You are on page 1of 1

SEJARAH BOLA BALING ANTARABANGSA

Permainan bola baling berasal dari Eropah.


Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai
dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di
Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold
di Jerman.
Semasa Perang Dunia Kedua, permainan ini dikenali sebagai
Torball yang dimainkan seramai tujuh orang.
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa
(IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk
menyelaraskan permainan ini.
Pada tahun yang sama, Kesatuan Bola Baling Amatur
Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di
Amsterdam.
Pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik di Berlin.
Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah
muncul sebagai juara.
Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola
Baling Antarabangsa (IHF).
Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh
orang sepasukan.

SEJARAH BOLA BALING DI MALAYSIA


Mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han.
Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan
secara rasminya telah didaftarkan pada 11 September 1985.
Pada tahun 1986, persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan
Kesatuan Bola Baling Asia.
Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai
satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan
di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
(MSSM).
Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan
dalam kegiatan kokurikulum pelatihnya mulai tahun 1985.