You are on page 1of 24
KAJIAN TENTANG FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBERI IMPLIKASI TERHADAP PEN GLI BATAN PE NSYARAH AKADE M I PEN GAJ IAN BAHASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM BIDANG PENYELIDIKAN E INSTITUT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENGKOMERSILAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN OLEH: PROF. MADYA DR. NAIMAH ABDULLAH UMMINAJAH SALLEH JUN 2OO4 COPYRIGHT @ UiTM PUSAT BNIASA IIARA UNIVERSITI ALIIU SELANGOR DART'L EHSAN 4O45O SHAII"EKNOIPGI P.oI Medya Ht Md Nd Surat Kami i loo - P8. Lu; ln) 1/to Tarikh : 19 Mei 2003 Ny.Lr ld o3.5S42{0 E ma'l: t:!.tJl.tlili:-r,:_ ,-:-:, (UE il a turynb..bG.il) Prol MadF Ma,mffih MW ldrus Tet:Bg42g amarl: ^r!':t,,.::-'J...:_ :'. i...'r (Brbs rtlsk dm lirtudik) Prd Madya Wan lallbhwanAi,nrf, Tei G.5*2{2 ! Majh !i-:)t.,d:,, t_i r- ,:.- .- Dr. Naimah Abdullah Pensyarah Pusat Bahasa Puan TATUK PROJEX: l(Atilil TEilTANG IIASALAH KEXURANGAil WqFw.lb. PENGLIBATAN PENSYARAH PUSAT BAHASA ter B5g2€9 i ruil ij:s.ar PENVELIDIKAN !,_;-.-ra lGrir(Abddk) lbh&bs Prd Uad/a Or faiffih D,n.a lan Dlt Daro Dr ild Ier 0}5942€7 nf - .r:L .., L ffirl: 1 i^:il ler 0355442€3 Eflal ,',,'r'&:: IbrD membuat keputusdn: o ,:.-'. 8&r . . Air @@h I.l . 035Y42& € ma,l ii. .:it.-l-:',.::t-:!ri:, (@.did* Sbd.n hbr Prd Atr . a Eq.h Madya LEU La! S3i 0359244 fi.il r4sa&l6alrft dft ds my . Xdiotq J.be tuI.itrn fr.ru Pid Madya tsroal Ahd Rajab a€l 85Y424C1 xddiEtd P.ry3m u6.Estr rer o:551?W rcrdr6j5lds'an, nrr nu i,y F Vari (@rdiEtd Prk.j xhs &irsa 1el . 01&245 E mrf i:,i- ) j!:.1..',r Iql ,3 5942445 -.r, ii ii-ii,,.. : , ,i.. :, Pror Madya .-r. " Penggunaan geran yang cliluluskan hanya akan diproses setelah perjanjian ditandatangani. Pihak puan dikehendaki mengemukakan laporan Kemaiuan Projek Penye{idikan bagi tempoh Jun 2003 hingga Disember 2003. Laporan akhir perlu dihantar sebaik sahaja projek penyelidikan disiapkan. Bahasa. Pentadbiran Pusat Bahasa bers€tuju mengecualikan dua (2) iam ATA kepada setiap penyeliclik berkumpulan selama setahun penyelidikan ini dijalankan bermula semester hadapan. Jika penyelidikan ini gagal, puan dimestikan mengganti semula dua (2) jam yang telah dikecualikan. Sekian. terima kasih. , -;- D. Sy6*Br Syd llei 2OO4. Kos yang diluluskan ialah sebanyak RlrltO,OOO.OO sahaja. 20O3 hingga 1 Bersama-sama ini disertakan Borang Perjanjian untuk ditanclatangani oleh pihak puan, Sila penuhkan borang perjanjian berkenaan dengan menggunakan pen berdakwat hitam dan kembalikan kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya. (xKa) a Ma't Bersetuju meluluskan cadangan penyelidikan yang di kemukakan oleh puan. Tempoh penyelidikan ini ialah 12 bulan, iaitu bermula 1 Jun Format menulis laporan akhir boleh diperolehi daripada UPP, Pusat Te1 : E M lerdiErq h@lidil.n 6n tu.udl$l i [14,] -u:.;:::e-: ! BIDAT{G Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Perundingan Pusat Bahasa telah lryds(Pqu6r) huil&be Xodldd Sil DAITil ::. PUSA'| I}AHASA BAN(;LNAN FUSAT XOREA UNIVERSLTT'I'DKN()L(X]I M.4,RA {UiTM) {{N.tO S}IA}I AI,AM SELANGOR DARUL EIISAN I I,ING PUSAT BAHASA ${2sl.K[tUA (luAL & ll[ll, $4S2I.\tr UtuBlNGC & ULSTTK]658[W(?f, N.PEN DMAR} TADARAN)^5Sas9{F5{2495{AK,\t)f, NilK} rAKS : 0}5gt:4e3 tL:U3-ss4{O(Kf,LUA), 59rc56sq57(trN COPYRIGHT @ UiTM "TERUSKAN BUDAYA PENYELIDIKAN" Yang benar, '. MADYA H'. MD NOH NY PNC (Penyelidikan) Timbalan Ketua JBI Tirrrbalan Ketua (JBAE, JPM & Perrgatrlarat:arigsaatt ) +- Koordinator UPP 5 Prof. Madya Hjh. Hanafiah Hj. Mat 6. Puan Umminaiah Salleh 1_ COPYRIGHT @ UiTM 28 Jun 2004 Prof. Dr, AzniZain Ahmed Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (IRDC) Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Assalamualaikum wbt Puan, LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN BERTAJUK "KAJIAN TENTANG FAKTOR.FAKTOR YANG MEMBERI IMPLIKASI TERHADAP PENGLIBATAN PENSYARAH AKADEMI PENGAJIAN BAHASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MABA