You are on page 1of 17

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 157

UNIT 8
PEMASARAN HASIL SEGAR

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Memahami kehendak pengguna.
2. Membezakan antara pemasaran secara langsung dan tidak langsung.
3. Mengenalpasti jenis-jenis pemasaran yang terlibat secara langsung.

PENGENALAN

C

itarasa pembeli agak kompleks dan berbeza-beza mengikut jantina, umur, budaya, etnik, dan lainlain. Sikap pengguna adalah tidak sama antara satu sama lain. Menurut Ctifl (Centre technique
interprofesionnel des fruits et légumes, Laborde, et al., 1993), terdapat tiga jenis kumpulan yang
dikelaskan mengikut tingkah laku:
1. Kumpulan pertama ialah pengguna dengan sikap yang asas. Mereka dikenali juga sebagai
golongan tradisional, iaitu pengguna yang generik dan tidak begitu cerewet tentang kualiti.
2. Kumpulan kedua lebih mencari perbezaan dalam kualiti iaitu dari segi pemilihan produk organik,
kualiti yang telah disahkan, jenama komersil, mempunyai label atau persijilan, keluaran hasil
sesuatu tempat dan sebagainya.
3. Kumpulan ketiga adalah mencari hasil yang convenience (memudahkan). Mereka mencari cara
yang cepat dan mudah untuk menyediakan makanan. Contohnya dengan memilih prapembungkusan hasil, fresh-cut, hasil beku dalam tin dan sedia untuk makan (ready to eat).

Terdapat faktor lain yang turut mempengaruhi keputusan pembeli. Objektif utama pembelian adalah
mencapai kepuasan pengguna dari segi keperluan pemakanan dan kualiti seperti rasa, tekstur, warna serta
aroma hasil. Terdapat dua pertimbangan utama bagi mencapai kepuasan kualiti pengguna iaitu:

imej pembekal. Alternatif pemasaran lain untuk menjual di pasar borong termasuk. Petani menyediakan hasil untuk memenuhi permintaan ini. Faedah lain termasuk penetapan harga rujukan untuk hasil yang diniagakan. Orang tengah sama ada peruncit atau pemborong adalah pihak yang bertanggungjawab membawa citarasa pengguna kepada pengeluar. Kebanyakan urus niaga adalah dalam bentuk pembungkusan jenis pelet. Pengeluar yang berhampiran dengan pasar borong boleh menyewa ruang niaga pada setiap hari untuk menjual hasil mereka. dan lain-lain. pengimport. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu dibungkus mengikut pengendalian pasaran dan kaedah pengangkutan. Hasil dibekalkan dari beberapa kawasan penanaman yang berbeza dan dijual melalui orang tengah (pemborong. Perjanjian komersial juga berbeza dan harga biasanya bergantung kepada jumlah dan kualiti hasil yang dibekalkan. 2. dan lain-lain) kepada peruncit. Sebaliknya. pembungkusan. menjual secara langsung dapat menyediakan petani dengan peluang untuk meneroka pelbagai tingkah laku yang kompleks oleh pengguna dan inovasi dengan mencari alternatif baru. pembungkus. Membeli terus daripada pengeluar dan bukan . Kelebihan utama pasaran terminal ialah. rangkaian pasar raya atau pasaran tempatan yang lebih kecil. syarikat perkhidmatan makanan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 158 1. Pemborong biasanya mengambil pemilikan hasil atau menjual hasil untuk komisen. Ini adalah sebab utama mengapa hasil diedarkan secara tidak langsung kepada pengguna melalui orang tengah. bekalan dan permintaan yang tinggi dan jumlah hasil yang lebih besar dalam urus niaga. kesegaran. warna. dan lain-lain yang memberi kesan kepada penampilan dan menjadikan hasil lebih menarik jika dibandingkan dengan hasil yang sama. pemandu lori. ISI KANDUNGAN PEMASARAN SECARA TIDAK LANGSUNG Sektor buah-buahan dan sayur-sayuran diusahakan oleh petani yang berskala kecil pada plot kecil di kawasan pengeluaran di seluruh negara. Kualiti ketara seperti keseragaman. ejen dan sebagainya. jualan tempatan untuk kedai runcit (termasuk pasar raya) juga memberikan alternatif yang lain. kualiti. Walau bagaimanapun. pengedar. kematangan. jualan kepada pengumpul. Manfaat utamanya ialah mempunyai jumlah pembeli yang ramai kerana ia merupakan tempat tumpuan para pembeli. kuasa tawar-menawar adalah kurang. Lokasi pengeluaran juga jauh dari tempat pasaran utama. perkapalan. Keputusan membeli juga dipengaruhi oleh beberapa ciri kualiti tidak ketara seperti keselamatan makanan. Selain itu. kerana jumlah hasil yang sedikit untuk dijual. reputasi jenama. teknik pengeluaran yang mesra alam. Terminal pasar borong seperti di Pasar Borong Selangor dan Pasar Borong Selayang adalah saluran yang biasa diamalkan di Malaysia. Pengagihan hasil kepada pengguna boleh dilaksanakan dalam dua cara iaitu secara tidak langsung atau secara langsung.

