You are on page 1of 8

APA PERLU ADA DALAM PENULISAN CADANGAN PENYELIDIKAN

Apakah Itu Kertas Cadangan/Usulan/Proposal?


Penyataan ringkas tentang permasalahan yang hendak diselidiki. Proposal mengandungi
sasaran pengkajian yang khusus, tinjauan susastera yang wakili atau berkaitan dengan
permasalahan yang dikaji, suatu penerimaan teoritis dan kaedah yang akan digunakan.
Proposal mengandugi:
i.
Pendahuluan
ii.
Takrifan/Penyataan masalah/Isu kajian
iii.
Tujuan/Objektif
iv.
Sorotan/tinjauan/susastera
v.
Teori dan definisi konsep. Susunan teoretis dan skema konsepsi adalah nadi
kepada proposal. Apakah yang pengkaji lain kata mengenai bidang yang
hendak anda kaji. Apakah teori yang berkaitan.
vi.
Implikasi kajian. Adakah kajian ini relevan/ signifikan/penting/membri faedah
vii.
Kesimpulan
viii. Rancangan Penyelidikan (Milestone)
ix.
Rujukan
A. Pendahuluan
Pengenalan ringkas mengenai isu yang hendak ditangani. Mengapa anda pilih isu
tersebut. Adakahbisutersebut penting untuk diselesaikan
B. Takrifan Masalah/Penyataan Masalah/Isu Kajian
Penyataan masalah merujuk kepada satu penyataan yang jelas, tepat dan ringkas
kepada persoalan atau isu yang diselidiki dengan tujuan untuk mencari jawapan
atau penyelesaian. Ia merupakan sebarang situasi yang ada pada ruang antara
tahap yang sebenar dan tahap yang dihajati (Sekaran 2000). Penyataan masalah
ini perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas (Majid 2005).
Apakah isu yang hendak anda tangani atau apakah isu yang timbul sehingga
mendorong anda hendak membuat projek. Bagaimana anda tahu isu itu wujud
dan perlukan kajian
Penyelidikan memerlukan permasalahan atau isu. Permasalahan ini perlu
ditentukan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang penyelidikan.
Permasalahan ini memerlukan penyelidikan khusus sebagai usaha mencari
jawapan sebenar. Permasalahan kajian adalah kesulitan yang menggerakkan
penyelidik untuk menyelesaikannya. Permasalahan dalam penyelidikan perlu
memiliki ciri-ciri yang menggerakkan penyelidik untuk membahaskankan bagi
mendapatkan manfaat daripadanya. Bagi mengenal pasti permasalahan kajian,
penyelidik perlu mempunyai pandangan yang ktiris dan selektif. Bagi mengenal
pasti permasalahan kajian anda perlu bertanya soalan seperti:

i. Adakah permasalahan yang dipilih berguna untuk diselesaikan? Adakah


permasalahan yang anda pilih merupakan permasalahan yang penyelesaiannya
boleh memberi manfaat atau kesan yang penting?
ii. Adakah terdapat kebijaksanaan yang diperlukan untuk penyelesaian kepada
permasalahan tersebut?
iii. Anda perlu bijak memilih cara/kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan
permasalahan. Pengetahuan mengenai pembentukan sampel, maksud korelasi
koefisien, pengiraan deviasi piawaian dan khi kuasa dua adalah diperlukan.
iv. Adakah permasalahan yang dipilih menarik untuk diselesaikan? Ada masalah
yang boleh diselesaikan dalam waktu yang singkat dan ada yang hanya boleh
diselesaikan oleh penyelidik lain. Perlu ada iltizam untuk menyelesaikan
permasalahan yang mungkin tidak mendapat sokongan rakan/masyarakat.
v. Adakah data yang secukupnya diperlukan atau data yang mencukupi didapati
untuk menyelesaikan permasalahan?
vi. Adakah anda mempunyai tenaga, wang dan masa.
vii. Permasalahan perlu dibatasi supaya penyelidikan tidak kabur dari segi istilah
atau konsep berkaitan.
viii. Tidak terlalu menyempitkan masalah sehingga permasalahan mungkin
kehilangan pengertian sebagai masalah penyelidikan.
C. Tujuan/Matlamat
Tujuan kajian juga dikenali sebagai matlamat. Ia adalah sesuatu yang hendak
dicapai atau tujuan melaksanakan kajian tersebut. Tujuan atau matlamat adalah
jangkaan umum hasil daripada sesuatu aktiviti atau proses (Majid 2005).
D. Objektif/Sasaran Kajian
Apakah yang hendak anda capai atau benar-benar lakukan dalam projek. Objektif
mesti boleh diukur. Sesuatu yang khusus yang ingin dicapai (Kamus Dewan
2005). Objektif adalah khusus dan biasanya digunakan untuk mencapai matlamat.
Objektif kajian merupakan penyataan mengenai sasaran yang hendak dicapai,
yang boleh dicerap dan diukur (Khalid 2003) sebagai hasil daripada aktiviti
penyelidikannya.
Fungsi objektif terbahagi kepada 2 iaitu pertama, objektif umum (bertindak untuk
merangka kefahaman yang tepat tentang topik kajian dengan menstrukturkan
semula ayat yang diguna dalam topik kajian. Fungsi kedua ialah menerangkan
langkah demi langkah yang perlu dilakukan menerusi penyataan objektif khusus
(Khalid 2003).
Apakah sasaran khusus yang ingin dicapai? Adakalanya bahagian ini dibahagikan
ke beberapa sub bahagian yang merangkumi sasaran utama dan sasaran tambahan
atau ada penekanan/perhatian utama dan perhatian sekunder. Dalam hal ini susun
sasaran dari yang penting kepada yang kurang penting. Tidak ada had bagi
objektif penyelidikan. Jumlah itu ditentukan oleh keluasan penyelidikan, minat
penyelidik, waktu, biaya dan tenaga. Namun adalah kurang bijak jika