DALAM BIDANG PENYELIDIKAN'' Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Bersama-sama ini disertakan 2 (dua) laporan akhir penyelidikan bertajuk "Kajian Tentang Faktor-faktor Yang Memberi lmplikasi Terhadap Penglibatan Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi MABA Dalam Bidang Penyelidikan", untuk makluman dan tindakan pihak puan. Sekian, terima kasih. Wassalam. Yang benar, A A,u_ /V+t //"1 Prof. Madya Dr. Naimah Abduttah Ketua Projek Penyelidikan IV COPYRIGHT @ UiTM KUMPULAN PENYELIDIK PROF, MADYA DR. NAIMAH ABDULLAH Ketua Projek Tandatangan UMMINAJAH SALLEH Ahti Tandatangan COPYRIGHT @ UiTM PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membolehkan penyelidikan ini disiapkan dengan sempurna, anlaranya: Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (IRDC) Universiti Teknologi MARA Prof. Madya Hj, Md Noh Nyata (Dekan APB) Prof. Madya Maimunah ldrus (Timbalan Dekan JBAE 2003) Prof. Madya Wan Latifah Wan Ariffin (Timbalan Dekan JBI 2004) Hj, Mohd. Ridzuan Abdul Malek (Timbalan Dekan JBAE 2004) Prof. Madya Hjh. Hanafiah Hj. Mat (Bekas Ahli Projek) Norhayuza Mohammad (Pensyarah Unit Bahasa Arab, APB) RahazwiAboullah (Pembantu MakmalAPB) Suzana Olhman (Pembantu Penyediaan Data Projek) llyaniSyiham Muhammad Tuan Syazwani Tuan Azhar Tuan Nurjihan Tuan Azhar (Pembantu Penyediaan Laporan Projek) dan Semua pensyarah APB yang terlibat sebagai responden kajian VI COPYRIGHT @ UiTM KANDUNGAN Halaman Surat Tawaran Penyelidikan ii Surat Penyerahan Laporan iV Kumpulan Penyelidik Penghargaan Vi Kandungan vii Senarai Jadual X Senarai Carta X Senarai Lampiran XI Senarai Kependekan xii Abstrak xiii BAB 1: PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 1 t.J Pernyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1,6 Batasan Kajian 9 1.7 Definisi Operasional 10 1.8 Kajian Literatur 11 1.8.1 11 7 Pengkajian Tentang Sikap 1.8.2 Latar Belakang Sejarah Penyetidikan 1.8,3 Tinjauan Kajian Berkaitan 1.8.4 Kepentingan Penyelidikan dalam Merealisasikan UiTM sebagai Universiti Bertaraf Dunia vii COPYRIGHT @ UiTM 't3 15 16 BAB 2: METODOLOGI KAJIAN 19 2,1 Pengenalan '19 2.2 Prosedur dan Reka Bentuk Kajian 19 2.3 Subjek Kajian 21 2.4 Tatacara Kajian 21 2.4.1 2.4.2 2.4,3 2,5 2.6 BAB 3,1 3.2 3: Pengedaran Borang Soal Selidik 21 SesiTemu Bual 22 Pemerhatian 23 Instrumentasi 23 2.5.1 2.5.1 Borang Soal Selidik 23 Soalan Temu Bual 25 Pemprosesan dan Penganalisaan Data 26 ANALISIS DATA 27 Pengenalan 27 Data Soal Selidik 27 3.2.1 Bahagian A: Latar Belakang Pensyarah 3.2.2 Bahagian B: Latar Belakang Akademik Pensyarah 3.2,3 Bahagian C: Pengajaran dan Penglibatan Pensyarah dalam Aktiviti Dalaman UiTM 3.2.4 Bahagian D: Latar Belakang Penyelidikan 3.2.5 Bahagian E: Pandangan Pensyarah terhadap Faktor yang Menghalang Mereka Terlibat dalam Bidang 27 JU 35 37 39 Penyelidikan 3.2.6 Bahagian F: Cadangan 46 viii COPYRIGHT @ UiTM BAB 4: PERBINCANGAN KEPUTUSAN 51 4.1 Pengenalan 51 4.2 Dapatan Soal Selidik 51 4.3 Dapatan Temu Bual 56 4.4 Pemerhatian 60 BAB 5: PENUTUP 61 5,1 Pengenalan ol 5.2 Faktor-Faktor Penyebab 61 5.2.1 61 1, 2. 3, 4. 5, 6. 7. 5.2.2 Faktor Luaran Beban ATA Yang Berlebihan 62 Kurang Galakan dan Insentif oz Kurang Interaksi dan Komunikasi 62 Tiada PusatSumber/Perpustakaan o\t Tiada Kemudahan Bilik/Ruang Untuk Pensyarah 65 Faktor Kerja Yang Kompleks 65 Tiada Kemudahan Komouter Faktor Dalaman 1, Kurang Konsep Perkongsian Maklumat 2, Kurang Konsep Bimbingan 3. Kurang Keyakinan Diri 4. Terlalu Memberi Fokus Kepada AktivitiAPB/UiTM 5. Kurang Pengetahuan Tentang Penyelidikan 5.3 Cadangan Ke Arah Membudayakan Penyelidikan di APB 5.4 Kesimpulan 5.5 lmplikasi dan Cadangan Lanjut 66 67 bU 68 70 70 to 77 BIBLIOGRAFI IY LAMPIRAN R? IX COPYRIGHT @ UiTM SENARAI JADUAL Halaman Jadual 3.1 Bidang Pengkhususan Responden el Jadual 3.2 Lain-Lain Kemudahan 35 Jadual3,3 Nama Bidang Penyelidikan yang Pernah Dijalankan JU oleh Responden Jadual 3,4 Faktor yang Menghalang daripada