You are on page 1of 19

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 46

UNIT 3
OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Memahami pengendalian yang terlibat semasa di rumah pembungkusan.
2. Mengetahui secara umum kaedah pemilihan hingga ke penyimpanan.
3. Menerangkan kriteria yang digunakan untuk penggredan dan pemiawaian di
Malaysia dan antarabangsa.

PENGENALAN

P

engendalian yang tidak teratur merupakan punca utama yang menyebabkan kerosakan dan
kehilangan lepas tuai sehingga mencapai 40%. Pemilihan, pembasuhan, pengeringan, penggredan
dan pembungkusan adalah antara pengendalian lepas tuai. Semua pengendalian ini lazimnya
dilakukan di rumah pembungkusan.

Rajah 3.1. Operasi rumah pembungkusan.

Di semenanjung Malaysia terdapat 24 buah kompleks rumah pembungkusan yang dimiliki oleh FAMA.  Pasaran eksport: peralatan lebih khusus dan aliran operasi (separa mekanikal dan mekanikal) mengendalikan hasil dalam jumlah yang besar. 2. jenis komoditi saiz operasi modal pasaran Kedudukan perlu dekat dengan kawasan pengeluaran untuk mengelakkan kerosakan hasil.  Pasaraya: peralatan tertentu diperlukan bagi penjualan hasil dalam jumlah yang kecil tetapi. kaedah pembungkusan yang menarik. 3. Rumah pembungkusan merupakan kawasan teduh atau bangunan khas yang didirikan di ladang bergantung kepada: 1. 4.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 47 ISI KANDUNGAN OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN Operasi penyediaan boleh dilakukan di dalam bangsal yang mempunyai peralatan yang terhad atau di kompleks rumah pembungkusan yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan moden. Rumah pembungkusan yang besar dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang lebih baik. Antara peralatan dan kemudahan yang diperlukan di rumah pembungkusan:          meja pemilihan tangki pembasuhan tangki perawatan penyakit alat pengering penggred penimbang alat pembungkusan bilik sejuk bilik pemasakan .

Menyediakan sesuatu hasil yang akan dipasarkan mengikut kaedah dan tahap yang diharapkan oleh pembeli. (Ini dapat membantu mengawal harga dan menentukan bekalan yang mencukupi). Susun atur rumah pembungkusan perlu dirancang dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan kelewatan di rumah pembungkusan dan penambahan kos operasi. . 2. 3.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 48 Tujuan utama rumah pembungkusan 1. 5. Komoditi ini adalah untuk pasaran tempatan dan luar negara. Namakan komoditi χ yang diusahakan serta lakarkan susun atur rumah pembungkusannya (step-by-step system) beserta dengan operasi yang terlibat. Bayangkan anda mempunyai sebuah ladang yang besar bagi pengeluaran komoditi χ. Penyimpanan sementara sebelum jualan atau semasa pengeluaran yang berlebihan. Penyimpanan sementara untuk mendapatkan bekalan yang cukup untuk dieksport. 4. Menambah daya tarikan kepada pengguna melalui persembahan hasil yang lebih baik supaya laris dijual khususnya di pasaraya. Membersihkan hasil daripada kotoran ladang dan hasil yang rosak diasingkan (supaya penurun mutu dan kerosakan semasa jualan dapat dikurangkan).

