You are on page 1of 23

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 65

UNIT 4
KAEDAH-KAEDAH PRA PENYEJUKAN HASIL HORTIKULTUR

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menghuraikan kaedah-kaedah pra-penyejukan.
2. Memahami kelebihan dan kelemahan bagi jenis pra-penyejukan.
3. Menerangkan komoditi yang terlibat bagi kaedah pra-penyejukan.

PENGENALAN

P

enyimpanan pada suhu yang sesuai adalah sangat penting bagi mendapatkan tempoh
penyimpanan yang optimum dan mengurangkan kehilangan mutu lepas tuai serta mengelakkan
kecederaan dingin (chilling injury) atau kecederaan beku (freezing injury). Kecederaan dingin akan
mengeluarkan simptom seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.

Gagal untuk pemasakan (pisang dan tomato).
Abnormaliti pada luaran (development of pits/ sunken area bagi buah oren, melon dan timun).
Internal discoloration (brown discoloration bagi buah avocado, cherimoya dan terung).
Mudah dijangkiti mikroorganisma (kekacang dan timun).
Off-flavor (tomato).

Penyejukan hasil
 Diperlukan bagi mengelakkan kerosakan hasil dan mengekalkannya sehingga sampai ke
pengguna.
 Berterusan membuang haba daripada proses respirasi dan mengekalkan kelembapan relatif yang
tinggi.
 Simpanan sejuk:
- beroperasi pada had suhu yang sesuai.
- masa dan ruang.
- memaksimum hayat penyimpanan.
- hasil perlu dielak menjadi beku.
- mengurangkan kekeringan (dessication).

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 66

ISI KANDUNGAN
PRA PENYEJUKAN
Pra penyejukan adalah penyejukan segera selepas dituai (dalam tempoh 24 jam selepas dituai). Ia
bertujuan bagi membuang haba ladang (field heat). Pra-penyejukan mempengaruhi hayat penyimpanan
seterusnya. Waktu penuaian yang terbaik adalah pada waktu yang paling sejuk (awal pagi). Hasil yang
telah dituai perlu disimpan di tempat teduh terutama bagi komoditi yang mengalami respirasi yang tinggi
dan jangka hayat yang pendek. Selain itu, hasil yang sensitif pada kecederaan dingin perlu disimpan pada
suhu 10-12 ºC. Bagi sesetengah hasil, ia tidak memerlukan pra-penyejukan iaitu seperti potato, keladi, dan
keledek.
Faktor pemilihan kaedah pra-penyejukan
 Suhu hasil semasa dituai.
 Fisiologi hasil.
 Hayat lepas tuai yang diingini.
Faktor kadar penyejukan
1. Kadar pemindahan haba daripada hasil ke medium penyejukan: bergantung kepada bentuk dan
saiz komoditi.
2. Perbezaan suhu antara hasil dan medium penyejukan.
3. Kebolehcapaian (accessibility)medium penyejukan kepada komoditi.
4. Halaju (velocity) medium penyejukan.
5. Sifat (nature) medium penyejukan.
Kaedah pra-penyejukan
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Sejukan air (hydrocooling).
Sejukan bilik (room cooling).
Sejukan vakum (vacuum cooling).
Sejukan tekanan udara (forced-air cooling).
Sejukan berwap (evaporative cooling).
Berais (icing).