Terlibat dalam 43 Penyelidikan di Akademi Pengajian Bahasa (APB) Jadual3,5 Kecenderungan Faktor Penghalang Penglibatan dalam 44 Penyelidikan diAPB SENARAI CARTA/RAJAH Carta 3.1 Umur Pensyarah 28 Carla3.2 Status Perkahwinan 28 Carta 3.3 Gred Jawatan 29 Carta 3.4 Taraf Jawatan 29 Carta 3.5 Jabatan JU Carta 3.6 Kelulusan 30 Carta 3.7a Tempoh Berkhidmat 31 Carta 3.7b Jawatan disandang diAPB (Pentadbiran & Akademik) JZ Carta 3.8 Kemudahan Bilik JJ Carta 3.9 Lokasi 33 Carta 3.10 Suasana Bilik 34 carta 3.11 Kemudahan Komputer Peribadi (PC) di pejabat 34 Carta 3.12 Jumlah Jam ATA Seminggu Carta 3.13 Jumlah Jam Part lrme Jika Ada 36 Carta 3,14 Jumlah kursus yang diajar dalam satu semester JO Carta 3,15 Jumlah pelajar yang diajar dalam satu kelas 37 Carta 3.16 Penglibatan dalam penyelidikan sejak berkhidmat di Q7 UiTM Carta 3,17 Status Penyelidikan COPYRIGHT @ UiTM 39 SENARAI LAMPIRAN A Lampiran B Lampiran C Lampiran D Lampiran E Lampiran Borang Soal Selidik Soalan Temu Bual (Set A dan Set B) Transkrip Temu Bual Senarai Penyelidik URDC, Akademi Pengajian Bahasa Carta Peratus Penglibatan Pensyarah APB Dalam Bidang Penyelidikan XI COPYRIGHT @ UiTM SENARAI KEPENDEKAN APB ATA BRC Dr. EDC HEP ICT InKA INTEC IPTA IRDC lT ITM JBAE JBI JPM PB PC PLA PM PSMB SIG TEC UILC U|TM Akademi Pengajian Bahasa UPENA Pusat Penerbitan Universiti UPP URDC www Amanah Tugas Syarahan Biro Penyelidikan dan Perundingan Doctor Pusat Pembangunan Pendidikan Hal Ehwal Pelajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Institut Pengembangan llmu Pusat Pendidikan Antarabangsa Institusi Pengajian TinggiAwam InsitutPenyelidikan,PembangunandanPengkomersilan Teknologi Maklumat Institut Teknologi MARA Jabatan Bahasa Asia dan Eropah Jabatan Bahasa Inggeris dan Linguistik Jabatan Pengajian Melayu Pusat Bahasa Komputer Peribadi Perhubungan Luar dan Antarabangsa Profesor Madya Pusat Sistem Maklumat Bersepadu Special lnterest Group Jawatankuasa Ujian dan Penilaian Pusat Perhubungan UiTM-lndustri UniversitiTeknologi MARA Unit Penyelidikan dan Perundingan Unit Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan world wide web XII COPYRIGHT @ UiTM ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang wujud di sebalik kekurangan minat pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (APB) untuk berkecimpung dalam aktiviti penyetidikan sehingga menjejas peratusan sumbangan APB dalam bidang penyelidikan di peringkat tRDC apabila dibandingkan dengan peratusan penglibatan fakulti dan pusat akademik yang lain di Universiti Teknologi MARA. Data kajian ini dikumpul melalui kaedah pengedaran soal selidik dan temu buat yang melibatkan pensyarah APB daripada pelbagai peringkat, di samping pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku pensyarah bagi mendalami pendirian mereka berhubung dengan fokus kajian' Seramai 69 responden terlibat dalam kaji selidik yang dijalankan, Kumputan pengkaji juga telah menemu bual dua kategori pensyarah seramai 22 orang, yakni mereka yang belum pernah dan telah melibatkan diridalam aktivitipenyelidikan, Hasil dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubung kait antara fokus kajian dengan oua faktor yang mempengaruhi perlakuan dan pendirian pensyarah ApB terhadap aktiviti penyelidikan, yakni faktor luaran dan faktor dalaman, Faktor luaran melibatkan faktor prasarana' beban kerja dan juga faktor masa, Manakala faktor dalaman meliputi sikap, pemikiran dan perilaku pensyarah. Walaupun kedua-dua faktor luaran dan dalaman memainkan peranan dalam mempengaruhi permasalahan kajian, namun kajian ini mendapati bahawa faktor dalaman mempunyai implikasi yang lebih besar dalam mempengaruhi kelembapan aktiviti penyelidikan di ApB. xllr COPYRIGHT @ UiTM BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Bab ini dimulakan dengan pembentangan tentang latar belakang kajian. perbincangan yang dibentangkan merangkumi pernyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian serra batasan kajian, definisi operasional dan seterusnya diakhiri dengan perbincangan tentang kajian literatur. 