kangkung. patah. Ini dapat meningkatkan mutu hasil dan rupa yang lebih menarik. .  Hasil mesti tidak terdedah terlalu lama pada keadaan cuaca panas. tangkainya dipotong sehingga ukuran tertentu: . pecah.mengelakkannya daripada mencederakan buah yang lain. Pembuangan bahagian yang rosak ini juga dapat menjimatkan kos pengangkutan. PEMILIHAN Buah-buahan atau sayur-sayuran yang terjejas mutunya akibat jangkitan penyakit. terlalu muda.  Bagi kubis bulat dan salad.  ‘Forklift’ boleh digunakan memunggah bebanan (sekiranya hasil disimpan di dalam bekas yang sama saiz dan seragam). lebam. Pemotongan juga dilakukan untuk memudahkan aktiviti penyediaan seterusnya.  Bagi operasi yang besar. daun bawang.  Hasil yang telah dipunggah perlu diletakkan di kawasan teduh di dalam rumah pembungkusan sebelum operasi penyediaan seterusnya. beberapa helai kelopak luar yang agak keras perlu ditinggalkan bagi melindungi bahagian dalam daripada mengalami kecederaan semasa pengendalian dan pengangkutan. LAMBAKAN (DUMPING) Melambakkan buah dari satu bekas ke satu bekas yang lain dalam operasi lepas tuai perlu dikendalikan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan mekanikal. bayam dan kubis). patah dan sebagainya perlu diasingkan daripada hasil yang baik. jentera boleh digunakan.mengelakkannya daripada mencucuk dan membocorkan bahagian bawah kotak sekiranya ia disusun dalam keadaan menegak.  Pemotongan perlu dilakukan terhadap jenis sayur (sawi. Bahagian hasil yang rosak akibat kecederaan mekanikal (pecah. terhiris) dan serangan penyakit atau serangga perlu dipotong menggunakan peralatan yang tajam dan bersih seperti pisau atau gunting.  Bagi nanas pula.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 49 PEMUNGGAHAN  Boleh dilakukan secara manual (menurunkan kotak atau bakul berisi hasil dengan cermat). Semua sisa yang diasingkan perlu dibuang secepat mungkin daripada rumah pembungkusan atau menyimpan dalam tong tertutup sebelum dibuang. .

 Namun.  Air basuhan yang telah dirawat dengan fungisid perlu dibuang terlebih dahulu sebelum digunakan untuk pembasuhan lain.  Pembasuhan adalah sangat penting bagi hasil yang akan dieksport atau dijual di pasaraya. pembasuhan jenis “recirculated” atau air bertakung kurang digalakkan kerana boleh menyebabkan pencemaran oleh mikroorganisma. hasil perlu dielakkan daripada terendam terlalu lama di dalam air bagi mengelakkan jangkitan penyakit.  Ianya sesuai dilakukan pada kebanyakan sayur berdaun. hasil yang dihantar perlulah tidak terlalu cepat supaya pemilihan hasil boleh dibuat dengan teliti.  Semasa pembasuhan. kubis bunga dan lada benggala. Lengan pekerja haruslah membentuk 45 ˚ apabila mereka mengendalikan hasil di atas meja. Terdapat 3 jenis penghantar yang biasa digunakan untuk membantu operasi pemilihan. . buah dan ubi tetapi tidak sesuai dilakukan pada beberapa jenis sayur seperti brokoli.2. PEMBASUHAN  Pembasuhan dilakukan bagi membersihkan hasil daripada kotoran ladang dan benda asing seperti tanah. Jika operasi pemilihan menggunakan sistem penghantar “conveyor”.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 50 Rajah 3.  Boleh dilakukan secara manual atau mekanikal dengan cara rendaman atau semburan.3. Hasil juga perlu dipusingkan sekurangkurangnya dua kali di hadapan pekerja. sisa kimia. Tiga jenis penghantar dalam operasi pemilihan. Belt conveyor Push-bar conveyor Roller conveyor Rajah 3. lelehan getah (mangga dan pisang) dan sisa bahan organik yang lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan perawatan tanaman berakar dan perawatan pengeringan bebawang? Bagaimana proses tersebut dilakukan? .P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 51 RAWATAN PEMBASMIAN PENYAKIT  Bahan kimia pembasmi kulat dan bakteria perlu digunakan untuk hasil yang akan dieksport atau dikendalikan dalam tempoh yang lama. bawang putih dan bawang merah. ubi kentang.  Pengeringan berlebihan perlu dielakkan terutama bagi hasil sayuran berdaun.  Perawatan boleh dilakukan untuk memulihkan permukaan bahagian yang tercedera selepas penuaian. ubi keledek. 2. halia dan seumpanya.  Kipas juga digunakan untuk mencepatkan proses pengeringan. PERAWATAN (CURING)  Penuaian dan pengendalian lepas tuai yang tidak cermat boleh mengakibatkan kecederaan mekanikal pada hasil tanaman. Perawatan tanaman berakar: Ubi kayu.  Pengeringan boleh dilakukan dengan mendedahkan hasil pada suhu biasa (air-dried). Perawatan pengeringan bebawang: bawang besar. PENGERINGAN  Air yang berlebihan di permukaan hasil perlu dikeringkan dengan menyusunnya di atas rak pengering atau menggunakan unit pengering yang khusus.  Larutan klorin berkepekatan 100-150bpj boleh digunakan untuk mengurangkan populasi mikroorganisma di dalam air pembasuh.  Perawatan yang sempurna boleh membentuk lapisan periderma pada permukaan bahagian yang tercedera.  Pembasmi kulat seperti tiabendazol (TBZ) dan propikonazol boleh digunakan pada kepekatan yang selamat (Oxidation Reduction Potential).  Hasil didedahkan pada suhu ambien selama 3-5 hari (dengan pengudaraan yang baik).  Terdapat dua jenis perawatan: 1.  Benomil + air panas pada suhu 52˚C (5 min): bagi mengawal penyakit antraknos.  Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pasaran tempatan biasanya tidak diberi perlakuan kimia kerana tempoh pengendaliannya hanya untuk beberapa hari sahaja.  Pembentukan lapisan ini dapat mengelakkan kehilangan air yang berlebihan dan serangan mikroorganisma serta rupa yang menarik.

