You are on page 1of 6

ADAT RESAM KEMATIAN ORANG MELAYU

ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima lapis beserta telekung. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Sebelum dikebumikan. iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. • Semasa mayat masih berada di dalam rumah. Namun begitu mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri. • Jenazah seterusnya dikapankan. sebarang jamuan tidak akan diadakan. Sebagai penghormatan terakhir. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid. . Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus.SEMASA KEMATIAN • Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Bagi jenazah lelaki.

ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Sebelum keranda diusung. .seorang wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang.• Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda.

tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda. Kemudian bunga rampai pula ditabur . • Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya. • Sebelum ditimbus.SEMASA PENGEBUMIAN • Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan. . Dua batang batu nesan tertulis nama. sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Selepas talkin dan doa selesai dibaca. air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam. siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala. • Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur.

• Ia diadakan pada hari pertama. ketiga. keempat puluh empat atau keseratus hari.SELEPAS KEMATIAN • Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. • Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. . Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia. ketujuh.

Kita tidak boleh memagar kawasan kuburan dengan pagar besi yang terlalu mahal seperti emas ataupun menulis di atas kuburan dengan dakwat emas. • Kedua ialah kubur tidak boleh ditembok dan ditulisi di atasnya. • Akhir sekali ialah tidak boleh duduk di atas kuburan dan tidak boleh memakai alas kaki(selipar atau kasut) ketika berjalan di sela-sela kubur kecuali rumput di kawasan tersebut mempunyai duri.PANTANG LARANG • Pertama.kita tidak boleh bercakap kuat walaupun berzikir atau membaca al quran ketika menghantar jenazah ke tanah perkuburan kerana kita digalakkan untuk memikirkan apa yang terjadi pada si mati. .