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Akademi Pengajian Bahasa (seterusnya akan disebut APB) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Bahasa telah ditubuhkan pada penghujung tahun igTz bermula sebagai pusat Pengajaran Bahasa Asia dan Eropah. Pada tahun 1977, pusat pengajian Bahasa Inggeris ditubuhkan untuk menyelaras kursus-kursus bahasa Inggeris yang ditawarkan di ITM ketika itu. Pusat Bahasa telah melalui satu lagi proses peningkatan dari segi fungsi dan peranan apabila ia bertukar nama menjadi Akademi Pengajian Bahasa pada bulan Julai 2003. pengajaran bahasa di bawah APB dikendalikan oleh tiga buah jabatan merangkumi Jabatan Bahasa Inggeris dan Linguistik (JBl), Jabatan Bahasa Asia dan Eropah (JBAE) dan Jabatan pengajian Melayu (JPM). Bilangan pensyarah yang berkhidmat di APB, sama ada sebagai pensyarah tetap araupun pensyarah kontrak, berjumlah seramai 236 orang dengan jumlah tertinggi terdiri daripada pensyarah dari JBI seramai 171 orang, manakala 55 pensyarah lagi dari JBAE dan 10 pensyarah dari JPM. Daripada jumlah tersebut, seramai 60 orang pensyarah berada dalam gred Profesor Madya (Manuat KualitiApB 2004), COPYRIGHT @ UiTM APB mempunyaitiga unit kecemerlangan yang menyokong pelaksanaan misinya iaitu: - Unit Penyelidikan, pembangunan dan pengkomersiran (URDC) Jawatankuasa Ujian dan penilaian (TEC) Jawatankuasa Teknologi Maklumat (tT) Selaras dengan fokus kajian, penerangan latar belakang tertumpu pada penubuhan URDC di APB' URDc, yang diketuai oleh seorang koordinatordan dianggotai oleh 14 ahlijawatankuasa yang lain, berperanan memastikan agar aktiviti penyelidikan menjadi salah satu agenda utama di APB. Pelbagai program diadakan sepanjang semester bertujuan memberi kesedaran, panduan dan galakan kepada para pensyarah APB tentang kepentingan penyelidikan. Bilik URDC dilengkapi dengan pelbagai kemudahan penyelidikan, seperti komputer, mesrn pencetak, buku rujukan dan ruang untuk perbincangan. Objektif URDc ApB (seterusnva akan disebut URDC) tertumpu kepada usaha: o ' ' membudayakan aktiviti penyelidikan di kalangan pensyarah ApB; meningkatkan jumlah dan peratusan penyelidikan selaras dengan objektif ApB; memperbanyakkan program bagi memupuk kesedaran dan minat pensyarah terhadap penyelidikan; ' ' melengkapkan URDC dengan kemudahan prasarana terkini untuk kemudahan penyelidik; mewujudkan pusat sumber yang dilengkapi dengan kemudahan bahan rujukan terkini, (Fail Meja URDC ApB,2OO4) URDC' yang dulunya dikenali sebagai UPP, ditubuhkan di ApB pada tahun 2000, Sebetum itu, para pensyarah yang menjalankan penyelidikan perlu terus berurusan dengan IRDC, yang ketika itu dikenali dengan singkatan BRC. Berdasarkan rekod URDC, aktiviti penyelidikan bertapak di APB sejak tahun 1985. Sehingga tahun 1993, sebanyak 11 projek penyetidikan telah dijalankan. Namun, disebabkan ketiadaan satu unit khusus bagi mengendali dan memantau aktiviti tersebut, terdapat hanya 63.6% projek penyelidikan yang berjaya ditamatran, manakala 36'4% lagi gagal disiapkan. (Fail Meja URDC ApB, 2004). Sejak penubuhan Upp COPYRIGHT @ UiTM pada tahun 2000, sehingga pertengahan tahun 2002, sebanyak lima projek penyelidikan, melibatkan 1'l orang pensyarah, telah didaftarkan dengan unit berkenaan. Daripada lima projek yang didaftarkan, empat telah berjaya disiapkan dan satu lagi masih belum disempurnakan. Bermula daripada bulan Jun 2002 hingga hari ini, APB telah menunjukkan peningkatan dari segi pembabitan pensyarah dalam penyelidikan. Sehingga Mei 2004, sebanyak 14 projek penyelidikan yang melibatkan 34 orang pensyarah telah didaftarkan di bawah URDC. [Sila rujuk Lampiran Dl. Namun, peningkatan ini masih kurang memberangsangkan jika diambil kira bilangan sebenar pensyarah APB di Shah Alam, iaitu seramai 236 orang kesemuanya. (Fail Meja URDC APB, 2004), 1.3 PERNYATAAN MASALAH Untuk sekian lama