Lengkapkan jenis penyalutan bagi buah. B_ e _ w _ x. sayur-sayuran.  Memberi kilauan dan rupa yang menarik. PENGGREDAN Penggredan dan pemiawaian adalah satu daripada operasi rumah pembungkusan yang penting. Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO) dan Suruhanjaya Makanan Codex (Codex Alimentarious Commission). Penggredan adalah lebih penting untuk pasaran eksport berbanding dengan pasaran tempatan. piawaian untuk buah-buahan. Pada peringkat antarabangsa. ubi dan halia bagi mengurangkan kehilangan lembapan semasa pengendalian atau penjualan. ia disediakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. S _ e _ l _ c. 1. Di Malaysia.  Lapisan selaput lilin pada permukaan kulit juga boleh menutupi bahagian yang terluka dan membantu melindungi hasil daripada serangan mikroorganisma. ia dilakukan secara manual dan juga menggunakan mesin. 2. 4. Jenis penyalutan ini adalah dalam Bahasa Inggeris. . 5. bijirin dan hasil tanaman disediakan oleh Institut Standard dan Penyelidikan Industri Malaysia (SIRIM). Pemiawaian pula ialah merupakan sistem pengelasan dan penggredan sesuatu hasil menurut suatu piawaian yang sah. 3.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 52 PELILINAN  Dilakukan terhadap hasil seperti limau. nanas. Hasil yang diambil daripada ladang akan dikelaskan mengikut nilai komersil dan kegunaan. Keperluan pemiawaian adalah berbeza mengikut pasaran dan negara. penentuan harga boleh dibuat dengan lebih adil dan teratur.Pertubuhan Ekonomi Eropah (UNECE). L _ q _ i _ P _ r _ ff _ n A r _ b _ _ G _ m. Penggredan biasanya dilakukan secara manual tetapi bagi pengelasan saiz dan berat. Melalui penggredan juga. C _ _ n _ _ b _ w _ x.

Contoh: perkataan “masak” dalam penggredan buah mangga. kerosakan Ciri kimia: nilai pemakanan dan kandungannya. 5. kematangan 2. Contoh: kubis meliputi varieti tanah tinggi sahaja.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 53 Ciri-ciri penggredan Ciri-ciri fizikal: 1. pengangkutan dan pengagihan. Mendapat harga terbaik: disesuaikan untuk pasaran berlainan. serangan penyakit/serangga. Pertubuhan Peladang dan FAMA. rupa keseluruhan 5. Terminologi: Perlu dihurai dengan tepat bagi mengelakkan kekeliruan. penyelewengan dan perselisihan faham antara pengeluar dan pembeli. Kelebihan penggredan 1. Membantu penetapan harga dan komunikasi: mudah dalam persetujuan eksport. 2. Penyediaan Piawaian di Malaysia Terdapat beberapa agensi yang membantu SIRIM menyediakan piawaian iaitu MARDI. 2. Ciri-ciri biologi: 1. 4. Spesifikasi komoditi 1. Membantu operasi pengendalian: memudahkan urusan penyimpanan. peringkat kematangan 2. Jabatan Pertanian. . Skop piawaian: Perlu jelas sebagai panduan utama dalam proses penyediaan sesuatu piawaian. percambahan 3. kemasakan 3. Mekanisasi dan mesin penggredan: menjimatkan masa pengendalian. kultivar 4. bermaksud peringkat dimana isi buah menjadi lembut dan beraroma. Jabatan Kesihatan. 3. Penguatkuasaan peraturan: mengelakkan berlakunya penipuan.

