You are on page 1of 11

LAPORAN DOKUMENTASI PROGRAM MERENTAS DESA ( 1MURID 1SUKAN)

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

TARIKH

28 MAC 2015 (SABTU)

MASA

07.30 pagi hingga 12.00 tengahari

TEMPAT

Kem Wardieburn

KEHADIRAN

Guru :
1. Juraidah Binti Mat Jan
2. Liza Binti Ramli
3. Nur Aliyah Binti Azeme
4. Munirah Binti Mokhtar
5. Nazri Bin Mat Noor
6. Nor Haida Bt. Mohammad
7. Norazilla Binti Abdullah
8. Norzilawati Bt Md Nasir
9. Salmanizam Binti Ramli
10. Siti Zaimah Binti Abdul Rahman
11. Sarinah Binti Abdullah
12. Norhamidah Binti Azizan
13. Nadiah Binti Abu Bakar
14. Muhammad Ridzuan Bin Azmi

Murid :
1. Muhammad Imran Syahmi B. Mohd Amran
2. Muhammad Amir Firdaus Bin Johan
3. Wardina Syakira Bt.Baharin
4. Wardina Munawarah Bt. Baharin
5. Atiqah Ayuni Binti Khalil Khusiri
6. Mohamad Batruh B. Maidi
7. Syed Azmil Hasif Bin Syed Zulhisham
8. Muhammad Adam Bin Shamsul
9. Siti Ainul Mardiah Bt Ahmad Nazahari
10. Haziyah Musrifah Bt. Badrul Hishiam
11. Mai Anis Awadah Binti Meor Baharuddin

PERASMI

Mejar Arif B. Mat Jusoh


Yang Di-Pertua PIBG SK Danau Kota

LAPORAN DOKUMENTASI PROGRAM MERENTAS DESA ( 1MURID 1SUKAN)


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

SEBELUM
Seminggu sebelum Program Merentas Desa dijalankan, penyelaras kokurikulum
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) iaitu En Mohd Nazri bin Mat Nor telah mengadakan
ujian saringan dan pemeriksaan kesihatan ke atas semua murid PPKI di sekolah. Hal ini
kerana hanya murid yang sesuai dari segi kekuatan fizikal dan mempunyai kesihatan yang
baik akan dipilih untuk menyertai program ini. Setelah pemeriksaan dibuat, terdapat 28 orang
murid PPKI yang telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam program tersebut.
SEMASA
Walaubagaimanapun, hanya 11 orang murid yang hadir pada hari berkenaan dan
mengambil bahagian sepanjang program dijalankan. Program telah bermula dengan
perhimpunan dan taklimat ringkas pada jam 7.45 pagi. Semua murid PPKI berkumpul di tapak
perhimpunan dan seterusnya bergerak ke kawasan Kem Wardieburn diiringi oleh guru-guru
PPKI.
Pada jam 8.30 pagi, program diteruskan dengan sesi senaman dan senamrobik yang
diketuai oleh En. Mohd Sabri bin Wagiman. Sesi tersebut diadakan selama 20 minit bertujuan
untuk memanaskan badan murid-murid sebelum acara merentas desa bermula. Setelah
selesai acara senaman dan senamrobik, semua murid berkumpul di tempat permulaan larian,
didahului dengan murid-murid PPKI.
Tepat jam 9 pagi, Mejar Arif B. Mat Jusoh membunyikan hon menandakan larian
merentas desa telah bermula. Murid-murid PPKI dilepaskan 10 minit lebih awal dari muridmurid kelas perdana. Hal ini untuk memberi peluang kepada murid PPKI mendapat ruang
yang lebih selamat dan mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan.
Sepanjang larian mengelilingi kawasan kem, semua murid PPKI diiringi oleh guru-guru
yang telah ditugaskan iaitu Pn. Sarinah binti Abdullah, Pn. Norazilla binti Abdullah dan Cik Nur

