You are on page 1of 29

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 17

UNIT 2
INDEKS KEMATANGAN DAN KAEDAH PENUAIAN HORTIKULTUR

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1.
2.
3.
4.

Membezakan ciri-ciri indeks kematangan bagi tanaman hortikultur.
Mengetahui penentuan indeks kematangan.
Membezakan teknik penuaian.
Memahami faktor sebelum tuai yang mempengaruhi kualiti komoditi lepas tuai.

PENGENALAN

P

eringkat kematangan semasa menuai adalah peringkat awal yang sangat penting yang boleh
mempengaruhi mutu buah-buahan dan sayur-sayuran selepas tuai. Oleh itu, penuaian harus
dilakukan pada peringkat yang paling sesuai. Buah-buahan yang dituai terlalu awal, membolehkan
ianya disimpan dengan lebih lama namun kualitinya adalah rendah.
Bagi sayur-sayuran pula, penuaian yang terlalu awal menyebabkannya mudah rosak dan tidak ekonomik.
Penuaian yang terlalu lewat pula akan menjejaskan kualiti bagi sayur-sayuran serta menjadi keras dan
bersabut (fibrous) terutama bagi sayuran berdaun. Sayuran yang dipetik pada peringkat yang berbeza
akan mempunyai rasa dan kualiti yang berbeza. Pada sesetengah keadaan, jika pasaran ke tempat jauh
atau perlu disimpan, tanaman boleh juga dituai pada peringkat matang tetapi masih belum masak. Indeks
kematangan adalah berbeza diantara buah-buahan dan sayur-sayuran dan ia berbentuk khusus bagi
setiap jenis komoditi.
Mutu tanaman hortikultur turut dipengaruhi oleh teknik penuaian. Teknik penuaian yang betul juga penting
bagi memastikan kualiti hasil hortikultur dapat dikekalkan sehingga operasi pengendalian selanjutnya.
Teknik penuaian yang kurang cermat akan menyebabkan keadaan buah-buahan atau sayur-sayuran
mengalami kecacatan dan cepat rosak. Pada peringkat ini, petani berperanan untuk menuai dengan teknik
yang betul bagi memastikan hasil tuaian dalam keadaan yang baik.

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 18
Kesan pengendalian penuaian yang tidak betul:
1. Memendekkan tempoh penyimpanan tanaman disebabkan oleh respirasi yang tinggi atau
pembebasan etilena yang banyak daripada hasil tanaman.
2. Peningkatan jumlah mikroorganisma melalui kawasan yang tercedera pada hasil tanaman.
3. Peningkatan beberapa gangguan fisiologi.

ISI KANDUNGAN
Kejayaan penuaian dan pemasaran hasil juga bergantung kepada perancangan daripada peringkat awal
pengeluaran. Tidak kira skala operasi atau sumber buruh dan alatan yang ada, namun perancangan
sebelum mengendalikan operasi adalah merupakan prinsip utama.
1. Pemilihan
tanaman dan
bila perlu
dipasarkan.
4. Keupayaan
untuk
memantau
keseluruhan
peringkat
operasi
penuaian.

Perancangan
peringkat
awal
pengeluaran

2. Menghubungi
pembeli/pemborong
supaya hasil tanaman
dapat dijual dengan
harga yang optimum
pada masa hasil
tanaman sedia untuk
dituai.

3. Merancang operasi
penuaian seperti masa
penuaian, tenaga
buruh yang diperlukan,
alatan penuaian dan
pengangkutan.
Rajah 2.1. Perancangan peringkat awal pengeluaran ke atas petani.

KEMATANGAN
Sesejenis buah dikira matang apabila mutu buah tersebut boleh diterima oleh pengguna selepas dituai dan
melalui proses pengendalian lepas tuai (seperti pemasakan, jika perlu). Peringkat kematangan yang
optimum bagi buah pisang, mangga, betik dan nenas adalah “hijau” secara fizikalnya dan rasanya akan
berubah menjadi manis apabila betul-betul masak. Berbeza pula dengan sayur-sayuran. Ia akan dituai
apabila mencapai tahap kematangan yang optimum dan sedia untuk dimakan.