 Membilas sementara menyejuk. Rajah 4.Komoditi yang sesuai bagi kaedah sejukan air.1. karot. Ia membuang haba ladang selepas dituai. ceri. brokoli. lobak putih dan tomato.  Pemindahan haba daripada pepejal kepada cecair adalah lebih cepat berbanding pemindahan haba daripada pepejal kepada gas. .1.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 67 SEJUKAN AIR (HYDROCOOLING) Sejukan air adalah penyejukan hasil (warm produce) menggunakan air dingin.  Mencegah daripada kelayuan sebelum penyimpanan. pellet dan seumpamanya.  Boleh menjalankan pra penyejukan dalam kuantiti yang besar. Buah-buahan Avokado. mangga. asparagus. saderi. sayuran hijau.  Bekas yang ingin digunakan fleksibel: tong. Tujuan:  Mengurangkan aktiviti metabolik. ubi bit.  Menyejukkan hasil sehingga 15 kali ganda lebih cepat berbanding dengan udara (contact with produce). strawberi. mengurangkan kehilangan berat dan lebih rentan pada lebam semasa pengangkutan.  Mengurangkan pertumbuhan mikroorganisma.  Kos yang rendah dan memerlukan sedikit sahaja penyelenggaraan.  Menghidrat beberapa hasil dan mengurangkan kehilangan lembapan serta berat. Kelebihan kaedah sejukan air  Memanjangkan hayat hasil melalui pra penyejukan dengan cepat.  Penyejukan yang seragam. tembikai wangi. timun. kacang hijau. Sayur-sayuran Articok. Jadual4.Perbezaan antara pra penyejukan sejukan air dan sejukan tekanan udara bagi buah strawberi jenis Sweet Charlie. jagung. dan buah pic. kubis mini. Pra penyejukan secara sejukan air lebih cepat sejuk.

Keperluan pembungkusan dan susunan hasil bagi sejukan air  Pembungkusan yang melibatkan wire-bound wooden crates. Jenis kaedah sejukan air 1. poly mesh bags.Jenis pembungkusan. waxed fiberboard cartons.  Hasil akan bergerak sehala (entry point dan end point) semasa proses penyejukan.  Kontena hasil dibawa oleh penghantar (conveyor) melalui siraman air sejuk.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 68 Kekurangan kaedah sejukan air  Hanya untuk hasil yang tidak sensitif pada keadaan basah.  Terdapat beberapa halangan ke atas hasil yang berbungkus dan susunan bertindan.  Banyak penyakit akan hadir apabila keadaan basah.  Wire-bound cartonsdancrates lebih sesuai dan membenarkan air untuk masuk secukupnya. penyejukan air kurang efisyen. Conventional/conveyor hydrocooler. Ini kerana air terperangkap antara ruang kaliks dengan buah. tetapi tidak dibenarkan air masuk dari bahagian atas. .  Kos permulaan yang tinggi dan memerlukan beberapa tahun supaya ia lebih ekonomi. lada benggala yang menjalani pra penyejukan kaedah sejukan air lebih cepat rosak semasa tempoh penyimpanan.2.  Waxed cardboard cartons with solid tops.  Mengikut kajian Hughes et al. Wire-bound wooden crates Waxed fiberboard Poly mesh bags Bulk bins Rajah 4.  Sesetengah keadaan. dan bulk bins.  Pembungkusan pellet perlu disusun berhati-hati supaya air boleh melalui antara ruang pembungkusan. (1981).

Conveyor hydrocooler. Rajah 4.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 69 Rajah 4. .3. Penyejukan air ke atas jagung manis yang dibungkus menggunakan waxed fiberboard. Penyejukan air ke atas jagung yang dibungkus menggunakan wire-bound wooden crates.4. Rajah 4.2.

disejukkan semula dan dikitar.  Penyejukan air secara rendaman adalah hampir dua kali ganda lebih berkesan berbanding conventional hydrocooling yang lain.  Besar. Rajah 4.  Melalui conventional hydrocooling. Immerse hydrocooler. 3.Batch hydrocooler.  Kebanyakannya hanya satu pellet sahaja dalam satu masa. .P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 70 2. Air tersebut akan dikumpulkan pada bahagian bawah. air sejuk hanya disembur menerusi hasil dan sesetengah bahagian permukaan sahaja yang terkena siraman/semburan tersebut.  Ianya murah dan sesuai untuk hasil yang terhad dan musim penuaian yang pendek.  Mempunyai “entry point dan end point” menggunakan penghantar. Kemudian pintu ditutup.  Ais dihancurkan atau sistem penyejukan pemampatan wap membekalkan air sejuk dan dipam ke dalam air yang bergerak. tidak mempunyai penghantar (conveyor). cetek.  Tertutup. Batch hydrocooler.  Hasil yang dibungkus dalam bentuk karton pellet atau bulk bin akan dimasukkan ke dalam ruang tertutup. Paling banyak adalah 8 unit pellet. tangki segi empat tepat yang mengandungi air sejuk yang bergerak.  Sejumlah air sejuk akan membanjiri pada bahagian atas hasil.  Sistem ini menghasilkan penyejukan lebih cepat daripada jenis lain kerana air mempunyai hubungan yang lebih besar dengan permukaan makanan.5.  Kapasiti muatan adalah lebih kecil berbanding dengan conventional hydrocooler.

