You are on page 1of 2

LIRIK QASIDAH MAHABBAH RASUL

SOLLALLAHUALAIHIWASALLAM
Mahabbah rasul jadi perlumbaan
bagi sekalian makhluk Tuhan
tidak kira manusia atau haiwan
bukit bukau dan tumbuh tumbuhan
seekor unta datang berlari lari
berlutut dan mengucup kaki nabi
mengalir air matanya menangisi
kerana rindu kepada nabi
mengadu domba tentang badan sakit
kerja banyak makannya sedikit
didalam peristiwa israk wal mikraj
batu yg besar tersangatlah berat
ingin menjadi pengikut yg taat
lalu timbullah dan jua terangkat
lantas ditahan oleh malaikat
maka terapunglah hingga kiamat
pelepah tamar yg sudah kekeringan
merintis menangis kerna ditinggalkan
hingga tangisannya telah didengarkan
kpd para sahabat yg beriman
lalu baginda turun menenangkan
berhentilah menangis berkat usapan
bukit uhud kuat bergoncang
kerana gembira nabi dibelakang

sehinggalah kaki baginda menendang


barulah berhenti dari bergoyang
disaksi oleh saidina abu bakar
dan bakal shahid usman dan umar
saidina thauban kekuningan badan
sakit kerana asyik memikirkan
apakah dirinya akan dimasukkan
kedalam syurga bersama Rasul
junjungan
kerna baginya jika berasingan
tiada nikmatnya syurga pilihan
saidina jaafar sepupu baginda
satu badannya penuh terluka
dalam berperang sambil berpuasa
shahidlah dia mempertahan baginda
dikurnia Allah sayap kpdnya
berbuka puasa di dalam syurga
sesudah merasakan pelbagai nikmat
didalam syurga pun masih teringat
kepada insan yg bernama MUHAMMAD
yg begitu mengasihi ummat
diizin Allah bersama para malaikat
ziarah nabi dibumi yg berkat
ingatlah wahai teman sekalian
Nabi Muhammad pernah berpesan
seseorang itu akan dibangkitkan
bersama siapa yg paling dicintakan
kami berdoa padamu Allah cintakan
kami kpd Rasulullah 3X

You might also like