You are on page 1of 28

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 88

UNIT 5
PEMBUNGKUSAN DAN BAHAN PEMBUNGKUS

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1.
2.
3.
4.
5.

Memahami peranan dan keperluan pembungkusan.
Mengetahui ciri-ciri bahan pembungkus dan sifat-sifatnya.
Membezakan pembungkusan pukal dan runcit serta jenis bahan pembungkusan.
Mengetahui peranan pembungkusan atmosfera terubahsuai.
Memahami prinsip dan kategori pelabelan.

PENGENALAN

P

embungkusan merupakan operasi lepas tuai yang sangat penting. Pembungkusan boleh membantu
memanjangkan hayat sesuatu komoditi dan mengekalkan kualiti supaya tahan lebih lama.
Pembungkusan juga boleh memberi perlindungan pada buah-buahan dan sayur-sayuran semasa
proses pengendalian. Bahan pembungkus juga perlulah sesuai dengan dengan jenis hasil dan kaedah
pengendalian.Bagi pasaran eksport, pembungkusan yang lebih bermutu digunakan berbanding dengan
pasaran tempatan.Di samping itu, pengendali hasil juga perlulah mengendalikan hasil dengan cermat bagi
mengekalkan kualiti hasil yang tinggi di pasaran.

Akta Makanan 1983
Meliputi apa-apa benda atau apa-apa cara makanan dikotak, ditutup, dimasukkan, diisi, diletakkan atau
selainnya dipekkan dengan apa-apa jua cara seluruhnya atau sebahagiannya dan meliputi apa-apa jua
cara seluruhnya atau sebahagiannya dan meliputi apa-apa jua jenis bakul, baldi, dulang atau bekas
samada terbuka atau tertutup.

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 89

Rajah 5.1. Sampel makanan

Peraturan-Peraturan Makanan 1985
 Bekas pukal – termasuk
a) Apa-apa wagon, keranjang, silo, tangki dan lain-lain bekas yang serupa.
b) Apa-apa kotak, karton dan lain-lain bekas yang serupa dalam mana lebih daripada satu
bungkusan yang telah dilabelkan dengan sempurna serta kandungannya itu tidak
dimaksud untuk dikekalkan didalamnya apabila bungkusan dan kandungannya itu dijual
secara runcit.
 Bungkusan luar
Apa-apa bekas dalam mana lebih daripada satu bungkusan makanan yang sama telah dilabelkan
dengan sempurna diletakkan bagi maksud jualan secara runcit.
 Pembungkus tambahan
Suatu pembungkus dalam atau luar yang hanya digunakan bagi memudahkan pembungkusan dan
tidak tujuan atau mencukupi untuk menjadi bekas tunggal bagi kandungan bungkusan itu.

ISI KANDUNGAN
DEFINISI
Pembungkusan: Meletakkan makanan ke dalam bekas yang bersentuhan langsung dengan makanan
yang diterima pengguna.
Membungkus: Meletakkan makanan ke dalam bekas selain daripada pembungkusan makanan.
Menyimpan: Penyimpanan makanan. Contoh seperti gudang, kemudahan penyimpanan sejuk,
penyimpnan silo, dan sebaginya.