 Melibatkan treler tertutup yang dimasukkan paip berlubang di bahagian atas untuk menyalurkan air sejuk. 4. serbuk calcium hypochlorite. Rawatan klorin bagi sejukan air  Penyejukan air boleh menyebabkan jangkitan penyakit mudah merebak melalui air yang dikitar semula.6. disejukkan dan digunakan semula.  Selepas sejuk.  Hasil akan disiram dengan air sejuk. paip akan dibuang dan hasil akan diletakkan dengan ais. North Carolina Agricultural Chemicals Manualmencadangkan penggunaan klorin sebagai pembasmi yang digunakan pada kadar 55-70 ppm.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 71 Rajah 4.  Truck hydrocooler boleh dibina pada kos yang rendah tetapi tempoh penyejukannya adalah lebih penjang berbanding dengan rekabentuk yang lain. .Kaedah immersion hydrocooler ke atas lobak dan salad. Rajah 4. dikumpulkan. Truck hydrocooler.7.  Bagi mengurangkan penyakit lepas tuai daripada merebak.Truck hydrocooler. hasil tersebut akan diangkut serta merta.  Kemudian.  Klorin yang digunakan boleh dibeli samada dalam bentuk cecair sodium hypochlorite (Clorox) atau yang kering.

potato. oren. halia. kotak dan bakul hasil. kekacang. limau nipis. . kubis. durian belanda dan lemon.  Komoditi yang berlainan tidak boleh dicampur bersama semasa proses penyejukan kerana memerlukan suhu penyejukan yang berbeza. kuini. ubi keladi. Medium sejukannya adalah melalui udara.  Penyakit mudah merebak melalui bawaan udara jika ada hasil yang rosak dan berpenyakit. anggur. Kos yang rendah. Sesuai untuk hasil yang sensitif dengan kedinginan (chilling sensitive). tomato. articok. belimbing. Rekabentuk yang mudah dan tiada alatan khusus. timun. Buah-buahan Tembikai.Komoditi yang sesuai bagi kaedah sejukan bilik.2.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 72 SEJUKAN BILIK (ROOM COOLING) Kaedah yang mudah tetapi penyejukan hasil agak lambat. lobak putih dan ubi kayu. ciku.  Menjadi tidak efektif jika komoditi terlalu sedikit sedangkan ruang penyejukan adalah besar. ubi bit. Meletakkan hasil dalam bilik sejuk.  Memerlukan thermometer dan RH meter bagi memantau suhu dan kandungan lembapan relatif. Kelebihan kaedah sejukan bilik      Penyejukan dan penyimpanan dalam tempat yang sama. nenas. Mempunyai unit penyejukan (air-condition) dan kipas untuk membawa udara sejuk melalui hasil. pir. Keadah yang mudah.  Memerlukan susunan hasil yang teratur supaya udara yang sejuk boleh melalui pallet. pisang. limau.      Jadual4. Kekurangan kaedah sejukan bilik  Tidak sesuai bagi hasil yang mudah rosak (perishable) kerana ia mengambil masa yang lama untuk sejuk contoh seperti strawberi. labu.  Sejukan bilik tidak sesuai jika kontena hasil terlampau besar kerana penyejukan ke atas keseluruhan hasil lambat dan ini boleh menyebabkan proses respirasi meningkat. Sayur-sayuran Bebawang. Menyamai dengan kaedah penyimpanan dalam tempoh yang lama. sukun.