Buah ini mampu menghasilkan gas etilena dan menjalani proses respirasi untuk pemasakan walaupun terpisah daripada pokok induk. Buah-buahan klimakterik adalah seperti tomato. 2. limau. buah-buahan klimakterik perlu dituai seawal mungkin. mangga dan lain-lain. Kaedah fizikal: senang dileraikan. Buah-buahan bukan klimakterik adalah seperti lada. melalui tekstur. dan pahit serta bunyi apabila ditepuk/dijentik (sound when tapped). saiz. jambu. Huraikan tiga (3) perbezaan antara buah-buahan klimakterik dan bukan klimakterik. bagi komoditi buah-buahan. kandungan kanji dan pH. pisang. adalah perlu untuk membezakan antara dua jenis buah-buahan iaitu klimakterik dan bukan klimakterik. 3. rasa masam.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 19 Penentuan kaedah kematangan: 1. Jadual 2. Jenis buah-buahan bukan klimakterik dan klimakterik. lebih matang hasil tanaman. aroma. 4. betik. Bukan Klimakterik Lada benggala Beri hitam Beri biru Koko Limai nipis Ceri Mentimun Terung Anggur Jambu air Zaitun Oren Nanas Delima Labu Rasberi Strawberi Petola Jambu batu Langsat Klimakterik Epal Aprikot Avokado Pisang Sukun Durian belanda Durian Kurma Nangka Kiwi Tembikai Mangga Betik Markisa Pic Pear Tomato Belimbing Muskmelon Kurma . Secara umumnya. bau. hayat lepas tuai menjadi semakin pendek. Fisiologi: kadar respirasi. kandungan gula. Secara umumnya. warna dan tekstur. Untuk pasaran yang jauh. manis. Pengiraan: beberapa hari/ bulan selepas pokok mula berbunga atau diubah ke plot tanaman. tetapi selepas mencapai tahap kematangan. bentuk dan daun sebelah luar didapati kering. Buahbuahan klimakterik mengalami perubahan yang jelas sebelum masak dan setelah masak seperti perubahan aspek rasa. dan lain-lain. Ia juga mengeluarkan gas etilena untuk merangsang pemasakan dan penuaan di peringkat penyimpanan. kematangan terbahagi kepada dua: - Kematangan fisiologi Kematangan komersil Sebelum mengetahui kategori kematangan ini secara mendalam. Kaedah penglihatan: warna kulit. Analisa kimia: melalui keasidan.1. 5.

tuliskan secara ringkas perbezaan antara kematangan fisiologi dan kematangan komersil. Buah yang dituai pada peringkat ini akan masak dengan sempurna dan memenuhi kriteria pengguna. bendi. pemasakan. Kematangan komersil mengikut perkembangan fisiologi buah-buahan dan sayur-sayuran. mangga. PERMULAAN PERTUMBUHAN KEMATANGAN PERKEMBANGAN KEMASAKAN MATI PENUAAN CAMBAH Tauge BATANG & DAUN Salad. ciku. kematangan. kangkung JAMBAK BUNGA Brokoli. kacang. Kematangan fisiologi berlaku selepas peringkat pertumbuhan hingga bermulanya peringkat pemasakan. sawi. kubis bunga BUAH MUDA Timun. markisa. kekacang dan batang kerana pada peringkat ini ia tidak sesuai lagi untuk dimakan kerana telah keras. durian BUAH MASAK Betik. belimbing. manggis. jagung BUAH MATANG Pisang. Keadaan ini berbeza dengan sayur-sayuran jenis daun. tanaman hortikultur mempunyai 4 peringkat fisiologi iaitu peringkat pertumbuhan. nangka.2. durian Rajah 2. rambutan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 20 Kematangan fisiologi Secara umumnya. dan penuaan (senescence). Melalui pemahaman anda. kubis. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ .

Bagi sayuran pula kebanyakannya dituai sebelum masak. dan kailan).youtube. buah-buahan apa yang dituai sebelum mencapai tahap masak (ripening) bagi kegunaan tertentu. Asparagus pula dituai ketika masih rebung atau belum berpucuk dan tauge dituai diperingkat percambahan. sawi.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 21 Kematangan komersil Kematangan komersil atau kematangan hortikultur bermaksud peringkat kematangan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk yang dikehendaki oleh pengguna. Bagi timun. ia dituai pada peringkat tumbesaran atau peringkat muda. atau pasaran jauh.youtube. 1.com/watch?v=2R0kzCwGNtw http://www. Cuba anda fikirkan. ia dituai apabila mencapai saiz yang maksimum tetapi bijinya masih lembut. Penerangan lanjut mengenai masa dan kaedah yang sesuai untuk menuai bebawang dan ubi kentang. masakan (kerabu) 2. Contohnya seperti sayuran berdaun (kangkung. sila layari: http://www. Komoditi yang dituai pada peringkat matang adalah bebawang.com/watch?v=Q2rXQ-ULo3s INDEKS KEMATANGAN Indeks kematangan merujuk kepada parameter yang digunakan dalam membuat anggaran peringkat kematangan yang sesuai bagi penuaian sesuatu jenis komoditi. Peringkat ini boleh berlaku pada semua peringkat sepanjang proses perkembangan buah-buahan atau sayur-sayuran. bayam. Buah mangga Peringkat tuai: buah masih muda Kegunaan: jeruk. . Buah betik Peringkat tuai: buah telah matang tapi belum masak Kegunaan: jeruk. masakan (somtam). Ini boleh diperhatikan apabila bahagian daun yang berwarna hijau rebah manakala bagi ubi kentang apabila pokoknya mula berbunga.

