You are on page 1of 15

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 142

UNIT 7
RAWATAN LEPAS TUAI DAN KAWALAN PENYAKIT

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1.
2.
3.
4.

Menjelaskan definisi dan tujuan rawatan lepas tuai ke atas hasil pertanian.
Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hasil tanaman.
Mengenalpasti jenis-jenis kerosakan yang dialami oleh hasil tanaman.
Menghuraikan rawatan lepas tuai yang dilakukan ke atas hasil tanaman bagi
mengekalkan kualiti dan mengawal perosak.

PENGENALAN
Rawatan Lepas Tuai dan Tujuannya

H

asil tanaman terdedah kepada pelbagai perubahan fisiologikal selepas dituai termasuklah
kemasakan dan kerosakan. Kadar kemasakan dan kerosakan adalah berbeza-beza
bergantung kepada jenis komoditi dan kadar metabolismanya.

Rawatan lepas tuai merupakan rawatan yang dilakukan ke atas hasil tanaman bagi memperlahankan
perubahan fisiologi yang terjadi pada komoditi selepas dituai sehingga ke pengguna. Rawatan lepas
tuai penting bagi mengekalkan kualiti pada satu jangka masa yang lebih panjang dan mengurangkan
kadar kerosakan pada hasil yang diperoleh di mana ia boleh menyebabkan kerugian kepada
pengeluar. Teknologi rawatan lepas tuai bermula selepas hasil tanaman dituai sehingga ia dijual.
Dengan penggunaan teknologi ini, jangka hayat komoditi dapat dipanjangkan seterusnya memanjang
tempoh pemasaran buah.

Rajah 7.1. Hasil pertanian yang tidak diuruskan dengan sesuai boleh menyebabkan kerugian yang
banyak kepada pengusaha.

1.edu. Jadual 7. Senesen (Penuaan) • Tisu hasil mula tua dan mati. Peringkat fisiologi hasil Pertumbuhan • Melibatkan pembahagian dan pembesaran sel yang akan menentukan saiz hasil. http://plantsinaction. Kematangan • Peringkat ini bermula sebelum pertumbuhan berhenti dan berakhir setelah hasil masak. and New Zealand Institute of Agricultural and Horticultural Science 2010. • Peringkat ini boleh terjadi walaupun telah dituai dari pokok atau induk. • Peringkat ini hanya lengkap sekiranya hasil masih lagi belum dituai dari pokok atau induk. New Zealand Society of Plant Biologists. Peringkat fisiologi tomato. Sumber: Australian Society of Plant Scientists.au//figure_ view/126 .P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 143 ISI KANDUNGAN FISIOLOGI HASIL TANAMAN Hayat hasil tanaman dapat dibahagikan kepada tiga peringkat fisiologi utama. Pertumbuhan Kematangan Senesen Rajah 7.2.science.uq.