penyelidikan mempunyai banyak objektif kerana ini menyebabkan penyelidik


menghadapi masalah untuk merangkumi kesemua objektif tersebut. Objektif
yang banyak juga menyebabkan kemunculan skema teoretis yang sukar.
Lazimnya objektif kajian ditulis seperti berikut:
i. mereka bentuk/membangun
(Objektif yang lazim untuk pembangunan)
ii. mengenal pasti/ meramal
iii. menganalisis/ meramal
iv. menilai/ menguji
E. PERSOALAN KAJIAN
Merupakan perincian kepada penyataan masalah yang dibentuk dan dibuat secara
berurutan mengikut langkah demi langkah penyelesaian kajian (Khalid 2003).
Persoalan kajian menyatakan dengan ringkas dan jelas masalah yang cuba
diselesaikan dalam kajian.
F. KERANGKA TEORI
Merupakan asas kepada keseluruhan projek penyelidikan (Sekaran 2000). Ia
adalah satu model konsepsi yang membolehkan pengkaji mengemukakan teori
atau pendapat yang logik terhadap hubungan antara beberapa faktor yang dikenal
pasti sebagai penting kepada masalah yang dikaji. Menurut Khalid (2003)
kerangka konsep memberi huaraian pertalian antara teori, model atau dapatan
kajian lepas dengan masalah yang dikaji.
G. SKOP
i. Apakah skop projek yang hendak dilakukan lakukan. Projek mesti ada batasan
skop supaya tidak terlalu luas.
ii. Skop yang kecil memudahkan pembangunan/kajian.
H. METOD
i. Bagaimana hendak menyelesai masalah kajian. Apakah cara atau kaedah
yang anda guna bagi menyelesai masalah atau membangun projek.
ii. Model apa yang anda guna untuk bangunkan projek
I. REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan
dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang
ditetapkan. Reka bentuk melibatkan strategi untuk menyelesaikan masalah. Oleh
itu reka bentuk kajian boleh ditulis menggunakan tajuk seperti (G) dan (H)

J. ANALISIS DAN SPESIFIKASI KEPERLUAN UNTUK JALANKAN


PROJEK
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Spesifikasi Fungsian Sistem (Modul)


Spesifikasi Keperluan Sistem (Keperluan Perisian dan Perkakasan)
Bahasa yang digunakan
Keperluan Prestasi
Apakah yang perlu ada bagi menyelesaikan masalah atau
membangunkan projek
Nyatakan adakah anda perlu melakukan soal selidik atau temubual
untuk kutip data sebelum bangunkan sistem (jika berkaitan).