Mungkin juga hasil yang dipasarkan paling awal atau kadang-kadang paling akhir mendapat tawaran harga yang tinggi. Selain itu. ia juga dijadikan sebagai piawaian gred bagi sesuatu komoditi. petani boleh merancang pengeluaran hasil mereka bagi mendapatkan harga yang premium. diproses atau untuk pasaran eksport dan pasaran tempatan. Melalui maklumat mengenai indeks kematangan. Namun begitu. Jadi. ringkas dan murah Dikaitkan dengan kualiti dan tempoh hayat hasil Boleh menilai setiap peringkat kematangan hasil Penentuan kematangan Penentuan kematangan Fizikal Kimia Fisiologi . Ciri-ciri indeks kematangan      Mudah diukur dan dilakukan Pengukuran yang objektif Peralatan yang digunakan adalah mudah.  Pengurusan buruh dan sumber yang cekap Tanaman tropika. indeks kematangan yang optimum perlu dipastikan bagi mengelakkan hasil yang belum matang atau terlalu masak dipasarkan. khususnya seperti di Malaysia adalah bermusim. ia juga dijadikan sebagai asas untuk mengasingkan hasil tanaman mengikut kegunaan tertentu samada untuk dimakan segar.  Asas pengkelasan Melalui indeks kematangan. petani harus merancang dengan tepat operasi penuaian dan pengendalian supaya pengambilan tenaga buruh dan peralatan dapat diuruskan dengan baik.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 22 Kepentingan indeks kematangan  Strategi pemasaran Harga bagi sesuatu komoditi dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran.

4. cili.3. Kerapuhan atau keanjalan juga boleh diukur menggunakan penetrometer dengan memberi tekanan (pressure) pada permukaan. Alat ini akan menterjemahkan warna dengan lebih tepat dalam nilai chroma. Rajah 2. Selain melalui penglihatan. 2. Sayursayuran menjadi keras dan bersabut. kacang panjang dan kacang buncis. Contoh: bendi. lightness dan hue. Rajah 2. kita juga boleh mengukur warna menggunakan alat yang dipanggil chromameter. betik.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 23 Ciri-ciri fizikal 1. Tekstur Buah akan bertukar menjadi lembut apabila mencapai tahap kematangan dan pemasakan. . Mengukur warna menggunakan chromameter. Contoh: tomato. Penggunaan penetrometer untuk mengukur kerapuhan. rambutan. manggis dan belimbing. Warna Warna juga menjadi indikator bagi penentuan kematangan. Ianya berbeza bagi setiap komoditi. Ianya akan memberi nilai dalam unit newton.

Bagi buah berduri. tapak duri menjadi lebar. Beratnya lebih rendah daripada isipadu dan timbul di dalam air. Kekeringan benang sari pada buah pisang. tidak semua buah yang matang akan tenggelam di dalam air terutamanya bagi buah yang jenis berongga. Ini juga merupakan kaedah yang cepat untuk menentukan indeks kematangan. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ . tembikai wangi. Sayuran seperti rebung. Buah yang matang pula mengandungi jumlah bahan kering yang tinggi lebih daripada 1. Beberapa varieti buah mangga yang belum matang. Bagi buah yang sudah matang.0. Bentuk juga boleh membezakan samada komoditi tersebut matang atau belum matang. berat. Ciri luaran fizikal yang lain juga turut dijadikan sebagai kematangan buah seperti kekeringan benang sari pada buah pisang dan kehilangan kilat pada kulit tembikai. 4. 5. kulitnya tekang dan seginya tumpul atau tidak jelas. Namun begitu. Bau Sesetengah buah menghasilkan bau yang manis apabila telah masak seperti buah durian. pucuk dan batang pokok sebagai panduan kematangan. asparagus dan tauge.0 (berat lebih tinggi daripada isipadu) dan tenggelam di dalam air. mangga. ia berbentuk penuh. bacang. Ketumpatan bandingan Sesetengah buah-buahan meningkat graviti (berat per isipadu buah) apabila matang. ia dilihat berdasarkan keadaan daun.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 24 3.5. Huraikan ciri-ciri kematangan bagi tembikai wangi mengikut semua aspek fizikal. nangka dan cempedak. Rajah 2. bentuk dan morfologi Saiz serta berat buah dan sayur akan meningkat seiring dengan pertumbuhan namun malar apabila sampai tempoh tertentu. ketumpatan bandingannya kurang daripada 1. Saiz.