Kekurangan kalsium biasanya berkait rapat dengan kerosakan akibat kekurangan mineral pada peringkat lepastuai. iaitu: a. Proses ini akan menghalang penghasilan substarat yang diperlukan serta menyebabkan pengumpulan toksik dalam hasil. penyakit atau kerosakan mekanikal. sel akan berhenti beroperasi seperti biasa dan hilang fungsi serta strukturnya. Pendedahan kepada suhu yang tidak sesuai Penyimpanan hasil pada suhu rendah biasanya memberi kesan positif kepada hayat lepas tuai kerana penurunan kadar metabolisma hasil secara keseluruhan. biasanya yang berasal dari kawasan tropikal dan sub-tropikal. terdedah kepada suhu lebih rendah daripada 10-15 oC. Jenis-jenis kerosakan hasil dapat dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya kerosakan fisiologi dan patologi.3. Kerosakan ini dipanggil kecederaan dingin. penyimpanan suhu rendah tidak semestinya memberi kesan positif kepada semua aktiviti sel pada tahap yang diinginkan. Simptom kecederaan dingin dan beku pada komoditi . simptomnya adalah pembentukan kristal ais pada tisu hasil yang disimpan pada suhu bawah takat beku.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 144 KEROSAKAN HASIL Kerosakan yang dialami oleh hasil akan memendekkan lagi jangka hayat lepas tuai hasil. Rajah 7. Kekurangan mineral Simptom kekurangan mineral pada hasil biasanya ditunjukkan selepas hasil dituai. suhu kritikal yang boleh menyebabkan kecederaan dingin adalah berbeza mengikut komoditi. Punca utama kerosakan fisiologi boleh dibahagikan kepada lima kumpulan. Seterusnya. Sesetengah proses dalam sel adalah sensitif kepada suhu rendah. Kerosakan fisiologi Kerosakan fisiologi melibatkan penguraian tisu tumbuhan dan bukan disebabkan perosak. Manakala bagi kecederaan beku pula. Ketidakseimbangan metabolik berpunca daripada suhu rendah boleh membawa kepada pengumpulan bahan tindak balas dan pengurangan hasil tindak balas. Kawasan yang rosak biasanya akan mengalami perubahan warna (biasanya coklat atau hitam) pada kawasan-kawasan tertentu. b. Namun. Walaubagaimanapun. Kecederaan dingin biasanya berlaku apabila hasil yang sensitif.

Faktor-faktor lain Kerosakan akibat faktor ini kebiasaanya menunjukan simptom yang bersifat lebih spesifik.4.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 145 c. Respirasi hasil Kerosakan akibat respirasi adalah disebabkan oleh kandungan oksigen yang rendah dan karbon dioksida yang tinggi ketika hasil dalam simpanan atmosfera terkawal atau semasa dalam pembungkusan atmosfera terubahsuai. Bintik russet pada salad dan tompok hijau pada kentang Kerosakan patologi Penyakit lepas tuai menyerang pelbagai jenis buah dan sayuran dengan anggaran kerugian yang ketara terutamanya di negara yang kurang maju disebabkan kekurangan fasiliti penyimpanan lepas tuai. Rajah 7. d. Pendedahan kepada cahaya menyebabkan pembentukan tompok hijau pada kentang. Interaksi antara faktor ini juga dipanggil segi tiga penyakit. . Terdapat tiga komponen utama yang mempengaruhi jangkitan penyakit yang dialami oleh hasil iaitu perumah. Contohnya. persekitaran dan patogen. pendedahan kepada etilena menyebabkan bintik russet pada batang daun salad dan rasa pahit pada lobak merah. Contoh kesan respirasi ke atas hasil adalah keperangan pada batang daun salad disebabkan oleh kecederaan akibat tinggi karbon dioksida dan kerosakan iaitu black heart rot pada kentang disebabkan oleh kecederaan akibat kadar oksigen rendah. Senesen Kerosakan akibat senesen biasanya berkait dengan hasil yang terlebih matang atau penyimpanan yang terlalu lama seperti perubahan pada bendi yang menjadi lebih liat apabila berada pada peringkat senesen. bergantung kepada jenis hasil. e. Sebarang perubahan dalam mana-mana komponen akan memberi kesan kepada kadar jangkitan pada hasil dan mempengaruhi kesan rawatan yang diberikan.