Walau bagaimanapun. lokasi yang boleh dilihat. Pelabelan kedai untuk menarik perhatian pengguna. senang diakses dan dekat dengan pembeli.1.1) dengan syarat mereka tidak mengganggu lalu lintas atau pejalan kaki . ramai pengguna memilih untuk berhubung terus dengan pengeluar atau penjual berbanding dengan perkhidmatan peribadi walaupun perkhidmatan tersebut lebih cekap. Salah satu kelebihan jualan terus kepada pengguna ialah mengurangkan kos pemasaran dan menambah nilai hasil. Kajian menunjukkan. Kedai Runcit Dalam kebanyakan bandar. Pengeluar perlu juga mengetahui bahawa pemasaran yang sedia ada adalah untuk memaksimumkan jualan. jumlah yang tinggi yang diperlukan oleh rangkaian pasar raya menyukarkan petani kecil-kecilan bertindak sebagai pembekal. kos dikurangkan dan memberi peluang untuk mengupah pakar pemasaran untuk meningkatkan hasil jualan dan keuntungan. tiga faktor utama yang perlu dipertimbangkan ialah. Kaedah-kaedah lain untuk mendapatkan akses kepada pasaran yang besar adalah dengan mengumpul produk dari beberapa pengeluar melalui koperasi atau menjual kepada rumah pembungkusan individu.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 159 melalui pemborong mempunyai beberapa faedah tambahan. PEMASARAN SECARA LANGSUNG Pemasaran secara langsung melibatkan petani yang berhubung terus dengan pengguna. Beberapa majlis perbandaran memberi kebenaran untuk meletakkan pameran di kaki lima untuk menarik pelanggan (Rajah 8. keuntungan dapat ditingkatkan. Dalam pemilihan lokasi. Jalan yang berdekatan dengan pusat membeli-belah atau kawasan yang kepadatan pengguna jalan raya adalah lokasi yang baik untuk mewujudkan kedai bagi jualan hasil. Manfaatnya adalah termasuk keseragaman kualiti dan pembungkusan. Rajah 8. Ini termasuk kesegaran. harga dan hasil yang ditawarkan adalah lebih eksklusif. Melalui cara ini. ordinan perbandaran bertindak mengawal tempat-tempat dan kawasankawasan di mana kedai-kedai runcit buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh beroperasi. .