Walaubagaimanapun. Kandungan kanji Pengumpulan kanji merupakan aktiviti utama semasa pertumbuhan dan perkembangan untuk kebanyakan buah terutama jenis klimakterik. Kandungan gula Kandungan gula dalam buah boleh ditentukan dengan mengukur jumlah pepejal terlarut (total soluble solid) dalam ekstrak jus.6. Refraktometer merupakan alat yang mudah dan ringkas. Rajah 2. Hanya asid organik yang lebih dominan dalam sesuatu buah sahaja yang diukur seperti asid sitrik. Biasanya buah yang matang dan masak mempunyai kandungan gula yang tinggi. digunakan untuk mengukur jumlah pepejal terlarut. kanji diuraikan menjadi gula menyebabkan kandungan gula meningkat dan kandungan kanji menurun. kandungan asid sitrik akan diukur ke atas buah limau manakala kandungan asid malik ke atas buah nenas.2% dan 8-10%. Ada juga jenis buah yang mempunyai kandungan gula yang meningkat semasa penurunan kandungan kanji. asid malik dan lain-lain lagi. . Apabila buah mulai masak. Jumlah asid Jumlah asid biasanya diukur melalui asid organik yang terdapat pada sesuatu buah. Contohnya. 2. Antara kaedah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kandungan jumlah asid dalam komoditi adalah melalui kaedah titrasi. Kandungan gula bagi mangga dan tembikai wangi sesuai dipetik apabila jumlah pepejal terlarutnya mencapai 6. Refraktometer.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 25 Ciri-ciri kimia 1. penentuan kandungan kanji secara kuantitatif adalah rumit dan sukar dijalankan di ladang. 3. TAHUKAH ANDA ? Asid organik yang berlebihan daripada kitaran TCA akan disimpan di dalam vakuol. Kandungan kanji adalah tinggi apabila buah mencapai tahap kematangan.

7. Jadual 2. . respirasi dan penghasilan etilena bagi komoditi klimakterik dan bukan klimakterik. kematangan dan penuaan (Rajah 2. Jenis buah Jenis asid organik yang paling tinggi Pisang Belimbing Manggis Mangga Betik Anggur Bayam Beri hitam Ciri-ciri fisiologi Kadar penghasilan gas Hayat buah-buahan dan sayur-sayuran secara umumnya terbahagi kepada tiga peringkat fisiologi: pertumbuhan. Pertumbuhan.7). Sel membahagi Sel berkembang Pemasakan Penuaan Kematangan Pertumbuhan Rajah 2. Jenis asid organik yang paling tinggi dalam buah-buahan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 26 Nyatakan asid organik yang paling tinggi dalam buah-buahan di bawah.2.

Kadar respirasi memberikan ramalan yang lebih tepat tentang kesesuaian masa menuai mengikut tujuan-tujuan tertentu. Penuaan didefinisikan sebagai tempoh proses anabolik (sintetik) biokimia menjadi katabolik (degradasi) yang menyebabkan tisu menjadi tua dan akhirnya mati. Fotosintesis dan respirasi pada tumbuhan. Rajah 2. Kematangan biasanya bermula semasa sel berkembang hingga proses pemasakan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 27 Pertumbuhan melibatkan pembahagian sel dan seterusnya sel berkembang sehingga bersaiz akhir.8. . Komoditi klimakterik menghasilkan kadar respirasi yang lebih tinggi apabila buah masak berbanding dengan komoditi yang bukan klimakterik. Pertumbuhan dan kematangan juga dikenali sebagi fasa perkembangan.

Bagi pokok yang tinggi. ianya hanya perlu ditarik daripada tanah.10. Teknik penuaian buah menggunakan tangan. mengutip atau memungut hasil yang telah mencapai tahap kematangan yang dikehendaki. lobak merah dan lobak putih. . alat bantuan seperti tangga atau kenderaan pengangkat adalah diperlukan. Penuaian boleh dilakukan dengan menarik ke atas seperti Rajah 2.9.9. Alat-alat untuk memetik buah. Rajah 2. ia mempunyai “break point” semulajadi diantara dahan dan tangkai yang dihasilkan ketika matang. atau alatalat tertentu seperti mesin penggegar atau galah berperangkap jaring yang dilengkapi dengan pisau atau pisau pemotong. Pelbagai teknik penuaian boleh dilakukan menggunakan tangan. Root crop yang lain seperti ubi bit merah. berkuku pendek dan tanpa pemakaian barang hiasan seperti cincin atau gelang bagi mengelakkan kecederaan mekanikal semasa menuai. Proses penuaian digalakkan dengan pemakaian sarung tangan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 28 PENUAIAN Penuaian merupakan aktiviti memetik. hasilnya boleh dipetik dengan menggunakan tangan sahaja. Sesetengah tanaman. Buah-buahan yang dipetik perlu dimasukkan ke dalam karung atau bekas yang sesuai bagi mengelakkan kecederaan. Rajah 2. Bagi tanaman yang berumbisi (root crop). selalunya digali menggunakan serampang atau cangkul. Penggunaan mekanisasi pula digunakan bagi kawasan ladang yang luas. Bagi pokok yang berketinggian rendah.