U|TM berfungsi sebagai sebuah institut yang meletakkan pengajaran sebagai fungsi utama tenaga pengajarnya, dan seterusnya para pensyarah disemal dengan pemikiran bahawa mengajar merupakan satu tanggungjawab yang harus diutamakan. Kesannya, walaupun U|TM kini telah melepasi status yang lebih tinggi sebagai sebuah universiti, masih lagiterdapat anggapan di kalangan pensyarah bahawa pengajaran merupakan satu-satunya tanggungjawab akademik yang perlu diberikan tumpuan. Malahan, fenomena ini melibatkan sebahagian besar pensyarah APB yang memberi lebih tumpuan kepada bidang pengajaran kerana dianggap sebagai satu-satunya tugas hakiki bagi seorang pensyarah. Golongan pensyarah ini sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti kerjaya sebagai pendidik tetapi lebih cenderung untuk memberi tumpuan hanya kepada aktiviti yang berkait dengan pengajaran di samping memenuhi tuntutan pengurusan APB, seperti melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti bukan akademik. Lantaran itu, rata-rata pensyarah APB telah menunjukkan sikap yang dingin terhadap bidang penyelidikan, walaupun bidang tersebut merupakan salah satu rukun yang amat penting berperanan mendukung peningkatan akademik pensyarah institusi COPYRIGHT @ UiTM pengajian tinggi. Malah ada yang menganggap penyelidikan sebagai satu bidang yang asing dalam kerjaya mereka sebagai warga akademik sebuah universiti. Berdasarkan pemerhatian dan perbualan dengan sebahagian pensyarah APB, ternyata aktiviti penyelidikan belum menjadi agenda utama dalam memperkukuhkan kerjaya mereka. Berikut merupakan antara respon pensyarah daripada pelbagai peringkat gred jawatan dan usia ketika persoalan tentang penglibatan dalam penyelidikan diajukan kepada mereka. 1. (...nak buat research? Mana ada masa. Banyak kerja lain,..) 2. (...dari saya penat-penat buat research, baik saya tulis buku...) 3. (...kenapa nak paksa kamibuat research? Bukan semua pensyarah ada kebotehan untuk menceburi bidang ini,..) 4. (...saya dah pun berada dalam gred yang memuaskan. Buat apa penat-penat buat research lagi...) q h (...buat research? Tak berani la saya. Takut tak habis..,) (,,.tak nak la buat research bawah URDC, takut terikat dengan peraturan dan masa pulak terhad. Buat sendiri lagi senang.,.) 7, (.,.niat nak buat research memang ada, tapi banyak tugas-tugas lain, terpaksa tangguhkan dulu niat itu,..) 8. (... research? Nanti dululah ,., banyak tugas lain yang lebih penting ...) 9. (... niat nak buat tu ada, tapi tak tahu nak buat tentang apa...) Senarai respon di atas menggambarkan bahawa masih ramai pensyarah yang belum ,mesra penyelidikan' dan menganggap aktiviti tersebut sebagai sesuatu yang tidak perlu diberi keutamaan dalam melakar kerjaya akademik yang gemilang. Sikap yang dipamerkan melalui komen'komen di atas memberi gambaran mereka seakan tidak menyedari bahawa penyelidikan merupakan aktiviti yang perlu diceburi oleh setiap pensyarah di sesebuah institusi pengajian tinggi. Terlalu banyak alasan yang diberikan sebagai jawapan kepada pertanyaan COPYRIGHT @ UiTM mengenai kurangnya penglibatan pensyarah dalam bidang penyelidikan. Ternyata aktiviti penyelidikan dianggap sebagai satu beban tambahan, malah ada di kalangan pensyaran yang menganggap penyelidikan hanya perlu dijalankan untuk tujuan kenaikan pangkat semata-mata. Kesan daripada fenomena ini menyebabkan kurangnya penglibatan pensyarah APB dalam bidang penyelidikan walaupun dalam situasi U|TM sedang pesat mengorak langkah mengatur strategi bagi mencapai status universiti bertaraf dunia. Justeru, APB merupakan antara fakulti/pusat yang 'menyumbang' ke arah Berdasarkan laporan BRC ketika kelembapan aktiviti penyelidikan itu, sehingga akhir tahun 2OO2 carta di UiTM. penyelidikan menunjukkan bahawa APB berada di tempat yang terakhir dari segi penghasilan penyelidikan berbanding dengan lain-lain fakulti atau pusat akademik di seluruh UiTM (JlLlD 12lNO.3:2). Walaupun akhir-akhir ini APB telah