hentaman dan geseran yang boleh merosakkan hasil.  Perlindungan/Pemeliharaan . Boleh diguna semula bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar contoh seperti penggunaan kertas beralun dan lain-lain (biodegradable). Kekuatan mekanikal daripada hentakan. Faktor kerosakan hasil semasa simpanan:  Tekanan mekanikal (getaran.Mudah dikendalikan.  Convenient . CIRI-CIRI PEMILIHAN BAHAN PEMBUNGKUS Pemilihan bahan pembungkus perlu sesuai dengan keadaan pasaran. gegaran.  Komunikasi . . 3. 5. 2. tertindih). geseran. wap.Saiz hidangan tunggal.Daya tarikan melalui rekabentuk grafik yang menarik. mikrobiologi dan kualiti fizik kimia. . kandungan nutrisi. . . 4. 1.  Pencemaran mikroorganisma. gam dan lilin.Boleh membungkus hasil.  Cuaca juga mempengaruhi perubahan fizikal dan kimia (cahaya. . lelasan. . kehendak pengguna dan tahap perlindungan yang diingini. serangga dan tanah. Kesesuaian hasil dengan bahan pembungkus bagi mengelakkan pencemaran atau tindak balas dengan hasil kerana sesetengah bahan pembungkus mengeluarkan bahan kimia seperti resin.  Adulteration.Memelihara sensori.Pembungkusan atmosfera terubahsuai dan pembungkusan vakum. .Aseptik.Diistilahkan sebagai “Jurujual senyap” (penjenamaan dan perlabelan).P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 90 FUNGSI PEMBUNGKUSAN  Membungkus/Containment .Melindungi hasil daripada persekitaran luar. lembapan. oksigen dan perubahan suhu). Ketelapan wap air yang rendah bagi menghalang kehilangan air yang tinggi daripada hasil. mampatan.Mengandungi kod produk dan kandungan nutrisi. Ketelapan terhadap gas penting bagi pembungkusan atmosfera terubahsuai yang digunakan bagi memanjangkan tempoh simpanan melalui pengawalan proses respirasi dan aktiviti metabolik lain pada kadar yang rendah.

Dikendalikan di ladang. Jenis bahan pembungkus bergantung pada jenis hasil dan pasaran. Pelabelan dan persembahan grafik yang menarik boleh menarik perhatian pengguna dan ini penting untuk pasaran eksport. Mudah dikendalikan dan boleh menjimatkan ruang semasa pengangkutan. 9. Peredaran udara yang baik bagi mengelakkan pengumpulan haba hasil yang boleh mempercepatkan hasil rosak. Kos pembungkusan dapat ditampung dengan harga jualan hasil. pasar borong dan hasil eksport. 7. Pembungkusan pukal 1. 3. Dalam kuantiti yang banyak. 8. 10. . 2. Memenuhi keperluan perundangan. rumah pemungkusan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 91 6.

Kotak yg diperbuat daripada kayu nipis biasanya digunakan untuk mengangkut hasil daripada ladang ke rumah pembungkusan. Bahan-bahan pembungkus yang biasa digunakan secara komersial Kayu     Perlindungan mekanikal yang baik. 4.karton. dan pelet. Jualan di pasar kering seperti pasaraya.botol. Tembikar . tong. Jenis pembungkusan kayu: kotak. 6. 3. Boleh disusun/ditindan. Turut menekankan pelabelan dan gaya persembahan untuk menarik minat pembeli. peti. Jenis pembungkusan: 1. JENIS BAHAN PEMBUNGKUS 1. 2.tempayan dan buyong. Sekunder: Melindungi pembungkusan primer semasa pengendalian dan pengangkutan seperti corrugated fiber board. 3. high density polyethylene (jug). kotak dan pembungkusan makanan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 92 Pembungkusan runcit 1. Kaca . 4. tempe dan tapai. Kertas . Bahan pembungkus berbeza mengikut hasil dan tahap perlindungan.daun pisang. Hasil dibungkus dalam kuantiti yang kecil. . 2. Primer : Bersentuhan secara langsung dengan hasil seperti plastik dan kertas pembalut. Logam seperti tinplate dan aluminium. 2.polyethylene terephthalate (botol minuman). Daun tumbuhan . 5. Plastik .