ada juga yang menawarkan keduadua jenis sistem.Terutama bagi pelanggan yang ingin cepat. kematangan hasil. Ini boleh menyebabkan kehilangan jualan kerana perkhidmatan jenis ini memerlukan lebihan masa. Namun begitu. Imej yang ditonjolkan oleh staf jualan juga penting kepada pelanggan. Faktor utama yang perlu dipertimbangkan untuk meningkatkan jualan melalui sistem ini adalah mudah untuk diakses. Sistem jenis ini lebih pantas dan memudahkan pengguna untuk memilih saiz. Staf jualan perlu ramah dan mesra pelanggan. Terdapat dua jenis kaedah semasa jual beli iaitu sistem layan diri dan perkhidmatan tradisional personal. Ini penting kerana hasil yang tidak dilihat atau tidak menarik susah untuk dijual. Namun begitu.2. Rajah 8. Kebanyakan pelanggan lebih cenderung memilih sistem perkhidmatan tradisional personal kerana keyakinan hubungan pembeli dengan penjual dapat ditingkatkan. boleh dilihat dan aliran ruang bagi pergerakan. Pelanggan biasanya boleh memilih sendiri kualiti hasil yang diinginkan sebelum menimbang hasil berkenaan. Satu stesen khas untuk menimbang perlu diwujudkan untuk memudahkan urusan ini. Susun atur barangan hasil yang dipamerkan juga turut membantu pelanggan membeli. Susun atur hasil jualan Kebanyakan pelanggan telah menyenaraikan barangan hasil yang ingin dibeli tetapi keputusan akhir untuk membeli dibuat apabila mereka berada di dalam kedai berkenaan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 160 Peraturan Majlis Perbandaran Majlis Perbandaran berkuasa dalam menetapkan lokasi dan operasi gerai atau kedai operasi jualan buahbuahan dan sayur-sayuran.2). Maklumat berkenaan dengan hasil dan harga perlu diletakkan dengan jelas. . Perkhidmatan layan diri memerlukan pameran hasil yang menarik dan perancangan yang baik serta tempat pameran yang baik (Rajah 8. kuantiti yang diingini dan kualiti mengikut citarasa mereka. sistem perkhidmatan tradisional jenis ini ada keburukannya. perkhidmatan yang baik dan mesra. Ini kerana mereka berperanan mengendalikan secara terus hasil jualan berkenaan. Stesen ini akan menimbang dan melabelkan harga pada hasil. Kesetiaan pelanggan akan menyebabkan penjual menyediakan kualiti hasil yang terbaik. Hasil segar yang dipamerkan dengan baik memudahkan pengguna membuat pilihan. harga yang berpatutan.

ini boleh mendatangkan impak negatif kepada jualan (Rajah 8.3 m lebar.3.4. Hasil juga perlulah mudah dilihat. Penempatan khusus dan besar boleh dipamerkan seperti pulau (island) di tengah-tengah lorong untuk menarik perhatian pelanggan bagi mempercepatkan jualan (Rajah 8. Kawasan minimum bagi setiap hasil adalah 0. Slanted shelves (30 .Tembikai yang dipamerkan ditengah-tengah ruang pasaraya untuk menarik perhatian pelanggan. . melon dan labu.5).Susunan hasil bercampur. Aliran ruang pergerakan memudahkan pembeli membuat pembelian terutama jika membawa troli barang. seseorang individu biasa boleh melihat hasil bermula dari 0. ianya memerlukan kawasan yang lebih luas. dipamerkan dengan tidak kemas dan susah untuk diambil. Pelanggan akan keliru dan membazir masa untuk memilih hasil yang diingini.3). Rajah 8.45°) dan bercermin juga boleh digunakan untuk meningkatkan pameran hasil (Rajah 8. Refrigerated shelves juga boleh digunakan bagi hasil yang sangat mudah rosak (highly perishable crops). Rajah 8.8 meter daripada lantai sehingga 2 meter tinggi sekitar 2-3 meter lebar. Jika hasil dilonggokkan dengan tinggi. Antara teknik perdagangan yang memudahkan hasil dilihat adalah dalam jarak 2 meter. Bagi hasil yang besar seperti tembikai.4).P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 161 Mudah untuk diakses ialah konsep fizikal dan psikologi.