3.Kelembapan . cakaran kuku.6.Mudah dijangkiti . Hasil yang masak juga bersifat lebih lembut dan lebih mudah dijangkiti penyakit. Contoh-contoh penyakit yang biasa menyerang hasil tanaman: Penyakit Antraknos Reput hitam Kulapuk kelabu Kulapuk hijau Reput hitam Tanaman Betik.Kekuatan Rajah 7.5.Kerosakan Patogen . kulapuk kelabu pada strawberi dan reput hitam pada keledek. Jadual 7. Jangkitan awal penyakit biasanya akan diikuti dengan serangan oleh patogen-patogen lemah yang bersifat kurang spesifik yang mana seterusnya akan menambahkan lagi kesan jangkitan oleh patogen asal. Proses jangkitan juga akan menjadi lebih cepat sekiranya terdapat kerosakan mekanikal pada permukaan hasil seperti tusukan serangga. Komponen dalam segi tiga penyakit Buah dan sayur yang rosak akibat mikroorganisma boleh menjangkiti hasil samada ia masih melekat pada induk atau semasa dituai dan juga semasa operasi pengendalian dan pemasaran. sayuran berdaun Buah sitrus Nanas Patogen Colletotrichum gloeosporioides Ceratocystis fimbriata Botrytis cinerea Penicilium digitatum Ceratocystis paradoxa Rajah 7. Kerosakan pada hasil pada peringkat lepas tuai juga boleh disebabkan oleh serangan serangga dan vertebrata. mangga Keledek Anggur. Kesan jangkitan ke atas hasil.Bilangan@kepekatan . Bincangkan. Dari kiri: kulapuk hujau pada buah oren. .Suhu . strawberi.Resistan Persekitaran .P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 146 Perumah . lebam dan pengendalian yang kasar.

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 147 RAWATAN LEPAS TUAI Rawatan pra-penyejukan Suhu hasil tanaman hortikultur ketika dituai diladang akan menyamai suhu persekitaran ladang malahan boleh mencapai 40°C jika terdedah kepada cahaya matahari secara terus. Lilin yang digunakan bagi proses pelilinan harus memenuhi beberapa syarat. Pewarna juga boleh ditambah untuk mencantikkan rupa komoditi dan racun kulat untuk mengurangkan serangan kulat pada buah. Tidak beracun. Proses penyalutan lilin tiruan ini dilakukan disebabkan oleh penyingkiran lilin semulajadi pada permukaan hasil selepas melalui proses pembersihan. Pada suhu yang tinggi. Tipis. tomato. Mengilat dan licin. Rawatan pra-penyejukan merupakan rawatan yang dilakukan bagi menyingkirkan haba ladang dan menurunkan suhu komoditi bagi memanjangkan jangka hayat komoditi. Kebanyakan lilin yang digunakan untuk perlilinan bagi tujuan komersial menggunakan campuran beberapa jenis lilin daripada tumbuhan atau sumber . antaranya ialah:      Tidak mempengaruhi bau dan rasa buah. Cepat kering. manga dan betik. kadar respirasi akan meningkat dan mampu mengurangkan jangka hayat hasil tanaman. Terdapat beberapa komoditi buah atau sayur yang selalunya melalui proses pelilinan ini seperti timun. suhu hasil tanaman yang dituai haruslah diturunkan secepat yang mungkin. Oleh itu. pisang.Selalunya rawatan prapenyejukan dilakukan pada hasil tanaman yang mudah rosak seperti sayur berdaun. sitrus dan mangga. cili. buah delima. Proses pelilinan ini mampu mengurangkan kadar kehilangan air 30-50% jika komoditi disimpan didalam suhu yang sederhana. Pelilinan Pelilinan di dalam rawatan lepas tuai merupakan salutan lapisan lilin tiruan dalam bentuk cecair atau serbuk pada permukaan buah-buahan atau sayur-sayuran. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk rawatan pra penyejukan bergantung kepada jenis komoditi (Unit 4). tomato. timun. Tujuan pelilinan dilakukan pada komoditi tanaman hortikultur adalah:  Untuk mengurangkan proses kehilangan air seterusnya melambatkan buah daripada layu atau rosak. Penurunan suhu hasil tanaman dapat mengurangkan kadar respirasi buah dan serangan perosak.  Menutup luka atau goresan kecil pada permukaan buah.  Mencantikkan rupa buah.