 Kapasiti boleh berkisar dari 12 hingga lebih dari 50 gantang. Kertas digunakan sebagai bahan pelapik. anggur dan minuman jus buah yang dibotolkan Wooden Crates and Lugs  Digunakan untuk epal.  Kos yang tinggi menyebabkan kegunaannya terhad untuk pasaran dan sebahagian besar petani tempatan mungkin berkali-kali menggunakannya semula. kaku dan mempunyai kekuatan yang sangat tinggi serta tidak dipengaruhi oleh air.  Mempunyai banyak ruang terbuka untuk memudahkan pendinginan dan ventilasi. Contoh komoditi: mangga. kubis. buah batu.  Digunakan untuk menyimpan makanan bersama dan melindungi makanan daripada hancur dan memberi sedikit perlindungan.  Pallet Bins yang disimpan diluar tahan sekitar 5 tahun dan 10 tahun atau lebih sekiranya benar-benar dilindungi dari cuaca. . Wire-Bound Crates  Digunakan secara menyeluruh untuk snap kacang. tomato. Pallet Bins  Digunakan untuk memindahkan produk dari lapangan atau kebun ke rumah pembungkusan. Kos yang tinggi. dan kentang. jagung manis dan beberapa komoditi lain yang memerlukan penyejukan hidro.  Kukuh.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 93     Kukuh dan tahan lama.  Ianya tahan lama dan sesuai untuk pengangkutan yang cekap. Wooden Baskets and Hampers  Digunakan untuk pelbagai jenis tanaman seperti strawberi dan ubi jalar.

3. laminated paper board carton.  Kurang perlindungan mekanikal dan terdedah kepada pencemaran. Jenis kertas: glassine paper. paper board.2.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 94 Beg/kain  Kuantiti hasil yang terhad. Kadbod: . karton beku kerana ianya mempunyai lapisan lilin atau plastik yang menghalang kemasukan haba. keras dan tahan lipatan untuk menghalang produk daripada kerosakan mekanikal dan boleh dikitar semula.  Beg jaring biasanya digunakan untuk sayuran segar yang memerlukan pengudaraan penuh semasa pengangkutan dan penyimpanan. Mudah koyak dan hilang kekuatan mekanikal apabila basah. Kertas       Digunakan dalam pelbagai bungkusan dan bentuk. .  Kos yang rendah.  Contoh komoditi: bawang. Kegunaan: Ais krim. Mudah untuk dilabelkan dan ringan.Jenis-jenis: a. Penggunaan beg jaring yang digunakan bagi komoditi bebawang. Rajah 5. Bekas ais krim yang menggunakan white board. . coklat. kentang. Rajah 5. fibreboard. keledek dan ubi kayu.Pembungkus yang diperbuat daripada kulit kayu seperti kertas tetapi tebal. White board: sesuai untuk penyimpanan makanan dan biasanya dilapisi oleh polyethylene serta boleh menghalang haba. Ketelapan yang tinggi pada wap air.

Paper board: kertas acuan seperti karton/ pelapik telur.  Jenis beralun atau juga dikenali sebagai serabut beralun. Penggunaan pembungkus paper board. d.  Jenis pepejal mempunyai lapisan papan putih pada bahagian dalam dan lapisan kraft pada bahagian luar serta menyediakan perlindungan yang baik terhadap impak dan mampatan. kekacang dan pelapik telur.4. c. Rajah 5. dibuat dengan dua lapisan kertas kraft dengan bahan tengah yang beralun. Penggunaan pembungkus chip board. Fiber board: Papan serat boleh dibuat samada dalam bentuk pepejal atau beralun. Ketahanan papan serat terhadap kesan lelasan dan kerosakan menjadikan ia digunakan secara meluas untuk penghantaran pukal makanan dan pembungkusan produk makanan runcit. Apabila berlamina dengan plastik atau aluminium.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 95 b. .5. Chip board: kertas kitar semula dan tidak boleh bersentuhan dengan makanan dan dilapisi dengan white board. Karton luar terutama untuk teh dan bijirin tanpa bersentuhan dengan makanan. Contoh: makanan segera. papan serat pepejal boleh meningkatkan ciri-ciri halangan dan digunakan untuk membungkus produk kering seperti kopi dan susu tepung. Rajah 5.

6. Rajah 5. Rajah 5.Full telescoping box.7.9.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 96 Rajah 5. Rajah 5.One piece box.Two-piece box with cover.Bliss-style box.8. Rajah 5.Contoh fibreboard.10. .