10. Rajah 4.Peredaran udara sejuk bagi sejukan bilik.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 73 Rajah 4. SEJUKAN VAKUM (VACUUM COOLING)  Sesuai digunakan ke atas sayuran berdaun kerana mempunyai luas permukaan yang besar seperti salad. . brokoli.8.Kaedah sejukan bilik ke atas bunga keratan yang dieksport komersil.Kaedah sejukan bilik.  Penyejukan dilakukan menggunakan tekanan yang rendah di dalam ruang yang tertutup rapat (silinder besi). cendawan dan sayuran berdaun yang lain. Rajah 4.9.  Kaedah penyejukan yang cepat.  Tidak sesuai untuk buah (luas permukaan yang kecil dan lambat kehilangan air).

Kekurangan kaedah sejukan vakum  Tidak sesuai bagi hasil yang mempunyai lapisan kutikel lilin yang tebal seperti tomato. lobak merah.Komoditi yang sesuai bagi kaedah sejukan bilik. Memasukkan hasil ke dalam silinder besi untuk disejukkan.  Kadar penyejukan bergantung kepada nisbah permukaan kepada jumlah hasil.3. jagung. Jadual 4.  Kos pembinaan yang sangat mahal. kubis cina. Rajah 4. Sayur-sayuran Kubis mini. .11. Buah-buahan Anggur dan jagung. dan cendawan. kacang pis.  Boleh menghilangkan 1-2% daripada berat hasil. air akan meruap pada suhu 100ºC tetapi air akan cepat meruap apabila diberikan tekanan 5 mmHg dan pada suhu 1ºC dan dengan ini air akan terwap keluar daripada permukaan tisu.  Sesuai untuk hasil yang mempunyai luas permukaan yang besar. bunga kubis. bayam. Kelebihan kaedah sejukan vakum  Kaedah penyejukan yang cepat dan seragam.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 74  Pada tekanan biasa (760 mmHg).

 Sejukan bilik hanya membuang haba daripada permukaan hasil.  Menyejukkan hasil 4 hingga 10 kali ganda lebih cepat berbanding dengan sejukan bilik (room cooling). SEJUKAN TEKANAN UDARA (FORCED-AIR COOLING)  Memaksa udara melalui setiap pembungkusan hasil. namun ia terhad kepada saiz dan bentuk hasil/ pembungkusan hasil. .14. 1-2% air daripada hasil akan keluar daripada bawah silinder selepas sejukan vakum. Suhu hasil Suhu yang diingini Rajah 4.  Namun.12. Suhu yang diingini perlu ditetapkan. sejukan ini agak lambat berbanding dengan sejukan air.13.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 75 Rajah 4. Pintu silinder ditutup ketat bagi membolehkan tekanan rendah terhasil di bahagian dalam. Rajah 4.

halia.Terangkan kepada mereka mekanisma yang berlaku berdasarkan Rajah 4. kuini. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ . kekacang. Buah-buahan Kelapa. kurma. beri. Sayur-sayuran Timun. Komoditi yang sesuai bagi kaedah sejukan tekanan udara. terung. ciku.15 di bawah. Kelebihan kaedah sejukan tekanan udara  Sejukan alternatif kepada sejukan air bagi komoditi yang sensitif kepada air atau klorin. markisa. labu. sukun.4. betik. kubis mini. avokado. okra. oren. cendawan. Rajah 4. Kekurangan kaedah sejukan tekanan udara  Aliran udara yang tidak sempurna boleh menyebabkan hasil menjadi kering. pisang.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 76 Jadual 4. tomato dan lada benggala.Penyejukan melalui tekanan udara.15. mangga.Satu rombongan pelajar Institut Pengajian Tinggi mengadakan satu lawatan ilmiah ke rumah pembungkusan komoditi anda dan bertanyakan tentang mekanisma yang berlaku bagi sejukan melalui tekanan udara. Bayangkan anda adalah seorang usahawan sayuran yang berjaya. tembikai dan manggis. anggur.

