang lama. kawalan kualiti dan jaminan.

pengangkutan dan pemasaran. 5. ekonomi dan zat makanan. pembungkusan. 2. 7. Kehilangan lepas tuai adalah lebih tinggi berlaku di negara-negara membangun berbanding dengan negara-negara maju. Kehilangan lepas tuai adalah termasuk kehilangan kuantiti. 5. kualiti. rawatan. 2. 3. Malaysia dianggarkan mengalamai kehilangan lepas tuai buah-buahan dan sayur-sayuran sebanyak 20%. Pengendalian lepas tuai Hayat lepas tuai Fisiologi lepas tuai Kehilangan lepas tuai Kepentingan lepas tuai . Pengendalian lepas tuai adalah kaedah yang bermula daripada hasil tanaman dituai sehingga ke peringkat penggunaannya. Kehilangan lepas tuai dapat dikurangkan jika pihak yang terlibat dalam rantaian lepas tuai mengamalkan kaedah lepas tuai yang betul. 4. Hayat lepas tuai ialah tempoh selepas komoditi tersebut dituai sehingga sampai ke pengguna dalam keadaan kualiti yang baik dan boleh diterima. penggredan. Pihak kerajaan telah berusaha untuk menyampaikan maklumat mengenai kepentingan lepas tuai melalui pelbagai cara. penyimpanan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 12 RUMUSAN 1. 3. 6. pembasuhan. Ia melibatkan kaedah pemilihan. KATA KUNCI 1. 4.

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 13 PETA KONSEP ISU PENGENDALIAN LEPAS TUAI Pengendalian Lepas Tuai          Pemilihan Pembasuhan Rawatan Penggredan Pembungkusan Pengawalan mutu Penyimpanan Pengangkutan Pemprosesan Fisiologi Lepas Tuai  Kajian saintifik tentang tisu tumbuhan  Tambah jangka hayat hasil Kepentingan Teknologi Lepas Tuai  Memaksimumkan pengeluaran hasil  Mengelakkan kerugian  Meningkatkan mutu hasil  Mengalakkan industri pengeksportan hasil Kehilangan Lepas Tuai  Berlaku pembaziran  Menyebabkan kerugian  Berlaku di setiap peringkat pengendalian Hayat Lepas Tuai  Proses Respirasi  Pemasakan  Penuaan  Penukaran Biokimia  Perubahan Fizikal .

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 14 LATIHAN KENDIRI Arahan: Jawab semua soalan secara ringkas dan tepat. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 5. ix. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ 2. i. vi. iii. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 4. Senaraikan sembilan (9) kaedah pengendalian lepas tuai. Berikan maksud pengendalian lepas tuai. Berikan tiga (3) faedah daripada sistem pengendalian lepas tuai yang baik. viii. iii. ii. iii. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ . Bahan tersebut adalah _____________________________ 3. ii. i. i. ii. v. vii. Bahan ini akan bertindak balas dengan kelembapan udara atau air untuk menghasilkan gas asetelina yang menyerupai hormon etilena bagi merangsang kemasakan buah. 1. Terangkan secara ringkas tiga (3) contoh kehilangan lepas tuai. iv.

______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ .P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 15 6. apakah perkara yang paling penting yang perlu dilakukan dalam pengendalian lepas tuai? Nyatakan sebabnya. Nyatakan perbezaan diantara persekitaran terubahsuai (MA) dan atmosfera terkawal (CA). ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ 7. Pada pendapat anda.

Global Food Losses and Food Waste: Extent Causes and Prevention.H.M. Vegetables and Flowers.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 16 RUJUKAN Bourne. and De Moore. M. Wills. Avtar. A. Postharvest Biology and Technology of Fruits. Yahia. (2005). and Meybeck. UK: CABI.C: National Academy Press. U. (1999). Food and Agriculture Organization. dan Susan... W..B. (1986). . L.. Dennis. (2008). L. Guevara. Gustavsson. Using Food Science and Technology to Improve Nutrition and Promote National Development.M. Yahia. Malaysia: MARDI. Van Otterdijk R.. McGlasson. R. dan Joyce. Tijkens. Postharvest research and reality in developing countries. 5: 68-75 pp. Hassan.M. Constraints and challenges.C. C. E. Postharvest Horticulture. P. dan Cedeno. L. Clarke. (2005). E. 674: 97-104 pp. The role of postharvest technology in improving nutrition and promoting national development in developing countries. (2008).M. Postharvest.. Rome.An introduction to the physiology and handling of fruit. Pros. The future of film technology: A returnable packaging system for fresh produce. C. Yahia. M. Acta Horticulturae. H. E. Acta Horticulturae. Overview of postharvest problems in fruits and vegetables. D.. Gopinadhan. Sonesson. US-China seminar on handling. vegetables and ornamentals. 682:16551666 pp.B. Selected Case Studies.. (2007).P.. Fresh cut fruits and vegetables and MAP. J. in CA’97 Proceedings. storage.. The effect of relative humidity on modified atmosphere packaging gas exchange. A. Cederberg. R. Pengendalian Lepas Tuai: Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tropika. J. Edisi kelima.M. International Union of Food Science & Technology (IUFoST). D.. and processing of fruits and vegetables.C.. Washington D. Graham. USA: Blackwell Publishing. (2011). (1997). Italy: United Nations.