menunjukkan sedikit kemajuan dalam bidang penyelidikan hasil daripada pelbagai usaha yang dbuat bagi menggalakkan para pensyarah memulakan projek penyelidikan, namun sikap dan kesedaran para pensyarah terhadap kepentingan penyelidikan masih berada di tahap yang rendah sama ada di kalangan pensyarah baru ataupun pensyarah yang berpengalaman. Di peringkat universiti pula, sehingga kini UiTM masih belum dapat menyaingi lpTA lain dalam penghasilan penyelidikan. lni terbukti apabila laporan kemajuan penghasilan penyelidikan sama ada projek jangka pendek ataupun projek IRPA menunjukkan bahawa U|TM ketinggatan jauh ke belakang dalam hal ini berbanding dengan IPTA lain seperti UM, UKM, USM, UTM dan UpM (sila rujuk Lampiran A), Naib Cansetor UiTM (2OOO:4) menegaskan: "Penglibatan para akademik U|TM di dalam aktiviti penyelidikan masih di tahap tidak memuaskan apabila dibandingkan dengan institusi pengajian tinggi yang lain di Malaysia," Apa yang dikatakan oleh Naib Canselor merupakan satu hakikat, dan keadaan yang tidak sepatutnya berlaku ini, wujud di APB walaupun untuk sekian lama APB telah bertapak di U|TM, COPYRIGHT @ UiTM dan telah banyak menabur jasa menyemarakkan kecemerlangan Universiti dalam aspek pengajaran, pembelajaran dan pengukuhan bahasa. APB juga mempunyai bilangan pensyarah yang ramai dan sebahagian besar merupakan pensyarah berpengalaman yang sering kali menyumbang kepakaran yang diperakui baik di peringkat UITM mahupun di sektor luar, sama ada dalam negara ataupun di persada dunia. Kini, sebilangan pensyarah APB telah dipinjamkan ke beberapa bahagian utama di UITM termasuk Canseleri, UPENA, PSMB, InKA, UILC, EDC, HEP, INTEC, Pusat Pengajian Siswazah, Fakulti Pendidikan serta Bahagian Komunikasi Korporat dan PLA. Terdapat juga pensyarah yang menerima pengiktirafan daripada badan luar negara hasil kecemerlangan akademik yang ditonjolkan. APB mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana mampu menyediakan khidmat pengajaran pelbagai bahasa dunia sebagai bahasa ketiga (merangkumi lima bahasa Asia dan tiga bahasa Eropah). APB juga menjadi tulang belakang kurikulum bahaba Inggeris di UiTM dengan menawarkan lebih-kurang 30 kursus bahasa Inggeris di peringkat pra-diploma, diploma, sarjana muda dan sarjana. Di samping itu, APB juga mempunyai kepakaran dalam pengajian Melayu. Kepelbagaian khidmat bahasa ini tentu sekali melahirkan satu situasi di marra pensyarah berhadapan dengan isu-isu berkaitan pengajaran bahasa, manakala ada di kalangan pelajar pula yang terpaksa berhadapan dengan masalah pembelajaran bahasa. Justeru, banyak peluang penyelidikan yang boleh diterokai oleh para pensyarah APB dalam konteks pengajaran dan pembel ajar an bahasa berdasarkan pengalaman masi n g-masin g. Namun, sesuatu yang menjadi tanda tanya ialah: mengapakah kepakaran dan kecemerlangan para pensyarah APB yang sudah terbukti dalam pelbagai bidang, tidak diterapkan melalui aktiviti penyelidikan? Apa yang nyata ialah bidang penyelidikan seolah-olah sesuatu yang tidak memberi impak kepada pengembangan akademik dan pengukuhan kerjaya pensyarah ApB. Menyedari masalah sikap kebanyakan pensyarah APB yang 'dingin' terhadap bidang penyelidikan, seterusnya mengakibatkan kekurangan penglibatan dalam aktiviti penyelidikan, adalah dirasakan perlu untuk menjalankan satu kajian bertujuan mengkaji: COPYRIGHT @ UiTM Apakah sikap yang dipamerkan oleh pensyarah APB terhadap aktiviti penyelidikan? Apakah kekangan yang mempengaruhi sikap pensyarah APB terhadap penyelidikan? Mengapakah pensyarah APB kurang melibatkan diridalam aktiviti penyelidikan? Apakah faktor yang menghalang pensyarah APB daripada aktif dalam bidang penyelidikan? Kajian ini berpendapat selain daripada faktor luaran seperti faktor pengurusan, persekitaran kerja dan beban tugas yang mungkin mempengaruhi kewujudan permasalahan, satu lagi faktor yang dikira amat penting dan berkait rapat dengan kecenderungan mereka untuk terlibat dalam bidang penyelidikan ialah faktor dalaman diri pensyarah, melibatkan sikap, tindak balas dan pemikiran mereka yang dianggap mampu mempengaruhi fenomena yang berlaku. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan mengenal pastidan mengkaji: 1. Faktor-faktor yang menjadi penyebab kurangnya penglibatan para pensyarah APB dalam bidang penyelidikan yang melibatkan petbagai pihak termasuk pihak pengurusan, URDC dan pensyarah sendiri, yang secara tidak langsung menjejas penglibatan pensyarah APB dalam aktiviti penyelidikan; z. Sikap para pensyarah terhadap aktiviti penyelidikan; e sejauh mana kesedaran para pensyarah ApB terhadap kepentingan bidang penyelidikan dalam kerjaya mereka sebagai pensyarah; 4. cara-cara yang terbaik bagi mengatasi persoalan bagaimana untuk membudayakan aktiviti penyelidikan di kalangan pansyarah ApB. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Setiap insan memaparkan pelbagai bentuk sikap sebagai reaksi terhadap persekitarannya. Setiap peristiwa atau fenomena yang berlaku dalam sesebuah organisasi berkait rapat dengan 7 COPYRIGHT @ UiTM peranan manusia yang menganggotai organisasi berkenaan. Setiap usaha bagi tujuan penambahbaikan bukan sahaja melibatkan perubahan dan peningkatan dari aspek fizikal seperti persekitaran dan prasarana, malah lebih penting daripada itu ialah usaha untuk memahami dan mengubah sikap serta pemikiran warga kerja yang terlibat. Ee Ah Meng (1995:5) telah menyenaraikan enam tujuan utama di sebalik pengkajian tentang sikap manusia, khususnya: r Memahami tingkah laku manusia agar persefahaman dan hubungan baik antara manusia dapat dicapai; Merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini dengan memberi bimbingan yang sewajarnya; Mengawal tingkah laku yang tidak diingini atau tidak membawa faedah kepada masyarakat; Menilaitingkah laku manusia dalam sesebuah masyarakat; Memahami pelbagai jenis gangguan tingkah taku seperti hiperaktiviti, kebimbangan, pengunduran diri, pergantungan berlebihan, serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya; Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang individu. Selaras dengan visi APB, yakni, untuk menjadi akademi pengajian bahasa yang ber.taraf global berasaskan budaya, sains, komunikasi dan teknologi maklumat dalam pengajaran, penyelidikan dan perundingan, APB memainkan peranan yang penting, seperti juga fakulti lain, dalam merealisasikan visi UiTM untuk menjadi sebuah universiti bertaraf dunia, (Manual Kualiti APB 2003:4). Di samping itu, misi APB untuk memantapkan memperkasakan budaya penyelidikan kursus-kursus bahasa qan dan perundingan menerusi kecemerlangan dan kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bidang yang mampu menerajui pembangunan profesional, adalah seiring dengan misi Universiti ke arah mempertingkatkan keilmuan dan COPYRIGHT @ UiTM kepakaran bumiputera melalui pelbagai usaha termasuk penyelidikan, Usaha ke arah ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sikap dan perlakuan individu yang berada di dalam sesebuah organisasi. Dengan itu, kajian ini dianggap penting kerana penghasilan kajian dijangka dapat: Mengenal pasti punca permasalahan secara menyeluruh daripada semua sudut, dan tidak meletakkan punca permasalahan pada satu pihak sahaja; Membudayakan bidang penyelidikan di kalangan warga akademik ApB, seiring dengan wawasan pengurusan tertinggi UiTM; Seterusnya, memperkasakan budaya penyelidikan di kalangan warga ApB; Menjadikan APB sebagai satu entiti di uirM yang mampu memangkin UirM ke tahap yang setanding dengan IPTA-IPTA lain dalam bidang penyelidikan; Meningkatkan kualiti pengurusan uRDc di peringkat ApB bagi membolehkan uRDc memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada warga APB khususnya, dan UiTM, amnya. 