17. Ia terhad kepada kawasan yang mempunyai kelembapan relatif yang rendah.  Rumah pembungkusan ini dibuat daripada bahan semulajadi yang boleh dilembapkan dengan air. Rajah 4.  Antara rekabentuk melalui penyejukan jenis ini adalah rumah pembungkusan daripada jerami padi. Ianya adalah menjimatkan tenaga tetapi kecekapan penyejukan adalah terhad kepada muatan udara yang menyerap kelembapan.Analogi sejukan berwap berlaku. .  Dinding dan bumbung jerami padi akan dilembapkan pada waktu pagi untuk mewujudkan penyejukan berwap pada hasil.Rumah pembungkusan daripada jerami padi. Udara panas akan disejukkan oleh lembapan daripada permukaan yang sejuk.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 77 SEJUKAN BERWAP (EVAPORATIVE COOLING)     Satu kaedah penyejukan yang paling mudah.16. Rajah 4.

20. Apakah komoditi yang sesuai bagi prapenyejukan jenis ini? .19. jenis sejukan berwap terkini yang banyak diamalkan oleh pengeluar hasil pertanian supaya sejukan hasil menjadi lebih cepat.Penyejukan secara wap menggunakan bumbung.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 78 Rajah 4. Rajah 4. Rajah 4. Mari sama-sama kita fikir.  Arang akan dilembapkan pada waktu pagi dan struktur ini akan disejukkan melalui sejukan berwap pada siang hari.18.Rumah pembungkusan yang berdindingkan jaringan wayar yang memegang arang.Rumah pembungkusan melalui sejukan ini adalah cenderung untuk pertumbuhan kulat.

BERAIS (ICING)  Sejukan berais sangat efektif ke atas hasil yang padat dan tidak sesuai menggunakan sejukan tekanan udara.  Pembungkusan hasil perlulah sesuai untuk penggunaan ais dan tahan basah.4°C. .P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 79 Lakarkan inovasi rekabentuk pra-penyejukan anda sendiri menggunakan konsep sejukan berwap supaya penggunaanya lebih efektif.4°C ke 4. fizikal dan biologikal.  Pembungkusan individu dengan ais adalah cara termudah namun cara ini menyebabkan penyejukan tidak sekata.  Sangat sesuai bagi sayuran brokoli yang mempunyai kadar respirasi yang tinggi.  Ais banyak digunakan di negara membangun sebagai agen penyejukan kerana ia lebih mudah diperoleh.  1 paun ais mampu menyejukkan 3 paun hasil daripada 29. pengagihan dan penyimpanan.  Ais perlu bebas daripada bahaya bahan kimia.  Penggunaan ais sangat pantas membuang haba tetapi ia tidak menyerap haba dan mencair.  Ia juga boleh digunakan semasa proses pengangkutan.

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 80  Antaranya ialah waxed fibreboard cartons. mempunyai pengudaraan yang baik untuk mengurangkan kadar pencairan ais dan tahan kepada keadaan basah. lobak putih. sayuran berdaun. Liquid icing adalah kaedah penyejukan yang baik tetapi keadaan permukaan suhu yang tidak stabil (sejuk dan suam) boleh menyebabkan pembiakan mikrob.  Komoditi yang sesuai adalah brokoli. bawang hijau. jagung. bayam. brussels sprouts. Ia mempunyai bukaan yang minima.bunga kubis. wooden wire-bound crates. leeks. lobak merah. brokoli.5. Crushed and liquid ice cooling  Sangat berkesan digunakan pada operasi kecil dan besar. parsli. kacang pis dan kubis. salad. Rajah 4. Buah-buahan Tembikai wangi Senaraikan lima (5) hasil yang tidak sesuai menggunakan kaedah pra-penyejukan berais.21.  Waxed fibreboard cartonsadalah yang paling sesuai untuk operasi yang menggunakan ais. Jadual 4. dan perforated plastic liners. . Penggunaan Top icing Liquid icing  Ais yang bercampur dengan air (slurry) dimasukkan ke dalam pembungkusan hasil. cantaloupes.Komoditi yang sesuai bagi kaedah berais Sayur-sayuran Lobak merah. baskets and hampers. Top icing  Ketulan ais diletakkan di atas hasil menggunakan mesin atau manual (tangan).