One-piece tuck in cover box.Interlocking box.11.15. Rajah 5. Rajah 5. Rajah 5.Self-locking tray.12.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 97 Rajah 5. Rajah 5. .13.14. Pembungkusan menggunakan fiberboard dengan lubang pengudaraan yang baik biasanya bagi pembungkusan hasil import dan eksport.One-piece telescoping box.

Rajah 5.19.18.Glued joint.17. Terdapat tiga (3) jenis penghubung yang digunakan bagi kotak jenis kertas: Rajah 5.16. Penggunaan foam net atau kertas bagi sesetengah buah bagi mengelakkan geseran. Rajah 5. .Moulded pulp.Taped joint.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 98 Rajah 5.

. Rajah 5.Stapled joint. Pembahagi Meningkatkan kekuatan bahan pembungkus apabila ditindan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 99 Rajah 5.Triangular corner support.Pembahagi boleh mencegah geseran yang berlaku semasa pengendalian dan pengangkutan.21.20. Rajah 5. 1.Pembahagi fiberboard.22. Bahan keperluan lain yang digunakan bersama dengan fiberboard. Terutamanya bagi hasil yang berat seperti tembikai.

Murah. Berat dan meningkatkan kos pengangkutan. Kedap lembapan. polivinil klorida (PVC). Contoh: polietilena (PE).P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 100 Rajah 5. Kaca             Keras tetapi mudah pecah.Fiberboard juga digunakan pada bahagian dalam bakul bagi mengelakkan kecederaan bucu/bahagian tajam bakul. Kos yang tinggi. Rajah 5. Kuantiti hasil yang terhad. Diwarnakan dengan pelbagai warna. Tidak bertindak balas dengan makanan. Lutsinar dan bahan makanan didalamnya selalunya berbentuk cecair atau semi cecair dapat dilihat dengan jelas. sos. Perlindungan yang baik pada bahan makanan. gas. Boleh dikitar semula dan digunakan semula. . ringan. Tahan pada haba yang tinggi.23. Biasanya digunakan ke atas makanan yang diproses seperti kordial. Direka dalam pelbagai bentuk. jeruk dan sebagainya.Pembungkusan menggunakan bahan kaca. Plastik      Digunakan secara meluas. mudah didapati dan dibentuk. bau dan mikroorganisma.24. Mudah untuk mencetak label pada pembungkus.

– menunjukkan bukti gangguan seperti dikoyakkan. sesuai untuk pembungkusan atmosfera terubahsuai samada secara pukal dan runcit. – penghalang kepada kemasukan oksigen dan kelembapan.  Lain-lain seperti polycarbonate : digunakan dalam botol air 5 gelen.  PE: berdensiti rendah. bahan kimia yang digunakan untuk membuat PVC dikatakan suatu bahan karsinogen.  LDPE (low density polyethylene): digunakan dalam beg simpanan makanan dan botol lembut.  PP (polypropylene): digunakan dalam bekas keras seperti botol susu.  PETE atau PET (polyethylene terephthalate): digunakan untuk kebanyakan botol minuman. – dapat menghantar makanan pada jarak yang jauh.  Keburukannya sebagai pembungkus makanan: – Mengikut kajian PVC merupakan plastik yang paling toksik.  PVC: sesuai digunakan untuk hasil runcit seperti di pasar raya.  Kebaikannya sebagai pembungkus makanan adalah untuk: – menjaga kesegaran makanan. – melindungi daripada pencemaran. pisau dan cawan. cawan dan mangkuk.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 101  Kadar ketelapan gas oksigen dan karbon dioksida bergantung pada ketebalan pembungkus. – dapat memanjangkan jangka hayat makanan. – melindungi makanan daripada rosak. – menyediakan persekitaran yang bersih bagi makanan. . Vinyl chloride.  PS (polystyrene): digunakan untuk membungkus makanan dan sebagai dulang (daging dan roti).  HDPE (high density polyethylene): digunakan dalam jug susu dan air. botol susu dan lapisan kaling.