karot dan sebagainya. Pemilihan hasil bukan sahaja sekadar berbeza dari segi hasil. 5. Hasil yang eksotik ialah yang berasal daripada kawasan tropika seperti nenas. 1993). Terdapat beberapa cara untuk mempamerkan hasil. Hasil kekal iaitu boleh didapati di rak jualan sepanjang tahun seperti epal. Hasil di luar musim kebanyakannya berasal daripada negara lain seperti cendawan. Ini kerana kebanyakan keputusan membeli berlaku apabila pengguna berada dalam kedai jualan. kelapa dan sebagainya. et al. parsli dan lobak putih. Strategi untuk memaksimumkan jualan Bagi memaksimumkan jualan. ready made salads. Contohnya. Kuantiti dan jenis hasil untuk jualan sememangnya berbeza bagi setiap negara. mangga. Hasil minor seperti bawang putih.6). Kumpulan hasil asas merujuk kepada hasil pukal yang diperlukan oleh kebanyakan pengguna. Hasil bermusim iaitu boleh didapati hanya bulan tertentu sahaja dalam setahun seperti pic. 1993). pengesahan hasil organik dan fresh-cut atau ready to eat products (Laborde. kuantiti hasil yang ditawarkan mungkin berbeza mengikut musim kerana hasil pengeluaran juga bergantung kepada musim. Hasil asas boleh dibahagikan kepada: 1. jenis pembungkusan dan sebagainya. 3. Slanted shelves yang bercermin menampakkan hasil yang banyak. 2. pelbagai jenis hasil perlu ditawarkan. Sesetengahnya pula mencampurkan hasil yang selalu dijual bersama ..P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 162 Rajah 8. tomato. Sebuah kedai yang baik menawarkan lebih kurang 20 jenis buah-buahan dan 30 jenis sayur-sayuran. Kumpulan hasil khusus adalah merujuk kepada pasaran kecil yang diingini oleh sesetengah pengguna (Laborde et al. hasil terbahagi kepada dua kumpulan iaitu hasil asas dan hasil khusus. herba beraroma dan yang memerlukan pengesahan kualiti hasil. warna.5. dan melon. Kebanyakan amalan biasa ialah meletakkan warna hasil yang kontra bersebelahan (Rajah 8. Secara umumnya. label asal. Walau bagaimanapun. salad.. tomato merah bersebelahan dengan timun hijau atau terung yang berwarna ungu. potato. malah varieti. 4. nektarin.

Pasar tani Pasar yang dikendalikan oleh petani secara jualan terus kepada masyarakat awam yang bertempat di dalam atau berhampiran dengan kediaman masyarakat (Rajah 8. ia .7.8).P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 163 seperti tomato ceri. Rajah 8. Rajah 8. Susunan mengikut kategori yang sama. Sesetengah penjual kecil-kecilan dengan hasil yang terhad hanya membentangkan alas dan menjualnya dalam bentuk longgokan kecil. Namun begitu. Selain itu. ia juga tidak adil bagi kedai yang ditetapkan kerana kedai tersebut dipantau secara berkala dan dikenakan cukai. Ini kerana faktor kesihatan orang awam dan kebersihan. Bagi pelanggan. Jualan komuniti/masyarakat 1.7).6. jualan menggunakan gerai beroda mempunyai akses kawasan jualan yang terhad. Namun. Jualan ini adalah secara tunai dan jumlah saiz komoditi dijual adalah tidak menentu. aktiviti jualan ini juga menyebabkan pertambahan serangga dan tikus serta mendatangkan bau yang kurang menyenangkan. salad dan buah-buahan yang berlainan untuk salad buah.Susunan hasil pelbagai warna. Disamping itu. Jualan ambulatory (berkenderaan) yang dijual dari rumah ke rumah juga dalam kategori jualan jalanan. Jualan di tepi jalan Jualan jenis ini biasanya tidak dibenarkan oleh Majlis Perbandaran di kebanyakan negara. ada juga sesetengah kategori yang dikumpulkan setempat (Rajah 8.