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 81 Ice bottles  Botol yang berais dibungkus menggunakan kertas bagi mengelakkan ia bersentuhan secara terus dengan hasil.Penggunaan ice bottles.be/0SfoIbclGUA . Sila layari: http://youtu.  Di China.22. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ Maklumat mengenai operasi forced-air cooling. Rajah 4. jenis sejukan ais yang manakah menjadi pilihan anda? Bincangkan. ice bottles digunakan untuk menyejukkan hasil yang bernilai tinggi. Jika anda diberi tanggungjawab untuk melakukan pra-penyejukan menggunakan ais.

Kaedah pra-penyejukan yang ingin digunakan haruslah sesuai dengan suhu. 3. 4. 6. sejukan tekanan udara. Sejukan berais terdiri daripada top icing. Terdapat enam jenis pra-penyejukan yang biasa digunakan iaitu sejukan air. sejukan vakum. sejukan bilik. 11. 9. crushed and liquid ice cooling dan ice bottles. . batch hyrocooler. semburan. Sejukan bilik melibatkan satu bilik besar dan dilengkapi dengan penghawa dingin serta unit penyejukan untuk menyejukan udara di dalam bilik tersebut. Sejukan berwap melembapkan udara yang panas daripada permukaan yang sejuk secara semulajadi. Klorin digunakan dalam penyejukan air untuk membunuh mikrorganisma yang menyebabkan penyakit. immerse hydrocooler. 5.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 82 RUMUSAN 1. Sejukan vakum sesuai digunakan ke atas sayuran berdaun kerana mempunyai luas permukaan yang besar dengan mengenakan tekanan yang rendah di dalam ruang yang khas (silinder besi). Sejukan tekanan udara merupakan sejukan alternatif bagi hasil yang sensitif dengan air dan klorin. sejukan berwap dan sejukan berais. Air dingin di dalam sejukan air digunakan secara siraman. dan juga truck hydrocooler. 2. 7. fisiologi dan hayat lepas tuai hasil. 10. 12. Pra penyejukan dilakukan pada hasil bagi membuang haba ladang serta mengekalkan relatif kelembapan yang tinggi. Setiap kaedah penyejukan mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. dan rendaman ke atas hasil hortikultur. Jenis sejukan air terbahagi kepada conventional. 8. liquid icing.

Slurry 4.Kecederaan dingin . Klorin 10. Penyejukan vakum 3.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 83 KATA KUNCI 1. Aktiviti metabolik 8. Kelembapan relatif 7. Iced bottles 5. Penyejukan berwap 2. Haba ladang 6. Bulk bins 9.

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 84 PETA KONSEP KAEDAH PRAPENYEJUKAN HORTIKULTUR Tujuan Faktor kadar penyejukan  Membuang haba ladang  Mengekalkan relatif kelembapan yang tinggi  Menambah jangka hayat hasil sehingga dipasarkan Faktor pemilihan kaedah penyejukan  Kadar pindahan haba dari hasil ke medium  Suhu hasil penyejukan  Fisiologi hasil  Perbezaan suhu antara  Hayat lepas tuai hasil dan medium penyejukan  Kebolehcapaian medium penyejukan kepada komoditi  Halatuju medium penyejukan  Sifat medium penyejukan Kaedah penyejukan  Sejukan air  Sejukan bilik  Sejukan vakum  Sejukan tekanan udara  Sejukan berwap  Sejukan berais .