Proses peranuman buah akan menyebabkan berlakunya perubahan biokimia yang lain pada buah seperti:     Peningkatan kadar respirasi. kemanisan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 148 petroleum bagi meningkatkan keberkesanan kesan perlilinan. Mengapakah rawatan ini perlu untuk sesetangah komoditi buah-buahan dan sayur-sayuran? Peranuman Buah yang ranum bermaksud buah yang berada dalam keadaan kualiti yang terbaik untuk dimakan. Hanya buah yang menjadi matang pada pokok sebelum dituai mampu untuk ranum. Antara jenis lilin dan bahan lain yang digunakan bagi tujuan pelilinan komersial ialah:  Paraffin: bertindak baik dalam mengawal kehilangan air tetapi kesan kilau pada permukaan komoditi rendah. Komoditi buahbuahan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: .  Chitosan  Formulasi yang mengandungi polietilena  Bahan raisin sintetik Proses perlilinan boleh dilakukan melalui beberapa kaedah iaitu:  Memberus  Menyembur  Merendam Penyalutan lilin pada sesetengah komoditi buah-buahan dianggap penting. dan aroma buah membolehkan buah yang ranum sesuai untuk dimakan. Manakala peranuman melibatkan proses perubahan struktur dan komposisi buah yang tidak ranum kepada buah yang boleh dimakan. Pengembangan sel pada kadar yang tinggi. Peranuman merupakan proses fisiologi yang kompleks yang menyebabkan perubahan pada tekstur. Peningkatan kadar penghasilan gas etilena. Penurunan kadar klorofil pada permukaan buah.  Carnauba: tidak bertindak baik dalam menghalang kehilangan air tetapi memberi kesan kilau yang baik pada permukaan komoditi. warna.

Buah menghasilkan gas etilena pada kadar yang sangat sikit. Penyahhijauan Penyahhijauan ialah proses di mana pigmen hijau daripada klorofil pada kulit buah terurai dan pigmen berwarna kuning daripada karotenoid dan oren daripada xantofil terbentuk. muskmelon. jambu batu. iv. limau nipis. ii.  Pendedahan buah pada persekitaran yang tinggi kandungan gas etelina. Ciri-ciri buah respirasi klimaterik dengan respirasi bukan klimaterik Buah respirasi klimaterik i. etilena akan menyebabkan buah lebih cepat dan lebih seragam kadar peranuman buah. Bagi amalan penyahijauan untuk buah sitrus. Walaubagaimanapun proses penyahhijauan ini hanya melibatkan perubahan warna luaran buah sahaja dan tidak memberi kesan kepada rasa buah. buah akan didedahkan pada gas etilena pada kadar 20-200µl/liter. iii. markisa.4. rambutan. Timun. avokado. Kadar respirasi meningkat sehingga i. buah tua. Gas etilena dihasilkan pada kadar ii. tomato. betik. belimbing. Rawatan ini hanya dilakukan pada dua jenis buan respirasi tidak klimaterik iaitu:  Sitrus  Nanas Terdapat dua faktor yang membolehkan proses penyahijauan berlaku iaitu:  Pendedahan buah pada suhu yang rendah. Pendedahan buah pada rawatan gas iv. nanas. Proses ini dilakukan untuk menukar warna buah supaya kelihatan ranum bagi menarik perhatian pembeli. peranuman buah. 20-30°C dan 90-95% kelembapan relatif . Buah tidak mampu untuk meranum sendiri selepas dituai daripada pokok. Setiap buah respirasi klimetrik mempunyai indeks kematangan buah yang berbeza-beza.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 149 Jadual 7. Buah boleh diranumkan selepas dituai. durian. Kebanyakannya tidak bertindak balas dengan rawatan gas etilena kecuali bagi buah sitrus dan nanas (penyahijauan). yang tinggi seiring dengan iii. Contoh: Contoh: Pisang. Bincangkan kaedah yang digunakan untuk menentukan indeks kematangan buah. Buah respirasi tidak klimaterik Kadar respirasi buah menurun selepas dituai. tembikai.