K. REKA BENTUK SISTEM


Huraikan dengan ringkas sistem/ projek yang hendak anda bangunkan
Nyatakan reka bentuk data dan pangkalan data yang terlibat
Nyatakan reka bentuk seni bina
Nyatakan reka bentuk antara muka
L. SOROTAN SUSASTERA
Sorotan susastera merupakan ground-clearing exercise semasa melakukan
projek penyelidikan. Ia membantu untuk mencapai 3 perkara:
1. Analisis kritis mengenai susastera sedia ada mengenai subjek kajian.
2. Melakukan sorotan susastera membantu proses menjelas dan merangka
persoalan kajian kerana anda tahu apa yang sudah dilakukan terlebih awal
daripada kajian anda.
3. Dapat mengetahui perbandingan dari segi kesesuaian, faedah dan kelemahan
sesuatu kaedah penyelidikan yang dipilih oleh penyelidik lampau dan yang
sedang dipertimbangkan dalam menyelidiki sesuatu topik (merupakan aspek
tersembunyi sorotan susastera).
Aspek 1 & 2 dimuatkan/terkandung dalam bab sorotan susastera/ulasan karya/
tinjauan literatur.
Aspek 3 pemilihan pendekatan kajian dan metod tertentu bab metod/kaedah
kajian. Percubaan dilakukan bagi menjelas dan memberi justifikasi penggunaan
pendekatan kajian dan teknik tertentu dalan penyelidikan.
Setelah kajian dijalankan, susastera dirujuk semula kerana anda perlu merujuk
kembali ketika membuat perbincangan mengenai penemuan kajian dan bagaimana
ia berkait dengan susastera sedia ada.
Dalam melakukan sorotan susastera anda turut melakukan 3 aspek di bawah:

1. Nilai kaji. Menilai kaji bermakna anda perlu meneliti atau menyedia rumusan. Ini
bermakna sorotan susastera haruslah:
-

menyeluruh (meliputi sebanyak mungkin susastera yang ada)


relevan (nilai kaji tidak hanya membincangkan penyelidikan semata-mata
kerana anda telah membacanya dan anda tidak mahu membazirkan maklumat
yang anda peroleh, menarik atau kerana semata-mata hendak mempamerkan
keupayaan anda membuat analisis)

2. Nilai kaji seharusnya melibatkan kajian dan penyiasatan kritis. Ini bermaksud:
-

kenal pasti sama ada sesuatu karya itu baik atau lemah, adakah
berkaitan/relevan dengan penyelidikan anda
bandingkan beberapa buah buku dan rencana dengan perspektif topik
penyelidikan anda
lakukan penilaian terhadap karya bagi tujuan memenuhi keperluan
penyelidikan anda.

3. Matlamat sorotan susastera ialah merumus secara menyeluruh karya yang


relevan. Ini bererti:
-

fokus (jangan melencong dari isu utama)


Ringkas dan padat ketika mengekstrak tema atau isu yang berkaitan
dengan penyelidikan anda
Menyediakan rumusan karya yang berkaitan dengan penyelidikan anda
Kenal pasti sebarang karya yang mungkin relevan tetapi tidak boleh
diperoleh semasa menyelesaikan penyelidikan.

Peringkat dalam proses pencarian susastera


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Apakah persoalan kajian yang diberi tumpuan?


Apakah kata kunci yang relevan untuk melakukan pencarian?
Apakah kata kunci yang tidak sesuai/dirangkumi?
Apakah prosedur pencarian bibliografi yang sesuai?
Buku/jurnal apa? Buku/jurnal mana?
Jika guna CDROM istilah yang mana?
Adakah bahan mencukupi atau perlu perluaskan skop persoalan/penyelidikan?
Adakah tesis yang relevan?
Adakah matlamat penulis/pengarang/penyelidikan boleh dikenal pasti dengan
jelas?
10. Sudahkah maklumat yang penting diuruskan pencariannya berbanding dengan
maklumat yang kurang penting? Anda mungkin memberi perhatian kepada
maklumat yang kurang penting sebab anda berminat dengan maklumat tersebut.
11. Adakah ulasan (review) mensintesis (apa yang anda peroleh/pelajari) susastera
yang terpilih dan berkait dengan tumpuan penyelidikan dan persoalan.

12. Adakah cara persembahan itu:


- berpadu (cohere)
- dapat membangunkan satu tema
- jelas berkait dengan masalah yang hendak dikaji
- menunjukkan pendirian yang kritikal terhadap susastera yang ada (di mana
berkaitan)
M. KESIMPULAN
Mengungkapkan sama ada projek berjaya mencapai matlamat.
Apakah kekuatan projek/sistem yang anda bangunkan
Apakah kelemahan
Apakah masalah yang anda hadapai semasa melakukan projek
Apakah kebaikan/faedah yang diperoleh dari projek atau yang diberikan oleh
projek
Berikan cadangan untuk memperbaiki kelemahan.
Bolehkah projek dikembangkan pada masa hadapan
N. SENARAI RUJUKAN
i. Jurnal
ii. Buku
iii. Kertas kerja persidangan/ seminar
iv. Laporan penyelidikan
v. Tesis/latihan ilmiah
Rujukan:
1. Uma Sekaran.
2. Babbie, Earl.
3. Parmjit Singh, Chan Yuen Fook, Gurnam Kaur Sidhu. 2006. A comprehensive
Guide ti Writing A research proposal. Batu Caves: Venton

Untuk kajian yang melibatkan pengutipan data melalui kaedah tinjauan


C.