payung berteduh. dan kemudahan yang lain namun mudah disimpan apabila jualan selesai (Rajah 8. Jualan selalunya berada di kawasan pekan atau ruang terbuka awam. Dalam kajian lain. 10 orang penjual boleh menampung seramai 8 000 orang penduduk (Marr dan Gast. Rajah 8. iii.Berhampiran dengan kediaman masyarakat. Rajah 8. sekumpulan jiran. Dewan Perdagangan Tempatan. Penaja atau penganjur perlu mengenakan yuran tertentu ke atas penjual bagi gerai mereka. Laluan berturap dan laluan pejalan kaki memberi beberapa kelebihan di samping ruang letak tempat kereta yang mencukupi. Penajaan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 164 memudahkan mereka mendapat hasil segar daripada pengeluar dalam keadaan yang tidak formal dan boleh tawar menawar. Penjual. Mereka adalah pengeluar kecil-kecilan untuk menambah pendapatan. mendapati bahawa lokasi jualan perlulah lebih dekat dengan pembeli. Jualan petani menjadi berjaya apabila terdapat kerjasama dan interaksi dalam kalangan tiga kumpulan utama iaitu: i. Pembeli yang menyokong aktiviti-aktiviti pasaran.8.9. Lokasi di bawah pokok juga boleh melindungi penjual dan pembeli daripada cuaca yang tidak diingini. Yuran ini meliputi keselamatan. Jadi. Penjual biasanya memerlukan meja. Adalah dianggarkan bahawa seorang penjual boleh disokong oleh 800 orang pembeli. pencahayaan dan khidmat pembersihan.Gerai yang mudah disimpan. rak. terdiri daripada petani. sebuah pertubuhan petani atau mana-mana persatuan atau kumpulan yang dianjurkan. ii. Mereka bertanggungjawab ke . 1991). menganjurkan atau menggalakkan kumpulan –sama ada mereka adalah perbandaran.9). Lokasi jualan adalah faktor yang penting.

Produk roti. sayur-sayuran. susu. Sistem ini memberi banyak petani berskala kecil peluang untuk menjual hasil mereka pada harga yang berpatutan. samada jualan beroperasi dalam satu hari atau lebih dalam seminggu. telur. keju buatan sendiri. 2001).. Laluan masuk utama ke bandar-bandar juga mungkin tempat terbaik untuk pasaran jenis ini. tetapi dengan kelajuan trafik tidak melebihi 70-75 km / jam (Lloyd. Mereka juga perlu menimbang tara sekiranya berlaku masalah dan pertikaian. tumbuh-tumbuhan. Pasar setempat Pasar setempat kebanyakannya wujud di negara-negara membangun di mana pembeli dan penjual bertemu untuk berurusniaga. Jualan ladang Jualan di ladang menarik ramai pelanggan dan berbentuk jualan secara langsung. Kelemahannya pula termasuk jumlah unit jualan yang rendah. tidak ada keperluan untuk bahan pembungkusan. kayu api. dan lain-lain mungkin memerlukan permit khas. Jualan daging dan produk-produk lain juga mungkin dilarang. jem. ini perlu dilakukan pada skala yang terhad supaya objektif jualan ini tidak lari. Ini bertujuan untuk menjadikan pasaran jenis ini begitu menarik. Buah-buahan. jam. Sebuah organisasi penajaan juga wujud dan bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran pasaran. Jalan yang berturap dan ruang tempat letak kereta yang selamat adalah faktor yang perlu dipertimbangkan. 2. ia adalah hampir sama dengan pasar tani. bunga. mengelakkan konflik melalui ordinan tempatan dan mengekalkan pasaran "alam sekitar". keperluan untuk pelanggan yang hendak disampaikan dan cuaca buruk boleh menghalang mereka daripada menghadiri pasaran. gerai disewa secara harian. Dari sudut organisasi. Walau bagaimanapun. Jualan kraf dibenarkan bagi menarik perhatian pelanggan. Hanya produk ladang sahaja yang dibenarkan untuk dijual. bahan berkebun dan lain-lain boleh dijual di pasar tani. dan lain-lain. Lokasi jualan adalah amat penting kerana ia perlu dilihat dari jarak tertentu dan berada di jalan yang agak sibuk. yuran.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 165 atas dasar yang diwujudkan seperti orang yang dibenarkan untuk menjual. hari dan bulan untuk operasi pasaran. Salah satu perbezaan utama adalah operasi jenis ini lebih menekankan aktiviti pemborongan. Penjualan semula adalah tidak dibenarkan. jumlah besar hasil atau pelbagai produk. Tanggungjawab lain termasuk: menggalakkan pasaran. . Kelebihan menjual di pasar tani termasuklah pelaburan minimum yang diperlukan untuk beroperasi. ia juga boleh terletak di kawasan-kawasan lain seperti kawasan pelancong. madu. walaupun sesetengah peruncitan juga dilaksanakan. Walau bagaimanapun. sekatan dan isu-isu operasi yang lain. et al.