25.27. Clampshell untuk sayuran salad. Rajah 5.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 102 Rajah 5.Plastic sleeves untuk bunga keratan. Rajah 5.26.Kod plastik resin. .

Buluh dan rotan  Digunakan bagi pembungkusan pukal semasa di ladang. – Pelbagai saiz yang standard dan tahan lasak. – Kos efektif untuk kegunaan semua pembungkusan secara mesin.  Bahagian tajam pada bakul boleh menyebabkan kecederaan pada hasil. – Bekas kertas aluminum adalah tri-ovenable. – Tahan bau dan wap air. – Boleh dipanaskan – Sesuai untuk produk steril. wap. Pembungkusan yang menggunakan bahan plastik.  Tidak memberi perlindungan yang baik.  Bakul buluh lebih rendah harganya berbanding bakul rotan. dan pasar runcit.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 103 Rajah 5. pasar borong. – Mudah hakis jika tidak dilapisi seperti dilaker (lacquer). cahaya dan bau. – Boleh digunakan semasa pemprosesan “on-line”.  Keburukan – Penghantaran tin kosong mengambil banyak ruang. Logam  Tinplate – Tin mengisi makanan sardin. – Keluli (komponen yang utama dalam tinplate) tidak mudah dikitarsemula.  Bahan pelapik seperti kertas perlu digunakan bersama bagi mengurangkan kecederaan. – Murah untuk dihasilkan dengan banyak. – Aluminium boleh dikitar semula. – Bekas tahan suhu antara -32° F hingga 650° F (0° C hingga 343° C).  Aluminium – Digunakan sebagai tin minuman kerana kuat. . tahan panas dan tekanan gas.  Kebaikan – Penghalang yang baik kepada gas. – Alternatif kepada plastik kerana kosnya lebih rendah. – Boleh “hermetically sealed”. – Kukuh.28. ringan.

29.Pembungkusan daripada bahan logam PEMBUNGKUSAN ATMOSFERA TERUBAHSUAI Modified atmosphere packaging (MAP) atau pembungkusan atmosfera terubahsuai adalah sangat efektif bagi mengekalkan kesegaran dan memanjangkan hayat hasil buah-buahan dan sayur-sayuran segar.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 104  Lapisan luar-dalam tin Tin dilapisi dengan enamel atau laker pada bahagian luar dan dalam untuk menghalang hakisan. Hasil juga perlulah dikendalikan dan dibungkus mengikut kaedah pengangkutan. Melambatkan pemasakan atau penuaan hasil. – Sesuai dengan makanan iaitu tidak bertoksik. Pembungkusan jenis ini direka khas untuk disesuaikan dengan keadaan pengendalian dan kadar respirasi bagi hasil yang telah dibungkus melalui manipulasi kandungan oksigen dan karbon dioksida di dalam pembungkusan. Mengekalkan rasa segar semulajadi hasil. – Melindungi tin dan isinya selama tempoh hayat. Jadi ianya akan:      Mengekalkan warna hijau sayuran berdaun. interaksi dengan bahan makanan dan untuk membantu dalam pengendalian tin. Plastik filem MAP yang digunakan juga mengandungi mineral untuk menyerap dan membuang pengeluaran gas etilena dalam beg pembungkus. Ia sesuai untuk mengangkut hasil segar secara pukal ke pasaran jauh atau antara petani dengan pengguna di pasaraya dan kedai runcit. Rajah 5. Antara kejayaan penggunaan MAP ialah: . – Tidak mengelupaskan lapisan ketika pemprosesan atau penstoran makanan. Memanjangkan jangka hayat hasil. Lapisan ini hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut: – Tidak mengeluarkan bau atau rasa kepada makanan. MAP juga sangat sesuai bagi memasarkan pemprosesan minima hasil seperti salad atau hasil potongan segar. – Tahan kepada semua peringkat suhu ketika pemprosesan atau penstoran makanan. Mengurangkan kehilangan yang disebabkan oleh pengeluaran haba daripada hasil. – Harga berpatutan dan mudah digunakan.