1.6 BATASAN KAJIAN Skop kajian ini melibatkan pensyarah APB yang berkhidmat di kampus induk Shah Atam. Responden terdiri daripada pensyarah Jabatan Bahasa Inggeris dan Linguistik, Jabatan Bahasa Asia & Eropah dan juga Jabatan Pengajian Melayu, sama ada pensyarah tetap ataupun kontrak. Kajian ini tidak melibatkan pensyarah APB yang bertugas di kampus-kampus cawangan di seluruh Malaysia atau pensyarah separuh masa. Fokus kajian juga tidak menyentuh aktiviti akademik lain seperti penulisan buku, artikel ataupun kertas kerja. COPYRIGHT @ UiTM 1.7 DEFINISIOPERASIONAL Sikap: Sikap didefinisikan sebagai sesuatu penilaian am yang kekal mengenai manusia (termasuklah penilaian ke atas diri sendiri), objek dan isu-isu (Petty & Cacioppo 1g85, dipetik daripada Mahmood Nazar 1991 :516). Psikologi: Psikologi berasal daripada dua perkataan Yunani iailu psyche bererti 'roh' dan /ogos bererti 'mengkaji sesuatu perkara'. Dihimpunkan, ia bermaksud 'kajian jiwa, mental dan rohani manusia'(Mahmood Nazar 2001:4, Rahil & Habibah 2003:'t), Davidoff (1976, dipetik daripada Ee Ah Meng 1995:4) pula mentakrifkan psikologi sebagai kajian saintifik tentang tingkah laku manusia atau haiwan secara nyata (overt) atau selindung (covert). Pensyarah: Kamus Dewan Edisi Ke-3 (1994) mentakrifkan pensyarah sebagai ",.. guru di universiti, orang yang memberikan kuliah...". Manakala Collins Dictionary of The English Language (1998) mentakrifkan pensyarah alau lecturersebagai "... a teacher in higher education without professorial stalus...". Seterusnya, dalam konteks UirM, pensyarah merupakan kakitangan akademik atau tenaga pengajar daripada pelbagai peringkat sama aoa pensyarah biasa dengan kelulusan sarjana, ataupun mereka yang telah mencapai tingkatan teratas dalam perkhidmatan dengan gelaran profesor, Akademi Pengajian Bahasa: Kamus Dewan Edisi Ke-3 (1998) mentakrifkan akademi sebagai ".., sekolah tinggi (pusat pengajian) yang mengajarkan sesuatu pengetahuan...". Di UirM, Akademi pengajian Bahasa memainkan peranan sebagai entiti yang menawarkan kursus bahasa dari peringkat pra-diploma hingga sarjana. APB juga berfungsi menyediakan khidmat pakar dari aspek kepenggunaan bahasa baik di dalam mahupun di luar U|TM, sama ada di sektor awam ataupun di sektor swasta. 10 COPYRIGHT @ UiTM Penyelidikan: Pelbagai takrif telah diketengahkan oleh para sarjana mengikut pengertian masingmasing. Kerlinger (1973 dipetik daripada Syed Arabi, 2002:1) mentakrifkan penyelidikan sebagai satu usaha menganalisis data melalui kaedah saintifik dengan cara yang formal dan sistematik. la bertujuan mencari jawapan kepada persoalan atau masalah. Di samping itu, Ferman dan Legin (1975 dipetik dari Syed Arabi,2002:1) dalam takrifnya menyatakan bahawa penyelidikan merupakan satu proses mengumpul maklumat dan menjawab soalan-soalan tentang sifat realiti sosial dan politik, Syed Arabi sendiri (2002:1) mentakrifkan penyelidikan sebagai satu tatacara teratur yang hasilnya membolehkan penambahan ilmu pengetahuan. David Nunan (1992) menyenaraikan takrif penyelidikan merangkumi penjelasan bahawa: Research is... about inquiry. lt has two components: process and product. The process is about an area of inquiry and how it is pursued. The product is the o . knowledge generated from the process... a process which involves (a) defining a problem, (b) stating an objective, lt invotves gathering information, classification, analysis and interpretation to see to what extent the initial objective has been achieved. and (c) formulating a hypothesis. . undeftaking structured investigation which hopefulty resu/fs in greater understanding of the chosen interest area... Dalam konteks kajian ini, takrif ketiga memenuhi objektif kajian dari segi mendalami isu yang diketengahkan mengenai kaitan antara sikap dan penglibatan pensyarah ApB dalam penyelidikan. 1.8 KAJIAN LITERATUR 1.8.1 PENGKAJIAN TENTANG SIKAP Sikap dan tingkah laku manusia mempunyai perkaitan yang rapat. Menurut Nunan (1992:115) sekiranya kita ingin memahami apa yang dilakukan oleh seseorang, kita perlu mengetahui apa yang difikirkan oleh orang itu, walaupun pada masa lampau pakar 11 COPYRIGHT @ UiTM