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 29 Rajah 2. Sebaik sahaja buah-buahan dan sayur-sayuran dipetik. dengan membiarkan tangkai bersama juga boleh mengakibatkan kecederaan pada buah lain semasa diisi bersama di dalam bakul atau bekas. tembikai. Pisau atau gunting perlu digunakan bagi memotong tangkai buah. jambu batu. Buah-buahan yang dipetik dan dimasukkan ke dalam bakul atau bekas simpanan. perlu dialas dan menjadi bahan kusyen seperti kertas. ia perlu diletakkan ditempat yang redup bagi mengelakkan kelayuan dan kehilangan berat. buah juga perlu dielak terhempas ke tanah kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan dan lebam. Cara memisahkan buah daripada pokok semasa memetik juga mempengaruhi mutu buah. dan mangga. Dedaunan (foliage) boleh digunakan untuk menampan dan melindungi kubis bunga semasa pengangkutan. mangga dan ciku perlu dibersihkan secepat mungkin bagi mengelakkan kecacatan rupa buah. Ini bertujuan supaya hasil yang dipetik dapat dibawa ke pasaran dalam keadaan yang baik.11. Buah yang dipetik dengan cara memulas atau menarik boleh menyebabkan kulit di bahagian tangkai buah dan bahagian pokok terkoyak terutamanya bagi buah rambutan. Sesetengah buah dipetik dengan membiarkan tangkai pendek bersama atau membiarkan 2-3 helai daun pada tangkai bagi menampakkan kesegarannya. limau. . Satu alternatif baharu turut dijalankan ke atas beberapa komoditi melalui semburan bahan kimia seperti etrel. Buah yang dituai boleh diletakkan diatas hamparan guni dengan tangkainya menghala ke bawah bagi mengelakkan kecacatan ini. span. Masa penuaian yang sesuai Waktu penuaian juga sangat penting dalam proses penuaian. Keberkesanan semburan ini juga turut dipengaruhi oleh kematangan buah dan cuaca. foam netting dan sebagainya bagi mengelakkan kecederaan semasa proses pengangkutan. Walaubagaimanapun. Namun begitu. Lelehan getah yang dituai pada buah betik. Ini bagi menggalakkan pembentukan lapisan absis pada tangkai daun dan ia disembur beberapa hari sebelum proses penuaian. Bahagian yang mengalami kecederaan lebih mudah dijangkiti patogen yang menyebabkan penyakit lepas tuai. dan cycloheximida. asid absisik. ia juga terhad pada beberapa komoditi tertentu kerana boleh mempengaruhi hayat buah. Selain itu.

INDEKS KEMATANGAN DAN PENUAIAN KOMODITI TERPILIH BELIMBING Nama saintifik: Averrhoea carambola L. TAHUKAH ANDA ? Di Jepun.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 30  Melakukan penuaian pada waktu paling sejuk (the coolest part of the day): awal pagi atau lewat petang. Keluarga: Oxalidaceae Pokok belimbing berbuah tidak mengikut musim dan penuaiannya adalah 4-6 kali setahun. Penuaian varieti B10 dilakukan dengan tangan selepas 60-65 hari peringkat berputik. Bakul/raga yang kukuh supaya tidak rosak apabila ditindan dengan bakul yang lain. mudah dibersihkan dan boleh ditindan. tembikai yang berbentuk empat segi lebih mudah dikendalikan. Rajah 2. boleh digunakan semula. Bekas hasil tuaian     Saiz yang mudah dibawa.12. Bekas perlu mempunyai permukaan yang licin (bahagian tajam merosakkan buah). namun ia lebih tahan lama. Bakul perlu dialas dengan bahan kusyen.  Elakkan memetik buah yang basah disebabkan embun atau hujan.  Meletakkan buah yang telah dipetik di tempat yang redup. menjimatkan ruang dan memudahkan pengangkutan. Bekas plastik sememangnya mahal. Beg pembungkus . Buah dibalut dengan beg pembungkus lebih kurang 4 minggu selepas berputik dan saiznya mencapai 5-6 cm.

Penuaian dilakukan apabila buah mencapai tahap kematangan yang optimum yang dikehendaki pasaran. . Sumber: FAMA (2008) Rajah 2. suhu yang sesuai adalah 7-10 ˚C dengan kelembapan relatif 85-90%. Dalam penyimpanan ini.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 31 biasanya daripada kertas surat khabar diberi kod warna bagi memudahkan penuaian. Sekiranya memerlukan penyimpanan sementara. Indeks kematangan buah belimbing varieti B10. Buah yang berbungkus disusun dengan berhati-hati secara baring di dalam bakul plastik. ia mampu mengekalkan kualiti selama 3-4 minggu.13.

. Untuk penyimpanan sementara. Buah biasanya dibalut dengan kertas surat khabar atau foam sebelum disusun secara menegak di dalam bakul plastik atau kotak. Penuaian buah perlu dilakukan dengan cermat dan sebaiknya menuai menggunakan tangan. Tangga sesuai dijadikan sebagai alat penyokong bagi pokok yang tinggi. Keluarga: Caricaceae Penuaian betik dilakukan pada peringkat umur 150-164 hari selepas bunga berkembang. Buah betik boleh dituai sebaik sahaja menunjukkan perubahan warna pada kulit buah.14. suhu yang sesuai adalah 10-12 ˚C dan mampu mengekalkan kualitinya selama 2-3 minggu. Indeks kematangan buah betik.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 32 BETIK Nama saintifik: Carica papaya Linn. Sumber: FAMA (2008) Rajah 2.