III dan IV Semua di atas Berikut merupakan maklumat yang betul mengenai sejukan bilik kecuali A B C D 3. Apakah kelebihan operasi pra-penyejukan yang menggunakan sejukan ais? A B C D 4. 2. yang manakah benar tentang kaedah sejukan air. medium sejukkannya melalui udara hasil diletakkan di dalam bilik sejuk air sebagai medium penyejukan penyimpanan dalam tempoh yang lama Kadar penyejukan yang cepat Pembungkusan yang paling mudah Penyejukan yang seragam Bekas penyimpanan yang fleksibal Antara berikut. II dan III I. I II III IV Conveyor hydrocooler Batch hydrocooler Immerse hydrocooler Truck hydrocooler A B C D I. Antara berikut. A B C D Sangat sesuai untuk sayur berdaun terutama berdaun lebar Sesuai untuk menyimpan buah Tekanan yang biasa digunakan ialah 760 mmHg Kadar penyejukan bergantung kepada nisbah permukaan jumlah hasil .P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 85 LATIHAN KENDIRI BAHAGIAN A Arahan: Pilih dan bulatkan jawapan yang tepat 1. maklumat manakah tidak benar bagi penyejukan vakum. II dan IV II.

jika anda adalah seorang usahawan ladang tomato. Pada pendapat anda. terangkan secara ringkas tentang immerse hydrocooler. 1. Berikan lima (5) perbezaan antara penyejukan vakum dan penyejukan bilik? Penyejukan Vakum Penyejukan Bilik 2. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ . Berdasarkan topik penyejukan air. nyatakan satu (1) jenis prapenyejukan yang akan anda amalkan. _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 3. Berikan justifikasi anda terhadap pra-penyejukan tersebut.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 86 BAHAGIAN B Arahan: Jawab semua soalan secara ringkas dan tepat.

html. Diperoleh pada Julai 2. Diperoleh pada Ogos 31. USA: Blackwell Publishing.H. FAO.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 87 RUJUKAN Andrés F. (2008). Avtar. D. Australia..C. D. Estes. vegetables and ornamentals. McGlasson. Gopinadhan. (1989). (1914).ncsu. 2014 daripada: http://www. M.bae.B. (2004) Manual for the preparation and sale of fruits and vegetables From field to market.. Amerika. Hydrocoolers. Graham. Sudheer. Boyette. North Carolina. L. Postharvest. UK: Blackwell Publishing.A Manual.. and Storage. M. Rome: FAO.com/hydroCooler.Post Harvest Technology of horticultural Crops. (2010). Diperoleh pada Ogos 31. V. W. dan Joyce. Rome: FOA United Nations. 2014 daripada http://www.physorg. Malaysia: Mardi. R. braising..Postharvest Biology and Technology of Fruits. A. (1999). Fruit and Vegetables: Harvesting. Ferreira. A.Edisi kelima..com/news190566508.trj-inc. Vegetables and Flowers. (1986). (2007).D. dan Indira. E.P. Pengendalian Lepas Tuai: Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tropika.K.. . Thompson. dan Rubin. TRJ Refrigeration Inc (2007). dan Susan. K. (2003).A. Prevention of Postharvest Food Losses: Fruits. New Delhi: New India Publishing Agency. FAO (Food and Agriculture Organization of the United Nations). Bangkok: UNFAO Regional Office for Asia and the Pacific. H. Hydrocooling shows promise for reducing strawberry weight loss.html.edu/programs/extension/publicat/postharv/ag-4144/index.An introduction to the physiology and handling of fruit... (2007). Wills.html. P. Improvement of Post-Harvest Fresh Fruits and Vegetables Handling. 2014 daripada: http://www.B. and López C. A. D. Vegetables and Root Crop. Handling. M. Hydrocooling.R. UK: CABI. Dennis. Hassan.