Rawatan ini biasanya digunakan untuk pasaran eksport kerana kos rawatan yang agak tinggi dan fasiliti yang canggih diperlukan. manggis dan jambu batu. Selalunya. Walaubagaimapun. Rawatan haba Rawatan haba digunakan secara komersial untuk mengurangkan kehilangan hasil kesan daripada serangan perosak terutamanya lalat buah. rambutan.S.  Merendam di dalam air bersuhu 52°C bersama Benomyl (Benlate) pada kepekatan 0. suhu terbaik untuk penyahijauan berlaku bagi buah sitrus ialah pada suhu 15-25°C bergantung kepada spesis buah. U.  Semburan wap panas. Department of Agriculture’s (USDA) telah membenarkan penggunaan irradiasi sebagai rawatan kuarantin kepada sayur-sayuran dan buah-buahan pada kadar dos minimum 400 Gy. Antara hasil pertanian yang dirawat dengan teknologi ini sebelum dieksport adalah mangga. Irradiasi Rawatan irradiasi melibatkan pendedahan produk kepada sumber radiasi sehingga mencapai tahap penyerapan sinar gamma dan sinar X yang ditetapkan untuk produk. Di Malaysia terdapat dua kaedah rawatan air panas digunakan iaitu:  Merendam di dalam air bersuhu 55°C selama 5 minit. Kadar dos yang dibenarkan ini tidak semestinya akan membunuh serangga tetapi menjadikan serangga bebas dari mikroorganisma (steril) dan menghalang tumbesaran serangga menjadi dewasa. Proses rawatan haba tidak dilakukan pada hasil daripada jenis sayuran dan buah-buahan yang lembut. Buah yang telah diperiksa dan dirawat perlulah dibungkus menggunakan kotak yang kedap serangga bagi memastikan produk dalam keadaan bebas perosak.1% selama 1 -3 minit.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 150 dalam jangka waktu 2-3 hari. . Rawatan ini selalunya dilakukan pada buah manga dan betik bertujuan mengawal kerosakan pada permukaan dan dalaman buah. laici. Kecederaan haba pada buah boleh wujud selepas dipindahkan di tempat simpanan sejuk. rawatan haba ini akan dicampur dengan racun kulat untuk kawalan perosak yang lebih efektif dan mengurangkan pengendalian dan peralatan yang digunakan. Aplikasi rawatan ini terbukti berjaya mengawal perkembangan Antraknos pada buah. Rawatan haba boleh dibahagikan kepada dua kaedah iaitu:  Rendaman air panas.

5. Bahan kimia berdaftar yang boleh digunakan sebagai rawatan kepada jangkitan mikroorganisma.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 151 KAWALAN PENYAKIT Kaedah kawalan penyakit lepas tuai boleh dikelaskan dalam tiga kategori utama: 1. Walau bagaimanapun. Organisma bermusuhan termasuk bakteria. yis dan kulat berfilamen.. harga rendah air panas) yang dapat mengawal jangkitan pada permukaan dan yang menembusi kulit. Rawatan biologi Kebimbangan tentang keselamatan rawatan kimia telah menjadi punca utama untuk mencari kaedah kawalan biologi menggunakan organisma bermusuhan. Rawatan fizikal termasuk:  program sanitasi dalam persekitaran lepas tuai. Colletotrichum sp. kedalaman jangkitan pada tisu hasil. 3. MRL) dan hanya menggunakan racun kulat yang diluluskan. Oleh kerana kebimbangan pengguna tentang kesan penggunaan bahan kimia sintetik. kaedah alternatif bagi mengawal penyakit perlu diusahakan.. Beberapa racun mikrob biologi telah diluluskan untuk kegunaan lepas tuai seperti penggunaan Aspire ™ terhadap Botrytis dan Penicillium dan Bio-Save 110 dan 1000 ™ untuk penggunaan terhadap patogen lepas tuai pada epal. Botrytis cinerea Rhizopus sp. Kejayaan rawatan kimia bergantung kepada beberapa faktor iaitu bilangan spora awal. buah. Jadual 7. limau dan pear. kadar pertumbuhan jangkitan.  rawatan haba (udara lembap panas.  menggunakan suhu rendah semasa pengendalian dan penyimpanan. menetapkan had maksimum sisa (Maximum Residual Limit. Bahan kimia Kalsium hipoklorik Thiram Sulfur dioksida Tebuconazole Jenis tanaman Sayuran. 2. Rawatan kimia Penggunaan bahan kimia adalah penting untuk melindungi kualiti makanan dan mencegah kerugian tanaman akibat kerosakan. suhu dan kelembapan. beberapa pertimbangan perlu diambil kira terutamanya memastikan bahan kimia yang digunakan tidak beracun pada kepekatan yang digunakan. dan keupayaan bahan kimia tersebut menembusi tisu hasil. Rawatan fizikal Rawatan fizikal melibatkan prosedur pengendalian yang meminimumkan kecederaan lepas tuai dan juga mewujudkan persekitaran luar yang tidak menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma bagi menghalang kemasukan mikroorganisma ke dalam komoditi. . kentang Pisang Anggur Ceri Jenis patogen Bakteria dan kulat Fusarium sp. Agen kawalan biologi boleh menyekat patogen melalui pelbagai mekanisma.