Aliyah binti Azeme. Manakala, beberapa guru lain telah ditugaskan di kawasan penamat
sebagai hakim penamat iaitu Pn. Nor Haida binti Mohammad dan Pn. Norazilla binti Nasir.
Kedua-dua guru berkenaan bertanggungjawab untuk memastikan giliran pemenang larian
merentas desa bagi murid-murid PPKI.
Larian merentas desa tersebut telah mengambil masa lebih kurang 15 minit sehingga
peserta PPKI yang pertama tiba di kawasan penamat. Keputusan bagi acara merentas desa
murid-murid PPKI adalah seperti berikut :
1. Muhammad Amir Firdaus Bin Johan
2. Mohamad Batruh B. Maidi
3. Wardina Syakira Bt.Baharin
4. Siti Ainul Mardiah Bt Ahmad Nazahari
5. Haziyah Musrifah Bt. Badrul Hishiam
6. Atiqah Ayuni Binti Khalil Khusiri
7. Wardina Munawarah Bt. Baharin
8. Syed Azmil Hasif Bin Syed Zulhisham
9. Mai Anis Awadah Binti Meor Baharuddin
10. Muhammad Imran Syahmi B. Mohd Amran
11. Muhammad Adam Bin Shamsul
Setelah semua murid berjaya menamatkan larian, guru pengiring membawa semua murid
PPKI bergerak semula ke kawasan sekolah untuk acara seterusnya. Murid-murid dibawa ke
Bilik Rekreasi PPKI untuk berehat dan menjamu selera.
Pada jam 11 pagi, program diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Penutup oleh
Mejar Arif b. Mat Jusoh dan ucapan Guru Besar SKDK, Pn. Zainab binti Mohamad. Selepas
itu, diikuti dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan semua murid PPKI
telah menerima hadiah No 1 hingga No 11 yang telah disampaikan oleh Guru Besar SKDK.

SELEPAS
Setelah acara penyampaian hadiah selesai, semua murid PPKI dibenarkan pulang
pada jam 12.00 tengahari bersama ibu bapa masing-masing.

IMPAK
Program yang dijalankan tentunya memberikan impak yang bermakna kepada semua
murid khususnya murid-murid PPKI. Penglibatan mereka dalam program yang dijalankan
sedikit sebanyak memberi impak yang sangat positif kepada diri masing-masing. Walaupun
kelihatan sangat letih setelah melakukan larian merentas desa, namun semua murid PPKI
memberikan komitmen yang baik dan seronok dengan acara yang dijalankan. Bermula
daripada acara senamrobik dan seterusnya larian, mereka menunjukkan minat yang tinggi dan
semangat yang bersungguh-sungguh. Secara keseluruhannya, program ini memberikan impak
yang sangat positif dari pelbagai aspek fizikal, rohani, kesihatan dan emosi murid-murid serta
guru-guru PPKI yang terlibat. Selain itu, program ini juga telah merapatkan sillaturrahim antara
semua warga PPKI dan SK Danau Kota.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berikutan dengan program yang telah dijalankan, terdapat beberapa cadangan
penambahbaikan yang telah dicadangkan oleh pihak guru dan ibu bapa. Antara cadangannya
ialah :
I.

Program dijalankan pada hari persekolahan supaya lebih ramai murid PPKI dapat

II.

melibatkan diri
Menggalakkan penglibatan ibu bapa untuk sama-sama mengambil bahagian dalam

III.

program yang dijalankan.


Merancang waktu program dengan lebih sistematik supaya perjalanan program lebih
efisien.

PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai
objektif yang dirancang.. Semua guru dan murid menunjukkan komitmen yang baik sepanjang
program dijalankan. Diharap agar program ini dapat dijalankan setiap tahun bagi membentuk
murid-murid yang positif dan terbaik dari pelbagai aspek fizikal, mental, emosi dan kesihatan.

DILAPORKAN OLEH :

DISAHKAN OLEH :

..

(NADIAH BINTI ABU BAKAR)

(JURAIDAH BINTI MAT JAN)


GPK PEND KHAS
SK DANAU KOTA

TARIKH : 13 APRIL 2015

LAPORAN DOKUMENTASI PROGRAM MERENTAS DESA ( 1MURID 1SUKAN)


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK DANAU KOTA KUALA LUMPUR

You might also like