kos telefon dan pengangkutan yang lebih tinggi dan dokumentasi tambahan yang meningkatkan kos operasi. institusi geriatric dan seumpamanya untuk mengurangkan kos dan memudahkan bekalan harian serta penyediaan hidangan yang berbeza. program-program tambahan harus ditawarkan seperti lawatan ladang. ia turut memerlukan pengawasan. "semakin lama mereka tinggal. Salah satu kelemahan utamanya ialah kesukaran untuk memenuhi permintaan hasil yang memuaskan dan harga berubah-ubah. laluan berjalan kaki di ladang.risiko lebih tinggi kerana kemalangan boleh berlaku dengan alat penuaian. demonstrasi kraf. resipi tradisional atau khas. kajian alam semula jadi. petani mempunyai pembeli yang tetap sepanjang tahun. kos dan keperluan untuk menyusun dan membungkus hasil dapat dikurangkan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 166 Manfaat utama kepada petani melalui jualan ini adalah petani tidak perlu untuk menuai (Rajah 8. Menjual kepada restoran dan hotel Belian secara langsung oleh restoran. Atas sebab ini. tangga atau peralatan. Ini kerana ramai pelanggan tidak mempunyai pengalaman di ladang dan secara tidak sengaja boleh merosakkan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu. Ini adalah supaya kawasan sentiasa ada dan tersedia untuk dituai. Cara lain untuk meningkatkan pendapatan adalah melalui jualan jem buatan sendiri. Namun begitu. kraf dan lain-lain. Faktor-faktor lain termasuk: ruang penyimpanan yang terhad di restoran. hasil dapat dijual dengan lebih murah. Dengan ini. Rajah 8. makanan buatan sendiri.10. hospital.10). hotel. Ia turut memberi peluang kepada pelanggan untuk meluangkan masa dengan kesegaran ladang serta dapat memilih hasil yang diingini. Tanaman buah-buahan adalah lebih sesuai daripada sayur-sayuran dan pelbagai jenis dan tempoh penuaian panjang adalah tanaman yang sesuai untuk sistem ini. perkhemahan. Lazimnya ia juga sebagai acara rekreasi keluarga. penghantaran tetap perintah jumlah kecil. menghiris. dan lain-lain. membasuh.Jualan ladang biasanya dilabelkan. Melalui jualan ini. memancing. mengupas. membungkus. dan lain-lain lagi bagi memenuhi keperluan piawai pihak pembeli. Selain itu. zoo mini. liabiliti adalah lebih tinggi . Peraturan asas untuk memaksimumkan jualan ladang adalah konsep. kerepek dan sos. lebih banyak mereka akan menghabiskan". . Sistem kecemasan yang baik perlu disediakan termasuk polisi insuran. Petani juga perlu menjalani operasi lepas tuai yang sewajarnya seperti memilih. Aplikasi racun perosak dan tempoh menunggu harus dirancang dengan teliti. haiwan ladang. aktiviti dan permainan untuk kanak-kanak.