grossum Zingiber officinale Roscoe Phaseolus vulgaris L. Penetapan jenis dan gred: Perbezaan ketara atau varieti yang sama.ssp pekinensis (Lour) Olsson Piawaian gred (3) MS 1230:1991 MS 894:1984 MS 1124:1996 MS 1306:2005 MS 1252:1992 MS 951:2003 MS 1324:1993 MS 892:2004 MS 1393:1996 . Pembungkusan dan pelabelan: Keterangan maklumat kandungan perlu jelas. nama pengeluar. Hasil Pertanian Nama biasa (1) Sayuran Segar Okra Cili Lada benggala Halia Kacang buncis Kacang panjang Kailan Kubis Kubis cina Nama Botani (2) Hibiscus esculentus L. var. varieti. berat kandungan. Keperluan umum: Unit timbangan samada gram atau kilogram. gred. Gred dan saiz juga perlu dihuraikan dan ditetapkan. Biasanya mereka hanya mengamalkan persetujuan secara tidak rasmi antara pembeli dan pembekal. Namun begitu. Capsicum annuum Capsicum annuum I. saiz. Keperluan undang-undang: Menerangkan tentang peraturan kerajaan tempatan perlu dipatuhi. Kelonggaran dan toleransi: Sedikit kelonggaran dan toleransi diberikan bagi mencapai persefahaman. Penilaian kualiti mereka hanya dibuat secara subjektif iaitu melalui pancaindera sahaja. Brassica alboglabra Bailey Brassica oleracea var. dan tarikh pembungkusan. penetapan kandungan bahan pengawet tidak melebihi yang dibenarkan. industri hasil segar di negara kita tidak mengamalkannya. Contoh: kubis jenis berat dan ringan dihasilkan di lokasi penanaman yang berlainan. 4. Contoh: nama hasil. sayur-sayuran dan bunga-bungaan. capitata Brassica campestris L. Contoh: akta makanan. Contoh: setiap kotak buah diberi kelonggaran tidak melebihi 5% daripada berat yang ditetapkan. Perlaksanaan Sistem Piawaian di Malaysia SIRIM telah menyediakan lebih kurang 35 piawaian Malaysia bagi hasil segar termasuk buah-buahan.. 7. 6. 5. Vigna sesquipedalis L.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 54 3.

MS 1146:1989 MS 1361:1944 MS 1323:1993 MS 1362:1994 MS 956:2003 MS 893:2003 Averrhoa carambola L. Citrus rettculata Mangifera indica Linn Garcinta mangostana Artocarpus heterophyllus Lam Musa saptentum Musa saptentunt cv. fresh in-shell Mantordica charantia L.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 55 Peria Salad Sawi Bayam (poh choy) Timun Tomato Buah Segar Belimbing Betik Jambu batu Limau mandarin (domestik) Mangga Manggis Nangka Pisang Pisang mas Tembikai Musk-Melon Bunga Keratan Segar Chrysanthemum (multi-floral) Orkid (spray type) Roses (unifloral) Roses (multi-floral) Carnation (unifloral) Carnation (multi-floral) Kekacang Groundnut kernels Groundnut. Carica papaya Psidium guafava L. Lactuca sativa L. Brassica sp. . mas Citrullus vulgaris Schard Cucumis naelo Linn MS 1127:2002 MS 1040:1486 I MS 1149:1989 MS 232:1974 MS 885:1984 MS 1128:1989 MS 1055:1986 MS 459:1976 MS 1075:1987 MS 1028:1986 MS 1325:1993 Chrysanthernum nrortfoltum Orchidacea fanatly Genus Rosa Genus Rosa Dianthus caryophyllus Dianthus canfophyllus MS 1354:1993 MS 1280:1992 MS 1233:1991 MS 1355:1994 MS 1281:1992 MS 1353:1994 Arachis lvypogao Arachis hypogao MS 457:1976 MS 458:1976 Rajah 3. Spinacia oleracea L. Penggredan standard bagi hasil segar yang disediakan oleh SIRIM.4. Cucumis sativus L. Lycopersicum esculentuna Mill.

but meeting those of Grade 1 or exceptionally. the keeping quality and presentation in the package. provided these do not affect the general appearance of the fruit. with the exception of very slight superficial defects. The fruits shall be of good quality with characteristics of the variety. provided these do not affect the general appearance of the fruit. coming within the tolerances of that grade. 5 % by number or weight of fruit not satisfying the requirements of Premium Grade. with the exception of slight superficial defects. . the internal quality.5. coming within the tolerances of that grade. the keeping quality and presentation in the package. They shall be slightly free from defects. Grade Premium 1 Requirements Tolerances The fruits shall be of superior quality with characteristic of the variety. 10 % by number or weight of fruit not satisfying the requirements of Grade 1.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 56 Rajah 3. Contoh muka hadapan buku Malaysian Standard bagi mangga segar. They shall be free from defects. but meeting those of Grade 2 or exceptionally. the internal quality.