Hipotesis

Sesetengah penyelidikan memerlukan hipotesis manakala sebahagian lagi tidak


memerlukannya. Jika diperlukan, hipotesis hendaklah dirumus setelah permasalahan
kajian dikenal pasti serta mempunyai potensi dan nilai untuk dimulakan kajian. Hipotesis
adalah satu penyataan sementara tentang sesuatu yang kebolehpercayaannya tidak
diketahui.
Hipotesis terbahagi kepada 3 itu (Ha)
i.
Hipotesisi Penyelidikan
Hipotesis penyelidikan/kerja/alternatif diambil drp teori penyelidikan tentang suatu
fenomenon. Penyelidik percaya bahawa hipotesis penyelidikan adalah benar atau
merupakan penyataan yang teliti tentang keadaan permasalahan yang diselidiknya iaitu
selagi teori yang menjadi sumbernya memadai. Contoh: Kenakalan kanak-kanak
dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh.
ii.
Hipotesis Nul (Ho)
Merupakan penyataan sesuatu perkara tetapi menolak penyataan yang ditunjukkan oleh
hipotesis penyelidikan. Hipotesis penyelidikan mengatakan Kenakalan kanak-kanak
dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu bergaduh hipotesis Nul mengatakan
Kenakalan kanak-kanak bukan dipengaruhi oleh keadaan ibubapa yang selalu
bergaduh.
iii.

Hipotesis Statistik

Penyataan tentang populasi statistik (perangkaan) yang didasarkan pada maklumat


daripada data yang diteliti diusahakan oleh seseorang penyelidik untuk diterima atau
ditolak
Contoh: Kelompok A dan kelompok B tidak berbeza pada umur
Gunakan X1 untuk umur kelompok A dan X2 untuk kelompok B.
Oleh itu hipotesis kerja yang diwakilkan sebagai H1: Xi = X2
D.

Strategi Penyelidikan
1.
2.
3.
4.

Kajian Lapangan
Penyelidikan Tinjauan
Eksperimen
Analisis Kandungan

E.

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan
untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang ditetapkan. Reka
bentuk melibatkan beberapa aspek penyelidikan seperti permasalahan, strategi dan
perkaitan sebab-akibat. Reka bentuk juga menetapkan unit analisis, populasi,
persampelan, angkubah, cara pengukuran, pengumpulan dan penganalisisan data.
Reka bentuk penyelidikan bertujuan menjawab soalan tertentu yang ditimbulkan oleh
permasalahan penyelidikan yang telah dikenal pasti. Oleh itu reka bentuk perlu sesuai
dengan permasalahan supaya penjelasan yang diberi dalam penyelidikan tersebut dapat
meyakinkan pembaca tanpa mendatangkan kekeliruan.

PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (Untuk kajian tinjauan)


Kertas cadangan penyelidikan ialah penyataan ringkas tentang permasalahan yang
hendak diselidiki. Proposal mengandungi sasaran pengkajian yang khusus, tinjauan
susastera yang wakili atau berkaitan dengan permasalahan yang dikaji, suatu penerimaan
teoritis dan metod yang akan digunakan.
Proposal mengandugi:
x.
Pendahuluan
xi.
Penyataan masalah
xii.
Tujuan/Objektif
xiii. Sorotan/tinjauan/susastera
xiv.
Susunan teoritis dan skema konsepsi. Teori merupakan sekumpulan konstruk
(konsep), definisi dan dalil yang saling berkait bagi menghadirkan suatu
pandangan yang sistematis tentang fenomena serta menetapkan hubungan
antara beberapa angkubah dengan maksud menjelaskan dan meramalkan
fenomena. Susunan teoretis dan skema konsepsi adalah nadi kepada proposal.
xv.
Hipotesis
xvi. Kaedah. Populasi yang diselidiki, jenis persampelan, ukuran sampel, jenis
instrumen, statistik yang digunakan (khi kuasa dua, Korelasi Pearson dsb)
xvii. Bantuan persembahan (grafik, jadual, peta, gambar)
xviii. Implikasi teoretis dan Implikasi substantif (Sejauh manakah kajian ini relevan
dan signifikan?)

You might also like