6°C terbukti berjaya membunuh lalat buah. Terdapat beberapa kaedah dalam mengawal serangan serangga perosak terhadap hasil lepas tuai :  Pengasapan dengan gas sterilant. untuk membolehkan hasil tanaman memasuki pasaran sesebuah negara lain. KAWALAN SERANGGA Sesetengah serangga seperti lalat buah merupakan ancaman besar bagi kebanyakan buah-buahan tropika seperti manga.  Kawalan peranuman buah. dan kawalan yang lebih baik ke atas kelembapan sekitar hasil. langkah-langkah pengawalan serangga harus dititikberatkan bagi memusnahkan telur.  Hasil tanaman diletakkan di dalam bilik sejuk pada suhu kurang daripada 1. .  Dapat meminimakan serangan perosak kerana buah yang terlalu matang lebih berisiko tinggi mendapat serangan perosak berbanding buah yang dituai pada peringkat awal matang.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 152  radiasi UV. serangga dan parasit. Keberkesanan rawatan kawalan penyakit bergantung kepada tiga faktor utama:  Keupayaan untuk mencapai patogen.  menggunakan penyimpanan atmosfera terubahsuai.  Berkesan dalam membunuh mikroorganisma. ia akan mandul apabila terkena sinaran radiasi pada tahap tertentu. Oleh itu.  Contoh rawatan sinar yang boleh digunakan ialah: Gamma. pupa dan serangga dewasa.  Fasa telur merupakan fasa paling sensitif dengan sinaran radiasi.  Rawatan penyejukan.  Sesuai diaplikasi pada buah respirasi klimaterik dimana buah dituai ketika matang hijau dan dibawa ke pengguna. Kebanyakan negara pengimpot akan mengkuarantin hasil tanaman yang di eksport untuk diperiksa samada komoditi bebas daripada serangga perosak yang berbahaya atau tidak.  Rawatan rendaman air panas atau semburan wap panas. Kewujudan lava serangga ini dalam buah menyebabkan keseluruhan hasil tanaman yang hendak di eksport tidak dibenarkan untuk dibawa masuk di sesetengah negara seperti Jepun.  Buah diranumkan pada suhu dan kelembapan relatif yang terkawal bersama gas etilena. Dimana kandungan karbon dioksida ditingkatkan. betik dan belimbing. oksigen dan tahap etilena dikurangkan.  Rawatan sinar radiasi.  Tahap sensitiviti hasil. X-ray.  Tahap dan jenis jangkitan. larva.  Walaubagaimanapun kos rawatan ini agak tinggi. manakala bagi serangga dewasa.