. Sumber: FAMA (2008) Rajah 2. Keluarga: Moraceae Penuaian cempedak adalah diantara 90-105 hari selepas berputik. Indeks kematangan buah cempedak. Cempedak mempunyai jangka hayat yang singkat iaitu sekitar 4-7 hari pada suhu ambien tetapi mampu mengekalkan kualitinya selama 6 minggu jika disimpan pada suhu 11-13 ˚C dengan kelembapan relatif 85-90%. Ia boleh dikenalpasti apabila salah satu daun pengasuh bertukar warna daripada hijau kepada kekuningan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 33 CEMPEDAK Nama saintifik: Artocarpus champeden Spreng.15.

Keluarga: Musaceae Penuaian pisang adalah bergantung kepada varieti. jantung perlu dibuang dan tandan dibalut dengan karung plastik. Pada masa ini. Antara tanda fizikal lain yang menunjukkan buah matang adalah kekeringan pada lebihan benang sari pada hujung jejari pisang dan perubahan warna pada kulit pisang. .16. Indeks kematangan buah pisang. Sumber: FAMA (2008) Rajah 2. Penuaian boleh dilakukan 5 minggu kemudian.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 34 PISANG Nama saintifik: Musa spp.

Semasa menuai.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 35 Penuaian pisang perlu dilakukan pada cuaca sejuk bagi mengelakkan proses pemasakan dan kecederaan pada buah.  Sulur paut bertukar warna daripada hijau kepada perang dan menjadi kuning. Bagi penyimpanan sementara.  Kilauan kulit buah menjadi pudar atau kurang berkilat. Jadual 2. . Bagi penyimpanan sementara. suhu yang disyorkan adalah 12-15˚C dengan kelembapan relatif 85-90% dan kualiti pisang dapat dikekalkan sehingga 3 minggu. jalur tersebut menjadi berserakan atau pecah. Masa penuaian mengikut kultivar pisang. Ia tidak boleh disentak atau dipulas kerana kecederaan pada tampuk buah akan menyebabkan jangkitan penyakit dan buah menjadi busuk.  Keadaan jalur pada permukaan buah selari dan lurus ketika buah belum matang dan apabila matang dan sedia dipetik. suhu yang disyorkan adalah 13˚C dengan kelembapan relatif 85-90%. Varieti Pisang Mas Pisang Berangan Pisang Embun Pisang Rastali Masa penuaian (minggu dari berjantung) 7-9 11-14 12-15 10-13 TEMBIKAI Nama saintifik: Citrullus lunatus Schard Keluarga: Cucurbitaceae Penuaian tembikai adalah 28 hari setelah pendebungaan berbantu (varieti Fengshan. tangkai buah tembikai perlu dipotong dengan pisau yang bersih dan tajam. Penuaian pisang juga disebut “menebang” iaitu dengan menakik batang pokok beberapa kaki di bawah tangkai tandan. Tandan buah dipotong setelah batang pisang tadi patah dengan keadaan tandan yang masih tergantung. seedless) dan 28 hari selepas berbunga (varieti sweet beauty). Panduan menentukan peringkat matang buah tembikai:  Warna kulit buah yang bersentuhan dengan tanah (ground spot) bertukar daripada putih kehijauan kepada kuning pucat atau kuning krim.  Menjentik buah: jika buah belum masak ia menghasilkan bunyi padat dan jika buah telah masak ia menghasilkan bunyi berongga.3.

Indeks kematangan buah tembikai. Fruhw. . Sumber: FAMA (2008) Rajah 2. Bagi penyimpanan sementara.17.18. Penuaian perlu dilakukan pada cuaca sejuk bagi mengelakkan kecederaan disebabkan suhu tinggi.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 36 Sumber: FAMA (2008) Rajah 2. KACANG PANJANG Nama saintifik: Vigna sesquipedalis L. Indeks kematangan kacang panjang. Keluarga: Leguminosae Penuaian kacang panjang adalah sekitar 40-50 hari setelah ditanam. suhu yang disyorkan adalah 10˚C dengan kelembapan relatif 95%.

Bagi penyimpanan sementara. Penuaian perlu dilakukan pada cuaca sejuk bagi mengelakkan kecederaan disebabkan suhu tinggi. Sumber: FAMA (2008) Rajah 2. . suhu yang disyorkan adalah 5-7˚C dengan kelembapan relatif 85-90%.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 37 PERIA Nama saintifik: Momordica charantia L.19. Indeks kematangan peria. Keluarga: Cucurbitaceae Penuaian peria adalah pada tahap optimum antara 8-9 minggu selepas ditanam.