jualan jalanan. kematangan. Pengguna membeli hasil dengan melihat dua pertimbangan iaitu kualiti ketara (kesegaran. 5. 4. Ini kerana mereka mempunyai keperluan piawaian khas atau premium dan hasil yang berkualiti. Petani mendapat pembeli yang tetap sepanjang tahun dengan membuat jualan kepada restoran dan hotel. Kedai runcit yang ingin dibina perlu mudah dilihat. penjual dan juga pembeli. reputasi. Jualan secara tidak langsung menggunakan orang tengah di terminal pasar borong untuk memasarkan hasil kepada pengguna. 6. warna. imej pembekal). Jualan komoditi masyarakat terjadi setelah mendapat kerjasama daripada pihak penganjur. 3. 2. Jualan di tepi jalan tidak dibenarkan oleh pembandaran kerana melibatkan kesihatan orang awam dan kebersihan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 167 Etnik dan restoran 'kelas tinggi' tergolong dalam kategori khas dan perlu diambil kira. dan dekat dengan pembeli. jualan ladang dan juga jualan kepada restoran dan hotel. Jualan secara langsung memasarkan hasil terus kepada pengguna seperti kedai runcit. 10. RUMUSAN 1. Pemasaran hasil segar dapat dibahagikan kepada jualan secara langsung dan jualan tidak langsung. jualan komoditi dan masyarakat. Jualan secara langsung dapat memasarkan hasil yang segar terus kepada pelanggan dan meminimumkan operasi pemasaran berbanding jualan secara tidak langsung. Jualan ladang dapat ditingkatkan dengan mempelbagaikan aktiviti tambahan untuk membolehkan pembeli berada lebih lama di dalam kawasan ladang. 9. senang untuk diakses. . teknik pengeluaran. pembungkusan) dan kualiti tidak ketara (keselamatan. Melalui persetujuan kontrak hasil berkualiti dapat disediakan dan dibekalkan mengikut spesifikasi serta penghantaran tepat mengikut jadual. 7. 8.

. dan dekat dengan pengguna.  Tidak adil kerana tidak membayar cukai. saiz dan pembungkusan untuk tingkatkan jualan.  Penetapan harga rujukan bagi hasil yang diniagakan. senang diakses.  Menggunakan khidmat orang tengah.  Bekalan permintaan yang tinggi.  Perlu mempelbagaikan hasil dari segi varieti.  Keselamatan  Teknik pengeluaran  Reputasi jenama  Imej pembekal Pemasaran Secara Langsung 1) Kedai Runcit  Dapat dilihat.  Dapat menyediakan tempat pembiakan serangga dan haiwan perosak.  Sistem jualan secara layan diri dan perkhidmatan tradisional. 2) Jualan Jalanan  Tidak dibenarkan pembandaran.  Susun atur hasil perlu menarik dan mudah dilihat pembeli.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 168 PETA KONSEP PEMASARAN HASIL SEGAR Pertimbangan pengguna semasa membeli Kualiti Ketara  Keseragaman  Kematangan  Warna  Pembungkusan  Kesegaran  Kualiti Pemasaran Tidak Langsung Kualiti Tidak Ketara  Hasil dikumpulkan dari beberapa kawasan yang kecil.