 Kacang hijau Penyimpanan biasa: hayatnya selama 3-7 hari. Penyimpanan menggunakan MAP pada suhu 13–14°C: Hayatnya adalah sehingga 45 hari. Penyimpanan menggunakan MAP pada suhu 4–7°C: Hayatnya adalah selama 14 hari dan brokoli masih lagi hijau dan kerapuhan juga dapat dikekalkan.  Parsley Penyimpanan biasa: hayatnya selama 3-5 hari. . sayuran brokoli akan bertukar warna daripada hijau ke kuning. Mengekalkan warna hijau sayuran. Penyimpanan menggunakan MAP pada suhu 5–7°C: Hayatnya adalah sehingga 16 hari Kelebihan MAP 1.  Pisang Penyimpanan biasa: hayatnya selama 5-7 hari. Memanjangkan jangka hayat hasil. 7. 2. 6. 3. Menghalang dehidrasi. Melambatkan pemasakan dan penuaan. Penyimpanan menggunakan MAP pada suhu 1–2°C:Hayatnya adalah sehingga 25 hari dan parsley masih lagi hijau.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 105  Brokoli Penyimpanan biasa: selepas 3-5 hari dituai. 5. Meningkatkan jualan sayuran segar. Mencegah pertumbuhan bakteria dan kulat. Mengekalkan aroma dan kesegaran sayur. 4.

3. Hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:  Nama dan alamat perniagaan pengimport. 3.  Jika keluaran pertanian itu bagi pasaran domestik. mengikut mana-mana yang berkenaan keluaran pertanian.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 106 PELABELAN Pematuhan Pelabelan Keluaran Pertanian Suatu label yang ditanda pada suatu bungkusan keluaran pertanian atau pada apa-apa benda yang dilekatkan pada suatu bungkusan keluaran pertanian : 1. 2. Pelengkap kepada penguatkuasaan kawalan sisa baki racun dalam Akta Makanan 1983. Mengenalpasti pengeluar yang mengeluarkan sesuatu hasil. Memberi maklumat kepada jabatan atau agensi mengenai sumber. . pengeksport. ejen. Meningkatkan daya saing keluaran tempatan di pasaran.  Muka taip hendaklah sama bagi tiap-tiap perkataan. dalam bahasa kebangsaan dan boleh termasuk apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa lain. pengeluar atau pengedar.  Negara asal keluaran pertanian. Memenuhi peraturan perdagangan antarabangsa. dalam bahasa Inggeris dan boleh termasuk apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa lain. Hendaklah ditanda dengan kemas dan mudah dilihat di permukaan sebelah atas atau sisi bungkusan. jika berkenaan dan jika keluaran pertanian itu untuk eksport. dalam bahasa kebangsaan.  Jika keluaran pertanian itu diimport.  Dalam warna yang kontras dengan latar belakangnya. Butir-butir yang disebut dalam perenggan 3 hendaklah ditandakan mengikut cara yang berikut supaya mudah dibaca dan tahan lama:  Dalam penghurufan yang tidak kecil daripada 20 poin¾.  Standard gred keluaran pertanian. Tujuan Label 1. 5.  Dalam huruf besar kesemuanya atau huruf kecil kesemuanya atau huruf kecil yang huruf awalnya dalam huruf besar. kuantiti dan jumlah pengeluar dan jenis bekalan.  Saiz keluaran pertanian. Hendaklah bersaiz tidak kurang daripada 11 sentimeter kali 7 sentimeter.  Nama biasa keluaran pertanian. 4.  Perkataan “Produce of Malaysia”.  Jika keluaran pertanian itu untuk eksport.  Berat bungkusan keluaran pertanian. 2.

Pelabelan borong. Pelabelan runcit.32. Rajah 5. Pelabelan bagi import dan eksport. .31. Rajah 5.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 107 Contoh Pelabelan Rajah 5.30.