20. Terung dituai dengan memotong bahagian tangkainya. Sumber: FAMA (2008) Rajah 2. Penuaian perlu dilakukan pada cuaca sejuk bagi mengelakkan kecederaan disebabkan suhu tinggi. suhu yang disyorkan adalah 10-12˚C dengan kelembapan relatif 90-95% dan boleh mengekalkan kualitinya sehingga 2 minggu. Bagi penyimpanan sementara.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 38 TERUNG Nama saintifik: Solanum melongena L. Keluarga: Solanaceae Penuaian terung adalah pada tahap optimum antara 11-12 minggu selepas mengubah. Indeks kematangan terung. .

buah rambutan yang mendapat cahaya matahari secara terus mempunyai warna yang lebih terang berbanding buah yang terlindung dengan daun. pisang Cavendish dan Berangan lebih mudah dikendalikan semasa proses pengangkutan berbanding dengan pisang Mas. banyak kajian baharu yang membantu pengurusan lepas tuai. Antaranya ialah genetik. ia lebih tahan kepada penyakit lepas tuai. memanjangkan tempoh simpanan. Cahaya Cahaya diperlukan oleh pokok untuk menjalankan proses fotosintesis bagi pertumbuhan. mengurangkan gangguan fisiologi dan mudah untuk dikendalikan. GENETIK Dengan pemilihan genetik yang bagus dapat mengurangkan kecederaan mekanikal. Namun. iklim dan amalan kultur. pembentukan warna dan penghasilan rasa. Buah oren di kawasan tropika mempunyai kandungan gula yang tinggi berbanding yang ditanam di sub-tropika. 4. 5. Betik ini juga bersaiz kecil dan mudah dimakan. Buah epal yang ditanam di United Kingdom lebih mudah mendapat kecederaan dingin berbanding buah yang ditanam di New Zealand. pemeliharaan mutu haruslah bermula daripada awal lagi iaitu semasa peringkat pemilihan biji benih. Ia juga turut menjimatkan ruang pengangkutan. Buah pada pokok yang sama juga menghasilkan kualiti yang berbeza.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 39 FAKTOR-FAKTOR SEBELUM TUAI YANG MEMPENGARUHI KUALITI LEPAS TUAI Bagi memastikan hasil lepas tuai dalam keadaan yang bermutu. 2. Selain itu. Melalui pendekatan kejuruteraan genetik oleh para saintis. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kualiti lepas tuai. Sayuran berdaun yang ditanam pada musim sejuk juga berpotensi menghasilkan kandungan nitrat yang lebih tinggi berbanding pada musim panas. 3. kurang berjus. Sayur-sayuran lebih mudah layu jika dituai pada cuaca yang panas. Contohnya: 1. Ini kerana pisang Cavendish dan Berangan mempunyai susunan jejari yang lebih tersusun dan berkulit tebal berbanding dengan pisang Mas. Contohnya. . Disamping itu. Buah limau dan mangga yang mendapat cahaya matahari secara terus mempunyai kulit yang lebih nipis. IKLIM Suhu Suhu mempengaruhi tempoh kematangan hasil dan kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran. rendah kandungan asid dan tinggi kandungan pepejal terlarut yang memberi rasa lebih manis. Nenas yang ditanam di Australia di bawah suhu 21˚C telah menyebabkan “internal browning” pada buah. buah-buahan sitrus yang terlindung daripada cahaya matahari tidak mudah mendapat kecederaan dingin semasa proses penyimpanan. Antaranya adalah pokok tomato transgenik yang boleh disimpan lama dan ubi kentang yang tidak menjadi perang apabila digoreng.

3. Buah menjadi lebih tawar ketika musim hujan. duku dan langsat. penjarangan. penyelenggraaan ladang. pembungkusan dan penuaian boleh mempengaruhi kualiti lepas tuai. pengairan. 4. 6. Sayur-sayuran juga mudah diserang penyakit apabila musim hujan. Angin yang kuat juga menyebabkan buah bergesel dengan permukaan yang kasar menyebabkan kecederaan dan berparut. Melon wangi yang kurang air menghasilkan buah yang lebih kecil dan cepat matang.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 40 Hujan Air diperlukan bagi memastikan proses pertumbuhan pokok yang baik. Gabungan panas dan hujan boleh menyebabkan buah merekah pada buah dokong. 2. Begitu juga bagi pokok bunga kertas. Faktor pra-tuai boleh mempengaruhi kualiti lepas tuai. Hujan yang berlarutan juga menyebabkan buah lebih mudah dijangkiti penyakit lepas tuai seperti antraknos. rambutan dan durian memerlukan kemarau yang panjang untuk proses pembungaan. Sesetengah pokok seperti mangga. Angin Angin yang kuat boleh membantutkan pertumbuhan buah. AMALAN KULTUR Amalan kultur semasa pra-tuai termasuk pembajaan. manggis. Ini kerana dahan yang merekah atau patah tidak dapat menyalurkan bekalan makanan yang mencukupi pada buah. 1. 5. Bincangkan aspek amalan kultur berikut yang boleh mempengaruhi kualiti lepas tuai:        Pembajaan Pengairan Penyemburan kimia Penjarangan Penyelengaraan ladang Pembungkusan Penuaian . penyemburan kimia.