Mengurangkan proses respirasi. Rajah 3.  Antara kaedah pra-penyejukan ialah sejukan udara (air cooling). 4. . Jepun dan Kesatuan Eropah. pear. Slight superficial defects may be allowed provided these do not affect the flesh of the fruit. Biasanya piawaian mereka adalah ke atas hasil tanaman yang beriklim sederhana seperti salad. 10 % by number or weight of fruit satisfying neither the requirements of the grade nor the minimum requirements. 5. Memelihara mutu hasil. Mengurangkan aktiviti metabolik yang lain. sejukan air (hydrocooling). 3.6.  Ini adalah bertujuan untuk: 1.  Kod amalan bagi mengawal dan memeriksa buah-buahan serta sayur-sayuran segar. Suruhanjaya Makanan Codex merupakan satu-satunya suruhanjaya yang menyediakan piawaian dunia bagi buah-buahan dan sayur-sayuran tropika. suhu yang tinggi (biasanya 28-35oC) di dalam tisu hasil semasa di ladang diturunkan sehingga mencapai suhu penyimpanan dalam masa kurang 2 jam. kiwi dan sebagainya. Klasifikasi gred kualiti bagi buah mangga segar yang disediakan oleh SIRIM versi (BI). Mengawal proses perpeluhan dan kehilangan lembapan.  Melalui pra-penyejukan. or any other deterioration rendering it unfit for consumption. Antara dokumen yang disediakan ialah:  Kod amalan pembungkusan dan pengangkutan bagi buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Piawaian Antarabangsa Kebanyakan negara-negara maju mempunyai piawaian mereka sendiri seperti Amerika Syarikat. PRA PENYEJUKAN  Baik dilakukan pada kebanyakan jenis hasil sebelum disimpan pada suhu dingin. with the exception of produce affected by rotting. Mengawal serangan mikroorganisma.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 57 2 This grade includes the fruits which do not qualify for inclusion in the higher grade but satisfy the minimum requirements specified in Clause 4. epal. sejukan vakum (vacuum cooling).  Sesuai dilakukan terhadap hasil untuk simpanan lama atau dieksport dengan kontena berhawa dingin. 2.

 Suhu optimum perlu dikekalkan bagi mengelakkan kecederaan fisiologi dan kerosakan.  Hasil perlu dibungkus dengan bahan yang sesuai dan mengelakkannya daripada bercampur dengan hasil yang telah masak atau busuk.youtube.  Tempoh simpan yang singkat boleh dilakukan bagi hasil yang disimpan di dalam bilik dengan sistem pengudaraan yang baik dan bersih. memberi maklumat kepada pengguna dan meningkatkan keselamatan makanan.  Tempoh simpan yang lama boleh dilakukan di bilik sejuk dengan sistem kawalan suhu dan kelembapan relatif yang baik.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 58 PEMBUNGKUSAN Pembungkusan bertujuan meningkatkan ciri-ciri kosmetik hasil. PENYIMPANAN  Hasil segar biasanya disimpan sementara menunggu untuk dipasarkan.com/watch?v=Hn5XkPewAXk .com/watch?v=UsBi_4ZATmw http://www.youtube. Operasi pengendalian lepas tuai bagi lobak dan buah kurma. Topik pembungkusan akan dihurai dengan lebih lanjut pada unit 5. Sila layari: http://www.

7.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 59 Rajah 3. . Pengendalian lepas tuai bagi kangkung untuk pasaran tempatan.