Objektif Peraturan 5. Keperluan Peraturan 6. Implementasi kepada kumpulan Sasar Peraturan 8. Pematuhan Peraturan Jika anda adalah pengurus tempat pemasaran hasil segar bagi pengeluaran salad. pembungkusan dan pelabelan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 108 Peraturan 3P telah diperkenalkan oleh FAMA khususnya bagi penggredan. Syarat Khas Peraturan 7. rekabentuk pembungkusan dan bahan yang manakah menjadi pilihan anda untuk membungkus hasil tersebut. Bincangkan. Langkah-langkah Diambil Oleh Negeri 10. Komoditi Terlibat 9. Kesan / Akibat 4. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ . Senario Pasaran Masa Kini 3. Latarbelakang 2. Bincangkan: 1.

9. 3. kehendak pengguna. Pemilihan bahan pembungkusan perlu sesuai dengan keadaan pasaran. kertas. beg. Tujuan perlabelan adalah mengenalpasti pengeluar. Akta Makanan 1983 dan Peraturan – Peraturan Makanan 1985 merupakan perundangan yang menerangkan operasi pembungkusan dan juga jenis bahan yang digunakan untuk pembungkusan. 7. Pembungkusan menggunakan kayu memberi perlindungan mekanikal yang baik terhadap hasil. Kertas dapat membungkus hasil dalam pelbagai bentuk namun mudah kehilangan koyak dan hilang kekuatan mekanikal apabila basah. kaca. .P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 109 RUMUSAN 1. Buluh dan rotan digunakan dalam pembungkusan pukal tetapi kurang memberikan perlindungan terhadap hasil. memberi maklumat kepada agensi. perlindungan. mengekalkan kehijauan dan rasa semulajadi hasil dan melambatkan penuaan dan pemasakan hasil. 15. MAP dapat memanjangkan jangka hayat hasil. Beg/kain digunakan bagi hasil yang memerlukan pengudaraan penuh tetapi mudah terdedah terhadap pencemaran. kain. 14. 13. dan tahap perlindungan yang diingini. 4. Logam digunakan bagi membungkus makanan di dalam tin dan bahan tersebut sukar dikitar semula. pelengkap kepada penguasaan. plastik. Plastik digunakan secara meluas di dalam pembungkusan makanan dan mudah dikendalikan. komunikasi. buluh. Kayu. 11. rotan dan kaca merupakan jenis bahan yang digunakan untuk pembungkusan hasil secara komersial. 10. dan memudahkan (convenient). 2. 8. Pembungkusan dapat memanjangkan hayat dan mengekalkan kualiti sesuatu komoditi. 12. 6. meningkatkan persaingan dan mematuhi peraturan perdagangan antarabangsa. 5. Fungsi utama pembungkusan adalah membungkus. Terdapat dua jenis pembungkusan hasil iaitu pukal dan runcit yang mengunakan jenis pembungkusan primer dan pembungkusan sekunder. Kaca sesuai digunakan untuk membungkus makanan jenis cecair dan semi-cecair tetapi dalam kuantiti yang terhad.

Ketelapan air 4. Pembungkusan Primer 10.  Primer  Convenient  Sekunder serangga dan tanah  Adulteration Ciri pemilihan bahan pembungkusan Jenis Bahan Pembungkusan  Kekuatan mekanikal  Kertas  Ketelapan wap air rendah  Plastik  Boleh diguna semula  Kaca  Mudah dikendali  Logam  Menjimatkan ruang  Daun tumbuhan  Pengudaraan yang baik  Tembikar  Persembahan grafik dan pelabelan yang baik  Kos berpatutan  Mematuhi perundangan .P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 110 KATA KUNCI 1. Perlindungan Mekanikal 8. Semi cecair 5. Kekuatan Mekanikal 7. Bahan Karsinogen PETA KONSEP PEMBUNGKUSAN Fungsi Pembungkusan Faktor kerosakan semasa penyimpanana Jenis Pembungkusan  Pembungkusan  Tekanan Mekanikal  Pukal  Perlindungan  Cuaca  Runcit  Komunikasi  Pencemaran mikrorganisma. Persembahan Grafik 9. Pembungkusan Sekunder 2. Pembungkusan 6. Ventilasi 3.