Pemilikan hasil 12. Pemasaran tidak langsung 9. Perjanjian komersial 10. penjual dan pembeli. Institusi geratric 7. Koperasi 13.  Pihak penganjur menjadi penimbang tara bagi sebarang masalah yang timbul. Hasil khusus 3.  Dapat menjimatkan operasi penuaian dan penyimpanan. Jualan ambulatori 4. KATA KUNCI 1. Pemasaran secara langsung 8.  Sukar memenuhi permintaan kerana hasil yang berubah – ubah.  Memberi kepuasan kepada pelanggan kerana dapat memilih hasil yang diigini.  Dibuat kawasan awam yang terbuka. Permit khas 6.  Pembeli dapat menawar harga. Pasaran terminal 11. Slanted shelves . Hasil asas 2.  Perlu menyediakan sistem kecemasan yang baik.  Terhasil daripada kerjasama pihak penganjur.  Hanya hasil ladang sahaja yang boleh dijual.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 169 3) Jualan Ladang 4) Jualan Komoditi & Setempat  Berada di kawasan perlancongan dan laluan masuk utama ke bandar. Ordinan tempatan 5. 5) Jualan kepada Restoran & Hotel  Mengurangkan kos  Memiliki pelanggan yang tetap sepanjang tahun  Petani melakukan operasi lepas tuai yang tertentu bagi memenuhi kehendak pengguna.

Apakah yang dimaksudkan jualan ambulatori? A B C D Jualan secara berkelompok Jualan berkenderaan Jualan secara langsung di ladang Jualan secara langsung kepada restoran . Jualan ini berbentuk _____.3 meter 0.8 meter 2. Antara teknik pemasaran untuk memudahkan hasil dilihat adalah pada jarak _____. A B C D 0.5 meter 3.0 meter 0. Jualan ini adalah jualan secara tunai dan jumlah saiz komoditi dijual adalah tidak menentu. A B C D Pasar tani Pasar Setempat Jualan Tepi Jalan Jualan Ladang 5. Tiga faktor utama yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan lokasi jualan kecuali A B C D Mudah dilihat Tinggi sumber pendapatan Berhampiran dengan kawasan penduduk Senang diakses 4.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 170 LATIHAN KENDIRI BAHAGIAN A Arahan: Pilih jawapan yang tepat dan bulatkan 1. Berikut merupakan hasil pertanian yang dikategorikan dalam hasil kekal kecuali A B C D Epal Kentang Buah Pic Salad 2.

Sekiranya anda adalah seorang peniaga hasil pertanian. Berdasarkan pengetahuan anda. 1. pada pendapat anda jenis susun atur manakah yang paling baik bagi menarik minat pelanggan terhadap produk jualan anda.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 171 BAHAGIAN B Arahan : Sila jawab soalan berikut dengan ringkas dan tepat. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 3. Terangkan secara ringkas pemasaran secara langsung dan pemasaran tidak langsung. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 2. terangkan secara ringkas tentang jualan secara ladang ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ .

______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ . bagaimanakah cara untuk memaksimumkan hasil jualan jika anda mempunyai pelbagai jenis buah dan sayuran di kedai anda. Pada pendapat anda. Strategi pemasaran adalah aspek penting bagi seseorang peniaga untuk mendapatkan keuntungan berterusan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 172 4.

. vegetables and ornamentals. (2003). R. Dennis.K. Thompson.. W. A. H. dan Susan. USA: Blackwell Publishing. P. UK: CABI. McGlasson.B. D. Vegetables and Root Crop. (2007). Avtar. Prevention of Postharvest Food Losses: Fruits.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 173 RUJUKAN FAO (Food and Agriculture Organization of the United Nations).Edisi kelima. and Storage...Postharvest Biology and Technology of Fruits. M.. (1989).Postharvest.B. L. Gopinadhan. UK: Blackwell Publishing. Wills. Graham.. (2008). Vegetables and Flowers. Fruit and Vegetables: Harvesting.An introduction to the physiology and handling of fruit. Handling. D. Rome: FAO.. dan Joyce.C.H.