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 153 Rajah 7. Rawatan lepas tuai perlu diberikan kepada komoditi bagi memanjangkan hayat simpanan dan membolehkan hasil dieksport ke tempat yang lebih jauh.7. 4. 3. Hasil lepas tuai biasanya dieksport menggunakan pengangkutan laut kerana lebih menjimatkan kos. Hasil yang berkualiti mempunyai hayat lepas tuai yang lebih panjang dan mempunyai harga pasaran yang lebih tinggi. Lalat buah CARTA ALIR PENGURUSAN LEPAS TUAI Penuaian hasil di ladang Disimpan di dalam bilik sejuk sebelum dipasarkan Pengangkutan hasil ke pasar Hasil dibawa ke rumah pembungkusan Pembungkusan komoditi dilakukan mengikut kehendak pasaran Rawatan etilena ke atas hasil Hasil dibersihkan dan dirawat dengan racun kulat dan rawatan lepas tuai lain Hasil digredkan Pemasaran hasil RUMUSAN 1. Pengetahuan berkaitan jenis hasil adalah penting bagi menentukan jenis rawatan yang sesuai. Namun. Rawatan lepas tuai adalah berbeza mengikut jenis komoditi. rawatan lepas tuai perlu diberikan bersesuaian dengan tempoh yang diperlukan untuk menghantar hasil ke destinasi. masa yang diperlukan lebih panjang berbanding daripada pengangkutan udara. 5. Oleh sebab itu. . 2.

8. 2. 3. ___________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ . i. ___________________________________________________________________ ii. ___________________________________________________________________ iii. 3. 4. 6.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 154 PETA KONSEP Lepas tuai Definisi dan kepentingannya Fisiologi hasil tanaman Kemasakan hasil Kerosakan hasil Rawatan lepas tuai KATA KUNCI 1. ___________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 2. 7. Berikan definisi rawatan lepas tuai dan kepentingannya kepada hasil tanaman. Peringkat lepas tuai bermula dari _____________________ sehingga _________________. Terangkan secara ringkas ketiga-tiga peringkat fisiologi hasil. Nyatakan kepentingan memahami faktor-faktor mempengaruhi kemasakan hasil dengan rawatan lepas tuai yang diberikan. 9. 5. ___________________________________________________________________ 4. Hayat lepas tuai Kehilangan lepas tuai Senesen Etilena Buah klimaterik Buah bukan klimaterik Rawatan pra-penyejukan Irradiasi Kawalan penyakit LATIHAN KENDIRI 1.

Terangkan secara ringkas rawatan lepas tuai yang diberikan kepada hasil bagi mengawal kualitinya. ___________________________________________________________________ 6. ___________________________________________________________________ v. ___________________________________________________________________ ii. ___________________________________________________________________ iv. Nyatakan jenis-jenis langkah yang boleh diambil bagi mengawal jangkitan penyakit. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 8. i. Berikan tiga (3) komponen penting dalam segi tiga penyakit. ________________________ 7. ___________________________________________________________________ iii. ________________________ iii. ________________________ ii. Senaraikan lima (5) jenis kerosakan fisiologi pada hasil berserta contohnya. i. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ .P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 155 5.

Sinha. Adel A.uq. 5 th Edition. Jozsef Barta.gov/publications/plant_health/ content /printable_version/ifruit08.edu. Kader. 2007. Sidhu. Barry McGlasson. au//figure_view/126. Jiwan S.usda. Postharvest: An introduction to the physiology and handling of fruit. Questions and Answers: Importing Irradiated Fruit into the United States. Wu and M. Diperoleh pada http://www. B.science. Postharvest Technology of Horticultural Crops.aphis. Doug Graham and Daryl Joyce. 2nd edition: Plants in action. ed.pdf. Pilar Cano. Australian Society of Plant Scientists. Handbook of Fruits and Fruit Processing.UNSW Press. 2002.3rd Edition. University of California. Nirmal K. vegetables and ornamentals. a resource for teachers and students of plant science. and New Zealand Institute of Agricultural and Horticultural Science 2010. New Zealand Society of Plant Biologists. 2012. 2nd Edition. James S. Ron Wills. 2008. USA. . Australia.Wiley-Blackwell.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 156 RUJUKAN Animal and Plant Health Inspection Service.Diperoleh pada http://plantsinaction.