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 111  Crates & lugs  Baskets & Kayu hampers  Wire-Bound crates  Pallet bins Beg/ Kain  Glassive paper  Paper board Kertas  Laminated paper board carton  Fibre board Jenis Bahan Pembungkus untuk Komersial  Kadbod Kaca  PE  PVC Plastik  PET  HDPE  LDPE Buluh dan Rotan  PP  PS  Tinplate Logam  Aluminium .

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 112 LATIHAN KENDIRI BAHAGIAN A Arahan: Pilih jawapan yang tepat dan bulatkan. Suhu untuk menyimpan makanan dalam tin aluminium biasanya di antara _______. 1. A B C D 0° C hingga 343° C 0° C hingga 100° C 32° C hingga 650° C 32° C hingga 100° C 3. Berikut merupakan jenis bahan pembungkusan menggunakan kayu kecuali A B C D Wooden Crates and Lugs Fiberboard Wire Bound Crates Pallet Bin 2. Jenis fibreboard apakah yang ditunjukkan oleh rajah di atas? A B C D Full telescoping box Bliss-style box One-piece telescoping box Two-piece box with cover .

________________________ ________________________ ________________________ ________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ . III dan IV I. dan IV 5. 4. Nyatakan lima (5) ciri-ciri bahan pembungkusan yang baik dalam proses pengurusan lepas tuai. manakah merupakan kelebihan menggunakan plastik filem MAP. III.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 113 4. 3. Nyatakan empat (4) jenis kaedah pembungkusan menggunakan kayu. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 2. Antara berikut. II. Terangkan secara ringkas dua (2) daripadanya. dan III I. 1. I II III IV Menghalang dehidrasi Melambatkan pemasakan dan penuaan Mencegah pertumbuhan bekteria dan kulat Meningkatkan jualan sayuran hasil segar A B C D I. 1. 2. II danIV I. Berikut merupakan tujuan pelabelan kecuali A B C D Pelengkap kepada penguatkuasaan kawalan sisa baki racun Akta Makanan 1983 Memenuhi peraturan perdagangan antarabangsa Meningkatkan daya saing keluaran tempatan di pasaran Memudahkan pengguna membuat penilaian sesuatu jenis barangan BAHAGIAN B Arahan : Sila jawab soalan berikut dengan ringkas dan tepat. II.

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 114 3. Terangkan secara ringkas tentang pembungkusan atmosfera terubahsuai. Jika anda adalah seorang pengusaha buah betik. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ . ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 4. Nyatakan sebab anda memilih kaedah tersebut. pada pendapat anda kaedah pembungkusan manakah yang paling sesuai untuk hasil tuaian anda.

Sudheer. Fruit and Vegetables: Harvesting..An introduction to the physiology and handling of fruit. .A Manual.P. Vegetables and Flowers.B.. Prevention of Postharvest Food Losses: Fruits. Graham.H. V. dan Joyce.C. (1989). P. UK: CABI.Post Harvest Technology of horticultural Crops.Postharvest. D. FAO.Edisi kelima. W. UK: Blackwell Publishing. M. FAO (Food and Agriculture Organization of the United Nations). (1999). New Delhi: New India Publishing Agency. L. and Storage. Improvement of Post-Harvest Fresh Fruits and Vegetables Handling. Rome: FOA United Nations. A. Pengendalian Lepas Tuai: Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tropika.Postharvest Biology and Technology of Fruits. USA: Blackwell Publishing. D. (2003). (2007). vegetables and ornamentals.. A.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 115 RUJUKAN Andrés F. Handling. Hassan. Bangkok: UNFAO Regional Office for Asia and the Pacific... Gopinadhan. Vegetables and Root Crop. K. and López C.K. (2004) Manual for the preparation and sale of fruits and vegetables From field to market. Dennis. H. Thompson. (2008). McGlasson. Avtar.B. Malaysia: Mardi. Rome: FAO. (1986). Wills. dan Susan.. (2007). dan Indira. R.