Aktiviti di dalam rumah pembungkusan melibatkan operasi pemunggahan. pra-penyejukan. Susun atur di dalam rumah pembungkusan perlulah sesuai bagi melancarkan operasi pembungkusan. KATA KUNCI 1. Kawalan penyakit dan perosak 3. pemilihan. Pembersihan 5. 5. Jabatan Kesihatan. Jabatan Pertanian. dan FAMA di dalam aktiviti pemiawaian. Suhu ambien 4. pengreddan. rawatan. lambakan. Rumah pembungkusan yang dilengkapi dengan teknologi dapat meningkatkan operasi pembungkusan. Fungisid . 8. 2. pembasuhan. SIRIM dibantu oleh pihak MARDI. Penggredan dapat membantu operasi pengendalian dengan memudahkan penyimpanan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 60 RUMUSAN 1. 3. pembungkusan dan penyimpanan. pengeringan. Pasaran eksport 7. Hasil yang dipasarkan dapat bertahan lama dan menarik perhatian pengguna. pengangkutan dan pengagihan. Rumah pembungkusan 6. Pasaran tempatan 8. 6. 7. Perawatan hasil yang cedera terbahagi kepada dua iaitu perawatan tanaman berakar dan perawatan pengeringan bebawang. pelilinan. Kecederaan mekanikal 2. 4. Persatuan Peladang. Aktiviti pembasuhan dapat dilakukan secara manual mahupun mekanikal.

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 61 PETA KONSEP OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN Aktiviti Tujuan Pemunggahan Membawa hasil ke rumah pembungkusan Lambakan Melambak buah dari satu bekas ke satu bekas yang lain Pemilihan Mengasingkan dan membuang hasil yang rosak Pembasuhan Membersihkan kotoran ladang dan bendasing Rawatan Pembasmian Penyakit Membunuh mikrorganisma yang menyebabkan penyakit Pengeringan Mendedahkan hasil pada suhu biasa Rawatan Memulihkan bahagian yang tercedera Pelilinan Meminima kehilangan lembapan semasa penyimpanan Pengreddan Mengelaskan hasil pada saiz dan berat yang tertentu Prapenyejukan Menurunkan suhu tinggi di dalam sel tisu Pembungkusan Meningkatkan ciri-ciri kosmetik hasil Penyimpanan Hasil disimpan sebelum dipasarkan .

Berikut merupakan kaedah pra-penyejukan kecuali A B C D sejukan udara sejukan air sejukan termampat sejukan vakum . Tujuan paling utama pelilinan dilakukan adalah untuk A B C D memberi kilauan dan rupa yang menarik menutup bahagian luka melindungi hasil daripada serangan mikroorganisma mengurangkan kehilangan lembapan semasa pengendalian atau penjualan 4. Berikut adalah suhu yang sesuai bagi mengawal penyakit antraknos iaitu A B C D 52˚C 25˚C 70˚C 85˚C 3. 1. Terdapat tiga (3) jenis penghantar dalam operasi pemilihan kecuali A B C D Belt conveyor Seat Conveyor Push-bar conveyer Roller conveyor 2.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 62 LATIHAN KENDIRI BAHAGIAN A Arahan: Pilih dan bulatkan jawapan yang tepat.

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 63 BAHAGIAN B Arahan: Jawab semua soalan dengan ringkas dan tepat. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 2. iv. Pada pendapat anda. iii. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ . i. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ 3. Senaraikan lima (5) kelebihan penggredan. Terangkan secara ringkas tujuan utama rumah pembungkusan dibina. v. Bincangkan secara ringkas cara penyimpanan buah limau sebelum dipasarkan. bagaimanakan cara untuk mengurangkan kerosakan semasa kerja pemunggahan betik dilaksanakan? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ 4. 1. ii.

Packaging and Labelling of Agricultural Produce). Malaysia: Department of Standards Malaysia. (1999). L. R. Fruit and Vegetables: Harvesting. Graham. D. P. Rome: FAO. USA: Blackwell Publishing. (2008). D.K. Malaysia: FAMA. dan Susan. and Storage. UK: Blackwell Publishing..P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 64 RUJUKAN FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan). SIRIM. Malaysian Standard for Fresh Mangoes-Specification.. (1989). W.B. A.H. Explanatory Notes on the Application of the Federal Agricultural Marketing Authority (Grading. (2012). Postharvest. (2003). Malaysia: Mardi.. Hassan. Avtar.C. Dennis. M. Edisi kelima. FAO (Food and Agriculture Organization of the United Nations). McGlasson.B.. Handling. Pengendalian Lepas Tuai: Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tropika. . Postharvest Biology and Technology of Fruits. (2007). vegetables and ornamentals. Wills.An introduction to the physiology and handling of fruit. Prevention of Postharvest Food Losses: Fruits. A. Gopinadhan. Vegetables and Flowers. (2008). dan Joyce. Vegetables and Root Crop. Thompson. H.. UK: CABI..