Piawaian gred 10. 9. Pasaran eksport 2. 3. Indeks kematangan merupakan panduan peringkat kematangan bagi penuaian sesuatu komoditi. menggunakan peralatan yang sesuai dan diletakkan di dalam bekas yang sesuai. 6. 5. Chromameter 3. Klimakterik 8. Buah-buahan dan sayur-sayuran terbahagi kepada kategori klimakterik dan bukan klimakterik. Hasil dituai berdasarkan peringkat yang digunakan pengguna. Indeks kematangan 7. Refraktometer 5. Ketumpatan bandingan . Kematangan 6. 4. Penetrometer 4. 7. 2. Pelbagai kaedah dan cara yang boleh digunakan untuk menuai hasil sama ada menggunakan tangan atau peralatan yang khas. Kualiti lepas tuai dipengaruhi oleh genetik. Hasil perlu dituai pada masa yang sesuai. Kematangan ditentukan melalui keadaan fizikal. Bukan klimakterik 9. KATA KUNCI 1.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 41 RUMUSAN 1. Teknik penuaian yang digunakan akan mempengaruhi mutu dan kualiti hasil. 8. fisiologi dan juga sifat kimia hasil. iklim persekitaran dan amalan kultura. Penuaian hasil yang matang adalah berbeza bagi buah-buahan dan sayur-sayuran. suhu.

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 42 PETA KONSEP Fisiologi Kematangan Komersial Indeks Kematangan Fisiologi Diukur secara Kimia Fizikal Penuaian Hortikultur       Manual Mesin Peralatan Memotong Memetik Memulas  Mudah dibawa  Kukuh  Permukaan licin  Dialas kusyen  Genetik  Suhu  Cahaya Cara dan teknik Faktor Mempengaruhi Kualiti hasil  Hujan  Angin  Amalan kultura Bekas Masa  Waktu paling sejuk  Buah tidak basah  Letak di tempat redup .

Karbon dioksida Metana Ammonia Etilena Antara berikut. Berikut merupakan penentuan kaedah kematangan kecuali A B C D bentuk dan saiz bau dan rasa rintangan penyakit kadar respirasi 2.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 43 LATIHAN KENDIRI BAHAGIAN A Arahan: Pilih dan bulatkan jawapan yang tepat. Apakah gas yang dihasilkan bagi komoditi klimakterik untuk mempercepatkan kematangan buah yang dituai? A B C D 4. manakah merupakan faktor-faktor sebelum tuai yang mempengaruhi kualiti lepas tuai. Berikut merupakan kepentingan indeks kematangan kecuali A B C D strategi pemasaran perbezaan jenis bagi tanaman pengurusan buruh dan sumber yang cekap asas pengkelasan 3. 1. I II III IV genetik kesuburan tanah pembajaan iklim A B C D I dan II II dan III I dan IV II dan IV .

_________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ 3. _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ 4. i. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 2. 1. Terangkan secara ringkas indeks kematangan bagi buah cempedak (Artocarpus champaden Spreng).P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 44 BAHAGIAN B Arahan: Jawab semua soalan dengan ringkas dan tepat. ii. Pada pendapat anda mengapakah penentuan kematangan perlu diukur dari semua aspek (fizikal. iii. dan fisiologi). iv. kimia. _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ . Senaraikan empat (4) ciri bekas penuaian yang baik. Terangkan secara ringkas tentang cara penuaian bendi (Abelmoschus esculentus) menggunakan peralatan yang betul.

Dennis. Edisi kedua.H. Gopinadhan. . dan Joyce.K.. and Storage. (2011). D. dan Susan. D. Malaysia: Mardi. Edisi kelima. Wills.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 45 RUJUKAN Ahmad Tarmizi Sapii dan Pauziah Muda.C. USA: Blackwell Publishing. FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan). McGlasson. (1999). (2003). W. Malaysia: FAMA. Malaysia: MARDI. Graham. L. Panduan Kematangan dan Penuaian Buah-buahan.. M.An introduction to the physiology and handling of fruit.. Siri Panduan Kualiti 36 Jenis Komoditi Sayur-sayuran dan Buah-buahan. R.. (2007). (2008).. UK: CABI. Avtar. Hassan. UK: Blackwell Publishing. Postharvest Biology and Technology of Fruits. Postharvest. A. vegetables and ornamentals. H. (2008).B.B. Thompson. A. Fruit and Vegetables: Harvesting. P. Pengendalian Lepas Tuai: Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tropika.. Vegetables and Flowers. Handling.